Rabu, 21 September 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Umno Angkat Mat Sabu Kini Setaraf Anwar Ibrahim

Posted: 20 Sep 2011 10:14 PM PDT

NAMPAKNYA pengaruh Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS sudah semakin menghampiri kehebatan dan pengaruh Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Masakan tidak, selain dari DS Anwar siapa lagi yang pernah difitnah dan diancam sehebat yang berlaku terhadap Mat sabu?

Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya. Video lucah serta rakaman perbualan telefon lucah juga yang kononnya melibatkan Mat sabu telah lama beredar di kalangan masyarakat. Saling tidak tumpah seperti apa yang melanda DS Anwar.


Terbaru, bahagian pagar depan dan lantai halaman rumah Mat Sabu terbakar, dipercayai akibat bom petrol. Ketika kejadian itu Mohamad dan isteri difahamkan tiada dirumah dan hanya disedari anaknya Nurul Huda, 27, selepas dimaklumkan jiran.

Itulah yang dikatakan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh seseorang yang ingin menjadi pejuang. Bukan semua sanggup menerima dugaan sehebat itu. Bayangkan, Tuan guru Nik Aziz juga pernah di cop rasuah, rasuah kek, hinggakan Tuan Guru Nik Aziz ke Mekah pun dikatakan hasil dari rasuah.

Oleh yang demikian, sesiapa yang bersubahat dengan puak-puak kaki fitnah itu wajib menjauhkan diri dan kembali insaf. Politik di dalam negara kita sekarang ini sudah menjadi seperti politik rimba. Tiada lagi menggunakan akal fikiran, jauh sekali ingin menggunakan agama sebagai panduan untuk berpolitik. Bagaimana mahu jadikan agama sebagai panduan kerana sudah ada larangan bahawa orang politik tidak boleh memberi ucapan berbentuk keagamaan?

Tiada jalan lain. Kita kena bersatu dan tumbangkan rejim yang berada di Putrajaya sekarang. Selagi sekutu Apco berada di situ, usah bermimpi negara ini akan bebas dari politik rimba.

wfauzdin.blogspot.com



Zaid Ibrahim Pecat AJK Hanya Kerana Tak Bagi Pasword Laman Web.. Bodoh Punya Parti..

Posted: 20 Sep 2011 08:13 PM PDT

Parti Kita Sedang Bergolak Panas

KUALA LUMPUR: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang ditubuhkan Januari lepas, kini bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan "tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan" Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC baru-baru ini.

Tindakan memecat tiga anggota CWC setiausaha pusat Abdul Latif A. Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam satu e-mel kepada Bernama pada Rabu, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah berkata beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan.


"Presiden telah menyimpang jauh daripada matlamat parti ditubuhkan. Tidak ada pergaduhan dalam KITA cuma ada mereka yang memutuskan untuk bercanggah dengan prinsip parti ditubuhkan dan ini termasuklah ketua parti Zaid Ibrahim.

"KITA bermatlamat menjadi parti pembangkang utama di Malaysia, dan kami tetap teguh dengan pendirian itu serta menjadi tanggungjawab saya menentang tindakan Zaid baru-baru ini yang berlawanan dengan prinsip parti," katanya. KITA ditubuhkan Januari lalu selepas Zaid keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun lepas, dan menyertai parti yang sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia.

Zaid didakwa menggantung keanggotaan Muhammad Firdaus kerana kenyataannya bersabit langkah parti itu memotong belanjawan operasinya manakala pemecatan Abdul Latif kerana dia enggan memberikan kata laluan laman sesawang KITA kepada presiden.

Semasa dihubungi Bernama, Muhammad Firdaus mendakwa ia bukan bersabit dengan belanjawan parti tetapi hanya satu helah mahu mengalihkan perhatian terhadap isu sebenar berhubung cara mana parti itu diuruskan.

"Zaid selalu membuat keputusan tanpa berunding terlebih dahulu dengan anggogta lain dalam CWC," katanya.

Dalam satu e-mel lain, anggota CWC dan penyelaras KITA Wilayah Persekutuan Dr Rajaratnam Gopal Pillai berkata Zaid tidak mahu mendengar nasihat daripada CWC dan anggota peringkat bawah.

"Ini kerana sifatnya yang angkuh dan enggan bertolak ansur dalam soal cara menguruskan parti KITA. Saya selalu menasihatinya supaya mendengar rungutan anggota parti," katanya.

"Dia tidak mahu mendengar pandangan anggota-anggota CWC yang lain dan jika keadaan ini berterusan lambat laun parti ini akan lebur dari dalam. Tindakannya memecat anggota parti baru-baru ini menimbulkan persoalan tentang niat sebenar perjuangan politik beliau," kata Dr Rajaratnam.

Katanya ramai berpendapat sekiranya masalah dalaman parti tidak diselesaikan segera, KITA tidak mampu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Dipetik dari Mstar




Pakar: DNA bukan dari sperma jika tidak ‘dicuci’

Posted: 20 Sep 2011 08:06 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini kembali bersidang mendengar perbicaraan Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbicaraan kini memasuki peringkat pembelaan dan saksi keempat pemguam bela, Dr Brian McDonald dijangka menyambung keterangannya untuk disoal balas Pendakwa Raya.

Semalam, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden cuba menimbulkan keraguan terhadap kepakaran Dr Brian.

Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini.

9.20 pagi: Mahkamah masih belum mula bersidang. Kelihatan banyak lagi tempat kosong di galeri awam.


9.33 pagi: Anwar di luar mahkamah berbaju kot coklat berbual-bual dengan peguamnya: Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy.

9.41 pagi: Anwar dan peguamnya masuk ke mahkamah dan mengambil tempat masing-masing.

9.47 pagi: Turut kelihatan di galeri awam adalah Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

9.58 pagi: Mahkamah mula bersidang.

9.59 pagi: Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bertanya kepada Dr Brian samada beliau pernah melakukan prosedur 'differential extraction'.

Dr Brian bertanya kepada Yusof dan kelihatan tidak dapat menangkap dengan jelas perkara yang diucapkan Yusoff.

Peguam Anwar, Sankara berdiri dan memberitahu Hakim bahawaa Dr Brian sebelum ini pernah memberitahunya yang beliau kadangkala sedikit sukar memahami Yusof kerana telor (accent) bahasa Inggeris beliau.

10.01 pagi: Yusof bertanya samada Dr Brian sendiri pernah menjalankan differential extraction?

Dr Brian berkata baru-baru ini beliau tidak menjalankan sebarang proses differential extraction tetapi beliau faham dan tahu prinsip-prinsipnya.

10.03 pagi: "Awak mengkelaskan eksperimen Dr Seah cacat kerana beliau tidak 'membasuh' sel epitelium?" tanya Yusoff.

"Saya beri keterangan berdasarkan apa-apa yang diberitahu Dr Seah. Dia kata dia tidak melakukannya," kata Dr Brian.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Dr Brian berjaya menimbulkan keraguan bahawa DNA lelaki Y mungkin berasal daripada sel bukan sperma kerana Dr Seah tidak 'membersihkan' sampel yang diperiksanya.

Ia mungkin mengandungi sel epitelium (sel kulit).

10.13 pagi: Yusof menunjukkan satu dokumen yang menyatakan 'pencucian' sel epitelium tidak 'perlu' dilakukan tetapi 'dicadangkan' sahaja untuk dilakukan.

10.18 pagi: Dr Brian berkata jika ia tidak 'dicuci' untuk membuang sel-sel bukan sperma terdapat kemungkinan DNA yang diperolehi bukan berasal dari sperma.

10.31 pagi: Yusof mempertikaikan kenyataan Dr Brian sebelum ini yang slaid perlu disediakan selepas proses differential extraction dibuat.

"Di manakah terdapat cadangan bahawa slaid perlu disediakan selepas differential extraction disediakan?" tanya Yusof.

10.36 pagi: Pertengkaran kecil berlaku di antara Yusof dan Dr Brian berkenaan penyediaan slaid.

Yusof mendakwa bahawa slaid tidak perlu disediakan jika sel sperma dan sel bukn sperma berjaya dipisahkan daripada sel sperma di bawah proses differential extraction.

Brian pula berkata slaid itu masih perlu disediakan untuk memastikan sel sperma dan bukan sperma sudah berjaya dipisahkan.



Terkini - Mat Sabu mengaku tak bersalah

Posted: 20 Sep 2011 07:08 PM PDT

BUTTERWORTH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi atas dakwaan membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, dekat sini, 21 Ogos lalu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.
Sementara itu, lebih 100 penyokong Mat Sabu berkumpul di luar pekarangan mahkamah sejak jam 8 pagi tadi bagi memberi sokongan.

Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya PAS I negeri, Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.



Dolah Badawi Menyesal Kerana Tidur Semasa Jadi PM

Posted: 20 Sep 2011 06:58 PM PDT

Pak Lah: Saya patut lebih tegas laksana pembaharuan

KUALA LUMPUR, 21 Sept — Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau sebenarnya amat jelas dengan pembaharuan yang hendak dibawa semasa menjadi perdana menteri antara 2003 dan 2009 dan sepatutnya lebih tegas dalam melaksanakan rancangan-rancangan yang dibawanya.

"Mungkin semasa saya memegang jawatan itu saya sepatutnya lebih bertegas mengenai pembaharuan itu, berdasarkan kepada tentangan yang saya hadapi," kata beliau dalam satu kenyataan malam tadi.

Abdullah (gambar) mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz semalam bahawa beberapa tentangan terhadap rancangan pembaharuan yang dibawa beliau muncul kerana Abdullah tidak menyatakan dengan jelas mengenai apa yang hendak dilakukannya.


Nazri berkata berbanding Abdullah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sangat jelas mengenai agenda pembaharuan yang hendak dibawa termasuk kajian semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang bakal dimansuhkan.

Sehubungan itu, Abdullah yang juga bekas presiden Umno berkata beliau berharap penggantinya akan lebih bertegas dengan rancangan-rancangan pembaharuannya sekiranya beliau jelas dengan apa yang dimahukannya.

"Sudah tentu apabila seseorang pemimpin berhasrat membawa pembaharuan, pasti ada kumpulan yang menyokong dan ada juga kumpulan yang menentang.

"Bagaimanapun sekiranya pemimpin itu jelas, bahawa apa yang hendak dilakukannya adalah sesuatu yang betul, beliau perlu berusaha melaksanakannya," katanya.

Di Kota Baru kelmarin, Abdullah berkata beliau berharap tidak akan ada pihak dalaman yang akan menentang secara "senyap seperti gunting dalam lipatan" usaha Najib yang mahu memansuhkan ISA dan beberapa undang-undang lain.

"Saya harap barisan pimpinan di belakang Datuk Seri Najib, parti-parti politik baik dalam Barisan Nasional atau pun di luar akan memberi sokongan penuh kepada beliau untuk merealisasikan perjuangan untuk membawa perubahan.

"Saya harap tidak akan ada mereka yang menentang dalam senyap seperti gunting dalam lipatan kerana dasar yang beliau ingin wujudkan dengan pemansuhan ISA akan membawa manfaat kepada rakyat dan negara dalam jangka masa panjang," kata beliau.

Najib menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri pada April 2009.

Abdullah juga berkata beliau berharap mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menggubal akta dan undang-undang baru keselamatan akan berfikiran progresif dan tidak cuba menggubal undang-undang yang dapat disalahgunakan untuk menyekat perkembangan minda rakyat yang waras, intelek dan berintegriti.

"Saya yakin dan percaya bahawa Perdana Menteri dan barisan pimpinan di bawah beliau telah berfikir dengan dalam dan rasional sebelum mengumumkan pemansuhan ISA dan enakmen darurat, dan saya juga yakin bahawa beliau akan melakukan apa yang telah dijanjikan," kata Abdullah ketika berucap menerima ijazah kehormat doktor keusahawanan dalam pembangunan modal insan sempena Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Malaysia Kelantan.

Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan tiga deklarasi darurat serta langkah mengkaji semula beberapa undang-undang yang lain ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia Khamis lalu.



Mansuh ISA - 1 Malaysia Kena Kencing

Posted: 20 Sep 2011 04:30 PM PDT

Nazri: Tahanan tanpa bicara akan diteruskan

Amalan penahanan tanpa perbicaraan akan diteruskan walaupun dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan undang-undang pencegahan yang lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut beliau dua undang-undang baru yang bakal diperkenalkan bagi menggantikan ISA akan juga membenarkan penahanan tanpa bicara kerana ia adalah elemen penting dalam usaha memerangi keganasan.

Katanya, Peguam Negara akan berunding dengan ahli parlimen, hakim dan pihak-pihak yang berkepentingan lain di dalam dan juga luar negara kerana menangani keganasan adalah usaha antarabangsa.


"Malah bagi kesalahan jenayah biasa, seseorang boleh ditahan tanpa bicara. Kami namakannya tahanan reman 14 hari, - ia juga merupakan satu bentuk penahanan tanpa perbicaraan," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran bahagian undang-undang, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Menurut Nazri, penahanan dalam keadaan seumpama itu tidak bererti seseorang itu dianggap bersalah.

"Rakyat juga sedar bahawa kita perlu untuk menahan seseorang sebelum boleh dapat mengumpul bukti," katanya.

Walau bagaimanapun, jelasnya, elemen yang sedang diperbetulkan ialah tempoh tahanan yang terlalu lama boleh disifatkan sebagai tindakan menindas.

Sementara itu, bercakap kepada Bernama selepas megadakan dialog bersama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) di Kuala Lumpur hari ini, Nazri berkata dua undang-undang baru yang akan menggantikan ISA tidak akan digunakan bagi menahan pihak yang berbeza ideologi politik.

azlanKatanya, kedua-dua akta itu akan hanya digunakan bagi mengekang kegiatan pengganas dan ekstremis agama.

Selain itu, pihak yang didapati bersalah di bawah kedua-dua akta tersebut hanya akan ditahan setelah dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beberapa pihak yang mendakwa dua akta baru yang akan menggantikan ISA itu akan mengekalkan ciri-ciri ISA yang didakwa mereka akan menindas tahanan.

Mengulas desakan pembangkang yang mahu bekas tahanan ISA diberi pampasan berikutan pemansuhan akta itu, Mohamed Nazri berkata, ia sewajarnya tidak dijadikan isu kerana mereka ditahan di bawah undang-undang yang sah pada ketika itu.

"Ia berlaku mengikut undang-undang, (jadi ada) tidak perlu meminta maaf dan tidak perlu pampasan. Kenapa perlu persoalkan? Ia sepatutnya tidak jadi isu," kata Nazri.

Pada Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. -mk



Panas - Mat Sabu ditahan sebelum dibebas dengan jaminan polis

Posted: 20 Sep 2011 07:01 AM PDT

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Berita Harian Online memetik Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.


Petang tadi, peguam pemimpin PAS itu, Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis bahawa beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok.

Ini berikutan ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong yang akan dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.



Jamil Khir Kantoi Lagi..

Posted: 20 Sep 2011 06:25 AM PDT

Bekas anggota KAGAT dedah tembelang Jamil Khir - oleh : ustazkagat

Berita pembinaan rumah Jamil Khir yang menelan harga jutaan ringgit telah mendorong saya untuk menulis artikel ini. Meskipun saya telah meninggalkan KAGAT sejak beberapa tahun lalu namun rasa sayang dan cinta saya kepada KAGAT tetap bersemarak justeru itu saya mengemukakan pandangan ini untuk perhatian pimpinan tertinggi ATM agar tidak memperjudikan nasib KAGAT dan menyebabkan KAGAT hancur ditangan golongan yang mencari kepentingan peribadi.

Anggota KAGAT dan ATM sememangnya sedar tentang kemelut perlantikan pengarah KAGAT yang sama ceritanya seperti JKR. Namun perkara ini berjaya dikawal sehingga pihak media tidak mengetahuinya. Mengikut cerita teman-teman yang masih berkhidmat bahawa perlantikan Bgd Jen Mustafa adalah konspirasi yang dimainkan oleh Jamil Khir dan pengikut setianya. Untuik mengetahui benar atau tidak perkara ini maka kita tunggulah bagaimana kedudukan orang kuat Jamil Khir terdiri daripada Lt Kol Latif, Lt Kol Saudi, Lt Kol Ibrahim, Mej Husin, Mej Kamil, Mej Nasir, Mej Titan, Mej khairul dan paling utama orang yang dianggap sebagai "buah hatinya" iaitu Ustazah Kama.


Mereka yang disebutkan diatas adalah tulang belakang Jamil Khir yang sama-sama bertahajjuud dan beriktikaf di atas padang GOLF SEHINGGA KERJA UTAMA PEJABAT dibiarkan kepada anggota bawahan untuk dibereskan. Mereka inilah yang akan dilantik sebagai TPP dan Lt Kol baru manakala Ustazah Kama pula semua tahu tentang kes beliau satu persatu tetapi oleh kerana beliau merupakan nadi Jamil Khir di KAGAT justeru itu kes beliau tidak diambil sebarang tindakan dan mungkin juga beliau akan dianugerahkan hadiah jawatan pegawai KAGAT.

Kalaulah benar perkara ini berlaku maka Menteri Pertahanan kena tahu bahawa pengaruh Jamil Khir masih menguasai KAGAT mengatasi bidang kuasa beliau sendiri sebagai Menteri Pertahanan. Mana Jamil Khir dapat duit untuk bina istananya itu tidak heran bagi anggota Kagat kerana kami tahu tentang hal beliau.

Kerengga



Hina Rasulullah Dalam Hantu Bonceng - Zizan Mohon Maaf

Posted: 20 Sep 2011 06:13 AM PDT


KUALA LUMPUR – Zizan Raja Lawak bertindak memohon maaf di atas ketelanjurannya mengucapkan dialog yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam filem Hantu Bonceng yang dibintanginya.

Pengarah Filem berkenaan, Ahmad Idham pula sebaliknya masih mempertahankan bahawa dialog tersebut bukanlah satu kesalahan kerana filem itu katanya turut ditonton empat ulama sebelum ia disiarkan kepada umum.

Beliau bagaimanapun belum lagi menamakan siapa keempat-empat ulama itu.


Ahmad melalui Twitter juga marah dengan segelintir peminat yang katanya tidak beradab dalam memberikan teguran mengenai isu tersebut.


Sementara itu, pernyataan maaf Zizan kepada semua masyarakat Islam di negara ini juga dibuat melalui laman Twitter miliknya semalam.

" Sy(saya) paham, apa yang salah, salah jugak(juga), tapi pasal hina islam mmg(memang) jauh dari otak pkiran(fikiran) sy(saya) la..xde(tiada) lgsung(langsung) terniat. Ini adalah Agama dan Rasul sy(saya). Maaf sekiranya saya silap," katanya.

Zizan menambah, tidak pernah terdetik pun difikirannya untuk menghina Rasulullah S.A.W.

Filem Hantu Bonceng yang sebelum ini mendapat pujian atas kejayaan mengumpul kutipan tiket mencecah RM8 juta dalam masa dua minggu ia ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Namun, ia mula dikritik banyak pihak apabila dikesan mempunyai bahagian lakonan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ia dapat dilihat pada bahagian di mana pelakon utamanya, Zizan Razak sedang menerima rawatan di hospital dan mula menjerit bila ditegur rakannya.

Dalam bahagian itu, pada salah satu dialognya, Zizan telah menambah istilah "asyhadu anna Muhammadar syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).



SPR Pernah Keluarkan 60,000 IC Palsu

Posted: 20 Sep 2011 05:01 AM PDT

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

Kabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.


"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin tempatan, sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.

Keadaan didakwa semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang dikenali sebagai 'Projek IC'.

Ia operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi kerajaan berkaitan dan ejennya dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.

Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot mendadak.

Walaupun PBS akhirnya tumbang rentetan beberapa pembelotan kepada BN, ramai menyalahkan 'Projek IC' sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula.

Malaysiakini



Kod Rahsia SPR Untuk Tawan Selangor

Posted: 20 Sep 2011 03:28 AM PDT

Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengesan kewujudan 170,818 pengundi misteri yang memegang kad pengenalan berkod 71, kata Pengerusinya, Suhaizan Kaiat.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, 57.32 peratus atau 97,923 merupakan pengundi berdaftar di negeri Pakatan Rakyat.

"Masing-masing di Kedah seramai 5,793 orang, Pulau Pinang (12,799), Kelantan (15,345) dengan jumlah tertinggi berada di Selangor mencecah 29,758.

"Bagi Perak, yang dirampas Umno BN, jumlahnya juga tinggi iaitu seramai 16,680 selain Wilayah Persekutuan berjumlah 17,548," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.


Suhaizan berkata, kesemua pemilik nama sudah pun dimasukkan dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi suku ke dua tahun ini.

"Berdasarkan semakan di laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tiada kod 71 disenaraikan sebagai kod rasmi jabatan itu," katanya.

Oleh itu, beliau mendesak JPN memberi jawapan segera mengenainya.

"Penting diambil perhatian, angka ini tidak termasuk nama Mismah dan senarai yang dibantah PAS Selangor berjumlah 1,597 orang sebelum ini," katanya.

Menurutnya, dalam Kes Mismah misalnya, individu itu juga memegang kod kad pengenalan 71 dan bukan 61 seperti sepatutnya. Fakta itu boleh dirujuk di laman web JPN : http://www.jpn.gov.my/kodnegara dan http://www.jpn.gov.my/kodnegeri.

Justeru itu beliau menjangkakan lebih ramai pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran wujud dalam DPI bagi suku ke-3 2011 dan akan digunakan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Persoalannya, mengapa JPN menggunakan kod negara 71 padahal setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang ditetapkan JPN sendiri.

"Bilangan ini sangat mencurigakan dan ini mungkin satu lagi starategi terancang Najib yang mahu mempertahankan Putrajaya 'dengan apa cara seklipun?'

"Pemuda PAS juga berharap Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Binti Mohd Said 'dalam keadaan sihat' bagi memudahkan menjawab persoalan ini," katanya.

Sebelum ini, Jariah memberi alasan 'sakit' selepas Suhaizan mendedahkan isu itu secara konsisten sejak beberapa bulan lalu.

keadilandaily



Permainan Politik Najib - Mahathir

Posted: 20 Sep 2011 02:10 AM PDT

20 SEPTEMBER – Tun Mahathir Mohamed telah cuba 'menasihatkan' kepada anak didiknya Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan pilihan raya umum yang ke-13 atas alasan bahawa imej UMNO-Barisan Nasional masih tidak menentu.

Bagi orang UMNO khususnya, pandangan seorang yang berpengalaman seperti Mahathir pastinya berasas. Justeru, para pemimpin UMNO pasti tidak akan 'masuk telinga kiri keluar telinga kanan'.

Hari ini pula menurut laporan lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia, dengan tajuk besar "ISA: Barat patut contohi Malaysia", seharusnya mengembalikan kelegaan kem Najib yang sejak kebelakangan ini menghadapi tekanan kerana semakin kurang popular di kalangan rakyat.


Mahathir berpendapat, Amerika Syarikat dan Britain patut mencontohi tindakan Malaysia (baca: UMNO ) memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang didakwanya turut diamalkan di kedua-dua negera tersebut.

Ini bererti Mahathir memberi isyarat yang agak jelas bahawa imej Malaysia, khususnya imej Najib, sama ada di mata rakyat atau pun di kaca mata media antarabangsa sudah mula meningkat naik. Modal-modal ini akan terkumpul untuk dijadikan bahan kempen pada pilihan raya umum yang akan datang.

Realiti sebenar di Malaysia

Tiada siapa yang rasional akal fikirannya akan menyokong mana-mana akta yang zalim dan menindas, sama ada di Amerika Syarikat atau pun di Britain.

Namun apa yang Mahathir tidak katakana ialah sistem undang-undang di negara-negara yang beliau sebutkan itu, dari segi amalannya, amatlah berbeza dengan amalan di Malaysia.

Badan kehakiman dan institusi undang-undang Barat itu adalah bebas dari tekanan dan cengkaman eksekutif. Kebarangkalian untuk kerajaan mereka melakukan salah guna kuasa dengan mengenakan tekanan atau ugutan terhadap rakyat mereka sendiri amatlah rendah berbanding rekod penggunaan ISA yang digunakan oleh kerajaan terhadap rakyat Malaysia.

Tangkapan di Barat hanya dilakukan khusus untuk suspek keganasan (terrorism). Contohnya, kerajaan Presiden Barack Obama dari Parti Demokrat tidak pernah dan tidak menahan tanpa bicara mana-mana pemimpin atau ahli Parti Republikan, malah parti-parti kecil lain, walau pun mereka ada kalangan mereka yang memaki hamun presiden, membakar bendera Amerika, dan mengadakan himpunan aman berpuluh ribu orang.

Begitu juga Perdana Menteri David Cameron tidak akan menahan tanpa bicara mana-mana orang dari parti pembangkang Buruh atau mana-mana parti sosialis, komunis, fasis dan apa sahaja kumpulan yang bebas bersuara mengikut undang-undang negara Britain.

Yang menjadi sasaran mereka adalah suspek pengganas yang mahu mengebom tempat-tempat awam. Malah, tindakan itu pun dikecam oleh rakyat di negara Barat sendiri yang tidak mahu kebebasan dicengkam.

Di Malaysia, yang sering menerima bahana ISA ini rata-ratanya orang politik, golongan mazhab agama dan sebilangan kecil yang dianggap pengganas. Majoriti mangsa-mangsa ini adalah warganegara Malaysia.

Baca Seterusnya disini

Tiada ulasan: