Mat Sabu Akan Diserang Hingga Ke Hari Mengundi
Husam, Mahfuz dan Sallahudin Juga Tidak Terkecuali
Ya Mudzil:DI SINI saya ingin berkongsi sedikit sebanyak berhubung apa yang berlaku dan dilakukan ke atas Mohamad Sabu hari ini. Serangan bertubi-tubi hampir setiap hari dan malam terhadap timbalan presiden Pas itu mencemaskan rakyat awam dan juga ahli dan penyokong Pas sendiri. Ahli atau penyokong Pas yang masih mencuri membaca dan menonton media cetak penjilat buntut (MPB) UBN mereka akan rasa tergugah dengan dakyah yang disebarkan media berkenaan.
Tidak dapat tidak akan timbul rasa benci dan mual dengan Mat Sabu apabila membaca atau tertonton MPB. Menurut teori Mahathir kalau kita hendak memburukkan seseorang, keburukan itu hendaklah diulang-ulang sebanyak mungkin. Media MPB itu berjaya mempengaruhi agar perasaan benci terhadap Mat Sabu timbul. Walaupun ia adalah personal mengenai Mat Sabu tetapi tujuannya ialah agar ia ditempiaskan kepada Pas, sebab Mat Sabu adalah pemimpin nombor dua.
Kesan tindakan MPB itu terbukti bila mana ia turut diperkatakan oleh orang ramai. Saya sendiri menerima maklum balas dari para penjenguk dan rakan Fb yang minta mengulas menenai serangan ke atas Mat Sabu berhubung kenyataan Mat Sabu yang dimanipulasikan sebagai menyokong komunis. Walhal isu itu kecil saja tetapi itu tektik UBN untuk menganggu konsentrasi Pas bagi menyiapkan kerja menghadapi pilihan raya.
Kalau penjenguk blog dan rakan Fb saya pun boleh pusing kepala dengan aktiviti atau perang saraf MPB apa lagi orang kampung. Mak cik dan Pak cik, atuk dan nenek di kampung akan jadi lebih nanar dan gila. Lebih-lebih lagi kalau veteran yang pernah berkhimdat dengan pasukan polis dan tentera akan 'murih' dan mengamuk dengar kenyataan Mat Sabu itu.
Ia tidak terkecuali kepada orang muda yang tidak membaca dan menyelidik. Bertambah rewel kepada mereka yang menerima sejarah dan kisah masa lampau tanpa menganalis dan membelek motif disebalik sejarah itu berlaku atau dicipta demikian. Mereka akan akan jadi histeria dan menerima dakyah MPB terhadap Mat Sabu sebagai komunis. Kan orang Melayu suka menerima sesutau itu seadanya.
Lebih teruk lagi kepada mereka yang tidak dapat membeza kejahatan penjajah yang menamam sekularisme di minda orang negara ini dengan ideologi komunis. Mereka ini mudah nampak bahaya komunis tetapi tidak merasai akan bahaya sekularisme tajaan penjajah. Hakikat hari ini komunis sudah pun berkubur tetapi kesan dan elemen penjajahan masih wujud dalam kepada umum.
Kalau kita mengkaji dan menyedari ini tidak timbul soal Mat Sabu menyokong komunis apa lagi kenyataan belau itu berlandaskan realiti dan pemahaman sebenar mengenai kemerdekaan dan proses kemerdekaan. Sebab itu saya katakan jangan lihat isu itu dengan sentimen kaum, agama dan budaya, tetapi melihat objektifnya.
Di sini apa yang hendak saya kongsi dan dedahkan, bahawa serangan ke atas Mat Sabu tidak akan dihentikan. Tidak ada genjatan senjata di dalam hal ini. UBN mendendami Mat Sabu sejak di zaman Mahathir lagi. Sebabnya ialah kerana Mat Sabu pemimpin yang lantang, berani dan tidak mudah untuk berkompromi dengan Umno mengikut acuannya.
Kenyataan Mat Sabu bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno, dan Pas tidak akan menang selamanya kalau bergabung dengan Umno, antara punca penentangan dan kebencian UBN kepada Mat Sabu. UBN melihat Mat Sabu adalah penghalang kepada jalinan kerjasama.
Kritikan-kritikan pedas dan sindiran tajam Mat Sabu atas kerakusan dan ketomakan pemimpjn Umno menyebabkan kebencian itu makin melebar. Hubungan baik Mat Sabu dengan Lim Guan Eng dan perlantikannya menjadi ahli lembaga Pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang tambah menjengkilkan lagi sampai adalah mengatakan Mat Sabu sujud sawi kepada Lim Guan Eng.
Kehebatan atau kemampuan Mat Sabu menjadi seorang pemimpin yang menjadi ikonis kepada rakyat marhain juga ikut dicemburui. Kehebatan Mat Sabu menarik perhatian puluhan ribu menghadiri majlis ceramahnya menjadi kemarahan dan kecemburuan UBN.
Walaupun Mat Sabu bukan seorang profesional dan ilmu agamanya tidak sedalam utaz dan tok guru namun gaya pidato dan ulasan politik semasa yang diselit dengan homour menjadi beliau popular dan salah seorang pemimpin disanjungi dan dipuja.
Hal-hal demikianlah menyebabkan Mat Sabu diserang habis-habis. Serangan ini adalah strategi untuk melemahkan Pas. Untuk
damage Pas. Makanya untuk tujuan itu UBN kena busukkkan Mat Sabu habis-habisan, caranya dengan mengguna media penjilat buntut.
Seperti dikatakan tadi kerja memburukkan Mat Sabu adalah strategi yang diatur demikian rupa. Kerja ini akan berterusan hingga sampai pada hari mengundi. MPB tidak akan berhenti mereka akan terus mendedah selepas satu isu satu isu. Ini adalah tektik ampuh UBN kerana tindakan menangkap Mat Sabu di bawah apa-apa akta tidak menguntungkan. Mereka sudah menahan Mat Sabu dua kali dalam ISA tetapi beliau tetap utuh dan semangat dan keyakinanya. Mat Sabu tidak mudah cair seperti mana Inchek Ibrahim Ali.
Untuk tujuan ini MPB akan mengorek dan membelekan apa-apa saja isu mengenai Mat Sabu yang semuanya bersifat peribadi yang tidak sepatut dipertikaikan. Mereka akan membuka kitab sejarah hidup Mat Sabu sejak dari lahir hingga ke hari ini. Tidak mustahil kalau Mat Sabu terus dianggap sebagai penghalang penghinaan kepada Mat Sabu akan dilakukan sehingga timbalan presiden Pas itu disumbat ke dalam liang lahad.
Sebenarnya kalau disedari planning untuk menjadikan Mat Sabu sebagai isu atau liabiliti kepada Pas bermula sejak muktamar Pas yang lepas. Kalau diselidikan MPB sudah berusaha keras memastikan Mat Sabu menang di dalam perebuatan jawatan itu. Mereka mengira kalau Mat Sabu menang mudah bagi mereka mengerjakan Pas menerusi Mat Sabu. MPB dan UBN akan membunuh Pas melalui Mat Sabu.
Niat MPB ini pula secara tidak langsung mendapat kerjasama dari para penyokong Mat Sabu. Ini memudahkan hasrat mereka tercapai. Bagaimana pun saya yakin perkara ini tidak disedari oleh kebanyakan ahli Pas apa lagi para penyokong Mat Sabu tidak pernah terfikir hal ini melainkan bekerja keras untuk memenangkan Mat Sabu.
Nah rancangan tersembunyi bersifat serampang dua mata di sebalik penglibatan MPB di dalam muktamar Pas membuahkan hasil. Mat Sabu kini timbalan presiden Pas. MPB kini sedang menkalankan tugas dan peranannya untuk membusukkan Pas menerusi Mat Sabu.
MPB dan UBN mula menyerang Mat Sabu sewaktu himpunan Bersih. Peristiwa Mat Sabu terjatuh dari motorikal menyebabkan lututnya terpaksa dibedah telah dimanipulasikan sedemikian rupa. Mat Sabu dituduh sebagai pembohong dan sebagainya terhadap apa yang berlaku.
Begitu juga dengan perlantikan Mat Sabu sebagai ahli lembaga air Pulau Pinang dipertikaikan. Tuntutan untum merawat lututnya sebanyak RM8,000 dilaung dan dijajah ke seluruh dunia. Kononnya beliau tidak berhak memperolehi kemudahan itu dan perbadanan air Pulau Pinang sudah melakukan penyelewengan.
Selepas ini tenguklah akan ada segugus isu lagi mengenai Mat Sabu. Seperti mana saya dimaklumi antara isu-isu yang akan dimain dan diputarkan untuk memburukan Mat Sabu dan sekaligus memburukkan Pas, MPB akan membuka balik kisah penangkapan Mat Sabu dengan Norma di hotel Perdana Kota Bharu. MPB akan membuat rencana imbas ke belakang mengenai kisah ini. Walaupun kejadian itu telah diputuskan oleh mahkamah, namun MPB tidak akan mempedulikan yang penting mereka dapat menggomol Mat Sabu.
Selain itu isu Mat Sabu yang dikaitkan sebagai penganut fahama syiah juga akan diputar semula. Gambar-gambar Mat Sabu semas amengadakan lawatan di Iran, Syaria dan lain-lain majlis bersama syiah di dunia akan dicari disogokkan kepada umum. Pendedahan itu sudah pasti akan ditokok tambah menggunakan kecanggihan IT yang ada hari ini. Soal fitnah mereka tidak peduli yang penting kuasa dapat dikekalkan.
Makanya ahli dan penyokong Pas mulai hari ini hendaklah berhati dan faham akan peranan MPB ini. Mereka tidak akan berhenti dan mereka tidak akan segan dan malu untuk mendedahkan apa-apa saja mengenai Mat Sabu. Mereka tidak akan peduli apakah isu itu relevan, boleh membawea pengembangan minda rakyat atau sebaliknya. Yang mereka tahu isu-isu itu akan dijual untuk kepentingan majikan mereka bernama UBN.
Justeru media Pas khasnya dan media Pakatan Rakyat hendaklah siap bingkas menghadapi perkembangan ini. Begitu juga dengan para blogger dan Facebookers yang menyokong dan bersimpati dengan Pas hendaklah bangkis menjawab segala tuduhan karut marut UBN menerusi MPB itu.
Apa yang berlaku ke atas Mat Sabu dan terhadap Pas khasnya waktu ini adalah cabaran terbesar buat para blogger dan Fbookers. Tidak ada guna pertemuan demi pertemuan atau
retreat demi
retreat dibuat tetapi hasilnya tidak seberapa. Sekarang tunjukkan di mana pengorbanan dan kemampuan anda untuk membela kebenaran dan menentang kemungkaran dalam konteks serangan menggila ke atas Mohamad Sabu dan juga selepas ini ia akan mengalir kepada pemimpin-pemimpin utama Pas yang lain.
Peringatan buat Sallahuddin Ayub, Husam Musa, Mahfuz Omar, Khalid Samad dan beberapa yang lain anda juga akan dikekah oleh MPB. Saya nak minum dulu!
[wm.kl.11:08 03/08/11]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan