Rabu, 28 September 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Lagi Kes Buang Al-Quran, Kali Ini Di Mergong, Kedah. Kerja Siapa?

Posted: 28 Sep 2011 01:30 AM PDT

Bahan Cetakan Al-Quran Ditemui Di Kawasan Perindustrian Mergong

ALOR SETAR, 28 Sept (Bernama) -- Dua guni yang mengandungi bahan cetakan ayat Al-Quran ditemui di kawasan Perindustrian Mergong 2 di sini dua hari lalu.

Gambar: Abdul Basidh Abdul Wahid, 40, (kiri) yang merupakan Pengurus Pemasaran di sebuah kilang percetakan di sini bersama abangnya, Abdul Mohsein Abdul Wahid, 46, (kanan) menunjukkan cetakan ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh orang tidak bertanggungjawab di kilangnya di sini, hari ini.

Bahan-bahan itu ditemui oleh seorang pengurus pemasaran sebuah kilang percetakan di situ, Abdul Basidh Abdul Wahab, 40, yang diletakkan di hadapan pintu pagar belakang kilang tersebut.

"Apabila saya membuka guni itu, terdapat cetakan surah Yassin, doa-doa dan panduan ibadat. Mungkin mereka salah cetak dan tidak ada tempat pelupusan, sebab itu mereka membuangnya di sini.

"Saya rasa mereka yang membuat kerja ini adalah syarikat percetakan juga. Mungkin mereka tak ada tempat pelupusan dan mereka membuangnya di sini kerana mahu lepas tangan," katanya.

Abdul Basidh juga berkata mengikut undang-undang, setiap kilang percetakan Al-Quran perlu mempunyai tempat pelupusan sebelum diberi lesen.

Beliau berkata beliau telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Pejabat Agama Islam dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri.

Beliau berkata pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah datang mengambil sampel cetakan tersebut kira-kira pukul 10 pagi tadi dan akan mengambil keseluruhan cetakan itu Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan mengesahkan menerima laporan mengenai perkara tersebut dan siasatan akan dijalankan. -- BERNAMA

Ulasan GB

Sebelum ini kes yang sama dilaporkan berlaku di Bachok.

Spekulasi sebelum ini yang menyatakan ada usaha untuk mensabotaj negeri-negeri yang diperintah oleh PAS nampaknya sukar ditolak. Mengapa hanya dibuang di Kelantan dan Kedah?

Apa-apa pun kita menunggu hasil siasatan polis.



[Bergambar] Terengganu Dihentam Tempias Taufan Nesat, Festival Pekan Budaya Musnah

Posted: 28 Sep 2011 01:00 AM PDT

Belum sempat Festival Pekan Budaya Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2011 bertempat di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu melabuhkan tirainya esok (29 Sept 2011), ia telah dihentam ribut kuat malam tadi yang menyebabkan keseluruhan festival tersebut musnah samasekali.

Sebanyak 18 buah khemah pameran dan 32 khemah jualan sempena Festival Pekan Budaya hampir musnah akibat dipukul ribut kira-kira 9 malam tadi, demikian lapor fotoBernama.

Festival tersebut yang bermula sejak seminggu yang lalu disertai oleh 17 buah agensi kerajaan termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Perlbagi acara telah berlansung sepanjang karnival tersebut seperti pertandingan memancing, pameran oleh agensi kerajaan, gerai jualan, permainan dan persembahan tradisional, persembahan nasyid, persembahan artis-artis jemputan serta Kuala Terengganu idol (karaoke).

Di dalam kejadian ribut yang melanda malam tadi, pintu gerbang Festival patah dan tumbang, manakala banyak dahan-dahan pokok menghempap kenderaan di Dataran Shahbandar.

Keadaan menjadi lintang pukang dengan khemah-khemah jualan terbalik dan roboh akibat dihentam oleh ribut berkenaan.

Malah terdapat bot yang karam akibat dipukul ribut di tebing Sungai Terengganu berhampiran Dataran Shahbandar.

Ramai berpendapat bahawa ribut yang melanda malam tadi adalah tempias dari taufan Nesat yang melanda Filipina yang telah mengorbankan tujuh nyawa setakat ini.










Gambar-gambar Kejadian Letupan Empire Gallery Subang Jaya

Posted: 27 Sep 2011 11:08 PM PDT

Empat orang, termasuk dua pengawal keselamatan, cedera ringan dalam satu kejadian letupan di kompleks membeli-belah Empire Gallery, Subang Jaya jam 3.45 awal pagi tadi.

Letupan itu menyebabkan keseluruhan aras bawah kompleks membeli-belah itu mengalami kerosakan teruk, antaranya cermin pecah, dinding bangunan pecah dan lantai retak serta beberapa buah kereta didapati remuk, lapor malaysiakini.

Beberapa laluan jalan raya menghubungkan kompleks membeli-belah itu ditutup buat sementara waktu oleh pihak berkuasa.

Penghuni apartmen berhampiran dilihat berkumpul di luar perkarangan kompleks membeli-belah dan diarahkan anggota pihak berkuasa mengosongkan kediaman buat sementara waktu kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Kejadian itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis, termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Twitternya pagi ini berkata, beliau mendoakan penduduk di kawasan berhampiran selamat.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Osman berkata jentera bomba pertama sampai kira-kira jam 3.50 pagi.

Menurutnya, setelah sampai dilokasi, berlaku kebakaran di bahagian hadapan melibatkan saluran gas yang dipercayai berpunca dari letupan yang kuat.

"Kami menerima laporan daripada pengawal keselamatan bangunan, terdapat dua orang mangsa pengawal keselamatan berbangsa Nepal terperangkap di bahagian aras bawah (basement) mengalami cedera ringan.

"Manakala dua orang awam berjaya diselamatkan dan mengalami cedera ringan kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans," katanya.

Sementara itu, menurut Berita Harian Online, polis percaya letupan yang berlaku di pusat beli-belah di Empire Gallery di Subang Jaya, awal pagi tadi disyaki berpunca daripada kebocoran gas di bahagian bawah bangunan terbabit.

Ketua Polis Subang, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata setakat ini lebih 30 premis sebahagian besar kedai makan mengalami kerosakan akibat letupan yang berlaku kira-kira jam 3.40 pagi itu.Selain itu turut musnah dua kereta jenis Volkswagen Golf GTi dan Honda musnah dalam letupan itu.

Beliau berkata, letupan di bahagian bawah bangunan itu mengakibatkan cermin bangunan pecah membabitkan tiga kedai makan.

"Dua daripada mangsa adalah warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ manakala dua lagi rakyat tempatan.

"Semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan," katanya.











Sumber gambar- pelbagai. Terima kasih kepada pemilik-pemiliknya terutama, NST, TMI dll.

Rahsia Adiknya Terbongkar Bila Pakai Baju Terbalik

Posted: 27 Sep 2011 09:40 PM PDT

Besut: Tindakan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun memakai baju dan seluar sukan secara terbalik ketika bergegas pulang ke rumah selepas dihubungi kakaknya menerusi telefon bimbit membongkar rahsianya yang cuba melakukan hubungan seks dengan teman lelaki dalam kejadian di Kampung Pengkalan Nyireh, di sini, Ahad lalu. Gambar hiasan

Menurut sumber, kejadian bermula apabila kakak remaja terbabit berusia 28 tahun terjaga daripada tidur dan mendapati remaja itu tiada di biliknya di rumah mereka di kampung berkenaan pada jam 4 pagi.

"Mengesyaki remaja itu keluar bertemu teman lelakinya di sebuah resort di daerah ini, wanita itu menghubungi telefon bimbit adiknya, namun tiada jawapan.

"Wanita berkenaan yang mengenali teman lelaki adiknya yang berusia 21 tahun menghubungi telefon bimbit lelaki terbabit, tetapi diberitahu dia tidak mengetahui di mana remaja itu berada sebelum remaja berkenaan tiba di rumah beberapa minit kemudian," katanya.

Sumber berkata, bimbang rahsianya terbongkar, remaja terbabit mencipta pelbagai helah memperdaya kakaknya yang mengesyaki dia bertemu teman lelaki selepas pelik melihat pakaian dipakai terbalik.

Selepas didesak, remaja berkenaan yang juga pelajar sekolah menengah di bandar ini akur dan mengaku bertemu teman lelaki sebelum kakaknya membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, di sini, jam 11 pagi hari sama.

Sumber berkata, ekoran laporan itu, remaja wanita terbabit dihantar ke Hospital Besut, di sini, untuk pemeriksaan dan mendapati tiada kesan koyakan lama sebaliknya hanya kesan merah pada luar kemaluannya.

Polis percaya remaja terbabit tidak sempat melakukan seks kerana terkejut panggilan telefon kakaknya ketika berada di kolam renang resort berkenaan. -hm

PECAH BERITA: Letupan Di Empire Subang, Empat Cedera, Beratus Diselamatkan [updated]

Posted: 27 Sep 2011 07:15 PM PDT

Empat orang cedera sementara lebih 300 yang lain diselamatkan di dalam satu letupan yang berlaku di dalam kedai Starbucks di kompleks Empire Subang hari ini.

Empat orang, yang terperangkap di tingkat bawah kompleks perniagaan yang menempatkan sebuah hotel boutique, di selamatkan oleh anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.

Letupan tangki gas pada jam 3.45 pagi berlaku di kedai berkenaan yang terletak di tingkat bawah juga merosakkan dua tingkat lagi kompleks berkenaan.

Yang tercedera ialah seorang pengawal keselamatan warga Nepal dan seorang rakyat tempatan yang mengalami luka-luka akibat kaca yang pecah, telah dihantar ke hospital untuk rawatan

Ketua Jabatan Bomba Dan Penyelamat Subang Jaya Mohd Khairi Daud berkata anggota dari Subang Jaya telah dibantu oleh rakan setugas dari PJ dan kawasan berhampiran untuk mengeluarkan tetamu hotel yang angkanya lebih 300 orang. - thestar/terjemahan bebas oleh GB


Empat cedera letupan pusat beli-belah Empire Gallery


Kereta yang diletakkan di bahagian hadapan kompleks membeli-belah Empire Gallery turut rosak. — Foto oleh Choo Choy May

SUBANG JAYA, 28 Sept — Empat orang cedera dalam letupan di pusat membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi ini.
Menurut saksi persekitaran di lokasi kelam-kabut dengan anggota polis, ambulans dan bomba kelihatan di kawasan kejadian.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar mesej menerusi Twitter pagi ini dan berharap penduduk kawasan berhampiran selamat.

Adun Subang Jaya Hannah Yeoh juga berada di kawasan kejadian, katanya.

Pusat membeli-belah itu dibuka tahun lalu.

Kompleks membeli-belah itu terletak tidak jauh dari Lebuh Raya Persekutuan dan turut menempatkan hotel.

Ketua Bomba dan Penyelamat Subang Jaya Mohd Khairi Daud dipetik berkata pelanggan hotel yang dianggarkan lebih 300 orang telah dipindah keluar.

Usaha membantu dan menyelamat turut disertai anggota dari balai bomba berdekatan.

Laporan Star Online menyebut letupan berlaku di kedai Starbucks.

Letupan dilaporkan berlaku sekitar 3.45 pagi di aras bawah dan turut merosakkan dua tingkat atas kompleks itu serta menyebabkan kerosakan ke atas beberapa kafe, restoran dan kedai pakaian.

Siasatan awal menunjukkan letupan terjadi di luar kompleks itu dan melibatkan saluran gas.

Laporan awal juga menunjukkan dua pekerja Nepal terperangkap di aras bawah tanah tetapi telah diselamatkan dengan kecederaan kecil. Dua lagi yang melalui lokasi kejadian turut dibawa ke hospital dalam ambulans.-TMI


Video Seks Terbaru: ADUN Kota Anggerik Jadi Sasaran

Posted: 27 Sep 2011 05:45 PM PDT

Adun Kota Anggerik nafi tuduhan blog pro-Umno

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik, Yaakob Sapari hari ini menafikan tuduhan fitnah oleh sebuah laman blog pro-Umno yang didakwa cuba memburukkan imej Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat beliau dan para stafnya.

Klip video itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah dalam sebuah pejabat dengan tajuk entri 'Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam'.

Namun menurut Yaakob, hasil siasatan mendapati video klip itu menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat yang jauh berbeza dengan Pusat Khidmat milik beliau.

Beliau sekaligus menyangkal individu (pelaku) video tersebut adalah stafnya dan percaya jurublog terbabit cuba membuat tuduhan tidak bermoral ke atas warga kerja untuk memberi gambaran negatif kepada rakyat.

Klip video

"Blogger tersebut tidak bertanggungjawab dengan memuat naik klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah di dalam sebuah pejabat.

"Akan tetapi hasil kajian dan siasatan yang telah dilakukan ke atas video tersebut menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat di dalam video tersebut berbeza dengan pejabat pusat khidmat yang sebenar," katanya yang juga Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor.

Gesaan turut dibuat Yaacob agar BN dan Umno tidak lagi menggunakan politik kotor dengan menuduh pemimpin Pakatan Rakyat terlibat dengan skandal tanpa bukti jelas.

Katanya tindakan sedemikian hanya untuk menganggu Pakatan Rakyat dan mengalihkan fokus rakyat terhadap isu yang lebih besar. -FMT

Ulasan GB

Blogger pro-UMNO meneruskan kerja-kerja syaitaniah dengan melakukan fitnah melalui penyebaran video seks - selepas DSAI, Mohd Sabu, diikuti dengan Allahyarham Sarbaini dan terkini ADUN Kota Anngerik, Yaakbob Sapari.

Golongan UMNO nampaknya kian terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk mencemarkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Tidak apa yang hendak diresahkan atau ditakutkan dengan fitnah mereka dari golongan yang tidak membaca Al-Quran dan tidak beriman ini.

Dah banyak kali GB membacakan ayat ini, untuk mengingatkan kepada mereka:

اسْتِكْبَاراً فِي الْأَرْضِ وَمَكْرَ السَّيِّئِ وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ
فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا سُنَّتَ الْأَوَّلِينَ فَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَبْدِيلاً وَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَحْوِيلاً


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. Fathir: 43

Hari siksaan ke atas mereka tetap tiba sepertimana janji Allah s.w.t.

مَا يَنظُرُونَ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ

Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakan yang akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar. (Yassin: 43)

[Bergambar] Pengecas Handfon Tertusuk Di Kepala Bayi

Posted: 27 Sep 2011 03:40 PM PDT

Seorang bayi lelaki mengalami kecederaan apabila sebuah alat pengecas bateri telefon bimbit tertusuk di bahagian belakang kepalanya selepas terjatuh di atas alat itu.

Keadaan bayi itu dilaporkan stabil di salah sebuah hospital di Quingyuan, China selepas menjalani pembedahan selama empat jam bagi melepaskan tusukan alat tersebut dari kepalanya.

Alat itu terpaksa dipotong sedikit demi sedikit sehingga meninggalkan hanya dua batang rod yang terbenam di kepala bayi terbabit.

Akhirnya para doktor yang terlibat memotong tengkorak bayi malang itu untuk membuang bahagian terakhir alat yang terbenam itu.

Ketua jurubedah Li Guofeng berkata: "Sebuah alat pengecas bateri telefon bimbit berwarna hitam telah terbenam di belakang kepalanya"

"Ini merupakan kali pertama saya menghadapi kes seperti ini."

Li Guofeng mendakwa bayi tersebut dikira bernasib baik kerana masih hidup sambil menambah: "sekiranya tempurung kepalanya pecah, bayi tersebut mungkin boleh mati dalam beberapa saat."




[Bergambar & Video] Taufan Nesat Hentam Filipina, 7 Maut, 100,000 Dipindahkan

Posted: 27 Sep 2011 10:05 AM PDT

Manila: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut selepas Taufan Nesat melanda Filipina, hari ini.

Nesat membadai kepulauan utama Luzon awal pagi tadi dengan membawa hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir di kebanyakan kawasan di ibu negara Manila.

Taufan yang kuat menghentam Filipina ini menyebabkan banjir serta memutus aliran eletrik sehingga menghentikan sejumlah kegiatan di ibukota Manila.

Bursa Saham Filipina dan pejabat Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Manila tutup akibat taufan Nesat.

Mangsa yang terkorban termasuk seorang dewasa dan tiga kanak-kanak apabila sebuah bangunan runtuh di utara pinggir Manila.

Jabatan Perkhidmatan Awam Filipina berkata, dalam kejadian tanah runtuh di Bandaraya Olongapo, di utara Manila seorang lelaki maut berikutan kemalangan akibat cuaca buruk.

Mangsa pertama akibat taufan itu ialah seorang bayi lelaki yang terjatuh ke dalam sungai di timur Filipina, malam tadi.

Pihak berkuasa segera mengarahkan lebih 100,000 penduduk agar berpindah ke kawasan selamat selepas hujan lebat dan angin kencang sehingga 170 kilometer sejam.

Wartawan BBC di Filipina, Kate McGeown, melaporkan sejumlah jalan tergenang air dan beberapa penerbangan ditunda sementara media-media tempatan sudah meminta agar menunda perjalanan yang tidak penting.

Pihak berkuasa di Manila juga sudah meminta agar warganya tinggal di dalam rumah sementara sekolah dan universiti ditutup.

Sementara itu, Gabenor Provinsi Albay, Joey Salceda, yang memerintahkan warganya berpindah menegaskan usaha mereka lebih pada akibat taupan.

"Kita tidak dapat mengelola taufan, tapi kita boleh mengaturkan kesannya," katanya kepada pejabat berita AFP.

Filipina sering dilanda taufan, namun Nesat merupakan yang terbesar sejauh ini.

Dua tahun lalu, taupan besar, Ketsana, menerjang Filipina dan mengorbankan lebih 400 orang. AFP/AP/BBC










Mati Ketika Reman: Mahkamah Arah Bayar Ganti Rugi Setengah Juta Ringgit

Posted: 27 Sep 2011 08:18 AM PDT

Kuantan: Mahkamah Tinggi Kuantan pada Selasa mengarahkan Kerajaan, Pengarah Penjara Penor dan 10 wadar penjara membayar ganti rugi sebanyak RM590,000 kepada waris keluarga seorang remaja yang meninggal dunia ketika di dalam reman pada tahun 2004.

Hakim Mariana Yahya telah mengeluarkan perintah tersebut di dalam kamar.

Plaintif, Mohamed Yusof Mat Diah, 64, dan isterinya, Rohani Mohamed,53, telah memfailkan saman tersebut ekoran kematian anak mereka Mohd Shukri Mohamed Yusof, ketika sedang menjalani tahanan reman di penjara berkenaan.

Mereka menamakan kerajaan, pengarah penjara dan 10 lagi staf penjara sebagai defenden.

Wadar penjara yang dinamakan sebagai defenden ialah Azhar Che Wil, Teyun Thian Em, Suhaimi Nordin, Mohamad Hamdan MohdYaakob, Ahmad Rizal Ab Halim, Ismail@Mat Daud Ideris, Hamdan Mohamad, Mohd Rozi AbdulHamid, Baharin Ab Ghani dan Zamarul Hafiz Shahbudin.

Salah seorang daripada defenden berkenaan, Ismail telah pun meninggal dunia dan pihak Amanah Raya Berhad hadir bagi pihaknya untuk mendengar penghakiman.

Pihak plaintif diwakili oleh peguam G.Visvanathan Nair, G.SubramanianNair dan Ebrina Zubir.

Manakala peguam R.S.Pani pula mewakili defenden Hamdan, Mohd Rozi,Baharin dan Zamarul Hafizmanakala Pendakwaraya Kanan Persekutuan Kamal Azira Hassan mewakili Teyun,Suhaimi, Mohamad Hamdan,Ahmad Rizal, Penjara Penor dan Kerajaan.

Peguam Visvanathan berkata, mahkamah telah mendapati bahawa kesemua defenden adalah bertanggungjawab di atas kematian Mohd Shukri.

Sementara itu, ibu Shukri, Rohani ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia berasa syukur dan lega akhirnya kes tersebut telah selesai.

"Yang penting keadilan telah ditegakkan...wang bukanlah segala-galanya kerana ia tidak akan menghidupkan anak saya kembali,'' ujarnya.

Dia juga berharap kejadian ini akan dijadikan iktibar oleh semua pihak agar tidak mengambil keputusan di tangan sendiri yang boleh membawa kepada kehilangan nyawa mereka yang di bawah seliaan dan jagaan mereka.

Menurut Rohani, mereka akan mengadakan majlis 'tahlil' untuk MohdShukri yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik.

Mohd Shukri telah ditahan reman di Penjara Penor kerana didakwa menyalahgunakan dadah tetapi ketika cuba melarikan diri dia telah berjaya ditahan semula.

Dia kemudiannya dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan tetapi meninggal dunia kemudian. -mstar

Mufti Perak, Perlis Sokong Hasrat PAS Laksana Hudud

Posted: 27 Sep 2011 06:50 AM PDT

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong hasrat Pas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Namun begitu katanya, Pas seharusnya menyediakan semua proses pelaksanaannya, termasuk prosedur-prosedur yang ditetapkan, perbicaraan dan saksi.

"Jika semua ini tiada masalah, saya ucap tahniah dan bolehlah melaksanakannya kerana sudah lama hudud mahu dijadikan undang-undang tetapi hingga kini belum dibuat.

"Apa yang saya bimbang, hudud hanya sekadar memotong tangan pencuri sedangkan dalam aspek lain tidak dapat dilaksanakan," katanya.

Katanya, sebagai orang Islam, ahli Pas perlu tunaikan janji dan jangan menjadikan hukum ini kempen politik menjelang pilihan raya.

"Perlu ingat, undang-undang Islam merangkumi tiga perkara, iaitu hudud, qisas dan takzir. Pas tidak boleh melaksanakan hanya satu kerana boleh menyebabkan ketidakadilan.

"Mereka perlu menjelaskan kepada masyarakat yang hudud bukan hukuman untuk menyeksa seperti potong tangan, sebat dan bunuh, sebaliknya menjadi pengajaran," katanya.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, melaksanakan hukum hudud adalah kewajipan orang Islam dan tidak boleh dipersoalkan.

"Sekarang hudud menjadi masalah kerana orang politik yang tidak memahami Islam bercakap dan orang Islam pula mempolitikkannya.

"Ia bertambah panas dekat pilihan raya dan orang politik sibuk mengenainya sedangkan selepas pilihan raya, hudud tidak diambil peduli dan senyap begitu sahaja," katanya.

Sementara itu, pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, orang Islam perlu menerima hudud sebagai perundangan negara kerana ia terkandung dalam al-Quran.

Katanya, perlaksanaan tidak boleh dilakukan bersendirian, sebaliknya mendapat kerjasama daripada kerajaan persekutuan.

"Saya tahu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama mahu berjuang untuk melaksanakan hudud dan kenapa tiba-tiba muncul semasa :Pilihan Raya Umum Ke-13 akan tiba.

"Akibatnya, rakyat melihat hudud sekadar cakap-cakap sahaja dan untuk membuktikan komitmen Pas, mereka perlu benar-benar melaksanakannya," katanya. -SH

Tiada ulasan: