Briged Al-Akhdor LR2 |
24 jam selepas pendedahan, pengakuan PM Bangladesh dipadam Posted: 17 Sep 2011 10:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Laman web yang memapar pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, dipadamkan hari ini
Cetakan (print screen) semalam yang kini dipadamkan Semalam, portal ini mendapati Sheikh Hasina dilapor berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah. Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu, selain diberi hak mengundi. Berikutan itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan berkenaan. "Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini. "Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan," katanya. B/AKHDOR :Macam tak biasa dengan perangai Bn nie ingatkah kita rekod Altantuya masuk malaysia PADAM..iNGAT LAGI REKOD Cincin Rosmah PADAM..KAH KAH KAH KAH.... |
Apa kemungkinan yang berlaku jika BN menang PRU 13? Posted: 17 Sep 2011 08:01 AM PDT Di bawah ini kemungkinan-kemungkinan yang berlaku yang akan ditanggung rakyat jika BN menang PRU 13? 1) Cukai GST akan dikenakan 2) Cukai 6 % untuk telefon Top Up 3) Harga minyak akan naik 4) Harga barangan keperluan dan perkhidmatan akan terus naik 5) Kos perubatan akan meningkat 6) Kos pendidikan anak-anak meningkat 7) Bahasa Melayu dan Jawi dipinggirkan 8) Undang-undang zalim ISA, OSA dan lain-lain dikekalkan. 9) Undang-undang Islam hanya dipinggirkan bukannya Islam Memerintah tetapi Islam diperintah 10) Negara akan semakin teruk kerana rasuah, kronisme, dadah, penyelewengan dan sebagainya Banyak lagi ........
|
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan