Jumaat, 2 September 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mohamad Sabu tak sebut komunis

Posted: 02 Sep 2011 01:27 AM PDT

Kenyataan Media Pakatan Rakyat


Winston Churchill pernah berkata bahawa "sejarah ditulis oleh pihak yang menang". Di Malaysia, bukan sahaja sejarah malah berita semasa juga ditulis mengikut skrip mereka yang berkuasa. Beberapa hari kebelakangan ini, media milik BN telah menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berterusan sebagai seorang simpatisan komunis. Mereka telah memfitnahnya sebagai mengagung-agungkan pengganas komunis yang menyerang polis di dalam tragedi Bukit Kepong.

Kedua-dua dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Kami percaya Saudara Mohamad Sabu tidak berkata demikian dan secara tegas mengutuk putar-belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan dan media UMNO. Pertama sekali, Mohamad Sabu tidak sekali-kali menyebut tentang komunis ataupun PKM. Kedua, usahanya untuk menarik perhatian terhadap sejarah sebenar yang luas telah diputarbelitkan.

Justeru kami menegaskan bahawa kami tidak mempersoalkan sebab mengapa Mohamad Sabu cuba menimbulkan persoalan terhadap naratif sejarah negara. Tetapi kami secara serius mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu helah dengan niat yang jahat.

Kami juga mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh 'pihak yang menang', yang dalam kes ini ditulis oleh Kerajaan UMNO-BN dan perkakas propaganda mereka. Dalam hal ini, kami ingin memberikan kritikan tegas terhadap usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk 'memalsukan' sejarah Malaysia, agar hanya sumbangan UMNO dan sekutu mereka yang diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan.

Apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?

Bagaimana dengan pertubuhan dan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Mereka merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu. Kita juga mempunyai Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).

Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka, malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara.

Harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara. Bukankah pengorbanan tokoh-tokoh menentang penjajah seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi juga mesti disertakan?

Tetapi pemimpin UMNO tidak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis UMNO ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan.

Hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia menerusi tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh Kerajaan Perikatan / BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis.

Buku-buku sejarah kita bukan sahaja kehilangan satu atau dua bab, tetapi satu sejarah yang selari tetapi telah berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara.

Jelas sekali lagi bahawa UMNO mempunyai kepentingan untuk mengekalkan versi sejarah mereka memandangkan ini menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka, malah menutup tipuhelah mereka untuk menindas pihak lawan dan penentangan sah setelah lima dekad berkuasa.

Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mohamad Sabu tidak salah dalam usaha mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara. Yang menjadi kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi sekian lama oleh perkakas propaganda Kerajaan UMNO-BN.

Dr Dzulkefly Ahmad, PAS

Nik Nazmi Nik Ahmad, KEADILAN

Liew Chin Tong, DAP

2 September 2011

Wahid sedang 'lembutkan' imej PAS Terengganu

Posted: 02 Sep 2011 01:26 AM PDT


KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu mengajak pimpinan dan ahlinya di negeri itu agar memenuhkan diri mereka dengan ciri-ciri pemimpin rakyat dan sentiasa bersama masyarakat.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut (gambar) berkata, memenangi pilihan raya satu yang penting tetapi mempertahankannya dan seterusnya menjadi contoh pimpinan sesuatu yang penting juga.

"Memang kita pilih calon berdasarkan winnable candidate, calon yang boleh menang tetapi mempertahankan kemenangan dan menjadi contoh pimpinan satu yang hal yang penting juga," kata beliau dalam majlis dialog bersama perantau yang pulang ke kampung berhari raya di Dewan Datuk Wan Abdul Mutalib, Markas PAS Kuala Terengganu semalam.

Beliau berkata, antara ciri penting kepimpinan adalah melupakan segala persengketaan demi dakwah.

"Saya ambil contoh Tok Guru Nik Aziz. Semasa Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Hashim Safin meninggal, dia bersama Datuk Husam Musa melawat rumah beliau, keluarga dia menangis berlenangan air mata.

"Apabila Tok Guru tanya, kenapa menangis, anak dia (Hashim Safin) berkata, hari ini kami dua kali menangis. Tadi menangis kerana ayah kami meninggal. Kini kami menangis kerana Tok Guru menziarahi kami.

"Padahal semasa hayatnya, apa yang ayah kami tak kata kepada Tok Guru," cerita Wahid tentang apa yang dikatakan anak ketua Umno bahagian itu.

"Inilah dakwah...boleh ke kita juga membuat perkara yang sama?" tanya Wahid kepada semua yang hadhir di hadapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Akibat dari sejarah pertembungan yang lama, hubungan antara penyokong PAS dan Umno di Terengganu agak jauh.

Mereka tidak rapat antara satu sama lain dan boleh dikatakan masih ada yang pulau memulau antara satu sama lain.

Mungkin ini mesej yang cuba disampaikan oleh Wahid yang baru dilantik sebagai pesuruhajaya PAS Terengganu beberapa bulan yang lepas.

Wahid juga membawa cerita Cikgu Jabar yang menang beberapa penggal sebagai Adun di Selangor walaupun bertanding atas tiket bebas.Semuanya kerana sikap beliau.

Beliau juga membawa cerita seorang Adun Umno yang juga menang beberapa penggal di Dun Telok Pasu Terengganu semata-mata kerana sikapnya yang mesra rakyat.

"Ada satu kisah bagaimana hebat dan prihatinnya Cikgu Ismail, Adun Telok Pasu ini. Oleh kerana sakit kencing manis, mata beliau menjadi sangat kelabu dan tidak nampak.

"Apabila dia naik kereta, dia pesan kepada driver dia, bila masuk kampung kamu kena bawa kereta dengan perlahan. Kalau tidak orang akan kata aku sombong. Dan bila jumpa dengan orang, kamu bunyikan hon dan aku akan angkat tangan.

"Lalu bila dia masuk kampung dan jumpa dengan orang, driver dia bunyikan hon, dia pun angkat tangan walaupun tidak nampak siapakah mereka.

"Dia tanya siapa, driver dia akan jawab Pak Mat...ooo Pak Mat...Jalan lagi, driver bunyikan hon, dia angkat tangan, tanya lagi siapa, Pak Ali...ooo Pak Ali...padahal Pak Ali sebelah sana nuh, dia angkat sebelah sini.

"Tiba satu tempat, driver dia bunyikan hon, Cikgu Wel angkat tangan dan tanya siapa....lembu, kata driver dia. Sampai ke lembu pun dia angkat tangan," cerita Wahid dengan diikuti gelak ketawa para hadhirin.

Mesej ceritanya, kata Wahid, adalah sikap wakil rakyat itu sendiri yang perlu mesra rakyat dan sentiasa prihatin dengan keperluan dan sensitiviti masyarakat.

Cerita yang disampaikan Wahid sebagai pesuruhjaya baru PAS Terengganu nampak kecil tetapi inilah realiti permasalahan yang dihadapi beliau dalam memenangi kembali hati rakyat Terengganu selepas kalah pada tahun 2004.

Ini kerana, beliau sedang berhadapan dengan Umno yang berusaha keras membeli hati rakyat Terengganu dengan wang ehsan yang beratus juta ringgit setahun yang diperolehi dari hasil minyak di pantai Terengganu.

Dengan hanya kira-kira 20 ke 25 peratus pengundi yang bukan PAS dan bukan Umno (atas pagar), kedua-dua pihak sedang berusaha keras bagi memenangi hati golongan ini bagi memastikan mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Masalah besar yang dihadapi Wahid adalah persepsi yang diletakkan kepada PAS Terengganu yang dilihat keras dan kasar dengan lawan masing-masing.

Ia berbeza dengan imej yang dibayangkan oleh pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz yang dilihat dapat merapati rakyat sehingga ke pemimpin Umno sendiri.- Harakahdaily

Umno bangga parti itu dipuji Parti Komunis Cina

Posted: 02 Sep 2011 01:19 AM PDT


INILAH yang dikatakan muncung berkokok ekor bergelumang tahi. Di dalam kelantangan media-media propaganda United Malays No Otak menghentam Mat Sabu yang didakwa menyokong komunis, dalam diam-diam mereka bangga mendapat pujian dari pemimpin Parti Komunis Cina.

Tinjauan ReJaM© di portal rasmi parti itu, Umno Online memaparkan tajuk besar "Umno dikagumi Parti Komunis Cina" [Umno Online].

Portal rasmi Umno itu melaporkan dengan bangganya bahawa sewaktu kunjungan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ke China, beliau mendapat pujian dari para pemimpin Parti Komunis Cina.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN baru sahaja kembali ke tanah air selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pertukaran dan kerjasama antara UMNO dan CPC di Beijing menurut portal rasmi Umno itu lagi.


- Harakahdaily

Mat Sabu: Perjuangan menuntut merdeka bukan hanya dipelopori UMNO

Posted: 02 Sep 2011 01:13 AM PDT

Mohamad Sabu


1. Sebelum menyertai PAS pada Mac 1978, saya telah berkecimpung dalam ABIM. Di dalam Parti Islam PAS saya telah memegang berbagai-bagai jawatan dan kedudukan samada sebagai AJK dewan pemuda PAS pusat, pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, AJK PAS Pusat, Naib Presiden dan sekarang sebagai Timbalan Presiden PAS.

2. Sepanjang penglibatan saya dalam PAS, di antara tokoh idola saya ialah Jamaludin Al-Afghani, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Imam Khomeini, Omar Mokhtar, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan tokoh-tokoh ulama' dan cendekiawan Islam.

3. Saya pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah tahanan ISA. Antara tuduhan ialah sebagai pelampau agama.

4. Adapun tokoh-tokoh lain seperti Lenin, Mahatma Gandhi, Abraham Lincoln, Jamal Naser, Sukarno, Kamal Attarturk, Ho Chi Minh dan lain-lain yang disebut oleh saya adalah sebagai sejarah perjuangan rakyat dan kejayaan mereka sebagai contoh perbandingan.

5. Tuduhan terhadap saya, secara kasar dari 27 Ogos hingga ke hari ini, 2 September sebagai penyokong komunis dan hendak mendewakan fahaman komunis amat keterlaluan dan menjijikkkan. Segala tohmahan ini untuk memburukkan saya dan parti saya (PAS).

6. Tuntutan BERSIH 2.0, lapan perkara telah membongkar penyelewengan daftar pemilih (electoral role) dan lain-lain kepincangan. SPR dan kerajaan BN telah dan sedang berada "di kandang orang salah" menurut pandangan rakyat.

7. Pemimpin UMNO dilihat merasa gusar dan panik apabila sejarah perjuangan kemerdekaan mula diketahui oleh rakyat jelata khususnya generasi muda. Perjuangan menuntut kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori oleh UMNO sahaja.

8. Isu komunis sengaja ditimbulkan oleh akhbar milik UMNO untuk mengalih pandangan rakyat dari menumpukan hal pilihanraya yang bersih dan kenaikan harga barang (inflasi) yang sedang melanda negara.

9. Kebebasan media (cetak, pandang, dengar) yang hampir tidak ada di Malaysia membolehkan propaganda BN berjalan tanpa dapat disanggah dengan berkesan oleh pihak yang dituduh atau difitnah.

*Kenyataan akhbar oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar kiri) pada 2 September 2011.

'Boleh ambil SPM tanpa Interlok’

Posted: 02 Sep 2011 01:11 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Bekas panel meminda novel itu mendedahkan tindakan itu selaras pekeliling Ketua Pengarah Pelajaran.



PETALING JAYA: Dalam perkembangan terbaru kontroversi novel Interlok Edisi Murid, Uthaya Sankar SB yang pernah menganggotai panel meminda teks itu berkata, tidak menjadi masalah jika novel berkenaan tidak digunakan langsung oleh calon SPM tahun ini.

Katanya, kenyataan media oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Januari lalu menyebut bahawa "novel Interlok (edisi murid) hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedar ke sekolah-sekolah".

"Walau bagaimanapun, sama ada Interlok Edisi Murid digunakan atau tidak digunakan sebagai teks Komsas tahun ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tetap wajib memberi royalti kepada Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain bagi naskhah yang dicetak pada 2010," kata Uthaya dalam kenyataan yang disiarkan di blognya.

Calon SPM tahun ini bakal menduduki peperiksaan kertas Bahasa Malaysia pada 14 November ini.

Menurut Uthaya, pada Jun lalu, muncul usaha menggunakan "pelekat ajaib" (gambar bawah) bagi meminda novel berkenaan.

"Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) menentang sekeras-kerasnya tindakan itu kerana ia bertentangan keputusan dicapai dan diumumkan di Dewan Rakyat pada 24 Mac lalu," katanya.

Pada 22 Jun lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dipetik Bernama Online berkata bahawa "kementerian buat keputusan hari ini, untuk mencetak semula."

Terdahulu, akhbar Utusan Malaysia pada 22 Jun melaporkan bahawa "pada 28 Mac lalu, Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz dilaporkan berkata, pihaknya tidak akan mencetak semula novel itu walaupun pindaan dibuat."

Tidak menjadi kesalahan


Dalam mempertahankan pandangannya, Uthaya berkata, novel Interlok Edisi Murid yang dimurnikan sepenuhnya dan dicetak semula seperti dijanjikan belum lagi dihantar ke sekolah-sekolah di Zon 2 (Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya).

"Maka, ada alasan kukuh untuk menangguhkan penggunaan edisi baru novel itu sehingga tahun 2012 dan cadangan ini tidak bertentangan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2009 bertarikh 25 November 2009 daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kepada semua Pengarah Pelajaran di Jabatan Pelajaran Negeri," kata pengarang prolifik itu.

Menurut Uthaya, pekeliling berkenaan dengan jelas menyebut bahawa "Pengagihan novel adalah mengikut zon. Walau bagaimanapun, kelonggaran diberi kepada pihak sekolah untuk memilih judul novel yang bersesuaian bagi murid sekolah berkenaan."

"Maka, tidak menjadi kesalahan atau dosa sekiranya sekolah-sekolah di Zon 2 tidak menggunakan novel Interlok Edisi Murid cetakan 2010 bagi tujuan peperiksaan SPM tahun ini.

"Kavyan yakin bahawa guru-guru di Zon 2 mempunyai kepakaran, semangat, kebolehan dan ilmu untuk membantu pelajar Tingkatan Lima meneliti novel Kembara Amira (Zon 1), Sutera Dalam Lukisan (Zon 3) atau Kabus Di Perbukitan (Zon 4) sebelum 14 November ini," katanya.

Anwar: Biar Mat Sabu jelas sebelum serangnya

Posted: 02 Sep 2011 01:06 AM PDT

Susan Loone


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk mempertahankan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung kenyataannya mengenai Bukit Kepong dan membidas media milik Umno yang terus menyerang pemimpin itu.

Katanya, Mohamad sepatutnya diberi ruang untuk menerangkan keadaan sebenar terlebih dahulu sebelum dikecam tanpa usul periksa oleh media arus perdana.

NONEAnwar berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas ke majlis rumah terbuka Aidilfitri di Kubang Semang, Penanti, Permatang Pauh, petang semalam.

Menurut beliau lagi, media arus perdana tidak langsung memberi peluang kepada Mohamad untuk menjelaskan perkara sebenar.

"Mereka bersama pimpinan Umno terus menyerang Mohamad Sabu tanpa diberi ruang untuk membela diri di atas dakwaan yang dimainkan oleh media milik mereka.

"Serangan demi serangan ini seolah-olah tidak langsung memberi keadilan kepada Mohamad, kerana beliau bukan saja ditekan tanpa diberi peluang, tetapi diasak bertubi-tubi tanpa ruang.

"Mekanisme yang digunakan oleh media milik pemerintah ini, adalah antara agenda dan serangan yang diaplikasikan menjelang pilihan raya umum yang akan datang," katanya yang juga ketua umum PKR.

mingguan malaysia 280811 mat sabu dikecamMohamad, atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai berkata, pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.

Dalam pada itu, Mohamad pada sidang akhbarnya pada 29 ogos lalu berkata laporan Utusan pada 27 Ogos lalu mengenai ceramahnya di di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS".

"Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan laporan muka depan dan muka lima Utusan (27 Ogos) dan kecaman berterusan akhbar (itu) bertarikh 28 Ogos, saya dapati Utusan telah memutar belit (dan) menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan PAS," katanya.

NONEMenurut Anwar, isu itu sengaja dimainkan oleh media milik Umno sebagai usaha memberi imej buruk kepada masyarakat dengan memberi label yang menyimpang kepada pimpinan Pakatan Rakyat.

"Sepatutnya Mohamad diberi ruang untuk membela diri dan bukannya dikecam sebegitu rupa oleh media arus perdana milik Umno sekiranya benar-benar mereka adalah media yang adil dan telus dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat negara ini," katanya lagi.

PAS tiada hasrat gugurkan Azizan sebagai MB

Posted: 02 Sep 2011 12:46 AM PDT

MALAYSIA KINI


PAS menafikan kepimpinan parti itu berhasrat untuk menggurkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai menteri besar Kedah, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Star, hari ini.

"PAS tiada hasrat untuk menukarkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan dengan ini secara tegas menafikan berita sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Star, September 2 dalam satu berita bertajuk Azizan resists PAS leadership's moves to replace him tulisan Joceline Tan.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man"Bahkan perkara ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat tertinggi parti, samada dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian atau Mesyuarat Lujnah Politik parti," kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri) dalam satu kenyataan media.

Dalam laporan itu, akhbar milik MCA tersebut berkata presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dijadualkan menghadap Sultan Kedah berhubung langkah bagi menggantikan Azizan yang dikatakan tidak sihat akibat serangan sakit jantung, bulan lalu.

Menurut akhbar itu lagi, di sebalik tekanan daripada kepemimpinan pusat PAS, Azizan dikatakan cuba membantah dan mendakwa beliau masih sihat untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.

Antara nama-nama yang disebut-sebut oleh The Star sebagai bakal menggantikan Azizan, termasuk tiga ADUN kanan iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Semua mereka adalah juga ahli exco kerajaan negeri.

NONEMengulas isu berkenaan, Tuan Ibrahim berkata PAS melihat tindakan berkenaan sebagai usaha melaga-lagakan kepimpinan PAS oleh pihak-pihak tertentu kerana melihat perpaduan yang kukuh dalam PAS.

"Menjelang pilihan raya umum akan banyak isu yang sengaja ditimbulkan oleh musuh bahkan akan ada pula perisytiharan keluar parti beramai-ramai sebagai petanda pilihan raya umum bertambah hampir.

"Sekiranya ada perkara penting sebagaimana yang dilaporkan, tentulah ia akan dibawa dalam mesyuarat penting parti," katanya.

hadi awang pc 060609 02Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menyeru seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat agar mendapatkan maklumat parti melalui saluran rasmi agar tidak terperangkap dengan mainan musuh.Sementara itu di Kuala Terengganu, Harakahdaily melaporkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau dan pimpinan PAS Pusat menyuruh Azizan meletakkan jawatannya.

Menurut beliau, tiada desakan baik daripada beliau atau mana-mana pimpinan PAS Pusat supaya Azizan meletakkan jawatannya.

"Ustaz Azizan terus kekal sebagai Menteri Besar. Namun buat masa ini beliau masih berehat disebabkan masih dalam rawatan," katanya.

Azizan pada 1 Ogos lalu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung.

anwar left kedah mb azizan centre.jpgBeliau dilaporkan tidak menjalani sebarang pembedahan tetapi melakukan imbasan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) serta saringan kesihatan yang lain.

Bagaimanapun, pegawai khas beliau, Muzaini Azizan berkata Azizan dikehendaki berehat di IJN bagi menstabilkan tekanan darah tingginya di samping mengawal paras gula dalam kandungan air kencing.

ISU MAT SABU TIDAK LALAIKAN RAKYAT DARI MENGINGATI KEZALIMAN KERAJAAN

Posted: 02 Sep 2011 12:39 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS


MENJELANG kita menyambut Hari Raya Idul Fitri, suasana Hari Raya dikejutkan dengan propaganda media kawalan Umno berkenaan isu Mat Sabu menyokong Komunis. Sepantas kilat Ketua Polis Negara memberi respon sepertimana pantasnya Umno memainkan isu ini walaupun belum dibuktikan lagi apakah benar Timbalan Presiden PAS itu menyokong Komunis.

Tidak sukar untuk kita memahami mengapa KPN bertindak sepantas itu kerana imejnya dimata rakyat tidaklah begitu baik lebih-lebih lagi sebelum dan selepas Perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu. Amat tidak bijak jika KPN mensia-siakan peluang yang terbuka luas ini untuk mengalih perhatian rakyat dari terus menyebut kezaliman pihak Polis sewaktu perhimpunan tersebut. KDN juga tidak melepaskan peluang untuk merebut isu ini agar rakyat terlupa darihal isu JPN yang kelam-kabut di dalam soal pemberian kad pengenalan biru kepada kaum pendatang yang melayakkan mereka mengundi di dalam Pilihanraya.

Soalnya, benarkah Mat Sabu menyokong Komunis? Saya tabik kepada Mat sabu yang berani membuat laporan terhadap TV3 dan Utusan di dalam isu ini. Keberanian Mat sabu itu sama seperti beraninya YB Fuziah Salleh, MP Kuantan yang membuat tindakan yang sama apabila beliau dituduh menipu rakyat berkaitan isu Lynas. Oleh yang demikian, kita tunggu sahaja siapa yang benar dan siapa yang salah di dalam kedua-dua isu ini.

Apa pun, hikmahnya dari peristiwa ini terutamanya tentang Mat sabu, rakyat di negara ini mula mencari fakta sejarah tentang beberapa tokoh yang sebenarnya berjuang untuk menentang penjajah dan siapa pula tokoh yang pernah menjadi `barua' penjajah. Dikatakan, di Johor nama Mat Indera salah seorang tokoh yang disanjung oleh Mat Sabu itu memang cukup dikenali terutamanya di kampung halamannya sendiri kerana beliau dianggap sebagai pejuang penentang penjajah.

Siapa pula yang pernah menjadi `barua' penjajah, iaitu yang bekerja makan gaji dari penjajah sebelum merdeka samada menjadi pemandu, kerani mahupun Gabenor kepada penjajah? Adakah mereka ini lebih pahlawan dari Mat Indera? Ini semua boleh kita semak melalui sejarah. Justeru itu, memang wajar Mat Sabu membuat laporan terhadap media yang seolah-olah menggelar Mat Sabu menyokong Komunis.

Bagi rakyat, samada Mat sabu di pihak yang benar atau tidak, rakyat tidak lupa kepada perangai beberapa pihak yang sama seperti pihak penjajah dan komunis itu. Jika penjajah anti kepada Islam, ada pihak yang sehingga kini sentiasa menentang perjuangan Islam. Jika Komunis itu dikatakan zalim, sering memukul dan memenjarakan orang yang tidak bersalah, masih ada pihak yang berperangai seperti itu sekarang. Ertikata, warisan penjajah dan Komunis itu sukar untuk dihapuskan.

Hanya rakyat yang boleh menghapuskan tradisi tersebut. Rakyat harus bangkit dan memilih kerajaan baru yang tidak akan terikat lagi dengan warisan penjajah, komunis mahu pun dengan Apco. Sudah semestinya kerajaan yang kita nanti-nantikan adalah Kerajaan Pakatan Rakyat.

/wfauzdin.blogspot.com

LZS Bantu Unit Selamat Akidah

Posted: 01 Sep 2011 08:22 PM PDT

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan memberi kerjasama penuh terhadap Unit Selamat Akidah ditubuhkan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Izam Mohamed Yusof berkata, LZS akan segera memproses semua borang yang diisi oleh pemohon yang akan datang ke pejabat Dr Hasan bermula 5 September depan.

Menurutnya, tiga perkara menjadi fokus utama LZS iaitu semakan terperinci dan teliti setiap borang pemohon, pemberian bergantung kepada kategori asnaf dan mengikut tata cara LZS.

"Apabila semua maklumat sudah diperolehi berdasarkan borang yang diisi pemohon, LZS akan meneliti dan menyiasat setiap maklumat di dalamnya. Pemohon yang layak dibantu, akan menerima bantuan sewajarnya.

"Selepas semakan, mereka akan dibantu mengikut kategori asnaf iaitu asnaf fakir, miskin, muallaf, Al-Riqab (hamba), Gharimin (mereka yang berhutang), fi sabillillah dan Ibnu Sabil," katanya.-Sinar Harian-

BERNARD MARAAT MUSUH DALAM SELIMUT BN?

Posted: 01 Sep 2011 08:16 PM PDT


Oleh : MEDIA PBRS

PRESIDEN Parti Bersatu Sabah (PBS) diminta untuk mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Bahagian PBS Sook yang telah mengistiharkan akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihanraya yang akan datang jika tidak dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang baru lalu Bernard Maraat, mantan Setiausaha Agung Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang meninggalkan parti itu kerana tidak dicalonkan semula pada pilihanraya umum yang lalu, telah menyuarakan untuk bertanding sebagai calon bebas BN jika tidak dicalonkan oleh BN di kawasan itu.

Ketua Pemuda PBRS N.37 Sook, Kahirin Bador berkata, mereka meminta kepada Rakan Komponen BN iaitu PBS agar mengambil tindakan yang sangat tegas dan seterusnya memecat Bernard Maraat yang dengan jelas menentang prinsip perkongsian kuasa dalam BN.

"Tidak ada wujud istilah calon Bebas BN. Ini adalah undang-undang BN dimana ahli yang menentang dalam pilihanraya akan dipecat dan digantung keahliannya seumur hidup," kata Kahirin dalam satu kenyataan disini.

Katanya, Perdana Menteri dan Ketua Menteri mempunyai pemikiran yang matang dalam menilai dan bukanlah pemimpin yang berfikiran cetek dalam melayani karenah seumpama itu.

Bernard dikatakan berkeras untuk dicalonkan pada pilihanraya yang akan datang dan menuntut Kerusi PBRS di N.37 Sook, Parlimen 182 Pensiangan dan kerusi UPKO di N.38 Nabawan diberi kepada PBS. Sekiranya beliau tidak dicalonkan beliau akan bertanding sebagai calon BN bebas.

Kahirin berkata kenyataan Bernard itu adalah satu tindakan yang memecah belahkan keharmonian komponen BN di Pensiangan.

"Kenyataan beliau mencerminkan sifat kesombongan dan kebudak-budakan. Satu kenyataan dari orang kecewa yang tertembak oleh peluru politiknya sendiri. Ini adalah pendedahan kecelaruan fikiran untuk memperbodohkan rakyat dengan istilah kononnya calon dari parti Bebas yang menyokong BN," kata Kahirin yang juga Exco Pemuda Pusat PBRS.

Tambahnya, kenyataan Bernard itu adalah petanda awal yang beliau akan mensabotaj calon BN akan datang, maka pucuk pimpinan BN dan PBS wajar memecat orang seperti itu di dalam BN. Ingatlah bahawa BN di Pensiangan mempunyai kekuatannya, hanya sabotaj yang akan menjatuhkan BN di Pensiangan.

"Jika tidak ada tindakan dikenakan terhadap orang seperti Bernard yang tidak memahami konsep perjuangan BN yang sejati, maka inilah punca kejatuhan BN di Pensiangan kerana ada orang yang bersikap seperti musuh dalam selimut, menggunakan segala kemudahan, ahli dan jentera BN untuk kepentingan peribadi," kata Kahirin.

Oleh itu kata Kahirin, jelas pada ketika ini Bernard adalah seorang musuh dalam selimut dalam komponen BN.

"Wahai Benard, jika kamu mahu terdesak sangat untuk bertanding dalam pilihanraya yang akan datang sila keluar dari PBS dan lawan kami sebagai calon bebas yang tulen. Jangan rosakkan BN," tegas Kahirin.

Menteri Besar Kedah Ditukarkan?

Posted: 01 Sep 2011 08:09 PM PDT

PETALING JAYA: Kepimpinan PAS sedang berusaha untuk menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kesihatannya kurang baik ekoran serangan sakit jantung bulan lalu.

Difahamkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dijangka menghadap Sultan Kedah berhubung dengan peralihan kuasa itu.

Sebelum itu, Hadi dijangka menemui para pemimpin negeri di Alor Setar mengenai perkara tersebut pada hujung minggu.

Walaupun wujud desakan dari kepimpinan pusat PAS, Azizan menentang cubaan tersebut malah menegaskan beliau sihat untuk meneruskan tugas-tugasnya.

Kepimpinan parti bimbang akan keupayaan parti untuk mempertahankan kuasa pemerintahan negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Justeru, ia mencadangkan Azizan bercuti panjang sementara seorang pemangku Menteri Besar dilantik bagi menggantikannya.

Beberapa nama disebut-sebut untuk menggantikan Azizan dan mereka termasuk tiga wakil rakyat senior iaitu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Kesemua adalah Exco kerajaan negeri.

Phahrolrazi, 58, dan Amiruddin, 49, ialah jurutera awam manakala Mohamad Taulan, 69, seorang peguam.

Phahrolrazi ialah Timbalan Pesuruhjaya Negeri manakala Amiruddin ialah bendahari parti negeri.

Media baru gusarkan Umno-BN hadapi PRU13

Posted: 01 Sep 2011 08:07 PM PDT

DETIK DAILY


KUALA LUMPUR: Monopoli media perdana telah dipecahkan oleh media baru dibhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqKETsN4n6vLvOVmP1WbbFwn0_y_diH78-5Q0hCULlXiA9moA8aVd2GLZpLpwgEiIblFYmXXXpM3iLjfqaOStBEj3w20ByLyF07wrMXGjX89v8tCqX_lbunLqvW1_RYtB6Ub3wXhur1DOR/s1600/internet.jpguktikan apabila jualan akhbar merosot dengan teruk dan pengunjung media baru semakin meningkat dengan mendadak kata Ketua Pe nerangan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Noor.

Menurutnya, media perdana ditentukan agendanya oleh penguasa atau pemerintah, berbeza media baru menjadi alternatif yang digerakkan oleh pejuang rakyat yang mahu kebebasan bersuara.

Kebebasan bersuara ini, telah didekatkan ruangnya oleh kemajuan internet menyebabkan masyarakat ber alih kepada media baru, ujarnya.

"Orang melihat televisyen bukan lagi bagi mendapatkan maklumat sebaliknya sekadar untuk hiburan sahaja.

"Mungkin maklumat dari televisyen relevan di pendalaman tetapi tidak lagi di bandar atau pinggir bandar," katanya dan ini menyebabkan media baru menjadi sumber bagi mendapatkan maklumat terkini.

Kata Ustaz Riduan, Malaysia antara negara terpantas menggunakan media baru dan internet menurut satu kajian antarabangsa pada 2010 akibat daripada kongkongan atau sekatan kerajaan terhadap media konvensional.

Dakwanya, maklumat yang disalurkan oleh media baru begitu berkesan sehingga mampu menumbangkan pemerintahan rejim seperti yang berlaku di Mesir dan Tunisia, dan mengurangkan majoriti pemerintah di beberapa negara lain seperti di Singapura.

Media alternatif ini begitu pantas sampai ke pintu rumah bagi menjawab isu, mengolah dan sebagainya, ujar beliau.

Katanya, media baru juga berjaya menarik pelbagai kelompok dan mereka mula mengeluarkan pelbagai suara hati berkenaan negara walaupun mereka ini bukanlah terlibat dengan politik.

Keadaan ini tambahnya, menyebabkan Umno-BN ter desak dan terpaksa mengubah cybertrooper dan menyediakan video klip bagi mengimbangi laporan yang ada.

"BN melalui blogger upahannya juga mula memburukkan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan dengan cara pecah dan perintah. "Media baru juga bolos kepada anak muda yang merupakan pengundi terbesar pada Pilihan Raya ke-13," tegasnya.

Beliau mendakwa, media perdana juga telah hilang integriti dan prestasi yang baik apabila sentiasa menghidangkan maklumat yang dimanupulasi untuk kepen tingan Umno-BN.

Ruang demokrasi yang semakin disempitkan oleh pemerintah seperti tekanan hebat jaringan sivil dan kekangan bagi mengekalkan kuasa pemerintah menyebabkan rakyat mula beralih kepada media

Senjata sulit BN terdedah

Posted: 01 Sep 2011 08:01 PM PDT

DETIK DAILY



BeritaSenjata sulit yang digunakan BN bagi mempertahankan kuasa sejak 54 tahun lalu akhirnya terlondeh apabila kepincangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai terdedah.

Bermula dengan warga asing diberi MyKad, pemindahan pengundi Sabah ke Selangor dan daftar induk SPR yang meragukan menarik perhatian ramai.

Malah sehingga kini isu itu gagal dijawab kerajaan BN sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi yang boleh menghakis kepercayaan rakyat.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, isu pendatang asing diberi My- Kad mendedahkan kepincangan JPN sehingga boleh membahayakan negara.

"Di Singapura kerajaannya menapis dengan rapi mereka yang hendak diberi taraf warganegara.

Hanya yang mempunyai kelayakan profesional sahaja dipertimbangkan.

"Namun, di negara kita semuanya pakai ambil tangkap muat sahaja tanpa mengenali status individu terbabit. Syaratnya asalkan mengundi BN,"katnya di sini.

Media alternatif dan media baru mendedahkan pelbagai kepincangan dalam daftar pemilih induk SPR Senjata sulit BN terdedah sehingga nama 'Kg Baru' didaftar sebagai pengundi.

Selain itu, dikesan ramai yang memiliki dua kad pengenalan terutamanya anggota pasukan keselamatan.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, warga asing bukan sahaja mendapat MyKad sebaliknya didaftarkan sebagai pemilih.

"Hasil maklumat, ditemui ramai warga asing dari Bangladesh, Indonesia dan China memohon sebagai warganegara.

"Konspirasi itu amat membahayakan negara ini kerana ia boleh mengancam kestabilan rakyat pada masa akan datang," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Pakatan Rakyat merangka gerak kerja yang lebih terkehadapan bagi menangani isu tersebut.

Beliau juga berharap rakyat perlu membuat bantahan kerana ia boleh mengancam kedudukan mereka.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, perdebatan terbuka perlu diadakan bagi merungkaikan isu yang membelenggu SPR dan JPN sekarang.

"Namun, saya tidak yakin pihak Umno dan BN bersedia menyahut cabaran itu. Kalau sekiranya JPN memproses permohonan kewarganegaraan mengikut tata cara yang ditetapkan, itu tidak menjadi masalah.

"Kita lihat sekarang seolah-olah ada perancangan dan konspirasi peringkat tertinggi untuk tujuan-tujuan politik.

"Bagi saya beban untuk membuktikan tidak berlaku penyelewengan itu terletak pada JPN," katanya.

Anggota Parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah berkata, masalah paling serius berlaku sekarang apabila SPR tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat kerana tindak-tanduknya sendiri.

"Ini bercanggah dengan Perkara 114(2) Perlembagaan Persekutuan di mana Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam," katanya.

Beliau yang juga mantan Speaker Dun Kelantan berkata, amalan di luar termasuk India, Pakistan dan Bangladesh di mana mantan hakim dan peguam dilantik sebagai ahli SPR.

"Mereka dari sudut disiplin kerja tidak tertakluk kepada kerajaan.

Mereka bukan dari kakitangan kerajaan. SPR di sana mampu menjadi kerajaan sementara apabila parlimen dibubarkan," katanya.

Moyang 112 tahun sambut Aidilfitri bersama 108 ahli keluarga

Posted: 01 Sep 2011 08:00 PM PDT



Meriam Deris bersama sebahagian ahli keluargnya ketika awal Aidilfitri di rumahnya di Kampung Sempadan, Lancang. — Foto oleh Syed Mu'az Syed Putra


TEMERLOH — Tiada apa paling menggembirakan bagi seorang moyang berusia 112 tahun ketika menyambut ketibaan Aidilfitri tahun ini.

Meriam Deris dari Kampung Sempadan di Lanchang dekat ini menyifatkan sambutan Hari Lebaran kali ini sangat menyeronokkan apabila berpeluang melihat semua ahli keluarganya berkumpul sempena Syawal.

Walaupun nampak uzur, Meriam yang mempunyai lima anak sempat meluangkan sedikit masa dengan wartawan The Malaysian Insider yang melawat ke rumahnya baru-baru ini.

Meriam Deris gembira mempunyai 108 anggota keluarga sekarang.
Kata Meriam, seperti kebiasaan ahli keluarga akan berkumpul pada 1 Syawal dan ia perkara yang paling membanggakan bagi wanita ini yang mempunyai 108 ahli keluarga buat masa sekarang.

"Mestilah seronok bila dapat beraya beramai-ramai, walaupun saya tak boleh nak buat apa-apa tapi saya gembira lihat semua keluarga dapat berkumpul.

"Biasanya raya pertama semua keluarga akan datang ke sini," katanya yang mempunyai 29 cucu, 44 cicit, 20 cuit dan 10 gamit.

Ketika The Malaysian Insider melawat rumahnya awal 1 Syawal, masih ramai ahli keluarga yang belum tiba.

Menceritakan tentang latar belakangnya, Meriam berkata, dia kematian suaminya Othman Hitam 27 tahun lalu selepas menderita lumpuh dan kini ditemani anak-anaknya.

Kata Meriam, ketibaan Syawal adalah satu perkara yang sangat dinanti-nantikan.

"Saya sentiasa menantikan ketibaan Syawal kerana inilah masanya kesemua anak, cucu, cicit, cuit dan gamit akan berkumpul dan meraikan Aidilfitri bersama.

"Bukan senang untuk mengumpulkan mereka semua. Sambutan Aidilfitri amat bermakna kerana saya dapat disambut bersama dengan mereka," katanya.

Ditanya apa rahsia umur panjang, Meriam hanya berkata, dia semasa muda seorang bidan dan tukang urut di kampung berkenaan.

Walaupun terpaksa berjalan menggunakan tongkat, namun Meriam mampu menjalankan rutin harian termasuk bersolat dan berpuasa.

Mungkin jarang untuk menemui individu yang mencecah umur melebihi 100 tahun, namun anak-anak Meriam yakin ibu mereka kini berusia 112 tahun walaupun di kad pengenalan tertulis Meriam dilahirkan pada 23 Disember 1929.

Mereka berkata kemungkinan besar kelahiran Meriam lambat didaftarkan, sebab itu mengikut rekod yang ada umurnya kini hanya 82 tahun.

Meriam yang kini terpaksa bergantung pada bantuan orang lain untuk berjalan selepas terjatuh baru-baru berkata, juadah Aidilfitri yang paling digemarinya adalah lemang.

"Sudah tentu lemang, ia wajib buat," katanya.

Menurut anak kedua Meriam, Zaharah Othman, 65, ibunya tidak mempunyai sebarang penyakit serius.

"Ibu tidak ada apa-apa penyakit, kencing manis dan sakit jantung pun tiada, dia juga tidak berpantang semasa makan," katanya lagi.

Tambah Zaharah, kebiasaanya pada pagi 1 Syawal semua keluarga akan bersalam-salaman sebelum ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Selepas itu, mereka akan menziarahi kubur bapanya di tanah perkuburan Islam berdekatan.

Selain itu, Zaharah berkata, sehari sebelum Aidilfitri mereka akan bergotong-royong untuk menyediakan juadah termasuk lemang, rendang dan ketupat.

Meriam dikunjungi Ahli Parlimen Temerloh Saifuddin Abdullah beberapa hari sebelum Aidilfitri.

Adun Lanchang Datuk Mohd Shakar Shamsuddin berkata beliau telah memberikan sumbangan kerusi roda kepada Meriam pada Mac lalu.

"Tapi saya tidak sangka dia dah berumur lebih 100 tahun," katanya ketika dihubungi.

Saifuddin: BN boleh kekal Temerloh, tapi bukan mudah

Posted: 01 Sep 2011 07:58 PM PDT




TEMERLOH — Datuk Saifuddin Abdullah dilihat antara beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) khususnya dari Umno yang sinonim dengan personaliti yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi untuk berhubung dengan rakyat — sama ada pengundi kawasannya ataupun orang ramai amnya.

Beliau menyifatkan wakil rakyat tiada pilihan kecuali mendampingi kaedah tradisional dan alaf baru untuk berkomunikasi dengan berkesan dan efektif.

Malah beliau juga dilihat sebagai antara ahli politik BN yang progresif mengikut peredaran semasa. Beliau dilihat memberi pandangan-pandangan secara jujur mengenai keperluan rakyat meskipun ada pihak dalam partinya sendiri kurang senang dengan perkembangan tersebut. Malah ada yang meminta tindakan dikenakan ke atas ahli politik sepenuh masa berusia 50 tahun ini.

Ketika ditanya The Malaysian Insider ketika kunjungan ke bahagian Parlimen sempena Ramadan baru-baru ini, Saifuddin mempunyai sebab dan alasan.

"Berbanding tahun 1970-an dan sekarang, kita kena menerima hakikat bahawa landskap demografi sudah mengalami perubahan, jadi kita perlu menyesuaikan dengan perubahan dan menggunakan cara komunikasi yang berbeza," kata Saifuddin.


Saifuddin Abdullah ketika meluangkan masa bersama pegawai pejabatnya dan parti di sebuah restoran di Temerloh selepas solat tarawih baru-baru ini. — Foto oleh G Manimaran
Saifuddin, yang menulis buku Politik Baru dua tahun lalu menggambarkan demografi semasa dalam dua bentuk. Pertama, mereka yang kekal berada dalam lingkungan tradisional dan kedua, kelompok masyarakat yang berada di luar kawasan Temerloh yang terdedah kepada pelbagai maklumat dan ruang sosial.

"Jadi, dalam politik baru ini kita kena menghadapi kedua-dua kelompok, jadi kita menggunakan cara yang berlainan untuk mendekati mereka. Kita tiada pilihan jika mahu mendengar suara mereka," kata beliau.

Akhir tahun lalu Saifuddin mengeluarkan buku kecil berjudul "3M 2.0: Menyelamai Minda Muda — Pendidikan, Partisipasi & Politik".

Bertolak daripada perkembangan tersebut, kata beliau, BN boleh mempertahankan kerusi Parlimen Temerloh dengan tetapi tidak menolak kemungkinan persaingan politik berdasarkan landskap politik semasa.

Pada pilihan raya umum ke-12 BN meletakkan sasaran majoriti 5,000 undi selepas menang dengan kelebihan 12,000 undi pada pilihan raya umum 2004. Pada 1999 - era reformasi, ketika kerusi Parlimen ini dikenali sebagai Mentakab dan BN mengekalkannya dengan kelebihan 243 undi.

Mengikut perkembangan semasa, Temerloh mempunyai sekitar 59,000 pemilih berbanding 54,010 tiga tahun lalu. Satu peningkatan sebanyak 5,000 pemilih baru.

Tiga tahun lalu, BN yang mengekalkan kerusi Parlimen turut menang di dua daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Mentakab dan Lancang. PAS menang kerusi Kuala Semantan.

Pada pilihan raya umum 2008, Saifuddin menewaskan Ahmad Nizam Hamid dari PKR dengan kelebihan 2,441 undi.

DUN Mentakab dimenangi oleh Chua Boon Seong dari MCA dengan kelebihan 2,439 undi, Mohd Sharkar di kerusi Lancang dengan kelebihan 2,139 undi. Syed Hamid Syed Mohamed dari PAS menang di Kuala Semantan dengan memperoleh majoriti 932 undi.

"Kali ini peluang kami cukup baik, tetapi persaingan tetap wujud, tidak dapat dinafikan," kata Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

Kerusi Parlimen Temerloh terdiri daripada 65 peratus pemilih kalangan orang Melayu, 25 peratus Cina, sembilan peratus India dan baki satu lain-lain. Kawasan ini juga mempunyai pengundi kalangan Orang Asli.

Sekiranya memperoleh 55 peratus undi orang Melayu, India 65 peratus dan Cina 20 peratus, secara kasar, Saifuddin meramalkan, "kami boleh memperoleh majoriti minimum 3,000 undi."

Mengenai isu di kawasannya, Saifuddin berkata, "isu melibatkan rakyat tidak banyak."

"Cuma mereka mahukan wakil rakyat selalu berada di kawasan, orang sini kata sebagai 'sokmo', mahu wakil rakyat selalu berada di kawasan," katanya yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Bersama peminat rakan media baru di ibu negara ketika bulan Ramadan.
Saifuddin berkata beliau tidak banyak berhadapan dengan rungutan rakyat kecuali sesetengah orang Umno sendiri, yang mahukan beliau meluangkan sebahagian masa dengan rakyat.

"Ada beberapa pemimpin Umno mahu saya 'lepak' di gerai, malam-malam macam ini. Tapi, seara jujur ini bukan pendekatan saya... tetapi bukan bermakna saya tidak bersama rakyat," kata beliau ketika singgah di sebuah restoran di Mentakab kira-kira 11.30 malam selepas solat tarawih, sebelum bertolak ke ibu negara.

Dengan menekankan jawatan kerajaan tidak memungkinkan berada sepanjang masa di kawasan, Saifuddin berkata, beliau berusaha untuk meluangkan masa setiap hujung minggu.

Selain kunjungan hujung minggu, Saifuddin berkata, beliau lazimnya mengadakan program "sembang petang" — program tidak formal untuk berbual-bual dengan rakyat di kedai kopi, gerai atau kawasan perumahan.

"Kadangkala pertemuan secara bersemuka, peribadi... orang kampung, biasanya orang Melayu, lebih bersedia untuk berkongsi masalah mereka, saya dapat mengetahui masalah mereka secara mendalam... mereka malu, segan nak bercakap dengan terbuka," katanya.

Pendirian ini dapat dilihat ketika menyampaikan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri kepada warga emas dalam JKKK Kuala Kaung dengan pergi ke setiap meja berbanding penerima datang ke pentas utama.

"Saya juga mengadakan pertemuan dengan kakitangan kerajaan di pejabat mereka, untuk mengetahui kehendak dan keperluan mereka, khususnya di waktu rehat... setakat ini 80 peratus kakitangan kerajaan sudah ditemui," katanya lagi.

Selain menetapkan enam bidang pembangunan tumpuan dan bidang keberhasilan utama Temerlih (TKRA) dan Majlis Perundingan Parlimen Temerloh. Majlis Perundingan ini mengadakan pertemuan membabitkan pelbaga agensi dan pihak. Majlis seumpama itu dilihat antara pertama diadakan oleh wakil rakyat.

Selepas tiga setengah tahun menjadi wakil rakyat, kata Saifuddin, penduduk Temerloh mahukan satu projek besar dibawa ke bahagian tersebut.

"Selepas Lebuh Raya Pantai Timur (dibina), penduduk kawasan ini merasakan bisnes mereka agak terjejas. Dan, mereka merasakan ia boleh diatasi dengan satu projek besar dibawa ke sini . . . jadi, saya sedang cuba untuk membawa kampus cawangan UIA (Universiti Islam Antarabangsa) ke sini," katanya yang akan diterima oleh kedua-dua masyarakat Cina dan Melayu.

"Bagi saya ini perkara paling mencabar . . . untuk membawa satu projek besar sebelum pilihan raya umum akan datang," katanya lagi.

Bekas jurulatih bola keranjang ini juga kini menjadikan Temerloh sebagai Program Pusat Kecemerlangan Bola Keranjang dengan memperoleh peruntukan RM500,000 bagi tempoh 2011 hingga 2015.

"Kita memohon RM1.7 juta, tetapi dapat RM500,0000. Temerloh merupakan satu-satunya lokasi dipilih untuk mengadakan program ini," katanya. Sebanyak 14 sekolah terlibat dalam program.

Saifuddin juga menekankan keperluan untuk mengadakan sebuah koperasi untuk pengusaha ikan patin. Temerloh terkenal dengan ternakan ikan patin. Surat-surat rasmi pejabat Parlimen ini juga menggunakan lambang ikan patin bagi mempromosikan produk tersebut. Temerloh mempunyai 53 restoran yang menyediakan hidangan ikan patin.

Menariknya, rungutan rakyat ialah isu kecurian van, yang lebih tinggi berbanding kawasan-kawasan lain, ekoran kenaikan harga getah. Masalah kutipan sampah dan parit dan longkang juga diketengahkan, katanya.

"Walaupun ia bukan masalah yang berkaitan dengan YB tetapi sebagai wakil rakyat, kita tidak boleh kata ia bukan masalah kita, kita kena ambil usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud, walaupun kecil . . . saya cuba membantu mereka," kata anak jati kelahiran Kg Sungai Ara, Mentakab.

Dari segi kemudahan kesihatan, Saifuddin lega ia bukan satu isu sekarang. Temerloh ada hospital baru — Hospital Sultan Haji Ahmad Shah yang dapat menampung keperluan setengah Pahang.

"Klinik-klinik juga cukup. Umumnya, tiada isu besar," katanya sambil menyambung, "kalau adapun isu-isu kebajikan."

"Misalnya orang India memerlukan bantuan kecemasan, kita mendapatkannya daripada ICU, Jabatan Perdana Menteri," kata Saifuddin, yang pertama kali bertanding di Temerloh tiga tahun lalu. Temerloh ada tujuh Sekolah Rendah Tamil dan empat kuih besar dan tujuh kuil kecil.

"Bantuan juga disalurkan kepada sekolah dan kuil-kuil ini," katanya selepas menghadiri majlis menghargai beliau sempena majlis sembahyang tahunan di kuil Ladang Sungai Kawang.

Mad Indera dapat tauliah agama dari kerajaan Johor

Posted: 01 Sep 2011 07:53 PM PDT

Harakahdaily


KUALA TERENGGANU: Mat Indera adalah seorang guru agama yang mendapat tauliah agama dari kerajaan negeri Johor, kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).

"Umno dan penjajah yang tuduh Mad Indera komunis," kata beliau ketika bercakap kepada kira-kira 500 perantau Terengganu yang pulang beraya di kampung semalam.

Beliau mengulas serangan Umno dan medianya yang bertubi-tubi terhadap timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang mancadangkan agar sejarah negara dikaji semula.

Ini berikutan dari dakwaan bahawa Umno melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya tetapi bukan cerita yang sebenar.

Mohamad Sabu berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 telah diceritakan Umno sebagai penjahat menyerang hero iaitu polis yang mempertahankan balai itu.

Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong pula berdasarkan persepsi itu.

Antara yang menyerangnya adalah kumpulan yang dipimpin oleh Mat Indera di samping komunis yang juga melawan penjajah British ketika itu.

Polis ketika itu adalah bertugas dengan penjajah Inggeris yang menjajah Tanah Melayu pada waktu itu.

Antara pihak yang menentang Inggeris adalah pejuang Islam yang dipelopori oleh Abu Bakar Al Bakir, kumpulan Nasionalis Melayu pimpin Ahmad Boestaman dan juga komunis.

Namun kesemua mereka tidak menjadi hero yang memperjuangkan kemerdekaan dan melawab bagi pengkisah sejarah negara yang dipimpin Umno tetapi yang menjadi hero adalah Datuk Onn Jaffar dan Tunku Abdul Rahman.

Padahal Datuk Onn adalah menteri besar yang dilantik Inggeris untuk mentadbir Johor. Tunku Abdul Rahman pula adalah pegawai British.

Seminar sejarah


Akibat salah faham ini, Abu Bakar Chik yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat berkata, pihaknya akan menganjurkan satu seminar khas bagi mengkaji balik sejarah ini.

"Kita akan adakan seminar untuk mengkaji balik sejarah ini, antaranya kes Mat Indera yang akan kita kaji semula.

"Kita akan kaji dan nilai siapa pejuang kemerdekaan sebenarnya," kata beliau dalam majlis itu.

Bagi beliau, apa yang cuba dikatakan oleh Mohamad Sabu adalah meminta rakyat negara ini mengkaji semula sejarah yang ditulis selama ini oleh kerajaan Umno untuk kepentingan politik parti itu.

Gadis kutip hutang ah long

Posted: 01 Sep 2011 07:51 PM PDT


KUALA LUMPUR - Pemberi pinjaman haram ah long kini menemui formula baharu untuk mengutip hutang daripada peminjam apabila menjadikan remaja perempuan sebagai orang tengah untuk melaksanakan misi tersebut.

Remaja berkenaan diberi upah antara tiga hingga lapan peratus daripada jumlah kutipan atau RM5,000 hingga RM10,000 daripada setiap peminjam. Antara kriteria yang diperlukan, remaja pengutip hutang itu mestilah bersikap lemah lembut dan berperwatakan menarik.

Taktik itu dilihat berjaya kerana gadis-gadis terbabit diarahkan untuk menggunakan kata-kata manis ketika berurusan dengan peminjam yang liat membayar hutang.

Cara itu juga didakwa mampu mengelakkan keganasan seperti bergaduh, simbah cat atau ah long mengurung peminjam.

Difahamkan, jumlah kutipan hutang menggunakan khidmat remaja amat memberangsangkan dan mula menjadi budaya ah long sejak awal tahun lalu.- Kosmo

Nuklear: Pakatan persenda langkah Putrajaya ‘buru’ firma PR

Posted: 01 Sep 2011 07:46 PM PDT


KUALA LUMPUR - Kepimpinan pembangkang mempersenda langkah terbaru Putrajaya yang didakwa mahu mendapatkan khidmat firma perhubungan awam bagi membina sokongan kalangan rakyat berhubung projek pembinaan loji nuklear sebagai tenaga alternatif.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pendedahan bahawa kerajaan telah pun menyenarai pendek tiga firma bagi tujuan tersebut menunjukkan pentadbiran Najib masih bimbang mengenai bentuk berbanding fungsi langkah-langkah diambil pihaknya.

"Ia dengan sendiri cakap mengenai pentadbiran Najib. Ia hanya mengenai perhubungan awam," kata beliau The Malaysian Insider.

Adun Seri Setia ini menambah, meskipun adanya siri berita-berita, yang kelihatan positif, mengenai program pembaharuan diumumkan oleh perdana menteri, tetapi hanya beberapa pembaharuan yang telah diterjemahkan ke dalam bentuk dasar.

Kata beliau, ia satu ujian kepada kegagalan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seakan "Tom, Dick and Harry" boleh melantik firma-firma perhubungan awam untuk mengubah ketrampilan sedangkan pembaharuan yang sebenar memerlukan iltizam politik.

"Lihat pada isi, pembaharuan, tidak banyak. Hanya banyak cakap . . . mudah untuk cakap tentang banyak benda, tetapi rumit apabila hendak melaksanakan perkara yang betul," kata Nik Nazmi.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kerajaan seharusnya sedar tentang rasa tidak puas hati orang ramai mengenai logi tenaga nuklear yang disyorkan, yang juga tidak sesuai buat masa sekarang memandangkan Malaysia ada potensi besar untuk tenaga alternatif.

"Ada alternatif tenaga yang lain seperti petrol dan arang batu, buat masa sekarang," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini.

Katanya, Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu ini, yang menarik perhatian publik dan pembangkang, pada sesi Parlimen yang bermula bulan depan.

Kelmarin, The Malaysian Insider memetik laporan Holmes Report berkata, kerajaan Malaysia sedang mencari sebuah agensi perhubungan awam untuk membantu membina sokongan orang awam terhadap usaha Putrajaya mengadakan tenaga nuklear — sumber tenaga alternatif menjelang tahun 2013.

Laporan itu mendakwa Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia, sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan Januari lalu, telah menyenarai pendek tiga firma untuk membantu menjalankan kerja-kerja perhubungan awam projek yang sensitif itu.

Beberapa pihak telah pun membantah usaha mengadakan loji tenaga nuklear di negara ini.

Pada Mac lalu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) meminta kerajaan supaya menghentikan segera cadangan untuk membina loji nuklear dan empangan besar bagi menangani isu krisis tenaga kerana bimbang berlaku kebocoran reaktor seperti yang berlaku di Jepun.

Presidennya S.M. Mohamed Idris berkata trajedi yang berlaku di Jepun menunjukkan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan tidak mustahil Malaysia juga akan mengalami perkara yang sama.

Malah, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak perlu memiliki sebuah loji tenaga nuklear.

Malaysia bercadang membina dua loji seumpama itu yang masing-masing akan menjana kuasa 1,000 megawatt dengan loji pertama sedia untuk beroperasi pada 2021 dan yang kedua setahun kemudian.

Akhir Disember lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan serius untuk melaksanakan cadangan membina loji nuklear bagi menjana kuasa elektrik kerana ia termaktub dalam Program Transformasi Ekonomi.

Langkah itu katanya, juga merupakan satu daripada cara mentransformasi industri elektrik sebagai satu sumber tenaga yang stabil bagi memastikan negara tidak menghadapi masalah pada masa akan datang.

Beliau berkata loji nuklear bagi menjana kuasa elektrik sudah lama menjadi pilihan beberapa negara luar berikutan kenaikan harga petrol dan diesel serta arang batu, yang boleh mempengaruhi harga bekalan tenaga elektrik hingga membebankan pengguna.- Malaysian Insider

Kerajaan kaji perkenal had laju untuk ambulans

Posted: 01 Sep 2011 07:45 PM PDT

MALAYSIA KINI


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pada masa ini tiada had laju ditetapkan untuk ambulans yang membawa pesakit ke hospital semasa kecemasan.

Walau bagaimanapun pihaknya akan menyiasat kejadian kemalangan yang melibatkan ambulans dan mendapatkan pandangan pelbagai pihak sebelum mengadakan sebarang had laju, katanya.

ambulance medical service 100907 patientBeliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis persaraan Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Datuk Robiah Abdul Ghani di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur, semalam.

Ismail berkata pihak polis juga akan menyiasat kejadian kemalangan maut yang melibatkan ambulans Rabu lalu.

Seorang ibu, Norizah Bujang, 62, maut apabila ambulans yang dinaikinya bagi menemani anaknya untuk mendapatkan rawatan akibat terkena renjatan elektrik di Hospital Kuala Pilah terbabas ketika melalui satu selekoh di Jalan Felda Bukit Rokan di Tampin, Negeri Sembilan.

Anaknya, Nur Intan Suhana Ahmad, 30, terselamat tetapi kritikal akibat renjatan elektrik, sementara pemandu dan pembantu kesihatan dari Klinik Kesihatan Jelai mengalami cedera ringan di muka dan tangan.

Pada pertengahan Ogos lalu, pesakit Mariam Baba, 73, seorang mangsa samun maut dan jururawat Yuhanis Yasin, 30, meninggal dunia kerana cedera parah setelah ambulans yang mereka naiki untuk ke Hospital Kuala Lumpur dari Melaka terbalik setelah dirempuh oleh sebuah teksi. - Bernama

SUPP mula bergolak merebut kerusi presiden

Posted: 01 Sep 2011 07:43 PM PDT

MALAYSIA KINI


Perebutan sengit antara pemimpin kanan untuk jawatan presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bakal mendominasi persidangan tiga tahunan (TDC) parti itu Disember depan.

NONEBila presiden sekarang Tan Sri Dr George Chan Hong Nam (kiri) memutuskan untuk berundur April lalu, berikutan kekalahan teruk parti itu dalam pilihan raya negeri, beliau turut menggesa tokoh-tokoh lama mengikuti jejak langkahnya, bagi membolehkan golongan muda mengambil alih pucuk pimpinan.

Namun Dr Chan dan setiausaha agung parti Datuk Sim Kheng Hui, yang juga meletak jawatan, telah diminta menangguh keputusan hingga berlangsung TDC.

Kini, ketika persidangan semakin hampir, tidak ramai yang telah banyak berkorban untuk parti, sedia berundur.

Menurut golongan dalaman parti, timbalan setiausaha agung sekarang Datuk Seri Wong Soon Koh dan bendahari agung parti David Teng Lung Chi sedang mengintai-intai untuk merebut jawatan itu memandangkan mereka punya sokongan agak besar.

NONEWong (kanan) dikatakan mendapat sokongan para anggota parti dari wilayah tengah dan utara kecuali Sarikei, pangkalan Teng.

Sebaliknya, Teng mendapat sokongan dari kebanyakan anggota parti di Kuching selain dari mereka yang menentang Wong dan Dr Chan.

Ramai di kalangan pemimpin akar umbi dikatakan menyokong rancangan Teng itu.

Seorang dari mereka dari Sarikei menarik perhatian bahawa sejak 1983, Teng tidak langsung dipertimbangkan untuk jawatan menteri penuh dan jawatan utama dalam parti.

Selain itu, kata beliau, kira-kira 28 cawangan dan lebih 50 peratus dari 123 anggota jawatankuasa pusat (CC) parti memberikan sokongan kepada Teng.

Jawatankuasa itu pernah mendesak diadakan sidang perwakilan khas bagi menyelesaikan krisis kepimpinan sekarang dalam parti tetapi dihalang Dr Chan.

sibu by election 070510 supp dinnerSeorang penganalisis politik berkata sebagai seorang menteri, Wong boleh mengharapkan sokongan empat pemimpin Dayak yang terpilih - Francis Harden (Sri Aman), Johnichal Rayong (Engkilili), Jerip Susil (Bengoh) dan Ranom Mina (Opar) -- selain ahli parlimen Serian, Datuk Richard Riot.

Namun, sama ada perwakilan bahagian akan mengundi Wong adalah satu persoalan besar.

Seorang dalaman parti berkata sokongan untuk Wong begitu kuat di Sibu, Miri, Bintulu dan Limbang, sementara Sarikei, Bintangor, Kuching, Simanggang, Engkilili dan beberapa bandar kecil lain memihak kepada Teng.

DAP sibu PC wong ho leng, liew chin tongBeliau juga menyatakan perbalahan antara Teng dan Dr Chan bermula pada 2006 selepas Dr Chan dikatakan gagal menangani masalah parti, termasuk isu berhubung pembentukan cawangan Dudong yang berlarutan sehingga hari ini.

Kegagalan menyelesaikan masalah tersebut adalah antara sebab kekalahan parti di kerusi Parlimen Sibu pada pilihan raya kecil Mei 2010.

Isu yang sama juga disebut berikutan kekalahan teruk SUPP pada pilihan raya negeri April tahun ini, bila parti menggugurkan penyandang Datuk Dr Soon Choon Teck sebagai calon untuk kerusi negeri Dudong.

siby by-election nomination day 080510 bn supp flag 02SUPP menggantikannya dengan Datuk Tiong Thai King, ahli parlimen Lanang dan pengerusi Majlis Perbandaran Sibu. Tiong kalah tipis di tangan muka baru DAP Yap Hoi Liong dengan majoriti 317-undi.

Beberapa orang pemimpin berpengaruh SUPP seperti Jonathan Krai, dari Engkilili, percaya hanya tokoh seperti Teng dapat menyatukan semula parti.

"Kini tiba masanya Teng dipilih untuk mengembalikan perpaduan dan kewibawaan dalam parti," kata beliau. - Bernama

Pakatan mahu pemimpin negeri tak ulas agihan kerusi

Posted: 01 Sep 2011 07:33 PM PDT

Susan Loone


Rundingan agihan kerusi di antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat masih belum dimuktamadkan manakala pemimpin negeri diminta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMenurut Anwar, masih terdapat beberapa negeri yang masih gagal menyelesaikan rundingan mereka, sementara ada yang hampir memuktamadkan agihan kerusi mereka menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan membubarkan Dewan Rakyat seawal bulan November ini, meskipun mandatnya berlarutan sehingga Mac 2013.

Menurut Anwar, susulan mesyuarat pemimpin Pakatan di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur minggu lalu, mereka bersetuju supaya semua negeri meneruskan perbincangan bagi memuktamadkan agihan kerusi.

"Kami telah arahkan semua pemimpin negeri DAP, PAS dan PKR supaya terus berunding dan memberi pandangan masing-masing kerana perbincangan masih terbuka," katanya.

"Kami juga dapati ada kenyataan dikeluarkan tetapi saya berpendapat sentimen yang diluahkan pemimpin tidak digalakan ketika perkara itu belum lagi diselesaikan," katanya pada majlis rumah terbuka Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman di Kubang Semang, Pulau Pinang, semalam.

Pelobi anti-Lynas mahu penyelesaian di peti undi

Posted: 01 Sep 2011 04:36 PM PDT

MALAYSIA KINI


Sebuah pergerakan yang menentang pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi Lynas menggesa rakyat Pahang supaya berdaftar sebagai pengundi dan meluahkan rasa tidak puas hati dan bantahan melalui peti undi.

NONEKumpulan pelobi 'Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL), dalam satu kenyataan sempena sambutan Hari Kemerdekaan berkata semangat kemerdekaan tidak sepatutnya terhad dengan mengusir penjajah dari negara ini.

"Tidak bermakna perkataan Merdeka itu sekiranya rakyat tidak dibenarkan menentukan nasib mereka, sebaliknya (ditentukan) oleh syarikat-syarikat asing.

"Mereka tidak boleh membuat keputusan bagi pihak penduduk yang menetap di situ sejak turun-temurun. Begitu juga birokrat dan ahli politik yang duduk nun jauh, " kata pengerusi SMSL, Tan Bun Teet dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya, penduduk terutamanya sekitar Kuantan hingga Kemaman yang paling terjejas dengan pembinaan loji tersebut harus diberi kata pemutus atau muktamad berhubung projek berkenaan.

NONESehubungan itu, Tan menggesa mereka yang layak mengundi supaya berdaftar bagi meluahkan hasrat dan aspirasi mereka untuk hidup dalam persekitaran yang sihat dan bebas pencemaran.

Katanya, SMSL berpendapat loji itu nanti akan memberi kesan ke atas sektor pelancongan, sarang burung layang-layang, perikanan, perhotelan, makanan dan pelaburan di Kuantan dan Kemaman akibat pembuangan sisa radioaktif dan pencemaran.

Kegagalan perjanjian Aust-M'sia memalukan

Posted: 01 Sep 2011 04:34 PM PDT

MALAYSIA KINI


Majlis Peguam menyarankan negara supaya mengiktiraf pelarian secara rasmi untuk mengelakkan rasa malu yang besar pada masa depan seperti yang berlaku akibat kegagalan perjanjian pertukaran pencari suaka politik yang dimeterai antara Australia dan Malaysia.

NONEPresidennya Lim Chee Wee berkata kerana gagal mengiktiraf taraf pelarian, Malaysia dilabel juga sebagai negara yang ketinggalan dalam mengiktiraf hak asasi manusia.

Katanya, dalam semangat negara menyambut Kemerdekaan ke-54 tahun dan sesuai sebagai sebuah negara yang berdaulat, Malaysia sepatutnya mengendalikan urusannya selaras dengan piawaian dan norma-norma yang diterima pakai di peringkat antarabangsa.

Lim merujuk keputusan Mahkamah Tinggi Australia semalam yang memutuskan bahawa perjanjian pertukaran pemohon suaka antara kerajaan Australia dan Malaysia adalah menyalahi undang-undang.

Ketua Hakim Robert French berkata mahkamah itu memerintahkan Menteri Imigresen Chris Bowen dan jabatannya disekat daripada menghantar pemohon-pemohon suaka ke Malaysia.

"Deklarasi yang diumumkan... telah dilakukan tanpa kuasa dan ia tidak sah," kata Hakim French.

Malaysia adalah antara 45 negara daripada 192 anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang masih belum mengesahkan Konvensyen 1951 Status Pelarian dan Protokol 1967.

NONEPerjanjian untuk adalah untuk memindahkan 800 pemohon suaka ke Malaysia dan sebagai balasan, Australia akan menerima 4,000 pelarian yang telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) di Kuala Lumpur bagi penempatan semula di Australia.

Menurut Lim, keputusan penghakiman mendapati peruntukan Akta Migrasi Australia 1958 yang memberi kuasa kepada Menteri Imigresen dan Kewarganegaraan Australia untuk menghantar pencari suaka ke negara ketiga semasa permohonan mereka diproses, tidak terpakai. Ini kerana ia hanya sah jika negara (ketiga) itu mematuhi atau terikat dengan undang-undang antarabangsa ataupun undang-undang tempatannya sendiri.

Anwar fobia melanda kerajaan BN

Posted: 01 Sep 2011 04:28 PM PDT

Susan Loone


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan memilih Permatang Pauh sebagai lokasi Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri sebagai "pengiktirafan tersirat Anwar fobia".

NONEMenurut Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, berkata pilihan lokasi itu juga menunjukkan pengiktirafan BN terhadap kepentingan kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang.

"Kami bangga kerana di antara ratusan kerusi pilihan raya, mereka telah memilih Permatang Pauh untuk acara tersebut," katanya pada majlis rumah terbuka Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman di Kubang Semang, Pulau Pinang hari ini.

"Segala-galanya mengenai Anwar ... sama ada mengenai Yahudi) atau Cina ...," katanya sambil menambah beliau sering diberi gambarkan negatif oleh media yang dikawal oleh kerajaan.

"Setiap media dan akhbar ... mempunyai fobia ini," katanya.

"Jika ada rumah terbuka Hari Raya, ia perlu diadakan di Permatang Pauh."

Minggu lalu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini.

Majlis anjuran kementerian itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari.

Menurut Rais, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu.

Mengulasnya, Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan kerajaan pusat mengadakan majlis berkenaan di Permatang Pauh.

"Sudah tentu kami bangga Permatang Pauh dipilih dan kami juga meminta semua orang datang untuk memeriahkan majlis rumah terbuka itu," katanya sambil menambah beliau tidak menerima sebarang undangan bagi menghadiri majlis berkenaan.

Menurut ketua umum PKR itu, semua penduduk Permatang Pauh, termasuk ahli dan penyokong-penyokongnya untuk hadiri, manakala kanak-kanak harus mengambil peluang untuk medapatkan 'duit raya' mereka daripada Najib.

Sementara itu, mengulas laporan terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center yang mendapati tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Najib telah merosot enam mata kepada 59 peratus, Anwar berkata trend itu sebagai positif.

PAS sasar 60 kerusi parlimen pada PRU-13

Posted: 01 Sep 2011 04:25 PM PDT

MALAYSIA KINI


PAS mensasarkan untuk menang di 60 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang, kata presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini

pas muktamar 130610 abdul hadi awangHarakahdaily memetik beliau berkata, sasaran parti itu adalah untuk merampas sekurang-kurangnya 25 daripada 75 kerusi yang dimiliki oleh Umno sekarang.

"Kita yakin, jika kita mendapat 60 kerusi, sokongan seluruh masyarakat negara akan berpaling kepada PAS dan Pakatan dari Umno dan BN sekarang," katanya di hadapan kira-kira 500 anak perantauan Terengganu, sempena majlis perjumpaan Aidilfitri di Dewan Datuk Wan Mutalib, Komplek PAS Kuala Terengganu.

"Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini di samping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi parlimen," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, pemimpin PAS berjaya menjadi menteri besar di tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak namun Perak tumbang apabila tiga ADUN Pakatan berpaling tadah dan menyokong BN.

AZLANBagaimanapun di peringkat parlimen, kedudukan PAS sebagai parti terbesar pakatan pembangkang sebelum pilihan raya Mac 2008, berakhir dengan kedudukan tercorot. PKR memboloti kerusi terbanyak iaitu 31 berbanding DAP - 28 dan PAS hanya 23 kerusi.

Namun pengaruh PAS dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh apabila PKR hilang tujuh kerusi apabila ahli parlimen berpaling tadah serta gagal mempertahankan Hulu Selangor pada pilihan raya kecil manakala PAS berjaya merampas kerusi Kuala Terengganu daripada gengaman BN.

Justeru, pada pilihan raya umum akan datang PAS dan Umno akan berentap untuk mendapatkan sokongan dan undi dari penduduk Melayu dan Islam.

Bagi Abdul Hadi, PAS perlu berusaha lebih keras bagi mendapatkan sokongan pengundi Islam dan Melayu sebagai teras.

NONE"Kalau nak undi Islam kena fahami hati budi Melayu melalui pendekatan dakwah, budi perkerti dan pujukan... saya yakin mereka boleh berubah.

"Perlu ambil masa, sabar... pujuk mereka... perkenalkan Islam melalui contoh yang baik. Misalnya bila tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang boleh dibeli, orang bukan Islam beri sokongan kepada kita," kata Abdul Hadi yang dipetik -Harakahdaily.

Tiada ulasan: