DUNIACACAMARBA |
- Kisah Benar: Belut MASUK ke dalam ZAKAR, Boleh Bayangkan???
- Kod Kad Pengenalan "71" Dicurigai "Senjata" Jatuhkan Kerajaan Pakatan
- [PANAS] Wikileaks: SPR Pernah Keluarkan 60 Ribu Kad Pengenalan PALSU!
- Drama Liwat II: Artikel "Air Mani di Dubur Bertahan Sehingga 113 Jam" Popular di Blog Pencacai UMCO, TETAPI...
- Hakim Terkedu, Pesalah Minta HUKUMAN GANTUNG
- Kerana Bimbang Prestasi Sekolah Terjejas, Sekolah Kurung Murid Lemah
- Remaja 16 Tahun Belasah Ibu dengan Kayu
- Setelah Ratusan Ribu Warga China/India "Hilang" Dicelah-celah Masyarakat, Baru Malaysia Sedar Bahananya?
Kisah Benar: Belut MASUK ke dalam ZAKAR, Boleh Bayangkan??? Posted: 20 Sep 2011 06:44 AM PDT Metro UK memetik berita tentang seorang lelaki China yang terpaksa menanggung seksa apabila seekor belut bersaiz kecil memasuki lubang zakarnya ketika dia sedang berenang dengan sekumpulan belut hidup untuk satu sesi rawatan kulit. Rawatan belut ini samalah rawatan ikan yang memagut kulit mati yang ditawarkan di sesetengah spa di Malaysia. Memikirkan bahawa belut akan mengambil masa yang lama menjalankan tugas mereka dengan cara yang dilakukan oleh prosedur rawatan, Zhang Nan menyelam ke dalam air dan membiarkan kumpulan belut itu "meratah" sisa kulit matinya. Seketika kemudian, Zhang berasa sakit seolah-olah benda tajam menusuk ke saluran zakarnya, sebelum menyedari seekor belut kecil memasuki saluran uretranya. 'Saya keluar dari air. Saya berasa sakit yang teramat sangat dan menyedari belut kecil telah berjaya hampir memasuki ke hujung zakar saya, " kata lelaki yang berusia 56 tahun dari Honghu, daerah Hubei. "Saya cuba memegang dan menariknya keluar, tetapi belut itu terlalu licin. Akhirnya, kesluruhan badan belut itu memasuki zakar saya." Menyedari bahaya yang dihadapi, Zhang tergesa-gesa ke hospital, sebelum menjalani pembedahan selama tiga jam untuk membuang belut sepanjang enam inci itu. Menurut doktor, belut itu telah mati ketika dikeluarkan dari saluran zakar Zhang. Pakar bedah Jin Wang, sifat belut yang licin membuatkan binatang itu mampu masuk ke dalam saluran zakar Zhang. 'Diameter salur kencing zakar lelaki sempit, tetapi badan belut yang licin, membolehkan bianatang itu masuk ke dalam zakar dengan mudah, "katanya.-DCM P/s: ADUH!!!! | ||
Kod Kad Pengenalan "71" Dicurigai "Senjata" Jatuhkan Kerajaan Pakatan Posted: 20 Sep 2011 06:00 AM PDT Saya petik: [HD] Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendedahkan pula sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi. Mereka merujuk kepada kod negara "71 " yang terdapat pada no kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 SPR. "Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod "71" disenaraikan sebagai kod rasminya. "Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod "71" adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya," kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat. Menurutnya, 42.33 % atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow (135), Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23). 17.33 % atau 29,605 pengundi dari rumpun bangsa India iaitu India (24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka (346), Pakistani (328), Tamil (324), Tamil Sri Lanka (67), Telegu (21), Malabari (12) dan Bangledeshi (10). Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) . "Ini bermakna bahawa negeri Pakatan Rakyat (PR) termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 % atau 97,923 orang. "Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah," katanya curiga. Mereka juga turut menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3 2011. yang akan digunakan untuk pilihanraya akan datang. Ekoran itu mereka mahu JPN memberi penjelasan terhadap persoalan berikut: 1. Mengapa JPN menggunakan kod negara "71" sedangkan setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang telah ditetapkan oleh JPN sendiri. Dalam Kes Mismah yang sepatutnya menggunakan kod negara Indonesia "61" tetapi Mismah diberi kad pengenalan berkod negara "71". Rujuk laman web JPN : http://www.jpn.gov.my/kodnegara dan http://www.jpn.gov.my/kodnegeri . 2. Kenapa begitu ramai sehingga 170,818 warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya dan mereka layak mengundi. Bilangan ini terlalu mencurigakan. Apakah ada agenda tersembunyi dibelakang JPN bagi tujuan manipulasi pilihanraya? 3. Apakah suatu kebetulan atau sememangnya satu perancangan bahawa negeri Pakatan Rakyat mempunyai bilangan paling ramai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahirannya iaitu 57.32% ? P/s: HANCUR negara! | ||
[PANAS] Wikileaks: SPR Pernah Keluarkan 60 Ribu Kad Pengenalan PALSU! Posted: 20 Sep 2011 05:11 AM PDT Saya petik:
P/s: Siapa pengkhianat? Mat Sabu/Mat Indera atau pihak yang mengeluarkan kad pengenalan PALSU? Laporan Wikileaks ini tidak akan sesekali keluar di Utusex, blog pencacai, dan media elektronik pencacai! Berkaitan:
| ||
Posted: 20 Sep 2011 04:00 AM PDT Malaysia Kini yang dicap oleh blog pencacai sebagai anti-Melayu, anti-Islam sebelum ini menjadi popular dalam kalangan blog tersebut hari ini. Isi beritanya tentang ketahanan air mani disalin dan ditampal di blog-blog berkenaan. Popular! Ironinya, artikel semalam tidak pula menjadi pilihan. Mengapa? Sebab tajuknya lebih kurang begini: Tiada BUKTI DNA 'Lelaki Y' Hasil daripada Sel Sperma. Anda fikir mereka berani menyiarkan artikel tersebut? Ha ha ha ha. Berbalik kepada artikel tadi, sebenarnya tajuk artikel MK ini sedikit mengelirukan. Menurut Dr Mcdonald seperti disoal balas oleh Pendakwa Raya: Yusof: Berdasarkan jurnal ini, bukan sesuatu yang luar biasa untuk menemui air mani pada calitan kapas yang diambil dari dubur selepas empat hingga 113 jam? McDonald: Saya bersetuju. Dalam artikel 1982, Ellard menyatakan penemuan bahawa air mani boleh bertahan selama 65 jam di dalam rektum. Perkara itu, bagaimanapun telah menjadi satu pertikaian dalam kalangan pengamal perubatan dan komuniti saintifik. Dr. McDonald mmenegaskan bahawa air mani di rektum hanya boleh bertahan selama 65 jam berdasarkan artikel 1982 oleh Ellard. Hal ini ditegaskan sekali lagi oleh peguam bela Sankara Nair di KD bahawa andaian yang dibuat Yusof tidak kukuh kerana merujuk kepada jurnal yang diterbitkan di United Kingdom pada 1982 bahawa sel DNA hanya bertahan selama 65 jam. "Bahagian yang tertulis tentang perkara itu dalam Bahasa Inggeris hanya satu perenggan. "Jurnal yang sama menyatakan calitan (swap) itu bertahan lebih 100 jam hanyalah yang diambil dari vagina wanita. "Manakala, calitan dari rektum hanya bertahan selama 65 jam," kata Sankara ketika ditemui di perkarangan mahkamah. Perkara yang TIDAK SESEKALI MUNCUL di blog pencacai ialah calitan yang diambil dari rektum pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan berusia 56 jam dari tarikh kejadian didakwa berlaku, dan disimpan lagi selama 43 jam sebelum diuji ahli kimia. 56 + 43 = 99 jam. Perkara lain yang TIDAK AKAN DIBAHASKAN oleh blog pencacai juga ialah sesuatu yang mustahil SEL SPERMA, saya ulang SEL SPERMA mampu bertahan selama 100 jam seperti yang cuba dipertahankan oleh pendakwa raya berdasarkan tiga jurnal luar negara. Hal itu dibantah oleh Dr McDonald yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam mengendalikan ujian DNA. Namun yang melucukan ialah gelagat pendakwa raya yang seperti "terdesak" mendesak Dr McDonald, pakar DNA Australia itu bersetuju dengan kandungan jurnal Thailand bahawa sel DNA dari air mani boleh bertahan lebih 100 jam. Berikutan itu, McDonald membantah kerana tidak memahami kandungan yang bertulis dalam bahasa Thai. Katanya, "Kamu minta saya untuk setuju tentang sesuatu yang saya tak faham. Saya takkan lakukan. "Saya rasa tiada siapa dalam mahkamah ini yang boleh baca bahasa Thai," kata Brian, mengundang ketawa mereka yang berada di galeri awam. - DCM P/s: Perkara yang harus difikirkan oleh pendakwa raya ialah kecuaian dan salah laku polis dan ahli kimia semasa menganalisis bukti sehingga menyebabkan pencemaran dan kecatatan pada bahan bukti, yang harus dibimbangi pasukan pendakwa ialah dakwaan bahawa ahli kimia memberikan keterangan dengan mengatakan bahan bukti yang tercemar tadi dapat memberikan keputusan analisis yang baik serta kegagalan mereka menganalisis sel DNA yang lain, selain sel DNA lelaki Y. Lagi menarik apabila Dr McDonald mendakwa tiada bukti sel DNA lelaki Y yang dikaitkan dengan DSAI diambil dari sel sperma! Saya kata "pendakwa perlu bimbang, difikirkan" bukanlah kerana pasukan pendakwa akan kalah (skrip tidak ditulis begitu) tetapi kes ini diperhatikan oleh orang luar yang mungkin kini sedang menggelakkan hujah pasukan pendakwa! | ||
Hakim Terkedu, Pesalah Minta HUKUMAN GANTUNG Posted: 19 Sep 2011 09:33 PM PDT Saya petik:
P/s: Macam-macam! | ||
Kerana Bimbang Prestasi Sekolah Terjejas, Sekolah Kurung Murid Lemah Posted: 19 Sep 2011 08:18 PM PDT Saya petik:
P/s: Lahanat betul GB dan pihak yang terbabit dengan kes ini. Ibu bapa ketiga-tiga orang murid yang diperlakukan sedemikian rupa tidak wajar menarik balik laporan polis. Mengapa perlu menarik laporan polis yang telah dibuat semula? Kes ini amat serius! Mereka juga perlu mengambil tindakan menyaman pihak yang terlibat kerana telah menjejaskan masa depan anak mereka hanya semata-mata mahu menjaga prestasi akademik sekolah! | ||
Remaja 16 Tahun Belasah Ibu dengan Kayu Posted: 19 Sep 2011 07:25 PM PDT
Saya petik:
P/s: Semasa kecil ditatang, dimanjakan apabila meningkat remaja perangani macam puaka. | ||
Posted: 19 Sep 2011 05:44 PM PDT Berita Harian melaporkan bahawa kemasukan pelancong dari China ke Malaysia akan disaring di pintu keluar republik itu apabila kedua-dua negara memeterai perjanjian kerjasama memerangi jenayah merentasi sempadan yang disifatkan kerajaan sebagai ancaman amat kompleks dan berisiko tinggi. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata negara tidak boleh bergerak sendirian memerangi jenayah merentasi sempadan yang disifatkannya lebih serius daripada masalah tsunami, gempa bumi, kegawatan serta rusuhan di Timur Tengah. Malah, katanya, berdasarkan pendakwaan kes pengubahan wang haram di mahkamah negara ini, hasil yang dikenal pasti dijana daripada pelbagai jenayah meningkat sehingga mencecah RM2.3 bilion ketika ini. Baru sekarang kementerian yang dikepalai oleh menteri yang diolok-olokkan oleh jurublog UMCO sebagai "Menteri Amaran" sedar tentang malapetaka kerana mudah sangat membenarkan warga asing masuk ke negara ini? Mengapa kerajaan tidak memikirkan implikasi apabila melaksanakan dasar pintu terbuka terhadap pelancong dan warga asing sebelum ini? Selanjutnya, Menteri KDN itu berkata: "Jumlah pelancong China yang TERLALU RAMAI ke negara ini menyebabkan Malaysia tidak mampu melakukan penapisan secara bersendirian, walaupun menggunakan apa juga teknologi sedia ada. "Saya sudah membincangkan perkara ini dengan rakan sejawatan di Beijing untuk melakukan penapisan beberapa pintu keluar masuk di China. Selain itu, kita juga bersetuju berkongsi maklumat mengenai sindiket antarabangsa pemerdagangan manusia, serta perjalanan barangan buatan antara negara dalam konteks perdagangan yang boleh ditafsirkan sebagai ancaman, seperti nuklear. Untuk itu, kita akan menandatangani satu perjanjian di Beijing dalam tempoh terdekat", kata Hishammuddin. Sebelum ini DCM ada mengulas secara ringkas bahana tindakan kerajaan Malaysia dalam mempermudahkan kemasukan warga asing terutama dari China dan India ke negara ini. Tindakan memberikan Visa on Arrival (VOA), begitu juga dengan polisi kerajaan memudahkan kemasukan warga India atas urusan perniagaan dan sebagainya lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Pemberian VOA (sudah dibatalkan) yang kononnya untuk meningkatkan sektor pelancongan negara ini akhirnya menjadi malapetaka apabila dilaporkan lebih 50 ribu warga China "hilang" di tengah-tengah warga Malaysia yang majmuk sifatnya. Begitu juga dilaporkan 40 ribu warga India turut "lesap" bercampur aduk dengan kerencaman masyarakat di negara ini. Saya tidak fikir jumlah itu tepat, mungkin dikecilkan jumlahnya untuk mengelakkan kecaman masyarakat. Statistik itu dikeluarkan tahun lalu, agak-agaknya sudah berapa banyak warga China dan India menghuni secara haram di bumi bertuah ini? Anda fikir mudah untuk kita mengenal pasti warga India dan China yang kini "berlakon" sebagai warganegara Malaysia? Saya tertarik dengan sindiran Pak Kadir apabila menyentuh isu ini apabila mendakwa kemungkinan warga asing menyelinap ke kampung-kampung dan akhirnya berkahwin dengan penanam sayur. Tidak mustahil. Kita juga selalu mendengar di TV bahawa ada orang yang mengaku rakyat "Malaysia" tetapi LANGSUNG tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia menagih simpati untuk memperoleh sijil kelahiran untuk anak-anaknya. Yang pelik, si ibu atau bapa ini mendakwa sijil pengenalan diri mereka juga hilang atau tidak ada. P/s: HANCUR MALAYSIA di bawah kendalian BN! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan