Sabtu, 24 September 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Skandal Seks Menteri Dengan Wanita Cambodia?

Posted: 24 Sep 2011 01:16 AM PDT

Oleh : PAPARAZZI SK (sabahkini)

PERDANA Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang sibuk menjaja cerita Skandal demi Skandal Seks Ketua Pembangkang tidak sedar bahawa majoriti menteri kabinetnya terpalit dengan Skandal seks yang memualkan.

Petang tadi Paparrazzi menerima maklumat bahawa seorang Menteri Kabinet Najib terbabit dengan Skandal Seks bersama Wanita Cambodia yang sering melawat menteri berkenaan di Malaysia dan menjadikan beberapa resort dan hotel sebagai tempat memadu kasih.

Menteri berkenaan pula sering melawat ke luar negara, sama ada untuk bermain golf atau melancong bersama kekasih hatinya; kerana jiwanya kosong setelah isterinya sakit dan tidak dapat melayan naluri menteri berkenaan yang semakin kemaruk seks.

Sebelum ini Menteri berkenaan terlibat dengan Skandal Seks di Australia dan merupakan salah seorang menteri yang mempunyai hubungan rapat dengan Najib.

Menurut maklumat yang Paparazzi terima, seorang berpangkat Dato' memperkenalkan Menteri tersebut dengan Wanita Cambodia berkenaan.

Skandal seks ini dijangka akan menggemparkan Kabinet Malaysia tidak lama lagi kerana ada beberapa pihak sedang merundingkan harga dengan Paparazzi untuk menjual gambar dan rakaman video untuk membuktikan hubungan sulit menteri berkenaan.


Cepatnya Polis Bertindak Bila Melibatkan Pakatan?

Posted: 24 Sep 2011 01:05 AM PDT

SABAH DAILY


Pihak polis akan membuka kertas siasatan baru berhubung klip video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana telah dimuatnaik pada Selasa di beberapa laman blog termasuk papagomo.com.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagaimanapun berkata, ia hanya akan dibuat sekiranya terdapat laporan polis mengenai perkara itu.

"Kita perlu meneliti rakaman itu sebelum membuat siasatan baru.

"Prosedur siasatan yang sama akan dilakukan seperti kes (video seks dikaitkan dengan Anwar) sebelum ini bagi proses pendakwaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Ulang Tahun Facebook PDRM dan Pelancaran Twitter PDRM di sini, Rabu.

Beberapa laman blog termasuk papagomo.com pada Selasa menyiarkan klip video berdurasi 16 minit 16 saat yang memaparkan adegan seks seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar bersama wanita Cina.

Klip video tersebut dengan jelas menunjukkan aksi seks kedua-dua individu terbabit tanpa sebarang tapisan.

Sementara itu, Ismail berkata, setakat ini peminat Facebook rasmi PDRM mencecah seramai 85,000 orang.

"Facebook rasmi PDRM yang dilancarkan pada 21 September 2010 merupakan sebagai satu aktiviti kemasyarakatan PDRM.

"Melalui alam siber, Facebook PDRM juga bertindak sebagai wadah merapatkan jurang komunikasi dan mengikis persepsi negatif terhadap PDRM," katanya.

Mengenai Twitter PDRM, Ismail berkata, ia merupakan antara platform media sosial yang digunakan untuk menyalurkan maklumat dan hebahan terus kepada masyarakat dengan cepat, tepat dan ringkas.

"Twitter PDRM juga akan menjadi medium untuk mengetengahkan berita semasa PDRM seperti kejayaan tangkapan, program bersama masyarakat serta kenyataan atau siaran media oleh pucuk pimpinan.

"Ini termasuk hebahan umum seperti aktiviti PDRM yang akan dan sedang dijalankan serta laporan kesesakan lalu lintas secara harian terutama pada waktu puncak di laluan-laluan utama seluruh Malaysia," katanya. -mstar

Kemudahan kesihatan untuk rakyat; bukan sahaja masalah pembinaan hospital Dungun.

Posted: 24 Sep 2011 01:03 AM PDT


KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja belum dapat menyelesaikan masaah pembinaan hospital Dungun yang tertangguh sekian lama bahkan beberapa kemudahan kesihatan untuk rakyat dibeberapa hospitallain di negeri Terengganu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata isu terbabit melibatkan dua perkara iaitu hospital yang belum dibina dan kemudahan hospital yang siap dibina tetapi tidak dapat digunakan.

"Isu pembinaan hospital baru ini dua perkara, masalah sesak dan sempit hospital Dungun yang perlu kepada pembinaan yang baru, di (daerah) Kemaman juga menghadapi masalah yang sama perlu juga kepada hospital baru,

"yang kedua, hospital yang siap dibina pun ada yang tidak beroperasi, macam di (Hospital) Jerteh, 'operation teater' (Dewan Bedah), kita (PAS) sebut beberapa kali, tetapi tidak selesai juga,"katanya kepada pihak media pada Majlis Jamuan Hari Raya PAS Terengganu, Khamis 22 Oktober.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri tentang masalah pembinaan hospital Dungun yang telah ditangguhkan sejak Rancangan Malaysia ke-8 pada tahun 2001.

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika lawatanya ke Dungun pada 20 September telah digesa oleh pimpinan Umno dan BN Dungun supaya mengambil perhatian berat masalah tersebut.

Namun begitu. Muhyiddin dalam jawapannya kepada media tidak berani berjanji akan membina segera sebaliknya hanya berkata akan meneliti apakah punca menyebabkan projek yang sudah direncanakan sejak sekian lama itu tertangguh.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Badan Perhubungan PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata, masalah kemudahan kesihatan hospital Setiu yang siap dibina pada tahun 2003 juga tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Dr Azman berkat demikian ketika berucap pada majli ceramah Pakatan Rakyat di Kampung Banggol Setiu, pada Jumaat 23 September.

Blogger UMNO Sebar Video Lucah Lagi. Serang Kastam Untuk Burukkan Arwah Sarbani

Posted: 24 Sep 2011 12:56 AM PDT

KELAB GREENBOC

Inkues Sarbaini: Blog Umno guna video seks 'serang' Kastam


KUALA LUMPUR — Blog-blog yang pro-Umno mengeluarkan video seks - usaha yang dilihat sebagai percubaan mahu mencemarkan reputasi pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia menjelang keputusan inkues yang akan diumumkan berhubung kematian Ahmad Sarbaini Mohamed, Isnin ini.

Video itu, yang kelihatan dirakamkan secara rahsia, menunjukkan seorang lelaki Melayu mengadakan hubungan seks dengan wanita Caucasus, dipercayai di sebuah bilik hotel.

Blog theunspinners merupakan laman pertama mengeluarkan video itu, mendakwa lelaki dalam rakaman itu adalah seorang pegawai kastam manakala wanita itu pula pelacur rakyat Rusia.

Lelaki dalam video itu tidak dinamakan tetapi pemblog itu memaut rakaman tersebut yang berjudul "Pegawai Kastam Yang Terlampau," dengan kematian seorang pegawat kastam di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan 6 April lalu.

Pemblog itu berpendirian selari dengan kedudukan SPRM dan peguamnya Datuk Seri Muhamad Shafee Abdullah ketika prosiding berkenaan kematian Sarbaini.

Video itu dikaitkan dengan Kastam Diraja Malaysia selepas balu Sarbaini memberikan satu kenyataan kepada Raja Petra Kamarudin yang mengendalikan blog Malaysia Today, mendakwa kenyataan Shafee dan SPRM telah mencemarkan nama suaminya.


Maziah Manap berkata dia tidak gembira dengan kenyataan Shafee kerana mendakwa suaminya cuba mahu melepaskan diri daripada SPRM untuk bertemu dengan seorang rakannya dan bagi memastikan kenyataan mereka adalah konsisten.

Kata blog itu, Sarbaini adalah pegawai kastam yang ada kes rasuah yang sedang disiasat dan "hairannya Raja Petra cuba nak pertahankan kematiannya seolah-olah SPRM ada lakukan 'foul play'."

"Macam mana dia tahu maklumat terperinci sedangkan dia berada di London. Dia menceritakan seolah-olah Sarbaini sedang diugut pengakuan dengan disuruh 'stand on the ledge'," katanya lagi.

"Peguam Datuk Shafee Abdullah panggil teori dia merapu. 'Katanya, adalah mustahil untuk Sarbaini keluar dan berdiri di atas tingkap bilik pantri seperti mana yang didakwa Raja Petra'.

"Tiada sesiapa boleh bertenggek atas tingkap atau berdiri, yang boleh hanya berdiri di luar tingkap dan ia kita dah tunjukkan (dalam lakon semula kejadian)," katanya lagi.

Pemblog itu menambah, apa yang ditulis Raja Petra adalah motif pembangkang yang mahu kes Sarbaini seperti mendiang bekas setiausaha politik Teoh Beng Hock bagi mendapatkan sokongan pegawai kerajaan.

"RPK berbohong kerana SPRM benarkan Sarbaini tukar kenyataan dari ngaku terlibat kepada tidak terlibat," katanya lagi.

"Pada mulanya Unspinners agak keliru tetapi lama-lama jelas bahwa Sarbaini panik. Masa dia mahu tukar kenyataan mengatakan tidak kenal beberapa 'forwarder', SPRM kata mereka akan panggil 'forwarder' tersebut.

"Ini yang buat dia panik dan ketika dibiarkan sebentar, dia lari melalui pintu 'panrty' ke tingkap. Dia ingat dia boleh lompat ke atap 'parking' kereka yang kelihatan rapat tetapi sebenarnya jauh.

Pada 12 September lalu, Shafee berkata keputusan inkues berhubung kematian Sarbaini, Penolong Pengarah Kastam Selangor, perlu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Shafee mewakili SPRM dalam inkues itu berkata tiada sedikitpun keterangan untuk mencadangkan bahawa kematian beliau disebabkan dibunuh atau terdapat pembabitan pihak ketiga seperti didakwa seorang peguam bagi keluarga itu, Awtar Singh.

Shafee berkata, mangsa telah mati selepas jatuh dari belebas tingkap di tingkat tiga tingkat bilik pantri dan ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Shafee juga menjelaskan bahawa SPRM tidak mempunyai sebab untuk marah atau kecewa memandangkan bahawa mangsa telah bercadang untuk menukar kenyataannya pada 6 April 2011.

Dalam penghujahan bertulis 19 halaman, Awtar berkata wujud elemen 'main kotor' oleh SPRM yang menyebabkan kematian Sarbaini.

"Mungkin SPRM tidak berniat menyebabkan kecederaan kepada mangsa atau membunuhnya, tetapi terdapat elemen kecuaian dalam kes ini yang menyebabkan kematian Ahmad Sarbaini," katanya.

Awtar berkata siasatan ke atas kematian Sarbaini tidak begitu lengkap kerana banyak persoalan masih belum berjawab termasuk kenapa mangsa berada di luar tingkap.

Koroner akan memutuskan pada 26 September mengenai inkues itu yang bermula pada 4 Julai dan berakhir 4 Ogos lalu. -TMI

Ulasan GB

Kaedah "pihak tertentu" termasuk blogger UMNO menggunakan video seks untuk menyerang lawan tidak akan berjaya. Ia akan hanya mempamerkan sikap jijik dan buruk mereka sendiri bahawa: di dalam kepala mereka tiada lain selain dari "seks".

Sorak sorai mengenai vieo seks hanya laku di kalangan mereka - iaitu UMNO. Kerana memang pun UMNO sebuah parti yang tidak mempunyai akhlak.

Yang kita pelik ialah sikap polis dan SKMM yang berdiam diri terhadap sebaran video lucah secara terang-terangan oleh blogger UMNO ini. Jangan nanti rakyat berpersepsi anda-anda juga sebenarnya terlibat di dalam "konspirasi" jelek itu.

Mengenai kes Sarbaini yang sudah arwah, tanggunglah kamu dosa memfitnahnya, apatah lagi dengan kaedah keji dan jijik menyebarkan video lucah untuk memburukkan pihak Kastam.

Perbuatan kamu diperhatikan Allah dan sekalian malaikatNya.

Hukum Hudud: Udin Anak Yassin Terperangkap

Posted: 24 Sep 2011 12:55 AM PDT

MSO


APABILA Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi kewajibannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, UBN meloncat gembira kerana kenyataan itu sekali lagi akan diratah sebagai isu politik dalam usaha menjempitkan Pas.

Para tukang bodek dan taukeh media penjilat buntut Umno telah mula berangan-angan akan menjadi kenyataan Nik Aziz itu sebagai umpan lemak bagi mempengaruhi orang ramai agar membenci Pas.

Mereka mengira kenyataan itu bakal menjadi isu unuk melumpuhkan Pas di saat menjelang pilihan raya. Harap-harap orang Cina – DAP akan berlaga angin dengan Pas sampai tercabut ekor. Itulah impian para pembodek dan penjilat buntut.

Lantaran itu mereka cepat dan pantas mengulas isu itu dan mengheret ke tengah masyarakat dengan pelbagai ulasan dan juga sorotan mengenainya. Bagi UBN mereka tidak mengira apakah isu berkenaan relevan atau sebaliknya. Asal ianya boleh dijadikan isu dan boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian orang ramai kepada Pas dan Pakatan Rakyat, bangkai pun kalau boleh diheret akan diheret. Politik UBN kepalang kotornya.

Tengok saja kenyataan atau tafsiran Mat Sabu mengenai peristiwa Bukit Kepong, UBN berjaya mengheret isu itu ke tengah masyarakat menjadi isu politik yang ampuh, dan melebelkan Mat Sabu sebagai penyokong komunis. Padahal apa sangat Mat Sabu lakukan, sekadar memberi pendapatnya mengenai kejadian di Bukit Kepong itu secara politik dan lelucon. Dia memberi tafsiran baru yang tidak pun berniat jahat seperti mana disangka dan dimainkan UBN.

Tetapi apa jadi kepada Mat Sabu terpaksa naik turun mahkamah bila tafsir sejarahnya itu dibawa ke mahkamh.

Begitu juga dengan kejadian Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memasuki gereja tanpa ketuk pintu di Damansara Utama. Media penjilat buntut dan pembodek Umno mengambilnya sebagai isu. Apa yang mahu ditimbul di sebalik kejadian itu kononnya Pas membiarkan kejadian murtad dan tidak obses lagi kepada agama! Padahal apa yang sebenarnya berlaku Pas sama sekali tidak ada kena mengena dengan kejadian itu. Tetapi ia diputar, dibelit dan disimpulkan oleh UBN sebagai satu kelalain Pas?

Memerhatikan itu semua menunjukkan betapa jahatnya UBN dalam mengutip apa saja isu untuk kepentingan politiknya. Dalam hal ini UBN tidak pernah menilai atau pun mengkaji apakah isu-isu yang dipegangnya itu halal, makruh, mubah atau haram. Semuanya dirembak asalkan dikira memberi untung politik.

Begitu juga dengan kenyataan Nik Aziz sempena melancar Hari Hudud beberapa hari lalu mereka cuba mahu eksploitkannya untuk kepentingan politik murahan mereka. Umno cuba memainkan sentimen kalangan pengundi bukan Melayu agar memarahi Pas dengan menimbulkan cerita Pas hendak laksanakan hudud.

Kalau mereka sedar dan insaf dengan kedudukan mereka sebagai orang Islam mereka tidak patut politikkan kenyataan Nik Aziz itu, sebaliknya menyokong atau setidak-tidaknya mendiamkan saja diri kalau pun tidak setuju. Tetapi kerana telah terdesak, segala kenyataan, lintasan-lintasan fikiran, cakap-cakap kedai kopi pihak Pas dan Pakatan Rakyat akan dikutip sebagai isu. Umno sudah tidak tahu menilai dan menghitung mana isu yang wajib dan mana isu yang bersifat fitnah, kelas kaki lima atau sebagainya semua diraut dan dimainkannya.

Malangnya isu hudud ini UBN terperangkap sendiri. UBN tersumbat gol sendiri sewaktu cuba mengawal tendangan sudut dari Pas. Belum sempat para pembodek menarik isu itu ke atas kertas, ia telah 'termati' dengan sendiri. Tuhan tidak mengizinkan Umno membolak balikkan sesuatu yang baik mengenai agama.

Isu hudud telah memakan diri UBN sendiri apabila timbalan Najib Razak, Udin anak Yassin tersalah cakap, katanya Umno juga pada prinsipnya menyokong hudud, cuma masa saja yang belum sampai menyebabkan Umno tidak akan melaksanakannya. Dalam kata lain di hujung hati Umno mereka juga menerima hudud sebagai satu kewajiban sebagai seorang muslim.

Gara-gara kenyataan Udin anak Yassin itu yang lebih untuk menarik perhatian orang Melayu, UBN berbalah sesama sendiri. Belum habis Udin anak Yassin menjelaskan apa dimaksudkan dengan kenyataan itu, Presiden MCA, Chua Soi Lek bangkit dan bangun membantah hasrat Udin anak Yassin itu. Kata Soi Lek kalau hudud dilaksanakan beliau akan membawa MCA keluar dari Barisan Nasional.

Amaran Soi Lek itu benar-benar mengelabahkan Udin anak Yassin. Cepat-cepat pula beliau menghubungi Soi Lai memberi tahu apa yang sebenarnya yang dimaksudkan. Udin anak Yassin menjelaskan bahawa Umno menerima pada prinsip saja, tetapi tidak berniat untuk melaksanakannya. Dari sisi lain cuba fahamilah dengan kejadian itu bukankah dalam konteks hudud ini Umno telah jadi kerbau untuk ditarik oleh MCA?

Nah di sini nampak sekali Udin anak Yassin begitu takut kepada Soi Lek. Tindakan segera menjelaskan isu itu juga menunjukkan Udin anak Yassin tidak ikhlas dalam menerima hukum hudud itu. Hukum hudud diterima hanya untuk mengambil hati orang Melayu saja. Kenapa tidak, kerana kalau Umno sudah ikhlas sudah lama mereka akan bercakap mengenai hudud atau berusaha memberi kefahaman mengenai hukum berkenaan kepada kaum kerabatnya.

Apakah selama ini Umno melakukan itu? Usahkan untuk memberi penjelasan kepada MCA, MIC atau kaum Dayak, Kadazan lain-lain sesama Umno sendiri juga masih ada yang 'bole' mengenai hukum hudud. Hatta bekas PM sendiri yang dianggap terhebat pun masih buta rengga mengenai hukum hudud. Mahathir bukan ada niat untuk melaksanakan hudud, usaha Pas untuk menegakkannya dihalang dan disindir sepanjang masa.

Sudah jelas bagaikan dibaris, atau yang terang sudah bersuluh bahawa Umno tidak ada niat pun untuk melaksanakan hudud dan syariat Islam. Apapun kenapa Udin anak Yassin bercakap demikian hanya kenyataan politik untuk menggambarkan kepada orang Melayu (dan Islam) kononnya Umno lebih baik dan Islamik dari Pas. Itu saja.

Namun apa terjadi sebaliknya dan ini memeranjatkan Udin anak Yassin; dalam usaha nak memainkan sentimen Melayu orang Cina pula bingkas bangun menghentam balik Umno. Jadi isu hudud ini nampaknya tidak kesampaian bagi UBN untuk dipalu sebagai isu baru meriuhkan halaman politik Malaysia. Di sinilah kalau sesuatu yang dibuat itu tanpa niat kudus ia akan kandas di tengah jalan dan kejahatan kita itu akan terdedah.

Semoga dengan apa yang berlaku ia menginsafkan orang-orang hipokrasi seperti Udin anak Yassin agar tidak mudah memerangkapkan pihak lawan dengan isu-isu agama yang tidak seharusnya dipolitikkan. Betul tak Mat? Mat mana, Mat Maslah lah.

Malang Prof. Zainal Kling

Posted: 24 Sep 2011 12:52 AM PDT

Oleh Muhaimin Sulam

1. Tanah Melayu pernah dijajah atau tidak terus menjadi polemik politik. Ia bermula dari http://media1-cdn.malaysiakini.com/396/7117efa71fdf00578adccdb010f49de4.gifkenyataan Mat Sabu tentang serangan Mat Indera ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

2. Polis Bukit Kepong yang diserang oleh Mat Indera dan Komunis itu adalah polis British. Maknanya, mereka serang penjajah. Dan berkebetulan, polis itu orang Melayu.

3. Dakwaan Mat Sabu dianggap sebagai mencabar sejarah yang sediada. Ini kerana umumnya, masyarakat secara mudah menganggap orang Melayu yang bersekutu dengan kerajaan sebagai pejuang kemerdekaan. Tidak kira kerajaan itu kerajaan British, kerajaan sendiri ataupun kerajaan boneka Inggeris. Janji kerajaan.

4. Apabila Prof. Zainal Kling dan Prof. Khoo Kay Kim menyebut bahawa Tanah Melayu tidak dijajah dan ia cuma dinaungi atau dilindungi British, isu semakin memuncak. Tun Mahathir pun menyebut bahawa secara teknikalnya, Tanah Melayu tidak dijajah.

5. Aku setuju jika nak sebut dari sudut memahami istilah. Sebagaimana, British tidak pernah melaksanakan Dasar Pecah Perintah semasa ia menguasai Tanah Melayu. Istilah Dasar Pecah Perintah hanya ciptaan istilah sejarahwan kita.

Tafsiran kita sendiri. Dasar Inggeris sama sebagaimana semua dasar kerajaan. Dasar untuk membangunkan negara dan rakyat.

6. Minggu lepas, Prof. Zainal Kling menghantar surat terbuka pada Harakah dan disiarkan dalam laman web akhbar itu. Beliau menyebut bahawa kedatangan Inggeris tetap dilihat sebagai penjajahan walaupun teknikalnya tidak. Maknanya,

Prof Zainal bersetuju pandangan umum bahawa Tanah Melayu pernah dijajah.

7. Meskipun kenyataannya sudah dikeluarkan minggu lepas, Prof. Zainal terus diserang.

8. Prof. itulah politik!

9. Kan malang.


Sambut Adun Bn Dengan Kain Rentang "Masihkah Kau Ingat"

Posted: 24 Sep 2011 12:47 AM PDT

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Sila sambut delegasi 240 ADUN BN yang berkampung di seluruh DUN Selangor dengan kain rentang "Masihkah Engkau Ingat 51 Tahun Ketika BN Perintah Di Selanhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRzKxvlkhKiUIZ7J8As7IN43hLbgaOLe6VlWjpKprEBPRSSQ3_u3-c00fArMyMjt1mSdaGdV1yTxEwts7YSheck54KdnI0SvCquzPNfaXUwxSkomY6x42jvZRwHzrs_6PFg5D2AqEPvdLW/s1600/DSC_3460.JPGgor". Sebenarnya inilah yang layak untuk menymbut rombongan ADUN BN ke negeri Selangor dalam misi untuk menawan Selangor.

Apabila hilang kuasa baru teringat rakyat. Apabila hilang kuasa baru teringat masih ramai rakyat tidak kenal Umno. Apabila hilang kuasa baru teringat untuk membela rakyat.

Apa yang Umno buat ketika 51 tahun memerintah? Kenapa sekarang baru sibuk hendak mengambil berat tentang rakyat?.

Rakyat tentu masih ingat bagaimana bekas Menteri Besar Umno membelanja wang rakyat RM1.7 juta untuk lawatan ke Paris Disneyland dan Orlando Disneyland dalam masa 8 hari sahaja. Belanja bilik hotel untuk Datuk Seri Khir Toyo RM110,000. Rakyat ke Makkah 40 hari baru belanja RM10 000.

Rakyat tentu masih ingat ketika Umno berkuasa halau penduduk Kampung Berembang Ampang macam binatang. Pada hal penduduk ini penyokong tegar Umno, tetapi mereka tidak mempedulikan, kerana mereka berada di puncak kuasa

Rakyat tentu ingat zaman Umno kegiatan masjid malap seperti lampu yang tidak ada bateri. Ahli Jawatankuasa Masjid yang dilantik bukan ahli masjid. Supaya memudahkan kegiatan menjahilkan rakyat dan jauh daripada institusi agama. Umno sedar jika rakyat celik agama berarti selamat tinggallah Umno.

Rakyat tentu masih ingat ketika kerajaan Pakatan Rakyat memberi air percuma 20 meter padu kepada semua rakyat, maka pemimpin Umno mengatakan ini kerja membazir. Awas jika BN menang semua ini akan ditarik balik.

Rakyat tentu masih ingat ustaz-ustaz diburu macam penjenayah. Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus, Allahyarham Datuk Ishak Baharum hendak ditangkap kononnya melakukan kesalahan jenayah syariah.

Sekarang baru pemimpin Umno hendak bermuka-muka menjadi pembela rakyat. Mereka ini akan menanam janji manis, tetapi apabila mereka dapat kuasa mereka akan melanjutkan tradisi menindas rakyat.

Awas rakyat Selangor, bila bertemu dengan ADUN BN yang berkampung di tempat tuan-tuan tolong ingatkan kepada mereka "Masihkah Engkau Ingat 51 Tahun Berkuasa".

Paling cantik sekali ialah rakyat Selangor kena tanya kepada wakil rakyat yang datang daripada negeri yang BN perintah. Adakah rakyatnya mendapat air percuma, kifalah RM2500, Tabung Warisan Anak Selangor, Guru KAFA mendapat gaji RM1300. Sudah tentu jika soalan ini dikemukan ADUN BN lari lintang pukang.

Pemuda Umno hina peranan NGO

Posted: 24 Sep 2011 12:45 AM PDT

Oleh Mohd Nasir Zakaria

Non-governmental organization, ataupun dikenali sebagai NGO atau sekarang mula diphttp://xpressminda.files.wordpress.com/2011/08/khairi2bjamaluddin2b0011.jpgopularkan dengan nama Lembaga Swadaya Rakyat adalah organisasi yang diwujudkan secara bebas daripada kerajaan.

Selepas kerajaan dan swasta, NGO adalah satu lagi ejen pembangunan negara yang berperanan penting sebagai pengimbang dan penyumbang penting negara.

Sebagai pergerakan yang tidak berasaskan keuntungan, bersifat sukarela dan melangkaui peranan parti politik, NGO berperanan besar sebagai penghubung kepada semua ejen pembangunan negara dan lebih terbuka serta lebih mudah disertai oleh semua golongan.

Ahli kepada NGO berkongsi matlamat dan tujuan yang sama, baik untuk tujuan sosial, perundangan, hak-hak tertentu, alam sekitar, haiwan, pengguna, pembangunan komuniti, pendidikan, agama, wanita, belia, mahasiswa ataupun apa-apa tujuan yang eksklusif.

Rekod menunjukkan terdapat 40 000 NGO yang beroperasi di peringkat antarabangsa bahkan di India dianggarkan terdapat 3.3 juta NGO pada tahun 2006.

Menilai gelagat pemimpin politik yang akhir-akhir ini melihat pemimpin NGO sebagai pesaing kepada pemimpin politik adalah agak melucukan. Ketakutan yang bagi saya lahir daripada peranan yang semakin luas yang berjaya dimainkan dan dijuarai oleh pemimpin NGO yang berkecimpung secara langsung dengan masyarakat.

Mereka bergelumang di dalam massa tanpa mengira malam siang serta risiko yang terpaksa ditempuh. Bahkan sebahagian mereka menggunakan daya usaha sendiri mencari dana tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan mahupun mana-mana pihak.

Ada beberapa pandangan sisi saya berkaitan komen pemimpin Pergerakan Pemuda Umno negeri Kedah.Pertama. Kenyataan Ketua Pemuda Umno Kedah itu menghina NGO yang bergerak membantu dengan ikhlas pembangunan agama, bangsa dan negara.

Kedua. Ketakutan pemuda Umno yang tidak berasas berkaitan dengan kegilaan pemimpin NGO untuk menjadi calon.

Ketiga. Menafikan peranan NGO yang berjaya menggerakkan kesedaran sivil termasuk politik, ekonomi dan sosial. Kebangkitan NGO termasuk BERSIH 2.0 yang telah berjaya menyedarkan masyarakat sivil dan awam terhadap politik amat membimbangkan Umno.

Keeempat. Kemampuan NGO mengumpulkan khalayak yang ramai benar-benar mengejutkan Umno yang sedang terkial-kial cuba meraih simpati masyarakat terutama pasca PRU 12.

Kelima. Penyertaan pemimpin-pemimpin NGO yang secara kebetulannya ramai yang mesra pembangkang dan kritikal terhadap dasar Kerajaan Barisan Nasional memberi petanda buruk terhadap BN Umno

Keenam. Kegagalan kepimpinan Umno untuk mengheret pemimpin NGO menyokong dasar tidak popular BN yang menekan rakyat.

Justeru, saya berpandangan bahawa perkembangan yang berlaku ini kurang positif. Peranan NGO yang amat besar itu cuba diperlekehkan oleh Pemuda Umno

YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria adalah Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah dan juga Ahli Parlimen Padang Terap.

KITA - Ketuanya kehulu ahli-ahlinya ke hilir.

Posted: 24 Sep 2011 12:40 AM PDT

Oleh Aspan Alias

Parti KITA sedang menghadapi masalah dan krisis yang agak besar tetapi parti ini merupakan parti yang masih kecil dan belum lagi mempunyai apa-apa 'conhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBJWU_InHAOYpKktm3KAp2NFZEeR_vshvGGH4YgrS6x1KE9A1A81PaplRTQjuaFbqCtLjk9dYYLiOwzGbboKP_PFP4SP-tQk8Uxf4xp2eY4rcSs2EurMhMmQF5aEAGp6ABpcecFzH2U6qx/s400/zaid-ibrahim-jan30.jpgsequence' kepada politik negara kita. KITA adalah parti lama yang diperbaharui namanya dan ianya diketuai oleh Zaid Ibrahim yang kita semua kenal.

Saya dijemput untuk menghadziri majlis pelancarannya di Sime Darby Convention Center tahun lepas dalam satu upacara yang agak gemilang dan 'impressive' penampilannya.

Parti yang bernama baru itu baru setahun jagung umurnya dan masyarakat belum lagi melihat parti ini sebagai parti yang mendapat perhatian rakyat. Parti ini hanya dikenali sebagai parti yang sinonim dengan Presidennya yang terkenal itu, Zaid Ibrahim.

Saya adalah orang yang agak 'familiar' dengan wajah-wajah dan individu dalam parti ini termasuklah Presidennya sendiri Datuk Zaid Ibrahim yang saya kenali sejak 40 tahun dahulu. Dari awal lagi saya melihat KITA adalah parti yang seolah-olah kepunyaan Zaid Ibrahim sendiri dan telahan saya yang parti ini akan menghadapi masalah sekarang menjadi kenyataan.

Saya sudah mengagak yang KITA akan hanya menjadi parti Zaid Ibrahim dan perlembagaannya adalah perlembagaan Zaid Ibrahim dan cara mentadbirnya adalah cara Zaid Ibrahim. Saya pernah bertanya kepada salah seorang yang rapat dengan saya baru-baru ini sebelum berlakunya perbalahan di dalam parti ini samada KITA telah mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi atau apa-apa nama yang diberikan kepada barisan pimpinan parti itu.

Saya diberitahu TIDAK ADA. Dengan jawapan itu saya sudah mengagak yang parti ini belum lagi dikendalikan secara sebuah parti yang dipunyai ahli-ahlinya. Parti ini hanya bergerak mengikut kemahuan dan kehendak Presidennya sahaja iaitu Datuk Zaid Ibrahim.

Tetapi kita lupakan isu KITA tidak berfungsi sebagaimana yang dikehendaki oleh sebuah parti, tetapi yang lebih penting lagi Presiden dan ahli-ahlinya tidak sehaluan dalam pandangan dan arah tuju politik masing-masing.

KITA dianggotai oleh ahli yang tidak sebulu dengan parti-parti pemerintah. Ramai di antara mereka adalah bekas ahli PKR yang menyokong Zaid Ibrahim dan sekarang mempunyai ahli seramai 600 orang dan bukannya sebagaimana yang diberitakan seramai 3000 orang oleh pejabat KITA.

Tetapi perkembangan terakhir kini Presidennya telah bermain politik apologetic terhadap BN malahan Zaid telah memohon maaf daripada Najib kerana kononnya beliau tersilap anggapan yang Najib tidak akan berani memansuhkan ISA. Pemansuhan ISA merupakan alasan yang 'expedient' bagi Zaid untuk kembali rujuk terhadap kepimpinan kerajaan yang pernah beliau sertai dan ditinggalkannya dahulu.

Zaid mempunyai hak untuk mengalih dan menganjak pendirian beliau tetapi beliau tidak boleh lupa yang parti pimpinannya ada ahli-ahli dan beliau tidak pernah merujuk dan bertanya kepada ahli-ahli partinya sebelum mengalih dan menganjak pendirian dan pandangan beliau maka sekali lagi Zaid meninggalkan orang-orang yang menyokongnya dan pandangan rakan-rakan beliau sendiri percaya yang Zaid hanya main politik peribadi yang menebal.

Sekarang saya hampir percaya seperti apa yang diadukan oleh beberapa ahli senior parti itu yang beliau menganngap yang KITA itu adalah parti peribadi beliau dan betullah cerita yang saya dengar beliau pernah berkata kepada pemimpin-pemimpin parti itu, "This is my party, you do the way I ask you to do".

Kalau benar kata-kata ini terluah dari mulut Zaid, maka kita boleh nilailah Zaid ini samada beliau ada semangat 'team work' yang sangat diperlukan oleh parti politik lebih-lebih lagi parti yang begitu kerdil dalam politik negara ini.

Usaha ramai di antara ahli-ahli parti ini untuk mendesak beliau meletakan jawatan itu adalah isu yang tidak memeranjatkan sesiapa lagi. Bagi saya Zaid tidak mempunyai 'future' lagi dalam politik kecuali orang yang melobi untuk beliau (Zaid) kembali menyertai Kabinet itu berjaya melakukannya. http://aspanaliasnet.blogspot.com

MENTERI, KPI DAN HARI RAYA….ALAHAI….!

Posted: 24 Sep 2011 12:31 AM PDT

RONTOG DAILY

Sebelum PRU 2008, Anwar Ibrahim hadir open house Hari Raya

oleh Musli Oli


Pagi ini, cuaca baik. Tak panas tapi tak hujan. Dari Heritage Condo, Setapak, saya beritahu driver teksi jangan buat U turn kerana Jalan Pahang agak luar biasa sesaknya hari ini.

"Baik kita ikut highway sebelum jalan Gombak. Saya bayar duit tol seringgit dan tambah lagi lima ringgit".

"Ok bang" Jawab driver teksi. Namanya Rahim. Umur sekitar 40 tahun.

Saya temu janji dengan Din Johor jam 9.30 pagi. Dia ajak saya jumpa menteri di Putrajaya. Semalam kami sudah ke pejabat menteri berkenaan. Tapi setelah menunggu mesyuarat post cabinet dari jam 2 petang hingga jam 6, menteri tergesa-gesa keluar. Menteri terpaksa balik cepat untuk menghadiri majlis rumah terbuka hari raya di Selangor.

Saya diberitahu, menteri tidak dijadualkan menghadiri majlis hari raya itu. Tetapi disebabkan Perdana Menteri hadir, dia terpaksa berada dimajlis berkenaan. Saya, Din dan beberapa orang lagi dinasihatkan untuk datang esoknya iaitu hari ini, jam 12 tengah hari.

Pagi ini, walau tak hujan, jalan raya agak sesak. Highway yang sepatut lancar dipenuhi kenderaan. Takkan jam 9.30 masih sesak?

Semasa membelok ke kiri ke arah sign board PWTC, tiba-tiba Rahim bersuara.

"Apa halnya jem ni bang? Hari ni Khamis, bukan Jumaat. Jam 9.30 pagi pun jem jugak"

"Entahlah Rahim. Orang KL ni tak ada rumah agaknya. Semua nak bawa kereta."

Tiba-tiba saya teringat, rupanya ada Majlis Rumah Terbuka anjuran Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO di PWTC bermula jam 10 pagi hingga jam 3 petang.

"Takkan hari raya tak habis-habis Melayu ni bang!. Dah kaya sangatkah? Orang Islam di negara Arab dan negara-negara Islam lain hari raya juga tapi setakat 3 hari saja."

"Pelik Melayu ni, bila harga ayam naik 20 sen, satu Malaya heboh, marah kerajaan. Tapi beraya sakan sampai sebulan. Mana dapat duit tu? Membazir je?"

"Yang kaya UMNO Rahim, bukan Melayu!" Saya mengusik. Rahim tersengih.

Cuba bayangkan dalam tempuh sebulan, seorang Menteri perlu buat rumah terbuka tiga atau 4 kali. Rumah terbuka pertama diadakan sebagai status Menteri. Rumah terbuka kedua sebagai ahli Parlimen di kawasan parlimen dan rumah terbuka ketiga untuk kementerian. Rumah terbuka keempat untuk VVIP.

Mewah sungguh!

Pilihan raya dah semakin dekat, ramai pemimpin parti, samada menteri, ketua bahagian dan individu yang beria-ia melobi calon mengambil peluang ini untuk menunjukkan pengaruh mereka. Untuk menarik orang ramai, ada pemimpin yang sanggup bayar berpuluh-puluh ribu membawa artis ke majlis berkenaan.

Majlis Hari Raya yang sepatutnya tempat mengeratkan silaturrahim dah jadi pesta nyanyian dan musik! Saya terbaca seorang pemimpin UMNO bangganya posting kat Facebook dan Twitter ayat berikut, "Syukur Alhamdullilah, sambutan luar biasa majlis hari raya kawasan saya……….sebagai tanda sokongan akar umbi kepada UMNO dan kerajaan".

Tepat jam 10 pagi Din Johor atau nama lainnya Din Seluk kerana tangannya kadang-kadang seluk poket kawan-kawan, tiba di Hotz Café, The Mall. Selepas minum Nescafe segelas, kami menuju ke Putrajaya. Kereta Honda Accord dipandu Din mengikut laluan lebih jauh untuk elak kesesakan.

"lengang je pejabat ni. Macam baru di serang garuda" Kata Din sebaik kami tiba di pejabat menteri.

Jam baru pukul 12. Menteri dah tak ada. Pejabat kosong. Setiusaha Sulit beritahu menteri kat PWTC bersama-sama PM berhari raya dengan Pemuda, Wanita dan Puteri……

Alahai..Kalaulah tahu semua menteri wajib hadir majlis hari raya waktu pejabat, tidaklah kami buang masa berjam-jam dari KL ke Putrajaya.

Kami bergegas ke PWTC. Saya hanya sempat melihat menteri dari jauh. PM, Datin Seri, TPM, Setiusaha Agung UMNO, ketua-ketua sayap dan Dato Jins Shamsuddin duduk satu meja. Jins Shamsuddin semeja dengan PM? Ini mesti cerita Bukit Kepong, bisik hati saya.

Orang ramai penuh sesak. Tak lama selepas itu Ketua Pemuda berucap sebagai tuan rumah. Ucapan Hari Rayanya menjadi ucapan politik dan tidak syak lagi menyentuh hikayat Bukit Kepong. Maaf saya sebut hikayat, kerana sejarah Bukit Kepong ada berbagai versi. Versi UMNO,Versi PAS dan versi Prof Zainal Kling.

Sampai giliran Dato Sri Najib nak beri ucapan, perlahan-lahan saya beredar keluar. Dahlah menteri tak dapat jumpa, makanan pun dah habis!

Sambil berjalan keluar, mata saya liar memerhati dan meninjau meja-meja yang tersedia, kalau-kalau ada kelibat Dato Idris Jala dimajlis tersebut. Kalau ada saya ingin bertanya, bagaimana dengan status KPI menteri-menteri UMNO sepanjang sebulan berhari raya.

ALAHAI….

BUSUK UMNO!!! MB Selangor berjaya halang UMNO jual tanah rezab Melayu

Posted: 24 Sep 2011 12:30 AM PDT

PASPB

Umno Puchong didakwa cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu di kawasan itu namun ia berjaya dihalang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berdasarkan maklumat yang didedahkan di dalam portal Malaysia Waves, tanah rezab Melayu itu cuba dijual kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra.


Menteri Besar menerima permohonan berkenaan daripada pejabat Pengarah Tanah dan Galian Selangor pada tahun lalu. Dalam surat berkenaan juga dinyatakan syor Pentadbir Tanah Daerah Petaling yang menolak permohonan berkenaan atas alasan mengekalkan kouta bumiputera.


Manakala syor daripada Pejabat Tanah dan Galian pula menyatakan tidak disokong kerana pindah milik di antara pertubuhan bumiputera kepada syarikat bukan bumiputera.

Keputusan ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor masih menjaga perkara berkenaan hak-hak orang Melayu di negeri ini, sekali gus menolak dakwaan Umno selama ini bahawa KEADILAN dan PAS tunduk kepada DAP.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ketika diminta mengulas perkara ini menggesa Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Satim Diman memberi penjelasan berkenaan cubaan menggadai tanah rezab Melayu yang berada di atas nama Bahagian Umno Puchong.

Katanya, ini membuktikan kegagalan mereka dalam memperjuangkan tanah-tanah simpanan Melayu di negeri ini.

"Dalam soal ini, mereka yang memperjuangkan hak Melayu, memperjuangkan hak simpanan tanah Melayu itu sudah jauh ketinggalan, sebab yang jelas, ribuan ekar tanah hak rakyat Selangor, gagal mereka pertahankan," katanya.

Tambah Faekah lagi, sejak Pakatan mengambil alih Selangor, sudah banyak pendedahan yang dilakukan berkaitan soal tanah penganugerahan tanah yang tidak telus.

"Pada kita (kerajaan Selangor) sudah buktikan bahawa sebelum Pakatan mengambil alih pentadbiran, bahawa banyak tanah-tanah di negeri Selangor telah diberi sama ada secara pukal atau secara racik-racik kepada orang yang tidak memerlukan dan tidak sepatutnya dapat.

"Isu yang lebih besar tentang tanah ialah bagaimana ketika dahulu tanah-tanah diberikan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri, selepas itu anak-anak syarikat pula mengagih-agihkan kepada syarikat lain.

"Itu modus operandi yang sangat ketara dan kalau saya sebut satu per satu, rakyat Selangor akan terkejut sebab saya sendiri terkejut perkara itu berlaku secara berleluasa," jelas Faekah.

Hanya Seorang Mampu Bodohkan Muhyiddin

Muhyiddin ke sekolah, ke SMK Meru, Klang. Katanya tak boleh berpolitik di sekolah tetapi bagi Muhyiddin dia jadikan sekolah medan berpolitik, kan dah nampak sama lidah biawak.

Muhyiddin ke sekolah membawa cerita "terseksa" tinggal di Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Beliau diberitahu demikian oleh seseorang ketika tiba di majlis penutup program permukiman wakil rakyat BN di sekolah tersebut.

"(Orang tersebut kata) saya nak cepat-cepat pilihan raya nak pergi mengundi sokong BN, sebab rasa terseksa duduk bawah Pakatan di Selangor", ucap Muhyiddin diperbodohkan seseorang.

Takkan TPM, Menteri Pelajaran boleh bercerita tentang terseksa kerana diberitahu seseorang. Hanya seorang, lainlah kalau satu negeri!! Bodohkan Muhyiddin, mungkin ya...kerana boleh mempercayai entah cerita dari mana itu dikutip. Muhyiddin kenalah bercerita standard sedikit.

Patutlah dia kutip cerita tepi jalan kerana yang mendengarnya 170 budak hitam bengap dalam program permukiman wakil rakyat!!

UMNO BAKAL PECAH!!! 3 Puak dalam UMNO bersaing kuasa

Posted: 24 Sep 2011 12:27 AM PDT

Oleh Jason Yabro Malaysia Chronicle


Satu permainan politik melibatkan beberapa puak menggerunkan dalam UMNO telah muncul akibat daripada kehangatan pentas politik buat masa sekarang sehinggalah tiba pilihan raya umum yang akan datang.

Pilihan raya itu dijangka berlaku dalam tempoh enam bulan akan datang, dan kemudian pemilihan dalam parti UMNO itu sendiri pada tahun hadapan.

Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam UMNO kerana perkara yang berlaku seolah-olah tidak mengikut pelan yang direncanakan oleh pemimpin-pemimpin parti.

Sudah ada tekanan dari akar umbi dan pemimpin-pemimpin tertentu yang mendesak untuk perubahan kepimpinan sekarang kepada yang lebih tegas.

Dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin, jelas tidak sefahaman, pentas politik kini menunggu masa untuk perubahan kepada senario yang sedia ada dan juga pelakon-pelakonnya.

Terdapat spekulasi dari dalaman UMNO yang mengatakan , sekurang-kurangnya tiga kumpulan dalam UMNO telah muncul sejak akhir-akhir ini, bersedia untuk mengorak langkah mereka sedang Najib perlu melangkah dengan berhati-hati menjelang pilihan raya umum ke-13 atau jika terdapat tekanan untuk perubahan dalam kepimpinan sebelum pemilihan parti yang akan datang.

"Satu puak yang memihak kepada bekas Perdana Menteri, Abdullah dan Khairy Jamaluddin menantunya, satu lagi adalah golongan lama yang terdiri daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Mukhriz manakala golongan yang ketiga yang diketuai oleh Muhyiddin dan kliknya," kata seorang veteran parti.

"Ketiga-tiganya setakat ini menyimpan hasrat tersebut manakala Najib pula dengan tugas beliau untuk merombak dan menyediakan parti menjelang pemilihan. Kini dengan populariti Perdana Menteri yang semakin menurun, mereka mungkin cenderung untuk bergerak. "

Menunggu di sayap

Tiada kurangnya "pelakon" yang sedang menunggu di sayap untuk mengambil alih tampuk kepimpinan. Spekulasi bertiup kencang bahawa Abdullah dan menantunya Khairy sedang mengintai perkembangan dalam parti kerana mereka menunggu masa yang sesuai untuk mengambil kesempatan mereka.

Kedua-duanya, khususnya Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno sekarang sedang "low profile". Dia yang seperti dipinggir pentadbiran sekarang dan seolah-olah "membayar harga untuk politik wang" dan kenaikan mendadaknya dalam pasukan pelapis parti.

"Jika Najib gagal untuk merangsang Umno yang ahlinya seperti sudah kucar-kacir disebabkan keliru dengan arah tuju parti, tidak ada keraguan bahawa Abdullah dan Khairy akan mengorak langkah mereka," kata ahli veteran parti.

"Mereka telah menunggu peluang yang betul dan setakat ini ia kelihatan seperti keadaan adalah sesuai untuk mereka."

Dia tentu saja merujuk kepada pemilihan baru-baru ini yang menunjukkan penurunan dalam populariti Najib selepas membuat beberapa janji diperingkat awal dan mewujudkan harapan yang tinggi di kalangan rakyat untuk perubahan.

Penganalisis melihat tindakan Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (walaupun kemungkinan ada undang-undang yang serupa tetapi kurang kejam boleh mengambil tempatnya) dan mengurangkan sekatan ke atas media sebagai tanda-tanda bahawa beliau berada dalam keadaan terdesak untuk mendapat sokongan sebelum pilihan raya umum ke-13 .

"Ia mungkin satu muslihat untuk mendapat sokongan setelah ia kelihatan berkurangan," kata seorang veteran parti MCA.

Persiapan perang?

Sesetengah penganalisis melihat kaitan antara urus niaga korporat baru-baru ini dan puak dalam parti Umno yang ingin bersiap sedia untuk berhadapan dengan pemilihan parti dan juga pilihan raya ke-13 yang akan datang. Kedua-duanya penting kepada kelestarian Umno sebagai tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN).

Mereka melihat kaitan dalam pembelian penuh kontroversi 30 peratus saham dalam Eastern & Oriental (E & O), yang berpangkalan di Pulau Pinang oleh Sime Darby.

Rakan baik Khairy dan ahli korporat tersohor Kalimullah Hassan, ECM Libra Financial Group Bhd telah muncul sebagai pemegang saham terbesar E & O selepas memperoleh 42 juta saham atau 5.12 peratus ekuiti dalam syarikat itu di akhir bulan April.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, ECM Libra berkata ia telah meningkatkan pegangan saham di E & O sebanyak 5.35 peratus atau 41.41 juta saham selepas membeli lagi 3.4 juta saham pada 9 Mei.

Apakah yang dirangcang ECM Libra dengan blok E & O tidak diketahui dan apakah niat orang-orang di belakang tabir yang merangka semua ini?

"Adakah ia sedang bersiap sedia untuk membantu mendapatkan sokongan puak-puak yang berkepentingan? Ramai lagi yang sedang mencuba untuk merungkai teka-teki ini, "kata ketua bahagian PAS.

Tetapi perjanjian itu telah pun mengalami masalah dan mungkin akhirnya musnah begitu sahaja apabila pihak berkuasa selesai dengannya.

Langkah yang diambil Sime Darby telah menimbulkan persoalan sama ada ia telah mendapat kawalan ke atas E & O, setelah membayar premium yang besar untuk saham tersebut dipasaran.

Plot semakin menarik mengenai pengambilalihan dengan penglibatan mereka yang tertentu. Pengerusi E & O, Azizan Abdul Rahman (teman rapat Kalimullah) telah menaikkan kepentingan peribadinya dalam syarikat itu hanya beberapa minggu sebelum Sime Darby mengumumkan cadangan pengambilalihan dalam E & O.

Pengkritik perjanjian itu berpendapat bahawa pembelian Sime Darby terhadap blok daripada 3 kumpulan telah distrukturkan dengan cara yang memintas kod pengambilalihan negara.

Apa yang lebih menarik ialah Azizan adalah suami kepada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Zarinah Anwar. SC telah menerima tekanan untuk menyiasat Azizan untuk dagangan dalaman. Ini meletakkan Zarinah dalam situasi konflik berkepentingan seperti sementara SC menimbang sama ada urus niaga tersebut telah melanggar Kod Pengambilalihan negara.

Puak-puak lain dalam perebutan kuasa

Pihak dalaman Umno mengatakan bahawa Mahathir dan kaitannya dengan Perkasa, membuat dia satu entiti yang menggerunkan dengan keupayaan merebut kuasa menggunakan strategi yang lebih radikal.

"Dia memerhatikan Najib dengan sangat tajam dan ada yang mengatakan dia tidak sabar-sabar untuk melihat Mukhriz, anaknya memainkan peranan yang lebih dominan dalam parti. Walaupun dianggap oleh ramai sebagai seorang negarawan tua, beliau masih seorang yang amat penting dan tiada yang berani memperkotak-katikkan tindak-tanduk beliau, "kata ahli parti komponen BN.

Hubungannya dengan Perkasa juga meletakkan matlamat bekas Perdana Menteri itu sebagai "kembali kepada asas" dan lebih dekat dengan perjuangan UMNO berbanding jalan reformasi yang dipilih oleh Najib.

Golongan yang lain, sudah tentu yang diterajui oleh Muhyiddin dengan jalannya jelas untuk merebut kuasa.

Prinsip 'Melayu dahulu kemudian Malaysia' masih pandang sinis pemimpin-pemimpin parti komponen BN yang lain dan dia jelas tidak mengendahkannya," tambah sumber dalaman BN. "Dia memainkan lagu sendiri dalam kebingungan Najib."

Bahasa badannya dan pendirian yang tegas menunjukkan dengan jelas kepada orang-orang Umno bahawa beliaulah pemimpin proksi sekiranya Najib jatuh nanti atau menyinar dalam kedinginan pilihan raya umum akan datang.

Oleh kerana kali ini, puak- puak dalam UMNO mungkin sedang memainkan drama perebutan kuasa yang paling aktif yang pernah disaksikan Umno dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pemenangnya mungkin bergantung kepada siapa yang berpeluang memainkan dadu dan juga, disertai dengan bekalan wang yang tiada batasan. PASPB

PEMUDA UMNO BACUL!!! Ganggu ceramah Anwar di Melaka

Posted: 24 Sep 2011 12:22 AM PDT

PASPB

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya rakyat negeri ini akan membuat kejutan besar pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kelak.

"Ini firasat saya. Dalam dua, tiga bulan kebelakangan ini, kita nampak bibit-bibit kebangkitan yang ketara. Insya-Allah," katanya.

Seperti Johor, Melaka dianggap kubu kuat Umno tetapi tanggapan itu kian meleset berikutan pertambahan drastik penyokong Pakatan Rakyat di kedua-dua negeri itu.

Ceramah itu bersempena program Pentas Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di Markas KEADILAN Ranting Pengkalan, Alor Gajah di sini, malam semalam.

Kira-kira 2,000 penduduk tempatan mengikuti program yang berlangsung di perkarangan markas yang terletak di perkampungan Melayu.

Naib Presiden, N Surendran; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin, hadir sama.

Pada ucapannya, Anwar yakin Melaka mampu ditawan walaupun negeri itu dilabel kubu kuat Umno berikutan keputusan PRU 12 menunjukkan banyak kubu kuat Umno dimenangi Pakatan Rakyat.

"Permatang Pauh kubu kuat Umno. Selangor juga kubu kuat Umno tapi, pada pilihan raya (umum) lalu, kita tawan. PRU 13 ini, Melaka boleh ditawan atau tidak?"

"Boleh!" sahut sorakan orang ramai dengan penuh semangat sambil sebahagian besar menjulang tangan.

Namun, kata Anwar, anak muda negeri itu perlu rajin mendapatkan maklumat sebenar penyelewengan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) untuk disebar kepada umum.

"Google. Cari sendiri. Nilaikan. Apakah ini (ucapan beliau) fitnah atau fakta yang cuba disorok kerajaan Umno. Kemudian, sebarkan," katanya.

Terdahulu, kehadiran Anwar diganggu sekumpulan Pemuda Umno diketuai Lokman Adam tanpa dihalang, apatah lagi ditangkap walaupun kira-kira 50 anggota polis 'berkawal'di Pusat Khidmat KEADILAN di Taman Asean.

Malah, ucapannya di dewan pusat khidmat itu juga disabotaj pihak tertentu apabila bekalan elektrik terputus ketika Anwar mengupas isu ketakutan Umno terhadap kebangkitan rakyat.Utara News

Enchik: Ia sampai ketika dia telah pergi

Posted: 24 Sep 2011 12:20 AM PDT

Oleh Mazir Ibrahim


Sekitar tahun 1982, berangkatlah Enchik sekeluarga menuju ke sebuah kawasan penempatan baru, sebuah bandar yang baru dibuka. Mereka sekeluarga meninggalkan kampung yang sudah didiami semenjak tahun 1920-an.

Perjalanan ke penempatan baru ini tidak menjanjikan apa-apa buat Enchik dan keluarganya. Hanya merentas badai tanpa mengetahui apa yang ada di sebalik ombak.

Mereka perlu berpindah kerana tanah lama yang didudukinya sudah diambil oleh tauke pembajak tanah.

Siapa Enchik

Enchik adalah nama gelaran kepada seorang insan yang punya banyak keistimewaan. Wibawanya hingga menyebabkan kaum keluarga dan sanak-saudara menggelarnya Enchik sahaja, tanpa panggilan biasa di kalangan keluarga.

Dahulunya seorang penghulu dan guru. Di kampung lamanya, seorang penghulu hidup seperti seorang menteri. Segalanya tidak pernah kurang.

Dan menjelang 1980-an, semua itu telah luput. Enchik akan meninggalkan tanah, rumah dan semua kemudahan yang dimilikinya, walau semua itu tak pernah diminta dari sesiapa pun.

Ketika Enchik berjalan keluar dan memijakkan kakinya ke titi terakhir di halaman rumah, dikalih pandangannya ke belakang melihat rumah kayu lama yang tersergam indah buat kali penghabisan. Dia tidak menangis, tetapi kesedihan itu dapat dilihat pada air mukanya.

Ramai sekali orang-orang kampung yang datang berziarah untuk mengucapkan selamat jalan kepada Enchik. Enchik masih ramah dengan senyuman sambil bersalaman dan berdakapan dengan anak-anak buahnya.

Mereka yang masih muda dan dara, semuanya memegang kemas dan mencium tangan Enchik, tangan yang pernah merotan budak-budak kampung ini.

Enchik juga mengajar tuisyen bahasa Inggeris, pada zaman 50-an dan 60-an, amat sukar untuk mencari seorang penghulu yang mampu mengajar anak-anak kampung belajar bahasa Inggeris.

Enchik antara orang kampung yang pernah mendapat pendidikan Inggeris dari peringkat bawah dan menengah, malah dia berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Cambridge di kota Singapura, namun peluang itu tidak dapat diambil apabila ayah Enchik menghalangnya kerana tidak mahu menerima bantuan belajar dari kerajaan.

Ayah Enchik menganggap bantuan itu sebagai sedekah yang mana mereka bukan dari keluarga yang suka meminta-minta, lebih-lebih lagi jika wang itu datangnya daripada kerajaan.

Sudah menjadi semacam tabu pada masa itu, ayah dan keluarga Enchik akan menolak mentah-mentah apa-apa bantuan dari sesiapa pun untuk membiayai persekolahan. Mereka beranggapan jika mengambil wang pembiayaan itu maka maruah keluarga akan tercemar, mereka bukan keluarga peminta sedekah.

Itulah yang sempat Enchik riwayatkan kepada kami termasuk aku sebagai cucunya. Namun selepas semuanya berlalu, memang ada sedikit kekesalan pada Enchik kerana terlepas menyudahkan pengajian ke peringkat tertinggi akibat sikap keluarganya itu.

Namun ada ironi apabila Enchik menjadi penghulu, beliau masih membawa sikap ayahnya yang menolak segala bantuan dan keistimewaan yang boleh dimilikinya.

Sebagai guru dan penghulu yang amat dihormati, Enchik tidak meninggalkan walau sejengkal tanah buat anak cucunya sewaktu meninggal. Itulah Enchik – manusia bernama Idris bin Awang yang tanah tumpah darahnya di Johor.

Melangkah kaki

Walau pun kakinya tepok, langkah dan hayunan tangannya jelas sekali nampak lebih payah dari biasa, ada keberatan dalam diri Enchik. Perasaan ini dikongsi oleh semua anak-anak buahnya pada petang itu.

Zaman sekitar awal 1980-an ini, apatah lagi yang duduk bermasyarakat jauh di perusuk kampung tradisional Melayu, dengan elektrik dan paip air yang masih belum sampai-sampai, menjadikan masyarakat ini cukup kenal dan rapat. Anak-anak kecil yang sudah masuk jawi (bersunat), pasti mengenali Enchik.

Selepas ini, pasti pemergian Enchik akan memberi satu kekosongan dan dengan kekosongan ini jugalah akan terisi oleh susuk lain pula.

Wan Menah, wanita yang berumur hampir 80 tahun, orang gaji Enchik antara yang paling sedih pada petang itu. Beliau terkial-kial menuruti langkah Enchik ke motokar yang sudah sedia menunggunya.

Wan Menah ini Enchik ambil sebagai tukang masak, tukang cuci dan penjaga dapur rumah Enchik. Dia, sudah menjadi sebahagian dari keluarga Enchik.

Beliaulah yang banyak membantu menerangkan laman Enchik dengan pelbagai tanaman dan pokok bunga.Tapi kini, perpisahan tidak dapat dielakkan lagi.

Hampir lima bulan dari selepas hari perpisahan itu, Wan Menah meninggal dunia.

Rumah agam dan tanah yang telah lama Enchik diami akan dilanggar oleh jentolak. Keluarga Enchik tidak mampu berbuat apa-apa. Perubahan telah datang tanpa dapat ditahan-tahan lagi.

Tanah itu atas satu perjanjian menerusi kata-kata, khabarnya ia adalah tanah yang diperuntukan kepada Enchik selaku ketua kampung dan penerokanya, beliau sudah menetap di situ sejak tahun 20-an lagi.

Tetapi pejabat daerah sampai kesudah tidak pernah mengemukakan geran tanah kepada Enchik. Tambah lagi Enchek bukanlah jenis manusia yang suka membuka mulut apatah lagi untuk meminta.

Apabila masa berlalu, generasi baru telah lahir, maka berlakulah pertikaian ke atas tanah itu.

Namun, oleh kerana segan mahu meminta Enchik keluar dari tanah itu, maka mereka jalankan satu usaha diplomasi dengan menanam di sekeliling tanah rumah Enchek dengan pokok kelapa sawit hingga rumah agam itu tenggelam dalam semak kelapa sawit.

Enchik dengan lekas dapat memahami bahawa mereka sekeluarga mahu dikeluarkan dari tanah yang diterokanya itu. Hingga diperlakukan begitupun, Enchik tidak pernah marah, ungkit dan mengeluh. Dan pada petang itu, dia dan Atok perempuan sekeluarga melangkah pergi.

"Istana" di Bandar Baru Sari

Rumah teres yang bersimen dengan cat kapur, sangat putih. Bumbungnya beratap asbestos, ada dua bilik tidur, satu bilik air yang bersebelahan dengan dapur.

Keliling rumah itu juga adalah rumah yang sama bentuk dan siaznya. Rapat-rapat dan semuanya seragam, lamannya sekitar 15 kaki panjang dan 10 kaki lebar. Di bahagian dapur, hanya ada longkang kecil yang dalam.

Rumah kos rendah awal tahun 1980-an ini begitu comel. Harganya sekitar dua puluh dua ribu ringgit. Hanya burung layang-layang yang mungkin merasa selesa untuk tinggal di situ.

Tapi Enchik tak menunjukkan apa-apa keluhan.

Selain dari pakaian, ada sebuah kerusi, meja tulis, buku-buku dan sebuah motosikal Honda buruk berwarna kuning, itu saja harta yang dibawa ke istana barunya ini.

Dua buah perahu, gambus, biola, lembing, keris, tempayan, lampu gas, papan hijau, dulang-dulang lama, ayam itik dan almari-almari lama, kesemua itu dihadiahkan kepada anak-anak buahnya di kampung.

Hari Jumaat, Enchik akan sibuk. Waktu pagi Enchik akan menulis, kemudian ke pasar lambak di Bandar Baru Sari membeli sayur, ikan atau daging.

Tengahari akan ke masjid, balik dia makan dan kemudian membaca. Selepas Asar dia akan menulis lagi, bila senja dia akan memberi dua tiga ekor ayamnya makan jagung kering.

Dua tiga ekor ayam ini direbankan di depan rumah, hari-hari Enchik akan mencuci lantai reban ini, jika tidak jiran tetangga akan bising sebab berbau.

Surau agak jauh, apatah lagi masjid. Waktu malam jika dibuka jendela, nyamuk akan menjadikan rumah Enchik sebagai taman untuk bermain.

Walau di pekan yang baru dibuka seperti Pekan Sari ini, nyamuk mengalahkan orang duduk di dalam hutan. Itu antara yang pernah disebut oleh Enchik.

Rumah ini tiada sistem udara pada kasau atapnya. Laman depan dan belakang tiada satu pun pokok yang boleh tumbuh merimbun seperti di kampungnya, kecuali pokok bunga dalam pasu. Ini menambah bahang dalam rumah.

Di Bandar Baru Sari, tidak banyak warung kopi. Yang lebih hanya restoran, medan selera arked MARA dan food court.

Kereta juga banyak, bagi Enchik yang menunggang motosikal tua ini, pasti akan mengganggu kelancaran lalu lintas. Kerana itu, Enchik hanya akan keluar pada hari Jumaat. Hari-hari lain, dia berkurung dalam istananya sahaja.

Malam-malam terakhir

Rutinnya masih diteruskan, pagi dan petang Enchik akan menulis. Semua tulisannya akan disimpan dalam laci meja. Cucu-cucunya tak dibenarkan mengambil dan membaca tanpa meminta izin darinya terlebih dahulu.

Akhir-akhir itu, bila malam Enchik selalu semput. Atoklah yang akan mengurut-urut belakangnya. Asma Enchik lebih kerap datang sejak dia diam di rumah simen yang berdebu ini. Jika dia sihat, Enchik akan mendengar radio sambil berkipas.

Kadangkala waktu malam selepas isyak, Enchik akan menutup lampu putih. Dia akan memasang lampu cemeni yang suram-suram cahayanya.

Dengan berbaju singlet putih, kain pelikat akan disentengkan ke paras lutut, Enchik akan membakar rokok White Horse. Asap akan berkepul-kepul menjauhkan nyamuk.

Atok pula akan bising kerana Enchik akan semput dua tiga hari selepas dia merokok, dan itulah yang biasa terjadi.

Dengan rokoknya, Enchik akan duduk di depan pintu rumah sambil melihat pemandangan langit malam yang dipenuhi bintang-bintang. Atuk walau pun merungut, tetap akan menemankan Enchik dengan secawan kopi O.

Sambil berteduh di bawah langit malam, ada satu tabiat yang sentiasa Enchik lakukan, dia akan laga-lagakan antara gigi-giginya. Berketok-ketok bunyi gigi geraham bawah dan atasnya apabila berlaga. Ktak..ktak..ktak, bunyinya.

Empat tahun selepas Enchik meninggalkan kampungnya, dia sakit. Betul-betul gering. Inilah kali pertama dia dimasukkan ke hospital sejak dia dilahirkan pada sekitar tahun 1912.

Genap seminggu, Enchik minta dia dikeluarkan dari hospital. Doktor benarkan. Atok menemankannya dalam ambulan, hanya dia saja yang Enchik benarkan menemaninya. Anak dan cucu yang lain, akan menuruti dari belakang.

Kereta ambulan yang membawa Enchik tidak terus ke rumah, sebaliknya menyimpang jauh menuju ke kampung Enchik. Sampai di sana, hanya kelihatan ladang kelapa sawit yang hijau merimbun. Tanah luas tapak rumah dahulu sudah tiada lagi, kolam tempat Enchik mandi juga sudah dikambus.

Petang itu, Enchik dan anak cucunya hanya sempat melalui sebuah kampung yang dipenuhi dengan kelapa sawit dan kilang-kilang. Sekolah kayu beratap nipah sudah tidak ada lagi, sudah diganti dengan bangunan bersimen, bercat putih dan berdebu.

Pejabat penghulu sudah berubah menjadi kompleks yang luas. Jalan kampung sudah berturap. Sungai-sungai yang menjadi nadi kepada orang kampung berperahu dan memancing di zaman Enchik, kini sudah bertukar menjadi longkang kecil dan bersimen.

Ketika ini, elektrik dan paip air juga sudah sampai ke kampungnya. Tapi Enchik pula telah pergi (1912-1985). – Roketkini.com

Akan datang: Kisah hidup penuh kembara Enchik

Enchik: LLN, lampu minyak tanah dan rumah terbakar

Posted: 24 Sep 2011 12:15 AM PDT

Oleh Mazir Ibrahim


Bahagian Kedua

Sebuah kereta dan sebuah van menghampiri laman rumah Enchik. Di tepi van itu jelas tertera tulisan Lembaga Letrik Negara (LLN).

Dari dalam kereta keluar dua orang lelaki, seorang berpakaian kemas, gayanya seperti seorang pegawai dan seorang lagi berpakaian lusuh seperti orang kampung. Dari dalam van pula keluar dua orang lelaki, mereka terus duduk panggung di tepi sungai yang menghadap ke rumah Enchik.

Enchik turun ke beranda rumah setelah menjawab salam. Usop Labu dengan ramah memperkenalkan pegawai LLN yang ditemaninya tadi kepada Enchik. Sambil minum kopi susu yang dihidang, pegawai LLN itu meneruskan perbualan. Dia begitu ramah.

" Kenapa lama sangat? Kawan dah berunding dengan DO tahun lepas lagi," tanya Enchik.

" Maaf Enchik, kita baru mesyuarat dan dapat order tu bulan dulu, " jawab pegawai LLN itu.

" Dah, ya lah, awak buatlah apa yang patut. "

" Kita buat rumah Enchik dulu, kemudian terus kita sambung masuk kampung ya?"

Enchik menolak untuk rumahnya didahulukan. Dia mahu surau dan sekolah diberi keutamaan untuk 'masuk api'. Pegawai LLN itu hanya menurut saja.

Menurut Usop Labu yang ada sama pada hari itu, hampir tujuh bulan selepas kunjungan pegawai LLN itu, hanya tiang kayu sahaja yang tertegak. Kabel lektrik belum lagi dipasang lagi, begitulah sudahnya.

Maka begitu juga anggapa orang kerajaan terhadap orang kampung, termasuk di Johor. Asal mereka duduk diam, tidak bising, biarlah hidup tanpa elektrik, walau masalah itu berlaku sekitar tahun-tahun di mana Perdana Menteri pada masa itu datangnya dari Johor.

Enchik tidak pernah mengadu. Dia sabar dan pasrah. Rumah agamnya yang mesra insan menjadi keindahan walau tak segarang villa orang berada.

Rumah agam

Musim hujan telah sampai, hampir setiap hari air kolam di rumah Enchik melimpah. Tempayan besar yang dipanggil 'kalbet' dan semua tempayan yang ada di sekeliling rumahnya juga turut penuh dengan air hujan.

Tempayan-tempayan ini Enchik kumpul sejak dia mula menjadi penghulu lagi. Kesemua kolah-kolah ini diletakkan disekeliling rumah agam tradisionalnya. Di setiap sendi sambungan rumah, pada hujung atapnya diletakkan setiap satu, sebuah tempayan.

Tempayan-tempayan ini berjumlah tujuh buah, mengelilingi seluruh kawasan rumah Enchik. Ia digunakan untuk sumber air bagi menyiram pokok bunga atau apa saja.

Di tengah-tengah laman rumah Enchik, ada satu ruang tetapi kedudukannya terkedalam sedikit yang berbentuk U. Di sini, Enchik letakkan kalbet sebagai kolah besar untuk menadah air hujan. Kolah besar ini digunakan oleh tetamu yang datang untuk mencuci kaki dan mengambil wudhuk.

Kolam dan laman

Rumah Enchik memiliki dua buah kolam, paling besar terletak di belakang rumah, saiznya sekitar dua puluh meter persegi, kedalamannya tidak diketahui.

Di keliling kolam ini, merimbun pohon buluh yang berbatang kuning. Jika ada babi hutan yang mahu menyondol, pasti tidak akan dapat melepasinya.

Hanya Enchik seorang saja yang boleh menggunakan kolam ini. Dia tak pernah pula memberikan sebab-sebabnya, Atok bilang jangan dekat dengan kolam Enchik, itu saja.

Di penjuru depan rumah, sebuah lagi kolam yang lebih kecil saiznya. Ia digunakan untuk keluarga Enchik mandi dan mencuci pakaian.

Sebelah kiri rumah Enchik ada sebatang tali air yang menjadi pemisah antara tanah jiran sebelah dengan tanahnya. Ikan sepat dan puyu amat banyak bermain di tali air ini.

Sebelah kanan rumah agam ini, ada sedikit tanah untuk Enchik berkebun. Ada jambu air, jambu batu, ubi kayu, keledek, pokok asam, pokok belimbing, pokok pisang, rambai, maggis dan pokok kapas.

Halaman rumah Enchik bersaiz seluas padang bola. Rumputnya menghijau, pokok pinang dan pokok rambai memagari laman ini. Jauh di hujung laman, mengalir air sungai yang berwarna gelap kemerah-merahan. Rasanya amat kelat sekali. Tapi sungguh jernih.

Tanah di sini ada dua jenis, gambut dan laterit.

Antara jalan besar bertanah merah dengan laman rumah Enchik, dihubungkan dengan sebuah titi kayu dan buluh yang sederhana saiznya.

Antara titi itu dan beranda rumah Enchik, jaraknya sekita seratus lima puluh meter. Jalan kecil ini apabila bulan Syawal, akan dihiasi dengan pelita yang berbaris panjang. Jika berjalan di antaranya, seolah-olah sedang berjalan menuju ke istana hinggap.

Keluasan rumah Enchik ini pada zaman itu tidak pula kelihatan seperti rumah banglo, villa atau estet persendirian yang mewah dan garang rupanya.

Rumah agam itu hanya terhias dengan kekisi atap dan 'tunjuk langit' di bumbung. Ruang persekitarannya memang luas tetapi mampu mengundang keinginan dan keselesaan orang ramai mahu datang bertandang.

Semiskin mana pun anak-anak buah Enchik, mereka pasti tidak akan segan untuk singgah melepas peluh sambil bertemu Enchik.

Mengajar Quran dan Bahasa Inggeris

Pada waktu malam selepas senja, sekitar dua puluh hingga tiga puluh anak-anak orang kampung akan memenuhi bangsal rumah untuk mengaji Quran dan Muqaddam dengan Atok.

Namun sekali-sekala, Enchik akan melaung jauh dari bangsal jika dia terdengar kesalahan tajwid dari bacaan budak-budak.

Sebelum itu, budak suruhannya akan sibuk mengepam lampu-lampu gas. Ada yang mengisi minyak tanah, ada yang menukar bulp lampu gas dan yang lain sibuk menyusun kerusi dan meja.

Sesetengah anak-anak yang mengaji ini akan turut membawa kuih-muih untuk dimakan bersama yang lain ketika mengaji. Budak suruhan Enchik akan menyediakan minuman air mati (air kosong) dan kadang kala air sirap merah.

Ada yang berumur enam tahun, dua belas tahun hinggalah ke tujuh belas tahun. Riuh-rendah rumah agam ini pada setiap malam.

Hingga santak Isyak, kelas mengaji tamat dan kelas Bahasa Inggeris pun bermula. Enchik akan mengajar tatabahasa. Dari dua puluh, tiga puluh orang yang mengaji, hanya akan tinggal sekitar lima belas orang yang terus mengikuti kelas ini.

Enchik garang ketika mengajar. Cucu Enchik dan beberapa orang budak suruhannya akan membantu. Kerana, kadangkala Enchik akan semput ketika mengajar, jadi pembantunya perlu ada.

Semua kelas-kelas ini Enchik jalankan secara percuma. Memang tidak ada seorang pun dibenarkan membayar pada Enchik, jika ada yang degil ingin bermurah hati, akan dijerkahnya kembali.

Kerusi, meja, bangku, kapur tulis dan papan hijau Enchik beli dan sebahagiannya adalah pemberian pihak sekolah. Barangkali, ini sahaja barang yang Enchik terima sebagai satu pemberian.

Selepas habis kelas Bahasa Inggeris lebih kurang jam 11 malam. Dua tiga orang anak-anak muridnya akan membantu mengemas bangsal.

Jika pada hari Khamis, selepas kelas Bahasa Inggeris, budak-budak yang belajar ini hanya akan pulang setelah mendengar cerita larut malam dari Enchik.

Memang dia pandai bercerita dengan kisah-kisah Hikayat 1,001 malam, kisah penjajah British dan kisah-kisah raja dan sultan yang menjadi kegilaan budak-budak zaman itu. Maklumlah zaman 1960-an tak ramai orang kampung ada TV.

Rumah terbakar

Dapur rumah Enchik sangat besar, kedudukannya agak tinggi dan luas. Setakat untuk menanak nasi bagi kenduri-kendara, memang tidak perlu menanak di luar dengan tungku dapur yang baru. Yang ada sudah lebih memadai.

Ruang tamu adalah bahagian yang paling tinggi dan luas berbanding ruang-ruang yang lain. Almari dan perhiasan tembikar dan gangsa berjenis-jenis.

Berandanya lebih rendah sepertimana bahagian dapur. Di ruang ini, Enchek sediakan kerusi kayu dan rotan buat tetamu yang bertandang.

Bagi memenuhi keperluan ruang-ruang dalam rumah ini, Enchik menggunakan sekitar 12 biji lampu gas. Untuk ruang yang lebih kecil seperti bilik tidur, hanya menggunakan lampu cemeni dan lampu pelita.

Satu kejadian tak diingini berlaku pada tahun 1971. Rumah Enchik terbakar. Separuh dari rumah ini hangus. Ini semua gara-gara lampu pelita minyak tanah.

Enchik tahu, keadaan ini tidak dapat dielakkan. Rumahnya besar dan sentiasa dikunjungi orang siang dan malam. Dengan begitu banyak lampu gas dan pelita, keselamatan harta benda tidak begitu terjamin. Maka Enchik sekeluarga pasrah.

Sejak lebih dari empat puluh tahun rumah itu di diaminya, kebakaran yang pernah berlaku sudah masuk lapan kali.

Kali terakhir pada 1979, tujuh bulan selepas pegawai LLN datang melawat dengan janji untuk melaksanakan segera pemasangan elektrik ke kampung dan rumah Enchik, berlakulah satu lagi kebakaran. Kebakaran yang tak ada kena-mengena dengan bekalan elektrik yang tak sampai-sampai dinanti.

Kebakaran yang terakhir inilah yang menyebabkan kaki Enchik terbakar hangus dan menjadi tepok. Kakinya cacat kekal buat selama-lamanya. – Roketkini.com

Akan datang: Hancur pusaka buku dek banjir

Perkataan yang biasa dituturkan oleh orang Johor.

Kolah – bekas tadahan air yg besar.

'kalbet' – gelung simen untuk buat longkang yang biasanya diletakkan bawah jambatan, bersaiz besar. Digunakan sebagai tempayan besar untuk menadah air hujan.

Bahasa apa nak guna? Dilema seorang akademik

Posted: 24 Sep 2011 12:13 AM PDT

Oleh Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi


Tujuan utama saya menulis komentar ini adalah untuk menjemput Kementerian Pengajian Tinggi membantu saya dalam usaha saya menyebarkan ilmu terutamanya kepada anak bangsa kita di Malaysia.

Dilemanya adalah, bahasa apakah yang harus saya gunakan ketika berhadapan dengan kelas saya yang seringkalinya mempunyai 55 peratus pelajar Melayu, 44 peratus bukan Melayu dan 1 peratus warga negara asing?

Dilemanya mudah sahaja: kalau digunakan Bahasa Melayu, 1 peratus pelajar terpinggir, 99 peratus mempunyai keupayaan cemerlang; kalau digunakan Bahasa Inggeris, kaum bukan Melayu mempunyai keupayaan cemerlang yang lebih manakala Melayu dan warga asing dari negara lain berkeupayaan 'mediocre' atau agak hambar.

Kebanyakan warga negara asing yang masuk kelas saya sehingga kini, 100 peratus dari mereka mempunyai tahap Bahasa Inggeris yang lebih lemah berbanding pelajar tempatan yang dalam kategori 'paling lemah'.

Dari sudut statistik dan ketamadunan bangsa, saya patut bersyarah dalam Bahasa Melayu tetapi pihak pentadbiran universiti lebih suka kalau saya bersyarah dalam Bahasa Inggeris. Kenapa demikian? Kita kena imbas sedikit sejarah masalah bahasa pengantar ini.

Masalah bermula

Semasa saya mula menjadi pensyarah pada tahun 1987, saya telah diberitahu bahawa sebolehnya saya harus memberi kuliah dalam Bahasa Melayu.

Sebagai seorang yang telah 6 tahun belajar di Amerika Syarikat, saya agak kekok sebab saya lebih pandai menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dari Bahasa Melayu. Bahasa Melayu saya ketika itu adalah peringkat SPM/MCE tetapi Bahasa Inggeris saya adalah peringkat Sarjana Seni Bina.

Walau bagaimana pun, saya kommited terhadap penyebaran ilmu (bukan sebab universiti suruh) dan saya berusaha memberi kuliah dan menulis buku dalam Bahasa Melayu.

Hanya dalam seminar kebangsaan dan antarabangsa saya bersyarah dalam Bahasa Inggeris. Saya juga menghasilkan beberapa buah buku dalam Bahasa Inggeris tetapi lebih banyak dalam Bahasa Melayu.

Pada tahun 2003, Tun Mahathir Mohamad mengarahkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik.

Saya terkejut kerana ia adalah suatu keputusan 'peribadi' yang mendadak tanpa perbincangan di kalangan ahli akademik dan cerdik pandai.

Walau pun Tun Mahathir menyebut bahawa tujuan ini adalah selaras untuk memajukan bangsa Melayu dalam saingan pekerjaan, tetapi saya menjangkakan bahawa ia adalah strategi mainan politik semata-mata.

Tetapi, malangnya keseluruhan jentera pentadbiran negara sibuk menyokong tindakan Mahathir dan hanya segelintir profesor yang menentang tindakan tersebut.

Di UTM, apabila perubahan PPMSI berlaku, semua pensyarah mendapat pekeliling untuk membuat syarahan dalam Bahasa Inggeris.

Mengajar dalam dua bahasa

Apabila saya menerima 'arahan' atau 'cadangan' tersebut, saya mengajar dua subjek: Sejarah, Teori dan Falsafah Seni Bina, dan Struktur Seni Bina.

Saya tidak mengikut 'arahan' universiti bagi subjek Sejarah, Teori dan Falsafah Seni Bina tetapi akur dalam subjek Struktur Seni Bina. Bagi subjek Struktur Seni Bina, ia bersifat matematik dan pengiraan serta kesemua jadual beban adalah dalam Bahasa Inggeris.

Saya masih berkuliah dalam Bahasa Melayu untuk subjek Sejarah, Teori dan Falsafah Seni Bina kerana subjek ini memerlukan banyak pembacaan dan juga penulisan esei panjang. Lagi pun, pendidikan sejarah dan falsafah harus ditulis semula dalam bahasa lain dari Bahasa Inggeris bagi proses kefahaman yang matang.

Sebab ketiga adalah ramai pelajar yang menulis Projek Akhir Sarjana Muda yang berbentuk format tesis banyak menggunakan 'downloading' dari internet. Budaya 'downloading' atau plagiarisme dari internet adalah suatu isu besar yang 'jarang-jarang kedengaran' di luar universiti.

Saya telah menegur Ketua Jabatan supaya tidak membenarkan pelajar tempatan menulis dalam Bahasa Inggeris tetapi Ketua Jabatan mengatakan bahawa arahan universiti adalah untuk membenarkannya demi pembudayaan Bahasa Inggeris dan usaha internalionalisme UTM.

Pada suatu ketika pernah salah seorang pelajar Tahun Akhir saya membentangkan 'Graduating Project' yang dibuat dalam Bahasa Melayu dan telah digagalkan oleh salah seorang dari panel pemeriksa walau pun empat panel pemeriksa yang lain memberi markah 'A' bagi projek tersebut.

Pemeriksa berbangsa asing itu enggan menukarkan grednya walau pun saya telah menjelaskan projek itu dalam Bahasa Inggeris dan lakaran pelan, keratan, aksonometrik dan perspektif jelas kelihatan terpampang. Setelah dilaporkan insiden tersebut, pihak Jabatan dan Fakulti mengambil keputusan menolak gred pemeriksa asing tersebut.

Setahun selepas insiden tersebut, saya masuk ke kelas Sejarah, Teori dan Falsafah Seni Bina dan mula memberi syarahan dalam Bahasa Melayu.

Tiba-tiba salah seorang pelajar mengangkat tangan dan mengatakan yang dia tidak faham Bahasa Melayu. Rupa-rupanya buat pertama kali selepas 18 tahun mengajar, ada seorang pelajar berbangsa asing dari Iran dalam kelas saya.

Pada tahun itu UTM telah membuka pintunya kepada pelajar asing dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda. Saya tergamam seketika.

Yang mana satu?

Selama ini saya tidak mengendahkan arahan pentadbiran untuk berkuliah dalam Bahasa Inggeris tetapi kini apa yang harus saya buat dengan pelajar asing ini? Buku apa yang perlu saya edarkan kerana kesemua pelajar telah diarahkan membeli buku-buku saya yang dalam Bahasa Melayu?

Saya mencuba berdwi bahasa tetapi ia sesuatu yang amat sukar. Pada semester seterusnya, saya terpaksa berkuliah dalam Bahasa Inggeris kerana terdapat tiga lagi pelajar dari negara asing.

Walau bagaimana pun, saya tetap menyuruh penulisan tugasan dalam Bahasa Melayu kepada pelajar tempatan.

Universiti pada ketika itu mengarahkan hampir kesemua soalan peperiksaan dibuat dalam dwi bahasa. Namun demikian apa guna soalan dalam dwi bahasa jika pensyarahnya pula dari negara asing?

Yang peliknya apabila saya mengajar sesuatu subjek saya diarahkan membuat soalan dwibahasa tetapi pada pensyarah luar negara tidak diperlukan pula. Saya amat keliru tentang hala tuju mana yang UTM akan pergi.

Dari sudut penulisan pula terdapat beberapa pensyarah Melayu yang enggan lagi menulis dalam bahasa ibunda. Ini adalah kerana Bahasa Melayu difikirkan sama dengan ilmu 'bertaraf rendah'.

Markah untuk kertas jurnal dan kertas seminar berbeza dengan yang antarabangsa yang diberikan kadang-kadang sehingga dua kali ganda lebih dari kertas berbahasa Melayu. Segala macam anugerah, penyeliaan dan penerbitan dilebihkan markah kepada yang antarabangsa.

Malahan kini terdapat sebuah jabatan pengajian yang sebumbung dengan jabatan bidang saya yang mewajibkan tulisan laporan subjek teras dalam Bahasa Inggeris!

Saya berasa lebih pelik dan terkilan kerana bahasa dan bangsa sendiri dipinggirkan oleh orang yang dari bangsa, kaum dan budaya yang sama.

Walau pun saya banyak juga menulis kolum akhbar atau kertas seminar dalam Bahasa Inggeris, saya juga mengimbangi jumlah tersebut dengan keluaran-keluaran dalam Bahasa Melayu.

Ke mana Bahasa Melayu?

Apa yang saya ingin sampaikan adalah ke mana nasib Bahasa Melayu di
universiti setelah dasar PPMSI diubah kembali kepada status quo. Ke mana?

Hanya beberapa tahun selepas 2012, pelajar akan memasuki UTM yang mana Matematik dan Sains SPMnya dalam Bahasa Melayu. What then, I wonder?

Masihkah perlu akademik seperti saya berkuliah dalam Bahasa inggeris? Mungkinkah strategi universiti pada waktu itu akan memberi kursus intensir Bahasa Inggeris selama 6 bulan berbanding dengan satu tahun intensif Bahasa Melayu untuk warga asing?

Jika demikian patutkah saya menulis buku dalam Bahasa Melayu lagi? Mungkinkah Dewan Bahasa dan Pustaka perlu 'tutup kedai' ketika itu?

Sebenarnya saya tidak ada masalah besar jika negara kita menukar dasari bahasa ilmu kepada Bahasa Inggeris. Malah saya akui, I speak and write better English than I do with Bahasa Melayu.

Tetapi adakah orang Melayu akan mengabaikan budayanya sendiri dan menjadi seperti Singapura yang telah melupakan kebudayaan aslinya dan menjadi sebuah negara "Asia pun tidak, Barat pun tak juga".

Jika kita tidak memartabatkan Bahasa Melayu maka 'might as well forget this language lah' and concentrate on English'.

Amalan dua aliran

Tetapi jika kita masih hendakkan status antarabangsa dalam Bahasa Inggeris tetapi tidak mahu mengabaikan Bahasa Melayu dan pelajar Melayu, maka saya lihat kita harus membuat dua aliran berbeza dalam setiap bidang akademik; satu aliran minoriti Inggeris dan satu aliran majoriti berbahasa Melayu.

Kesemua pelajar Malaysia perlu mengikuti aliran berbahasa Melayu dan semua warga asing perlu mengikuti aliran Bahasa Inggeris.

Saya diberitahu oleh seorang rakan bahawa kaedah dwi aliran ini dibuat di Jepun dan Thailand. Kita boleh mempertimbangkan pelajar-pelajar tempatan mengikuti aliran Inggeris tetapi bayaran yuran seharusnya sama seperti warga asing.

Walau bagaimana pun, kedua-dua pelajar Malaysia dan negara asing boleh berjumpa dalam kelas-kelas elektif yang ditawarkan oleh pendidik-pendidik luar negara.

Jika kita ingin menguatkan penguasaan Inggeris di kalangan pelajar kita maka setiap bidang akademik perlu diperbanyakkan peluang mengambil subjek elektif dalam Bahasa Inggeris.

Dengan cara ini subjek teras akan berkembang dalam Bahasa Melayu tetapi subjek lain boleh berkembang dalam Bahasa Inggeris sehingga Bahasa Melayu menguasai kesemua bidang pada suatu hari nanti.

Saya berani berkata bahawa jika ditanya kepada kebanyakan ahli-ahli akademik Melayu di UTM dan IPTA-IPTA lain yang mendapat pendidikan di luar negara tentang bahasa ilmu apa yang patut digunakan di universiti tempatan, jawapannya hampir pasti kesemuanya berpihak kepada Bahasa Inggeris.

Hanya segelintir sahaja ahli akademik yang berwawasan luas serta berpandangan jauh akan merasakan bahawa kesemua ilmu harus diwacanakan dalam Bahasa Melayu demi membina kematangan ketamadunan anak bangsa sendiri.

Contohnya, hasil penulisan para ilmuan, saintis dan teknologis UKM, wujud buku penting bertajuk Sains dan Teknologi Alam Melayu.

Saya amat kagum terhadap segelintir para jurutera dan ahli-ahli sains dari UKM yang mempunyai visi menyebarkan ilmu tentang akar umbi ilmu Melayu kepada keseluruhan Nusantara.

Bagi saya mereka inilah pejuang-pejuang ilmu sejati dan bukannya sekadar professor atau pensyarah bidang khusus sahaja.

Bukan mencari kesalahan

Sebagai rumusan, saya ingin mengatakan bahawa bukan tujuan saya menulis komentar ini untuk menyalahkan sesiapa, sama ada Tun Mahathir, UTM, pihak Fakulti atau Jabatan, atau Kementerian Pengajian Tinggi.

Saya tidak berminat tentang mainan 'siapa salah' sebab kesemua pihak bertindak mengikut agenda masing-masing yang difikirkannya baik untuk sesuatu pihak pada ketika itu.

Apa yang penting sekarang adalah 'where do we go from here'?

Saya bukannya seorang pejuang Bahasa Melayu dan saya juga bukan patriot Melayu. Saya hanyalah seorang akademik yang memahami bahawa kelahiran ketamadunan sesuatu bangsa adalah berteraskan kepada bahasa ilmunya yang dipertutur dalam segenap lapisan masyarakat dan oleh segenap kaum…dan di Malaysia ia adalah Bahasa Melayu.

Saya mohon agar Kementerian Pengajian Tinggi membuat satu dasar menyeluruh. Kita tahu Bahasa Melayu agak terkebelakang sedikit tetapi kita ingin menobatkannya kembali sebagai bahasa ilmu.

Di samping itu kita tidak mahu kehilangan penguasaan Bahasa Inggeris. Permasalahannya cukup jelas.

Satu jawatankuasa cerdik-pandai yang berwibawa dan bukannya 'pak turut politikus' boleh membuat strategi jangka panjang dan jangka pendek untuk mengurangkan kekeliruan ini bagi generasi akademik muda yang akan mengambil alih tanggungjawab mengembangkan ilmu. – Roketkini.com

Penulis adalah Profesor Jabatan Senibina, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

Seri Perdana milik UMNO-BN sahaja?

Posted: 24 Sep 2011 12:12 AM PDT

Roketkini.com


KUALA LUMPUR– Tidak sampai 48 jam pengumuman Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan Malaysia sebagai 'negara demokrasi terbaik di dunia', beliau sendiri telah menelan semula kata-katanya dengan menolak amalan demokrasi.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata bahawa buktinya adalah apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa kediaman rasminya Seri Perdana dan Putrajaya adalah hak milik UMNO-Barisan Nasional.

Menurut Kit Siang, apa yang dikatakan Najib tentang Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik dunia ibarat tin kosong yang kuat bunyinya dan tidak langsung mencerminkan ciri-ciri demokrasi.

"Beliau tidak boleh berlaku zalim dan tidak demokratik. Seri Perdana dan Putrajaya bukan milik UMNO-BN, tetapi adalah hak milik rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam laporan agensi berita Bernama semalam, Najib dalam satu majlis dengan pesatuan bekas anggota Kemas di Seri Perdana telah dipetik sebagai berkata: "Ini bukan rumah saya…ini rumah Perdana Menteri UMNO dan BN. Kita mesti pertahankan Putrajaya kerana untung nasib kita dan anak cucu bergantung kepada UMNO dan BN…pihak yang lain (pembangkang) tidak boleh harap".

Justeru, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak lupa tentang kenyataan Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO 2010 di mana Presiden UMNO itu telah meminta ahli-ahli parti mempertahankan Putrajaya.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata: " Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan."

Begitu juga ucapannya meminta belia Malaysia mempertahankan Putrajaya daripada ditawan Pakatan Rakyat di di Himpunan Sejuta Belia yang dihadiri kira-kira 10,000 orang pada Mei lalu.

Dengan itu, Kit Siang berkata, jika Najib benar-benar serius untuk menjadikan Malaysia negara demokrasi yang terbaik di dunia, beliau perlu:

* Menarik balik kata-kata 'walau berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dari nyawa,' dalam Perhimpunan Agung UMNO 2010; dan

* Mengumumkan secara tegas dan terbuka bahawa Najib, UMNO dan BN akan menerima keputusan rakyat, termasuk menerima perubahan kerajaan di Putrajaya, dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, jika Najib gagal menerima keputusan rakyat dan masih berhajat untuk menetap di Putrajaya selama-lamanya, beliau akan menerima kesan buruk daripada rakyat dalam pilihan raya akan datang.

"Jikalau Najib tidak bersedia menerima dengan hati yang terbuka keputusan pilihan raya, keikhlasan dan kredibiliti seperti yang dikatakannya, terbuktilah Najib hanya pandai cakap kosong," katanya.

Hudud: Antara prinsip, keadilan dan helah politik

Posted: 24 Sep 2011 12:09 AM PDT

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Perjuangan penting untuk umat Islam di Malaysia ialah mewujudkan suasana yang kondusif sebelum sesuatu undang-undang seperti hudud dilaksanakan.

Pakar Al-Quran dan Hadis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata suasana kondusif bermaksud tertegaknya keadilan, pencegahan dan pemeliharaan masyarakat.

"Suasana yang tidak kondusif ialah suasana di mana pelaksanaan hukuman tersebut membawa kepada natijah yang negatif kepada prinsip keadilan dan masyarakat Islam itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut bekas Mufti Perlis itu, jika undang-undang hudud dilaksanakan dalam keadaan yang tidak kondusif seperti sekarang, antara natijah negatif yang mungkin berlaku ialah:

* Yang dihukum orang bawahan, dilepas orang atasan;

* Yang dihukum penzina; yang diketatkan perkahwinan serta disusahkan talak dan fasakh;

* Yang dihukum peminum arak, yang digalakkan gambaran arak;

* Yang dihukum pencuri, yang dihalang hak rakyat serta dibiarkan rasuah dan salah guna harta negara dalam kalangan golongan atasan;

* Yang dihukum pemberontak; yang dibiarkan kezaliman penguasa.

Dalam keadaan seperti itu, Dr Mohd Asri berkata, sudah pasti hudud tidak dapat dilihat keindahannya, bahkan jika dilaksanakan hudud dalam suasana yang seperti itu, ia boleh membinasakan masyarakat.

Menurutnya lagi, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam kerana ia adalah hukum Islam yang menjadi makanisme dalam mencegah jenayah.

"Asas kenegaraan dalam Islam menegakkan keadilan dan maslahatan negara berasas prinsip-prinsip al-Quran dan as-Sunnah. Keadilan dan kemaslahatan rakyat itu luas maksudnya, dan luas juga cara mencapainya.

"Tugas kepimpinan negara melaksanakan yang makruf iaitu segala unsur kebaikan dan kemaslahatan untuk rakyat. Dalam masa yang sama mencegah yang mungkar iaitu segala unsur yang membawa kemudaratan dan kemerbahayaan kepada rakyat," jelasnya.

Beliau berkata bahawa dalam negara Islam, keadilan ditegakkan merentasi batasan keturunan, pangkat dan kaum yang tidak membezakan antara hukuman terhadap orang besar dan orang bawah.

"Kemakmuran negara juga dibahagi secara adil dalam kalangan rakyat. Tiada rasuah, tiada salah guna kuasa," katanya.

Beliau menambah keadilan Islam perlu diperlihatkan melalui kepentingan setiap individu dalam negara dipelihara, kemaslahatan mereka dijaga dan kebajikan negara meliputi setiap lapisan rakyat.

Dr Mohd Asri memberi contoh satu hadis di mana Nabi Muhammad s.a.w mengarahkan agar hukuman tidak dilaksanakan dalam keadaan peperangan atau pun musafir kerana bimbang kesan yang negatif terhadap perlaksanaan itu disebabkan suasana yang tidak kondusif.

Dengan melihat kepada nas yang seperti itu, katanya, persoalan persekitaran ketika hukuman hudud dilaksanakan perlu diambil kira.

Pada Januari lalu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan oleh media sebagai berkata bahawa hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan PAS tidak menjadi agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

"Hudud bukan agenda bersama Pakatan Rakyat, mana-mana negara nak laksanakan hukum hudud kena ikut prasyarat… kalau tidak, tidak boleh (laksanakan).

"Antara prasyarat adalah keadilan ekonomi, gaji minumum, kalau mencuri sebab miskin tidak boleh laksanakan (hukum hudud), pemerintah yang perlu dipersalahkan," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO dilaporkan berkata bahawa hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di Malaysia.

"Pendirian kita (UMNO), kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud," katanya, mengikut laporan Bernama.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pelaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat setelah diterima oleh rakyat selepas mengikut keadah dan saluran demokrasi serta melalui proses legislatif-perundangan, dan bukan secara paksaan.

"Serangan PAS terhadap rasuah, salah guna kuasa, kronisme dan pembaziran UMNO serta urus tadbir khianat dan pincang, adalah terbit dari prinsip Islam yang kami dukungi.

"Tidak dengan hudud pun kita boleh tentang UMNO dan Ketuanan Melayu yang sempit dengan Umnoputeranya," kata beliau.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan pula mengingatkan semua pihak supaya berhati-hati dengan media UMNO-BN yang sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat.

"Isu ucapan Mohamad Sabu, isu bendera, isu hudud, isu sejarah kemerdekaan merupakan antara isu-isu yang sedang sengaja diwujudkan menjelang pilihan raya akan datang.

"Isu sedemikian diwujudkan untuk mengalihkan perhatian kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada keselamatan negara seperti isu warga asing yang diberi kerakyatan mudah dan penyelewengan wang rakyat dan rasuah secara besar-besaran," katanya.

Kempen plastik dari pemimpin plastik

Posted: 24 Sep 2011 12:08 AM PDT

Oleh Adil Mat Selamat


Kita telah melihat bagaimana kehangatan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 sudah mula membara. Semua pasti-parti politik sedang sibuk berunding, menyusun strategi dan mengumpul modal sebagai kekuatan untuk mengharungi suatu gambaran yang disebut oleh Lim Kit Siang sebagai "kempen politik terkotor dalam kempen-kempen kotor yang pernah berlaku".

Isyarat ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Najib Razak bukan sahaja terdesak, malah akan membelanjakan wang rakyat dalam kempen Barisan Nasional, termasuk segala sumber khazanah negara juga akan dimanipulasi secukup-cukupnya. Ibarat batang tebu yang sudah pecah diramas namun masih dipulas lumat untuk memerah hasilnya lagi.

Di sebalik kegiatan kempen yang agresif ditunjukkan oleh UMNO-BN, ia mengundang beberapa persoalan kepada kita.

Contohnya, salah satu kempen terbaru yang sedang dijalankan oleh UMNO-BN ialah "pemukiman" ADUN dan Ahli Parlimen mereka di Kuala Selangor, dan dengarnya akan diperluaskan di tempat lain.

Strategi langgar lari

Pertama, atas nama apa pun program UMNO-BN itu, baik pemukiman atau mesyuarat, orientasi kegiatan itu adalah jelas sebagai satu kempen pilihan raya. Laporan telah menunjukkan bahawa ADUN dan Ahli Parlimen UMNO-BN pergi berjumpa dan bermalam di rumah-rumah rakyat. Soal rakyat terima atau tidak, bukan isunya.

Tetapi kita ingin bertanya, jika UMNO-BN menggunakan kaedah ini atas nama mesyuarat atau pemukiman apa sekali pun, pemukiman apakah jenisnya ini? Bermukim di rumah orang kampung dan bermesyuarat di rumah penyokong BN?

Bukankah ini sudah jelas sebagai suatu kempen pilihan raya (yang jika dilakukan oleh Pakatan, sudah tentu Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengamuk bising kononnya melanggar undang-undang)?

Persoalannya ialah Perdana Menteri belum lagi membubarkan Dewan Rakyat, jadi bagaimana SPR gagal melihat perlanggaran kod etika ini? Bukankah kempen politik (pilihan raya) baik secara formal atau tidak, mestilah diadakan di dalam waktu berkempen, bukan dalam keadaan sebegini.

Atas justifikasi undang-undang manakah yang SPR gunakan ketika ini? Atau SPR sewaktu Najib mencanangkan Malaysia akan menjadi negara demokrasi terbaik di dunia, minggu lalu?

Apa tugas wakil rakyat

Kedua, ini penting buat semua rakyat memahami adakah pendekatan politik UMNO-BN khususnya Najib Razak ini benar-benar ikhlas dan mencerminkan kejujuran UMNO untuk berubah.

Memahami tangungjawab seorang pemimpin atau wakil rakyat, amatlah penting bagi kita dalam konteks demokrasi di zaman moden ini.

Tugas dan tanggungjawab wakil rakyat bukanlah sibuk bermalam di rumah orang kampung, itu tidak menunjukkan apa-apa makna yang baik dan indah pun. Tugas sebenar wakil rakyat ialah menyelesaikan masalah dan keperluan orang ramai.

Menyelesaikan masalah orang ramai adalah kerja di pejabat, sama ada pejabat kerajaan atau pejabat wakil rakyat. Dan apabila wujud keperluan bagi wakil rakyat untuk melawat rakyat, tapak projek atau tapak bencana, lakukanlah lawatan seperti kelaziman amalan politik kita, itu sudah memadai dan lebih semula jadi sifatnya.

Tanda-tanda ketidakikhlasan wakil rakyat, baik yang tidak buat kerja atau pemalas atau sekadar menabur janji ialah dengan melakukan lawatan dan bermalam di rumah orang tanpa apa-apa sebab penting, melainkan ada udang di sebalik batu.

Strategi kempen sebegini tidak perlu dicontohi oleh rakyat dalam menilai keikhlasan orang politik. Sebaliknya inilah budaya yang menyebabkan wakil rakyat kita semakin malas untuk bekerja dan menipu orang ramai dengan gula-gula "bermalam di rumah rakyat".

Jumpa rakyat itu penting, tetapi bermalam di rumah rakyat itu, sepatah kata Hishamudin Rais "poyo".

Realiti politik UMNO-BN

Inilah realiti politik pasca Mac 2008. Perangai kebanyakan ahli politik UMNO-BN sudah semakin plastik dan segala program untuk rakyat juga bertambah plastik.

Dengan sedikit seloroh, kerana itu kebanyakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, termasuk Pulau Pinang, memperkenalkan kempen anti beg plastik untuk menjaga alam sekitar daripada tercemar dengan buangan plastik. Memang ada sedikit baiknya plastik tapi keburukannya lebih memudaratkan kehidupan.

Sama seperti janji-janji untuk jadikan Malaysia negara demokratik terbaik di dunia, ianya juga bersifat plastik.

Cakap siang pandang-pandang; jika rakyat masih tidak nampak helah di depan mata ini, alamat gelap masa depan semua.

Statistik bernombor yang ada sekadar menunjukkan bebanan yang sedang ditanggung oleh rakyat semakin bertambah. Bukankah antara rakyat yang sedang teruk menangggung ini juga adalah pengundi UMNO-BN?

Jangan mudah terpedaya dengan helah bermukim atau bermuka manis. Setakat dihulur sedikit wang ringgit untuk disesali bertahun-tahun kemudian, itu bukan jalan keluarnya. Perubahan perlu tulen dan bukan sekadar janji-janji manis. – Roketkini.com

Hudud: Mengapa Pakatan Rakyat perlu melatah?

Posted: 24 Sep 2011 12:04 AM PDT

Komentar Roketkini

Kadang-kadang apabila difikirkan, memang letih melayan karenah ahli-ahli politik Malaysia, tidak kira dari mana parti sekali pun. Telatah mereka seolah-olah tidak menggambarkan cita-cita rakyat, sebaliknya sibuk dengan agenda peribadi masing-masing.

Isu terbaru tentang hudud, atau lebih tepat lagi, isu yang dikitar semula dari semasa ke semasa, lebih mencerminkan permainan politik daripada penegasan mengenai akidah atau agama.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa dahagakan publisiti mencabar PAS supaya melaksanakan hudud di Kelantan, kepimpinan parti itu menempelak bekas Perdana Menteri yang telah menghantar suta pada 1994 mengugut mahu mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan bertegas mahu melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) berkaitan hukum hudud.

Apabila Pengerusi DAP Karpal Singah menolak pelaksanaan hudud kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dilaporkan berkata beliau rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat kalau tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu melaksanakan hukum hudud.

Maka ghairahlah pecacai UMNO, termasuk media kawalan mereka serta blogger upahan, memulakan serangan terhadap Pakatan Rakyat terhadap apa yang digambarkan sebagai keretakan dalam Pakatan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyokong hasrat PAS Kelantan walau pun menambah bahawa undang-undang hudud itu perlu melindungi hak bukan Islam, di samping menegaskan perkara itu tidak pernah dibincangkan oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyatakan UMNO tidak pernah menolak hudud, cuma keadaan sekarang tidak sesuai untuk dilaksanakan hukun jenayah cara Islam itu.

Baru sahaja para penyokong dan blogger upahan UMNO memulakan serangan terhadap Pakatan, tiba-tiba MCA pula mengugut untuk keluar dari Barisan Nasional jika UMNO mahu melaksanakan hukum hudud.

"Pendirian kami sangat jelas. UMNO mahu melaksanakan hudud, MCA bukan pihak dalam hal itu. Kami akan keluar," katanya kepada pemberita hari ini.

Pendirian PAS dan MCA

Pendirian PAS dan MCA ini telah menyulitkan usaha pecacai UMNO untuk memburukkan Pakatan Rakyat.

Pertama, bagi mereka yang selama ini mencanangkan bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP yang berprinsip demokrasi sekular, pendirian Nik Aziz telah membuktikan PAS tidak tunduk kepada mana-mana tekanan luar.

DAP juga tidak tunduk kepada tekanan untuk mengubah pendirian demokrasi sekular serta demokrasi sosial yang menjadi prinsip perjuangannya. Ini selaras dengan amalan Pakatan di mana setiap parti komponen adalah rakan kongsi setara atau equal partnership tanpa sebarang dominasi, seperti yang diamalkan dalam BN di mana UMNO menjadi dalang utama.

Kedua, pendirian MCA yang mungkin dikongsi oleh parti-parti komponen pelbagai kaum dalam BN akan menyebabkan segala tohmahan terhadap PAS, DAP dan PKR akan terpalit semula kepada muka mereka yang membuat tuduhan.

Dan semua ini berlaku tidak sampai seminggu selepas Datuk Seri Najib Razak dengan bangganya mengumumkan bahawa Malaysia akan dijadikannya negara demokrasi terbaik di dunia.

Kembali kepada Dasar Bersama Pakatan

Bagi Pakatan Rakyat, apa yang dikatakan masalah itu boleh diselesaikan melalui dialog dan rundingan, selaras dengan budaya politik baru yang mahu Pakatan perkenalkan tanpa sebarang paksaan yang biasa diamalkan oleh kerajaan UMNO-BN.

Rujukan yang ada untuk Pakatan ialah Perlembagaan Persekutuan yang mana ia telah dijadikan asas kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Tiga perkara pertama yang menjadi pedoman Dasar Bersama adalah komitmen untuk:

* Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

* Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.

* Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.

Inilah intipati Pakatan untuk mencapai cita-citanya, sebagaimana yang dicerminkan melalui slogan "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia".

Seperti mana yang pernah dikatakan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali awal tahun ini, hudud bukan agenda dalam Dasar Bersama Pakatan.

"Hudud tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat, kalau PAS mempunyai kuasa mutlak… dapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen, perkara pertama yang akan dilakukan PAS bukan hudud," katanya.

Sebagaimana DAP tidak memaksa Pakatan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menerima ideologi demokrasi sosial atau menjadikan negara sekular sepenuhnya, tidak perlu bagi mana-mana pihak untuk memaksa penerimaan perjuangan masing-masing.

Kerjasama melalui tolak ansur dan sikap saling faham-memahami telah memperkukuhkan Pakatan sejak Mac 2008. Mengapa mahu dipecahkan perpaduan yang telah dimeterai itu?

Melatah kerana helah Mahathir?

Jika semata-mata kerana usikan Dr Mahathir pun sudah tidak terkawal perasaan, mungkin semua pihak berlu kembali bermuhasabah diri untuk menenangkan keadaan.

Lagi pun ia cuma perencanaan mainan politik Dr Mahathir yang memang diakui hebat dalam percaturan batu api. Bukan sahaja pembangkang diserangnya, pemimpin UMNO dan BN yang dibencinya turut menjadi mangsa.

Bagi Dr Mahathir, mungkin ia hanya satu cara untuk memberitahu Najib bahawa dialah (Mahathir) yang paling hebat dan mampu memecahbelahkan perpaduan Pakatan bagi menjamin kemenangan besar Perdana Menteri dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini bermakna isu hudud sekarang ini dijadikan oleh Dr Mahathir sebagai bahan politiknya untuk memaksa Najib supaya akur dengan kehendaknya.

Agenda politik Mahathir dan Najib tidak ada kena-mengena dengan perjuangan murni Pakatan yang perlu ditumpukan demi kebaikan rakyat semata-mata.

Pakatan mahu membebaskan rakyat semua kaum dan agama dari UMNO-BN yang dibelenggu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, serta membawa era baru dalam usaha menambah pendapatan, mengurangkan beban kewangan dan peluang-peluang ekonomi, pendidikan dan pekerjaan yang lebih baik.

Dalam hal ini, mengapa Pakatan Rakyat perlu melatah?

Hina wanita: AMK cabar pemuda Gerakan debat

Posted: 24 Sep 2011 12:00 AM PDT

LEE KHAI LOON

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK Malaysia) mengutuk sekeras-kerasnya Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin yang mengambarkan pertukaran kerajaan sebagai pertukaran isteri baru, memandang remeh terhadap kepentingan Program Penghargaan Warga Emas RM100 serta memfitnah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memiliki kereta Mercedes yang bernilai RM800,000.

Kenyataan Lim Si Pin adalah mengarut, tidak berasas, menghina kaum wanita serta kebijaksanaan pengundi.

Setelah Gerakan kalah teruk dalam PRU13, mereka bukan sahaja tidak mengambil iktibar malah menyalahkan semata-mata penerangan parti mereka yang gagal.

Sebagai Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin bukan sahaja tidak berani bangkit untuk berdepan dengan politk perkauman sempit UMNO. Kenyataan Lim Si Pin hanya cuba untuk mengaut publisiti politik murahan serta mengali kubur sendiri untuk Gerakan.

Jelas menunjukkan bahawa Lim Si Pin adalah seorang yang hipokrit kerana dia memilih untuk tidak mengkritik rasuah dan penyelewangan kuasa di dalam UMNO/BN.

Akan tetapi dia telah mempersendakan kaum wanita, mengkritik urus tadbir kerajaan Pakatan Rakyat yang baik serta memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat.

AMK juga ingin mempersoalkan pimpinan Gerakan yang diam membisa terhadap kenyataan Lim Si Pin yang menghina kaum wanita.

Lebih dikesalkan adalah Wanita Gerakan seolah-olah bersetuju dengan kenyataan yang menghina kaum wanita. Mengapakah Presiden Gerakan Koh Tsu Koon juga tidak memohon maaf daripada kaum wanita seluruh negara?

AMK berpendapat bahawa semua anggota Gerakan perlu mengikuti kelas "gender sensitivity" agar belajar hormat kepada wanita serta mengiktiraf sumbangan wanita terhadap pembangunan masyarakat.

Konsep hak samarata lelaki wanita juga perlu diperkembangkan di dalam Gerakan.

Sebenarnya, Pemuda Gerakan boleh belajar daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) wanita yang telah lama memperjuangkan hak untuk wanita.

Sejarah perjuangan hak wanita di Malaysia yang berliku-liku serta penuh dengan cabaran perlu difahami oleh Pemuda Gerakan agar tidak kembali ke zaman feudalisme dan buta sejarah.

Atas prinsip kebenaran, memartabatkan ilmu serta mewujudkan budaya politik baru, Ketua Penerangan AMK merangkap Naib Ketua AMK Negeri Selangor, Lee Khai Loon mencabar Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin untuk berdebat secara terbuka.

Tajuk debat adalah "Wajarkah Pertukaran Kerajaan Digambar Sebagai Pertukaran Isteri?" Tarikh, masa dan tempat boleh ditentukan oleh Pemuda Gerakan.

AMK tidak akan berganjak sekalipun untuk berdebat dengan Lim Si Pin sekiranya ia berlangsung di dalam Bangunan PGRM, Cheras.

AMK akan memberi masa dua hari untuk Pemuda Gerakan memberi maklum balas. Sekiranya tiada sebarang respon daripada Lim Si Pin selepas 48 jam, maka AMK akan menghantar satu delegasi ke Bangunan PGRM untuk menghantar surat cabaran kepada Lim Si Pin. keadilan daily

LEE KHAI LOON Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia

(Bajet 2012) Perdana Menteri Kaji Bonus Atau Kenaikan Gaji Kakitangan Awam

Posted: 23 Sep 2011 11:59 PM PDT

Staff Berita Semasa

naik gaji kakitangan awam 2011 (Bajet 2012) Perdana Menteri Kaji Bonus Atau Kenaikan Gaji Kakitangan Awam

Sumber Foto Dari Inilah.com


Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

Kami difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.
Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.

Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

"Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,"

Baca petikan di bawah:

Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.
Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.

Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.

Berikutan pengumuman ini,berkemungkinan khabar-khabar angin bahawa kenaikan gaji bagi kakitangan awam bakal dilaksanakan.Ini adalah baik bagi menampung segala kos kenaikan yang sangat mendadak sejak 3 tahun kebelakangan ini.Pastinya kenaikan gaji kakitangan awam ini akan menyebabkan banyak spekulasi mengenai harga barang selepas ini, namun kami pasti, ianya mesti mempunyai sebab yang munasabah untuk dilakukan.

Namun begitu,sekiranya kenaikan gaji bagi kakitangan awam tidak dibentangkan dalam Bajet 2012 tidak lama lagi,berkemungkinan besar ianya digantikan dengan pemberian bonus sebanyak sebulan setengah gaji yang dijangka akan dibayar pada penghujung Disember 2011 ini.

Sekiranya anda kakitangan awam kerajaan dan diberi pilihan, mana satu yang menjadi pilihan anda.Kenaikan gaji untuk kakitangan awam? Atau bonus dari kerajaan?

Kerajaan berhadapan saman RM1 juta

Posted: 23 Sep 2011 11:50 PM PDT

WARKAH DAILY

SEREMBAN: Tiga penternak lembu memfailkan saman RM1 juta terhadap Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana mendakwa ternakan mereka terjejas selepas dibekalkan enam ekor lembu yang dijangkiti penyakit kuku dan mulut.



TIGA penternak, dari kiri, Tamilselvan, Krishnan dan Nganersegaran menunjukkan gambar ternakan mereka yang mati selepas memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Seremban semalam. | foto Kosmo!


Mengikut writ saman, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dinamakan sebagai defendan pertama manakala Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (kedua) dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Sembilan, Datuk Dr. Noor Soeraya Norsham (ketiga).

Turut dinamakan dalam writ saman itu ialah Penolong Ketua Pengarah JPV, Dr. Salmiyah Tahir sebagai defendan keempat dan dua kakitangan JPV Negeri Sembilan iaitu Mohamad Abdullah dan Latip Yasim (kelima dan keenam).

Kumar berkata, anak guamnya mengambil tindakan itu kerana tertekan dengan tindakan defendan yang gagal memberikan rawatan awal terhadap enam ekor lembu yang diterima daripada Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu Gemencheh menerusi program Ternakan Bekalan Trust 2010 pada 16 Disember 2010 lalu.

Katanya, selepas enam hari menerima lembu itu, anak guamnya yang masing-masing menerima dua ekor lembu mendapati ternakan itu menunjukkan simpton dijangkiti penyakit mulut berbuih, berair dan tidak boleh makan.

Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Jempol. -Kosmo!

SPR mengaku warga asing didaftar pengundi atas arahan Umno

Posted: 23 Sep 2011 11:45 PM PDT

WarkahDaily


Sebelum ini, kita dikejutkan dengan pendedahan Wikileaks bahawa SPR mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan kepada pekerja asing di Sabah untuk didaftar sebagai pengundi pilihanraya.

Pendedahan itu dibuat berdasarkan pengakuan bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid kepada bekas ketua Mafrel, Abd Malek Hussin bahawa pihaknya pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

Namun, Malek memperbetulkan kembali pendedahan yang dibuat Wikileaks bahawa kabel itu tersilap memetik kenyataannya bahawa SPR mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan kepada pekerja asing di Sabah padahal sejumlah 80,000 warga asing didaftar untuk mengundi.

Wikileaks turut mendedahkan Malek juga dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' untuk merampas Sabah dari pembangkang pada 1994.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri," Wikileaks dipetik.

Masya Allah! Kegiatan pelacuran untuk jemaah haji di Mekah?

Posted: 23 Sep 2011 11:41 PM PDT

WarkahDaily


Apa sudah jadi, memang dunia sudah 'tua'. Kota Mekah antara tanah haram yang menjadi tempat tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk menunaikan umrah dan haji saban tahun. Kota suci umat Islam itu sentiasa dipenuhi oleh manusia yang menyahut seruan Maha Penciptanya, Allah Rabbu Al-Jalil.

Namun, ada manusia kotor yang sanggup mengotori kota suci umat Islam itu dengan kegiatan tidak bermoral demi sedikit keuntungan dunia yang sementara.

Kelmarin, dilaporkan sebuah media Arab, satu kegiatan pelacuran yang cuba ditawarkan 11 warga asing di Distrik, Al-Khansa, Mekah ketika tiba musim haji dan umrah.

Suruhanjaya Siasatan dan Pendakwaan (PIC) Arab Saudi menyoal siasat 11 warga asing berkenaan kerana disyaki menjalani perniagaan pelacuran di sebuah rumah untuk jemaah haji dan umrah di daerah Al-Khansa.

"Mereka diserbu pihak berkuasa selepas diintip polis selama beberapa kali," kata seorang jurucakap polis.

Mereka yang ditahan terdiri 6 lelaki warga Bangladesh dan lima wanita warga Indonesia.

Menurut polis, pengawal keselamatan bangunan itu turut menjadi kaki geng itu dengan mengenakan bayaran sebanyak SR200 (RM166.70) kepada pelanggan.

Menurut Jurucakap polis, Letnan Kolonel Zaki Al-Rihaili berkata, mereka yang ditahan itu akan dihantar ke Balai Polis Al-Maabdah sebelum mereka diserahkan ke PIC untuk disoal siasat dengan lebih lanjut dan didakwa di muka pengadilan.

Dipetik dari Arab News, satu laporan pada 15 Januari 2008 menyebut, ramai wanita Ghana terlibat dengan kegiatan pelacuran di Arab Saudi tanpa mempeduli hukuman berat yang dilaksanakan di negara berkenaan.

Mereka datang ke Mekah bukan mahu menjalankan ibadah, namun mahu menjadi pelacur.

Tiada ulasan: