Rabu, 14 September 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Film Review : Remember Me

Posted: 14 Sep 2011 05:37 PM PDT

Rasa untuk menonton sebuah filem yang dari awal lagi diberikan komen-komen negatif dari media hanya kerana pelakonnya adalah watak utama sesuatu filem yang boleh dikategorikan cheesy dan memualkan adalah sesuatu yang agak sukar kerana minda sudah tetap,filem ini suck kerana pelakon itu suck.

Begitulah juga yang terjadi pada aku pada mulanya aku menonton filem "Remember Me" lakonan Robert Pattinson.Robert Pattinson dalam sebuah filem drama keluarga? Agak payah dan skeptikal aku pada mulanya untuk menerima pelakon watak Edward Cullen dalam Twilight dan Cedric Diggory dalam Harry Potter melakonkan watak manusia normal.

Begitulah juga rasanya bila aku nak menonton filem lakonan Zac Efron seperti "17 Again" atau "Charlie St Cloud." Macam mana harapan anda kepada sesebuah filem kalau kumpulan Senario berlakon dalam sebuah drama berat?

Aku agak terkejut dengan Robert Pattinson. This guy can really act. Agak menarik untuk melihat bagaimana dia mahu lari dari cliche filem Twilight untuk menjadikan dirinya seorang aktor yang diangkat lebih serius oleh media.

Macam tu lah aku rasa bila mula menonton filem Remember Me ini.

Filem Remember Me ini mengisahkan mengenai sepasang kekasih,Tyler (Robert Pattinson) dan Ally (Emillie De Ravin,salah seorang daripada 3 awek hot daripada siri klasik Roswell) yang bertemu selepas masing-masing dalam hidup mereka mengenali tragedi buruk dalam usia muda.Tyler kehilangan abangnya akibat bunuh diri dan Ally kehilangan ibunya dalam kes rompak dan bunuh yang berlaku di depan matanya.

Ada elemen filem "She's All That" apabila perkenalan mereka bermula kerana suatu dare betting tetapi pada aku itu sajalah unsur-unsur filem ini yang agak ganjil.

Apa yang cuba dipertontonkan dalam filem ini adalah lebih kepada nilai-nilai kekeluargaan di mana Tyler cuba untuk memperbaiki hubungan keluarganya yang telah berpecah belah selepas ibu bapanya bercerai dan adiknya,Caroline merasakan bapa kandungnya,Charles lakonan Pierce Brosnan (James Bond) seolah-olah melupakan keluarganya kerana terlalu menumpukan diri pada kerja.

Ally pula cuba untuk hidup dalam satu dunia yang dikongkong teruk oleh bapanya selepas bapanya jadi skeptikal dengan dunia luar akibat daripada kehilangan isteri dalam insiden bunuh di stesyen keretapi bawah tanah.

Ada beberapa adegan  standard untuk drama cinta yang cuba ditonjolkan tetapi secara dasarnya filem Remember Me ini adalah filem drama keluarga yang mempunyai mesej yang agak kuat dan menonjolkan kehidupan sebuah keluarga Amerika yang selalu kita lihat pada filem-filem drama yang lain.

Tragedi boleh berlaku bila-bila masa tanpa kita sedari.Walau bagaimanapun kita cuba mengelakkan diri dari kejadian buruk, akan terjadi sesuatu yang di luar jangkauan kita.Satu-satunya benda yang kita mampu teruskan adalah hidup sebaik yang mungkin tanpa ada rasa takut. Aku rasa itu mesej filem ni.

Highly recommended jika anda suka dark drama mengenai kekeluargaan dan Robert Pattinson.

Yang terrakhir, jika anda ingin menonton filem ini, tontonlah tanpa membaca apa-apa ulasan atau perbincangan mengenainya. Tontonlah dari mula dan perhatikan tanda-tanda yang wujud dalam filem ini dan pasti, bila penamatnya muncul, Remember Me akan menjadi sebuah filem yang akan duduk di dalam kepala anda sampai bila-bila.

ps - please..jangan spoilkan filem ini untuk mereka yang belum menontonnya. 

Tiada ulasan: