Kelab Greenboc |
- Isteri, Suami Orang Dicekup Khalwat Dalam Myvi
- Najib Kepada Mahathir: "I Help U, U Help Me"
- Tunku Bukan Pejuang, Tetapi "Penyambut" Kemerdekaan - A. Samad Said
- WASPADA: Ada Lipas Dalam Biskut Coklat
- Fitnah Video Fon Seks - Langkah Jijik Pencacai UMNO Yang Desperado
- Milik Mahligai: Jamil Khir Bakal Terima Nasib Khir Toyo
- Tiba-tiba 10,000 Nama Terkait Dgn K/P Palsu Dikeluarkan Oleh SPR Dari Daftar Pemilih...
- [Video] Mohd Sabu Saman Utusan Malaysia, Muhyiddin & Musa Hassan Bakal Disaman Juga
- [Video] Ghaddafi, Seorang Atuk Yang Penyayang
- Luarnegara: Pasangan Pengantin Di Libya Pegang Senapang Sepanjang Majlis Perkahwinan
Isteri, Suami Orang Dicekup Khalwat Dalam Myvi Posted: 15 Sep 2011 01:30 AM PDT Kampung Raja - Akibat tidak dapat mengawal perasaan setelah bertemu kekasih lama, seorang guru lelaki dan pasangannya seorang warden asrama menyambung semula hubungan cinta yang terputus sebelum itu walaupun masing-masing telah berumah tangga. Gambar fail Guru lelaki berusia 49 tahun itu dan pasangannya berusia 29 tahun dari Kelantan itu dilamun cinta menyebabkan mereka sering keluar bersama. Bagaimanapun tindakan tidak mereka memadu asmara di dalam sebuah kereta di Pantai Bukit Keluang, di sini akhir tahun lalu, membawa padah apabila mereka ditangkap sepasukan anggota penguat kuasa Syariah Besut. Bukan itu sahaja, malahan pasangan itu telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,900 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, setelah mereka membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Syarie Mohd Nazri Yusof. Mahkamah turut mengarahkan pasangan tu dipenjarakan selama sebulan jika gagal membayar denda berkenaan. Mereka dituduh di bawah Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2001 kerana berkhalwat, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya. Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kereta Myvi di tepi pantai Bukit Keluang pada jam 11.25 pagi, 28 Disember tahun lalu. Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof. Menurut fakta kes, sepasukan anggota penguat kuasa yang membuat rondaan telah ternampak sebuah kereta Myvi di satu kawasan sunyi di pantai berkenaan, yang disyaki sedang melakukan perbuatan tidak bermoral. Ketika penguat kuasa menghampiri kereta itu dengan lebih dekat, kereta itu bergerak tetapi berjaya ditahan 10 meter dari situ. Apabila pemeriksaan dilakukan, didapati tertuduh lelaki berada di tempat duduk pemandu dengan keadaan kerusi terbaring sedikit dengan memakai baju T berkolar, dan seluar jean dengan keadaan butang seluar terbuka. Pasangannya berada di kerusi penumpang depan memakai kemeja T dan seluar jean yang terbuka tali pinggangnya. Hasil pemeriksaan mendapati mereka bukan suami isteri sebaliknya tertuduh wanita adalah isteri orang dan lelaki juga sudah beristeri. Kedua-dua tertuduh membayar denda yang dikenakan. -SH |
Najib Kepada Mahathir: "I Help U, U Help Me" Posted: 15 Sep 2011 12:24 AM PDT Apa pula status Mahathir minta Najib lewatkan PRU, sindir Pakatan KUALA LUMPUR, 14 Sept – Pakatan Rakyat pula menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad agar kembali menyandang jawatan perdana menteri jika pemimpin veteran itu mahu mempertikaikan saranan mereka agar kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang berbincang menentukan tarikh pembubaran Parlimen dan pilihan raya umum. "Kalau apa yang kami katakan hendak disindir, maka kami cadangkan Dr Mahathir kembali menjadi perdana menteri dan kami persoalkan apa hak Dr Mahathir untuk menasihatkan agar Datuk Seri Najib melewatkan pilihan raya umum ke-13," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kepada The Malaysian Insider. Salahuddin berkata idea yang dilontarkan oleh mereka sebenarnya bertujuan menjaga kebaikan rakyat dan demi kepentingan negara. "Malah perkara ini boleh dilakukan dan sedang diamalkan beberapa negara," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini dengan merujuk kepada amalan di Amerika Syarikat dan pendirian kerajaan campuran di Britain baru-baru ini. "Apa salahnya kami beri pandangan ini?" soal beliau lagi. Salahuddin berkata Pakatan Rakyat merasakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewajarnya mempertimbangkang perkara ini jika benar-benar mahu membawa pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini. Itu sebab tegas beliau, pihaknya meminta agar pilihan raya umum tidak dipanggil selagi jawatankuasa pilihan khas Parlimen tidak selesai mengadakan mesyuaratnya untuk mengemukakan laporan. "Jadi saya berpendirian bahawa itu pandangan Pakatan Rakyat... demi kebaikan negara dan rakyat. "Jika pandangan ini tidak boleh diberikan apa status Dr Mahathir apabila beliau sendiri meminta agar Najib tangguh panggil pilihan raya?" katanya. Terdahulu, Dr Mahathir berkata penentuan tarikh pilihan raya umum di negara ini adalah "hak keistimewaan" kerajaan dan tiada pihak boleh mempertikaikannya. Kata beliau, sebagai kerajaan yang memerintah, mereka juga mempunyai "keistimewaan" untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya berkenaan. "Dalam dunia ini tidak ada perbincangan berkenaan dengan tarikh pilihan raya. Itu adalah hak mutlak kerajaan... di mana negara-negara pun macam itu. "Kalau dia (pembangkang) nak tentukan (tarikh pilihan raya), biar dia jadi kerajaan dulu ... tetapi lepas dia jadi kerajaan dia tidak akan bagi kita pun ...," katanya selepas majlis penyerahan tiga unit model Saga "Electric Vehicle" (EV) dan lima unit "Range Extender Electric Vehicle" (REEV) oleh syarikat itu kepada kerajaan untuk dipandu uji di pejabat Perdana Menteri hari ini. -TMI
Ulasan GB Tindakan Mahathir menyatakan penentuan tarikh pilihanraya itu hak prerogatif kerajaan menjelaskan kepada kita tentang dua perkara. Pertama beliau masih menyangkakan beliau PM. Semasa beliau PM beliau mengambil pendekatan autokratik, mejadi penentu segala-galanya di dalam sistem pemerintahan sehinggakan kuasa para sultan pun dilucutkan untuk disandang oleh PM. Kedua, beliau mengambil pendirian untuk menyokong kepimpinan Najib setelah beliau kini mendapat tempat untuk aktif semua. TDM dilantik secara rasmi sebagai Canselor pertama Program Pengajian Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) yang baru dilancarkan. Kita tidak tahu berapa puluh ribu habuan sebulan diberikan kepada TDM, sesuatu yang tidak diperolehi semasa Pak Lah menjadi PM. TDM terkilan dan amat marah dengan Pak Lah yang telah menyisihkannya, malah TDM sampai bertindak keluar UMNO lantarannya. TDM berharap dahulu untuk terpilih Penasihat kerajaan semacam Lee Kuan Yew, atau setidak-tidaknya dapat bertanding sebagai ahli parlimen smeula setelah meletakkan jawatannya sebagai PM, tetapi kerana Pak Lah seorang politikus yang bebal dan tak dapat membaca minda TDM, tak memilih TDM sebaliknya memilih Bekas Setpol TDM, Johari Baharum untuk kerusi Kubang Pasu. Akhirnya setpol lawan tuan semula di dalam pertanding Ketua Bahagian Kubang Pasu. Kini, TDM persis telah diberikan ruang untuk aktif semula di bawah rejim Najib. Masa depan politik dan perniagaan anak-anaknya kembali pulih dan lebih terjamin di bawah Najib. Jadi apa hairan jika Mahathir kini membodek Najib? Lagipun ia amat diperlukan oleh Najib di saat kritikal untuk mengumpulkan sokongan setelah dirinya diramalkan tersungkur lebih-lebih lagi dengan karenah isterinya, Rosmah itu? Ia bertepatan dengan kaedah yang lazim Najib gunakan: I HELP U, U HELP ME! Itulah kisah yang sebenarnya. |
Tunku Bukan Pejuang, Tetapi "Penyambut" Kemerdekaan - A. Samad Said Posted: 14 Sep 2011 10:34 PM PDT Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Ini memang orang-orang yang berjuang. Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang. Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang. Dia menyambut. Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan." "...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya." Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut". A.Samad Said, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa "British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah." "Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British. Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO. "Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," simpulnya di akhir ucapan beliau. Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah. Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan "Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan. Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun." Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya. "Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya. Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..." "Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja. Rakyat lain...hampir sama saja," katanya. Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan. Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu. Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya. Lee Ban Chen: UMNO mewarisi penjajahan Sementara itu, penganalisa politik Lee Ban Chen menyifatkan kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957 sebagai "kemerdekaan tiga suku", dan bukan "kemerdekaan yang tulen". Ini kerana British telah menolak perlembagaan rakyat ketika itu, sebaliknya memilih UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 untuk kerjasama. Bagaimanapun, UMNO dalam Perikatan ataupun Barisan Nasional kemudiannya tidak mengisi nama dan bentuk kemerdekaan, sebaliknya mewarisi penggunaan akta-akta zalim dalam zaman penjajahan, misalnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang merintangi proses reformasi dan pendemokrasian negara kita, kata Lee Ban Chen. Pak Samad turut bersetuju bahawa "kita sebenarnya masih dalam pemerintahan penjajahan", kerana undang-undang zalim yang digubal ketika zaman British masih kekal sehingga kini. Malah, Menteri Dalam Negeri siang-siang mengingatkan tentang ISA ketika menangani isu BERSIH 2.0. Dengan nada menyindir, Pak Samad berkata "yang menjadi wira sentiasanya UMNO", sementara "orang awal yang berjuang semuanya tenggelam". "Dan paling mudah untuk mengatakan bahawasanya mereka semua ini kelompok komunis yang jahat, dan komunis yang ingin mencengkam...",dan pada waktu yang sama pula kita berbaik-baik dengan komunis (China) yang ada - antara beberapa "keanehan" yang sedang berlaku di negara dewasa ini, katanya. Seorang lagi panelis dalam forum ini adalah Arumugam, selaku Penasihat Tamil Foudation dan Pengerusi SUARAM. John Brian, iaitu Pengerusi Majlis Penasihat Dayak dan blogger Dayak baru yang dibariskan sebagai panelis sebelum ini, gagal menghadirkan diri kerana masalah tertentu. Forum ini dipengerusikan oleh Adam Adli Bin Abd Halim, iaitu Pengerusi Legasi Mahasiswa Progresif UPSI. -mr *Lim Hong Siang ialah editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. **Forum "Milik siapakah kemerdekaan ini?" ini dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Masyarakat Madani Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Free Public Forum, Solidarity Mahasiswa Malaysia, Bahagian Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL& Selangor dan Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI). |
WASPADA: Ada Lipas Dalam Biskut Coklat Posted: 14 Sep 2011 08:33 PM PDT Klang: Terkejut, jijik dan meloyakan. Itu perasaan seorang pekerja swasta apabila mendapati biskut coklat yang dimakan selepas membelinya di sebuah kedai runcit, di sini, mengandungi telur lipas. Malah, lebih menjijikkan, Mohd Syahmi Saad, 36, berkata apabila diperiksa di dalam tin biskut itu turut menemui bangkai seekor lipas. Menceritakan kembali, Mohd Syahmi menyatakan dia bersama beberapa rakan sekerja mengisi masa rehat dengan berbual kosong sambil makan biskut itu. "Ketika bersembang, saya tertarik melihat bijian coklat yang terdapat pada biskut berkenaan kerana agak pelik dan mengambil pen untuk memecahkan bijian coklat itu. "Saya dan rakan hampir termuntah apabila melihat beberapa anak lipas yang masih putih keluar dari bijian coklat itu dan terdapat beberapa ulat yang bergerak-gerak," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Lebih memeranjatkan, apabila Syahmi dan rakan yang memeriksa kandungan di dalam tin biskut berkenaan menjumpai seekor lipas yang sudah mati. "Syarikat biskut terbabit sepatutnya memeriksa tahap kebersihan lebih-lebih lagi syarikat mereka mempunyai nama besar sepatutnya tidak mempunyai masalah dari segi kebersihan. "Apapun, mana-mana syarikat perlu menjaga kebersihan kerana ia memberi kesan kepada kesihatan pengguna dan pembeli," katanya. Menurutnya, dia sudah menghabiskan hampir 70 peratus daripada tin biskut coklat bertarikh luput pada 2013 itu sebelum menyedari kejadian itu kerana biskut yang mempunyai telur lipas itu berada di lapisan bawah. Sementara itu, wakil syarikat pengeluaran biskut terbabit, ketika dihubungi, berkata cara penutupan yang tidak rapat boleh menjadi punca lipas memasuki tin biskut itu. "Bagi telur lipas yang menyerupai bijian coklat itu, saya menolak sekiranya ada yang menganggap kami menggunakan telur lipas bagi mengurangkan modal. "Kebersihan syarikat kami tidak perlu dipertikaikan kerana berada pada tahap amat memuaskan dan pemeriksaan kebersihan dilakukan dengan kerap," katanya. -hm |
Fitnah Video Fon Seks - Langkah Jijik Pencacai UMNO Yang Desperado Posted: 14 Sep 2011 06:15 PM PDT Perbualan 'intim': Tak tahu, kata Mat Sabu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak tahu menahu berhubung rakaman perbualan intim yang dimuat di internet dan diperkatakan di blog dan laman web pro-Umno yang mendakwa melibatkannya dan seorang wanita. "Saya tidak tahu. Saya tidak pernah dengar," katanya ringkas sambil tersenyum ketika diminta mengulas dakwaan terdapat rakaman antaranya dan wanita yang dikatakan Normah Abdul Halim. Ditanya sama ada beliau mengenali wanita tersebut, Mohamad hanya menjawab beliau tidak beminat melihat rakaman sebegitu. "Video (seks presiden MCA) Soi Lek pun saya tidak tengok. "Saya video-video macam ini memang tidak pernah suka," katanya, sekali gus mengundang ketawa kecil pemberita. Portal pro-BN Agendadaily pada 10 September melaporkan, bekas naib ketua Pemuda PKR Zahid Md Arip mengaku 'begitu teruja' mendengar dengan teliti detik-detik perbualan itu dan mendakwa ia "amat seiras dengan suara Mat Sabu". Bagaimanapun, katanya, beliau tidak berani kata suara wanita itu Normah kerana tidak mengenalinya. Laporan itu menggambarkan "syahdunya" dan boleh menaikkan syahwat suara yang 'bercengkarama' dalam rakaman tersebut - yang didakwa dirakam semasa mereka jalin hubungan pada tahun 1994. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak berani kata suara wanita itu Normah kerana tidak mengenalinya. Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad yang hadir sama dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara itu menyampuk dengan berkata, isteri Mohamad juga bernama Normah. "Apabila tak boleh lawan dasar (Pakatan Rakyat), ditimbulkan pula isu-isu sebegini," katanya yang juga anggota parlimen Shah Alam. -mk Isu Burukan Mat Sabu Tidak Banyak Untungkan UBN Ulasan GB FITNAH. Ia adalah asam garam golongan UMNO apabila sudah tidak mempunyai method lain untuk menyerang lawan. Dan paling selekeh ialah 'SEKS". Itu saja yang mereka tahu dan yang boleh mereka lakukan. Sebab di dalam minda golongan ini memang SEKS merupakan perkara utama di dalam kehidupan. Maka tidak hairan sehingga gambar TG Nik Aziz pun boleh di tampalkan di gambar lucah. Dengan melakukan demikian mereka berharap untuk mencemarkan imej pemimpin-pemimpin PAS. Mereka berfikir ahli-ahli PAS semua seperti mereka. SUka menuntun dan mendengar hal-hal lucah. Sebagai seorang muslim dan mukmin bukan sahaja menonton sesuatu yang lucah secara sengaja itu berdosa, apatah lagi menghasilkannya atau menimpan lebih-lebih lagi menyebarkannya adalah sesuatu yang amat berdosa. Tetapi bagi pencacai UMNO yang jahil agama sendiri lantaran jauhnya diri mereka dari panduan Al-Quran dan Hadith di dalam kehidupan, fitnah sedemikian adalah perkara biasa. Mengenai video phone seks Mat Sabu ini, sekalipun GB tak menonton dan mendengarnya) namun dari laporan di atas, banyak hal yang boleh dipersoalkan. Pertama, ia dikatakan dirakam sekitar tahun 1994. Masa itu penggunaan handfon belum ada di negara kita. Jadi rakaman tentulah dari talian tetap. Siapa dan bagaimana rakaman dilakukan? Gunakan pemain kaset di kedua-dua belah pihak? Pemfitnah kena buktikan pula nombor talian tetap yang digunakan. Kedua, mengenai suara Mat Sabu. Jika wajah Anwar pun boleh direplika dengan make-up di Thailand, inikan suara Mat Sabu. Ramai yang mempunyai suara yang seiras. Suara penyanyi-penyanyi terkenal seperti P.Pramli, Saloma, Elvis dan lain-lain pun orang boleh ikut, inikan pula suara Mat Sabu. Ramai juga orang boleh tiru suara Samy Vellu dan Chua Soi Lek. Ventriloquism adalah seni dimana seseorang boleh mengubah suaranya menjadi suara orang lain dan yang melakukannya dipanggil ventriloquist. Wiki mentakrifkan ventriloquism begini Ventriloquism, or ventriloquy, is an act of stagecraft in which a person (a ventriloquist) manipulates his or her voice so that it appears that the voice is coming from elsewhere, usually a puppeteered "dummy". The act of ventriloquism is ventriloquizing, and the ability to do so is commonly called in English the ability to "throw" one's voice. However, the term "throwing one's voice" is misleading, because it implies that a sound's physical origin has changed, when really the change has been perceptual and not physical. Dan ada persolan mengenai peniruan suara ini dijawab oleh Wikiannswer.com: Some people can imitate the voices of others with great accuracy. Others lack the ability to hear themselves well enough to handle it. Tape and digital recorders have made it possible for more people, because they can listen to the results of their efforts. Some professionals use electronically-delayed feedback so that they can say a phrase and instantly hear it repeated. This greatly facilitates learning to do voice imitations, because we normally do not hear our own voices accurately. Jadi apa ada heran dengan kisah suara Mat Sabu yang seiras itu? Agaknya budak-budak UMNO ni tak pernah baca Al-Quran? Surah Al-Buruj. Petikan Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10 Hadith Rasulullah: Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan tiba masanya di kemudian hari nanti, setelah aku tiada, beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia tidak termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim. |
Milik Mahligai: Jamil Khir Bakal Terima Nasib Khir Toyo Posted: 14 Sep 2011 03:13 PM PDT Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit. Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat. "Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri)," katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam. Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah. Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun. "Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan. "Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain" katanya kepada Keadilandaily. Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali. Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu. Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat. Ulasan GB Sekadar makluman, ini adalah salah satu contoh siasatan sampai ke lubang cacing akan dilakukan apabila PR mengambil alih pemerintahan negara nanti. Jika terbukti bersalah, samalah nanti nasib Jamil Khir dengan nasib Khir Toyo juga. Tak dapat duduk di mahligai yang dibina tetapi terpaksa menghabiskan hidup di penjara. Namun, mungkin itu lebih baik daripada disiksa api neraka.... |
Tiba-tiba 10,000 Nama Terkait Dgn K/P Palsu Dikeluarkan Oleh SPR Dari Daftar Pemilih... Posted: 14 Sep 2011 09:40 AM PDT Kehilangan 'pengundi klon' menghairankan PAS Pemuda PAS mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh dua bulan telah mengeluarkan nama lebih 10,000 pengundi yang dikaitkan dengan kes 'kad pengenalan palsu'. Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu dikesan setelah pihaknya rancak mengenalpasti keraguan dalam daftar pemilih. "Bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan. "Persoalannya apakah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) sememangnya sudah memiliki senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?" soalnya. Pada sidang media di pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Suhaizan turut mengedarkan senarai sepuluh nama bagi membuktikan dakwannya. Ia melibatkan kes di Selangor, Perak dan Johor yang telah didedahkan sebelum ini. Shubungan itu, katanya, bukti yang dibangkitkan melambangkang kecelaruan kerja dalam JPN yang memerlukan siasatan segera yang menyebabkan pilihan raya tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat. Sementara itu, Suhaizan juga mendakwa, tiga daripada enam pengundi 'kembar' - mempunyai nama sama dan nombor kad pengenalan hampir sama - kini tidak lagi mempunyai rekod dalam sistem semakan daftar pemilih. Pemuda PAS mendakwa, semakan mereka semalam mendapati dua pengundi Perlis dan seorang pengundi Kedah yang didedahkan media 17 Ogos lalu kini tiada lagi dalam rekod dalam talian SPR. Sehubungan itu, Suhaizan berkata, kehilangan data Azhar Ahmad, Besah Mat Dan dan Mansor Abdullah menimbulkan persoalan besar apakah data itu juga termasuk dalam kes kad pengenalan palsu dalam pilihan raya. Sehari selepas Malaysiakini melaporkan dakwaan enam pengundi 'kembar' itu, Sinar Harian melaporkan bahawa kesemua mereka memang wujud dan ditemui, sekali gus menafikan keraguan PAS bahawa kemungkinan terdapat pengundi tidak sah. -mk
|
[Video] Mohd Sabu Saman Utusan Malaysia, Muhyiddin & Musa Hassan Bakal Disaman Juga Posted: 14 Sep 2011 07:33 AM PDT Komunis: Utusan Malaysia disaman KUALA LUMPUR, 14 sept: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran satu berita yang didakwa memfitnahnya berhubung isu komunis. Saman tersebut difailkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates. Ianya berikutan laporan muka depan akhbar Umno itu pada 27 Ogos lalu bertajuk "Mohamd Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong" yang didakwanya sebagai fitnah. "Saya hanya mempertahankan diri dan mengelak daripada fitnah terutama tuduhan komunis, tuduhan sebagai pengganas dan mempertikai aqidah. "Fitnah-fitnah yang disebutkan tadi boleh menyebabkan keselamatan saya dan keluarga saya terjejas, maka kita perlu ambil tindakan undang-undang," kata Mohamad pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS hari ini. Turut serta pada sidang media itu peguam mewakilinya, Hanipa Maidin. Menurut Hanipa, saman tersebut menamakan dua pihak iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai pencetak dan penerbit akhbar berbahasa Melayu itu. Antara yang dituntut termasuklah ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan. Bagaimanapun jumlah ganti rugi tersebut tidak ditentukan dan bergantung kepada tafsiran mahkamah. Dalam laporan Utusan Malaysia 27 Ogos lalu, akhbar itu menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut. Bagaimanapun laporan itu dakwa Mohamad sebagai tidak benar dan fitnah kerana beliau tidak pernah mengaitkan Mat Indera dengan Komunis namun dilapor sebaliknya oleh Utusan Malaysia. Ekoran laopran itu juga menurut Mohamad, beliau dan anggota keluarganya yang lain menerima pelbagai ugutan termasuk dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti 'awak patut bertaubat, awak berbohong dan jangan sampai ada yang simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan kamu.' Beliau berkata, ada juga mendesak beliau dibuang negara, termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selepas laporan akhbar didakwa memesongkan kenyataannya.
Mat Sabu saman Utusan, Muhyiddin dan bekas IGP menyusul |
[Video] Ghaddafi, Seorang Atuk Yang Penyayang Posted: 14 Sep 2011 05:06 AM PDT Sisi peribadi berbeza Gaddafi TRIPOLI - Paparan video selama 32 saat memaparkan pemimpin Libya digulingkan, Muammar Gaddafi bersama dua cucu lelakinya memberi satu pandangan sisi peribadi berbeza beliau. Akhbar The Associated Press mendedahkan rakaman tanpa tarikh yang diperoleh melalui komputer riba salah seorang anaknya, Hannibal itu mungkin dirakamkan beberapa bulan lalu. Rakaman tersebut menunjukkan Gaddafi, 69, kelihatan gembira melayan kerenah kedua-dua cucunya yang kerap memberi tabik hormat kepada datuk mereka selepas beliau selesai mengerjakan solat. Imej seorang datuk penyayang adalah berbeza dengan sifat Gaddafi sebagai pemimpin diktator yang diketahui umum dan didakwa memerintah Libya dengan kejam selama 42 tahun. Sementara itu, sekurang-kurangnya 15 pengawal keselamatan maut selepas pasukan barisan pertahanan pro-Gaddafi menyerang pusat pemeriksaan loji minyak di Ras Lanuf, kelmarin. Tindakan serangan balas tersebut dilancarkan selepas Gaddafi berikrar untuk berjuang merampas Libya kembali. |
Luarnegara: Pasangan Pengantin Di Libya Pegang Senapang Sepanjang Majlis Perkahwinan Posted: 14 Sep 2011 03:50 AM PDT Tripoli - Kebanyakan pasangan pengantin memilih untuk mengenakan aksesori mewah seperti tali leher atau kafling perkahwinan untuk meraikan hari istimewa itu. Bagaimanapun, situasi itu tidak menjadi keutamaan bagi salah seorang bakal suami kerana dia memilih untuk bergaya dengan membawa senjata perang pada hari tersebut pada Ahad lepas. Pasangan itu bergaya dengan memegang senjata api dalam majlis perkahwinan mereka di salah sebuah hotel di Tripoli. Mereka memegang senjata perang itu sepanjang berlangsungnya majlis tersebut. Pengantin perempuan memutuskan untuk memakai pakaian tradisional iaitu gaun putih dengan kain yang menutupi wajahnya. Peperangan di Libya yang bermula sejak Februari lalu masih belum berakhir walaupun para pemberontak telah berjaya menumbangkan rejim Muammar Gaddafi menjelang Hari Raya Aidilfitri lalu. Para pemberontak itu kini memburu Gaddafi yang masih bersembunyi termasuk saki-baki para penyokongnya. Libya kini ditadbir sebuah badan yang mewakili para pemberontak itu yang dikenali sebagai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC). - Agensi |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan