DIALOG RAKYAT |
- Forum PDRM bincang undang-undang ganti ISA
- 2 portal bahasa Cina bergabung cari pelanggan
- Polis disaman kerana didakwa seksa lelaki
- Hantu Bonceng: PAS serah 2 memo bantahan
- Wakil rakyat BN 'berkubu' di S'gor
- 'Undi untuk kerakyatan': Hisham bidas M'kini
- Polis diperintah bayar RM900,000 akibat kecuaian
- Najib, Rosmah mohon ketepi sepina jadi saksi
- Belasungkawa: Harap rakyat Terengganu maafkan Datuk Awang Jabar
- Bahan Propaganda BN Kepada Cikgu Di JOHOR
- Kontroversi: "Zizan Mohon Maaf", Persoalannya Siapakah Empat Ulamak Yang Luluskan Filem Itu
- Saya tak Bersalah - Mat Sabu di Mahkamah.
- Hantu Bonceng - Ahmad Idham tepis Tuduhan Pemuda PAS.
- KEADILAN Sabah tekad bongkar lebih banyak rasuah Umno
- Panel khas: BN putuskan nama wakil esok
- Pak Lah: Saya patut lebih tegas laksana pembaharuan
- Mansuh ISA: Rakyat masih keliru
- Tiru UK ganti akta ISA tak tepat
- Pertemuan PM Hasina dan Najib buktikan penawaran kewarganegaraan utk undi
- Setakat hapus ISA tidak boleh dianggap negara terbaik demokrasi
- Polis siasat kes simbah minyak pagar rumah Mat Sabu
- Peneroka Bera pula saman Felda
- PAS persoal 'misteri' kod 71
Forum PDRM bincang undang-undang ganti ISA Posted: 21 Sep 2011 04:09 AM PDT MALAYSIA KINI Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan forum yang melibatkan pelbagai pihak bagi membincangkan undang-undang baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kiri) berkata ia bagi menentukan keselamatan negara dan rakyat akan sentiasa terjamin dengan undang-undang baru itu kelak. "Kita mempunyai persediaan... dan kita akan mengadakan forum bagi menentukan keselamatan rakyat tidak akan tergugat dengan undang-undang baru yang akan ditentukan nanti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Triaj PDRM di balai polis Travers. Perkhidmatan Triaj yang dilaksanakan di kaunter pertanyaan balai polis menawarkan bantuan mesra pelanggan yang mengalami trauma seperti kes rogol, keganasan rumah tangga, wanita mengandung, warga emas dan sebagainya. Ismail berkata antara pihak yang terlibat dalam forum itu ialah Kementerian Dalam Negeri (KDN), pakar-pakar perundangan dan Jabatan Peguam Negara. "Kerjasama bagi membicangkan perkara itu dilihat perlu bagi menentukan dan menjaga keselamatan negara pada masa akan datang," katanya. Pada 15 September lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dimansuh dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Sementara itu Ismail berkata dengan pelancaran Triaj itu, PDRM akan menyediakan bilik khas yang dikenali sebagai "Bilik Triaj" bagi mengasingkan pelanggan yang datang untuk kes-kes sensitif demi menjaga kerahsiaan mereka. "Mereka adalah pelanggan yang mengalami trauma, kes mangsa rogol, keganasan rumah tangga, wanita mengandung, warga emas, ragut dan sebagainya," katanya. Beliau berkata perkhidmatan Triaj yang dilancarkan akan melibatkan 35 balai polis di kontinjen 'kawasan panas' iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur. "Fasa pertama telah dilaksanakan pada tahun 2010 dengan lima balai polis dipilih sebagai balai polis perintis untuk perkhidmatan Triaj iaitu dua di Kontinjen Selangor dan tiga di Kuala Lumpur. "Balai-balai itu ialah Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam, Balai Polis Travers, Balai Polis Petaling dan Balai Polis Sungai Besi," katanya. Beliau berkata PDRM juga turut akan menambah kelengkapan logistik di ruang menunggu seperti set sofa dan televisyen 32 inci untuk memberi keselesaan kepada mereka yang mendapatkan perkhidmatan Triaj. "Sebanyak RM50,000 telah diperuntukkan kepada setiap balai polis yang terpilih untuk tujuan penambahbaikan pejabat pertanyaan," katanya.- Bernama | ||||
2 portal bahasa Cina bergabung cari pelanggan Posted: 21 Sep 2011 04:04 AM PDT Nigel Aw Tidak ada apa yang boleh diraikan dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak baru-baru ini berhubung pembaharuan dalam media sedangkan kebebasan akhbar masih terhad, kata ketua pengarang Malaysiakini Steven Gan. "Betul, Najib telah memutuskan akhbar tidak perlu memperbaharui lesen mereka setiap tahun, tetapi kerajaan masih boleh menarik semula lesen anda pada bila-bila masa yang mereka mahu - mereka tidak perlu tunggu sehingga anda memperbaharui lesen untuk berbuat demikian. "Jadi, hakikatnya, ia hanya perubahan yang sangat kecil. Apa yang kita saksikan hanyalah perubahan kosmetik." Bercakap pada majlis pelancaran bersama model langganan portal berita Malaysiakini edisi bahasa Cina dan Merdeka Review di Kuala Lumpur malam semalam, Gan berkata keputusan yang sukar bagi mengenakan bayaran itu terpaksa diambil oleh edisi bahasa Inggeris sembilan tahun lalu. "Saya telah berkata berkali-kali, media bebas memerlukan pembiayaan atau dana bebas. Langganan menyumbang sebahagian besar operasi Malaysiakini. Kami memperkenalkan sistem langganan pada tahun 2002. Kita terpaksa melakukannya kerana tidak mempunyai pilihan. Ia usaha terakhir bagi memastikan survival Malaysiakini." Merujuk tulisan editorialnya semasa melalui masa-masa yang sukar, Gan berkata Malaysiakini akan memilih menjadi media cetak pada bila-bila masa kerana ia adalah lebih menguntungkan tetapi mendapatkan lesen daripada kerajaan dan memastikan ia kekal dimiliki adalah halangan yang serius ketika itu dan sehingga hari ini. Katanya, era Internet telah banyak memberi manfaat kepada syarikat-syarikat media seperti Facebook dan Google tetapi pembekal kandungan berita menghadapi cabaran yang sengit. "Media online di Malaysia tidak boleh terus mengharapkan kemurahan hati daripada beberapa jutawan - sebahagian mereka seperti yang kita ketahui sentiasa berubah-ubah pendirian dan ada pula yang mempunyai agenda. "Jadi, tanpa sokongan anda (pembaca dan pelanggan), tidak akan ada media bebas di Malaysia. "Wartawan Malaysiakini dan disertai rakan-rakan Merdeka Review telah membuat pilihan mereka. Sekarang kita serahkan kepada pembaca laman Malaysiakini bahasa Cina dan Merdeka Review untuk membuat keputusan mereka." | ||||
Posted: 21 Sep 2011 04:03 AM PDT Rompakan: Tiga pegawai SPRM ditahan Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditahan hari ini berhubung satu kes rompakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Turut ditahan berhubung kes rompakan berjumlah USD300,000 (RM900,000) itu ialah seorang pegawai kanan, menurut laporan the Star Online petang ini. Ketiga-tiga pegawai yang ditahan berhubung rompakan ke atas seorang pengurup wang itu telah digantung kerja, kata ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar, menurut laporan itu lagi. | ||||
Polis disaman kerana didakwa seksa lelaki Posted: 21 Sep 2011 04:00 AM PDT Joseph Sipalan Tiga tahun lalu, langsung tidak pernah terlintas di fikiran Prabakar Bala Krishna bahawa dia akan menderita kerana perkara-perkara yang dia sendiri tidak terfikir sanggup untuk melakukan Apabila dia dicekup oleh polis pada malam 23 Dis, 2008 - bersama-sama dengan seorang lagi individu, Solomon Raj Chandran - beliau anggap bahawa ia hanya satu pemeriksaan anti-jenayah yang lazim dan tidak akan mengambil masa yang lama untuk selesai. Walau bagaimanapun, menurut Prabakar, apa yang dialaminya pada hari-hari selepas itu telah meninggalkan dia dengan trauma dan ketakutan sehingga hari ini. Selepas lima hari dalam tahanan polis, Prabakar dan Solomon akhirnya dibebaskan dengan kecederaan yang parah - badan mereka melecur. Mereka mendakwa polis mencurah air panas ke atas mereka semasa soal siasat. "Apabila mereka tangkap saya, mereka hanya beritahu saya bahawa saya disyaki sebagai seorang penjenayah. Saya ikut mereka kerana saya fikir mereka hanya mahu periksa air kencing saya," kata Prabakar yang bertutur dalam bahasa Tamil. "Tetapi apabila kami sampai (balai polis) Brickfields, mereka mula pukul saya. Bila saya tanya mereka mengapa, mereka arahkan saya supaya senyap dan paksa saya akui pelbagai tuduhan jenayah yang saya enggan lakukan." Prabakar bersama Solomon berada di kompleks mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini, untuk bersama-sama memfailkan saman ke atas lapan anggota polis dan kerajaan berhubung dakwaan disiksa. Mereka diiringi peguam merea, N Surendran. Selain melecur, mereka juga mendakwa polis telah berulang-kali membelasah mereka. Dalam kes Prabakar, dia mendakwa digantung dari kipas siling dengan seutas tali dan diugut akan dibunuh menggunakan tali berkenaan. Prabakar mendakwa pada hari dia dibebaskan, pihak polis telah memberi amaran kepadanya supaya tidak memberitahu sesiapapun tentang penyeksaan itu, lebih-lebih lagi kerana terdapat parut di perut dan badannya. "... dan jika sesiapa yang bertanyakan mengenai kesan melecur itu, hanya beritahu bahawa saya tertumpah sup mee panas ke atas diri sendiri," kata pemandu lori berusia 30 tahun itu. Prabakar berkata, dia dalam ketakutan sejak kejadian itu dan terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri. Katanya, doktor yang merawatnya telah mengesahkan dia mengalami trauma yang teruk. | ||||
Hantu Bonceng: PAS serah 2 memo bantahan Posted: 21 Sep 2011 03:56 AM PDT MALAYSIA KINI Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan kepada dua agensi kerajaan berkaitan penayangan filem komedi Hantu Bonceng yang didakwa menghina Islam.Memorandum dari ketuanya Nasrudin Hassan kepada ketua pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) masing-masing diserahkan di pejabat agensi itu pada pagi dan petang ini. Memorandum pada kepada Finas pada jam 3 petang di pejabatnya di Hulu Klang manakala kepada Jakim diserahkan pada jam 12 tengah hari di Putrajaya. Dalam memorandum itu, Pemuda PAS mendakwa, "garis panduan bahan penerbitan bercetak dan audio visual berhubung dengan unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah dan amalan Ahli Sunnah Waljamaah" yang dikeluarkan Jakim tidak diendahkan ketika menerbitkan Hantu Bonceng. Pemuda PAS kelmarin mendakwa filem arahan sutradara terkenal Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan dibintangi Zizan - atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak - mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah. Ia ekoran dialog dalam satu babak yang berbunyi "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu... syaitan). Ahmad Idham dilapor terkilan Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Idham dilapor menjelaskan tidak pernah berniat mempersendakan kalimah syahadah cuma cara lontaran dialog tersebut sahaja disalah tafsirkan. "Saya terkilan perkara itu diperbesarkan sehingga ada yang menganggap saya sebagai manusia yang terlalu jahil tentang agama. "Pihak-pihak berkenaan sanggup mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita di majlis penyampaian watikah kemasukannya ke program Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Universiti Utara Malaysia, yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa. Pengarah muda itu juga berkata, sekiranya adegan itu benar-benar terlalu sensitif, ia sudah awal-awal disunting oleh pihak penapisan filem, lapor sebuah portal berita. Justeru, beliau mengesyaki terdapat segelintir pihak sengaja menimbulkan isu tersebut atas agenda tertentu. Pelakon utama filem itu Zizan atau nama penuhnya Mohd Razizan Abd Razak bagaimanapun dilaporkan memohon memohon maaf di laman Twitter dan menjelaskan tidak mungkin dia sengaja atau tergamak menghina agama dan rasulnya sendiri. Hantu Bonceng yang ditayangkannya bermula 31 Ogos lalu mendapat kutipan RM8.4 juta dan merupakan pencapaian tertinggi antara filem-filem Ahmad Idham sebelum ini. | ||||
Wakil rakyat BN 'berkubu' di S'gor Posted: 21 Sep 2011 03:47 AM PDT Abdul Rahim Sabri Kira-kira 240 wakil rakyat BN di seluruh negara hari ini 'berkubu' di Kuala Selangor dalam permukiman mereka di 891 peti undi dalam rangka merampas kembali negeri itu dari Pakatan Rakyat. Permukiman yang disertai ADUN dan ahli kelab penyokong BN itu, akan berlangsung selama tiga hari hingga Jumaat ini, dalam usaha memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang. "Dalam permukiman itu, kita menghantar semua ADUN di peti-peti undi yang telah dikenalpasti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. "Mereka menyusun jentera, berjumpa dan membantu peti undi tersebut termasuk mengadakan perjumpaan dengan pemimpin BN di peringkat bahagian, (dan) menyusun rancangan di peti undi itu," kata anggota urus setia pemukinan itu yang enggan namanya dinyatakan. Urus setia itu juga memberitahu Malaysiakini, ADUN 'angkat' yang dikenalpasti akan bermukim di semua peti undi dan dikehendaki menghantar laporan kepada BN negeri selepas itu. Urusetia berkata permukiman tersebut akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam esok di Perkarangan Tesco di Kuala Selangor jam 8.30 malam.Sebelum itu, di sebelah petang pada hari yang sama, urusetia berkata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ceramah untuk menaikkan semangat jentera "bagi meneruskan momentum" menghadapi pilihan raya umum. Ceramah bekas presiden Umno itu akan berlangsung jam 3 petang di Dewan Umno Kuala Selangor. "Kita nak pastikan BN menang dalam pilihan raya kerana sokongan (rakyat kepada BN) dah nampak semakin meningkat. "(Malah) dalam konvensyen BN baru-baru ini, nampak PM dah bagi suntikan semangat meminta (BN negeri) bekerja lebih kuat," katanya. Urusetia juga memberitahu, majlis penutup permukiman tersebut - yang dijadualkan pada hari Jumaat - akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga timbalan presiden Umno dan timbalan pengerusi BN akan menyampaikan ucapan penutupan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru jam 4.30 petang. | ||||
'Undi untuk kerakyatan': Hisham bidas M'kini Posted: 21 Sep 2011 03:45 AM PDT MALAYSIA KINI Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas Malaysiakini berhubung dua laporan berita mengenai pemberian kewarganegaraan Malaysia.Di Twitter hari ini, Hishammuddin menuduh portal berita itu tidak menyiarkan kenyataan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh berhubung nota yang dimuat-naik di laman web agensi Bangladesh. "Dua hari lepas Malaysiakini lapor 6P beri warganegara kepada Bangladesh - apabila (Ketua Pengarah JPN) Datin Jariah (Mohd Said) jawap dengan fakta dan duta (Bangladesh) nafikan - senyap!" tulisnya di Tweeter. Bagaiamanapun apa yang berlaku adalah di sebaliknya. - Malaysiakini telah menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh AKM Atiqur Rahman pada 19 September dan menyiarkan laporan itu pada hari yang sama. - Sebelum itu, e-mel juga dihantar kepada agensi di Bangladesh yang menyiarkan dakwaan berkenaan di laman webnya tetapi tidak mendapat jawapan. - Tidak ada laporan disiarkan sehingga Pejabat Suruhanjaya Tinggi di Kuala Lumpur memberikan jawapannya pada Isnin lalu. - Pesuruhjaya Tinggi juga mengeluarkan kenyataan media menafikan nota berkenaan yang dihantar ke JPN pada Isnin, jam 6.26 petang. - Bersama kenyataan Pesuruhjaya Tinggi adalah kenyataan media oleh ketua pengarah JPN, Datin Jariah yang menyatakan 37 rakyat Bangladesh diberikan kewarganegaraan Malaysia sejak 2008. Ini disiarkan Selasa lalu. | ||||
Polis diperintah bayar RM900,000 akibat kecuaian Posted: 21 Sep 2011 03:43 AM PDT MALAYSIA KINI Seorang lelaki yang lumpuh akibat ditembak polis hari ini berjaya dalam tuntutan samannya apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan pihak polis membayar ganti rugi berjumlah RM900,000.Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid memerintahkan Lans Kopral Nadzri Ahmad dan Ketua Polis Negara membayar jumlah itu meliputi kos tambang ke hospital, kos ulang alik sebagai pesakit luar, kos beg kencing, kehilangan pendapatan dan lain-lain. Dalam penghakimannya Siti Khadijah berkata perbuatan Nadzri yang melepaskan tembakan terhadap Johari Kasman, 28, (plaintif) jelas menunjukkan salah guna kuasa dan terdapat percanggahan antara keterangan pakar dan afidavit pembelaan berhubung jarak tembakan dilepaskan. Katanya semasa kejadian Nadzri bertugas dengan memakai pakaian preman dan menahan plaintif kerana berkelakuan mencurigakan tetapi plaintif enggan berhenti hingga timbul pergelutan. Siti Khadijah berkata walaupun kejadian tembakan itu berlaku, Nadzri tidak melepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja malah bertindak membawa plaintif ke hospital. "Defendan pertama telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Berat mata memandang, berat lagi memikul tanggungjawab. Plaintif mempunyai empat rekod jenayah lampau yang kesemuanya kesalahan mencuri kenderaan. "Defendan berkata ketika kejadian (23 Oktober 2004) plaintif memandu menggunakan motosikal curi dengan nombor pendaftaran palsu, tetapi defendan tidak mempunyai bukti bahawa plaintif terlibat pada hari itu," katanya. Pada 18 Oktober 2007, Johari mengemukakan saman terhadap Nadzri dan Ketua Polis Negara kerana cuai hingga menyebabkannya lumpuh setelah ditembak di belakang. Johari mendakwa Nadzri tidak memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan gagal memberi amaran sebelum menembaknya. Menerusi pembelaan, kedua-dua defendan berkata tindakan menembak itu bertujuan mempertahankan diri dan sebelum pergelutan berlaku plaintif bertindak menghayun topi keledar beberapa kali hingga terkena kepala Nadzri. Katanya Plaintif juga cuba merampas pistol defendan. Sepanjang prosiding Johari memanggil empat orang saksi manakala defendan seramai enam orang. Peguam V Rajadevan mewakili Johari dan Peguam Kanan Persekutuan Mariam Hasanah Othman mewakili defendan. | ||||
Najib, Rosmah mohon ketepi sepina jadi saksi Posted: 21 Sep 2011 03:40 AM PDT Joseph Sipalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan untuk mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka untuk tampil sebagai saksi pembelaan pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung. Permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar jam 3.30 petang oleh empat peguam kanan yang mewakili mereka. Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. | ||||
Posted: 21 Sep 2011 03:32 AM PDT
Ini adalah artikel yang disiarkan oleh seorang Blogger yang di syaki sebagai 'Blogger Belaan Zambry' (gambar diakhir entry) mengulas tentang isu "Miss Bikini" yang bakal berlangsung di Pulau Pangkor, Perak. Menteri Besar Perak adalah Zambry Kadir dan ADUN bagi Pulau Pangkor adalah Zambry Kadir sendiri manakala Exco Pelancongan Perak pula adalah Hamidah Osman mereka adalah pemerintah yang berkuasa di negeri Perak. Segala aktiviti bercorak hiburan yang bakal berlangsung di Perak pasti memerlukan kebenaran dari mereka dan ianya sudah tentu diketahui oleh mereka tambahan pula Zambry Kadir sendiri adalah ADUN bagi Pangkor. Tetapi di dalam artikel yang ditulis oleh 'Blogger Belaan Zambry?' ini Ngeh Koo Ham dan juga Nga Kor Meng kedua-duanya dari DAP/PR Perak yang kini menjadi pembangkang sekaligus kehilangan kuasa untuk memerintah di tuduh sebagai dalang utama disebalik penganjuran 'Miss Bikini' itu. Mungkin kerana terdesak untuk mempertahankan Bossnya atau beliau menulis dalam keadaan mabuk blogger tersebut juga telah mendakwa bahawa kuasa utama di Perak adalah DAP yang mana dakwanya DAP bukan sahaja menguasai politik dikalangan Pakatan Rakyat malah mempunyai wakil-wakil mereka dalam UMNO/BN.. Bacalah.. GEMPAR! PENGANJUR PESTA BIKINI DIDALANGI NGEH-NGA! Full Moon Beach Party yang bakal dilangsungkan pada 7 dan 8 Oktober di Pangkor Beach Resort nanti sebenarnya mempunyai signifikan yang tersendiri. Bahkan sebenarnya dilihat sebagai cara atau kaedah untuk menjahanamkan nama Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sekaligus ADUN Pangkor dan Hamidah Osman yang merupakan Exco yang berkaitan dengan pelancongan. Sudah tentulah, puak yang ingin benar melihat pertembungan antara Zambry Abdul Kadir dan Hamidah Osman menjadi kenyataan adalah Ngeh-Nga bersaudara yang digerakkan menerusi mulut-mulut dan tangan-tangan PAS serta PKR Perak. Baiklah, dalam soal ini, kita tidak boleh menyalahkan PAS. PAS tidaklah sebijak mana pun di Perak. Kalau setakat pemikiran macam Ahmad Awang, aku tak fikir ancaman itu terlalu besar. Apatah lagi, PAS bersembang besar di Perak kerana satu kebetulan. Kebetulan yang akhirnya menyaksikan Nizar Jamaluddin naik sebagai Menteri Besar boneka yang digerakkan oleh Ngeh-Nga dalam setiap tindak-tanduknya. Perlu diingat, kuasa utama di Perak adalah DAP. DAP bukan sahaja menguasai politik sama ada di kalangan Pakatan Rakyat, bahkan turut mempunyai wakil-wakil mereka dalam UMNO-BN yang menjadi kerajaan negeri. DAP juga merupakan antara dalang utama dalam permainan politik hiburan seperti yang bakal dilangsungkan di Pangkor Beach Resort. DAP tidak seperti UMNO atau PAS yang sangat mudah membuka mulut dan berbangga dengan apa-apa yang mereka lakukan. Perhatikan sahaja bagaimana sikap yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Lim Guan Eng akan berbangga-bangga dan bercakap besar apabila ianya membabitkan orang Melayu dan Islam. Namun apabila membabitkan kaum chauvinist, Lim Guan Eng akan cepat-cepat menutup mulut dan berpura-pura tuli. Justeru, ramai yang percaya, rancangan untuk memalukan Zambry Abdul Kadir dan Hamidah Osman di Pangkor sebenarnya didalangi oleh Nga-Ngeh. Kedua-dua bersepupu ini adalah kuasa utama yang sentiasa berusaha untuk menimbulkan polemik dan membuktikan bahawa kerajaan Zambry Abdul Kadir sebenarnya tidak sepandai dan sepintar mereka. Kenapa aku label beliau sebagai 'Blogger Belaan Zambry?' sila baca di SINI | ||||
Belasungkawa: Harap rakyat Terengganu maafkan Datuk Awang Jabar Posted: 21 Sep 2011 03:26 AM PDT
| ||||
Bahan Propaganda BN Kepada Cikgu Di JOHOR Posted: 21 Sep 2011 03:20 AM PDT Oleh : N_ja BAHAN-bahan penerangan berbentuk propaganda BN didakwa diedar pada Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pemantapan Warga Pendidikan (Zon Barat) Negeri Johor. Majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin bersama sebahagian guru daerah Muar, Segamat, Batu Pahat dan Pontian negeri Johor pada 15 september 2011 di Dewan Jubli Intan Muar itu adalah antara siri penyalahgunaan kuasa berleluasa berlaku yang diamalkan oleh Barisan Nasional Khususnya UMNO.Antara bahannya seperti 1) Islam, politik dan Pakatan Rakyat. Satu kontroversi. 2) Pakatan Rakyat'halalkan' yang haram. 3) Dvd : Membela Maruah Agama dan Bangsa, oleh Dr. Mohammad FairusKhairuddin, mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. 4) Risalah : Bermuzakarah dan Bekerjasama Dalam Kebaikan.Menurut sumber yang boleh dipercayai, antara isi kandungan bahan tersebut memaparkan penyelewengan maklumat dengan keratan-keratan akhbar lalu disulami kepingan gambar sebagai satu bentuk pengeksploitasian yang tidak sepatutnya berlaku. 'Saya terkejut bila duduk saja kat kerusi, kami dibekali dua buah buku kecil, satu bahan risalah dan sekeping Dvd yang kebanyakan kandungannya memaparkan gambar pemimpin pembangkang' katanya kepada Penulis. Sumber turut persoalkan kewajaran bahan tersebut diedar sedangkan program seumpama itu adalah satu kursus untuk memantapkan profesyen keguruan dan ia menimbulkan keraguan yang amat sangat. 'Saya konfius (ragu) kenapa bahan itu diedar ?. Satu lagi, kenapa sebahagiannya guru yang hadir terdiri daripada Guru agama?' soalnya lagi. Beliau bagaimanapun meminta supaya pihak penganjur program menjawab perkara tersebut yang disifatkannya sebagai 'mengambil kesempatan' untuk kepentingan UMNO. 'Saya minta kepada Institut Aminuddin Baki dan KPM (Penganjur) untuk bertanggung jawab dalam hal ini kerana ia menimbulkan rasa tidak senang dikalangan sebahagian guru yang hadir' katanya lagi. SELATAN ONLINE. | ||||
Kontroversi: "Zizan Mohon Maaf", Persoalannya Siapakah Empat Ulamak Yang Luluskan Filem Itu Posted: 21 Sep 2011 02:56 AM PDT PAHANG DAILY KUALA LUMPUR - Pelakon filem "Hantu Bonceng" Mohd Razizan bin Abd Razak (foto) atau lebih dikenali sebagai Zizan telah memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan isu dialognya yang dikatakan menghina Nabi Muhammad malam tadi. Menerusi laman Twitternya, Zizan mengakui kesilapan beliau dan menjelaskan beliau langsung tidak berniat untuk menghina agama Islam dan menyatakan terdapat empat ulama dalam Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang telah meluluskan tayangan filem tersebut. [Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.Dua 'post' laman twitternya ialah "Sy (saya) faham.apa yg salah..salah jugak.tp (tapi) pasal hina Islam mmg jauh dri otak pkiran sy la..xde(tiada) lgsung terniat.ini adalah Agama dan Rasul sy(saya)..Maaf skiranya sy(saya) silap. "salam..xkan(takkan) la sy(saya) nk(nak) hina Rasul sy(saya) sendiri..kan dlm(dalam) babak perkataan setan 2(itu) di aju kan pada kunyit..dan dlm(dalam) penapisan film ade 4 ulama..dan telah pn(pun) di luluskan film ini.."katanya Sementara itu Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan At Tantawi mengucapkan tahniah kepada Zizan kerana mengakui kesilapan lalu memohon maaf secara terbuka. Bagaimanapun beliau mempersoalkan mengapa pengarah dan penerbit filem tersebut Ahmad Idham masih berdiam diri sehingga sekarang. Pemuda PAS sebelum ini menyatakan filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri itu mengandungi satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan". Apapun tahniah diucapkan kepada Zizan Raja Lawak kerana difahamkan telah menghubungi tokoh agama terkenal Ustaz Azhar Idrus bagi mendapatkan pandangan lanjut beliau tentang isu kontroversi ini. Sepatutnya pihak yang perlu dipersalahkan ialah Pengarah dan Penulis Skrip filem berkenaan, Zizan hanya membaca dan mengikut arahan pihak terbabit. Soalnya kenapa Ahmad Idham masih membisu, malah memberikan berbagai alasan kononnya dia sudah merujuk ulamak dalam LPF sebelum filem itu diluluskan. Soalnya, siapakah dia ulamak-ulamak berkenaan yang begitu mudah mengambil tindakan meluluskan filem tersebut untuk tayangan]. | ||||
Saya tak Bersalah - Mat Sabu di Mahkamah. Posted: 21 Sep 2011 02:52 AM PDT KLPOS.COM
PULAU PINANG - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.
| ||||
Hantu Bonceng - Ahmad Idham tepis Tuduhan Pemuda PAS. Posted: 21 Sep 2011 02:47 AM PDT KLPOS.COM
KUALA LUMPUR - Pengarah filem Hantu Bonceng, Ahmad Idham Ahmad Nadzri tidak pernah berniat untuk mempersendakan kalimah syahadah dalam sebuah adegan filem tersebut yang telah menjadi kontroversi.
| ||||
KEADILAN Sabah tekad bongkar lebih banyak rasuah Umno Posted: 20 Sep 2011 05:18 PM PDT Oleh: Masdar Wahid KUALA LUMPUR: KEADILAN Sabah menyambut saranan pimpinan Pakatan Rakyat Pusat sebagaimana ditegaskan pada ucapan mereka pada konvensyen Pakatan Rakyat Sabah 16 September lalu, kata Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri, Dr Roland Chia Ming Shen. Roland mengulas gesaan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu supaya Pakatan bekerja lebih keras untuk memastikan pentadbiran di Putrajaya. "KEADILAN negeri menyambut baik setiap cabaran itu dan kita akan memastikan setiap jentera ketiga-tiga komponen parti akan lebih bekerja keras selepas ini. "Kita juga memastikan setiap program diperingkat Cabang dan ranting mesti dihadiri setiap komponen Pakatan dari ketiga-tiga parti selain memastikan keputusan penting Pakatan tidak didedah kepada media yang mengundang manipulasi dari pihak lawan," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini. Wan Azizah pada ucapannya di konvensyen itu, Jumaat lalu menggesa anggota dan pimpinan Pakatan Sabah mendedahkan lebih banyak lagi penyelewengan pentadbiran Umno BN Negeri. Ini kerana kata Azizah, isu rakyat terlalu banyak di Sabah, namun kurang didedah Pakatan di media dan dalam ceramah bersama rakyat. Manakala Mohd Sabu menggesa jentera Pakatan negeri menggiatkan penerangannya mengenai rasuah di kawasan pedalaman di negeri itu. Bagi Mohd Sabu, isu rasuah lebih banyak buruknya terhadap luar bandar yang majoritinya masih miskin, berbanding pengundi bandar yang lebih celik maklumat mengenainya. Sementara Kit Siang mahu rakyat Sabah memastikan setiap undi mereka samada diperingkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen hanya untuk calon Pakatan Rakyat. Kit Siang menegaskan, walaupun rakyat Sabah pernah menukar kerajaan sebanyak empat kali, namun kehidupan rakyat masih sama kerana kebanyakan keputusan melibatkan rakyat berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Konvensyen Pakatan Sabah pertama kali diadakan pada hari itu berjaya menarik kehadiran kira-kira 2,000 rakyat pelbagai kaum di negeri itu. Turut hadir, golongan profesional, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pimpinan, pendokong, pengikut, penyokong dan anggota Pakatan Rakyat Sabah dari KEADILAN, PAS dan DAP dari seluruh daerah di negeri itu. | ||||
Panel khas: BN putuskan nama wakil esok Posted: 20 Sep 2011 05:18 PM PDT PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) akan mengesahkan wakilnya yang bakal menganggotai jawatankuasa pilihan khas, yang akan membincangkan pembaharuan pilihan raya, pada satu mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin, esok. Jawatankuasa itu akan diketuai oleh seorang menteri dengan empat wakil dari BN, tiga mewakili Pakatan Rakyat dan seorang wakil Bebas. "Esok, timbalan perdana menteri akan memanggil satu mesyuarat di pejabatnya. Keputusan akan dibuat pada mesyuarat itu," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz hari ini. Nazri mengulangi sama ada pembangkang mahu menyertai ataupun sebaliknya jawatankuasa itu akan dibentuk sebagaimana diumumkan bulan lalu. Nazri berkata, wakil BN yang dipilih akan mewakili kedua-dua Semenanjung dan Malaysia Timur serta pelbagai kumpulan kaum. Kata beliau, nama-nama itu akan dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat. "Saya andaikan pembangkang akan menamakan wakil mereka dari DAP, PKR dan PAS," kata beliau. | ||||
Pak Lah: Saya patut lebih tegas laksana pembaharuan Posted: 20 Sep 2011 05:07 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau sebenarnya amat jelas dengan pembaharuan yang hendak dibawa semasa menjadi perdana menteri antara 2003 dan 2009 dan sepatutnya lebih tegas dalam melaksanakan rancangan-rancangan yang dibawanya. "Mungkin semasa saya memegang jawatan itu saya sepatutnya lebih bertegas mengenai pembaharuan itu, berdasarkan kepada tentangan yang saya hadapi," kata beliau dalam satu kenyataan malam tadi. Abdullah (gambar) mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz semalam bahawa beberapa tentangan terhadap rancangan pembaharuan yang dibawa beliau muncul kerana Abdullah tidak menyatakan dengan jelas mengenai apa yang hendak dilakukannya. Nazri berkata berbanding Abdullah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sangat jelas mengenai agenda pembaharuan yang hendak dibawa termasuk kajian semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang bakal dimansuhkan. Sehubungan itu, Abdullah yang juga bekas presiden Umno berkata beliau berharap penggantinya akan lebih bertegas dengan rancangan-rancangan pembaharuannya sekiranya beliau jelas dengan apa yang dimahukannya. "Sudah tentu apabila seseorang pemimpin berhasrat membawa pembaharuan, pasti ada kumpulan yang menyokong dan ada juga kumpulan yang menentang. "Bagaimanapun sekiranya pemimpin itu jelas, bahawa apa yang hendak dilakukannya adalah sesuatu yang betul, beliau perlu berusaha melaksanakannya," katanya. Di Kota Baru kelmarin, Abdullah berkata beliau berharap tidak akan ada pihak dalaman yang akan menentang secara "senyap seperti gunting dalam lipatan" usaha Najib yang mahu memansuhkan ISA dan beberapa undang-undang lain. "Saya harap barisan pimpinan di belakang Datuk Seri Najib, parti-parti politik baik dalam Barisan Nasional atau pun di luar akan memberi sokongan penuh kepada beliau untuk merealisasikan perjuangan untuk membawa perubahan. "Saya harap tidak akan ada mereka yang menentang dalam senyap seperti gunting dalam lipatan kerana dasar yang beliau ingin wujudkan dengan pemansuhan ISA akan membawa manfaat kepada rakyat dan negara dalam jangka masa panjang," kata beliau. Najib menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri pada April 2009. Abdullah juga berkata beliau berharap mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menggubal akta dan undang-undang baru keselamatan akan berfikiran progresif dan tidak cuba menggubal undang-undang yang dapat disalahgunakan untuk menyekat perkembangan minda rakyat yang waras, intelek dan berintegriti. "Saya yakin dan percaya bahawa Perdana Menteri dan barisan pimpinan di bawah beliau telah berfikir dengan dalam dan rasional sebelum mengumumkan pemansuhan ISA dan enakmen darurat, dan saya juga yakin bahawa beliau akan melakukan apa yang telah dijanjikan," kata Abdullah ketika berucap menerima ijazah kehormat doktor keusahawanan dalam pembangunan modal insan sempena Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Malaysia Kelantan. Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan tiga deklarasi darurat serta langkah mengkaji semula beberapa undang-undang yang lain ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia Khamis lalu. | ||||
Mansuh ISA: Rakyat masih keliru Posted: 20 Sep 2011 05:02 PM PDT
| ||||
Tiru UK ganti akta ISA tak tepat Posted: 20 Sep 2011 05:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Walaupun langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memansuhkan ISA dialu-alukan, namun pengumuman kerajaan untuk menggantikan ISA dengan dua model akta lain yang terdiri daripada Patriot Act di USA dan Anti Terrorism Act di UK dilihat oleh pelbagai pihak sebagai langkah yang amat tidak tepat. Sebaliknya, kerajaan seharusnya tidak meniru akta yang dilaksanakan di USA dan UK itu kerana ternyata keadaan di kedua-dua buah negara tersebut tidak sama dengan di Malaysia. Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, jika kerajaan ingin juga meniru kedua-dua akta tersebut, seharusnya kerajaan juga mesti memperkenalkan undang-undang yang boleh mengimbangi sifat arbitrari kedua-dua akta itu dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat. Menurut beliau, sekiranya prinsip hak asasi tidak diperkukuhkan, tiada guna ISA itu dihapuskan dan digantikan dengan dua akta baru yang lebih menekan dan bersifat opresif kerana ia ibarat pepatah Melayu "Keluar mulut buaya, masuk mulut harimau". Katanya, di samping itu, sayugia juga dimaklumkan bahawa beberapa pindaan telahpun dibuat ke atas Kanun Keseksaan dan beberapa akta lain berhubung dengan kesalahan berkaitan terorisme itu. "Juham berpandangan adalah wajar kerajaan mempelajari falsafah perundangan Islam yang tidak membenarkan kebebasan seseorang itu disekat melainkan dengan bukti yang nyata," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini. Juham seperti juga parti-parti pembangkang dan NGO-NGO lain, menurut beliau, sememangnya menyambut baik langkah Perdana Menteri untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Katanya, tetapi masih timbul tanda tanya kerana pemansuhan ISA itu bukanlah pemansuhan mutlak tanpa bersyarat malah berikutan pemansuhan itu, Kerajaan bakal memperkenalkan dua lagi akta baru bagi menggantikan ISA. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula, katanya, mendedahkan bahawa dua akta baru yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan itu adalah berasaskan kepada Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom. "USA Patriot Act atau lebih dikenali sebagai Patriot Act adalah singkatan kepada Uniting (and) Strengthening America (by) Providing Appropriate Tools Required (to) Intercept (and) Obstruct Terrorism Act of 2001 dan telah diperkenalkan oleh Presiden George W Bush pada 6 Oktober 2001. "Akta ini diperkenalkan selepas Amerika mengalami serangan 11 September 2001. Akta ini telah memberikan lebih kuasa kepada agensi penguatkuasa undang-undang untuk menyiasat rekod panggilan telefon, emel, perubatan, kewangan dan mengurangkan halangan undang-undang kepada agensi berkenaan untuk menjalankan aktiviti risikan khususnya ke atas warga dan entiti asing. "Akta ini juga meluaskan kuasa agensi itu berkaitan budi bicara menahan atau menghantar pulang mana-mana warga asing yang menjadi suspek dalam aktiviti keganasan," katanya. Perlaksanaan akta itu, jelas beliau, telah mendapat tentangan daripada badan hak asasi manusia kerana sifat akta itu yang zalim khususnya penahanan tanpa had masa ke atas suspek, kuasa menggeledah sesebuah premis tanpa kehadiran atau pengetahuan pemilik dan kuasa untuk memintas komunikasi telefon, emel atau rekod kewangan tanpa waran mahkamah. "Harus dinyatakan bahawa Mahkamah Persekutuan telah beberapa kali membuat keputusan bahawa tindakan yang dibuat oleh agensi berkenaan adalah salah dan bercanggah dengan perlembagaan," katanya. Manakala di United Kingdom, langkah yang sama telah diambil oleh kerajaan negara itu kira-kira dua bulan selepas serangan 11 September 2001 dengan memperkenalkan Anti-Terrorism, Crime and Security Act 2001. Ciri penting akta itu, katanya, adalah kuasa untuk menahan warga asing yang menjadi suspek dalang pengganas untuk ditahan tanpa bicara tanpa had masa. Namun, suspek itu boleh dibebaskan dengan syarat beliau meninggalkan United Kingdom. "Pihak Kerajaan mendakwa bahawa kebanyakan bukti yang ada ke atas suspek ini tidak dapat digunakan di mahkamah kerana faktor-faktor keselamatan," jelasnya. Penggunaan akta itu telah dicabar di Mahkamah dan House of Lords pernah memutuskan bahawa penahanan suspek tanpa bicara adalah bertentangan dengan Human Rights Act 1998 kerana bersifat diskriminasi, memandangkan akta itu membezakan tindakan ke atas warga asing dan warga UK sendiri. Menurutnya, oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan satu akta baru, iaitu Prevention of Terrorism Act 2005 bagi meremedikan masalah diskriminasi itu. "Di bawah akta baru ini, tiada perbezaan antara tahanan warga asing atau warga tempatan. Namun, akta baru ini juga tidak sunyi daripada dicabar di mahkamah," katanya.
- Harakah Daily | ||||
Pertemuan PM Hasina dan Najib buktikan penawaran kewarganegaraan utk undi Posted: 20 Sep 2011 04:56 PM PDT Stan Lee, Malaysia Chronicle Mengenai dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup menjual kewarganegaraan kepada orang asing dalam mengekalkan kuasa politik, laman web rasmi unit di pejabat Perdana Menteri Bangladesh telah mengesahkan bahawa pekerja di Malaysia telah diminta untuk mengundi untuk gabungan BN diterajui Najib . Penipuan dan penggadaian kehormatan Amat mengejutkan berita yang didedahkan oleh Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, berkenaan bukti terkini bahawa Najib dan sepupunya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, telah menjalankan kempen rakyat untuk undi dalam usaha terdesak untuk menaikkan sokongan menjelang pemilihan raya mengejut yang akan datang. Najib yang berusia 58 tahun itu perlu memenangi dua pertiga daripada 222 kerusi dalam Parlimen Malaysia atau dia akan dipaksa melepaskan jawatannya kepada Muhyiddin Yassin, timbalannya. Oleh itu, pentadbiran beliau telah melancarkan beberapa kempen yang diragui untuk meraih semula populariti dari orang ramai di Malaysia. Terbaru adalah pemansuhan undang-undang berusia beberapa dekad lamanya dan bersifat menindas seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang Darurat yang lain, walaupun langkah itu bertentangan dengan kehendak partinya. Tetapi tindakan untuk memansuhkan ISA bukan sahaja membuatkan rakan-rakannya dalam Umno geram, itu juga telah memakan diri sendiri kerana Najib, demi menjaga kepentingan sendiri, juga mengumumkan bahawa akan ada undang-undang baru, dan dengan sebagai ganti. Ini adalah suatu penghinaan terhadap 'liberalisasi' sendiri. Pembangkang tuntut Suruhanjaya Siasatan Sementara itu, menurut Fuziah, Pakatan Rakyat peringkat persekutuan akan mengadakan persidangan khas Parlimen untuk membahaskan dakwaan Bangladesh. Fuziah dan parti PKR juga menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kes kewarganegaraan untuk undi yang didakwa dilakukan oleh pentadbiran Najib. "Kami mahu suruhanjaya diraja membuat siasatan terhadap kenyataan Perdana Menteri Bangladesh tentang perkara ini.Jika ia benar-benar berlaku, Najib mesti bertanggungjawab dan memberi penjelasan, " laman web Keadilan melaporkan kenyataan Fuziah. Disahkan oleh pegawai Bangladesh Menurut laman web Bangladesh, Perdana Menteri, Sheikh Hasina telah berjumpa dengan Najib Razak pada tahun lalu semasa menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia yang ke-66 di Kuala Lumpur pada bulan Mei 2010. Kedua-dua pemimpin membincangkan "isu-isu yang sekian lama tertunggak termasuk mengesahkan kemasukan pekerja Bangladesh di Malaysia". "Hari ini, pejabat Perdana Menteri mendakwa menerima pengesahan dari beberapa rakyat kita yang bekerja di beberapa sektor di Malaysia sejak tahun lepas bahawa mereka telah diberikan lebih daripada kewarganegaraan dari Kerajaan Malaysia. Malah mereka kini telah diberi hak untuk menjadi pengundi pada pilihan raya umum Malaysia yang akan datang , "kata laman web itu. "Satu lagi sumber dari pejabat Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa pekerja Bangladesh dengan mudah diberikan kewarganegaraan Malaysia dengan syarat mengundi parti yang mewakili kerajaan yang berkuasa." Laman web itu juga melaporkan Sheikh Hasina sebagai menggalakkan orang-orangnya "untuk mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan kadar kemiskinan negara mereka selaras dengan inisiatif kerajaan untuk menyelesaikan semua masalah utama, termasuk kuasa dan krisis gas". Penemuan terbaru dari pihak Bangladesh ini mengesahkan tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Pakatan terhadap Najib dan Hisham sejak beberapa bulan yang lalu. Kedua-dua telah menolak tuduhan itu, walaupun penjelasan mereka tidak cukup kuat. Najib cuma ada sehingga 2013 untuk mengumumkan pilihan raya umum tetapi dipercayai bahawa dia akan mengadakan pilihanraya secara mengejut dalam tempoh 6 bulan akan datang. - Malaysia Chronicle | ||||
Setakat hapus ISA tidak boleh dianggap negara terbaik demokrasi Posted: 20 Sep 2011 04:55 PM PDT Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap kenyataan Perdana Menteri bahawa pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia adalah sebagai kenyataan yang tidak realistik dan tidak berpijak di bumi nyata. | ||||
Polis siasat kes simbah minyak pagar rumah Mat Sabu Posted: 20 Sep 2011 04:51 PM PDT SHAH ALAM: Polis sedang menyiasat kes simbah minyak berdekatan pagar masuk rumah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Seksyen 19, di sini, awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata siasatan awal mendapati satu botol minyak tanah telah dipecahkan di hadapan pagar masuk rumah itu sebelum api dinyalakan dengan mancis. "Kita telah temui mancis dan botol minyak tanah dan sedang mengesan individu yang terbabit," katanya. Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan. Saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan, katanya. Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 12.40 pagi tadi dan berjaya dipadamkan oleh jiran, menurut anak kedua Mat Sabu, Nurul Huda, 28, yang berada di rumah itu semasa kejadian. Beliau berkata semasa kejadian bapanya sedang menghadiri program di Pulau Pinang, sementara ibunya di Perlis menjaga datuk dan neneknya yang tidak sihat. Bernama | ||||
Peneroka Bera pula saman Felda Posted: 20 Sep 2011 04:49 PM PDT Salhan K Ahmad Sekumpulan 550 orang peneroka gugusan Bera, Pahang memfailkan saman ke atas Felda hari ini atas dakwaan penipuan yang dilakukan oleh lembaga berkenaan berhubung bayaran ke atas hasil sawit mereka. Peguam, Nasar Khan berkata, peneroka berkenaan tidak berpuas hati dengan penggredan buah sawit serta kadar perahan minyak yang ditetapkan di tiga kilang Felda sejak tahun 1995. "Kita juga kemuka saman berhubung tandan buah yang ditolak, tapi tetap diproses Felda. Kemudian dia tidak bayar. Mungkin kualiti buah itu kurang baik tapi kenapa diproses? "Maknanya Felda ambil buah itu secara percuma daripada peneroka," dakwanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Katanya lagi, peneroka itu dibayar mengikut harga pasaran dunia, tetapi berdasarkan gred buah yang ditetapkan Felda – biasanya pada kadar 18 hingga 19 peratus. "Tapi dia tidak telus. Bila kita hantar ke makmal, makmal kata kadar (perahan minyak) buah itu lebih 25 peratus. Itu (diberitahu) makmal Felda sendiri, bukan makmal luar," tambahnya. Turut dituntut ialah bayaran daripada hasil isirung sawit, kata Nasar yang menambah bahawa peneroka berkenaan masih belum dapat menganggarkan berapakan jumlah yang perlu dituntut daripada Felda. "Untuk tahun 2008 sahaja, kita anggarkan jumlah tuntutan sebanyak RM19 juta," katanya lagi yang menjelaskan jumlah tuntutan itu mungkin bertambah atau berkurang untuk setiap tahun sejak 16 tahun lalu. Jelasnya, peneroka berkenaan juga memohon supaya Felda menyerahkan dokumen berhubung kiraan bayaran, harga pasaran serta kuantiti hasil sawit tersebut sejak tahun 2005. Writ saman berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini, kata Nasar lagi. | ||||
Posted: 20 Sep 2011 04:47 PM PDT MALAYSIA KINI Pemuda PAS terus menyatakan kebimbangan mereka terhadap sistem pilihan raya, kali ini ekoran jumlah besar pemegang kad pengenalan dengan kod 71 - yang didakwa tidak diketahui negara asal kelahirannya. Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat (bawah) berkata, ini kerana berdasarkan semakan di laman web Jabatan Pendafaran Negara (JPN), tiada kod 71 disenaraikan sebagai kod rasminya. "Mengapa JPN menggunakan kod negara '71' sedangkan setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang telah ditetapkan oleh JPN sendiri," katanya. Terdapat seramai 170,818 dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menggunakan kod itu, katanya. Dalam kenyatannya hari ini, merujuk kes kontroversi Mismah sebelum ini, Suhaizan berkata, wanita itu sepatutnya menggunakan kod negara Indonesia 61 tetapi sebaliknya diberikan kod 71. "Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod 71 adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya. "Walaupun terdapat kecurigaan tetapi oleh kerana nama mereka berada dalam DPI maka mereka diberi hak mengundi bagi memilih ahli parlimen dinegara kita," katanya lagi. 'Negeri Pakatan teramai' Beliau yang juga ketua Pemuda PAS Johor berkata, sebahagian besar pemegang kod itu terdiri daripada rumpun bangsa Cina sebanyak 42.33 peratus atau sebanyak 71,252. Manakala rumpun bangsa Indonesia pula hanya meliputi 4.37 peratus (7,468 orang). Manakala menurut pecahan negeri, Suhaizan berkata, negeri Pakatan Rakyat, termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 peratus (97,923 orang) - jumlah cukup besar yang didakwa boleh menumbangkan kerajaan dalam pilihan raya. Justeru, Pemuda PAS mengutarakan beberapa persoalan kepada JPN, iaitu:
|
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan