jiwo kelate |
- Ucapan Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor
- Pemimpin Umno kena baca Buku ni, sebelum hentam Mat Sabu
- Penjelasan Mohd Sabu di Kemunting pada 8 Sept. 2011
- Isu Mat Indera: Pemimpin Umno kena baca Buku Pengukir Nama Johor
- Keliru dengan Bendera kot …, apapun kita tetap tunggu Kerajaan Somalia siasat
Ucapan Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor Posted: 05 Sep 2011 06:28 AM PDT Pakatan Rakyat ingin memanjangkan ucapan setinggi takziah beserta simpati kami kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban semasa menjalankan tugasan di Mogadishu, Somalia. Pemergian arwah di usia yang muda selaku anak lelaki sulung keluarga, lantas meninggalkan seorang balu dan dua orang cahaya mata sememangnya amat menyayat hati semua warga Malaysia. Warga wartawan dan pengamal media di Malaysia juga telah kehilangan seorang rakan sekerja yang berani dan berdedikasi kepada kerjayanya. Melihat kepada tragedi ini, kami juga menggesa supaya langkah-langkah keselamatan yang cukup dan tertib akan dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mengelakkan daripada berlakunya tragedi sedemikian rupa. Bagaimanapun pun, kami berharap agar pihak-pihak yang bertanggungjawab akan memastikan bahawa soalan-soalan yang ditimbulkan ramai akan dijawab dengan tulus demi menampilkan kebenaran. Dalam sementara itu, kami berdoa supaya keluarga arwah akan diberikan kekuatan dan kesabaran tatkala menempuhi masa yang mencabar dan penuh hiba ini. Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang-orang yang soleh. |
Pemimpin Umno kena baca Buku ni, sebelum hentam Mat Sabu Posted: 04 Sep 2011 10:41 PM PDT Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menunjukkan buku Pengukir Nama Johor yang memaparkan kisah Mat Indera sebagai salah seorang hero dan gambarnya diletak di muka depannya. Pemimpin Umno dan surat kobar Utusan Meloya dan Berita Hairan kena baca semula buku ni hahh. Patutpun Zainuddin nasihat pemimpin Umno supaya berhenti berlawan dengan Mat Sabu, Baca di sini bikin malu Ahmad Maslan (Ketua penerangan Alif Mim Nun Wau/ sarkis) yang ‘dungu’ dengan kenyataannya sendiri di sinar harian “Mat Sabu bikin malu parti: Ahmad”. MB Johor akan tertawa besar baca kenyataan Ahmad Maslan yang tak baca sejarah Johor. Nak baca berita Klik di sini Mohamad Sabu menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu sekitar peristiwa Bukit Kepong dan sejarah prakemerdekaan. Dengan sinis, Mohamad berkata beliau tidak menolak pelawaan itu sebaliknya kedua-dua sayap PAS dan Umno itu lebih sesuai berbuat demikian. “Saya tidak tolak (berdebat). (Tetapi) biar Pemuda dengan Pemuda (berdebat) kerana mereka layak,” katanya lagi. Menurutnya, Pemuda PAS Johor ‘layak’ berdepan Khairy kerana peristiwa serangan yang diketuai bekas pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) Muhammad Indera itu berlaku di balai polis Bukit Kepong, di negeri itu. “Saya serah kepada Pemuda PAS. Dia (Khairy) seorang yang bijak dan saya hormati. Biar dia berdepan dengan Pemuda PAS,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Baca lanjut di sini |
Penjelasan Mohd Sabu di Kemunting pada 8 Sept. 2011 Posted: 04 Sep 2011 08:17 PM PDT |
Isu Mat Indera: Pemimpin Umno kena baca Buku Pengukir Nama Johor Posted: 04 Sep 2011 09:46 AM PDT Pemimpin Umno malas nak baca buku … Datuk Ghani Othman oooi bagitau kat Ahmad Maslan tu, jangan dok jadi bodo, memang Mat Sabu tu dah baca buku ni (gambar di bawah). Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Awang Adek Hussin pula meminta PAS menyatakan pendirian parti itu berhubung kenyataan Mat Sabu kerana sehingga kini parti itu hanya berdiam diri dan membiarkan Mat Sabu mempertahankan dirinya sendiri. Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, sebagai pemimpin parti konon berasas Islam, Mat Sabu perlu mempamerkan sikap menegakkan Islam dan menolak fahaman komunis yang pupus dan ketinggalan zaman. Hoi Awang Adek, bukan setakat tak buat kenyataan PAS ajak berbahas atau Berdebat. Di PONTIAN, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO menyifatkan pihak yang bersetuju dengan kenyataan Mat Sabu itu sebagai penyokong perjuangan pengganas. "Dia (Mat Sabu) boleh diibaratkan individu 'putus wayar' dan buta sejarah. Dia seharusnya teliti semula fakta sejarah kerana kenyataannya itu jelas memperlekehkan sejarah negara kita. Komunis antiagama, takkan dia mahu agung-agungkan kumpulan seperti itu," katanya selepas melancarkan Tabung Kemanusiaan Somalia NSTP-Media Prima di Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pontian, semalam. – Berita Hairan Timbalan Menteri Di JPM lagi lah bodoh, sepatutnya dia tanya MB Johor, Datuk Ghani Othman yang menandatangani Buku Pengukir Nama Johor terbitan Yayasan Warisan Johor (2004). Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato’ Abdul Ghani Othman. Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis biografi ringkas ini ada menyebutkan : Justeru sewajarnya Mat Indera di abadikan namanya sebagai seorang pejuang , bukan seorang petualang. |
Keliru dengan Bendera kot …, apapun kita tetap tunggu Kerajaan Somalia siasat Posted: 04 Sep 2011 09:19 AM PDT Ada kemungkinan kekeliruan berlaku?? Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, usaha Allahyarham terlibat dengan misi kemanusiaan menyelamatkan orang yang kebuluran merupakan satu sifat terpuji yang dituntut Islam. Baca lanjut di sini Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV yang terkorban di Somalia pada Jumaat lepas, dilindungi dua polisi insurans yang diambil oleh Bernama, kata Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman hari ini. “Semua petugas Bernama dilindungi dua polisi insurans — insurans hayat dan dan insurans kemalangan diri yang terpakai di seluruh dunia,” kata beliau sebagai respons kepada spekulasi yang tersebar dalam internet bahawa Allahyarham Noramfaizul tidak dilindungi insurans semasa menjalankan tugasan terakhirnya itu. Selain itu, Kelab Putra 1Malaysia turut mengambil polisi insurans kelompok kepada kesemua 55 anggota misi bantuan kemanusiaan ke Somalia. Abdul Rahman berkata, Bernama akan turut menghulurkan segala sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh keluarga Allahyarham.- Sinar Harian Timbalan ketua pengarang utusan malaysia, Datuk Zaini Hassan bagaimanapun melahirkan rasa kesal dengan pihak penganjur misi bantuan kemanusiaan yang gagal menyediakan persediaan keselamatan akibat TERLALU MEMENTINGKAN PUBLISITI DARIPADA MEDIA. “Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai…,” katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam – BERITA HAIRAN Kerajaan Somalia janji siasat Menteri berkenaan Abdisamad Maallin Mohamud berjanji dalang di sebalik kejadian itu dicari dan dihadapkan ke mahkamah. Beliau meminta maaf terhadap tragedi itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan seluruh warga Malaysia berikutan kematian Noramfaizul. “Ini (tembakan) bukannya daripada kerajaan…bukan daripada Al-Shabaab (pihak berkuasa). Ia dari tembakan pasukan lain dan kita akan menyiasat kenapa ini berlaku dan kenapa (rakyat Malaysia) diserang,” kata Abdisamad. Noramfaizul, 39, yang telah bertugas dengan BERNAMA TV kira-kira sembilan tahun, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia. Kejadian berlaku pada 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki anggota misi seramai enam orang dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia. Sementara itu, ketua misi bantuan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kemalangan yang meragut nyawa Noramfaizul itu sukar diterima rakyat Malaysia. |
You are subscribed to email updates from jiwo kelate To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan