Isnin, 19 September 2011

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


Mulut Firaun disumbat Malaikat sebelum tenggelam

Posted: 19 Sep 2011 07:00 AM PDT


Dari Sa'id bin Jubeir dari Ibnu 'Abbas radhiya'l-lahu 'anhuma meriwayatkan: "dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir'aun). Sabda Nabi s.a.w: "Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir'aun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la 'ilaha illa'l-lah"[1]



Hadits di atas umumnya dapat kita temui pada perbahasan ayat tenggelamnya Fir'aun, surah Yunus ayat 90, di mana Allah berfirman: "Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)." (Qs. 10:90) .

Pada detik-detik naza'nya, malaikat Jibril melihat gelagat Fir'aun akan mempergunakan kesempatan dalam kesempitan. Allah Ta'ala memerintahkan malaikat Jibril untuk mengambil nyawa Fir'aun dengan cara menyumbat mulutnya dengan pasir, supaya tidak boleh mengucapkan keimanan dan pertaubatannya. Akhirnya Fir'aun mati dengan mulut disumbat dan jauh dari rahmat Allah s.w.t.(Tafsir Al-Kasyaf, 21 202). Kerana iman dan taubat pada pada masa ini, tiada guna sama sekali.


Mengutip Tafsir Syeikh Sa'di, ada dua keadaan di mana iman tidak berguna pada masa itu iaitu beriman di hujung sakaratul maut danberiman menjelang hari Qiamat, sesuai firman Allah dalam surah Al-Mu'min:85.


Fir'aun mati di Laut Merah atau laut Qalzum atau sebelumnya popular dengan nama FAM AL-HAIRUTS, dekat terusan Suez, pada tanggal 10 Muharram dan kerana itulah ada syari'at shaum 'Asyura, setelah sebelumnya menyatakan taubat dan yakin akan Tuhan Allah s.w.t. Dan inilah taubat yang tertolak (Qs. 10:90)

Fir'aun kafir sejak bayi

Di antara perkara yang aneh dalam din Fir'aun adalah fitrah kejadiannya. Umum-nya bayi diciptakan oleh Allah dalam keadaan fitrah, tapi nampaknya hadits ini dikecualikan terhadap bayi Fir'aun. Kerana sejak bayi sudah kafir di dalam perut ibunya.

Bunyi hadits "wa khalaqa fir'aun fi bathni ummihi kafiran," dan Fir'aun dijadikan (oleh Allah) dalam perut ibunya dalam keadaan kafir. (HR. Ibnu 'Adi dalam Al-Kamil dan Imam Thabarani dalam Al-Ausath). Semasa menyampaikan hadits ini Rasulullah s.aw sedang berkhutbah di hadapan para sahabat pada petang hari.

Ahli sejarah terpecah dua; ada yang mengatakan Fir'aun itu nama orang (ismul 'ajam), yang lain dan terbanyak mengatakan Fir'aun itu gelaran bagi raja yang lupa daratan. Tapi yang jelas, nama ini pertama kali dipakai oleh Walid bin Mush'ab bin Rayyan, keturunan Lois bin Sam bin Nuh.

Fir'aun Di Zaman Nabi Musa naik takhta pada 1311 SM adalah firaun yang Allah di binasakan bersama 700.000 pasukannya di Laut Merah, mayatnya Allah selamatkan, pada waktu syuruq (matahari terbit), menurut Tafsir Muqatil (Qs. 10:90).
Lalu siapa Firaun Tutankhamun yang sering dikatakan sebagai Firaun yang Tenggelam di Laut Merah?
Mayatnya diawetkan dengan pembalseman dalam bentuk mumi yang kini disimpan di museum Mesir di Kaherah dengan berbagai macam hikmah sejarah. Mumi ini ditemui pertama kali oleh ahli kaji purba Perancis, Loret, di Wadi al-Muluk (lembah raja-raja) Thaba Luxor Mesir pada tahun 1896 M. Pembalutnya dibuka oleh Eliot Smith, seorang ahli kaji purba Inggeris pada 8 Julai 1907.

Satu gelaran yang mengarah pada penghormatan. Pada masa inilah gelaran boleh makan tuan. Gelaran menyeret pemiliknya pada kesombongan, sehingga boleh lupa daratan. Fitnah ghuluw (penghormatan, fanatik) muncul dari pemujaan gelaran yang melewati batasan.

Perhatikanlah pesanan indah dari Imam as-Syafi'i rahimahullah berikut ini: Berkata Imam as-Syafi'i: "aku benci orang yang terlalu mengagungkan makhluk, hingga menjadikan kuburnya (di/sebagai) masjid. Aku khuatir terjadi fitnah atasnya dan fitnah atas orang sesudahnya."

[1]Shahih, HR. Turmudzi [3107]; Ahmad [2145], at-Thabari [11/163]; Ibnu Hibban [6215]; Nasa'i [6/363]. Dishahihkan oleh Syeikh Albani dalam as-Shahihah [2015] dan Shahih Sunan Turmudzi [2484]. Dishahihkan juga oleh Syeikh Syu'aib Arnouth, Tahqiq Shahih Ibnu Hibban [14/98]
Selatanonline

DANA PEMBANGGUNAN PUSAT TARBIYYAH PAS TAMBUN

Posted: 18 Sep 2011 11:35 PM PDT





Ini adalah struktur asas pembanguna Pusat Tarbiyyah PAS Kawasan Tambun di Taman Meru.. masih kekurangan RM150,000 untuk menyiapkan sepenuhnya.

Lagi Cerita Melayu Murtad....

Posted: 18 Sep 2011 09:37 PM PDT

Assalamualaikum dan salam blogger,
Jika anak anda jadi mat rempit,suka berlumba haram,its ok masih tak teruk lagi,masih boleh diselamatkan lagi,
jika anak anda yang berumur 13 tahun sudah mula belajar merokok.itu perkara biasa di zaman ini.Dia masih boleh di selamatkan.

Jika anak anda terlibat dengan berbagai kesalahan jenayah masih lagi tidak seteruk mana,tapi jika dia mengucapkan perkataan ini pada anda ,itu memang teruk dan anda bakal menghadapi masaalah yang besar.
Mari kita ikuti kisah dibawah,kisah seorang anak muda setahun jagung yang meninggalkan Islam kerana terpengaruh dengan dakyah Sitt Al Wuzara dalam FB.
Klik untuk besarkan gambar

Kami nak berkongsi cerita dan isu semasa yang terbaru berkenaanremaja Melayu murtad. Hai…lepas satu-satu. Mudah benar sekarang, budak-budak remaja Melayu hati mereka jadi gelap. Gambar di atas sempat dirakam dalam halaman Facebook.
  • Nama : Tajul Azri
  • Umur : 19 Tahun
  • Negeri : Melaka
  • Status : Murtad selepas SPM
Ada orang Melaka di sini? Kalau nak diikutkan dah ramai sangat sekarang ini remaja Melayu murtad di Facebook. Siapa ada group lagi. Bukan sikit punya bilangannya. Sangat membimbangkan juga jikalau tiada ditangani dengan segera. Dekat sinilah juga tempat mereka berkumpul bagi mereka-mereka yang dah pun murtad. http://www.facebook.com/groups/117676498244829/
Selain daripada kaunseling, paling pentingnya sekarang ini pihak yang berwajib perlu mencari punca utama sehinga menyebabkan ramai remaja Melayu murtad sekarang ini. Manakala di bawah ini pula gambar yang menunjukkkan perbualan budak hingusan Tajul Azri ini dengan maknya. Dikatakan, keluarganya masih berusaha untuk membantunya kembali kepada Islam semula.

klik untuk besarkan gambar
P/S : Dunia makin canggih, budak-budak sekarang dah tak macam dulu. Makin berani. Remaja Melayu murtad satu hal, siap berani lagi beritahu satu dunia lagi. Bangga ker?

-BRIGED AL AKHDOR-
Alahai sekian kali kita mendengar cerita remaja murtad lebih2 lagi difacebook..Sudah tiba masanya undang2 murtad ditambahbaikkan lagi sepert yang yg pernah dibangkitkan oleh TUAN GURU HADI awang DI DALAM parlimen tetapi malangnya Umno telah menolak usul tersebut...Gejala murtad nie bukan perkara yang perlu diambil mudah oleh kerajaan ,perkara ini sudah lama menjadi isu di malaysia,

Warga Indonesia Kantoi.Nak jadi orang minyak moden..

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

Penduduk mengawasi lelaki disyaki pengamal ilmu hitam yang ditahan di flat Pinggiran Batu Caves, Selayang, Selangor semalam.

KUALA LUMPUR - Seorang pemuda disyaki warga Indonesia diberkas penduduk selepas berkeliaran dalam keadaan berbogel di Flat Pinggiran Batu Caves, Selayang di sini awal pagi semalam.

Sebelum diberkas pada pukul 2.30 pagi, lelaki berumur lingkungan 20-an itu dikatakan berjalan-jalan di aras bawah sebuah bangunan flat lima tingkat di kawasan berkenaan.

Seorang suri rumah, Norlida Hassan, 42, yang tinggal di aras tersebut dikatakan terkejut sebaik sahaja melihat suspek dalam keadaan berbogel ala Orang Minyak itu tiba-tiba bersilat di hadapan rumahnya.

Wanita itu kemudian menjerit meminta tolong malangnya suspek tidak berganjak dari muka pintu.

"Saya sudah tidur tetapi tersedar selepas terdengar bunyi nafas orang yang kuat di luar bilik.

"Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut melihat lelaki itu sedang melakukan aksi pelik. Saya menyergahnya tetapi dia tak berganjak.

"Saya buka pintu rumah untuk menghalaunya tetapi dia buka jurus pencak silat menyebabkan saya naik takut," ceritanya.

Oleh kerana takut, dia kemudian mengejutkan suaminya Ahmad Hashim, 42, untuk menghalau lelaki itu.

Difahamkan, suspek bukan merupakan penduduk kawasan berkenaan.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Zakaria, 46, pula berkata, suspek yang panik itu bertindak melarikan diri.

"Dua penduduk termasuk jiran mangsa bertindak mengejar lelaki itu dan dia dapat diberkas kira-kira 20 minit kemudian.

Kosmo

Tiada ulasan: