Isnin, 26 September 2011

jiwo kelate

jiwo kelate


Isu Hudud: Pakatan Rakyat akan putuskan pada 28 September ini

Posted: 26 Sep 2011 05:35 AM PDT

image

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, para pemimpin Pakatan Rakyat cukup sedar Isu Hudud dan sehubungan itu mereka akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara itu (Isu Hudud) pada 28 September ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke di Pejabat Agung PAS hari ini.

Menurut beliau, hukum hudud, qisas dan taqzir seharusnya difahami oleh semua pihak, tetapi banyak pihak yang tidak memahaminya dengan mendalam.

Katanya, isu mengenai hukum hudud merupakan sesuatu yang sensitif dan ia amat mudah menimbulkan salah faham kepada phak tertentu.

“Kami dah putuskan untuk bincang perkara ini pada 28 September ini bermula jam 8.30 hingga 12.00 malam. Selepas itu, kami dari PAS, PKR dan DAP dari Pakatan Rakyat akan mengeluarkan kenyataan bersama mengenai perkara itu,” katanya pada sidang media itu.

Sehubungan itu, ketiga-tiga mereka meminta semua pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat tidak membuat apa-apa ulasan mengenainya sehinggalah pendirian bersama dicapai 28 September ini.

Katanya, Umno BN bercakap mengenai isu itu sebagai suatu jalan bagi mencetuskan perselisihan antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak akan mengikut agenda mereka.

“Pada mesyuarat 28 September ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri yang kini berada di luar negara akan turut hadir.

“Mesyuarat tersebut diadakan untuk membincangkan Baget 2012 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri nanti, tetapi untuk perbincangan awalnya akan membincangkan perkara ini,” katanya.

Menyentuh tentang kenyataan Menteri Besar Kelantan mengenai Kanun Jenayah Syariah Kelantan oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, beliau menegaskan, kenyataan Nik Aziz itu adalah dalam konteks negeri Kelantan.

Kanun Jenayah Syariah Kelantan telah diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada tahun 1993, manakala ketika PAS memerintah Terengganu turut diluluskan Kanun Jenayah Syariah Terengganu pada persidangan Dun Terengganu pada tahun 2003 (1999-2004).

“Kedah sekarang tak buat sebab untuk meluluskan Kanun Jenayah Syariah itu demokratik, iaitu mestilah diluluskan pada persidangan Dun,” katanya.

Untuk melaksanakan hukum hudud, jelasnya, memerlukan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan disebabkan perkara itulah Kerajaan PAS Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu kerana dihalang oleh Mahathir.

“Disebabkan Tun Dr Mahathir kata jangan buat, Kerajaan PAS Kelantan tak bolehlah laksanakan hukum hudud takut Tun Dr Mahathir buat magran iaitu mematikan demokrasi di Kelantan. Tindakan Kerajaan PAS Kelantan itu sebenarnya adalah untuk menyelamatkan demokarsi di negeri itu atau di negara ini,” tegasnya.


Mahfuz desak tubuh Suruhanjaya siasat Salahlaku Peguam Negara

Posted: 26 Sep 2011 05:12 AM PDT

image

Malaysiakini melaporkan, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan rasuah dan penyelewengan perundangan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mahfuz berkata dakwaan itu dibangkitkan banyak pihak, termasuk oleh penulis Raja Petra Kamaruddin, bekas panel pencegahan rasuah Tan Sri Robert Phang, serta didedahkan dalam surat terbuka bekas ketua siasatan Jenayah (CID) Datuk Mat Zin Ibrahim.

“Ia (dilihat) satu pencemaran terhadap institusi peguam negara yang diwujudkan dalam (kerangka) perlembagaan persekutuan,” katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Mahfuz berkata, suruhajaya itu perlu ditubuhkan kerana institusi peguam negara mempunyai hubungan langsung dengan Perlembagaan Persekutuan dan perlantikannya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Mahfuz, dakwaan berkaitan antaranya berhubung dakwaan terlibat memalsukan fakta dan bukti dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, kes rasuah dengan Shahidan Shafie dan “penyelewengan perundangan” kes Altantuyaa Shaariibuu.


Tahniah kepada PM yang jadi pengikut setia Karpal Singh. .

Posted: 25 Sep 2011 07:47 PM PDT

image

Tahniah Kepada Perdana Menteri, Dato’ Najib Razak yang juga Presiden Umno yang menjadi penyokong Setia Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menentang Hudud dilaksanakan di Malaysia atau di Kelantan.

TV3 menyiarkan jaminan Najib bahawa BN tidak melakanakan hukum Hudud walaupun beliau ini mengaku ia adalah hukum Tuhan.

Jadi untuk apa undang-undang Tuhan diakui, jika tak mahu dilaksanakan.

Jadi jelaslah Najib dah jadi pengikut setia Karpal Singh, manakala Karpal pula dah berjaya menjadikan Umno pengikutnya.

Rasanya orang Melayu dan penyokong Umno dah tahu dah kini bahawa Umno dan pemimpinnya tidak berjuang untuk Islam. Pemimpin Umno hanya bertopengkan Islam dan hanya jadikan Slogan semata-mata.

image

Umno dan Pemimpinnya juga akan cuba peralatkan ulamak, lihat kenyataan di muka depan Sinar Harian 25 September 2011 lalu
“Jika ditanya ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambilkira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu.” – Datuk Seri Najib

MengenI Hudud di Kelantan
Yang penting sekarang adalah memahami hasrat PAS untuk melaksanakannya di Kelantan dan orang Islam sendiri kena faham bahawa hudud ini bukannya hak orang PAS  sahaja tetapi hak Orang Islam dan ianya terkandung di dalam Al Quran.


Foto Sekitar Rumah Terbuka PERSADA 1432/ 2011

Posted: 25 Sep 2011 08:19 AM PDT

image

image

image

image

image

Rumah Terbuka PERSADA di Jalan Pp 28, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan


Tiada ulasan: