Isnin, 12 September 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Penggunaan Perlembagaan Suruhanjaya Reid Bukti Jelas Tanah Melayu Dijajah

Posted: 12 Sep 2011 01:00 AM PDT

Kalau benar Tanah Melayu tidak dijajah, sudah tentu kita tidak perlu kerajaan British merangka perlembagaan Tanah Melayu," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.

Katanya, sedangkan Suruhanjaya Reid yang merupakan sebuah suruhanjaya bebas berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957.

Suruhanjaya itu dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.

Ahli Suruhanjaya Reid terdiri daripada Lord William Reid (pengerusi), Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

"Sekarang kita hendak tanya kepada profesor Zainal Kling dan pimpinan Umno kalau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British buat apa perlembagaan tanah Melayu mesti dibincang di Parlimen British dan tidak diputus sendiri oleh kerajaan Tanah Melayu pada masa tersebut?" tanya Jofri dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, kalau negara bebas daripada penjajah, sudah tentu merangka perlembagaan sendiri tanpa perlu campur tangan atau kelulusan dari negara luar.

"Mengapa Tanah Melayu dan Malaysia sekarang masih mengguna pakai perlembagaan Suruhanjaya Reid?

"Mengapa tidak dihapus sama sekali perlembagaan Reid dan kita rangka dan gunakan perlembagaan yang sesuai dengan adat resam dan budaya tanah Melayu/Malaysia sendiri atau sekarang kita rangka perlembagaan menurut syariah?" katanya yang juga Yang Dipertua PAS Miri.

Sedangkan, katanya semua ahli Suruhanjaya Reid dari negara luar, tidak ada yang dari kerajaan tempatan atau tanah Melayu.

"Inilah beberapa persoalan yang perlu dijawab dan difikir bersama kalau benar tanah Melayu tidak dijajah seharusnya kita sudah bebas menggunakan perlembagaan sendiri dan tidak bergantung dengan negara luar untuk merangka perlembagaan kita," ujarnya.

Jadi, katanya pemimpin Umno kena bersedia untuk menerima kenyataan yang negara ini memang pernah dijajah oleh British dan yang berjuang melawan kerajaan sebelum merdeka memang pejuang kemerdekaan. -HD

6% Cukai Prabayar: Kalau Berani Naiklah, Sejuta Rakyat Sedia Untuk Himpun & Protes

Posted: 12 Sep 2011 12:06 AM PDT

Cukai 6%: Kelab Protes BN himpun sejuta rakyat

GOMBAK, 12 Sept: PAS berpendapat pengenaan cukai perkhidmatan enam peratus kad prabayar oleh syarikat telekomunikasi (telco) kepada rakyat adalah satu tindakan yang didalangi Umno BN.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar), rakyat tidak akan dipaksa menanggung beban bayaran cukai itu jika kerajaan tidak mengenakan cukai yang tinggi kepada telco.

Ekoran kos operasi kini meningkat, Mahfuz yang juga Pengerusi Kelab Protes Barang Naik (Protes BN) berkata, telco terpaksa mengalihkan beban cukai mereka terhadap kerajaan dengan mengenakan cukai enam peratus itu kepada rakyat pula.

"Pertama sekali Kelab Protes BN membantah cukai yang didalangi BN ini dikenakan kepada rakyat.

"Kita mintak supaya telco tarik balik dan kerajaan sendiri mesti hapuskan cukai ke atas syarikat telekomunikasi ini," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Beliau ditemui di majlis rumah tebuka hari raya anjuran PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad, semalam.

Ianya sebagai respons terhadap kenyataan syarikat industri telekomunikasi tempatan yang mengumumkan bahawa caj cukai perkhidmatan enam peratus yang sebelum ini diserap Telco akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad sim bermula 15 September depan.

Menurut Mahfuz, jika ia dilaksanakan, golongan paling terkesan adalah golongan anak-anak muda, pelajar dan yang berpendapatan rendah yang menggunakan perkhidmatan prabayar.

Jumlahnya dianggarkan seramai 9 hingga 13 juta orang dengan jumlah penggunaan kad prabayar sebulan sebanyak 27 juta.

Sehubungan itu jelas Mahfuz, Kelab Protes BN memberi tempoh kepada kerajaan sehingga Rabu ini untuk menyelesaikan perkara itu sekaligus menghapuskan cukai tersebut.

"Kita bagi tempoh kepada kerajaan sampai Rabu ini. Kalau tidak, kita akan kumpul sejuta pengguna kad prabayar ini di seluruh negara untuk menyatakan bantahan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada rakyat khususnya pengguna kad prabayar untuk menyatakan bantahan mereka berhubung perkara ini di laman Facebook Kelab Protes Barang Naik (Protes BN). -HD



Banjir Mula Landa Perlis, 300 Dipindahkan

Posted: 11 Sep 2011 10:59 PM PDT

Kangar – Hujan lebat berterusan dari petang kelmarin sehingga semalam menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dinaiki air.

Antara kawasan yang terjejas ialah sekitar Padang Besar membabitkan Titi Tinggi, Panggas dan Guar Medang Gatal. Selain itu, Kampung Syed Omar turut dinaiki air.

Maklumat dari bilik gerakan banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati sehingga jam 6 petang semalam, tiga pusat pemindahan sudah dibuka.

Sebanyak 21 keluarga sudah dipindahkan ke Dewan Titi Tinggi Hilir, Dewan Kampung Panggas Besar dan Dewan Kampung Guar Medang Gatal.

Bilik Gerakan Banjir di Kompleks Dun juga dibuka mulai jam 12 tengah hari, semalam.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Ir Nishad Mohamed Mohd Shaffy berkata, semua enam pintu pelepasan air di Empangan Timah Tasoh di sini, dibuka kerana paras air yang mencatat ketinggian 29.29 meter iaitu sudah melepasi paras normal.

Difahamkan, hujan akan melanda hingga awal pagi esok (hari ini) dan amaran hujan tahap jingga sudah dikeluarkan.

Jabatan Meteorologi juga mengeluarkan amaran tahap jingga terhadap dua sungai iaitu Sungai Pelarit dan Sungai Jekarum kerana paras air sudah melepasi paras bahaya.

Pasukan operasi dan menyelamat sudah ditempatkan di beberapa lokasi yang dilanda banjir bagi memberi bantuan segera kepada mangsa termasuk memindahkan mangsa ke tempat selamat. -SH

Mangsa banjir di Perlis naik kepada 300 orang

Keadaan banjir di Perlis bertambah buruk dengan jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada lebih 300 orang daripada lebih 90 buah keluarga berbanding 100 orang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata, mereka ditempatkan di 11 pusat pemindahan banjir iaitu lima di kawasan Padang Besar, tiga di Kangar dan dua di Arau.
Sementara itu, dua buah sekolah ditutup hari ini akibat banjir iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Melangit dan Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Nishad Mohamed berkata, hujan lebat luar biasa menyebabkan banjir sejak semalam.

Beliau berkata, masalah banjir di Perlis yang kerap berlaku boleh dikawal jika infrastruktur Empangan Timah Tasoh ditingkatkan selain mewujudkan lencongan Barat dan Timur bagi mengalirkan air ke laut.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pula dijadualkan meninjau kawasan yang dilandar banjir hari ini serta bertemu mangsa-mangsa yang berada di pusat-pusat pemindahan.

Semalam, lebih 100 penduduk di beberapa kawasan rendah di Chuping, Titi Tinggi, Beseri dan Bintong telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air akibat hujan berterusan sejak tiga hari lalu.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir Perlis, mereka adalah daripada 47 buah keluarga yang ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan yang dibuka setakat jam 9 malam tadi.

Pusat-pusat pemindahan itu ialah di Dewan Titi Tinggi Hilir, Dewan Panggas Besar, Dewan Guar Medang Gatal, Dewan Kampung Melayu Batu 15, Dewan Kampung Syed Omar, Surau Kampung Syed Omar dan Surau Panggas Kecil.

Paras air di Empangan Timah Tasoh sehingga pukul 6 petang semalam ialah 29.26m iaitu masih di bawah paras bahaya.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, berkata sehingga kini enam pintu air telah dibuka bagi memastikan paras air di empangan itu sentiasa terkawal.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu turut melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir. - Bernama/mk

Tiga Maut, Pokok Besar Hempap Van Dalam Ribut

Posted: 11 Sep 2011 09:36 PM PDT

Padang Besar: Tiga termasuk dua pelajar maut, manakala seorang lagi parah apabila van dinaiki sembilan pelajar Maahad Tarbiah Islamiah (MATRI) Tunjong, di sini, dihempap sebatang pokok besar di kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, Chuping, dekat sini pagi semalam. Illustrasi: metro

Kejadian berlaku ketika semua anggota rombongan, termasuk lapan pelajar MATRI dalam perjalanan melawat Kilang Gula Felda Perlis (KGFP) menaiki sebuah van jenis Toyota Liteace dipandu bapa angkat mereka, Shahidan Ali, 67, jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata tiga yang terbunuh ialah Shahidan yang juga bekas pekerja KGFP serta dua pelajar MATRI iaitu Azman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Seri Kenanga, Kulim dan Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Ketiga-tiga mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat parah terutama Shahidan dan Ahmad Izzat yang duduk di bahagian depan van yang dihempap pokok .

Difahamkan, Azman yang berada di tempat duduk belakang pemandu meninggal dunia ketika cuba dibantu rakan lain, manakala seorang lagi pelajar, Mohd Ahnaf Anissofian, 14, dari Kuala Lumpur yang duduk di sebelah Azman dilaporkan parah, katanya.

Che Man berkata, pokok terbabit tumbang selepas dipukul ribut ketika hujan lebat melanda kawasan terbabit, sebelum menghempap bahagian depan van dinaiki mangsa.

Anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian kemudian terpaksa memotong pokok bersaiz sebesar pemeluk orang dewasa itu, sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mayat kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, sebelum dituntut keluarga, katanya.

Salah seorang mangsa, Muhammad Zulfadhli Rodi, 14, dari Arau, di sini, berkata dia bersama empat rakan lain terpaksa keluar melalui tingkap belakang van yang pecah selepas hampir separuh daripada bahagian depan kenderaan dinaiki mereka remuk dihempap pokok.

Sebaik keluar, kami lihat Izzat dan pemandu sudah tidak bernyawa, manakala Azman pula sedang mengerang kesakitan. Kami semua cuba membantunya, tetapi gagal sebelum terus berlari mendapatkan bantuan pengawal keselamatan di KGFP yang terletak tidak jauh dari situ, katanya. -BH



Tiga maut pokok hempap van

ORANG ramai melihat keadaan van yang remuk akibat dihempap sebatang pokok berdekatan Kilang Gula Chuping di Padang Besar semalam.

PADANG BESAR - Dua pelajar Sekolah Menengah Agama Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Beseri maut setelah van yang dinaiki bersama-sama enam pelajar lain dihempap pokok berdekatan Kilang Gula, Chuping di sini semalam.

Mangsa ialah Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Kenanga, Kulim, Kedah dan Ahmad Izzat Ismail, 17, yang berasal dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang.

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi itu turut meragut nyawa pemandu van, Shahidan Ali, 67, dari Beseri.

Seorang pelajar lain, Muhammad Ahnaf Anissofian, 14, dari Kuala Lumpur cedera parah dan kini mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar manakala lima lagi penumpang van tersebut mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Deros berkata, ketika kejadian van itu dalam perjalanan membawa mangsa untuk menyiapkan projek sekolah bagi subjek Kajian Tempatan. -kosmo



Ketua PKR Padang Rengas Ditemui Selepas Diculik Penyamun Dicucuh Renjatan Eletkrik

Posted: 11 Sep 2011 07:32 PM PDT

Cucuh renjatan elektrik

KUALA KANGSAR: "Saya diacu pistol di leher dan kepala selain dikenakan renjatan elektrik hampir seluruh badan sepanjang diculik dan dikurung selama hampir 12 jam," kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Padang Rengas, Alias Zenon, 73, sebaik dibebaskan sekumpulan penculik awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian petang Jumaat lalu, Alias yang juga ahli perniagaan diculik sekumpulan lelaki bersenjata pistol di hadapan kediamannya di Batu 16, Paya Panjang, Padang Rengas, di sini, ketika pulang makan tengah hari.

Bagaimanapun, dia dibebaskan lelaki berkenaan kira-kira jam 2 pagi kelmarin sebelum ditinggalkan berhampiran Plaza Tol Changkat Jering.

Menceritakan detik cemas itu, Alias berkata, dia tidak mampu melawan apabila dua lelaki mengacukan pistol di kepalanya sebaik diculik di hadapan rumahnya petang Jumaat lalu.

Beliau berkata, baju dan seluar yang dipakainya koyak rabak akibat renjatan elektrik itu malah, dia turut mengalami lebam di beberapa bahagian badan akibat dipukul.-hm


Ketua PKR Padang Rengas, Alias Zenon ditemui 12 jam selepas dilarikan penyamun dari rumahnya


Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Rengas, Alias Zenon (gambar) yang dilarikan empat penyamun semalam, ditemui selamat di Plaza Tol Changkat Jering, dekat sini, awal pagi ini.

Beliau dipercayai ditinggalkan kumpulan berkenaan di kawasan tersebut pukul 1.30 pagi selepas dilarikan dari rumahnya di Padang Rengas, kira-kira 12 jam sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Gaffar Muhamad berkata, mangsa yang hanya mengalami luka ringan menghubungi salah seorang rakannya untuk meminta bantuan.

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan dan diambil keterangan di IPD Kuala Kangsar.

"Pihak polis masih berusaha mengesan penjenayah dan kereta Mercedes-Benz milik mangsa yang dilarikan kumpulan tersebut.

"Motif sebenar kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Alias, 73, ketika ditemui selepas memberikan keterangan di IPD Kuala Kangsar hari ini berkata, kejadian berlaku sejurus selepas beliau tiba di rumahnya dengan kereta pukul 1 tengah hari semalam.

Menurutnya, pada masa ini, beliau yakin kejadian itu bermotifkan samun dan menolak kemungkinan berunsurkan politik. -um


Pelajar IPT Dakwa Disihir Guna Gambarnya Dalam Facebook

Posted: 11 Sep 2011 05:40 PM PDT

Nilai - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).

Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.

Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.

"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.

"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.

Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.

Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya. -kosmo

Ulasan GB

Samada disihir/disantau atau tidak, ia masih boleh dipertikaikan. Itu hanya permainan dalam dunia perbomohan.

Namun, GB tidak pula menafikan mempamerkan gambar di FB lebih banyak mendatang mudharat dari menafaat. Kerana kita mendedahkan diri kita kepada orang yang tidak dikenali latarbelakangnya yang kemudian akan menggunakan gambar itu untuk tujuan-tujuan yang kita tidak ketahui.

Jika mahu juga pamerkan gambar-gambar gunakan fungsi "privacy" yang ada, iatu berkongsikan gambar-gambar tersebut hanya kepada mereka yang dikenali sahaja.

Justeru berwaspadalah dan sentiasa semak FB sendiri.

Tuduh Orang Lain Komunis, Dalam UMNO Sudah Lama Ada Komunis.

Posted: 11 Sep 2011 04:04 PM PDT

Sebenarnya UMNO atau DAP yang Komunis ???

Saban hari ada sahaja manusia termasuk mereka yang mempunyai kepakaran alam maya internet yang membuat tuduhan palsu dan basi iaitu DAP adalah parti komunis.

Tuduhan serampang dua mata itu – pertama, untuk memburukkan imej DAP kononnya ia adalah parti komunis yang diketahui umum dibenci oleh rakyat khususnya orang Melayu, dan kedua, untuk menggambarkan DAP sebagai parti Cina kerana sejarah Partai Komunis Malaya (PKM) dahulu terlibat secara langsung dengan negara China dan majoriti anggotanya adalah kaum Cina.

Agak ganjil juga usaha memburukkan DAP secara mengaitkannya dengan komunisme kerana kumpulan dan individu pro-UMNO itu tidak sedar sejarah parti mereka sendiri yang lebih parah pembabitan dengan komunis dan komunisme antarabangsa.

Mereka jahil atau sengaja enggan memahami bahawa DAP adalah anti-komunis, malah ideologi sosialisme kiri yang ekstrem juga ditolak oleh DAP.

Pilihan DAP pada awalnya adalah sosialisme demokratik yang kini dikembangkan kepada demokrasi sosial. Inilah pilihan jalan tengah Malaysia yang sederhana.

Malah pada saat penubuhannya pada 1966, DAP ditentang oleh kumpulan-kumpulan radikal kiri kerana tidak mengambil sikap ekstrem seperti mereka. Sehingga hari ini DAP tetap bersikap anti-komunis, sama ada dalam soal ideologi mahu pun ekonomi dan sosial.

Sedangkan UMNO dan konco-konconya yang selama ini menuduh DAP komunis telah beberapa kali disusup masuk oleh ejen-ejen komunis.

UMNO bergelumang dengan komunis

Jika kembali kepada era pra-1969 di mana UMNO yang begitu kental dengan sikap anti-komunis serta menuduh mana-mana lawannya sebagai ejen komunis, terpaksa menjilat semula ludah mereka terhadap lawan politik apabila Tun Abdul Razak menghulur salam persahabatan dengan Mao Zedong dan China Komunis.

Pada 28 Mei 1974, Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri pertama dari Malaysia yang membuat lawatan rasmi ke China. Beliau bertemu dengan pemimpin komunis Mao Zedong di Beijing untuk menandatangani perjanjian hubungan diplomatik walau pun pada masa itu China masih aktif membantu dan menyokong perjuangan PKM.

Selepas era Tun Abdul Razak, negara dikejutkan dengan penahanan tokoh-tokoh Melayu termasuk dari UMNO di bawah ISA kerana didakwa terlibat dengan anasir subversif komunis.

Antara mereka adalah Tan Sri Abdullah Ahmad, Datuk Abdullah Majid dan Tan Sri A. Samad Ismail yang ditahan pada 1976 sewaktu pentadbiran Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn. Turut ditahan bersama mereka adalah pemimpin PSRM Kassim Ahmad (kemudian menyertai UMNO) dan Dr Syed Husin Ali.

Selepas tu, beberapa hari sebelum Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri keempat pada 16 Julai 1981, negara sekali digemparkan dengan penahahan di bawah ISA setiausaha politik Perdana Menteri, Siddiq Mohamad Ghouse, yang didakwa menjadi ejen Polis Rahsia Soviet Union iaitu KGB
.

Pada masa yang sama kerajaan Malaysia menghalau tiga diplomat Soviet yang bertugas dengan Kedutaan Soviet di Kuala Lumpur atas tuduhan mengintip di Malaysia.

Apabila Dr Mahathir berkuasa, orang-orang yang ditahan di bawah ISA atas tuduhan bersubahat dengan komunis telah dibebaskan.

Tetapi sikap "liberal" Dr Mahathir hanya untuk seketika sahaja. Apabila kuasanya tercabar, beliau pula menggunakan ISA untuk menangkap sesiapa sahaja yang dianggap musuh politiknya, tidak kira mereka yang dianggap komunis atau tidak.

Pada masa yang sama, banyak parti-parti komunis antarabangsa dijemput hadir sebagai pemerhati dan sabahat UMNO dalam banyak perhimpunan agung UMNO termasuk Parti Komunis China.

Dr Mahathir juga dianggap sebagai sahabat kepada rejim komunis Fidel Castro di Cuba. Hubungan erat UMNO dengan parti-parti komunis terus kekal sehingga hari ini.

Hubungan erat di antara UMNO dan Parti Komunis China

Pada Ogos 2010, UMNO dan Parti Komunis Cina menandatangani memorandum persefahaman bersama untuk mengadakan program pertukaran belia antara kedua-dua negara.

MoU itu ditandatangani di Beijing di mana UMNO diwakili oleh Setiausaha Agungnya Datuk Tengku Adnan Mansor telah menyatakan harapannya supaya satu mekanisme tetap akan dapat diwujudkan untuk memastikan kerjasama kedua-dua pihak dapat diperkukuhkan.

Inilah UMNO dan rakan-rakan kongsi mereka yang sering menuduh orang lain dengan dakwaan yang palsu serta kadang-kadang tidak masuk akal.


Walau pun tidak munasabah menuduh DAP komunis, pecacai-pecacai UMNO masih terus menyebarkan fitnah keji itu.

Sejarah telah membuktikan DAP bukan sahaja tidak komunis, malah menentang ideologi komunis.

Pada 30 Ogos 1981, DAP telah mengumumkan Deklarasi Petaling Jaya, yang bukan sahaja mengulangi pendiriannya untuk mewujudkan Malaysia yang bebas dan demokratik berdasarkan prinsip hak dan peluang saksama antara kaum, keadilan sosial dan ekonomi serta kebebasan media serta kebudayaan, tetapi juga menegaskan pendiriannya yang patriotik.

Kesetiaan DAP adalah kepada negara semata-mata dan apa yang diperjuangkannya selama ini adalah untuk memastikan Malaysia tidak dipecahbahagikan antara kaum dan agama, tidak berlaku diskriminasi dan sentiasa wujud perkongsian antara kaum dalam semua bidang.

DAP tolak komunisme

Deklarasi itu juga mengulangi pendirian DAP yang menolak komunisme dan sebarang bentuk ideologi kiri dan kanan yang ekstrem.

Demokrasi sosial sebagai ideologi DAP adalah bersifat sederhana dan mengambil jalan tengah. Sebagaimana yang dijelaskan dalam deklarasi 1981 itu: "DAP tidak mahu Malaysia menjadi alat kepada Soviet Union atau Republik Rakyat China atau mana-mana negara lain tetapi mahu Malaysia bebas aman damai untuk menentukan sendiri nasib dan masa depannya."

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang sering menjadi mangsa tuduhan palsu itu telah beberapa kali menjelaskan bahawa ideologi komunisme tidak pernah diterima oleh DAP.

Dalam satu wawancara bersama Harakah, beliau berkata:

"Dulu di negeri China pada tahun 60-an dan 70-an, ekonominya begitu mundur sekali. Rakyat hidup merana tanpa bantuan. Malah ekonomi China dianggap sebagai pesakit Asia. Kenapa? Kerana dasar kerajaan komunis tak boleh jalan.

"Dasar di mana semua akan makan satu mangkuk nasi. Tak kira kerja kuat atau tak kerja, semua akan dapat satu mangkuk nasi. Yang kerja lapan jam, dapat satu mangkuk. Yang kerja lapan minit pun satu mangkuk. Siapa nak bertungkus lumus? Siapa nak kerja rajin dan tekun? Sebab itu orang China waktu itu malas berkerja.

"Adakah malas kerana mereka sendiri malas? Bukan. Tapi kerana dasar subsidi membuatkan mereka malas. Tapi kita bukan buat dengan serentaklah. Tapi kita mesti ada dasar baik supaya mereka dapat berdaya saing. Bila mereka ikut dasar yang maju, menggalakkan mereka berdaya saing, saya rasa itu adalah sesuatu yang paling baik untuk orang Melayu dan juga negara Malaysia.

"Kita tengok China, selepas dasar diubah mereka terus menjadi maju. Daripada malas mereka manjadi rajin kerana dasar galakkan, kalau sesiapa tak kerja, dia akan lapar. Kalau kerja, baru boleh kenyang. Jadi semua akan kerja. Sama dengan di sini, kena kerja, bukan kita bagi wang sahaja.

"Kalau kita bagi wang kepada orang muda, mereka guna beli motosikal, jadi mat rempit. Tapi bila mereka kerja dan dapat duit, mereka akan menghargainya. Saya rasa itu yang lebih penting."

Nampaknya seorang pemimpin yang dituduh "berfikiran komunis" telah menolak sistem komunis yang dilihatnya sebagai punca rakyat menjadi malas dan ekonomi negara hancur.

Hipokrasi dan mentaliti Perang Dingin

Baru-baru ini pula sewaktu "kegilaan" pihak berkuasa menangkap sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan perhimpunan aman Bersih 2.0. Guan Eng membidas kerajaan UMNO-BN kerana menahan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar dan lima ahli Parti Sosialis Malaysia di bawah Ordinan Darurat.

Menurutnya, tangkapan dan penahanan itu adalah tidak adil kerana pihak berkuasa gagal mengemukakan sebarang bukti atas tuduhan mahu "melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong" dan "menghidupkan fahaman komunis".

"Tuduhan menyebarkan fahaman komunis adalah tidak masuk akal apabila Malaysia sememangnya telah lama mengadakan hubungan akrab dengan negara-negara komunis seperti Cuba, China dan Vietnam.

"(Mengikut alasan tidak munasabah ini) Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pun patut ditahan dan didakwa kerana cuba menghidupkan semula fahaman komunis dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tetap pada 12 Oktober 2009 bagi mengukuhkan hubungan antara Pemuda Barisan Nasional dan Liga Belia Komunis China (Communist Youth League of China)," katanya.

Siapa sebenarnya yang bersekongkol dengan komunis? Dunia telah bergerak maju. Rakyat Malaysia juga sudah mara. Hanya pimpinan UMNO masih di takok lama mentaliti era Perang Dingin.

Lebih teruk lagi, kononnya UMNO yang anti-komunis itu bersifat seperti rejim-rejim komunis yang sering menindas rakyat sendiri, terutama terhadap warga-warga yang mahukan kebebasan dan keadilan serta mempersoalkan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan amalan rasuah pemerintah.

Keganasan pihak berkuasa kerajaan UMNO-BN terhadap rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman sempena Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, kononnya untuk menjaga keamanan, adalah bukti nyata sikap dan sifat rejim komunis dan pemerintah zalim.

Bak kata W.S. Rendra, "Keamanan yang berdasarkan senjata dan kekuasaan adalah penindasan". -roketkini

UMNO Banyak Seleweng & Sembunyikan Fakta Sejarah - Hadi

Posted: 11 Sep 2011 09:56 AM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peringatan kepada pimpinan Umno supaya memberitahu kepada rakyat Malaysia tentang fakta sebenar sejarah kemerdekaan dan bukan menyembunyikannya demi kepentingan politik semata-mata.

Tegasnya, sejarah kemerdekaan perlu didedahkan secara telus supaya rakyat terutamanya generasi akan datang tidak keliru dengan sejarah Malaysia.

"Perjuangan menentang penjajah bermula sejak 1511 ketika kedatangan Portugis... ingat, bukan perjuangan menuntut kemerdekaan bermula dengan Umno pada 1946.

"Jangan nafikan sejarah, sepatutnya ahli-ahli sejarah jangan tutup fakta ini, parti-parti yang ditubuhkan di Tanah Melayu diharamkan oleh British,"

Hadi berkata demikian pada ceramah di Dewan Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam tadi.

Tambah beliau, ramai pemimpin mahu pun pejuang kemerdekaan yang telah dihukum pada zaman penjajah namun pada masa kini, penjajahan secara moden pula sedang berlaku di negara ini.

"Pemimpin-pemimpin yang berjuang dihukum, ada yang dihukum gantung, dibuang daerah, dibuang ke Mekah pun ada... namun perjuangan menuntut kemerdekaan tidak boleh dihapuskan. Perjuangan ini berterusan dan kita perlu sedar bahawa penjajahan termasuk melalui pemikiran.

"Manusia tidak akan merdeka selagi wujudnya penghambaan, pemerintah yang zalim, pemerintah yang tipu... inilah perjuangan Islam. Walaupun penjajah asing sudah tiada tapi pemikiran mereka, amalan, kejahatan mereka masih wujud. Perjuangan kemerdekaan belum selesai... walaupun penjajah British sudah balik, tetapi penjajahan pemikiran masih wujud,"
katanya.

Isu sejarah kemerdekaan negara muncul ekoran kenyataan kontroversi timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

Mohamad mengatakan pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan di balai polis Bukit Kepong dan membunuh 25 orang semasa pemberontakan komunis pada 1950, yang mengundang kritikan banyak pihak terutamanya pemimpin Umno.

Beliau juga mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera, salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah itu adalah seorang pejuang kemerdekaan.

Dalam pada itu Hadi berkata, PAS menerima secara terbuka kehadiran masyarakat berbilang kaum di negara ini sambil menyifatkan mereka sebagai "mangsa penjajah" yang dibawa sebagai hamba.

"Pada masa sama, PAS menerima kenyataan masyarakat majmuk yang ada di Malaysia, kaum Cina, kaum India dan kaum bukan Islam yang ada adalah mangsa mereka (penjajah), mereka diangkut oleh penjajah ke sini, jadi pekerja di ladang, bukan sahaja penjajah memperhambakan orang Melayu tetapi memperhambakan orang Cina, orang India dan hanya segelintir sahaja orang Melayu yang senang, orang Cina yang senang dan orang India yang senang.

"Islam mengajar kita wajib menerima masyarakat majmuk. Islam adalah agama rahmat untuk keseluruhan manusia, Islam mewajibkan kita adil kepada masyarakat majmuk," katanya.



Jangan Ubah Fakta Sejarah - Suruh Najib Beri Amaran Juga Kepada Prof Zainal Kling & MPN

Posted: 11 Sep 2011 08:29 AM PDT

Jangan Ubah Fakta Sejarah:Najib

BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengingatkan agar mana-mana pihak tidak cuba mengubah fakta sejarah dan mengagung-agungkan pengganas komunis.

Beliau berkata komunis zaman dahulu sememangnya zalim dan mencengkam kehidupan rakyat kerana ideologi mereka tidak memihak kepada rakyat, anti agama dan zalim.

"Sebab itulah kita menentang komunis pada zaman itu kerana mereka bertindak kejam di bumi bertuah ini," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di sini.

Perdana Menteri berkata komunis tidak memberi rakyat Malaysia demokrasi, sebaliknya kerajaan yang memerintah ketika ini menghormati proses demokrasi.

"Sebab itu adakala kita menang dan adakala kita kalah tetapi kita harap menang lebih banyak dari kalah," katanya.

Najib berkata komunis pada masa dahulu berbeza dengan komunis zaman sekarang kerana komunis zaman dahulu tidak memberi hak kekayaan peribadi kepada rakyat.

"Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat.

"Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan sekarang menghormati suara rakyat, mengamalkan kesederhanaan dan tidak ekstrem.

Beliau berkata rakyat negara ini perlu bersyukur kerana telah memilih pemimpin yang begitu kukuh dalam meletakkan dasar negara yang kena pada tempat dan masa.

Katanya dua faktor yang meletakkan kejayaan negara ialah pemimpin terdahulu meletakkan dasar yang berpandangan jauh dan mempunyai wawasan.

"Setiap era kita ada pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusan dan tindakan," katanya.

Najib berkata sebagai contoh dalam usaha mendapatkan kemerdekaan negara, pemimpin dahulu memilih jalan rundingan kerana mereka mahu penjajah keluar daripada negara ini.

"Kita memilih jalan rundingan dan muafakat untuk memuafakat dan kita tunjukkan kepada British yang kita tidak rela dijajah," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Najib perlu bagi amaran yang sama kepada Prof Zainal Kling dan Majlis Professor Negara yang baru-baru ini cuba memusingkan fakta sejarah bahawa tanah air kononnya tidak dijajah.

GB sudah mengulasnya beberapa kali. Petikan dari entri Kini Bukan Mat Sabu, Tapi UMNO Yang Nak Ubah Fakta Sejarah

Tetapi kini UMNO terasa begitu malu kerana sudah terbongkar bahawa mereka adalah talibarut penjajah, maka fakta sejarah itu hendak diubahnya sesuka hati untuk memadamkan rekod berkenaan.

Sejarah sebenar itu tetap wujud, seperti matahari yang bersinar sekalipun awan mendung hitam pekat cuba melindungi cahaya berkenaan.


Klik dan baca:

mpn

Cukai 6% Prabayar : Najib Lempar Batu Sembunyi Tangan

Posted: 11 Sep 2011 06:30 AM PDT

Sikap mudah lepas tangan dan menuding jari ke arah pihak lain untuk menyelamatkan diri sendiri yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin sukar dibendung mutakhir ini.

Terbaru, beliau mengelak dan mengaku tidak tahu-menahu mengenai cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas pelanggan perkhidmatan prabayar yang akan berkuatkuasa pada 15 September depan.

Walhal, hal-hal percukaian jelas sekali urusan kerajaan dan ia adalah sesuatu yang memalukan kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

"Adalah tidak patut dan memalukan apabila seorang Perdana Menteri menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan kos prabayar yang ditanggung rakyat, sedangkan beliau sendiri dengan gahnya mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan dalam pembentangan belanjawan 2011 di Dewan Rakyat tahun lepas.

" Rakyat harus sedar bahawa cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas perkhidmatan telekomunikasi termasuk kad prabayar adalah cukai kerajaan.

" Cukai ini adalah milik kerajaan sepenuhnya dan tidak ada satu sen pun yang masuk poket mana-mana pihak lain, yang hanya bertanggungjawab mengutip cukai ini bagi pihak kerajaan. Setiap tahun, dianggarkan kerajaan mengutip sehingga RM750 juta daripada pembelian kad prabayar oleh rakyat Malaysia,"
kata Rafizi dalam satu kenyataan media.

Jelasnya lagi, walaupun beliau berpendapat tindakan syarikat telekomunikasi (Telco) menaikkan kos kad prabayar adalah tidak munasabah memandangkan syarikat itu telah mengaut keuntungan yang tinggi, namun katanya adalah adil untuk mengetahui bahawa ia dinaikkan kerana kerajaan telah meningkatkan cukai perkhidmatan.

"Kerajaan tidak boleh berdolak dalih dalam melaksanakan dasar percukaiannya.

"Jika ia telah meluluskan undang-undang yang menetapkan semua perkhidmatan dikenakan cukai 6 peratus sebagai satu bentuk cukai penggunaan, ia tidak boleh secara diam-diam berharap cukai itu ditanggung oleh syarikat, kerana cukai perkhidmatan adalah satu bentuk cukai yang ditanggung oleh rakyat bagi tujuan mengawal penggunaan,"kata beliau.

Tindak-tanduk Najib ini juga katanya boleh mengeruhkan keadaan sehingga menyebabkan pentadbiran percukaian dan ekonomi negara kucar-kacir kerana kaedah percukaian yang berbeza dan kegagalan Najib sendiri untuk mengenalpasti di antara cukai langsung dan tidak langsung.

"Maka tidak hairanlah Perdana Menteri sehingga sekarang tidak berjaya mengembalikan keyakinan pasaran kepada dasar dan kepimpinannya,"ujar Rafizi.

"Tabiat Datuk Seri Najib Tun Razak juga berbahaya kerana ia memberi gambaran syarikat berlainan akan mendapat layanan berbeza walaupun undang-undangnya sama. Jika beliau mahu syarikat telekomunikasi menanggung cukai perkhidmatan 6 peratus, beliau juga perlu berlaku adil kepada semua.

Makanya, beliau wajar memberi arahan agar semua syarikat lain dari pelbagai industri, termasuklah industri penyiaran (Astro) hinggalah kepada industri makanan (KFC dan restoran mamak) juga perlu menanggung cukai perkhidmatan itu.

"Alang-alang beliau mahu menjadi jaguh rakyat, lebih baik beliau menghapuskan saja cukai perkhidmatan kerana beliau tidak ada hak untuk memberi arahan syarikat mana perlu menanggung cukai perkhidmatan. Tindakan itu akan menyebabkan sudah tidak ada beza di antara cukai perkhidmatan dan cukai pendapatan,"jelas beliau lagi.

Cukai langsung adalah cukai yang dipungut ke atas pendapatan dan keuntungan sesuatu pihak manakala cukai tidak langsung ialah cukai yang dikenakan ke atas penggunaan melalui cukai perkhidmatan dan barangan. -tvsnews



WASPADA: Matikan Enjin Kenderaan Anda Sebelum Keluar Kereta

Posted: 11 Sep 2011 05:35 AM PDT

Dua budak nyaris diculik

PONTIAN – Gara-gara tidak mematikan enjin kenderaan ketika berhenti membeli kuih di tepi jalan, seorang ibu muda nyaris kehilangan dua anak perempuannya apabila seorang lelaki tiba-tiba melarikan kenderaan tersebut di Pekan Nenas, di sini.

Bagaimanapun dia bernasib baik kerana kenderaan yang dipandu lelaki warga Nepal itu terbabas lalu merempuh tembok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mohd Yunos Sulaiman, kira-kira 800 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin berkata, kejadian berlaku pada jam 1.30 tengah hari kelmarin ketika wanita berusia 30-an itu berhenti membeli kuih tanpa mematikan enjin kenderaan jenis pacuan empat rodanya kerana dua anaknya berada di dalam.

"Tiba-tiba seorang lelaki warga Nepal menaiki kenderaan tersebut dan melarikannya dengan kedua-dua anak wanita itu yang berusia 9 dan 11 tahun berada di dalamnya," katanya,

Menurut beliau, menyedari kenderaan dan kedua-dua anaknya dilarikan, wanita berkenaan cuba mengejar dengan menaiki kereta orang awam yang melalui jalan berkenaan.

"Bagaimanapun ketika sampai di hadapan asrama sekolah, kenderaan yang dipandu lelaki itu gagal dikawal lalu merempuh tembok sekolah berkenaan. Dia ditahan orang ramai yang berada di tempat kejadian," katanya.

Zahaliman berkata, kedua-dua kanak-kanak itu selamat dan diserahkan kepada ibu mereka yang sampai ke tempat kejadian sejurus selepas itu.

"Lelaki tersebut yang mengalami kecederaan ringan akan disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya ketika melakukan perbuatan tersebut, lelaki berkenaan berada dalam keadaan mabuk.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memberhentikan kenderaan dan pastikan enjin kenderaan dimatikan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Kalimat "Penjajah" Digunakan Oleh PM-PM Bukti Jelas Memang Malaysia Dijajah

Posted: 11 Sep 2011 03:10 AM PDT

Kolonial: Ucapan PM dari era Tunku sudah hujah 'negara pernah dijajah'

Di sebalik kontroversi kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong, elemen yang menjadi polemik terbaru ialah sama ada negara ini pernah menjadi tanah jajahan Britain dan dijajah oleh kuasa asing.

Dua hari lalu, PAS mencabar Majlis Profesor Negara (MPN) terutama jurucakapnya Profesor Dr Zainal Kling agar menulis artikel atau buku ilmiah bagi mengemukakan cadangannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan pegawai yang berkhidmat semasa zaman kependudukan British tidak boleh disebut pegawai British.

PAS menegaskan cadangan yang dikemukakan oleh MPN khususnya beberapa profesor seperti Zainal, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan Prof Dr Ramlah Adam bukan satu perkara yang kecil, sebaliknya menyanggah tesis yang sudah diterima oleh ramai ahli akademik dalam mahupun di luar negara.

"Kependudukan British sebelum 31 Ogos 1957 di Tanah Melayu, rata-rata diterima oleh para ahli akademik sebagai penjajahan sama ada di Negeri-negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu tidak bersekutu manakala pentadbirannya disebut pentadbiran oleh British," kata parti Islam itu.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata MPN kini sudah masuk perangkap Mohamad dalam isu terbaru ini.

"Kalau kita tak pernah dijajah buat apa sambut merdeka sampai habis jutaan ringgit? Dan lebih sedih lagi Tunku baru sahaja kehilangan gelaran. Sekarang dia cuma bapa kepada Tunku Ahmad Nerang dan adik-adiknya. Bukan lagi Bapa Kemerdekaan," kata beliau mengulas perkembangan semasa.

Khoo dalam satu kenyataan Ahad lalu dan diulangi Jumaat lalu, antara lain berkata, kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan raja setiap kerajaan dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada raja.

"Maksudnya dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota British," kata beliau dalam satu temu bual dengan akhbar tempatan.

Bertolak daripada pandangan itu, timbul polemik antara tafsiran golongan pengkaji sejarah dan pemahaman rakyat jelata.

Rakyat jelata, bersumberkan buku-buku teks dan kenyataan ahli-ahli politik membentuk pemahaman bahawa negara ini dijajah oleh British.

Penelitian ucapan beberapa perdana menteri dan juga tulisan mereka menunjukkan negara ini dijajah oleh British dan beberapa kuasa Eropah yang lain.

Antara lain, dalam ucapan ketika upacara perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman antara lain berkata, "... hari ini satu bab baru dibuka dalam hubungan kita dengan Britai; status kolonial kita telah diberikan tempat sama rata yang penuh..."

Memoir terbaru bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjudul "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" juga menyenaraikan perkataan kolonial atau penjajahan beberapa kali.

Maklumat yang diperoleh dari laman web pertubuhan Komanwel pula menyebut, "menerusi siri perjanjian antara 1983 dan 1930, pentadbir-pentadbir kolonial British menguasai hal ehwal luar sembilan kesultanan Melayu di Semenanjung.

Laman itu juga menyebut, "reaksi ke atas pemerintahan kolonial bermula awa abad ke-20."


Dr Mahathir ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 juga menyebut soal British dan penjajahan.

Kata Dr Mahathir, "sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri-negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British."

"Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

"Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana kemelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali," kata bekas perdana menteru keempat ini.

Dalam ucapannya itu, beliau juga dipetik berkata, "di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem kerajaan di Britain, `'King' atau 'Queen' mereka mesti menerima nasihat kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini. Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru-baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan. Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat."

Dalam ucapan terakhir sebagai presiden Umno pada 2003, Dr Mahathir berkata, "kita telah dijajah oleh tiga kaum Eropah. Selama 450 tahun, kita telah berada di bawah pemerintahan penjajah. Sekarang kita dan negara-negara Asia yang lain berhadapan dengan kemungkinan dijajah sekali oleh mereka."

Poin yang sama ditekankan dalam perutusan Hari Kebangsaan 2000. Kata Dr Mahathir, "berbanding dengan tempoh kita dijajah, kemerdekaan kita bukanlah lama. Empat puluh tiga tahun adalah amat pendek berbanding dengan lebih kurang 450 tahun kita dijajah. Setelah kejatuhan Melaka di tangan Portugis, kita dijajah oleh Belanda, British, Jepun dan juga Siam. Inilah sejarah kita yang terhina dan memalukan."

Malah katanya, "bagi anak watan nasib mereka adalah lebih buruk. Penjajah mengetepikan mereka dengan memilih jalan mudah membawa masuk orang luar untuk bekerja dan berniaga di Negeri-negeri Melayu. Dengan itu anak watan menjadi rakyat yang termiskin, rakyat kelas dua di negeri-negeri sendiri. Pada suatu masa bilangan mereka kurang daripada kaum pendatang."

"Walaupun British berhak hanya menasihati Raja-raja Melayu, tetapi mereka mengambil alih sepenuhnya kuasa pentadbiran. Demikianlah apabila kita meminta pertolongan orang asing, kita hilang hak sama sekali. Segala urusan yang penting dibolot oleh orang asing sehingga orang Melayu hilang kepercayaan kepada kebolehan diri sendiri. Mereka tidak pernah secara serius dan terancang mencuba untuk membebaskan negeri-negeri mereka."

Ucapan dasar Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung Umno 2001 berkata, "penubuhan Umno sebagai parti politik pada tahun 1946 menandakan tamatnya hampir 450 tahun bangsa Melayu dan negeri-negeri Melayu dijajah.

Sebelum ini siapa sahaja boleh menjajah orang Melayu. Mereka tunduk kepada sesiapa sahaja. Portugis, Belanda, British, Jepun dan Siam pun semuanya diterima dan dihormati oleh orang Melayu sebagai tuan kepada mereka.

"Orang Melayu di zaman penjajah tidak bermaruah dan tidak bersemangat. Mereka anggap diri mereka sebagai manusia kelas dua dan mereka sedia menyerah apa sahaja kepada orang lain yang mereka percaya lebih berkebolehan daripada mereka. Pentadbiran negara, perniagaan dan perusahaan, kerja biasa pun semuanya diserah kepada orang asing."

Dalam perutusan sambutan Hari Kebangsaan Ke-25 pada 1982 iaitu setahun selepas dilantik sebagai perdana menteri, Dr Mahathir memulakan ucapan dengan berkata, "Hari Kebangsaan kali ini merupakan peristiwa yang amat penting. Sambutan Jubli Perak ini menandakan sesuku abad kita telah merdeka, bebas dari belenggu penjajahan, dan sesuku abad kita menentukan nasib kita sendiri sebagai bangsa dan negara yang bebas dan berdaulat. Syukur, alhamdulillah, negara kita sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera dan terkawal, dan hari ini, kita dapat menyambut Jubli Perak negara kita dalam suasana aman dan bahagia."

Pengganti beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam perutusan Hari Kebangsaan 2007 berkata, "kita menghargai semangat keyakinan yang berjaya disemaikan oleh para pejuang untuk membebaskan warga dari kongkongan pemikiran kolonialisme. Kita menghargai pemimpin pelbagai komuniti yang telah mempamerkan wawasan, hikmah dan ideal untuk membina gagasan yang kukuh lagi berpadu, gagasan yang adil lagi saksama, gagasan yang aman lagi makmur."

Dalam ucapan dasar Perhimpunan Umno 2007, kata beliau, "rasa bimbang, rasa takut dan rasa terancam dalam minda Melayu berlaku apabila orang Melayu tidak mempunyai persediaan yang cukup. Selagi orang Melayu berfikiran kecil, selagi itulah orang Melayu berasa gentar kepada perkataan meritokrasi. Merasa diri kecil, merasa rendah diri, merasa gentar, merasa kurang upaya, adalah pemikiran beracun yang telah disuntik ke dalam minda Melayu, bermula dari era penjajahan."

Datuk Seri Najib Razak, yang menggantikan beliau, dalam perutusan Hari Kebangsaan 2009, yang pertama sejak dilantik sebagai perdana menteri keenam berkata, "lima puluh dua tahun yang lalu, sekumpulan patriot negara yang diterajui oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-haj telah berjaya mencapai kemerdekaan negara setelah hampir lima kurun berada di bawah belenggu penjajahan."

"Pascakemerdekaan kemudiannya menyaksikan tugas dan tanggungjawab untuk menentukan arah tuju tanah air yang satu ketika dahulu berada di dalam genggaman penjajah telah beralih ke tangan anak watan," kata beliau.

Malah buku-buku teks sejarah negara ini masih menggunakan perkataan dan istilah penjajahan, bekas penjajah ataupun imperialisme dan kolonialsime, nampaknya ini memerlukan keseragaman penggunaan. -TMI

Tiada ulasan: