Video: MOU UMNO dengan Parti Komunis China (CPC) Posted: 05 Sep 2011 02:18 AM PDT Saksikan betapa hipokritnya UMNO (baca Munafik) dalam isu komunis. Depan rakyat bangkit sebagai hero menentang komunis... hakikatnya mereka mengadakan MOU dengan Parti Komunis China. Video ini dengan jelas menyebut KERJASAMA ANTARA UMNO DENGAN PARTI KOMUNIS CHINA.
|
MAMPUS UMNO...... Posted: 04 Sep 2011 10:57 PM PDT |
Adakah Benar ini Puncanya Jurukamera BernamaTV terbunuh? Posted: 04 Sep 2011 10:16 PM PDT Dari Blog: www.darisungaiderhaka.blogspot.comAdakah benar laporan yang mengatakan kerana kedegilan Putera 1Malaysia yang menjalankan misi mencari publisiti politik atau boleh juga dikatakan sebagai Misi Mengejar Publisiti yang berkeras mahu menggunakan logo 1Malaysia yang kelihatan seperti bendera US menyebabkan Jurukamera BernamaTV terbunuh? Laporan tersebut mengatakan.. "Kumpulan-kumpulan pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat. Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia. Ini Punca Jurukamera Bernama TV kena tembak? Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia, Noramfaizul Mohd Nor yang diserang hendap. Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan-kumpulan pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat. "Kumpulan-kumpulan pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat. Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia. |
Pengukir Nama Johor Iktiraf Mat Indera Posted: 04 Sep 2011 09:01 PM PDT Tajuk Buku : Pengukir nama Johor Terbitan : Yayasan Warisan Johor Tahun terbit : 2004Pra Kata: Menteri Besar Johor - Dato Abd Ghani othman
Ringkasan buku: Memuatkan 22 tokoh Johor. Salah Seorangnya Mat Indera Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat? Bilakah pula UMNO seluruh negara nak buat laporan polis pada Yayasan Warisan Johor
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan