Sabtu, 3 September 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Populariti Najib: Merdeka Center pertahan kajian, bukan ‘pendapat peribadi kami’

Posted: 03 Sep 2011 05:50 AM PDT


KUALA LUMPUR — Merdeka Center mempertahankan hasil kajian pihaknya mengenai populariti kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, yang diumumkan Isnin lalu, sambil menegaskan reaksi 'dingin' pemimpin-pemimpin Umno memang sudah dijangkakan.

Hasil kajian terbaru itu menunjukkan populariti Najib terus merosot, antara lain disebabkan isu inflasi dan cara menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai lalu.

Sehubungan itu Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata, "kami sememangnya menjangka akan ada pihak yang akan mempertikai penemuan kajian tersebut, oleh yang demikian kami telah meneliti dan menyemak keputusan tersebut beberapa kali sebelum menyiarkannya."

Kata beliau, pihaknya reaksi sedemikian sebagai satu proses di mana mutu perdebatan awam dapat dipertingkatkan menerusi penyiaran hasil penjejakkan pendapat umum sebagai suatu input berasaskan penemuan dan bukannya pendapat peribadi semata-mata.

Ibrahim diminta mengulas mengenai pendirian sebahagian pemimpin Umno yang melahirkan rasa tidak senang dan tidak dapat menerima hasil kajian tersebut.

Sebagai contoh, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) berkata, kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri diterima majoriti rakyat di negara ini.

Rais berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan Perdana Menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti Perdana Menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

"Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri," katanya.

Kajian terbaru Merdeka Centre mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Ibrahim berkata, bagi menjawab persoalan berhubung ketepatan dan metodologi kajian, ia merupakan kaedah yang sentiasa Merdeka Centeri gunakan - persampelan strata secara rawak — yang memastikan pemilihan responden dilakukan secara rawak agar dapat mengurangkan bias, tetapi dikawal bagi memastikan ia mencerminkan profil pemilih berasaskan daftar pemilih Disember 2010 menurut kaum, negeri, jantina dan kumpulan umur.

"Ketepatan kajian sebenarnya berasaskan sejauh mana sampel mewakili taburan penduduk yang dikaji dan bukannya jumlah responden.

"Oleh itu kami sangat cermat dalam memastikan para responden yang ditemu bual mewakili taburan pengundi setelah mengambil kira batasan kaedah temu bual (telefon)," kata Ibrahim sambil menambah, ia kaedah yang telah "kami gunakan semenjak tahun 2003 lagi dan merupakan pendekatan yang menemui tahap puas hati kepada perdana menteri (Najib) adalah 72 peratus pada bulan Mei 2010."

Ibrahim juga berkata, pihaknya juga memahami tentang keperluan politik dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat dan hasil kajian ini tidak mencerminkan apa-apa melainkan sentimen rakyat terhadap subjek tersebut sewaktu kajian dilakukan.

". . . apa yang perlu diambil dari penemuan tersebut adalah merangka kaedah bagaimana keadaan tersebut dapat diubah seperti contoh, meningkatkan tahap puas hati serta mutu perkhidmatan kepada rakyat," kata Ibrahim lagi.

Malah katanya, secara umum, hasil kajian yang menunjukkan tahap puas hati pada Najib berada pada 59 peratus merupakan kedudukan yang masih positif dan selesa.

"Tetapi adalah agak sukar serta tidak berpatutan untuk memikirkan bahawa tahap puas hati boleh kekal tinggi ketika kadar inflasi, ketidaktentuan ekonomi semasa berserta isu-isu sosiopolitik semasa mengasak pengundi secara berterusan.

"Ini ialah kerana sentimen pengundi sentiasa berubah-ubah terlebih sekali apabila berlakunya sesuatu peristiwa besar yang diberi liputan meluas oleh media," katanya.

Ibrahim menjelaskan, jika dilihat pada penemuan Merdeka Center masa lalu, penemuan kajian sememangnya mencerminkan sentimen semasa seperti contoh kajian pada pertengahan 2006, yang telah pun menunjukkan bahawa sokongan pengundi Cina telah beralih pada pembangkan, serta sentimen pengundi sebelum pilihan raya umum 2008.

DAP mahu siasatan sama ada misi Somalia patuh ciri keselamatan

Posted: 03 Sep 2011 05:49 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – DAP mahu pihak berkuasa mengadakan satu siasatan berhubung tragedi kematian membabitkan wartawan Malaysia di Somalia semalam bagi mengenal pasti jika wujud "jurang dalam pelaksanaan aspek keselamatan."

Jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor terbunuh kerana tembakan peluru sesat di Mogadishu manakala jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan cedera di tangan dan dilaporkan stabil.

Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong berkata, pihaknya berkongsi kesedihan dan mengucapkan takziah atas situasi dialami keluarga Allahyarham Noramfaizul, tetapi mahukan satu siasatan dilakukan.

"Semangat Allahyarham dan pasukan media yang bertugas mengiringi lawatan Kelab Putera 1Malaysia dan Bakti tersebut amat disanjungi kerana keberanian mengharungi cabaran atas amanat sebagai anggota media.

"Namun, DAP ingin menegaskan bahawa pihak penganjur misi ke zon bahaya seperti Somalia perlu mengambil serius segala protokol keselamatan terhadap anggota rombongan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Angkatan Warga Aman Malaysia S Barathidasan pula berkata, tragedi terbaru ini menunjukkan bahawa misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ada kecacatan dalam mempromosikan agenda BN-Umno.

"Adakah kelab itu benar-benar tahu apa yang berlaku di Somalia sekarang? Kami juga rasa sedih dengan tragedi yang dialami jurukamera kita dan keluarga mereka," katanya lagi.

Noramfaizul, 39 meninggal dunia selepas terkena tembakan peluru sesat di bahu kanan yang menusuk paru-parunya semasa pulang ke tempat kediaman selepas membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.

Beliau adalah antara 55 anggota misi tersebut yang berlepas ke Mogadishu, Somalia pada 28 Ogos lalu.

Tembakan itu dipercayai disasarkan ke arah trak tentera Kesatuan Afrika tetapi tersasar dan terkena pacuan empat roda yang dinaiki mangsa.

Kejadian pukul 5.15 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan bersama jurukamera TV3 selepas selesai membuat liputan di sebuah kem pelarian di ibu negara bergolak itu.

Pemuda PKR: Putrajaya perlu betulkan fakta sejarah, bukan lalai rakyat

Posted: 03 Sep 2011 05:41 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Di sebalik kontroversi kenyataan mengenai tragedi Bukit Kepong, kepimpinan pembangkang meneruskan desakan agar kerajaan pusat mendengar desakan rakyat agar membuka kembali lembaran sejarah supaya ia dapat diletakkan di tempat yang betul.

Justeru Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) menegaskan, selepas 54 tahun negara merdeka, generasi muda harus berani kembali menyingkap sejarah.

"Mengibar bendera dan melaung merdeka bukan penyelesaian mutlak. Sejarah yang cuba dikaburkan oleh pemerintah harus kembali dibuka dan dibahas agar yang hak diletakkan ditempat yang betul," kata beliau dalam satu kenyataan.

Kata beliau, mutakhir ini berlaku polemik mengenai sisi-sisi sejarah yang berbeza daripada nukilan teks sejarah di sekolah.

Melihat kepada latah sesetengah pimpinan Umno-BN yang melulu menghambur cemuhan, kata beliau, terbukti apa yang mereka mahu ialah rakyat Malaysia terus 'dibutakan' daripada melihat sejarah yang tersirat.

"Generasi muda Malaysia, semahunya dilalaikan dengan kibaran bendera dan laungan merdeka, tetapi tidak kepada membahaskan teks sejarah yang saban waktu diasak agar dikaji dan ditulis semula," katanya dalam mesej sempena tanggal 2 September, yang sinonim dengan detik permulaan reformasi 13 tahun lalu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini Ketua Umum PKR, dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 2 September dan disusuli daripada jawatan sebagai timbalan presiden Umno.

Pendirian ini juga dikeluarkan ketika kontroversi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, didakwa mengagug-agungkan komunis berhubunh tragedi Bukit Kepong terus diperkatakan.

Kata Shamsul Iskandar, adalah sesuatu yang malang apabila pemerintah, khususnya Umno-BN, lebih sanggup melihat rakyat buta sejarah berbanding memaknai kemerdekaan dengan penghayatan sejarah yang mendalam.

Tegas beliau, inilah akibatnya apabila nasionalisme ditakrifkan sebagai 'BarisanNasionalisme', bukan sayangkan negara mendahului hal-hal yang lain.

"Justeru, dalam sambutan Syawal, di saat umat Islam umumnya meraikan hari kemenangan, semangat yang sama juga harus dipupuk di kalangan rakyat Malaysia khususnya generasi muda berbilang kaum, untuk terus melakukan reformasi dengan memaknai kemerdekaan melalui pemahaman sejarah yang betul sekali gus memperbetulkan 'ketaatan membuta tuli' kepada ketaatan yang bijak," kata beliau lagi.

Malah tegas beliau, realitinya tanah air ini telah bebas daripada penjajahan British dan kuasa asing, tetapi masih terbelenggu dengan mentaliti politik sempit tajaan Umno-BN.

"Semoga ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 akan datang, akan menyaksikan Malaysia sepenuhnya merdeka, merdeka daripada anasir perkauman dan politik sempit," kata beliau lagi.

Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera

Posted: 03 Sep 2011 05:35 AM PDT

Mohamed Hadi al-Majwi


Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni".

Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.

Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini.

Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British.

Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera.

Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong.

Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis.

Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya.

Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut.

Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan.

Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.

Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan".

Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".

Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

Umno: Komponen BN perlu reda serah kerusi demi kekal kuasa

Posted: 03 Sep 2011 05:32 AM PDT


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu reda menyerahkan kerusi — yang mereka kalah tiga tahun lalu — untuk ditandingi oleh mana-mana parti bagi memastikan perikatan itu kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13.

Beberapa pemimpin Umno juga pernah memberi pandangan sedemikian sebelum ini. Spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 dijangka dipanggil dalam beberapa bulan ini.

Justeru, kata Shafie, kesemua parti dalam BN harus melihat aspek itu dari kerangka realistik bagi mengelakkan situasi tiga tahun lalu.

"Apa juga kita lakukan perlu ada fleksibiliti bagi membolehkan BN menang di kawasan itu sama ada melalui pendekatan pertukaran kerusi atau sebagainya.

"Setiap parti komponen perlu meredakan sesuatu kerusi itu ditandingi oleh mana-mana pihak yang boleh memenangi pilihan raya," kata anggota Kabinet kerajaan pusat ini dalam temu bual dengan Utusan Malaysia hari ini.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Umno menang di 79 kerusi Parlimen, manakala Gerakan (dua), LDP (satu), MCA (15), MIC (tiga), PBB (14), PBRS (satu), PBS (tiga), PRS (enam), SAPP (tiga), SUPP (enam) dan UPKO (tiga).

Di peringkat Dewan Undangan Negeri, Umno menguasai 239 kerusi, Gerakan (tiga), LDP (dua), MCA (32), MIC (tujuh), PBRS (satu), PBS (12), SAPP (lima) dan UPKO (enam).

Bagaimanapun SAPP, parti komponen dari Sabah, telah keluar BN pada penghujung 2008.

Pada pilihan raya umum tiga tahun lalu Gerakan, MCA dan MIC mengalami kekalahan teruk.

Parti-parti itu pernah dicadangkan agar menyerahkan kerusi mereka yang kalah kepada Umno untuki ditandingi pada pilihan raya umum ke-13.

Shafie, pemimpin dari Sabah berkata, "kita tidak boleh menegakkan benang yang basah dengan mendakwa ini kawasan tradisi parti kami sedangkan rakyat mahu calon yang baru. Semua pihak dalam komponen BN kena terbuka dan kita mesti meletakkan calon yang boleh menang."

Sehubungan itu kata beliau, kalau parti komponen berterusan "cuba menegak benang yang basah, tidak akan menang kita dalam pertarungan selepas ini."

Pun begitu kata beliau, usaha ini perlu berteraskan semangat perkongsian kuasa.

"Kalau semua kerusi Umno bolot mana boleh. Kita mesti bertimbang rasa," katanya.

Menjawab soalan sejauh mana MCA dan Gerakan yang dilihat kritikal dapat membantu BN mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum akan datang, Shafie berkata, parti komponen perlu menerima hakikat bahawa mereka berhadapan dengan cabaran getir.

"Belum pernah dalam sejarah sokongan pengundi pudar kepada parti komponen tetapi dalam pada itu, ada juga yang meningkat," katanya.

"Sokongan masyarakat India kepada MIC meningkat berbanding dengan dahulu tetapi dalam senario sekarang, semua parti komponen termasuk Umno sendiri harus berpegang pada kenyataan bahawa kalau kita nak terus memerintah selepas pilihan raya umum nanti, kita harus letak calon yang dikehendaki oleh pengundi," katanya lagi.- Malaysian Insider

Presiden Somalia kesal dengan kematian jurukamara BernamaTV

Posted: 03 Sep 2011 05:30 AM PDT


PUTRAJAYA - Presiden Somalia Sharif Sheikh Ahmed menyampaikan ucapan takziah dan kekesalan beliau atas kematian Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, yang terbunuh kerana tembakan peluru sesat di Mogadishu pada Jumaat.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata ucapan takziah itu disampaikan oleh presiden berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pemimpin Somalia itu menghubungi Najib.

Anifah berkata kerajaan Somalia juga memberi jaminan untuk menjalankan siasatan dan laporan yang menyeluruh berhubung insiden pahit tersebut.

"Menteri Dalam Negeri Somalia telah menjanjikan kita (kerajaan Malaysia) siasatan serta laporan yang rapi. Presiden Somalia telah menghubungi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menyampaikan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarham (Noramfaizul) serta kekesalan beliau di atas kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noramfaizul, 39 meninggal dunia pukul 11 malam waktu Malaysia pada Jumaat selepas terkena tembakan peluru sesat di bahu kanan yang menusuk paru-parunya semasa pulang ke tempat kediaman selepas membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.

Beliau adalah antara 55 anggota misi tersebut yang berlepas ke Mogadishu, Somalia pada 28 Ogos lepas.

Anifah berkata kawalan keselamatan di hotel penginapan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia juga telah dipertingkatkan.

Katanya persediaan sedang dilakukan untuk membawa pulang jenazah Allahyarham dan kesemua anggota misi itu dengan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dijangka tiba di tanah air pada pagi esok.

Anifah berkata pihak keselamatan Somalia juga telah berjanji akan memberikan kawalan ketat bagi perjalanan misi Malaysia dari tempat penginapan ke lapangan terbang.- Bernama

'Saya tak dapat terima rakan saya tiada lagi...'

Posted: 03 Sep 2011 05:26 AM PDT

Khairulanuar Yahaya


"Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami, hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima," kata wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya.

noramfaizul mohd norBeliau dan Noramfaizul (kiri), 39 adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air esok.

Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu.

Berikut catatannya:

Saya duduk di bahagian paling hadapan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3 Aji Saregar Mazlan yang turut cedera.

somalia war deserted streetKejadian berlaku dengan sekelip mata ketika kenderaan kami membelok ke kiri untuk masuk ke persimpangan asrama.

Saya mendengar dua das tembakan, diikuti kenderaan perisai pasukan pengaman Kesatuan Afrika melepasi kami. Beberapa detik kemudian, saya mendengar rakan media menjerit nama jurukamera saya yang tercedera.

Keadaan menjadi begitu kelam-kabut, dan saya melihat Noramfaizul yang rebah telah dibawa keluar dari kenderaan dan diberi rawatan di asrama tempat kami tinggal selama lima hari di Mogadishu.

Noramfaizul cedera di bahagian bahu sebelum diberitahu beliau turut cedera di bahagian paru-paru dan meninggal dunia kira-kira 6 petang waktu tempatan (kira-kira 1 tengah hari waktu Malaysia).

somalia soldiers on truck 1Jenazah dibawa pulang ke Malaysia pada Sabtu menaiki pesawat Charlie C-130 pada pukul 8.15 pagi waktu tempatan (kira-kira 3.15 pagi waktu Malaysia) bersama-sama anggota misi lain dan dijangka tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 9 pagi esok.

Selain Somalia, Allahyarham sebelum ini pernah mengikuti tiga misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia.

Dua misi bersama-sama saya sebagai wartawan membuat liputan mangsa kekejaman Israel di Gaza dan liputan bantuan kemanusiaan membantu mangsa banjir di Pakistan, tahun lepas serta misi kemanusiaan ke New Zealand membantu mangsa bencana gempa bumi awal tahun lalu.

Al-Fatihah buat saudaraku, Allahyarham Noramfaizul. - Bernama

Anak Taib tak perlu restu bapa bagi bertanding

Posted: 03 Sep 2011 05:25 AM PDT

MALAYSIA KINI


Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau tidak perlu memberikan restu kepada anak sulung lelakinya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, yang membayangkan minatnya untuk bertanding di kerusi parlimen Kota Samarahan pada pilihan raya umum akan datang.

sarawak chief minister taib mahmud cast his ballot vote 1Taib yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) berkata terpulanglah kepada Bekir, yang kini adalah timbalan pengerusi Cahya Mata Sarawak (CMS), untuk menentukan masa depan politik beliau.

"Beliau boleh berkhidmat dalam banyak kapasiti. Saya tidak boleh menentukan masa depan karier anak-anak saya tetapi mereka perlu bekerja keras dalam arah yang mereka pilih dan mengenali lebih ramai orang," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar di Demak Height di Kuching malam tadi.

Taib berkata beliau menawarkan Bekir peluang untuk menggantikan beliau sebagai ADUN Muara Tuang, 10 tahun lalu tetapi beliau menolaknya.

"Jadi, biarlah beliau menukar fikirannya dan lihat betapa seriusnya beliau," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Bekir baru-baru ini bahawa beliau berminat menggantikan adik lelakinya, anggota parlimen Kota Samarahan Datuk Seri Sulaiman Taib, yang berhasrat untuk mengundurkan diri.

NONEPada Selasa lalu, Bekir yang menjadi anggota PBB cawangan Kuching sejak beliau berumur 19 tahun, telah mengumumkan minatnya dalam politik tetapi ketua menteri itu belum membayangkan apa-apa kepada beliau.

Sulaiman adalah antara beberapa anggota parlimen daripada parti tulang belakang campuran BN negeri itu diramal tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau bertanding di kerusi Kota Samarahan pada pilihan raya umum lalu nuntuk menggantikan Taib.

Pada pilihan raya umum 2008, PBB menang semua 14 kerusi yang ditandingi sementara parti komponen BN lain - Parti Rakyat Sarawak (PRS) (enam), SUPP (lima) dan Parti Demokratik Maju Sarawak (SPDP) (empat).- Bernama

Lagi pemimpin Umno tuntut kerusi tambahan di Sabah

Posted: 03 Sep 2011 05:24 AM PDT

MALAYSIA KINI


Cadangan mewujudkan kerusi baru bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat, kata ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin.

bung mokhtar parliament 080708 02Menurut beliau ia mampu membantu mempercepatkan lagi pembangunan di negeri ini yang mempunyai keluasan yang besar serta membantu kepada penyampaian dan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat terutama penyediaan kemudahan asas.

Pewujudan kerusi baru itu tidak seharusnya dilihat sebagai agenda untuk memenangi pilihan raya umum akan datang tetapi apa yang penting adalah pembangunan rakyat dapat ditingkatkan, katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis rumah terbuka Umno Bahagian Kinabatangan di Sandakan, hari ini.

Beliau berkata perbincangan semua pihak berhubung perkara tersebut perlu dalam memastikan pewujudan kerusi baru di sesuatu kawasan tidak disalah erti oleh sesetengah pihak.

Bung Moktar berkata mengambil contoh di kawasan beliau sendiri iaitu Kinabatangan yang mana keluasannya sama seperti negeri Pahang dan hanya mempunyai dua kawasan DUN iaitu Sukau dan Kuamut serta satu Parlimen iaitu Kinabatangan.

Katanya sudah semestinya dengan keluasan Parlimen Kinabatangan memerlukan satu kerusi DUN tambahan bagi memastikan kepentingan rakyat sentiasa terbela selaras dengan kapasitinya.- Bernama

Ketua Biskop: Pastikan reformasi sebelum PRU-13

Posted: 03 Sep 2011 05:11 AM PDT

MALAYSIA KINI


Kerajaan perlu memastikan bahawa pembaharuan pilihan raya dimulakan dan diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang diadakan, kata Ketua Biskop Roman Katolik Malaysia, Tan Sri Murphy Pakiam.

archbishop murphy pakiam and pm najib razak"Sebagai rakyat Malaysia, kami berkongsi visi yang sama untuk melihat sebuah negara Malaysia yang lebih baik.

"Kami menyeru kerajaan untuk memastikan pembaharuan dalam proses pilihan raya dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan.

"Memandangkan pentingnya pembaharuan ini, proses itu perlu dimulakan dan diselesaikan sebelum pilihan raya umum yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pakiam, yang juga adalah presiden Persidangan Biskop Katolik Malaysia, berkata adalah "menggembirakan" bahawa kerajaan terbuka mendengar dan mempertimbangkan cadangan daripada pelbagai sektor masyarakat mengenai isu berkenaan.

"Desakan untuk pembaharuan itu bertujuan memastikan pilihan raya yang bebas dan adil," katanya.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas parlimen bagi pembaharuan pilihan raya, selepas menerima tekanan hebat daripada masyarakat awam, terutamanya daripada gabungan NGO BERSIH 2.0.

Namun, perdana menteri terus dibidas apabila beliau mengumumkan bahawa pilihan raya umum akan datang boleh diadakan "pada bila-bila masa" tanpa perlu menunggu kawatankuasa khas itu menyelesaikan tugas mereka.

Minggu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dikritik kerana berkata mereka mungkin tidak akan menerima ataupun melaksanakan semua cadangan jawatankuasa berkenaan.

NONEBERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu menganjurkan perhimpunan besar-besaran membabitkan ribuan rakyat yang berarak sekitar Kuala Lumpur bagi menuntut pembaharuan pilihan raya. Menurut badan itu, adalah "sia-sia" membubarkan dewan Rakyat sebelum cadangan jawatankuasa khas itu dilaksanakan.

MB Azizan: Saya masih mampu, akur jika PAS nak tukar

Posted: 02 Sep 2011 05:12 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menegaskan bahawa kesihatan beliau berada dalam keadaan baik dan mampu menjalankan tanggungjawabnya mengurus pentadbiran negeri dengan sempurna.

"Nak ada pemangku buat apa? Ni dah keluar (hospital) dan semua sihat dah," kata beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang menyatakan kepimpinan PAS sedang mengambil tindakan untuk menggantikannya disebabkan keadaan kesihatan Azizan yang kurang baik selepas diserang sakit jantung Julai lalu.

Menurut laporan itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan akan menghadap Sultan Kedah berhubung peralihan kepimpinan kerajaan negeri itu.

Dipetik Bernama Online, Azizan (gambar) berkata, sekiranya kepimpinan PAS ingin berbuat demikian ia seharusnya dilakukan sewaktu beliau mula-mula jatuh sakit dahulu dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), bukannya sekarang.

Menteri Besar itu berkata beliau bagaimanapun akur sekiranya kepimpinan PAS membuat keputusan untuk menggantikannya.

"Saya tak minta jadi Menteri Besar, depa yang suruh... kalau depa suruh berhenti, esok pun tak pa," katanya ketika ditemui semasa menziarahi keluarga Pegawai Daerah Kota Setar Datuk Abdul Rahman Ahmad, yang meninggal dunia semalam, di sini.

Pakatan pertahan Mat Sabu, dakwa Umno-BN palsukan sejarah

Posted: 02 Sep 2011 05:11 PM PDT


KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat mempertahankan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) dalam isu kontroversi berkaitan kenyataan mengenai tragedi Bukit Kepong, sebaliknya mendakwa Umno-BN secara sistematik 'memalsukan' sejarah Malaysia.

"Kami juga mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh 'pihak yang menang', yang dalam kes ini ditulis oleh Kerajaan Umno-BN dan perkakas propaganda mereka.

"Dalam hal ini, kami ingin memberikan kritikan tegas terhadap usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk 'memalsukan' sejarah Malaysia, agar hanya sumbangan Umno dan sekutu mereka yang diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan," kata kepimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kenyataan dikeluarkan oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Komunikasi

Nik Nazmi Nik Ahmad dan setiausaha antarabangsa DAP Liew Chin Tong.

Dengan memetik kenyataan Winston Churchill pernah berkata bahawa "sejarah ditulis oleh pihak yang menang", kata mereka, di Malaysia, bukan sahaja sejarah malah berita semasa juga ditulis mengikut skrip mereka yang berkuasa.

"Beberapa hari kebelakangan ini, media milik BN telah menyerang Mat Sabu secara berterusan sebagai seorang simpatisan komunis.

"Mereka telah memfitnahnya sebagai mengagung-agungkan pengganas komunis yang menyerang polis di dalam tragedi Bukit Kepong," kata mereka dalam kenyataan itu.

Pemimpin Pakatan Rakyat ini berkata kedua-dua dakwaan itu tidak benar sama sekali.

"Kami percaya Saudara Mat Sabu tidak berkata demikian dan secara tegas mengutuk putar belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan dan media Umno.

"Pertama sekali, Mat Sabu tidak sekali-kali menyebut tentang komunis ataupun PKM. Kedua, usahanya untuk menarik perhatian terhadap sejarah sebenar yang luas telah diputarbelitkan," katanya lagi.

Justeru kata mereka, pihaknya mahu menegaskan bahawa mereka tidak mempersoalkan sebab Mohamad cuba menimbulkan persoalan terhadap naratif sejarah negara.

"Tetapi kami secara serius mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu helah dengan niat yang jahat," kata kenyataan mereka.

Kata mereka, apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?

"Bagaimana dengan pertubuhan dan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Mereka merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu.

"Kita juga mempunyai Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).

"Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka, malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara," tambah kenyataan.

Ketiga-tiga pemimpin ini berkata, harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara, kata beliau.

"Bukankah pengorbanan tokoh-tokoh menentang penjajah seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi juga mesti disertakan?

"Tetapi pemimpin Utmno idak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis Umno ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan," kata kenyataan mereka.

Malah tambah mereka, "hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia menerusi tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, antikolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh kerajaan Perikatan/BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis."

Tegas mereka, buku-buku sejarah negara bukan sahaja kehilangan satu atau dua bab, tetapi satu sejarah yang selari tetapi telah berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara.

"Jelas sekali lagi bahawa Umno mempunyai kepentingan untuk mengekalkan versi sejarah mereka memandangkan ini menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka, malah menutup tipuhelah mereka untuk menindas pihak lawan dan penentangan sah setelah lima dekad berkuasa.

"Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mat Sabu tidak salah dalam usaha mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara," kata mereka sambil menambah, yang menjadi kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi sekian lama oleh perkakas propaganda Kerajaan Umno-BN.

Populariti Najib: Merdeka Center pertahan kajian, bukan ‘pendapat peribadi kami’

Posted: 02 Sep 2011 05:08 PM PDT


KUALA LUMPUR — Merdeka Center mempertahankan hasil kajian pihaknya mengenai populariti kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, yang diumumkan Isnin lalu, sambil menegaskan reaksi 'dingin' pemimpin-pemimpin Umno memang sudah dijangkakan.

Hasil kajian terbaru itu menunjukkan populariti Najib terus merosot, antara lain disebabkan isu inflasi dan cara menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai lalu.

Sehubungan itu Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata, "kami sememangnya menjangka akan ada pihak yang akan mempertikai penemuan kajian tersebut, oleh yang demikian kami telah meneliti dan menyemak keputusan tersebut beberapa kali sebelum menyiarkannya."

Kata beliau, pihaknya reaksi sedemikian sebagai satu proses di mana mutu perdebatan awam dapat dipertingkatkan menerusi penyiaran hasil penjejakkan pendapat umum sebagai suatu input berasaskan penemuan dan bukannya pendapat peribadi semata-mata.

Ibrahim diminta mengulas mengenai pendirian sebahagian pemimpin Umno yang melahirkan rasa tidak senang dan tidak dapat menerima hasil kajian tersebut.

Sebagai contoh, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) berkata, kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri diterima majoriti rakyat di negara ini.

Rais berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan Perdana Menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti Perdana Menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

"Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri," katanya.

Kajian terbaru Merdeka Centre mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Ibrahim berkata, bagi menjawab persoalan berhubung ketepatan dan metodologi kajian, ia merupakan kaedah yang sentiasa Merdeka Centeri gunakan - persampelan strata secara rawak — yang memastikan pemilihan responden dilakukan secara rawak agar dapat mengurangkan bias, tetapi dikawal bagi memastikan ia mencerminkan profil pemilih berasaskan daftar pemilih Disember 2010 menurut kaum, negeri, jantina dan kumpulan umur.

"Ketepatan kajian sebenarnya berasaskan sejauh mana sampel mewakili taburan penduduk yang dikaji dan bukannya jumlah responden.

"Oleh itu kami sangat cermat dalam memastikan para responden yang ditemu bual mewakili taburan pengundi setelah mengambil kira batasan kaedah temu bual (telefon)," kata Ibrahim sambil menambah, ia kaedah yang telah "kami gunakan semenjak tahun 2003 lagi dan merupakan pendekatan yang menemui tahap puas hati kepada perdana menteri (Najib) adalah 72 peratus pada bulan Mei 2010."

Ibrahim juga berkata, pihaknya juga memahami tentang keperluan politik dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat dan hasil kajian ini tidak mencerminkan apa-apa melainkan sentimen rakyat terhadap subjek tersebut sewaktu kajian dilakukan.

". . . apa yang perlu diambil dari penemuan tersebut adalah merangka kaedah bagaimana keadaan tersebut dapat diubah seperti contoh, meningkatkan tahap puas hati serta mutu perkhidmatan kepada rakyat," kata Ibrahim lagi.

Malah katanya, secara umum, hasil kajian yang menunjukkan tahap puas hati pada Najib berada pada 59 peratus merupakan kedudukan yang masih positif dan selesa.

"Tetapi adalah agak sukar serta tidak berpatutan untuk memikirkan bahawa tahap puas hati boleh kekal tinggi ketika kadar inflasi, ketidaktentuan ekonomi semasa berserta isu-isu sosiopolitik semasa mengasak pengundi secara berterusan.

"Ini ialah kerana sentimen pengundi sentiasa berubah-ubah terlebih sekali apabila berlakunya sesuatu peristiwa besar yang diberi liputan meluas oleh media," katanya.

Ibrahim menjelaskan, jika dilihat pada penemuan Merdeka Center masa lalu, penemuan kajian sememangnya mencerminkan sentimen semasa seperti contoh kajian pada pertengahan 2006, yang telah pun menunjukkan bahawa sokongan pengundi Cina telah beralih pada pembangkan, serta sentimen pengundi sebelum pilihan raya umum 2008.

Majlis Hari Raya di seluruh Kelantan esok

Posted: 02 Sep 2011 05:03 PM PDT

Aslani M


KOTA BHARU: Rakyat di seluruh Kelantan berpeluang bertemu pemimpin PAS dan wakil-wakil rakyat pada sambutan hari terbuka sempena Aidilfitri yang akan diadakan di 14 kawasan parlimen esok.

Berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini, di mana rumah terbuka PAS hanya diadakan di Kota Bharu sahaja.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Zulkifli Mamat berkata, sambutan hari terbuka itu akan diadakan di seluruh Kelantan bagi membolehkan rakyat hadir tanpa perlu bersusah payah datang ke Kota Bharu.

"Sebelum ini hari terbuka hanya diadakan di sini, namun tahun ini program itu diadakan di seluruh kawasan parlimen bagi membolehkan lebih ramai penduduk hadir.

"Program ini merupakan satu tradisi bagi mendekatkan lagi rakyat dengan pemimpin. Mereka datang sambil menjamu selera di samping merapatkan lagi hubungan silaturahim," katanya di sini.

Sambutan hari raya PAS itu diadakan mulai jam 12 tengahari sehingga 3 petang. Di Kota Bharu diadakan di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV.

Di Pasir Mas di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, di Machang di perkarangan pejabat PAS, di Gua Musang di pejabat PAS kawasan. Begitu juga di kawasan-kawasan lain.

Bagaimanapun berlainan di Bachok di mana majlis hari raya diadakan di setiap Dun iaitu Jelawat, Perupok dan Tawang.

Orang ramai yang hadir boleh menikmati pelbagai juadah raya termasuk lemang, ketupat dan makanan tradsional Kelantan.

Pemimpin PAS di setiap kawasan dengan diketuai Yang Dipertua akan meraikan tetamu yang hadir.

"Saya berharap orang ramai hadir beramai-ramai pada majlis berkenaan bagi merapatkan hubungan silaturahim dengan bertemu mata dengan pemimpin mereka," kata Zulkifli.

Ucapan raya: PAS pertikai slot istimewa untuk Rosmah

Posted: 02 Sep 2011 04:58 PM PDT

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR: Slot ucapan hari raya khusus untuk Datin Seri Rosmah Mansor adalah paling istimewa untuk seorang isteri Perdana Menteri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dan bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, ia mungkin untuk menceriakan kembali tahap penerimaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merudum teruk.

"Sebelum ini, tidak ada mana-mana isteri Perdana Menteri yang mendapat slotnya sendiri untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya. Sebelum ini, hanya Perdana Menteri sahaja yang mendapat slot seperti itu.

"Rosmah adalah orang pertama dalam sejarah yang mendapat slot khas untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya selain Perdana Menteri," katanya.

Mahfuz tidak menolak kemungkinan Rosmah sendiri yang memaksa supaya diberikan slot khas untuknya sendiri bagi memberikan ucapan selamat Hari Raya.

"Maklumlah kuasanya besar sebagai isteri Perdana Menteri," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil merujuk kepada begitu banyak tuduhan yang mendakwa Rosmah lebih berkuasa dari Perdana Menteri sendiri.

Jika benar Rosmah yang memaksa supaya diberikan slot khas itu kepadanya, Mahfuz tidak menolak kemungkinan isteri Perdana Menteri itu menuntut slot sedemikian untuk memuaskan kehendaknya sendiri.

Tetapi dengan sinis Mahfuz berkata, mungkin juga Rosmah menuntut slot khas itu untuk memulihkan tahap puas hati (approval rating) terhadap Najib yang merudum ke tahap paling teruk sejak September 2009.

"Mungkin bila slot ucapan hari raya Najib dan slot yang khusus untuk Rosmah dipaksakan berkali-kali kepada mereka yang menonton TV sepanjang Hari Raya, tahap puas hati kepada Najib akan naik 95 peratus," sindir Mahfuz (gambar).

Dengan sinis juga beliau menyatakan bahawa beliau sangat berharap orang ramai tidak merasa loya apabila tidak henti-henti dipaksa menonton slot-slot ucapan mereka.

Tahap puas hati terhadap Najib merudum sehingga 59 peratus, yang paling rendah sejak beliau menjadi Perdana Menteri.

Menurut soal selidik yang dikendalikan oleh Merdeka Center antara 11 hingga 27 Ogos 2011 ke atas 1,027 orang responden, tahap puas hati kepada Najib memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2010, malah jatuh sebanyak 6 peratus kepada 59 peratus - buat kali pertama di bawah paras 60 peratus dalam tempoh dua tahun, sejak September 2009.

Najib mencatat kemuncak popularitinya di paras 72 peratus pada Mei 2010, dan selepas itu terus merudum dan merudum.

Berdasarkan kaum, tahap puas hati terhadap Najib di kalangan orang-orang Melayu jatuh ke bawah paras 70 peratus, buat kali pertama sejak Disember 2009.

Tahap puas hati di kalangan kaum Cina pula merudum kepada 38 peratus, 11 peratus lebih rendah berbanding hasil soal selidik tiga bulan yang lalu.

Menurut Merdeka Review, penurunan tahap puas hati dari kalangan Cina mungkin sesuatu yang diduga, namun asakan retorik perkauman terhadap kaum Melayu nampaknya tidak memberi kesan positif untuk Najib - sesuatu yang mungkin di luar jangkaan ramai.

Dari kesemua responden dalam soal selidik itu, 51 peratus daripada mereka tidak terdedah kepada maklumat internet, dan hanya 29 peratus responden mendapat pendidikan tinggi.

Permohonan maaf Kompas belum selesai

Posted: 02 Sep 2011 04:56 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Selepas lebih 10 hari berlalu, isu akhbar Indonesia, Kompas, memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak belum reda kerana permohonan itu tidak berlaku sebagaimana biasa.

Ini kerana, menjadi amalan biasa akhbar yang memohon maaf akan menyiarkan penyataan minta maaf itu dalam bentuk penyataan atau iklan dan menarik balik berita yang dikatakan salah itu.

(Laporan Kompas pada 4 Ogos 2011)

Namun sehingga kini, ia tidak berlaku. Tidak ada penyataan permohonan maaf dalam bentuk iklan dan tidak ada penyataan menarik balik berita awal yang dikatakan salah itu dari Kompas.

Antara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan "mafia Rusia".

Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.

Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani "kehidupan yang penuh kontroversi", dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene.

Menurut penulis, perjanjian yang mencurigakan itu antara faktor yang membawa kepada pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Bernama pada 21 Ogos lalu memaklumkan, Kompas telah memohon maaf dari Perdana Menteri.

"Akhbar utama Indonesia, Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas laporan tidak tepat yang disiarkan.

Permohonan maaf itu turut disusuli siaran laporan yang menafikan semua tuduhan terhadap Perdana Menteri dan isteri.

Kompas, akhbar paling besar di Indonesia, hari ini menyiarkan laporan khas pasal Datuk Seri Najib.

Malah dalam laporan ini pula, Kompas menyatakan permohonan maaf ke atas laporan yang disiarkan 4 Ogos lepas.

Atas pemberitaan tersebut, pemimpin redaksi Kompas, Rikard Bangun, Sabtu 20 Ogos, di Jakarta secara khusus menyatakan permohonan maafnya kepada kepala negara dan keluarga.

Dalam laporan itu pula Kompas menyatakan bahawa Datuk Seri Najib menafi ke atas laporan yang mengandungi tiga tuduhan.

Antaranya isu pasal cincin berlian berharga ASD24 juta yang melibatkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bagaimanapun, laporan yang tidak benar itu telah mengganggu dan berdampak luas di dalam negara.

Ia pula dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu di Malaysia
." lapor Bernama.

Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.

Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.

Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.

Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.

Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".

Namun, bagi Malaysiakini, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh – ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'.

Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.

Pelancong maut selepas teksi terbabas

Posted: 02 Sep 2011 04:53 PM PDT


KUANTAN - Seorang pelancong warganegara Arab Saudi maut selepas teksi yang dinaiki bersama dua rakannya terbabas ketika menuruni bukit dan selekoh tajam di Kilometer 4.7 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian pada 10.30 malam itu, mangsa, Abu Bakar Abdullahi Mohamad, 17, bersama dua rakannya yang berusia lingkungan 20-an sedang dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke ibu kota.

Beliau berkata, setiba di tempat kejadian, teksi yang dipandu lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit lalu terbabas sebelum merempuh penghadang jalan di sebelah kanan.

"Ekoran itu, mangsa yang duduk di bahagian hadapan tercampak keluar dari teksi dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Katanya, pemandu teksi terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka, manakala dua rakan mangsa yang turut cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya," katanya.- Kosmo

Posted: 02 Sep 2011 04:50 PM PDT

Anwar, selangkah lebih hampir sebagai Perdana Menteri

Iskandar Dzulkarnain, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Terdapat kecenderungan untuk perkara-perkara kontroversi di negara ini. Setiap perkara kecil akan di perbesar-besarkan. Setiap kenyataan,setiap kesilapan dalam mengeluarkan kata-kata, akan digunakan terhadap seseorang, terutama jika individu tersebut dari pihak pembangkang. Mana –mana isu yang dipaparkan oleh media utama atau MSM, maka semua akan mencetuskan haru –biru dan memperkatakan tentang isu tersebut.

Terbaru, ucapan pemimpim PAS, Mat Sabu di Pulau Pinang telah mencetuskan kacau bilau dalam neagra. Sekurang-kurangnya 49 lapuran polis dibuat dan pemimpin-pemimpin BN bersatu menghentam ucapan tersebut. Pihak polis mahu menyoal siasat beliau Timbapan PM Muhyiddin Yassin menggesa beliau supaya bertaubat dan berhenti dari bercakap bohong. Walau bagaimana pun kecohnya 'drama' tersebut, berikan masa 1 bulan lagi, tiada siapa yang akan ingat apa yang kononnya telah dikatakan oleh Mat Sabu dalam ucapannya.

Hal yang sama berlaku terhadap isu 'Allah', isu kitab Injil Bahasa Melayu dan Perdana Menteri Kristian. Semuanya amat kecoh di awalnya tetapi kemudian berlalu dalam diam.

Usaha menjatuhkan Anwar

Penglibatan pemimpin pembangkang,Anwar Ibrahim dalam klip video seks adalah lebih menarik. Video Datuk T tersebut lebih menggemparkan dari gabungan semua isu-isu lain. Ketiga-tiga dalam trio tersebut telah di dakwa,walaupun hukuman nya sekadar hukuman ringan.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, kerajaan masih mencuba mengatakan yang Anwar bersalah, walaupun di mata masyarakat, ianya ialah sebuah usaha yang gagal untuk menjatuhkan pemimpin pembangkanag tersebut.hampir tiada siapa lagi yang menyebut isu tersebut, kecuali mereka yang menggeleng kepala dan mengutuk budaya korup UMNo yang dituduh mereka-reka video tersebut.

Faktor mengejutkan ialah pendedahan dari beks duta AS ke Malaysia John Malott mmenguatkan lagi kesangsian yang ada di kalangan masyarakat Malaysia.

Malott memaklumkan terdapat satu pakatan politik untuk menghapuskan Anwar, dan bagaimana orang kanan Perdana Menteri Najib Razak,Razak baginda telah memberitahu kepada seorang pegawai senior di kedutaan,:keputusa telah dibuat,mereka akan nuke Anwar sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi di arena politik".

Seorang pegawai cawangan khas memberitahu pegawai atasan kedutaan bahawa kami akan terus menerus mendakwa Anwar supaya beliau dipenjarakan untuk 100 tahun lagi.

Masih jauh dihadapan pencabarnya

Sehingga hari ini Anwar masih teguh berdiri.

Beliau mungkin diancam dengan lebih teruk dan dikaitkan dengan dakwaan meliwat pusingan kedua oleh kerajaan Najib yang mungkin menghalang beliau dari kembali ke arena politik . jangan silap, Anwar, 64 tahun lebih hebat, manakala musuhnya yang berusia 58 tahun ,Najib Razak, semakin merudum. Pendapat umum terbaru mengejutkan ramai bila mana dilapurkan populariti Najib telah menurun sebanyak 6% kepada 59% dalam masa 3 bulan sahaja.

Permainan ini dipanggil kelayakan, permainan roller coaster jatuh bangun dimana hanya yang kuat akan berjaya. Ianya sesuatu yang perlu dipelajari oleh UMNO dan ahli politik baru.tiada pelajaran yang lebih baik dari saga 1998 dan 2008 Anwar lawan Najib lawan Mahathir.

Kelayakan sejati akan mengatasi kontroversi,samada yang benar atau yang di ada-adakan. Dan tidak ada public relation semahal mana yang dapat membetulkan kelayakan yang silap atau palsu, akibat dari hipokrasi dan ketidakjujuran.

Walaupun berada di kedudukan yang lebih baik dan kuasa yang dimiliki dengan jawatannya, Najib gagal dan hampir disingkir dari kepimpinan UMNO oleh teman2 seperjuangan nya termasuk Muhyddin.kenapa?Kerana Najib gagal memnuhi tugasnya dan lebih buruk lagi, berkali kali beliau gagal memenuhi janjinya keapda rakyat, dari Model ekonomi baru keapda kes kematian Teoh beng Hock dan yang terbaru, rally Bersih 2.0.

Anwar pula, walaupun berbagai rebut melanda akibat kes liwat II dan clip video Datuk T, masih berdiri

utuh dengan polisinya. Beliau telah menunjukkan kewibawaannya, keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi. Bukan sesuatu yang pelik baginya walaupun beliau mungkin berhadapan dengan hukuman penjara akibat dakwaan meliwat, Anwar dilihat sebagai semakin hampir untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas pilihanraya umum ke 13.

Bakal PM, satu kemungkinan

Tidak disangkal lagi bahawa popularity Anwar semakin bertambah kukuh, bukan hanya di mata masyarakat di Barat, malah juga di Timur. Anwar dikaitan dengan kebangkitan rakyat Arab di musim luruh terhadap rejim zalim seperti yang terbaru, kejatuhan Gaddafi di Libya, Mubarak di Mesir dan Ben Ali di Tunisia, yang di samakan dengan pimpinan UMNO-BN.

Ini adalah satu sebab lagi mengapa Najib dan UMNO amat takut kepada karisma Anwar dan mereka sedar walaupun ada krmungkinan berlaku perubahan jumlah pengundi sekiranya Anwar dipenjarakan, mereka masih merasakan perlunya untuk menghunban Anwar ke penjara . pernah menjadi hero orang melayu satu ketika dulu, bukan perkara sukar untuk Anwar untuk mendapatkan semual sokongan orang Melayu dan mereka melihat beliau sebagai pemimpin, walaupun berbagai serangan yang dibuat oleh MSM.

Kesilapan dalam menghukumnya untuk kes liwat II akan melengkapkan pusingan kejatuhan Anwar dari pucuk pimpinan atasan. Hukuman penjara akan membuatkan beliau dilihat sebagai hero yang lebih hebat kepada rakyat dan akan melonjakkan populariti nya yang amat ditakuti UMNO, terutama nya musuh utamanya Mahathir Mohamad dan pesaing terdekat untuk jawatan PM, Muhyddin Yassin.

Phobia Anwar dalam UMNO

Dalam pada itu, di dalam UMNO sendiri, Anwar phobia semakin bertambah teruk. Yang terlibat semakin panic, dan tidak sabar untuk menghapuskan nya.kehadiran nya terus mengganggu tidur lena mereka yang berkenaan.

Ini juga adalah salah satu sebab kenapa Anwar perlu member lebih perhatian kepada soalan keselamatan. Apabila kekalah bdalam PRU 13 semakin jelas dan tidak dapat di elakkan, senjaat UMNO pasti akan menjadikan Anwar sasarannya. Beliau dan ahli kelaurga nya juga telah menjadi sasaran ugutan bunuh. Terbaru, yang berlaku pada 9 Julai, dimana Anwar yang kelihatan terkejut, di jadikan sasaran oleh pegawai polis yang menembak gas pemedih mata ketika ralli Bersih.

Kemuncak Anwar phobia ialah pada pilihanraya kecil Permatang pauh 2008, dimaan Anwar menang walaupun kerajaan telah mengurangkan harga minyak, memerintahkan serbuan anti rasuh terhadap kerajaan Pakatan perak, dan kemunculan tuduhan liwat II.

Dari seorang professor pelawat, Anwar bergerak menjadi pemimpin pembangkang sepenuh masa.Dan ini menjadikan beliau musuh utama no 1. Bila beliau merancang ambil alih kuasa kerajaan persekutuan dengan 'defection' (berpaling tadah) pada 16 sept gagal, UMNO berpeluang untuk menghentam beliau dengan lebih hebat.

Keadaan terdesak dan langkah berjaga-jaga

Pada ketika ini, Najib yang terdesak mencuba segala jalan dan cara untuk menhalang.Tapi seharusnya pertahanan yang utama ialah terhadap kawan-kawan nya dalam UMNO daripada terhadap Anwar.

Bagaimanapun, Najib sedar jika Berjaya menghapuskan pengaruh Anwar, najib mungkin dapat meraih sokongan dalam UMNO dan mengalahkan timbalannya Muhyddin pada saat-saat akhir.

Mungkin sebab itulah, najib memilih Permatang Pauh sebagai lokasi Rumah Terbuka Hari raya 1Malaysia. Tiada kes klasik Anwar phobia yang lebih hebat dari ini,walaupun menteri penerangan Rais yatim berkata tiada motif disebaliknya.

Bagi Anwar, beliau perlu meningkatkan keselamatan beliau dan juga ahli keluarga. Keadaan terdesak sudah semakin hampir di Malaysia


SAMM Johor: Utusan Malaysia pemfitnah berlesen, Penyambung lidah fitnah di pagi Syawal

Posted: 02 Sep 2011 04:47 PM PDT

Ahmad Anwar Asyraf bin Ismail


Utusan Malaysia terus kekal dengan agenda membonsaikan fikrah orang Melayu seawal pagi 1 Syawal. Tanpa mengira umat Muslim yang baru sahaja selesai menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh barakah dan juga merayakan kemenangan mereka melawan hawa nafsu, Utusan Malaysia terus-terusan cuba mengelirukan orang Melayu dengan menerbitkan kenyataan dangkal berhubung isu cincin berlian Rosmah Mansor.

Utusan Malaysia cuba untuk mengelirukan orang-orang Melayu di kampung-kampung yang tidak mempunyai akses internet telah dengan sengaja menerbitkan kenyataan dari Anuar Shaari dengan membayangkan seolah-olah Che'gu Bard (gambar kiri) seorang penakut yang tidak berani untuk melaporkan isu cincin ini kepada SPRM.

Sedangkan hakikat yang diketahui oleh semua dan sudah pasti Ketua Pengarang Utusan Malaysia maklum mengenai perkara ini adalah Che'gu Bard melalui Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah pun membuat satu laporan SPRM pada 13 Julai 2011.

SAMM Negeri Johor sangat kesal dengan laporan Utusan Malaysia yang seolah-olah seperti "pencuri di siang hari", penyambung lidah fitnah sehinggakan pada ketika umat Islam sedang merayakan perayaan besar Aidilfitri mereka terus-terusan tergamak menjadi penyambung lidah fitnah dan memperbodohkan masyarakat Melayu tanpa rasa bersalah.

Sebagai sebuah akhbar yang sepatutnya memainkan tanggungjawab sosial membentuk fikrah masyarakat, tetapi sikap Utusan Malaysia yang tanpa segan silu terus menyebarkan berita yang tidak benar semata-mata untuk menutup pekung di dada pimpinan Pemerintah Negara adalah sangat pahit. Tambahan pula, dalam keadaan negara sedang menyambut ulangtahun Kemerdekaan, artikel terbitan Utusan Malaysia tersebut telah secara jelas menjajah pemikiran masyarakat melalui penulisan picisan.

Adakah Utusan Malaysia hari ini merupakan pengkagum Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler yang terkenal dengan prinsip "The Big Lie" iaitu satu prinsip yang menyatakan bahawa sesuatu fitnah, jika diulang berkali-kali dengan lantang, akan dipercayai rakyat jelata. Sesuatu yang amat dahsyat, di sebalik 54 tahun Kemerdekaan tanahair dan kredibiliti miliknya yang ditubuhkan pada tahun 1939 dengan hasrat dan tujuan asal untuk membangkitkan pendapat penduduk Tanah Melayu terhadap penjajah British, namun kini Utusan Malaysia seolah-olah hilang jatidiri dalam membentuk fikrah rakyat khususnya masyarakat Melayu.

Sehubungan dengan itu, SAMM Negeri Johor diatas rasa tanggungjawab memperjuangkan "apa jua yang Haq, menolak yang batil" akan mengeluarkan risalah untuk diedarkan di seluruh negeri Johor untuk memperjelaskan keadaan sebenar isu berkaitan pembelian Cincin Berlian oleh "First Lady" Malaysia, Rosmah Mansor.

PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA

*Kenyataan Ahmad Anwar Asyraf bin Ismail selaku Penyelaras Negeri Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor.

Ekonomi Malaysia parah jika Amerika-Eropah terbersin

Posted: 02 Sep 2011 04:46 PM PDT

Neo Chee Hua


Meskipun Malaysia pernah mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK, atau GDP, singkatan dalam bahasa Inggeris) dengan kadar 7.2% pada tahun 2010, "bukti pemulihan" selepas kemelut ekonomi global tahun 2008/09, namun kepesatan ini hanya muncul sekelip mata. Seandainya kita meneliti data pertumbuhan ekonomi untuk 18 bulan yang lalu, jelas ia memperlihatkan graf yang menurun.

Menurut maklumat Jabatan Perangkaan Malaysia, biarpun Malaysia mencatat kadar pertumbuhan mendadak, iaitu 7.2% secara keseluruhannya pada tahun 2010, namun seandainya diteliti pertumbuhan setiap musim, ia menjunam dari 10.1% pada musim pertama tahun 2010 hingga 4.8% pada musim keempat. Mengorak langkah memasuki tahun 2011, momentum pertumbuhan ekonomi bukan sahaja tidak terpacu, sebaliknya merosot dari 4.9% pada musim pertama kepada 4% pada musim kedua.

Pertumbuhan ekonomi negara kita yang perlahan berkait rapat dengan struktur ekonomi negara yang rapuh. Sama ada permintaan luaran (external demand) mahupun permintaan domestik, keadaannya tidak diperbaiki susulan daripada pelan transformasi ekonomi negara oleh Perdana Menteri Najib Razak dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, malah kembali kepada keadaan statik sebagaimana zaman pasca kemelut 1997 dan sebelum kemelut ekonomi global 2008.

Perdagangan luar menyusut

Dari segi permintaan luaran, perdagangan luar negara kita sedang menyusut secara beransur-ansur. Pertumbuhan eksport diperlahankan dari 19.1% pada musim pertama tahun 2010 kepada 4.1% pada musim kedua tahun 2011; sementara pertumbuhan import pula menyusut dari 27.8% kepada 2.7% dalam tempoh yang sama.

Selain itu, angka import/eksport setiap bulan juga memperlihatkan kemerosotan - dari pertumbuhan dua digit setiap bulan dalam enam bulan pertama tahun 2010 kepada satu digit dalam enam bulan pertama tahun 2011. Pertumbuhan import setiap bulan turut menunjukkan pola yang sama, mengakibatkan lebihan dagangan kita yang "dibina" selepas kemelut ekonomi 1997 semakin menyempit.

Keterbukaan ekonomi Malaysia kepada luaran agak tinggi (dengan nilai eksport mencakupi nisbah kira-kira 100% GDP), mengakibatkan Malaysia agak peka terhadap perubahan suasana global. Justeru itu, pertumbuhan ekonomi kita tidak terelak daripada menjunam apabila ekonomi global diperlahankan.

Masih bergantung kepada pasaran Amerika-Eropah

Pasaran eksport negara kita bergantung kepada negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun sekian lama ini. Lebih-lebih lagi, banyak produk komersial yang dieksport Malaysia adalah pembuat peralatan asal (Original Equipment Manufacturer, OEM), bahan perantaraan yang digunakan untuk menghasilkan produk akhir, malah bahan mentah - kekurangan rantai produk nilai tinggi- mengakibatkan kita masih berada pada tahap rantai pembuatan dan eksport produk bernilai rendah.

Dalam keadaan di mana negara Asia menyasarkan pasaran eksport yang sama (negara maju), negara kita bukan sahaja terperangkap dalam persaingan harga barangan, nilai mata wang, malah menjadi rapuh kerana sensitiviti yang tinggi ke atas perubahan ekonomi negara maju.

Satu kajian Asia Development Bank (ADB) yang dikemukakan pada awal tahun 2010, berjudul The Ties that bind Asia, Europe and United States melaporkan bahawa, walaupun perdagangan antara negara rantau Asia (melainkan Jepun) berkembang pesat, namun kebanyakannya ditunjangi intermediate good, yang mana tujuan utamanya adalah untuk kegunaan dieksport semula.

Dengan kata lain, kebanyakan perdagangan eksport antara negara Asia bertujuan untuk kegunaan menghasilkan produk akhir, dan dieksport semula ke negeri di luar rantau Asia, iaitu negara industri utama seperti Amerika dan Eropah, yang menjadi destinasi terakhir produk barangan Asia.

Menurut laporan tersebut, meskipun 40.4% eksport rantau Asia (termasuk Malaysia) adalah Asian Intraregional Trade, namun hanya 22.2% produknya dipasarkan dalam rantau Asia. Secara perbandingan, walaupun pasaran seperti Amerika-Eropah, Jepun mencakupi nisbah 59.6% daripada eksport rantau Asia, namun pada hakikatnya ia mencakupi nisbah 77.8%, dengan Amerika Syarikat (25.1%), Eropah (22.7%) dan Jepun (11.4%).

Malah, sehingga Jun 2011, Singapura, China, Jepun, Eropah, Amerika Syarikat, Thailand, Indonesia, Korea, Taiwan dan Hong Kong mencatat 77.9% daripada eksport Malaysia. Namun, ia tidak termasuk eksport secara tidak langsung ke negara Amerika-Eropah, iaitu bahan perantaraan yang dieksport ke negeri lain, yang kemudiannya diproses semula dan dieksport ke negara Amerika-Eropah.

Misalnya, 13% produk Malaysia yang dieksport ke China digunakan untuk diproses semula, dan dieksport ke negara Amerika-Eropah kemudiannya. Dengan kata lain, kebergantungan negara kita terhadap pasaran Amerika-Eropah lebih tinggi daripada angka yang dipaparkan. Oleh itu, kita bukan sahaja berdepan dengan risiko eksport langsung ke negara Amerika-Eropah, malah juga risiko eksport China ke negara tersebut yang menggunakan bahan perantaraan ekport kita.

Oleh itu, ketika kemelesetan ekonomi Amerika-Eropah pada tahun 2008/09, jumlah eksport Malaysia telah jatuh 16.6%. Pada masa yang sama, import negara kita pada tahun yang sama juga menurun 16.6%, kerana hampir 80% import kita adalah bahan perantaraan yang digunakan untuk pemprosesan semula bagi diekport semula. Juga, tsunami dan gempa bumi Jepun pada Mac 2011 memberi kesan negatif kepada ekonomi negara kita, sehingga pertumbuhan ekonomi diperlahankan kepada 4% pada musim kedua.

Oleh itu, seandainya ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah mengalami krisis buat kali kedua, maka ekonomi dunia akan menjadi tidak menentu, lantas negara kita akan berdepan dengan cabaran yang lebih sengit pada tahun 2012.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks asal yang disiarkan pada 20 Ogos 2011.

Penulis dizalimi, Muhyiddin membisu

Posted: 02 Sep 2011 04:42 PM PDT

Kumpulan Sasterawan Kavyan kecewa kerana Menteri Pelajaran belum berbuat apa-apa berikutan kes lima penulis dikatakan dinafikan hak royalti bagi teks Komsas.



PETALING JAYA: Penulis sepenuh masa dari Johor, Rohani Deraman (gambar) layak menerima royalti sekitar RM55,878.50 daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius (DBP: 2010) yang dijadikan teks Komsas bagi pelajar Tingkatan Dua.

"Cerpen 'Warkah Daripada Ibu' karya Rohani mula-mula termuat dalam antologi Hanya Kita Yang Tinggal (Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd: 2001) dan dia hanya dibayar RM40.

"Cerpen sama dimuatkan dalam sebuah antologi terbitan Edu Quest Publisher pada 2007 dan penulis tidak dibayar walau satu sen," kata Uthaya Sankar SB yang merupakan pemilik 'Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya' dan presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).

Beliau yang sedang menangani isu lima penulis yang dikatakan dinafikan hak royalti teks Komsas berkata, data di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan bahawa Edu Quest Publisher pernah menerbitkan beberapa buku kanak-kanak dan remaja pada 2000, 2005, 2006, 2007 dan 2008.

"Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd adalah ahli Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa) tetapi Edu Quest Publisher umpama sebuah syarikat misteri dan tiada banyak maklumat mengenainya.

"Saya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd yang memiliki Nur-Ilmu Sdn Bhd juga memiliki Edu Quest Publisher," katanya dalam catatan di blognya.

Uthaya turut mendedahkan bahawa pada 31 Mac lalu, Kementerian Pelajaran Malaysia sudah membuat pembayaran secara elektronik kepada para penerbit asal bagi karya-karya yang termuat dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius.

"Royalti yang dibayar kepada Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd sebagai penerbit asal bagi cerpen 'Warkah Daripada Ibu' dipercayai adalah RM11,175.70 dan jumlah itu hanyalah royalti bagi cetakan pertama (2010)," kata Uthaya.

Penulis prolifik yang sebelum ini dilantik sebagai anggota Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok Edisi Murid berkata, orang ramai mempunyai alasan munasabah untuk beranggapan bahawa Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd "mencuri" duit royalti Rohani bagi cerpen "Warkah Daripada Ibu" sebanyak RM5,587.85 setahun.

"Isu mengenai penindasan dan penganiayaan terhadap Rohani serta beberapa penulis lain sudah diceritakan dalam Surat Rayuan Terbuka Kepada Menteri Pelajaran pada 26 Ogos lalu tetapi tiada apa-apa reaksi daripada pihak berkenaan," kata Uthaya.

Dianiaya dan dimanipulasi

Surat rayuan terbuka itu ditulis oleh Rohani bersama-sama Amy Suzani Mohd Ainuddin (Kelantan), Hazama Harun (Kuala Lumpur), Mohd Izan Abd Hazes (Kuala Lumpur) dan Erda Roslan Khairi (Putrajaya) serta turut disiarkan di FMT.


"Mereka berlima secara terang-terangan dianiaya dan dimanipulasi sekumpulan penerbit yang mempamerkan sikap tidak berwibawa, tidak beretika, tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan.

"Malah, orang ramai mendapat gambaran seolah-olah para penerbit terbabit lebih berkuasa daripada Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri," katanya.

Uthaya mula-mula mendedahkan isu itu menerusi artikel bertajuk "Komsas Abai Hak Cipta?" di FMT pada 15 Ogos lalu.

"Berdasarkan apa yang berlaku, orang ramai kini mempunyai alasan munasabah untuk mula tertanya-tanya, apalah gunanya 'kuasa' pada tangan Tan Sri Muhyiddin Yassin jika beliau tidak mampu menggunakan kuasanya dan kuasa-kuasa khas yang ada padanya untuk membela lima penulis yang dizalimi," kata Uthaya sambil menambah: "Tepuklah dada, tanyalah selera."

'Anwar fobia melanda kerajaan BN'

Posted: 02 Sep 2011 04:41 PM PDT

Susan Loone


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan memilih Permatang Pauh sebagai lokasi Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri sebagai "pengiktirafan tersirat Anwar fobia".

NONEMenurut Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, berkata pilihan lokasi itu juga menunjukkan pengiktirafan BN terhadap kepentingan kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang.

"Kami bangga kerana di antara ratusan kerusi pilihan raya, mereka telah memilih Permatang Pauh untuk acara tersebut," katanya pada majlis rumah terbuka Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman di Kubang Semang, Pulau Pinang hari ini.

"Sah Umno sebenarnya fobia terhadap parlimen ini. Sebab itu menjelang pilihanraya umum ke 13 mereka mengadakan sambutan Perayaan Aidil Fitri 1 Malaysia di sini. BN nak tengok sokongan...

"Setiap media dan akhbar ... mempunyai fobia ini," katanya.

"Jika ada rumah terbuka Hari Raya, ia perlu diadakan di Permatang Pauh," katanya.

Minggu lalu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini.

Majlis anjuran kementerian itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari.

Menurut Rais, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu.

Mengulasnya, Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan kerajaan pusat mengadakan majlis berkenaan di Permatang Pauh.

"Sudah tentu kami bangga Permatang Pauh dipilih dan kami juga meminta semua orang datang untuk memeriahkan majlis rumah terbuka itu," katanya sambil menambah beliau tidak menerima sebarang undangan bagi menghadiri majlis berkenaan.

Menurut ketua umum PKR itu, semua penduduk Permatang Pauh, termasuk ahli dan penyokong-penyokongnya untuk hadiri, manakala kanak-kanak harus mengambil peluang untuk medapatkan 'duit raya' mereka daripada Najib.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Najib yang sudi memilih Permatang Pauh sebagai lokasi terakhir sebelum berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13 kelak.

"Pergilah untuk bertemu PM, minta duit raya dan makan apa yang dihidangkan. Manakala untuk undi itu soal lain, " katanya.

Sementara itu, mengulas laporan terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center yang mendapati tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Najib telah merosot enam mata kepada 59 peratus, Anwar berkata trend itu sebagai positif.

AIM sedia pinjaman RM1.5 bilion bagi golongan miskin

Posted: 02 Sep 2011 04:40 PM PDT

MALAYSIA KINI


Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukkan RM1.5 bilion bagi pinjaman kepada golongan miskin menjalankan perniagaan pada tahun ini, kata Pengerusinya, Datuk Amihamzah Ahmad.

Beliau berkata jumlah itu meningkat berbanding peruntukan RM800 juta yang memberi manfaat kepada lebih 100,000 peminjam pada tahun lalu.

mee seller stall hawker 141006Katanya pinjaman serendah RM2,000 sehingga maksimum RM50,000 itu diberikan terutamanya kepada mereka yang berpendapatan RM720 ke bawah sebulan tanpa mengira kaum.

"Pinjaman mudah tanpa cagaran ini bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan tegar dan miskin di kalangan rakyat terutamanya penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman," katanya kepada Bernama, hari ini.

Amihamzah berkata sejak ditubuhkan pada 1987, AIM telah mengeluarkan pinjaman berjumlah lebih RM5 bilion kepada 257,000 peminjam di seluruh negara.

Katanya 99.8 peratus daripada peminjam terbabit berjaya melunaskan bayaran masing-masing mengikut jadual.- Bernama

IPD Melaka Tengah dilempar bahan mudah bakar

Posted: 02 Sep 2011 04:37 PM PDT

MALAYSIA KINI


Seorang lelaki yang tidak dikenali melemparkan satu botol berisi bahan mudah terbakar di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Melaka, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 10.05 malam namun suspek masih belum dikenal pasti.

"Bahan mudah terbakar itu dilemparkan berhampiran sebuah kereta yang diparkir di perkarangan IPD," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Melaka, hari ini.

Salehhudin berkata tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan akibat kejadian tersebut.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan termasuk untuk mengenal pasti motif perbuatan lelaki tersebut.- Bernama

Umno akui keperluan tambah kerusi di Sabah

Posted: 02 Sep 2011 04:34 PM PDT

MALAYSIA KINI


Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengakui bahawa terdapat keperluan untuk menambah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Sabah.

NONEBeliau berkata, ia kerana beberapa kawasan DUN dan Parlimen di Sabah mempunyai kawasan luas dan ramai pengundi yang mewajarkan pertambahan kerusi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, sebarang penambahan kerusi memerlukan persetujuan atau kelulusan dua pertiga di peringkat Parlimen untuk dilaksanakan.

"Ini adalah cadangan di peringkat negeri. Setiap negeri mempunyai hak untuk mencadangkan dan diluluskan tetapi akhirnya bila dibawa ke Parlimen ia memerlukan kelulusan dua pertiga.

"Jadi kalau ada keperluan di peringkat negeri, ia harus diselaraskan dengan kerajaan di peringkat pusat bagi memastikan ia mendapat persetujuan dua pertiga," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Rumah Terbuka ADUN Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail di Papar, hari ini.

azlanMohd Shafie, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan beberapa pemimpin parti komponen BN negeri termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mahu kerajaan mempertimbangkan untuk menambah kerusi DUN dan Parlimen di Sabah berdasarkan keperluan semasa. Bernama

Tiada ulasan: