Ahad, 25 September 2011

.

.


Sesudah Subuh

Posted: 24 Sep 2011 05:22 PM PDT

Umno Dan Pas Takut Kepada Orang Kafir?

PETANG semalam saya didatangi wartawan TV3 sdr Abdul Halim bersama seorang jurugambar. Tujuannya ialah untuk meminta pandangan saya mengenai hukum hudud yang kini digemercingkan kembali. Saya percaya tv itu berminat untuk mendekati saya apabila membaca catatan saya mengenai hudud dalam blog ini beberapa hari lalu.

Dalam catatan itu antara lain saya menegaskan hukum hudud di negara ini tidak akan dapat ditegakkan selagi Umno dan Pas tidak duduk bersama. Mungkin kenyataan itu dilihat oleh setesen itu sebagai nuteral dan boleh dimanfaatkan bagi mengharmoniskan minda umat Islam negara ini tentang hudud.

Ada tiga seolan yang diajukan oleh Halim kepada saya. Pertama apakah pandangan saya mengenai hukum hudud yang kini menjadi perbicaraan umum dan apakah ianya bakal menjadi isu dan diambil kesempatan oleh pihak BN untuk melanyak Pas.

Saya menjawab, isu hudud yang dimainkan oleh media massa kini adalah rentetan dari beberapa isu yang timbul sebelum ini termasuk isu komunis yang membabitkan Mat Sabu. Isu hudud timbul apabila Tok Guru Nik Aziz Nik Mat menegaskan pendiriannya dan pendirian kerajaan Kelantan bahawa hudud tetap akan dilaksanakan.

Kenyataan atau penegasan itu ditangkap oleh pihak musuhnya untuk menimbulkan kecelaruan kalangan Pas dan Pakatan Rakyat. Sudah pasti kenyataan itu yang saya kira tidak dapat difahami dengan baik akan konteks dan suasana ketika ianya dilapazkan akan diambil kesempatan oleh musuh Pas. Kita perlu tahu lagak orang politik macam ikan lapam jawa bawah jambtan jatuh saja **** terus disambarnya tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.

Soalan kedua meminta saya mengulas mengenai perbezaan pandangan di antara Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang dipetik sebagai berkata hudud merupakan soal sampingan dan tidak diutamkan dalam Pas - Pakatan Rakyat, manakala Nik Aziz pula ingin menegakkan hudud. Kenyataan itu dilihat kontras di antara satu sama lain.

Setesen tv itu mahu ulasan saya didalam hal ini. Tujuannya mudah, untuk memperlihatkan bahawa pandangan di antara Nik Aziz dan Hadi tidak selari mengenai hudud. Saya menjawab berdasarkan semangat solan itu, bahawa pandangan Nik Aziz lebih tepat kerana hukum hudud dituntut oleh al-Quran. Tidak timbul ianya perlu di kesampingkan kerana apa-apa juga alasan yang wajib tetap wajib dan tidak boleh dikurangkan nilai hukum ke atasnya.

Manakala kenapa Hadi berkata begitu kerana dilihat dari sudut kerjsama dengan Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan UBN. Hadi berkata begitu lebih kepada maslahat politik atau pun pendekatan Pas yang 'menyembunyikan' hudud untuk tidak menimbulkan masalah di antara Pas dengan komponen Pakatan Rakyat bukan Islam.

Saya tidak fikir kalau Hadi tidak faham mengenai keutamaan ataupun kewajiban sebagai seorang Islam terhadap agamanya. Jadi percanggahan itu hanya dari segi maslahat politik saja dan bukan dari sudut keyakinan bahawa hudud itu adalah perintah Allah. Hadi dan Nik Aziz sama-sama yakin hukum hudud adalah perintah mutlak yang tidak boleh diabaikan dalam apa juga keadaan dan atas apa juga sebab.

Soalan ketiga yang diajukan kepada saya ialah sejauh mana keyakinan hudud akan ditegakkan di negara ini. Begitulah antara lain maksud dan tujuannya. Soalan ini saya kira bagi saya mengulangi pandangan saya dalam blog beberapa hari lalu tentang isu hudud.

Saya jawab, saya tidak yakin hukum hudud dapat terlaksana di negara ini selagi umat Islam tidak duduk sekali dan mempunyai keazaman yang sama. Paling penting kalau dua kuasa politik Melayu (Islam) Pas dan Umno tidak duduk satu saf maka jangan harap hudud akan dapat dilaksanakan. Tidak payah bermimpi mengenai hudud kalau tanpa ada kerjasama dan saling sokong menyokong.

Pas dan Umno perlu duduk bersama terlebih dahulu dan dalam masa sama semua NGO, gerakan Islam dan membawa kepada individu Islam harus memberi sokongan padu dan tumpat. NGO Islam perlu berpadu tenaga memberi sokongan kepada Pas dan Umno untuk melaksanakan hudud dan jangan sesekali cuba mering kepada mana-mana kumpulan atas kepentingan peribadi.

Selain itu kegagalan untuk melaksanakan hudud dan syariat Islam yang lain juga disebabkan Islam itu dilihat dari sudut pandangan masing-masing dan atas kepentingan politik. Misalnya hudud ia tidak boleh dipolitikan. Pas tidak boleh mempolitikan hudud untuk menang pilihan raya, begitu juga dengan Umno, tidak boleh menolak hudud kerana untuk menenag pilihan raya.

Kalau kedua parti itu berfikiran demikian keduanya tidak jujur dan ikhlas terhadap hudud. Pas tidak akan menang di sisi Allah mengeni hudud apa lagi Umno. Kenapa saya mengatakan hudud tidak dapat ditegak selagi ianya dilihat dengan mata politik? Sebab kalau sekeras mana Pas berusaha melaksanakannya, Umno akan menentangnya. Begitu juga kalau Umno melaksanakannya Pas akan tentang. Adalah seribu helah yang dicari untuk menafikan apa yang dibuat di antara satu sama lain. Sebab kedua pihak cuba mendapat untunglaba politik dengan hudud.

Dengan jawaban-jawaban itu saya tidak pasti apakah setesen tv itu akan mengambil ianya sebagai pandangan atau pun tidak. Tetapi saya telah menyatakan pandangan saya dengan bebas tanpa ada sentimen untuk memberi untunglaba kepada mana-mana pihak.

Sehubungan itu di sini ingin saya sebut sekiranya Pas ikhlas untuk menegakkan hudud atas dasar ianya perintah Allah s.w.t. sepatutnya apabila Udin anak Yassin membuat kenyataan bahawa Umno menyokong hudud, ada pemimpin Pas membuat kenyataan menyatakan sokongan dan sedia untuk berkerjasama dengan Umno untuk mencapai tujuan itu. Itu sepatutnya berlaku.

Malangnya saya tengok tidak ada pemimpin Pas yang bangun menyokong kenyataan Undin anak Yassin itu. Ini menyebabkan timbul didalam tabir fikiran saya apakah Pas juga tidak berani untuk menyatakan sokongan itu bukan kerana ia keluar dari Umno yang selama ini anti hudud, tetapi bimbang pengundi Melayu akan menolak Pas kalau Pas menyokong cita-cita yang sama dengan Umno itu.

Kalaulah kesenyapan Pas itu kerana itu, maka jelas bahawa Pas (bukan Nik Aziz) juga lebih kurang Umno saja kerana takut kepada hudud bagi mengelakkan undi akan hilang. Saya melihat persamaan di antara Umno dengan Pas dalam melayani (membimbangi) hudud ini sama saja apabila bila mana Karpal Singh dan Chua Soi Lek yang tidak faham dan buat-buat tindak faham dengan hudud membantah cita-cita melaksanakannya kedua pihak diam membisu.

Tidak ada seorang pemimpin Pas yang menyanggah Karpal Singh yang 'menghina' Nik Aziz memeprtahankan hudud kecualinya anaknya Timbalan Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh yang mengeluarkan kenyataan lembut meminta Karpal Singh menghormati hak umat Islam. Pemimpin lain sama sekali tidak berbunyi dan terus kehilangan suara.

Begitu juga di pihak Umno apabila adik beradik tiri mereka, Chua Soi Lek berkata kalau Umno akan melaksanakan hudud dia akan bawa MCA keluar dari BN, pemimpin Umno senyap sendu hanya Udin anak Yassin dan Mahathir Mohamad saja bersuara... itu pun setakat di dalam tekak saja. Udin anak Yassin menuduh Soi Lek tidak faham hudud manakala Mahathir pula menganggap kenyataan itu merugikan BN. Dalam hal ini Mahathir lebih mengutamakan undi daripada hukum Allah.

Maka jelas bagaikan bersuluh layanan Pas dan Umno terhadap hudud - berpadukan kepada senario hari ini hanya layanan politik semata-mata seperti mana ajak-ajak bapak ayam kepada ibu ayam, yang mematuk-matuk batu untuk menarik perhatian si ibu ayam agar mendekati sebelum merukah belakang ibu ayam. Jadi sikap Umno dan Pas terhadap hudud samalah nilainya dengan bapak ayam.

Memerhatikan laku politik Umno dan Pas dalam hal hudud jelas mereka takut kepada orang kafir dan mengutamakan politik dari agama.
Titik atas kepala Mat Maslan! [wm.kl.8:45 am 25/09/11]

Susupan Tengah Malam

Posted: 24 Sep 2011 09:22 AM PDT

Pilihan Raya Olok-Olok
UBN Tewas Empat Kerusi Di Pasir Mas

LAPORAN atau catatan majlis rumah terbuka terhad yang diadakan di rumah saya hari ini saya lewatkan sikit kerena ingin menyampaikan maklumat terbaru saya terima dua jam lalu. Rasanya maklumat ini lebih penting dan perlu disegerakan dari catatan majlis terbuka terhad di rumah saya itu.

Laporan yang disampikan ialah mengenai simulasi atau pilihan raya olak-olak yang diadakan oleh Umno Kelantan melibatkan bahagian Pasir Mas. Simulasi itu diadakan kelmarin dan berakhir semalam.

Simulasi itu melibatlkan ketiga Dewan Undangan Negeri di Pasir Mas, iaitu Chetok, Pengkalan Pasir dan Tendong.

Menurut satu sumber hasil dari simulasi pilihan raya itu Umno hanya menang satu kerusi sahaja itu di Tendong. Dua kerusi lagi di Chetok dan Pengkalan Pasir tewas.

Ukuran ini dibuat berdasarkan kepada pandangan zahir mengenai jentera pilihan raya di ketiga-tiga kawasan berkenaan.

Kawasan Chetok, jentera pilihan raya tidak berapa aktif dan lembab manakala tidak sampai 300 orang yang mengambil bahagian dalam pilihan raya berkenaan.

Kata sumber dalaman Umno itu faktor kelembaban itu ialah kerana di Chetok wujud tiga kumpulan dalam Umno yang bersaing sesama sendiri di antara orang bekas calon Kamaruzaman Che Harun dengan orang-orang Pengarah Dun Cehetok pada masa ini Johan Che Pa.

"Hanya orang Johan Che Pa saja yang menggerakkan jentera pilihan raya manakala orang-orang Kamaruziman jadi tukang memerhati," kata sumber kekenaan. "Tidak banyak bendera dacing dipasang dan pos pilihan raya juga hanya beberapa buah saja yang dibuka," tambah sumber berkenaan.

Selain dari faktor itu, satu lagi faktor menyebabkan pilihan raya percubaan di Dun Chetok itu dingin dan tidak berjaya kerana orang-orang Umno yang sebelum ini menyokong Dr Wan Suhaimi Wan Daud yang kini telah menyeberang ke parti PKR mengambil sikap mendiamkan diri.

Faktor orang Umno yang menjadi pengikut Dr Wan Suhaimi telah memberi impak besar kepada Umno Chetok khasnya dan Umno Pasir Mas amanya, kata sumber berkenaan.

"Dengan berlakunya perpecahan tiga puak inilah menyebabkan suasana pilihan raya olok-olok di Dun Chetok ini dingin dan lembab," tambah sumber berkenaan.

Hal yang sama juga berlaku di Dun Pengkalan Pasir di mana Dun ini disebut-sebut akan ditandingi oleh Ketua Bahagian Pasir Mas Hanafi Mamat dalam pilihan raya akan datang. Kata sumber itu yang menjadi pemantau pilihan raya olok-olok itu keadaan dalam Dun Pengkalan Pasir juga dingin.

Jelasnya beberapa ceramah yang dianjurkan sebagai kempen pilihan raya olok-olok itu tidak mendapat sambutan langsung. "Adalah dua tiga puluh orang yang hadir pada satu-satu majlis ceramah," tambahnya. Keadaan itu berlaku kata sumber itu mungkin disebabkan orang-orang di Dun Pengkalan Pasir terdiri dari pengundi elit di mana mereka merasakan tidak perlu mengambil bahagian dalam simulasi tersebut?

Berlainan dengan Dun Tendong, di mana pilihan raya olok-olok di kawasan itu mendapat sambutan agak menggalakkan. Jentera pilihan raya juga nampak kemas dan tersusun dengan baik.

Dun Tendong dikepalai oleh ketua wanita tidak berhadapan dengan banyak masalah dan perebutan untuk menjadi calon juga tidak berlaku. Bekas Adun Tendong Fauzi Mohamad juga katanya memberi sokongan menjayakan simulasi berkenaan.

Jadi kata sumber itu bedasarkan kepada maklumat dan perkembangan itu menunjukkan Umno akan kalah di dua Dun dalam parlimen Pasir Mas. Kekalahan di dua Dun itu juga akan membawa kekalahan Umno untuk kerusi Parlimen Pasir Mas.

Sebut sumber itu lagi letaklah tokoh hebat mana pun di Pasir Mas UBN kena mengaku kalah kepada Pas atau PKR ini termasuklah sekiranya Inchek Ibrahim Ali diambil bertanding atas tikit BN, BN tetap juga akan kalah.

Malahan kata sumber berkenaan yang juga merupakan ahli jawatankuasa Umno Bahagian Pasir Mas UBN akan lebih cepat lagi kalah sekiranya Ibrahim Ali menjadi calon parti itu. "Letaklah Ibrahim Ali atau datuk dan neneknya sekali pun, UBN akan kalah berdasarkan keputusan simulasi pilihan raya berkenaan. [wm.kl. 12:37 t/malam 25/09/11]

Tiada ulasan: