Jumaat, 2 September 2011

dollah yankee

dollah yankee


Boleh 'rembat',kita 'rembat'!

Posted: 01 Sep 2011 10:00 PM PDT

Ogos 31 haribulan 2011 dua tiga hari lepas, mungkin nerupakan hari yang paling sunyi sekali dalam 54 tahun sejarah kita merai dan menyambut hari kemerdekaan negara dari British. Tidak ada perarakan dari tentera,polis atau dari sektor-sektor awam, berjuta ringgit wang 'kita' tidak dibakar bila tidak ada tembakan-tembakan bunga-bunga api. Dan yang paling penting bagi penduduk kota raya ini ialah, tidak ada jalan-jalan dalam bandaraya yang di-tutup untuk 'rehearsal' perarakan dua tiga hari sebelum 31 Ogos, dan tidak ada jalan yang di-tutup pada hari merdeka 'itself'.

Pada hari 31 Ogos tu juga trafik dalam bandaraya berjalan semua dengan 'cantik', tidak ada 'jem', pemanduan pun tidak tersengguk-sengguk sebab kotaraya kosong dan jalan semua lengang sebab semua orang sedang balik kampung dan sedang bercuti untuk hari raya.

Nasib baik 'penyamun-penyamun' dalam kerajaan BN/umno ini semua sedar yang memang 'impossible', dan pasti mereka akan kena 'maki' berkarung-karung dan tak berhenti-henti dari rakyat kalau 'penyamun-penyamun ini' tetap mahu meneruskan hasrat mereka untuk 'merembat' sedikit wang dari budget untuk menyambut hari merdeka pada hari itu yang juga merupakan hari raya kedua.

Kalaupun hasrat mahu 'merembat' sedikit wang dari budget sambutan itu berhasil dan 'mereka' boleh memaksa penjawat awam, tentera, polis dan lain-lain anggota-anggota beruniform untuk turun berarak dan berkawad, gurkah-gurkah kata percaya... ada lah dalam 10-15 orang saja yang akan tengok sambutan tu.

Bagi 'penyamun-penyamun ini', rezeki mereka untuk 'merembat' sedikit wang dari budget sambutan hari merdeka itu masih tetap boleh, sebab rancangan 'mereka' pada 31 haribulan akan di-tukar kepada 16 September bila mereka menyambut hari Malaysia 'instead of' hari Merdeka.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. siapa tak mau duit woiii...?!

Tiada ulasan: