MB Johor Label Mat Indera "Pengganas" Posted: 07 Sep 2011 08:19 AM PDT Kenyataan MB Johor yang dipetik Bernama boleh menggambarkan sikapnya terhadap British. Kenyataan MB UMCO ini juga mengesahkan Mat Indera berjuang menentang PENJAJAH British di Johor. Apabila MB ini melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan ahli komunis, walhal keluarganya menafikan label tersebut, adakah dia cuba menafikan penerbitan buku "Pengukir Nama Johor" yang diterbitkan dengan pengetahuan kerajaan negeri? Malah khabarnya, MB ini turut menulis kata pendahuluan buku tersebut. Hakikatnya, Mat Indera dilabel sebagai "pengganas" oleh British. Label itu kini dipertahankan oleh MB Johor dan UMCO.Yang melabelkan Dato Maharaja Lela, Tuk Janggut, dan pejuang Melayu yang menentang penjajah sebagai "pengganas" juga British. Adakah UMCO mahu melabelkan Tuk Janggut dan pejuang Melayu yang menentang British sebagai pengkhianat atau pengganas? Saya petik: Ghani Othman Jelaskan Siapa Mat Indera [Bernama] NUSAJAYA: Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Ahmad Indera atau Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya adalah anggota Regimen Ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM) yang kejam dan zalim.
Beliau berkata, berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) melalui keanggotaannya dalam Rejimen ke-10, serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.
"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.
"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).
"Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Johor di sini, Rabu.
Mengapa parti/kumpulan lain DIHARAMKAN oleh British? Kumpulan tersebut diharamkan kerana mengangkat senjata dan agresif menggunakan pelbagai pendekatan untuk menentang British. Mengapa UMCO tidak diharamkan oleh British? Cuba jawab!!!
Selain itu, serangan terhadap pejuang kemerdekaan ini dibuat seolah-olah untuk mengaburi mata rakyat tentang sikap pemimpin UMCO yang cuba memesongkan sejarah, di samping sejarah mereka bersekongkol dan memegang jawatan dalam kerajaan PENJAJAH British di Tanah Melayu. Googlelah di internet. Walhal pejuang kemerdekaan yang lain menumpahkan darah menentang PENJAJAH British. Pejuang-pejuang ini gugur sama ada di hujung senapang dan meriam British atau ditangkap oleh soldadu Melayu upahan British sebelum dijatuhi hukuman gantung atau dibuang negeri.
P/s: Kandungan buku ini mula diperlekehkan oleh UMCO. Bakar sahajalah UMCO!
|
[Gambar] Aksi PENGEMIS Menipu Dirakam Lensa Kamera Posted: 07 Sep 2011 07:00 AM PDT | Sumber tertera pada foto. |
Kejadian ini mungkin dirakamkan di China berdasarkan latar masyarakat yang dipaparkan. Wanita yang beraksi sebagai pengemis menagih simpati masyarakat dengan memangku pasangannya yang berlakon seolah-olah sedang menghidap penyakit kronik.
Lakonan kedua-dua "pengemis" ini berjaya membuatkan orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu bersimpati dan menghulurkan wang kepada mereka. P/s: Senario begini juga berlaku di Malaysia. Jangan terpedaya jika tiba-tiba anda didekati lelaki atau wanita yang kelihatan bertongkat atau menagih simpati dengan memakai pakaian comot. Realitinya, pendapatan mereka sehari lebih besar daripada pendapatan anda yang bekerja di kantor yang berhawa dingin!
|
[Gambar- 18SG] Ular Sawa TELAN Manusia Posted: 07 Sep 2011 05:48 AM PDT | Sumber gambar: Forum Viva |
P/s: Ngeri!
|
Perjanjian Damai 1989 Malaysia-PKM Boleh Ditafsir IKTIRAF Komunis Posted: 06 Sep 2011 10:58 PM PDT
Sebelum ini disiarkan UMCO jemput wakil Parti Komunis Cina sebagai tetamu kehormat khas setiap kali Perhimpunan Agung Umno diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), diberitakan juga fasal perjanjian kerjasama antara UMCO dengan Parti Komunis China pada Ogos 2010. Perjanjian itu ditandatangani di Beijing, China oleh Setiausaha Agungnya ketika itu, Datuk Seri Tengku Andan Mansor yang mendapat liputan meluas media tempatan. Malah, KDN didakwa memberikan permit kepada harian rasmi Parti Komunis China untuk diterbit, dicetak, dan diedarkan di pasaran Malaysia pada tahun 2005.
WOW!!!
UMCO-Komunis!
Saya petik: [KD] KUALA LUMPUR: Perjanjian damai yang ditandatangani kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM) di Haadyai pada 1989, juga boleh ditafsir sebagai pengiktirafan kepada komunis, kata Ahli akademik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan keras Umno terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang menyifatkan Mat Indera sebagai hero sebenar dalam tragedi serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong pada 1950.
"Memang benar, kerajaan Umno sendiri sebenarnya membuat perjanjian dengan PKM; ini pun boleh ditafsir sebagai mengiktiraf komunis sebagaimana mereka mengutuk Mat Sabu sekarang.
"Semua itu benar dan inilah hipokasi mereka. Umno boleh buat apa sahaja tetapi orang lain tidak. Beberapa tahun dulu polis menahan penyokong Pakatan kerana menganjurkan larian merdeka.
"Para pemimpin Pakatan juga tidak pernah dijemput dalam sambutan kemerdekaan. Pendeknya, mereka (Umno) mahu memonopoli sambutan merdeka," kata Aziz yang juga Pakar Perlembagaan dan Pensyarah Undnag-undang dari Universiti Islam Antarabangsa.
Antara lain, artikel 3 dalam perjanjian damai berkenaan menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia membenarkan bekas anggota PKM yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
Manakala artikel 3.1 menetapkan bekas anggota PKM yang berasal dari Malaysia, dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang negara ini.
Kerajaan ketika itu menghantar enam wakil, antaranya Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Ketua Polis Negara,Tan Sri Mohd Hanif Omar dan Jeneral Hashim Mohd Ali – Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia.
Turut hadir ketika itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Junid Megat Ayub.
Manakala PKM pula diwakili Setiausaha Agungnya, Chin Peng, Pengerusi PKM, Abdullah CD dan Komander Rejimen Melayu ke 10- sebuah sayap Melayu dalam PKM, Rashid Maidin.
Mengulas lanjut, Aziz berkata, apa yang penting pada masa kini adalah menyatakan sejarah secara jujur dan menyerahkan perkara itu kepada golongan cendikiawan.
"Saya fikir apa yang lebih tepat bukan menulis semula tetapi menyatakan sejarah sebagaimana seadanya. Yang sebenar. Untuk ini mereka yang pakar perlu diberi peranan. Terpulang kepada mereka membuat tafsiran; pastinya di kalangan mereka mempunyai pelbagai perspektif," kata beliau.
Aziz dalam pada itu turut diminta mengulas pandangan tokoh budayawan, Prof Emeritus Dr Khoo Kay Khim yang menyatakan British tidak pernah menjajah tanah Melayu, sebaliknya menjadi negeri di bawah naungan negara eropah itu.
"Dari segi teknikal memang betul negeri-negeri Melayu tidak pernah dijajah kerana mereka hanyalah negeri lindungan (protected states) bukan tanah jajahan (colony) seperti Melaka dan Pulau Pinang.
"Tapi ini soal teknikal sahaja sedangkan yang memerintah dan mentadbir ialah British. Hatta dalam soal agama pun British sentiasa membuat pemantauan. Ini juga dicatat oleh sejarah. Sebab itu hukum Islam dan mahkamah syariah terpinggir," kata beliau.
"Apa pun yang menjadi isu penting sekarang bukan soal teknikal itu; yang penting segala keputusan penting waktu itu British yang menentukan. Ini yang Prof Khoo sengaja tidak mahu pandang," katanya lagi.
Sebab itu katanya, British menentukan soal pentadbiran termasuk sumber ekonomi dan kekayaan negara sebelum negara mencapai kemerdekaan.
"MCS (sekarang Pegawai Tadbir dan Diplomatik) sendiri ketika itu adalah alat pentadbiran British. Selepas merdeka baru ini semua 'diMalayakan'," katanya.
|
[Gambar- 18SG] Ular Sawa Telan Kanggaroo yang Bersaiz Lebih Besar Daripadanya Posted: 06 Sep 2011 07:30 PM PDT | Sumber gambar: Forum Viva |
P/s: Luar biasa! |
Wanita Terminum Racun Disangka Sirap Posted: 06 Sep 2011 06:36 PM PDT
Saya petik:
| PARAH...Norhafizah dirawat di HRPZ II, pagi semalam. |
| INI DIA...Mat Din menunjukkan cawan yang digunakan untuk membancuh racun semut. |
[HM] KOTA BHARU: Seorang suri rumah berusia 27 tahun menggelupur kesakitan sebelum rebah di dapur rumahnya, akibat terminum air dicampur racun semut dibancuh suaminya sendiri yang disangka sirap berperisa pandan di Kampung Rambutan Rendang, Panji, dekat sini, semalam.
Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari suami mangsa, Mat Din Yusof, 27, ketika mahu mengambil air bancuhan racun semut di dalam gelas diletakkan di atas meja makan sebelum dikejutkan dengan teriakan isterinya, Norhafizah Badli Efendi, yang mengerang kesakitan. Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini dengan sebuah ambulans dan dimasukkan ke wad kecemasan kira-kira jam 12.40 tengah hari.
Keadaan mangsa dilaporkan stabil selepas racun berkenaan berjaya disedut keluar, namun masih memerlukan bantuan alat pernafasan dan masih dirawat Wad Temenggong hospital berkenaan. Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bangun tidur kira-kira jam 11 pagi selepas berjaga malam menjaga anak bongsunya, Shafira Aisyah berusia tujuh bulan. Mangsa dikatakan memang gemar minum air sirap berperisa pandan dan terus meminum air bancuhan racun yang dikatakan mempunyai bau pandan dan berwarna hijau diletakkan di atas meja makan.
Mat Din berkata, air bancuhan racun semut yang diletakkan di dalam gelas di atas meja makan rumahnya disediakan untuk dicurah ke dalam sarang semut.
"Kebetulan pagi semalam saya tergerak untuk bancuh racun semut kerana terlalu geram dengan kehadiran sekumpulan semut merah yang menggigit anak bongsu saya ketika bermain seorang diri di dalam rumah. "Tanpa mengejutkan isteri, saya mengambil racun itu yang mempunyai bau dan warna seperti sirap berperisa pandan dan meletakkannya di atas meja kira-kira jam 10.30 pagi tadi (semalam)," katanya ketika ditemui di wad kecemasan HRPZ II di sini, semalam.
P/s: Kelalaian suami mungkin meragut nyawa si isteri. Sila ambil pengajaran.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan