Khamis, 15 September 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kes Aminulrasyid: Banyak soalan masih belum terjawab- Surendran

Posted: 15 Sep 2011 05:59 AM PDT


Oleh: Ahmad Fadli


SHAH ALAM: Meskipun mahkamah telah menjatuhi hukuman penjara terhadap anggota polis yang menembak mati Aminulrasyid, 15, namun masih terdapat banyak persoalan berhubung kematian Allahyarham.

Antaranya, tuduhan mengatakan Aminulrasyid penjenayah, cubaan menutup kes berkenaan dan dakwaan polis menemui parang di dalam but kereta yang dinaiki allahyarham, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

"Kita hendak tahu kenapa sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil terhadap bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang menuduh Aminulrasyid sebagai seorang penjenayah.

"Bukan sahaja tiada tindakan malah beliau (Khalid) juga diberikan kenaikan pangkat," kata Surendran selaku peguam mewakili keluarga Aminulrasyid.

Khalid yang kini Timbalan Ketua Polis Negara sebelum ini enggan meminta maaf atau menarik balik kenyataannya yang menuduh Aminulrasyid sebagai seorang penjenayah, sebaliknya meminta pihak keluarga berbuat demikian kerana mendakwa remaja itu memandu secara berbahaya.

Surendran berkata demikian selepas Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Korporal Jenain Subi yang didapati bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid di antara jam 1.10 dan 2 pagi pada tarikh 26 April 2010 di Shah Alam.

Jenain dijatuhi hukuman di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan Jenayah oleh Hakim Latifah Mohd Tahar.

Mengulas lanjut, Surendran berkata, beliau tertanya-tanya kenapa tiada tindakan diambil terhadap anggota polis yang membuat kenyataan palsu bahawa Aminulrasyid cuba merempuh polis pada malam kejadian.

"Ia satu penipuan kerana mereka tidak pula memberikan kenyataan yang sama di mahkamah," kata Surendran lagi.

Menurutnya, keluarga AminulRasyid juga mahu tindakan diambil terhadap polis yang menyerang rakan AminulRasyid, Azamuddin Omar yang terpaksa lari menyelamatkan diri sebaik sahaja AminulRasyid ditembak mati.

"Beliau dipukul polis dan terpaksa lari untuk menyelamatkan diri. Keluarga AminulRasyid mahu siasatan dan tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini," kata Surendran.

Isma gesa kerajaan tegas kuat kuasa halang Syiah

Posted: 15 Sep 2011 05:58 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR– Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mahu pihak berkuasa bersikap tegas dengan menguatkuasakan fatwa bagi menjamin kesejahteraan akidah umat Islam di negara ini daripada pengaruh ajaran Syiah.

Ketua Unit Kajian Syiah Isma Mohamad Ismail berkata, sebuah artikel dalam majalah yang diterbitkan di Najaf, Iraq, bilangan orang Melayu yang menyertai Syiah adalah seramai 30,000 sehingga 35,000 orang.

"Gerakan Syiah ini juga memiliki markas atau pusat gerakan yang dikenali sebagai Hauzah Ar-Redho di seluruh negara termasuk di Kedah, Gombak dan di Kelantan. Di Johor terdapat empat hauzah Syiah," ujar beliau dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, mereka menggunakan isu cinta ahli bait sebagai kunci untuk menarik umat Islam menyertai mereka.

Berdasarkan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan 5 Mei 1996, aliran Syiah telah diwartakan sebagai bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah.

Kata beliau, Isma terus komited dan bersungguh-sungguh dalam usaha menyedarkan masyarakat tentang bahaya ajaran Syiah.

Isma setakat ini telah menjalankan 16 program kefahaman bahaya Syiah di seluruh negara bermula Mei lalu, katanya.

"Isma telah menjalankan 16 program ceramah dan diskusi dalam tempoh lima bulan dan ini membuktikan Isma serius dalam memberi kefahaman tentang kesesatan akidah Syiah," kata Mohamad.

Ketika ditanya berkenaan bukti kesesatan akidah Syiah, Mohamad berkata, "kita boleh menemui kesesatan akidah Syiah terkandung dalam buku-buku tulisan tokoh-tokoh Syiah sendiri."

Menurut beliau, pengikut Syiah kini semakin agresif dalam menyebarkan aliran mereka. Pada 17 Disember 2010, pihak Jais telah menyerbu hauzah di Gombak dan telah menahan 200 orang yang menghadiri majlis yang diadakan di situ.

Pada 25 Mei lalu, empat pemimpin Syiah telah ditangkap oleh Jais kerana telah cuba menarik keanggotaan ahli baru. Mereka ditangkap semasa diadakan majlis meraikan kelahiran Saidatina Fatimah di Gombak.

Pada 25 Ogos pula, Jabatan Agama Islam Melaka telah menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Melaka yang dipercayai menjadi markas sebuah kumpulan penganut fahaman Syiah.

Sebanyak 35,000 buku dan risalah Syiah yang diharamkan ditemui dalam keadaan siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan kerajaan.

Mohamad tidak menolak kemungkinan usaha Syiah di Malaysia disokong dan dibantu oleh rakyat Iran yang menetap di Malaysia.

Perkasa: ‘Melayu dijajah 400 tahun, tindakan afirmatif dua dekad DEB mana cukup’

Posted: 15 Sep 2011 05:56 AM PDT


KUALA LUMPUR— Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan orang Melayu dan Bumiputera telah dijajah lebih 400 tahun dan oleh itu, tidak mungkin boleh maju dalam dua dekad sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan.

Tempoh 20 tahun DEB berakhir 1990 dan matlamat dasar itu diteruskan menerusi dasar-dasar susulan sejak itu.

Sehubungan itu kata beliau, orang Melayu dan Bumiputera sewajarnya diberi masa dengan menganggap bahawa tempoh DEB antara 1970 hingga 1990 sebagai fasa pertama dan era selepas 1990 sebagai "fasa kedua."

"Harus diingat bahawa Melayu dan Bumiputera telah dijajah lebih 400 tahun. DEB hanya dilaksanakan dari 1970 hingga 1990.

"Mana mungkin (kaum yang) dijajah 400 lebih boleh maju, berjaya dalam tempoh 20 tahun dan waktu DEB dilancar dan dilaksanakan, orang Melayu dan Bumiputera belum bersedia dan serba kekurangan," kata Ibrahim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ibrahim (gambar) menggunakan rujukan dijajah dengan tempoh pelaksanaan memajukan orang Melayu dan Bumiputera ketika negara berhadapan dengan polemik sama ada Tanah Melayu benar-benar dijajah oleh British dan kuasa asing.

Beberapa profesor membuat kenyataan bahawa negara ini tidak pernah dijajah, sebaliknya hanya menjadi naungan British.

Ada pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan itu tetapi ada yang menerimanya.

Esok, negara akan menyambut Hari Malaysia buat julung kali.

Apa pun dasar, kata beliau, pada hemat Perkasa, mesti "diingat, jika gagal, jangan salahkan usahawan Melayu semata-mata, tetapi kelemahan kepimpinan kerajaan juga mesti bertanggungjawab."

"Umat Melayu Islam dan Bumiputera tidak akan maaf kerana hak Melayu dan Bumiputera dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Fasal I53 iaitu hak keistimewaan Melayu," kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Bagaimanapun Ibrahim menyindir bahawa "cakap Perlembagaan tidak boleh disentuh, dipinda tetapi apa guna kalau tidak diguna dan dilaksanakan . . . ingatlah wahai semua pemimpin Melayu khususnya sebelum anak cucu kencing atas kubur nanti."

Ibrahim berkata, Perkasa mengalu-alukan jaminan Putrajaya bahawa pendekatan afirmatif untuk membantu Bumiputera yang diperkenalkan menerusi DEB akan diteruskan tetapi berubah menjadi lebih mesra pasaran dan berdasarkan merit.

"Tapi Perkasa ingin menarik perhatian Perdana Menteri dan kerajaan supaya ada juga tindakan afirmatif untuk membantu syarikat-syarikat Bumiputera yang bermasalah secara berterusan terutama syarikat-syarikat yang menghadapi tekanan ekonomi semasa dan dunia," katanya.

Sehubungan itu tambah Ibrahim, sejak kebelakangan ini syarikat-syarikat kerajaan pun banyak yang gagal dan rugi tetapi diselamatkan oleh kerajaan dan melibatkan berbilion ringgit.

"Jika pasaran dan merit dijadikan asas sahaja, tidak wajar kerana rangkaian ekonomi negara dikuasai oleh satu kaum . . . panjang boleh berhujah," katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tindakan afirmatif untuk membantu Bumiputera, yang diperkenal di bawah DEB kekal tetapi berubah menjadi lebih mesra pasaran dan berdasarkan merit.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, strategi kerajaan sekarang yang mewujudkan lebih banyak peluang bagi Bumiputera, tanpa mengenakan kuota ke atas kaum lain, juga menarik bukan Bumiputera.

"Apa yang kita dapati ialah cara ini (tindakan afirmatif di bawah DEB), pertamanya, ia tidak popular dengan pasaran; dan keduanya, tidak benar-benar membantu Bumiputera.

"Apa yang cuba kita lakukan sekarang ialah mengubahnya; tindakan afirmatif kekal, tetapi ia harus lebih mesra pasaran dan harus lebih berdasarkan merit," kata Najib demikian ketika berkongsi pandangannya tentang prestasi dan cabaran-cabaran yang dihadapi negara ini sejak beliau mengambil alih pucuk pimpinan pada 2009.

Gereja Methodist: Jais bawa kes ke Mahkamah Syariah 19 Okt

Posted: 15 Sep 2011 05:55 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

SHAH ALAM — Kes berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama akan disebut di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 19 Oktober ini.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata, kertas siasatan berhubung kes itu telah selesai dan akan diserahkan kepada Menteri Besar Selangor sebaik beliau pulang dari lawatan kerja di Jerman.

"Semua dah selesai (siasatan) kita akan serahkan kepada Menteri Besar untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini Khamis.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai sebutan kes itu termasuk pihak terbabit serta jumlah orang yang berkemungkinan akan didakwa.

"Semua itu terpulang kepada pendakwa raya . . . tunggu sahajalah," katanya.

Pada 3 Ogos lepas, Jais melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat terdapat orang Islam menyertai majlis yang dianjurkan gereja itu serta ada maklumat berlaku penyebaran ajaran Kristian kepada mereka yang beragama Islam di gereja berkenaan.

Bagaimanapun, pihak penganjur yang dikenali sebagai Komuniti Harapan mendakwa mereka hanya menganjurkan majlis kesyukuran atau "thanksgiving" di gereja itu.

Sehubungan itu Jais telah memanggil seramai 12 individu beragama Islam yang hadir pada majlis anjuran Gereja Methodist Damansara Utama itu untuk diambil keterangan bagi menyiasat dakwaan berlakunya kegiatan memurtadkan umat Islam pada majlis tersebut.

Pakatan dakwa Najib lemah, gesa lepas portfolio kewangan selamatkan ekonomi

Posted: 15 Sep 2011 05:54 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat menasihatkan Datuk Seri Najib Razak melantik orang lain yang boleh dipercayai untuk mengambil alih jawatan Menteri Kewangan bagi mengelakkan keadaan ekonomi merudum "lebih jauh".

Najib (gambar) selaku Perdana Menteri turut menyandang jawatan Menteri Kewangan.

Kepimpinan Pakatan Rakyat mendakwa ketidakseimbangan ekonomi juga semakin meruncing disebabkan tahap gaji pekerja yang tidak meningkat dan kadar inflasi yang semakin tinggi.

Perikatan tiga komponen itu juga berkata Pakatan Rakyat juga sedia maklum bahawa Najib ketika ini sedang bergelut keseorangan mempertahan kedudukannya dalam Kabinet dan juga Umno.

"Sekiranya kita menggunakan analogi korporat, tidak akan berlaku seseorang ketua pegawai eksekutif menjadi ketua pegawai Kewangannya juga.

"Oleh yang demikian, untuk seseorang Perdana Menteri turut juga menjadi Menteri Kewangan adalah sesuatu yang amat janggal di mana-mana negara pun di dunia dan menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang baik," kata kepimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan hari ini.

"Oleh yang demikian, dalam semangat menghormati Hari Malaysia ini, Pakatan Rakyat dengan ini menyarankan agar Datuk Seri Najib mengambil sendiri nasihat yang diberikannya kepada Datuk Seri Abdullah Badawi dahulu dan melantik seorang penyokong yang masih dipercayainya untuk mengambil alih jawatan Menteri Kewangan tersebut sebelum keadaan ekonomi kita merudum lebih jauh," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang juga pengerusi Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat, Setiausaha, Hal Ehwal Antarabangsa Liew Chin Tong, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR R Sivarasa.

Kata mereka pendirian itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat pada mesyuaratnya hari ini.

Kata mereka, langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengiktiraf 16 September sebagai Hari Malaysia esok, selepas 48 tahun, adalah kerana tekanan bertalu-talu daripada pelbagai kalangan rakyat Malaysia sendiri sesudah pilihan raya umum 2008.

Malah kata mereka, Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak berbelah-bahagi untuk menghormati serta mengangkat martabat negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia melalui desentralisasi fiskal seperti yang terkandung dalam Buku Jingga, sebagai contoh, menjamin royalti sebanyak 20 peratus daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.

Tambah beliau, keputusan itu sebagai memperingati hari ulang tahun Najib mengambil alih jawatan Menteri Kewangan daripada Abdullah tiga tahun lalu.

"Untuk makluman awam, pada 17 September 2008, Datuk Seri Najib telah menemui perdana menteri ketika itu untuk memberi tekanan lanjut kepada Abdullah untuk menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan kepadanya.

"Pakatan Rakyat ingin memperingati peristiwa tersebut kerana sepanjang tiga tahun kebelakangan ini semenjak Najib mengambilalih jawatan tersebut, Kementerian Kewangan di bawah pimpinan beliau telah tidak berjaya untuk melaksanakan agenda reformasi mengangkat keluar ekonomi negara dari perangkap negara berpendapatan pertengahan iaitu Model Baru Ekonomi yang dicanang-canangkannya," kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, kata mereka, Menteri Kewangan juga kerapkali berdolak-dalik dalam membuat keputusannya yang mengakibatkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit seperti kegagalan polisi penggunaan teknologi nano untuk melabel minyak.

"Yang terakhir sekali, cukai enam peratus untuk telefon prabayar," katanya lagi.

Panel khas Parlimen: Lima syarat Pakatan gila, kata Nazri

Posted: 15 Sep 2011 05:50 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa pilihan khas Parlimen tetap akan diteruskan meskipun tanpa penyertaan wakil Pakatan Rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata ini kerana syarat penubuhan jawatankuasa itu tidak memperincikan bahawa ia hanya boleh berjalan dengan kehadiran dan penyertaan pembangkang dalam jawatankuasa berkenaan.

"Jawatankuasa pilihan khas Parlimen ini mesti dianggotai ahli-ahli Parlimen. Itu sahaja. Asalkan kita isi sembilan orang ahli parlimen di situ, maka sahlah dia.

"(Syarat) tak sebut pula jawatankuasa pilihan khas Parlimen mesti terdiri daripada pembangkang, tidak ada. Itu adalah ehsan kerajaan. Kita punyai majoriti, (maka) atas ehsan kitalah. Kita baik, kita bagilah mereka tiga. Itu sahaja... bukan hak merekapun," katanya selepas menghadiri majlis hari raya anjuran Amanah Raya Berhad.

Nazri (gambar) berkata jika pembangkang tidak mahu menyertai jawatankuasa itu, tempat yang dikhaskan untuk mereka akan diisi oleh wakil rakyat lain.

Beliau juga menyifatkan lima syarat yang diberikan pembangkang baru-baru ini kepada kerajaan sebagai tidak masuk akal dan gila.

"Jadi, kerajaan tidaklah gila sangat nak setuju dengan syarat mereka. Jadi macam mana kita nak akur dengan syarat mereka. Jadi kalau tak akur, (maka) mereka tidak akan ambil bahagianlah.

"Itu agaknya yang dikehendaki mereka, tetapi saya nak beritahulah sama ada mereka ada ke tidak ada ke, jawatankuasa pilihan khas Parlimen akan terus berjalan. Ketidakhadiran mereka dalam jawatankuasa pilihan khas Parlimen tidak boleh menggagalkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen," katanya dipetik Bernama Online.

Lima tuntutan pembangkang ialah menerima kelapan-lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil serta menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya melaksanakan tuntutan yang termaktub di bawah bidang kuasa mereka; menetapkan tarikh pilihan raya umum secara sepakat antara pembangkang dan Barisan Nasional; memberi ruang yang cukup bagi kawatankuasa pilihan khas Parlimen menjalankan tanggungjawab; memastikan isu pemberian taraf kewarganegaraan kepada warga asing sebagai salah satu agenda perbincangan; dan melaksanakan setiap keputusan panel itu.

Sementara itu, mengulas keseriusan kerajaan mewujudkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen, Nazri berkata pembangkang 'terkejut beruk' apabila kerajaan benar-benar melaksanakannya.

"Jadi, bila (kerajaan) ambil keputusan untuk mengadakan jawatankuasa terpilih, itulah jalan yang betul, kerana kalau kita adakan perbahasan dalam dewanpun, perbahasan itu akan berakhir dengan mewujudkan jawatankuasa terpilih.

"Jadi bila kita bersetuju, mereka terkejut dan merekapun tidak serius dengan perkara ini. Jadi, bila tengok kerajaan serius, dia akan cari pelbagai alasan untuk tidak mengambil bahagian dan menurunkan lima syarat tidak masuk akal dengan tujuan mereka tidak akan ambil bahagian. Itu sahaja," katanya.

Nazri menambah syarat-syarat Pakatan Rakyat itu tidak akan diambil kira atau dipertimbangkan.

"Seperti yang Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri) cakap semalam, penentuan sama ada nak diadakan pilihan raya sebelum lima tahun itu adalah merupakan hak Perdana Menteri, bukan hak pembangkang. Jadi, perkara-perkara yang tidak pernah berlaku itu tidak boleh dijadikan sebagai syarat.

"Saya rasa Anwar (Ibrahim - Ketua Pembangkang) pun faham. Waktu dia jadi Timbalan Perdana Menteri dulupun, beberapa pilihan raya telah diadakan. Jadi dia tahulah. Jangan pura-pura buat bodoh pula," katanya.

Pada 15 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilapor berkata penubuhan jawatankuasa itu adalah bagi mengelak sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan.

Jawatankuasa itu, selain diketuai seorang menteri, akan turut dianggotai sembilan wakil rakyat, lima dari parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

Khalid Samad: Awas agenda media menjelang PRU

Posted: 15 Sep 2011 05:48 AM PDT

Khalid Samad


Saya mengucap terima kasih kepada Sinar Harian atas liputan yang begitu luas yang diberikan kepada saya, khususnya dalam keluaran 12 September lalu. Saya mendapati satu muka telah dipenuhi dengan pelbagai teguran dan serangan terhadap diri saya dari ADUN Sementa YB Rahman Palil, Ungku Salleh Ungku Jamal Ketua Pemuda UMNO Selangor dan beberapa individu lain.

Saya sebenarnya turut menunggu untuk wartawan Sinar Harian menghubungi untuk mendapatkan respon dari pihak saya, tetapi malangnya tiada panggilan diterima. Nampak gaya Sinar Harian berpuas hati dengan sekadar menyiarkan serangan mereka tanpa sebarang peluang untuk saya menjawab.

Begitu juga dengan berita pada Khamis 8 September apabila Dr Yusri Mohamad, Pengerusi PEMBELA telah menyatakan berita berhubung usaha ingin menjatuhkan MB Selangor adalah 'satu pembohongan'. Mereka juga tidak bertanya akan respon saya terhadap tuduhan Dr Yusri. Jelas bagi saya sebenarnya pertemuan yang disebut oleh Dr Yusri adalah pertemuan lain yang diadakan di Masjid Negeri dan bukan pertemuan yang saya maksudkan. Maka ini telah menimbulkan persoalan lanjut, berapa pertemuan sebenarnya yang telah diadakan?

Teringat saya akan satu akhbar yang bernama 'WATAN' pada satu ketika dahulu. Ianya akhbar yang begitu digemari peminat politik atas sebab kritisnya tulisan-tulisan yang disiarkan dalamnya. Semua dikritik, lebih lebih lagi kerajaan Barisan Nasional. Malangnya apabila musim Pilihan Raya tiba, parti dan pemimpin pembangkang menjadi sasarannya. WATAN juga dikeluarkan oleh pihak Karangkraf sepertimana Sinar Harian.

Apa yang saya khuatir ialah akhbar Sinar Harian juga akan mengikuti jalan yang sama. Ianya semakin popular kerana memberi liputan ke atas kegiatan semua pihak dan dilihat 'adil'. Namun adalah dikhuatiri dengan menjelangnya Pilihan Raya, beritanya kelihatan semakin berat sebelah. Maka adalah wajar untuk rakyat dan penyokong PR khususnya berwaspada supaya tidak tertipu dengan berita yang kononnya 'adil' itu. Apakah pisang akan berbuah untuk kali yang kedua?

Oleh yang demikian, saya akan menjawab teguran dan serangan Rahman Palil dan Ungku Salleh di sini, melalui blog saya dan jawapan ini juga akan dihantar ke Sinar Harian. Saya ingin melihat samada ianya akan disiarkan oleh pihak mereka.

ENAKMEN JAIS

Rahman Palil kata saya "degil" dan "tidak layak menjadi ahli Parlimen kerana tidak tahu baca enakmen itu". Saya tidak faham macam mana dia boleh menjadi seorang ADUN. Tidakkah dia tahu bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

Mungkin dia tidak sedar tetapi dia telah menjatuhkan hukuman terhadap saya tanpa menunggu saya dibicarakan. Kalau ikut fahaman mereka, mungkin mahkamah tidak diperlukan, terus jatuhkan hukuman tanpa mendengar penjelasan dari saya.

Hakikatnya bagi saya, saya tidak melanggar undang-undang yang terkandung di dalam enakmen berkenaan. Enakmen itu menyebut :-

"119. (1) Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi –

a) mana mana orang atau golongan orang yang dikecualikan oleh Majlis di bawah seksyen 121 enakmen ini; atau

b) mana mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam di dalam kediamannya sendiri kepada anggota keluarganya sahaja."


Sesiapa yang pernah ke sekolah boleh membezakan bahawa saya tidak 'mengajar', saya hanya memberi ucapan. Kita tidak boleh memborongkan setiap ucapan yang mengandungi rujukan terhadap agama Islam sebagai 'mengajar'. Sekiranya kita memborongkan sebegitu rupa, setiap orang yang memberi ucapan "Selamat berpuasa, semoga mencapai ketaqwaan" dan "Selamat Hari Raya, semoga bertemu Syawal dalam keadaan fitrah, bersih dari dosa sepertimana pada hari kita dilahirkan" boleh didakwa di atas kesalahan ini.

Ia adalah jelas sepertimana dalam kes Dr. Asri, enakmen ini tidak terhad penggunaannya kepada kegiatan di Masjid ataupun Surau. Dr Asri ditahan di rumah salah seorang dari anak murid beliau. Oleh itu enakmen ini boleh meliputi setiap tempat di bumi Selangor dan oleh itu tafsiran terhadap perkataan 'mengajar' itu perlu khusus, jelas dan tepat. Sekiranya tidak, ianya akan menghasilkan satu tafsiran yang menghalang percakapan berhubung agama Islam di mana-mana sehingga Islam menjadi sesuatu yang tidak boleh disebut oleh mana-mana pihak kecuali yang bertauliah. Mereka yang mengadakan tahlil dan doa selamat pun boleh dikenakan tindakan kerana ia merupakan sesuatu yang melibatkan "perkara-perkara tentang agama Islam".

Islam dijadikan sesuatu yang tidak boleh disebut oleh rakyat biasa kecuali di rumah mereka dan hanya kepada anggota keluarga. Maka ummat Islam di Malaysia terpaksa menjadi bagaikan ummat Islam di Sepanyol pada zaman 'Spanish Inquisition', terpaksa menyembunyikan Islam mereka dan tidak bercakap mengenainya kecuali kepada keluarga mereka secara rahsia di rumah-rumah mereka.

Mungkin ini yang diinginkan UMNO/BN, tetapi ini tidak diinginkan oleh PAS dan PR.

UCAPAN DI MASJID


Saya sebenarynya pun agak hairan. Saya berucap di 3 Surau/Masjid setiap malam di Shah Alam sepanjang Ramadan tetapi tiada apa-apa tindakan yang dikenakan terhadap saya. Tetapi apabila saya berucap di Sementa, kawasan jajahan Dato Rahman Palil, saya dikenakan tindakan oleh JAIS.

Saya sedar Dato Rahman Palil adalah bekas Exco Agama kerajaan korup BN dahulu. Hubungan beliau dengan anggota penguatkuasa masih rapat dan tidak mustahil tindakan pendakwaan 'diarahkan' oleh beliau. Adakah ini juga merupakan talian sulit UMNO dan penguatkuasa JAIS?

Rahman Palil juga menyatakan bahawa semasa BN memerintah dahulu, ahli-ahli UMNO tidak 'dibenarkan' berceramah di Masjid. Hakikatnya hubungan UMNO dengan Masjid memang dari dulu lagi tidak rapat. Ada yang mengatakan UMNO, khususnya Pemuda, lebih erat hubungannya dengan karaoke dan dangdut. Saifuddin Nasution sehingga menceritakan bagaimana pemimpin Pemuda UMNO tertidur di mesin judi semasa lawatan mereka ke sebuah Pusat Perjudian di luar Negara. Itulah sebabnya perkara-perkara yang pelik sering dilakukan oleh pimpinan UMNO seperti:

a) Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban pada 17 Zulhijjah
b) Sembahyang Solat Hajat selepas solat Asr dan Solat Subuh
c) Takbir raya pada hari raya Eidul Fitri yang ketiga.
d) Penglibatan dalam majlis memasang 'ancak'
dan yang lain-lain.

PAS sebaliknya dari dulu lagi bergerak dengan menjalinkan hubungan yang rapat dengan pihak Masjid dan Surau. Samada PAS memerintah atau tidak, Masjid dan Surau merupakan tempat yang pimpinan PAS berlegar di sekelilingnya.

Rakyat perlu ingat. Dato Rahman Palil dahulu sebagai Exco Agama kerap mengarahkan penangkapan par ustadz dan penguncian surau seperti yang pernah berlaku di Seksyen 8, Shah Alam. Beliau menang di Sementa pada 2008 tanpa bertanding apabila calon PR tidak muncul dikhabarkan 'dibeli' dan bercuti di Port Dickson pada hari penamaan calon! Kita yakin 'orang Agama' seperti Dato Rahman Palil tidak terlibat dalam tindakan 'merasuah calon lawan' tetapi rakyat terus bertanya akan peristiwa 'ketidak munculan' calon PR dan siapa pula yang 'membelinya'.

Sebagai pemimpin di Sementa kita yakin beliau semestinya telah mendapat sokongan rakyat tempatan dan tidak perlu menghina diri dengan terlibat dengan tindakan keji dan jelek seperti membeli calon lawan. Ianya satu tindakan terkutuk dan sekiranya seseorang ahli politik terlibat dengan amalan sedemikian, rakyat wajib menghukumnya dengan menolak tindakan sebegitu rupa.

HORMATI UNDANG-UNDANG

Ketua Pemuda UMNO Selangor Ungku Salleh Ungku Jamal pula menuduh saya sebagai seorang yang mempunyai sikap semula jadi tidak suka menghormati undang-undang. Dengar cakap beliau seolah-olah saya ini kenalan lama beliau sehingga boleh beliau menceritakan 'sifat semula jadi' saya. Maaf Ungku, saya tak kenal Ungku! Tetapi dari kata-kata Ungku amat jelas Ungku jenis orang yang suka menuduh tanpa adanya bukti.

Saya ingin tahu undang-undang mana yang telah saya secara semula jadi tidak hormat dan langgar? Mahkamah mana dan berapa kali dalam hayat saya telah saya didapati bersalah melanggar undang-undang 'secara semula jadi'? Bila dan berapa tahun saya dipenjarakan atas kesalahan melanggar undang-undang?

Hakikatnya Ungku hanya sedap bercakap. Saya insyaAllah sangat menghormati undang-undang, lebih-lebih lagi undang-undang Allah dan berusaha mematuhinya. Saya tidak juga secara 'semula jadi' melanggar undang-undang manusia lebih-lebih lagi sekiranya ia tidak bercanggah dengan undang-undang Allah.

Berhubung ucapan saya di sebuah Surau di Sementa, saya tidak 'mengajar' agama Islam tanpa tauliah. Saya hanya menceritakan pengalaman saya semasa di Gaza, penyerahan sumbangan yang berjumlah RM 650,000 sebahagian kepada NGO yang diiktiraf kerajaan Palestine dan sebahagian lain kepada fakir miskin di sana. Saya juga, sempena bulan Ramadhan, menyampaikan ucapan 'Ramadan Kareem' bagi pihak Ismail Haniyya, Presiden Palestine sepertimana yang beliau telah berpesan kepada saya semasa kami bertemu dan saya sampaikan juga ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada ahli Qariah yang hadir. Sambil itu, saya mengingatkan diri saya dan juga yang hadir supaya bertindak adil sepanjang masa kerana keadilan adalah lebih rapat dengan sifat keTaqwaan.

Namun ucapan-ucapan yang seperti itu memang tidak disenangi pihak UMNO kerana mungkin bagi mereka Islam tidak ada kena mengena dengan sifat keadilan terhadap manusia lain.

KESIMPULAN

Ada yang mengatakan saya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam tidak sepatutnya memusuhi MAIS dan JAIS. Hakikatnya, saya tidak memusuhi MAIS atau JAIS. Saya hanya menentang usaha menodai MAIS dan JAIS oleh pemimpin UMNO. Mereka ingin menghalang pemimpin PR mendampingi masyarakat Melayu. Salah satu saluran yang amat berkesan ialah Masjid dan Surau. Saluran inilah yang ingin ditutup dengan memutarbelitkan tafsiran undang-undang dan mengapi-apikan semangat anti PR di kalangan masyarakat Melayu dan Islam.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Mafrel saran kaji ketahanan dakwat kekal

Posted: 15 Sep 2011 05:47 AM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Badan Pemantau Pilihan Raya Adil dan Bebas Malaysia (Mafrel) menyarankan kajian terperinci mengenai ketahanan dakwat kekal turut dilakukan di Malaysia.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata, semua pihak perlu tahu mengenai keberkesanan penggunaan dakwat kekal dalam proses pengundian sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Ia ekoran satu kajian yang dijalankan di Eropah mendapati dakwat kekal yang disarankan Pakatan Rakyat dalam proses pengundian mudah dipadam dengan bahan yang sedia ada di pasaran.

"Walau apa pun mekanisme yang ingin digunakan, kerajaan kena siasat secara spesifik," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Syed Ibrahim berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus mengkaji secara menyeluruh prosedur penggunaan dakwat itu dan sejauh mana ia boleh dipadamkan seperti yang didakwa kajian tersebut.

Kajian itu juga harus melibatkan parti-parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) contohnya Mafrel sendiri.

"Kita kena meneliti hasil kajian di Eropah itu. Mungkin apa yang dimaksudkan, ia senang dipadamkan setelah beberapa hari, bukan pada hari pengundian," katanya

Beliau juga hairan secara tiba-tiba kajian itu wujud sedangkan sewaktu SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal di saat-saat akhir sebelum pilihan raya umum lepas, mereka memebri alasan ia atas faktor keselamatan.

Mereka mendakwa terdapat pihak yang turut membeli dakwat tiruan di Thailand selain yang dibeli kerajaan di India bernilai RM2.4 juta.

"Saya pun hairan kenapa tiba-tiba kata dakwat ini mudah dipadam. Dulu SPR batalkan penggunaanya atas sebab keselamatan, sekarang timbul kajian ini pula.

"Sebab itulah SPR harus menangani perkara ini dengan baik, buat satu kajian yang menyeluruh, bukan secara 'adhock' apabila timbul sesuatu isu," katanya yang juga Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Lebih baik dakwat kekal berbanding biometrik


Sementara itu, beliau tetap menegaskan bahawa penggunaan dakwat kekal lebih baik daripada biometrik dalam menangani isu pengundi hantu.

"Mafrel tetap menyokong penggunaan dakwat kekal yang kosnya lebih rendah berbanding biometik.

Jelas beliau, sistem biometrik memerlukan kajian yang lebih mendalam selain sukar untuk dilaksanakan kerana perlu mendapat pengesahan banyak pihak termasuk pengundi sendiri.

"Sistem biometrik ini kos lebih tinggi dan persoalannya adalah bagaimana sistem ini beroperasi dan ia juga memerlukan pengesahan dari semua pihak," katanya.

Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mengadakan perhimpunan 9 Julai lalu di ibu negara.

Kenyataan Ramlah sahkan 'agenda' British tidak menjajah

Posted: 15 Sep 2011 05:46 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Kenyataan pemimpin Perkasa, Profesor Ramlah Adam (gambar) bahawa 'British tidak menjajah Malaya' dan 'Mohamad Sabu salah apabila berkata polis di rumah pasong Bukit Kepong adalah polis British' menjelaskan niat sebenar episod ini.

Kenyataan Ramlah dan Profesor Zainal Kling sebelum ini adalah bertujuan untuk menafikan kenyataan Mohamad Sabu bahawa polis ketika itu bekerja untuk British iaitu penjajah.

Oleh itu, kedua-duanya ingin mengesahkan hujjah Umno bahawa Mohamad Sabu menghina dan memperkecilkan peranan pasukan keselamatan di negara ini kerana menghina polis rumah pasong Bukit Kepong.

Menurut Ramlah, polis yang berkhidmat ketika tragedi Bukit Kepong bukan polis British, sebaliknya berkhidmat dengan negeri Melayu yang berdaulat.

"Jika begitu, apakah Umno dan Perkasa talibarut penjajah British?" soal Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail.

Ini jelas apabila "Ramlah juga kata British tidak menjajah Malaya bukan?" kata Saifudin dalam Twitternya.

Hingga kini, para ahli akademik Umno berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatakan British bukannya penjajah Malaya tetapi hanya pelindung sahaja.

Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong dalam tulisannya sebelum ini sudah meramalkan, sasaran kenyataan Zainal Kling adalah untuk menafikan polis di rumah pasong Bukit Kepong adalah polis British sebagaimana dakwaan Mohamad Sabu.

Begitu juga kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang berkata, Mat Indera adalah komunis bertujuan untuk menafikan kenyataan Mohamad Sabu.

Kedua-dua kenyataan itu dibuat sekalipun berhadapan dengan bantahan kerana ia bertentangan dengan persepsi dan pendidikan rakyat Malaysia selama ini.

Yayasan Warisan Johor telah mengeluarkan sebuah buku pada tahun 2004 bertajuk 'Pengukir Nama Johor' yang membariskan Mat Indera sebagai salah seorang heronya dan dia bukan komunis.

Kata-kata pengantar buku itu telah dibuat oleh Abdul Ghani sendiri.

Apabila akhbar Umno, Utusan Malaysia melaporkan Mat Indera adalah Komunis, Ghani telah menukar kenyataan itu selari dengan pendirian Umno, dari hero kepada petualang, dari pejuang kemerdekaan kepada komunis.

"Jika begitu apa tujuan sambutan merdeka pada 31 Ogos...merdeka dari siapa," kata seorang pemimpin PAS dalam satu majlis sebelum ini.

Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, pemimpin Umno kena bertanggung jawab dengan kenyataan yang dibuat oleh Zainal Kling itu dan kini Ramlah Adam kerana kedua-duanya ahli dan penyokong Umno.

Sehubungan itu juga, beliau meminta supaya Zainal bertaubat kerana kenyataan beliau boleh merosakkan negara.

"Bagi saya sejarawan seperti ini pada saya boleh merosakkan negara kita kerana mereka boleh putar belit fakta semata-mata untuk membolehkan Umno menjadi juara pada setiap masa," kata Husam.

Menurut Husam, sudah sekian lama British dalam dokumen-dokumennya di London menganggap Malaya adalah tanah jajahan mereka.

Oleh itu, apabila Zainal Kling membuat kenyataan sebegini, ia satu usaha untuk menulis semula sejarah yang sudah dimaktubkan dalam pelbagai dokumen sejarah.

Blogger Umno bantah

Sementara itu, pandangan Zainal dan Ramlah dibantah oleh penulis Umno sendiri, Aspan Alias melalui blognya. Beliau turut menuntut agar Umno membuat pendirian mengenainya.

"Jika apa yang diperkatakan oleh Zainal Keling itu maka saya kesal dengan Che' gu saya yang bernama Miss Lim semasa saya darjah 5 dahulu kerana memberitahu saya dan murid sedarjah dengan saya yang kita menyambut hari kemerdekaan pada setiap 31 Ogos kerana memperingati saat negara kita terlepas dari penjajahan kuasa asing ke atas negara kita.

"Saya juga menyampah dengan Joginder Singh kerana dalam buku beliau yang menjadi buku teks sejarah semasa itu menyatakan dengan jelas yang Malaya terlepas dari penjajahan Inggeris pada 31 Ogos 1957. Hendak berhujah dengan Joginder Singh pula masalahnya beliau sudah meninggal dunia. Atau pun saya persalahkan Kementerian Pelajaran semasa itu yang memilih buku sejarah karangan Joginder Singh ini sebagai buku teks semasa itu.

"Kenapa baru sekarang ada yang memberitahu yang kita adalah seperti negara Thai yang tidak pernah dijajah. Kenapa semua pensyarah dan semua rakyat mengatakan yang kita tidak pernah dijajah oleh sesiapa?" tulis beliau.

Khalid Samad: SPR sering beri jawapan putar belit

Posted: 15 Sep 2011 05:45 AM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sering memberikan jawapan penuh putar belit berhubung masalah pengundian dalam pertemuan-pertemuan yang diadakan oleh pihak PAS dengannya.

Antara jawapan putar belit yang diberikan oleh SPR itu terutama yang berkaitan dengan desakan PAS kepada badan itu agar digunakan dakwat kekal dalam pilihanraya.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad (gambar) berkata, apabila cadangan penggunaan dakwat kekal dibangkitkan, pihak SPR akan mengatakan tidak ada sebarang masalah bagi pengundian sama ada menggunakan dakwat kekal atau tidak kerana setiap warganegara Malaysia berhak dan boleh mengundi.

Menurut beliau, jawapan yang diberikan oleh SPR itu amat 'simple', malah untuk mengelakkan dari menggunakan dakwat kekal, para pegawai SPR menjelaskan setiap warganegara Malaysia boleh mengundi.

Katanya, tetapi persoalan yang muncul, benarkah setiap rakyat Malaysia boleh mengundi, pada hal untuk membolehkan seseorang itu mengundi mestilah mematuhi beberapa peraturan walaupun kepada warganegara.

"Mereka yang tidak berdaftar tidak boleh mengundi, pengundi yang berdaftar tetapi tidak membawa kad pengenalan untuk membuang undi tidak boleh mengundi, mereka yang datang lewat ke pusat pengundian juga tak boleh mengundi," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat Agung PAS, di sini.

Pihak SPR, menurut beliau, tidak sepatutnya memberikan jawapan yang sedemikian mudah untuk mengelakkan dari penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya.

Katanya, perlaksanaan pilihanraya pasti berlangsung dengan peraturan-peraturan tertentu termasuk mestilah pengundi-pengundi yang berdaftar, membawa kad pengenalan untuk membuang undi dan datang membuang undi sepanjang masa pusat pengundian dibuka seperti yang diwartakan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menegaskan, sekiranya dakwat kekal digunakan, perkara itu juga pasti akan dimasukkan ke dalam peraturan pilihanraya dan mestilah dilaksanakan dengan sebaiknya.

"Tetapi dengan memberikan jawapan seperti itu, pihak atasan SPR dan para pegawainya ternyata hanya sekadar mahu melepaskan diri dari tekanan agar digunakan dakwat kekal dalam pilihanraya, walaupun perkara itu merupakan salah satu perkara penting bagi perlaksanaan pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini seperti yang dituntut oleh Bersih," katanya.

Sehingga kini, jelasnya, beliau bersama PAS Selangor telah mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak SPR di pejabat SPR dan jawapan seperti itu sering diberikan oleh para pegawai SPR pada pertemuan-pertemuan tersebut.

Beliau yang amat kesal dengan tindakan SPR itu menambah, bagaimanapun dalam masa yang sama, masalah undi pos tidak juga diselesaikan, malah semakin bertambah terutama yang membabitkan undi pos tentera.

"Pada hal yang mengundi itu pula bukanlah tentera itu sendiri, tetapi orang lain. Ini menjadikan Kerajaan BN yang memerintah negara kita sekarang bukan dipilih oleh para pengundi berkenaan, tetapi pengundi-pengundi upahan yang dibayar oleh pihak Umno atau pihak Kerajaan BN sendiri," katanya.

Salahudin cadang Dr M jadi PM semula

Posted: 15 Sep 2011 05:43 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya kembali menjadi Perdana Menteri untuk membolehkan pilihan raya diadakan lewat sedikit.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata berkata, hanya itu sahaja caranya untuk meredakan kebimbangan bekas Presiden Umno itu terhadap ketidakmampuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya akan datang serta melaksanakan hasratnya supaya pilihan raya dilewatkan.

Beliau berkata demikian ketika menolak reaksi Dr Mahathir yang menekankan penentuan tarikh pilihan raya umum di negara ini adalah "hak keistimewaan" kerajaan dan tiada pihak boleh mempertikaikannya.

Sebelum itu, Pakatan Rakyat (PR) mahu terlibat sama menentukan tarikh pilihan raya umum bagi membolehkan cadangan pembentukan jawatankuasa khas parlimen (PSC) berhubung pembaharuan pilihan raya mempunyai masa mencukupi menjalankan tugas.

Menurut PR, amalan di United Kingdom dalam persepakatan penentuan tarikh pilihan raya boleh dijadikan contoh.

"Kami hanya mengemukakan cadangan untuk nama baik negara ini yang semakin tercemar amalan demokrasinya dan jika kerajaan benar-benar serius mengadakan reformasi pilihan raya.

"Jika kami perlu menjadi kerajaan dahulu untuk membolehkan kami mengemukakan cadangan, nampaknya Dr Mahathir juga perlu kembali menjadi Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum mencadangkan supaya pilihan raya dilewatkan," kata Salahuddin.

Dr Mahathir sebelum ini mencadangkan Najib melewatkan pilihan raya umum ke-13 dan merasakan bahawa Perdana Menteri sewajarnya menggunakan masa yang ada untuk meneliti calon-calon terbaik yang akan mewakili BN.

Bekas Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai komen-komen mendakwa ketua-ketua bahagian parti komponen BN sedang bertelingkah satu sama lain untuk menjadi calon pilihan raya.

The Malaysian Insider pernah melaporkan bahawa kepimpinan Umno berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan sokongan ketua-ketua bahagian di sesetengah negeri khususnya berkaitan dengan soal calon.

Pandangan Dr Mahathir supaya pilihan raya dilewatkan itu dibuat selepas beliau mengakui kejatuhan populariti Najib.

Beliau menyifatkan kemerosotan imej Najib itu antara lain berpunca dari cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu.

PM dicadang fokus kepada media dan ISA

Posted: 15 Sep 2011 05:41 AM PDT

Muhammad Faizal


KUALA LUMPUR: Menjelang pengumuman Perdana Menteri sempena hari Malaysia esok, 16 September, pelbagai pihak mencadangkan dua perkara yang diberikan tumpuan oleh beliau, ISA dan media.

Perdana Menteri dicadang agar memberikan kebebasan kepada media dengan cara memansuhkan Akta Penerbitan dan Akta Mesin Cetak bagi membolehkan reformasi terhadap media di negara ini berjalan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan, permit penerbitan media cetak tidak lagi diperlukan di negara ini dengan cara cukuplah sekadar media didaftarkan sahaja sebagaimana mendaftar sebuah syarikat.

Dr Dzulkefly ditanya tentang pelbagai spekulasi di buat oleh pihak media dan juga rakyat berhubung dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan membuat pengumuman mengenai beberapa perubahan penting pada malam ini sempena menyampaikan amanat hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan berlangsung esok 16 September.

Bagi beliau, kezaliman pihak kerajaan bukan hanya terletak kepada akta tersebut sahaja dan ia juga merangkumi apa yang dilakukan kepada pihak media.

"Kerajaan juga telah bertindak kejam kepada kebebasan media dan ini perlu dirungkai kembali bagi memberi sepenuhnya kuasa kepada pengamal media dalam menjalankan kerja mereka.

"Kita lihat kerajaan akan bertindak sesuka hati kepada media samada ingin memperbaharui permit mereka ataupun tidak dan jika media terbabit lebih menyerang kerajaan tindakan untuk memperbaharui permit akan mengalami kesukaran.

"Kita mahukan isu memperbaharui permit setiap tahun perlu dimansuhkan dan hak kebebasan media dikembalikan sepenuhnya

"Sebenarnya permit penerbitan ini tidak perlu dan cukuplah sekadar syarikat yang ingin menerbit akhbar mendaftar syarikatnya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hanya bagi tujuan memaklumkan kepada pembaca bahawa akhbar terbabit dibawah kelolaan syarikat tersebut dan ini bagi memudahkan pembaca mengambil tindakan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini," katanya lagi

ISA dan Ordinan Darurat

Bagi anggota Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, apa yang Najib akan umumkan malam ini tidak penting.

"Kita tahu Najib akan membuat satu pengumuman dan kita tidak pasti apa yang beliau akan umumkan, walaupun kebanyak media mahupun rakyat diluar membuat andaian bahawa Najib akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ataupun mengkaji semula akta terbabit dan bagi kita apa yang beliau ingin umumkan itu tidak penting," jelasnya pada satu sidang media di Pejabat Sekteriat Pakatan Rakyat.

Tambah Sivarasa, walaupun Najib melakukan sesuatu pembaharuan di dalam akta ISA itu dan apa yang dikehendaki oleh rakyat mahupun Pakatan Rakyat adalah setiap undang-undang mahupun akta yang zalim perlu dimansuhkan kesemuanya kerana ia tidak lagi sesuai digunapakai dalam negara kita sekarang.

"Kalau ISA dimansuhkan oleh Najib maka tiada lagi akta yang zalim tetapi kita kena ingat selain ISA masih ada lagi akta yang diguna pakai oleh kerajaan seperti penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj bersama lima yang lain di bawah Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (EO).

"Selain Ahli Parlimen Sungai Siput, turut ditahan adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu. Peruntukan tersebut membolehkan pihak berkuasa menahan individu terbabit selama 60 hari tanpa bicara.

"Akta EO ini menyamai dengan apa yang terdapat di dalam ISA dan kerajaan berhak menahan mereka yang dirasakan bersalah tanpa sebarang perbicaraan dan berapa lama ia hendak ditahan," sambungnya lagi.

Ahli Parlimen Subang itu juga menjelaskan pemansuhan bukan hanya kepada ISA tetapi ia perlu merangkumi Akta Ordinan Darurat (EO) yang juga dilihat begitu zalim.

"Akta ini adalah zalim kerana kuasa yang telah diberikan oleh pemerintah terhadap polis untuk menangkap seseorang yang kononnya tanpa membuktikan kesalahannya terlebih dahulu, malah ia melanggar prinsip hak asasi manusia dan juga keadilan yang termaktub di dalam semua agama yang mana seseorang perlu dibuktikan bersalah terlebih dahulu baru dihukum, "tambah beliau lagi.

Tawaran diciplak

Sementara itu, menjelang Hari Malaysia esok, sudah dua cadangan Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga yang dicedok BN.

Tawaran itu adalah mengkaji semula bayaran tol di samping memberikan elaun tambahan untuk para guru.

"Sudah dua tawaran Buku Jingga dicedok BN iaitu bayaran tol dan elaun guru, mungkinkah hapus ISA selepas ini?" kata Saifudin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga membangkit isu yang sama.

Ketika Buku Jingga dilancarkan, para pemimpin BN memperlekehkannya termasuk berkata, negara akan bangkrap jika ianya dilaksanakan.

Namun, sedikit demi sedikit, kandungan atau cadangan Pakatan Rakyat itu dilaksanakan kerajaan tetapi dalam bentuk curi atau ciplak.

Musa serah kepada rakyat untuk tentukan nasib Parti KITA di Sabah

Posted: 15 Sep 2011 05:38 AM PDT


KOTA KINABALU - Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyerahkan kepada rakyat Sabah untuk menilai dan menentukan nasib Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air Malaysia (KITA) yang melebarkan sayapnya ke negeri ini.

"Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Parti KITA bebas berbuat demikian. Terpulanglah kepada rakyat menilai perjuangan mereka.

"Bagi kita dalam Barisan Nasional (BN), kita akan gunakan masa untuk bekerja bagi membantu rakyat yang memerlukan bantuan dan perhatian kita dari masa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus Kerajaan Negeri Sabah di Wisma Innoprise, dekat sini Khamis.

Musa yang juga pengerusi BN negeri berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada tindakan Parti KITA yang melebarkan sayapnya ke Sabah baru-baru ini boleh menjadi pesaing atau ancaman kepada BN negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Semalam, bekas menteri persekutuan dan negeri Datuk Pengiran Othman Rauf dipetik sebagai berkata bahawa beliau adalah pengerusi jawatankuasa protem parti itu di Sabah dan mengucapkan terima kasih kepada ketua Parti KITA Datuk Zaid Ibrahim yang menaruh kepercayaan kepada beliau untuk mengemudi Parti KITA di negeri ini.

Musa berkata agenda BN lebih menumpukan kepada usaha membangunkan Sabah dan bukannya bermain politik sepanjang masa.

Mengenai saranan pelbagai pihak untuk mengurangkan mesin slot di Sabah, beliau berkata kerajaan negeri sedia meneliti perkara itu.

Terdahulu, Musa berkata mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus telah menggariskan beberapa isu yang perlu diberi perhatian termasuk usaha menangani persepsi umum terhadap perkhidmatan awam negeri, keutuhan pentabdiran melalui pendekatan pengurusan nilai, program pengukuhan integriti Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan pengiktirafan kepada penjawat awam yang melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah.

Beliau berkata perkhidmatan awam negeri juga hendaklah melaksana usaha penambahbaikan sistem penyampaian secara berterusan.

Musa berkata usaha memperkukuh nilai integriti secara berterusan dan mengikis amalan negatif dalam perkhidmatan awam negeri turut diberi penekanan.

- Bernama

BN iktiraf 16 Sept kerana tekanan rakyat

Posted: 15 Sep 2011 05:33 AM PDT

PETALING JAYA - "Langkah kerajaan Barisan Nasional untuk mengiktiraf 16 September sebagai Hari Malaysia selepas 48 tahun ianya berlaku adalah kerana tekanan bertalu-talu dari berbagai kalangan rakyat Malaysia sendiri sesudah Pilihanraya 2008," jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau yang berkata pada satu sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak berbelah bagi untuk menghormati serta mengangkat martabat negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia melalui Desentralisasi Fiskal seperti yang terkandung di dalam Buku Jingga.

"Kita berjanji menunaikan apa yang dijanjikan dalam Buku Jingga sebagai contoh menjamin royalti sebanyak dua puluh peratus daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dikembalikan dalam metlamat membasmi kemiskinan dikalangan rakyat," katanya lagi.

Dalam pada itu beliau juga memberitahu selain kita mengingati Hari Malaysia, kita juga mesti ingat bahawa ulangtahun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan Menteri Kewangan dari mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) tiga tahun yang lalu dengan memberi tekanan yang teruk kepada Pak Lah.

"Untuk makluman, 17 September 2008, Najib menemui Pak Lah (Perdana Menteri pada waktu itu) dan memberi tekanan lanjut kepada Tun Abdullah Badawi untuk menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan tersebut kepadanya.

"Pakatan Rakyat ingin menperingati peristiwa tersebut kerana sepanjang tiga tahun kebelakangan ini semenjak Najib mengambil alih jawatan tersebut beliau tidak berjaya untuk melaksanakan agenda reformasi mengangkat keluar ekonomi negara dari perangkap berpendapatan pertengahan iaitu Model Ekonimi Baru (MEB) yang dicanang-canangkannya.

"Beliau juga kerap berdolak-dalih di dalam membuat keputusannya yang mengakibatkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit seperti kegagalan polisi penggunaan teknologi nano untuk melebal minyak dan yang terakhir sekali adalah cukai enam peratur untuk telefon prabayar," sambungnya lagi.

Dr Dzulkefly yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menjelaskan ketidakseimbangan ekonomi juga semakin meruncing disebabkan tahap gaji pekerja yang tidak meningkat dan juga kadar inflasi yang semakin tinggi.

"Dalam pada ekonomi yang tidak menentu ini, Pakatan Rakyat juga turut sedia maklum bahawa Najib ketika ini sedang bergelut keseorangan mempertahankan kedudukannya di dalam Umno dan juga Kabinet.

"Sekitanya kita menggunakan analogi korporat, tidak akan beraku seseorang Ketua Pegawai Eksekutif tersebut menjadi Ketua Pegawai Kewangannya juga. Oleh yang demikian, untuk seorang Perdana Menteri turut menjadi Menteri Kewangan adalas sesuatu yang amat janggal dimana-mana negara pun di dunia dan menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang baik," tambah beliau.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan juga Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah mengambil pendekatan di dalam semangat menghormati Hari Malaysia, Pakatan Rakyat menyarankan agar Najib mengambil sendiri nasihat yang diberikan kepada Abdullah dahulu dan meantik seorang penyokong yang masih dipercayai untuk mengambil alih Menteri Kewangan tersebut sebelum keadaan ekonomi merudum lebih jauh.- Harakah Daily

Kemerdekaan dan tafsiran sejarah: Di mana silapnya?

Posted: 15 Sep 2011 05:32 AM PDT

Barathidasan


MIPAS ingin melahirkan pandangan berkenaan isu yang hangat diperkatakan pada masa ini iaitu mengenai kemerdekaan negara dan isu sejarah.

1. Kami menyokong pandangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar kiri), lebih dikenali dengan nama Mat Sabu bahawa Mat Indera adalah pejuang Negara kerana beliau berjuang mempertahankan Negara dengan menentang penjajah British.

2. Kami dukacita dengan kenyataan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad dan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosial budaya Majlis Profesor Negara (MPN) Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British sebaliknya hanya dinaungi dan secara teknikalnya Tanah Melayu tidak terjajah kerana sultan memutuskan menjemput British datang menasihatkan cara mentadbir negeri.

Jikalau perkara ini benar, maka timbul pelbagai persoalan. Antaranya, apakah erti kemerdekaan di sebalik perkara ini? Apa perlu kita menyambut hari kemerdekaan jikalau British itu bukan penjajah? Jadi mengapakah rombongan Negara ke London untuk berunding dengan British menuntut kemerdekaan?

Jikalau perkara ini benar, maka kita tidak boleh menganggap Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan. Ini kerana jikalau kita tidak pernah dijajah, maka soal kemerdekaan tidak timbul.

3. Isu ini menimbulkan pelbagai polemik yang tidak sepatutnya. Kami ingin mempersoalkan Mahathir yang mengatakan bahawa buku sejarah tidak tepat. Maka, mengapakah beliau tidak mengambil sebarang tindakan semasa beliau berada di tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri dan juga sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran? Kami juga ingin mempersoalkan Majlis Profesor Negara (MPN) yang seolah-olah cuba menjadi tali barut UMNO dengan menidakkan sesuatu perkara yang telah pun diakui sebagai fakta. Maka, ahli MPN tidak layak digelar Profesor dan harus dilucutkan gelaran tersebut.

MIPAS ingin supaya satu tindakan diambil terhadap mereka yang di atas. Kita tidak seharusnya membiarkan polemik ini berterusan kerana ianya tidak menguntungkan sesiapa kecuali pihak-pihak yang ingin mencari kepentingan politik murahan (cheap political mileage).

*Kenyataan media oleh Barathidasan (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Malaysian Indians Progressive Association).

Pakatan Rakyat desak Najib serahkan jawatan Menteri Kewangan

Posted: 15 Sep 2011 05:30 AM PDT

Pakatan Rakyat


Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat di dalam mesyuaratnya pada 15 September, 2011 telah memutus dan mengambil ketetapan bahawa:

a) Langkah kerajaan BN untuk mengiktiraf 16 September sebagai Hari Malaysia esok (itupun hanya selepas 48 tahun ianya berlaku!) adalah kerana tekanan bertalu-talu dari berbagai kalangan rakyat Malaysia sendiri sesudah Pilihanraya 2008.

Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak berbelah-bagi untuk menghormati serta mengangkat martabat Negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia melalui Desentralisasi Fiskal seperti yang terkandung di dalam Buku Jingga (halaman 31), sebagai contoh, menjamin royalti sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.

b) Sebagai memperingati hari ulangtahun Najib Razak mengambil-alih jawatan Menteri Kewangan dari Abdullah Ahmad Badawi tiga tahun tahun lalu. Untuk makluman awam, pada 17 September 2008, Najib telah menemui PM ketika itu untuk memberi tekanan lanjut kepada Abdullah untuk menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan tersebut kepadanya.

Pakatan Rakyat ingin memperingati peristiwa tersebut kerana sepanjang tiga tahun kebelakangan ini semenjak Najib (gambar kanan) mengambil-alih jawatan tersebut:

i) Kementerian Kewangan di bawah pimpinan beliau telah tidak berjaya untuk melaksanakan agenda reformasi mengangkat keluar ekonomi Negara dari perangkap negara berpendapatan pertengahan iaitu Model Ekonomi Baru yang dicanang-canangkannya.

ii) Menteri Kewangan juga kerapkali berdolak-dalik di dalam membuat keputusannya yang mengakibatkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit seperti kegagalan polisi penggunaan teknologi nano untuk melabel minyak. Yang terakhir sekali, cukai 6% untuk telefon prabayar.

Ketidakseimbangan ekonomi juga semakin meruncing disebabkan tahap gaji pekerja yang tidak meningkat dan kadar inflasi yang semakin tinggi.

Pakatan Rakyat juga turut sedia maklum bahawa Najib ketika ini sedang bergelut keseorangan mempertahan kedudukannya di dalam kabinet dan juga UMNO.

Sekiranya kita menggunakan analogi korporat, tidak akan berlaku seseorang Ketua Pegawai Eksekutif tersebut menjadi Ketua Pegawai Kewangannya juga. Oleh yang demikian, untuk seseorang PM turut juga menjadi Menteri Kewangan adalah sesuatu yang amat janggal dimana-mana negara pun di dunia dan menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang baik .

Oleh yang demikian, di dalam semangat menghormati Hari Malaysia ini, Pakatan Rakyat dengan ini menyarankan agar Najib mengambil sendiri nasihat yang diberikannya kepada Abdullah Badawi dahulu dan melantik seorang penyokong yang masih dipercayainya untuk mengambil-alih jawatan Menteri Kewangan tersebut sebelum keadaan ekonomi kita merudum lebih jauh.

*Kenyataan media dari sekretariat Pakatan Rakyat, oleh wakil parti termasuk Dzulkefly Ahmad (selaku Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Islam SeMalaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bajet Alternatif PR), Liew Chin Tong (selaku Setiausaha Hal-ehwal Antarabangsa Democratic Action Party) dan Sivarasa Rasiah (selaku Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat).

Makin dikutuk, makin ditiru Buku Jingga

Posted: 15 Sep 2011 05:29 AM PDT

Tuan Ibrahim Tuan Man


Sekiranya benar apa yang dilaporkan media, PAS akan menyambut baik cadangan bagi memansuhkan akta zalim ISA, kerana ia bertentangan dengan dasar Islam dan tamadun manusia.

PAS menentang akta ini sejak hari pertama ia dibentangkan dalam parlimen kerana ia memberi kesan besar kepada mangsa yang dituduh.

Ajaran Islam sangat menentang sebarang unsur kezaliman, sehingga Allah memberi amaran "jangan kamu cenderung hati untuk menyokong kezaliman, kelak kamu akan dihumban ke neraka". Demikian juga, Rasulullah S.A.W ada bersabda "kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat."

PAS melihat dan sudahpun mengalami terlalu banyak penyalahgunaan akta zalim ini sejak mula ia dikuatkuasakan.

Ratusan orang yang tidak bersalah dihumban ke Kamunting dan mereka tidak diberi peluang untuk membela diri. Sekiranya benar pentadbiran Najib Razak akan memansuhkan akta ISA bagi mendapat lonjakan politik, PAS mengalu-alukannya dan percaya rakyat yang kini semakin matang boleh menilai segala tindakan beliau.

"Kilat ikan di air, kita tahu jantan betinanya" - berapa ramai dah diktator di dunia ini yang membuat perubahan peraturan dan menunjukkan kebaikan kepada rakyat pada saat-saat kuasanya meruncing dan menjunam turun, namun rakyat tetap menghukum mereka.

PAS menggesa agar kerajaan menghapuskan juga beberapa akta lain yang sering disalahgunakan dan bertentangan dengan nilai tamadun manusia - seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, AUKU, Akta Hasutan dan Akta Pilihan Raya.

Sekiranya benar, tindakan Najib dan kerajaan BN kini semakin jelas meniru apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang dikritik mereka habis-habisan.

Di satu tangan, Buku Jingga dikutuk sebegitu rupa mereka bakal menjahanamkan dan bankrapkan negara negara, satu tangan pula mereka meniru satu persatu.

Tindakan ini membuktikan hipokrisi UMNO-BN, yang semakin lemas dan kekeringan idea dalam menjalankan pentadbiran. Sehinggakan pakar dan penasihat, yang dibayar berjuta-juta sekelilingnya gagal memberi idea yang bernas sehingga terpaksa meniru apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat.

Kita juga difahamkan kerajaan akan menaikkan gaji guru-guru sebanyak RM200 dan pelbagai kemudahan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku Jingga dalam pembentangan Belanjawan 2012 nanti.

Ini sekali lagi akan melondehkan hipokrisi UMNO BN dan membuka mata rakyat bahawa lemahnya kerajaan yang ada kini, sehingga tidak mampu lagi berfikir kerana perut terlalu kenyang dan minda terlalu sibuk untuk menutup segala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kesombongan.

Diharap rakyat dapat bangkit dengan azam untuk menukarkan kerajaan yang lemah ini dengan sebuah kerajaan baru yang memberi harapan baru lebih adil dan amanah - sebuah negara berkebajikan yang akan betul-betul menjaga nasib mereka.

Bukanlah nak kata Pakatan Rakyat ini sempurna dan baik sepenuhnya, tapi belum cuba belum tahu. Sudah cuba, anda pasti berkata, "Kalau tahu begitu nikmatnya bawah Pakatan Rakyat, dah lama kita buang UMNO yang lemas ini." InsyaAllah.

*Kenyataan media oleh Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.

A.Samad: Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan

Posted: 15 Sep 2011 05:25 AM PDT

Lim Hong Siang


"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Ini memang orang-orang yang berjuang. Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang. Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang. Dia menyambut. Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."

"...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."

Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".

A.Samad Said (gambar kanan), atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa "British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."

"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British. Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.

"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," simpulnya di akhir ucapan beliau. Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.

Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan

"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan. Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."

Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.

"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya. Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."

"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja. Rakyat lain...hampir sama saja," katanya.

Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan. Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu. Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.

Lee Ban Chen: UMNO mewarisi penjajahan

Sementara itu, penganalisa politik Lee Ban Chen menyifatkan kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957 sebagai "kemerdekaan tiga suku", dan bukan "kemerdekaan yang tulen". Ini kerana British telah menolak perlembagaan rakyat ketika itu, sebaliknya memilih UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 untuk kerjasama.

Bagaimanapun, UMNO dalam Perikatan ataupun Barisan Nasional kemudiannya tidak mengisi nama dan bentuk kemerdekaan, sebaliknya mewarisi penggunaan akta-akta zalim dalam zaman penjajahan, misalnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang merintangi proses reformasi dan pendemokrasian negara kita, kata Lee Ban Chen (gambar kiri).

Pak Samad turut bersetuju bahawa "kita sebenarnya masih dalam pemerintahan penjajahan", kerana undang-undang zalim yang digubal ketika zaman British masih kekal sehingga kini. Malah, Menteri Dalam Negeri siang-siang mengingatkan tentang ISA ketika menangani isu BERSIH 2.0.

Dengan nada menyindir, Pak Samad berkata "yang menjadi wira sentiasanya UMNO", sementara "orang awal yang berjuang semuanya tenggelam". "Dan paling mudah untuk mengatakan bahawasanya mereka semua ini kelompok komunis yang jahat, dan komunis yang ingin mencengkam...",dan pada waktu yang sama pula kita berbaik-baik dengan komunis (China) yang ada - antara beberapa "keanehan" yang sedang berlaku di negara dewasa ini, katanya.

Seorang lagi panelis dalam forum ini adalah Arumugam, selaku Penasihat Tamil Foudation dan Pengerusi SUARAM. John Brian, iaitu Pengerusi Majlis Penasihat Dayak dan blogger Dayak baru yang dibariskan sebagai panelis sebelum ini, gagal menghadirkan diri kerana masalah tertentu. Forum ini dipengerusikan oleh Adam Adli Bin Abd Halim, iaitu Pengerusi Legasi Mahasiswa Progresif UPSI.

Baca: Lee Ban Chen: Kenyataan Mat Sabu sesuatu yang pernah disetujui kerajaan

*Lim Hong Siang ialah editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

**Forum "Milik siapakah kemerdekaan ini?" ini dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Masyarakat Madani Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Free Public Forum, Solidarity Mahasiswa Malaysia, Bahagian Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL& Selangor dan Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI).

Arifin Zakaria angkat sumpah Ketua Hakim Negara

Posted: 15 Sep 2011 05:23 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Beliau menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.



KUALA LUMPUR: Tan Sri Arifin Zakaria hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang
bersara wajib pada 9 Sept lepas.

Arifin menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini.

Upacara pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Selain Arifin, Tan Sri Md Raus Sharif turut mengangkat sumpah dan menerima surat cara pelantikan sebagai Presiden Mahkamah Rayuan manakala Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pula dikurniakan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Malaya.– Bernama

BN kembangkan aktiviti Ah Long

Posted: 15 Sep 2011 05:22 AM PDT

Ah Long dari Semenanjung mula memasuki Sabah secara beramai-ramai apabila Kuala Lumpur memperkembangkan Akta Peminjam Wang 1951 ke negeri ini beberapa tahun lalu.



KOTA KINABALU: Kebanjiran Ah Long dari Semenanjung Malaysia di Sabah adalah kerana kesilapan Kuala Lumpur, kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee.

Yong berkata, Ah Long dari Semenanjung mula memasuki Sabah secara beramai-ramai apabila Kuala Lumpur memperkembangkan Akta Peminjam Wang 1951 ke negeri ini beberapa tahun lalu.

"Saya telah mengutus surat kepada Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2008 menggesa beliau membatalkan cadangan memperkembangkan Akta itu ke Sabah.

"Perdana Menteri menjawab bahawa tujuan Akta itu dikembangkan ke Sabah adalah semata-mata untuk membendung kegiatan Ah Long.

"Bagaimanapun, seperti yang kita lihat pada hari ini, terlalu ramai Ah Long dari luar Sabah beroperasi di seluruh negeri ini sehinggakan ada
yang membuka pejabat masing-masing setelah mendapat lesen apabila Akta itu dikembangkan ke sini," katanya pada majlis Hari Raya Aidilfitri SAPP peringkat negeri Sabah di Pekan Sipitang.

Katanya, apa yang menyedihkan ialah ramai kakitangan kerajaan di seluruh negeri berhutang dengan Ah Long itu sehingga buku dan kad akaun bank mereka ditahan.

Beliau berkata, para Ah Long itu didapati turut beroperasi di kawasan pekan-pekan kecil dengan menjadikan penjaja kecil di Pasar Tamu
sebagai mangsa.

"Sebenarnya Kerajaan Sabah boleh halang Akta itu daripada dikembangkan ke Sabah tetapi Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah pada hari ini tidak berbuat demikian," kata Yong.

Katanya, Sabah sudah mempunyai Akta Peminjam Wang yang dikenali sebagai Money Lender Ordinance 1901 (Ordinan Peminjam Wang 1901) yang digunapakai di negeri ini sejak zaman penjajahan British.

Yong berkata, Kuala Lumpur tetap berkeras ingin kembangkan Akta Peminjam Wang 1951 walaupun Sabah sudah mempunyai Ordinan sendiri.

Katanya, situasi itu mengingatkan beliau kepada usaha Kuala Lumpur untuk memperkembangkan Akta Kerajaan Tempatan ke Sabah ketika beliau memegang jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Saya telah menolak usaha Kuala Lumpur itu. Jika perkara itu berlaku maka rakyat Sabah kena membayar apabila membuang air besar kerana Kuala Lumpur berhasrat menswastakan kerja-kerja pembentungan kepada sebuah syarikat dari sana yang dikenali sebagai Indah Water Konsortium," katanya.

Laman web Kita disabotaj?

Posted: 15 Sep 2011 05:20 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

"Pihak pentadbiran parti sedang berusaha memulihkannya dan dijangka dapat digunakan seperti biasa minggu depan," kata Setiausaha Kerja Masrum Dayat.



PETALING JAYA: Laman web, twitter dan facebook parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) tidak dapat dilayari seperti biasa kerana mengalami masalah teknikal, demikian menurut Setiausaha Kerja Masrum Dayat.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan perkara ini berlaku.

"Pihak pentadbiran parti sedang berusaha memulihkannya dan dijangka dapat digunakan seperti biasa minggu depan," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Masrum juga memaklumkan kepada ahli parti dan orang ramai bahawa Muhammad Firdaus Christopher telah digantung keahliannya.

"Ini kerana melalui akaun sosial facebook beliau, beliau dengan jelas telah membuat tohmahan liar yang tidak berasas termasuk menghina ketua parti. Tindak-tanduk beliau yang melampau boleh memudaratkan nama baik parti.

"Parti ini percaya beliau bertindak demikian semata-mata kerana beliau marah apabila pembayaran elaun bulanannya dihentikan. Parti Kita adalah sebuah parti kecil yang mempunyai sumber kewangan yang terhad.

"Parti ini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Pusat Abd Latif A Tambi atas khidmat beliau selama ini. Perkhidmatan beliau tamat berkuat kuasa semalam," katanya.

'Perbetulkan fakta sejarah Sabah’

Posted: 15 Sep 2011 05:16 AM PDT

Semua pihak mengatakan usia kemerdekaan Malaysia ialah 54 tahun walaupun sebenarnya berusia 48 tahun.



SIPITANG: Fakta sejarah tentang kemerdekaan Sabah melalui pembentukan Malaysia perlu diperbetulkan agar generasi masa kini dan akan datang tidak terkeliru, kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee.

Katanya, Sabah mencapai kemerdekaan apabila bersama-sama Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

Sabah tidak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana pada masa itu negara Malaysia masih belum wujud manakala Sabah yang dulu dikenali sebagai Borneo Utara masih berada di bawah jajahan British.

"Ketua Menteri Sabah Musa Aman juga tersilap apabila mengatakan usia kemerdekaan Sabah pada tahun ini mencecah 54 tahun sedangkan Sabah mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia.

"Nasib baik seorang pegawai kanan Kerajaan Sabah iaitu Pengarah Arkib Negeri Sabah saudara Datu Tiga Belas memperbetulkan kenyataan Musa itu dengan mengatakan usia kemerdekaan Sabah sebenarnya ialah 48 tahun.

"Keberanian Datu Tiga Belas memperbetulkan fakta sejarah itu harus dipuji kerana tidak ada seorang pun anggota kabinet negeri atau pegawai kanan Kerajaan Sabah yang berani tampil memperbetulkannya," kata Yong pada majlis Hari Raya Aidilfitri SAPP peringkat negeri Sabah di sini.

Katanya, semua pihak termasuk para pemimpin politik parti pemerintah Barisan Nasional (BN) di Semenanjung juga mengatakan usia kemerdekaan Malaysia ialah 54 tahun walaupun sebenarnya berusia 48 tahun.

Beliau berkata ada kalangan pemimpin pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) turut berkata Malaysia berusia 54 tahun dan salah seorang daripadanya ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, seorang pemimpin kanan DAP, salah sebuah parti komponen PR.

Yong berkata, kekeliruan mengenai kemerdekaan Malaysia harus diperbetulkan.

Terdahulu, Timbalan Presiden SAPP Haji Amde Sidik berkata, beliau mendapati 90 peratus pelajar salah sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini tidak dapat membezakan antara 31 Ogos 1957 dengan 16 September 1963.

Mengulas lanjut mengenai kemerdekaan, Amde menambah bahawa barisan terakhir lirik lagu Sabah Tanah Air Ku turut menjelaskan bahawa Sabah sebenarnya adalah sebuah negeri merdeka dan tidak sepatutnya dilayan seperti sebuah jajahan seperti yang diamalkan Kuala Lumpur pada masa ini.

"Barisan terakhir lirik lagu itu menyebut Sabah Negeri Merdeka dan ini bererti sesebuah negeri yang merdeka sepatutnya mempunyai kuasa autonomi dalam segala hal ehwal pentadbiran," katanya.

Memartabat negeri melalui Desentralisasi Fiskal

Posted: 15 Sep 2011 04:20 AM PDT

Sebagai contoh, menjamin bayaran royalti sebanyak 20% dari hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.



PETALING JAYA: Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak berbelah-bagi untuk menghormati serta mengangkat martabat negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia melalui Desentralisasi Fiskal seperti yang terkandung pada halaman 31, Buku Jingga.

Sebagai contoh, menjamin bayaran royalti sebanyak 20% dari hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat. Perkara ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat pada hari ini.

Demikian menurut satu kenyataan media dari Sekretariat Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad; Setiausaha Hal-ehwal Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong dan Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Pusat PKR, R Sivarasa.

Jawatankuasa itu mengambil ketetapan tersebut sebagai memperingati hari ulangtahun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Menteri Kewangan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi tiga tahun lalu.

Menurut kenyataan itu, pada 17 September 2008, Najib telah menemui Abdullah, perdana menteri ketika itu untuk memberi tekanan lanjut kepada Abdullah untuk menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan kepadanya.

Terperangkap dalam pendapatan pertengahan


Sejak Najib mengambil alih jawatan itu, Pakatan Rakyat berpendapat Kementerian Kewangan gagal untuk melaksanakan agenda reformasi mengangkat keluar ekonomi negara dari perangkap negara berpendapatan pertengahan iaitu Model Ekonomi Baru yang dicanang-canangkannya.

"Menteri Kewangan juga kerapkali berdolak-dalik di dalam membuat keputusannya yang mengakibatkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit seperti kegagalan polisi penggunaan teknologi nano untuk melabel minyak serta yang terakhir sekali, cukai 6% untuk telefon prabayar," tambah kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, ketidakseimbangan ekonomi juga semakin meruncing disebabkan tahap gaji pekerja yang tidak meningkat dan kadar inflasi yang semakin tinggi.

"Pakatan Rakyat juga sedar bahawa Najib ketika ini sedang bergelut keseorangan mempertahan kedudukannya dalam kabinet dan juga Umno.

"Sekiranya kita menggunakan analogi korporat, tidak akan berlaku seseorang Ketua Pegawai Eksekutif pada masa yang sama turut memegang jawatan Ketua Pegawai Kewangan.

"Oleh yang demikian, ia adalah sesuatu yang amat janggal di mana-mana negara pun di dunia dan menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang baik.

"Pakatan Rakyat menyokong saranan Abdullah agar Najib melantik seorang penyokong yang masih dipercayainya untuk mengambil alih jawatan Menteri Kewangan sebelum keadaan ekonomi kita merudum lebih jauh," demikian menurut kenyataan itu.

Tukar agama pelajar: Hindu Sangam mahu jumpa PM

Posted: 15 Sep 2011 04:15 AM PDT

MALAYSIA KINI


Pertubuhan Hindu Sangam Malaysia (MHS) membidas dakwaan pembabitan kakitangan sebuah kolej tempatan di Perlis yang bersama-sama anggota Jabatan Agama Islam Perlis (JAIP) mengislamkan pelajar India di negeri itu.

multiple religious religion icons 181207Dalam satu kenyataan media semalam, presiden MHS RS Mohan Shah melahirkan rasa terkejutnya bahawa tiga pensyarah kolej berkenaan didakwa berperanan mengislamkan seorang pelajar perempuan, apabila tugas hakiki mereka adalah untuk mengajar.

"Ini amat mengecewakan, bagi ahli-ahli kakitangan akademik terlibat dalam penukaran agama pelajar apabila mereka sepatutnya menjaga kepentingan agama, budaya dan sosial pelajar-pelajar mereka untuk memastikan perpaduan, keamanan dan keharmonian di kalangan pelajar dalam berbilang kaum di institusi pendidikan tinggi, "kata Mohan Shah.

Pensyarah dan anggota JAIP "tidak mematuhi undang-undang," katanya.

"MHS memandang serius kejadian ini dan akan melanjutkan perkara ini kepada perhatian menteri pendidikan tinggi dan juga perdana menteri untuk tindakan sewajarnya," kata Mohan Shah.

DAP: Enam bulan akan datang sebagai penentu

Posted: 15 Sep 2011 04:12 AM PDT

MALAYSIA KINI


Enam bulan akan datang bakal membuktikan sama ada pilihan raya umum lalu yang berjaya mewujudkan sebuah kerajaan berjiwa rakyat akan semakin menyerlah atau hilang sama sekali di Pulau Pinang.

NONEKetua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, setelah lebih tiga tahun merintah negeri, Pakatan Rakyat bukan sahaja telah menjadikan pulau itu lebih bersih, hijau dan selamat, malah telah menunjukkan perubahan drastik terutamanya dari segi corak pemikiran dan keyakinan rakyat.

"Warga Pulau Pinang semakin yakin dan optimis terhadap masa depan kerana mereka boleh bergantung kepada kerajaan yang mendengar kata rakyat, melakukan kerja untuk rakyat dan memberikan harapan untuk masa depan yang lebih cerah," katanya dalam perutusan Hari Malaysia yang dikeluarkan hari ini.

Khabar-khabar tentang kemungkinan Parlimen dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam masa enam bulan mulai sekarang bertiup kencang di kalangan orang-orang politik dari semua parti.

Kata Lim yang juga setiausaha agung DAP, di Pulau Pinang telah terhasil satu pengiktirafan yang ganjaran akan diperoleh berdasarkan daya upaya, kejujuran dan usaha rakyat untuk mengejar kecemerlangan.

"Sesungguhnya tiada pengganti bagi prestasi, produktiviti dan kecekapan," katanya.

Memberi nikmat

Bagaimana pun, jelasnya, perubahan yang paling besar dalam pemikiran telah berlaku ekoran daripada dasar kerajaan Pakatan yang menegakkan kedaulatan undang-undang.

penang outer ring road project 211205 02Tambahnya, di Pulau Pinang, dasar cekap, akauntabel dan telus (CAT) telah menunjukkan bahawa sebarang tender atau urus niaga tidak lagi memerlukan orang dalam atau orang tengah - yang diperlukan hanyalah pelaksanaan peraturan dan undang-undang secara adil, tegas dan jujur.

Beliau berkata, dengan dasar kerajaan yang menekankan urus tadbir CAT dalam hala tuju pentadbiran, ia telah memberi nikmat dan kemakmuran kepada rakyat.

"Untuk menghapuskan ketidakpercayaan masyarakat awam terhadap institusi kerajaan negeri, kerajaan negeri telah menghapuskan politik kuasa naungan, kronisme dan rasuah," katanya.

Justeru, Lim menyeru agar rakyat Pulau Pinang dan Malaysia mencari inspirasi dengan menekankan prestasi, bukannya keistimewaan; kepakaran dan bukannya hak khusus, serta integriti dan bukannya rasuah.

Bebas rasuah

"Marilah kita bersepakat dalam semangat setiakawan untuk mencapai aspirasi bersama untuk keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan kebajikan sosial untuk rakan-rakan kita yang lebih lemah dan miskin," katanya.

azlanTambah beliau, hanya dengan ekonomi yang bebas dari rasuah sahaja barulah kerajaan dapat memastikan bahawa rakyat akan menikmati kemakmuran dan menerima manfaat yang ikhlas.

Pada masa sama beliau turut mengajak rakyat untuk berazam dengan ikhlas agar masa depan Malaysia akan bebas dari ketakutan dan kronisme.

"Marilah kita menanam cita-cita di mana semua lapisan masyarakat dan kaum, sama ada Melayu, India, Cina, Kadazan atau Iban, dianggap sebagai saudara senegara tanpa sebarang diskriminasi," katanya.

Dalam pada itu, bagi menandakan semangat Hari Malaysia di Pulau Pinang, Lim mengumumkan bahawa Perbadanan Bukit Bendera akan menawarkan perjalanan keretapi secara percuma untuk sehari esok bagi semua warga Malaysia dari Sabah dan Sarawak.

Tiada ulasan: