Khamis, 8 September 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Tambah Nilai Pra Bayar, Pek Sim Dikenakan Cukai Perkhidmatan Enam Peratus Mulai...

Posted: 08 Sep 2011 04:10 AM PDT


Saya petik:
[Bernama] Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini Khamis. 

Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.

"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu. 


P/s: Takziah penyokong PR, tahniah penyokong BN!


[Video-UMCO Wajib Tonton] Forum: Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan?

Posted: 08 Sep 2011 03:25 AM PDT



P/s: Sejarah ini digelapkan oleh UMCO!


Lelaki DIBAHAM Empat Ekor Anjing Peliharaan yang LAPAR

Posted: 08 Sep 2011 12:50 AM PDT

Tengkorak mangsa dimasukkan ke dalam beg.

Menurut berita yang dipetik oleh Agensi, seorang lelaki separuh umur ditemukan dalam keadaan yang mengerikan apabila anggota tubuhnya berkecai, dibaham empat ekor anjing peliharaan sendiri.

Tragedi berlaku di sebuah rumah di Batam Center yang dihuni mangsa, Andre Lumboga, 50.

Menurut polis, Andre baru saja pulang ke Batam setelah bercuti di kampungnya di Manado.

Petang kelmarin, jirannya menjumpai beg pakaian Andre di depan rumahnya. Jirannya itu tercium bau bangkai yang kuat dan terus melaporkannya kepada polis.

"Sewaktu tiba petang itu, kami hanya menjumpai tangan dan kaki mangsa," jurucakap Polis Seksyen Batam Kota, Kompol Eriyana, semalam.

"Pakaian mangsa koyak rabak," katanya

Anggota polis juga mendengar salakan anjing dari rumah Andre tetapi mereka tidak mengesyaki apa-apa kerana hari sudah malam.

Semalam, anggota polis kembali ke rumah Andre dan menemui kepala, tangan dan beberapa organ tubuh lain. Polis juga menemui empat ekor anjing besar yang kelihatan buas. Malah, haiwan itu juga cuba menyerang polis.

Polis masih belum dapat memastikan jenis anjing itu tetapi ia mungkin jenis German Shepherd.Siasatan awal polis mendapati Andre tinggal seorang diri tetapi tidak dapat mengesahkan waktu Andre mati.

Mereka berpendapat anjing peliharaan Andrea bertindak ganas kerana mereka mungkin kelaparan. 



Kabinet Najib Setuju Guna DAKWAT KEKAL PRU13?

Posted: 07 Sep 2011 11:53 PM PDT


Saya petik:

[MK] Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut laporan sebuah akhbar bahasa Cina.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan seumpama itu.

Memetik sumber, laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini menyebut, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Laporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda.

Ketika dihubungi hari ini, Nazri berkata: "Saya juga tak tahu."

Beliau menjelaskan bahawa keputusan kabinet adalah untuk menyerahkan kepada Jawatankuasa Khas Pilihan Raya memutuskan semua isu yang berkaitan dengan reformasi pilihan raya.

Sebelum ini, Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa semua cadangan berhubung reformasi pilihan raya perlu dibincang dan diputuskan oleh jawatankuasa khas berkenaan.

Jawatankuasa khas itu yang akan dibentuk dalam sidang parlimen akan datang - mulai 3 Oktober ini - dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu ekoran tekanan pembangkang dan pertubuhan sivil untuk reformasi sistem pilihan raya.

Pembangkang masih belum memutuskan sama ada akan menyertai jawatankuasa khas itu, dan mendakwa Najib gagal menunjukkan komitmennya untuk reformasi pilihan raya.

P/s: Saya tertarik dengan persoalan yang dibangkitkan oleh jurublog Cenangau: "Adakah UMCO sudah jumpa bahan kimia padam dakwat kekal?"


[Berita Baik] Vaksin Deman Denggi Berada di Pasaran 2014

Posted: 07 Sep 2011 09:40 PM PDT


Saya petik:
Vaksin dijangka berada di pasaran menjelang 2014

[BH] KUALA LUMPUR: Ancaman demam denggi yang dihidapi hampir 100 juta orang dan menyebabkan 22,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia, dijangka akan berakhir berikutan penemuan vaksin untuk merawatnya.

Vaksin itu yang sudah menjalani ujian klinikal fasa terakhir membabitkan kira-kira 40,000 pesakit dari 10 negara di Asia dan Amerika Syarikat dijangka memasuki pasaran menjelang 2014 atau 2015.
Vaksin itu boleh membentuk antibodi bagi pesakit untuk melawan penyakitnya dengan menguatkan sistem imuniti badan melawan penyakit berkenaan yang dibawa nyamuk jenis Aedes Aegypti.
Pengarah Program bagi Penemuan Penyakit Berjangkit di Institut Perubatan Dune-NUS di Singapura yang juga bekas Pengarah Bahagian Penyakit Berjangkit di Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit di Amerika Syarikat, Profesor Duane Gubler, berkata syarikat Amerika Syarikat, Sanofi Pasteur dilesen untuk mengeluarkan vaksin itu.
Katanya, buat permulaan hanya 100,000 vaksin akan dikeluarkan setiap tahun.

"Vaksin ini dijangka dijual pada harga mahal di peringkat permulaan, sebelum berkurangan apabila banyak lagi vaksin baru ditemui dan diuji. Ketika ini beberapa vaksin masih diperingkat awal kajian dan dijangka memasuki pasaran dalam tempoh 10 tahun lagi.

"Vaksin itu sesuai digunakan ke atas kanak-kanak dan orang dewasa, malah ia boleh digunakan seawal umur 12 bulan diikuti program vaksinasi pada peringkat umur seterusnya," katanya ketika ditemui selepas menghadiri bengkel mengenai 'Nyamuk Terubah Suai Secara Genetik' (GMM) di sini, semalam.  
Turut menyampaikan kertas kertas kerja mengenai GMM ialah pakar penyelidikan GMM Brazil, Profesor Madya Margareth de Lara Capurro dan Pengarah Eksekutif Lembaga Penasihat Keselamatan dan Kesihatan Dunia di Geneva, Dr Ali Akbar Mohammadi.

Gubler berharap penemuan vaksin baru itu tidak dijadikan alasan oleh mana-mana pihak untuk berhenti menjalankan kajian pengawalan nyamuk, malah perlu melipatgandakan usaha memerangi nyamuk Aedes Aegypti yang menjadi punca demam denggi. 

P/s: Tahun lalu kedengaran bahawa Malaysia akan mengeluarkan vaksi denggi. Kata menteri yang berkenaan, vaksin itu kini dalam proses percubaan. Apa cerita sekarang?

Nenek Dua Cucu Kantoi KHALWAT dengan Lelaki Muda

Posted: 07 Sep 2011 07:45 PM PDT


Saya petik:
[HM] KULIM: Tindakan seorang nenek bercucu dua cuba memadu asmara dengan teman lelakinya yang berusia 23 tahun di sebuah hotel di sini, mengundang padah apabila pasangan berkenaan ditahan dalam operasi cegah maksiat, semalam.

Dalam pemeriksaan kira-kira jam 9 pagi itu, wanita berusia 50 tahun dan berasal dari Pulau Pinang berkenaan ditahan bersama dua lelaki berusia 23 tahun dalam bilik di hotel terbabit.

Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), berkata berdasarkan maklumat, sepasukan lima pegawai penguat kuasa bergegas ke hotel terbabit lalu mengetuk pintu bilik sambil memperkenalkan diri untuk melakukan pemeriksaan. Menurutnya, seorang lelaki membuka pintu tidak lama kemudian dan anggota penguat kuasa yang masuk ke bilik itu yang mempunyai sebuah katil menemui seorang wanita bersama seorang lelaki lain.

"Pemeriksaan lanjut mendapati dua lelaki dan wanita terbabit tidak mempunyai sebarang hubungan mahram dan mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Lunas untuk dibuat laporan tangkapan.

"Hasil soal siasat juga mendapati wanita terbabit sudah bercerai dengan suaminya dan mempunyai dua anak serta dua cucu. Seorang daripada lelaki terbabit adalah teman lelakinya yang bekerja di kilang sama di Kulim Hitech, di sini," katanya. 

P/s: Apa nak jadi?


Suami Cekup Isteri KHALWAT dengan Mat Bangla

Posted: 07 Sep 2011 06:46 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] MELAKA: Bahana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh sejak tiga bulan lalu hingga terlanjur ke bilik tidur, seorang wanita dicekup suaminya di rumahnya di Tanjung Kling, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, wanita berusia 29 tahun itu dicekup bersama teman lelakinya berusia 28 tahun di rumah keluarganya yang ketika itu hanya dia dan dua anaknya berada di situ.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata ketika pegawai syarak yang ditemani suami wanita terbabit tiba di rumah berkenaan, pintunya berkunci dan selepas memberi salam serta mengetuk pintu, ia dibuka wanita itu.

Katanya, lelaki terbabit cuba melarikan diri menerusi pintu belakang, namun dicekup sekumpulan penduduk yang menyertai operasi berkenaan.

"Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tanjung Kling bagi laporan tangkapan sebelum diserahkan kepada Jaim untuk siasatan lanjut," katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, siasatan mendapati wanita itu berkenalan di kantin kilang tempat lelaki terbabit berkerja dan mereka menjalin hubungan sejak tiga bulan lalu.

Katanya, pasangan terbabit mengakui beberapa kali terlanjur dan lelaki itu mendakwa sudah dua kali ke rumah wanita terbabit dengan memaklumkan tujuannya datang pada malam kelmarin untuk berbual.

"Wanita yang mempunyai dua anak berusia tujuh dan lapan tahun itu memberitahu dia tidak lagi tinggal bersama suaminya sejak dua tahun lalu berikutan lelaki terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap," katanya.


[Video] Misteri Budak Perempuan TERAPUNG di Hutan Rusia

Posted: 07 Sep 2011 05:45 PM PDT



Rakaman video di bawah ini pertama kali dimuat naik oleh seorang pengguna Youtube yang menggunakan nama samaran Jevgenij2000 pada tanggal 2 Mac 2009. Video ini memaparkan kelibat seorang budak perempuan sedang terapung di sebuah hutan di Rusia. kejadian itu dirakamkan secara tidak sengaja oleh Jevgenij2000 ketika bersiar-siar dengan anjingnya di kawasan itu.

Video ini mulai menjadi bahan bualan sekitar awal Januari 2011. Beberapa media di China dan Amerika turut menyiarkan klip ini.

Walaupun mengundangkan tanda tanya kepada pengguna internet, ada sesetengahnya menganggap kejadian luar biasa dalam video ini adalah palsu dan sengaja direka. - DCM

Tiada ulasan: