Sabtu, 17 September 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Najib Kata Mansuh ISA Bukan Agenda Pakatan Rakyat..

Posted: 17 Sep 2011 12:55 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menepis dakwaan bahawa langkah kerajaan memansuhkan akta ISA adalah "hasil perjuangan" Pakatan Rakyat

Sebaliknya langkah berkenaan merupakan keputusan yang dibuat oleh BN "kerana kita dengar isi hati rakyat yang mahu perubahan."

"Jadi jangan ada orang hendak 'claim credit' kononnya pengumuman itu adalah hasil perjuangan mereka."


Beliau berkata demikian sebagai mengulas reaksi segera yang ditimbulkan pemimpin Pakatan sebaik beliau membuat pengumuman tersebut pada malam Khamis lalu.

Pemimpin Pakatan antara lainnya mendakwa, langkah memansuhkan ISA merupakan salah satu usaha yang digariskan dalam manifesto Buku Jingganya.

Malah, kata Najib, pemansuhan akta itu juga dijalankan untuk memenuhi janji beliau semasa mengambil alih sebagai perdana menteri.

Tambahnya, tindakan itu akan meletakkan Malaysia atas landasan lebih progresif dan terbuka dalam memelihara ketenteraman awam.

"Perubahan yang saya umum itu kerana kita dengar suara dan isi hati rakyat," katanya dalam program Sirih Pulang ke Gagang di kampus Universiti Teknologi Mara, Shah Alam hari ini.

Dalam program yang rata-ratanya dihadiri kira-kira 1,000 orang daripada masyarakat India itu, Najib turut menerima 7,000 permohonan daripada kumpulan yang didakwa bekas penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau turut menerima permohonan daripada beberapa orang individu yang didakwa sebagai pemimpin akar Umbi Pakatan.



Panas - Hasan Ali Akan Sertai Umno

Posted: 16 Sep 2011 11:18 PM PDT

Menjelang pilhanraya umum ke13.


Maklumat dari sumber yang layak untuk dipercayai mengatakan ada wakil rakyat PAS yang bakal menjadi katak!



Sumber Kerajaan Rakyat



Ahli Gabungan Pro-ISA Mati Terkejut Dan Ramai Yang Gila Babi

Posted: 16 Sep 2011 10:42 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Sept — Gabungan NGO Bersama Malaysia, yang dua tahun lalu bertembung dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk menyokong Putrajaya agar mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), akan membuat pendirian rasmi Isnin ini — sama ada menyokong inisiatif pentadbiran Najib ataupun sebaliknya.

"Ya betul, kami akan bermesyuarat Isnin ini bagi melihat dan membuat pendirin... tunggu lepas mesyuarat, pandangan ahli jawatankuasa akan diambil kira," kata Setiausaha Gabungan NGO Bersama Malaysia Mohd. Jurit Ramli ketika ditanya sama ada langkah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercanggah dengan pendirian mereka dua tahun lalu.

Sebahagian daripada 20,000 penyokong Gerakan Mansuhkan ISA berarak di ibu negara pada 1 Ogos 2009 sebelum menuju ke arah Istana Negara. — Foto Ihsan The Star
Ketika bercakap kepada The Malaysian Insider hari ini, Mohd Jurit mengakui pihaknya agak terkejut dengan langkah diumumkan oleh Najib kelmarin.


"Pada pandangan kami agak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri kerana satu tindakan yang berani.

"Kami megambil pendekatan menunggu dan melihat penggubalan undang-undang baru yang akan menggantikan ISA. Kami hanya mengharapkan satu undang-undang yang boleh menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia yang berbilang kaum terjamin," kata beliau.

Pada 1 Ogos 2009, penyokong GMI dan Gabungan NGO Bersama Malaysia berhimpun di ibu negara untuk mengetengahkan pendirian masing-masing.

Perhimpunan itu diadakan empat bulan selepas Najib mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri keenam dan turut menjanjikan ISA akan dikaji semula.

Bagaimanapun, kehadiran GMI yang mengatasi bilangam peserta perhimpunan Gabungan NGO Bersama Malaysia ketika itu, menggesa Najib memansuhkan terus ISA.

Gabungan NGO Bersama Malaysia pula mahu ISA dikekalkan dan mereka juga memutuskan untuk menyerahkan memorandum kepada Istana Negara meminta ISA terus digunakan.

Lebih 200 penyokong GMI termasuk dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyertai himpunan anti-ISA pada hari itu, yang dianggap oleh pihak berkuasa sebagai tidak sah, ditahan.

Malah ketika itu, Mohd Jurit memberitahu kumpulan mereka juga menyifatkan telah mencapai sasaran mereka dengan mesej "tidak semua sokong ISA dimansuhkan."

Banyak pihak yang menyokong agar ISA dikekalkan dua tahun lalu itu hari ini melahirkan pandangan menyokong pengumuman Najib kelmarin, memutuskan untuk memansuhkan ISA.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia kelmarin, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Dua undang-undang baru akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.



"Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut,"

Posted: 16 Sep 2011 03:49 PM PDT

Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya - Pak Majid

IPOH: "Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya semasa saya berada di Johor". "Mat Indera bukan komunis, dia perjuang kemerdekaan, dia terlibat dengan Parti Kebangsaaan Melayu Malaya". Demikian ditegaskan oleh Abdul Majid Saleh, yang lebih dikenali Pak Imam Majid, seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan pleh Inggeris selama tujuh tahun.

Menceritakan kisah perjuangannya ketika dikunjungi Pimpinan Badan Perhubungan PAS Perak bersama Unit Media PAS di kediaman rumahnya baru-baru ini, beliau memberitahu beliau bersama Ismail Kali menubuhkan PKMM di Perak, iaitu di Sungai Lesung, Tapah. Beliau telah bergerak ke serata negeri untuk melebarkan pengaruh PKMM. Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor dan terlibat secara aktif mengembangkan PKMM di Johor. PKMM telah berkembang ke seluruh daerah di Johor.



Semasa beliau aktif menggerakkan PKMM di Johor itulah beliau kenal dengan Mat Indera."Mat Indera itu lulusan agama, dia mengajar agama, saya selalu bertemu dengannya," ujar Imam Majid.

Sehubungan itu beliau menafikan sekeras keras dakwaan pihak Umno dan media pro Umno yang mengaitkan Mat Inera dengan komunis dan menyifatkan ianya satu pembohongan dan fitnah besar yang kepada pejuang kemerdekaan itu.


Menurutnya, penjuang menentang penjajah dan berjuang untuk membebaskan negara ini dari cengkaman dipelopori pejuang pejuang terdahulu termasuk pejuang pejuang dari PKMM, saperti Dr Burhanudin Al Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi ahli ahli dan pejuang PKMM.

"Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut," ujarnya. Menurutnya lagi, malah Umno pula yang menentang PKMM, Umno rapat dengan Inggeris, kerana itu Umno bukan musuh Inggeris, sebaliknya PKMM adalah musuh Inggeris.

"Saya ingat dalam penangkapan ahli ahli dan pejuang kemerdekaan tidak kurang 86,000 telah ditangkap oleh Inggeris dan `disumbat' dalam penjara dan kem-kem tahanan.

Beliau sendiri dimasukkan ke kem-kem tahanan dari satu tempat ke satu tempat di Johor, Singapura, Melaka dan Perak. "Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British , Umno itu pengecut" ujarnya. Mengenai hubungannya dengan Dr Burhanuddin Al Helmi, beliau memberitahu Dr Burhanuddin adalah rakan rapatnya semasa berada di Singapura.

Beliau begitu kagum dengan Dr. Burhanudin yang dianggapnya seorang pemimpin yang hebat dan menguasai banyak bahasa. Pak Imam Majid semakin yang semakin uzur masih mampu mengingat kisah perjuangan beliau bersama rakan rakan menentang Inggeris.

Sumber: http://perak.pas.org.my
Facebook PAS Perak: http://www.facebook.com/pasperakYoutube temubual bersama Pak Majid dari 10tahun.blogspot.com



Zainal Keling Dah Mula Cakap 'Keling'..

Posted: 16 Sep 2011 09:15 AM PDT

Prof Zainal: Saya juga lihat kehadiran British sebagai penjajahan

KUALA LUMPUR, 16 Sept — Prof Dr Zainal Kling dari Majlis Profesor Negara, yang sejak minggu lalu berhadapan dengan kritikan ekoran pendiriannya bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British, hari ini menjelaskan pendiriannya — beliau juga melihat kemunculan kuasa Eropah itu sebagai satu "penjajahan."

". . . ingin saya tegaskan bahawa saya melihat kehadiran British itu sebagai penjajahan juga dan telah membawa kesan dan natijah yang amat buruk terhadap bangsa Melayu dan golongan-golongan lain," kata beliau dalam e-mel penjelasan kepada Harakahdaily hari ini.

Namun, kata beliau, terdapat sedikit perbezaan antara penjajahan berbentuk koloni seperti berlaku di Negeri-Negeri Selat iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang serta di Kanada, Australia ataupun malahan India, dengan penjajahan berbentuk "protectorate" dalam Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri-negeri Tidak Bersekutu.


Katanya, Singapura mempunyai Sultan Husin Syah tetapi kerana pulau itu sebuah koloni, maka institusi raja tersebut terhapus begitu sahaja.

"Sebaliknya, Kelantan adalah sebuah 'protectorate' maka institusi raja, keistimewaan Melayu serta pelbagai peruntukan perundangan Perlembagaan Persekutuan dan negeri-negeri itu dapat kekal hingga menjadi bentuk kerajaan pada masa ini.

"Perbezaan 'tipis' (seperti kata Pakar Perlembagaan Profesor Aziz Bari) ini harus menjadi pemahaman oleh semua, bukan hanya oleh pakar yang bijaksana kerana ia mempunyai makna dan implikasi yang amat asasi serta bernatijah dalam kewujudan warganegara, negara dan negeri masa kini dan akan datang," kata Zainal lagi.

Selain Zainal, pendirian yang seiring juga dilontarkan oleh Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Kenyataan mereka mengundang kontroversi baru ketika polemik mengenai kenyataan berkaitan tragedi Bukit Kepong pula belum reda.

Malah awal minggu ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.

Perdana Menteri keempat itu berkata, British telah bertindak seolah-olah "kita dijajah."

"Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini.

"Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah," kata beliau.

Laporan media hujung minggu lalu menyebut berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Bagaimanapun Aziz dan Pengerusi Yayasan 1 Malaysia Dr Chandra Muzaffar tidak bersetuju dengan pendirian mereka sambil menegaskan negara ini pada hakikatnya telah dijajah oleh kuasa asing termasuk British.

Dalam penjelasannya, Zainal juga berkata, Negeri-negeri Bersekutu atau Negeri-negeri Tidak Bersekutu tidak pernah menjadi koloni atau tanah jajahan British.

"Tanah Melayu tidak pernah terjajah kecuali Pulau Pinang, Melaka dan Singapura walaupun kesan pentadbiran itu merupakan satu bentuk 'penjajahan'.

"Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'breach of trust' dan 'indirect rule'. . . mereka melakukan penjajahan walaupun tidak sahih," katanya.

Kata beliau, pada realitinya ketika zaman British ada beza antara pentadbiran Singapura dengan Kelantan atau Terengganu.

"Bezanya cukup banyak dan jelas dari segi kuasa, pentadbiran dan hubungan luar. Kedua, walaupun antara koloni dan 'protectorate' berbeza tetapi kesan dari pentadbiran 'protectorate' adalah juga penjajahan.

"Oleh kerana itu, para ahli undang-undang seperti Roland Braddell melihatnya sebagai pecah amanah. Para ahli sejarah seperti R. Emerson, melihatnya sebagai pemerintahan tak langsung. Kedua-duanya penilaian itu adalah melihat kesan pentadbiran British sebagai 'penjajahan' juga," tambah beliau.



Dengan Nasi Lemak Pun UMNO Tak Puas Hati.. Hahaha

Posted: 16 Sep 2011 07:45 AM PDT

Buat bantahan jika tak puashati filem 'Nasi Lemak 2.0'

Pihak yang tidak berpuas hati dengan penayangan filem Nasi Lemak 2.0 arahan individu yang pernah mencetuskan kontroversi, Namewee, boleh mengemukan bantahan mereka kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata bantahan boleh dibuat kepada pihaknya untuk dinilai memandangkan kementerian itu turut bertanggungjawab dari segi penapisan filem melalui Bahagian Kawalan Filem KDN.

"Sekiranya ada perkara yang tidak kena boleh kemukakan kepada kita untuk penilaian dan kajian kerana ia memang di bwah KDN pun," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri BN Kapar di Klang hari ini.


Beliau diminta mengulas bantahan Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Negeri Perak terhadap penayangan filem itu, yang dikhuatiri memberi kesan negatif kepada golongan muda.

Presidennya Faizal Affendi Hashim berkata pihaknya terkilan kerana filem berkenaan ditayangkan sedangkan penerbitnya pernah mencetuskan isu yang tidak boleh diterima rakyat Malaysia iaitu menerbitkan video klip `Negarakuku' yang menghina lagi kebangsaan dan masyarakat Malaysia berbilang kaum.

Bagaimanapun, Hishamuddin berkata pihaknya masih belum menerima sebarang lapora mengenai perkara itu.\

- Bernama




Bekas setiausaha pusat Kita bidas Zaid Ibrahim

Posted: 16 Sep 2011 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Sept — Abd Latif A Tambi yang dipecat sebagai setiausaha pusat Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) kelmarin mencabar tindakan Presidennya Datuk Zaid Ibrahim itu dengan mendakwa parti tersebut tidak dipimpin dengan telus, sebaliknya sudah beralih daripada matlamat penubuhan.

Abd Latif dimaklumkan mengenai pemecatan daripada jawatannya kelmarin manakala Muhammad Firdaus Christopher, ahli jawatankuasa eksekutif pula dikenakan tindakan digantung keahlian.

Zaid Ibrahim
Sehubungan itu, kata Abd Latif, beliau tidak diberi peluang untuk mempertahankan dirinya termasuk mendengar tuduhan-tuduhan yang dibangkitkan sedangkan parti mendakwa memperjuangkan kesederhanaan, demokratik dan liberal.


Dalam surat terbuka yang dihantar kepada Zaid hari ini, Abd Latif berkata, "sejak kebelakangan ini, tindakan-tindakan parti tidak lagi telus dan telah beralih daripada objektif asas kewujudan, misalnya mempromosi dan menggalakkan isu-isu menyentuh kepentingan dan akan memastikan kepentingan orang ramai."

"Malah lebih penting, tindakan-tindakan dalam parti sendiri bertentangan dengan prinsip saya dan apa yang saya sentiasa perjuangkan," kata Abd Latif dalam surat itu yang salinannya dipanjangkan kepada media.

Malah dalam surat itu beliau mendakwa, pandangan-pandangan yang dikemukakan untuk membawa perubahan dalam Kita tidak diterima dengan baik dan berhadapan dengan kecaman teruk daripada Zaid.

"Sesuatu yang mengejutkan apabila usaha saya mempromosikan anda (Zaid) di Melaka dan kerja saya secara sukarela selama sembilan bulan lalu bagi membangunkan parti Kita di peringkat pusat dan niat ikhlas saya dalam mempromosikan perubahan demi kepentingan parti, saya dilayan dengan e-mel khidmat saya ditamatkan (sebagai setiausaha pusat)," kata beliau yang turut mengedarkan salinan kandungan e-mel diterima daripada Zaid kelmarin.

E-mel itu antara lain menyebut, "oleh kerana saudara telah nampak jelas tidak dapat mengikuti arahan saya sebagai ketua parti dalam beberapa hal penting termasuk (tidak) memberitahu saya 'password' laman web parti, maka saya tidak ada jalan lain untuk menggugurkan saudara daripada jawatan setiausaha berkuat kuasa serta-merta. Sila serahkan kunci pejabat dan fail-fail tertentu kepada setiausaha kerja Masrum."

Dalam suratnya kepada Zaid, Abd Latif berkata, "pokoknya penamatan saya adalah ekoran kata laluan laman web sebagaimana dinyatakan dalam e-mel; e-mel anda menyebut bahawa tindakan menamatkan saya adalah disebabkan kegagalan mematuhi arahan anda dalam beberapa perkara, termasuk tidak memaklumkan ketua parti kata laluan kepada laman web parti."

Abd Latif berkata, isu laman web adalah perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan baik dalam parti.

"Saya telah menerima e-mel daripada anda sehari sebelum penamatan khidmat saya, meminta agar menyerahkan kata laluan laman web dan butiran lain kepada anak anda. Saya telah memberikan respons sewajarnya pada pagi 14 September dengan memberikan pandangan saya mengapa saya harus dibenarkan terus menyimpan kata laluan laman web," katanya.

Dalam komen kepada The Malaysian Insider semalam, Muhammad Firdaus menyifatkan Zaid mengendalikan parti itu sebagai seorang diktator dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain.

"Wujud banyak kepincangan dalam parti. Kami sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan Zaid . . . sudah tidak yakin dengan beliau," kata beliau yang sebelum ini pernah dianggap sebagai antara orang kanan Zaid.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam kelmarin, Setiausaha Kerja Kita Masrum Dayat berkata, "parti kita ingin memaklumkan bahawa laman web, Twitter dan Facebook parti ini telah tidak dapat dilayari seperti biasa kerana mengalami masalah teknikal."

Malah menurut Masrum, pada masa yang sama Kita memaklumkan bahawa bahawa Muhammad Firdaus telah digantung keahliannya kerana melalui Facebooknya beliau dengan jelas telah membuat tohmahan liar yang tidak berasas termasuk menghina Zaid.

"Tindak-tanduk beliau yang melampau yang memudaratkan nama baik parti itu dilakukan melalui akaun sosial Facebook beliau.

"Parti ini percaya beliau bertindak demikian semata-mata kerana beliau marah apabila pembayaran elaun bulanannya dihentikan. Parti Kita adalah sebuah parti kecil yang mempunyai sumber kewangan yang terhad," katanya.

Tegas Masrum, "parti ini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada setiausaha pusat atas khidmat beliau selama ini. Perkhidmatan Abd Latif tamat berkuat kuasa hari ini (kelmarin) untuk menambah kelicinan pentadbiran parti."

Kita dilancarkan Januari lalu dengan moto "moderat, demokratik dan liberal." Ia sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia.

Parti itu digerakkan selepas Zaid keluar PKR akhir tahun lalu selepas mendakwa wujudnya kepincangan dan kecacatan dalam komponen Pakatan Rakyat itu.



Tiada ulasan: