Sabtu, 10 September 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


BN guna isu Mat Sabu tutup taktik tipu pilihan raya

Posted: 09 Sep 2011 10:33 PM PDT

GOMBAK, 10 Sept — Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Barisan Nasional (BN) sengaja membesar-besarkan isu kenyataan kontroversi membabitkan timbalannya Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong untuk menutup segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang.

Menurut Presiden PAS, pihaknya mendapat maklumat wujud rancangan "penipuan cukup besar" yang hendak dilakukan BN bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13.

"Sengaja BN yang tutup isu penipuan pilihan raya, BN buat satu isu apatah lagi kita dapat penemuan dan pendedahan yang nyata, yang jelas kerjasama antara SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dengan kementerian dan jabatan-jabatan (kerajaan) lain.


"Walaupun kita dibayangi dengan maklumat-maklumat yang cukup mendukacitakan di mana rancangan untuk penipuan cukup besar hendak dilakukan, zaman ini zaman Internet . . . kita dapat kesan dan kita juga dapat kesan mereka cepat-cepat tutup maklumat ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sejak 15 hari lalu, pemimpin-pemimpin Umno terus menyerang PAS dan Mohamad kononnya mengagung-agungkan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu menafikan ada mengagungkan komunis dan memberi tempoh 24 jam yang berakhir semalam kepada Utusan Malaysia, media Umno untuk memohon maaf atau menghadapi tindakan mahkamah.

Dalam ceramahnya Mohamad berkata bahawa pejuang kemerdekaan telah melancancarkan serangan di balai polis Bukit Kepong - membunuh 25 orang -semasa pemberontakan komunis pada 1950.

Beliau juga mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah itu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan.

Tambah Hadi, bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil SPR perlu bertindak sebagai sebuah badan yang telus dan bertanggungjawab selain tidak mengikut mana-mana arahan yang dikeluarkan pemerintah.

"Kita harap SPR betul-betul jadi badan yang telus dan bertanggungjawab, jadi macam SPR di Palestin yang mana pengarah dan jenteranya akan meletakkan jawatan sekiranya mereka tiada kuasa.

"Jangan nak makan gaji sahaja, kemudian jadi alat kepada BN," katanya.


Umno Selangor Makin Tension Dengan Kejayaan PR Selangor..

Posted: 09 Sep 2011 08:14 PM PDT

Selangor Catat Pelaburan RM5.2 Bilion Dalam Tempoh Enam Bulan Pertama 2011

SHAH ALAM 10 SEPT : Negeri Selangor mencatatkan pelaburan berjumlah RM5.2 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Dalam satu kenyataan , pejabat Menteri Besar Selangor berkata dalam tempoh ini, Selangor menerima pelaburan asing sebanyak RM3.1 bilion dan pelaburan tempatan sebanyak RM2.1 bilion.

"Sebanyak 135 projek telah diluluskan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini dan membuka 9,847 peluang pekerjaan.


"Daripada 135 projek ini, 89 adalah pelaburan baharu manakala 46 adalah mengembangkan pelaburan sedia ada," katanya.

Mengikut pecahan sektor, industri pembuatan elektronik mencatatkan pelaburan tertinggi dengan RM1.3 bilion daripada 18 projek yang diluluskan membabitkan RM110 juta pelaburan tempatan dan RM1,149 bilion pelaburan asing.

Jepun menjadi pelabur terbesar di Selangor dengan 13 projek membabitkan nilai pelaburan sebanyak RM1.136 bilion, diikuti Korea Selatan sebanyak RM652 juta (tiga projek) dan Singapura dengan RM510 juta (8 projek).

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata jumlah ini menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi pelabur asing dan tempatan terhadap kerajaan negeri.

"Selangor mencatatkan pelaburan tempatan dan asing yang seimbang dengan mencatatkan 135 projek berbanding negeri-negeri lain yang merekodkan antara 2 hingga 93 projek sahaja," katanya.


Video Khas Buat Profesor Keling.. Ini Apa??

Posted: 09 Sep 2011 07:03 PM PDT

Apa yang manusia-manusia dalam video ini buat.. Menatang apa perkataan MERDEKA yang dijerit-jeritkan tu.. MERDEKA sejenins makanan macam kangkung kot wahai profesor kangkung?? Hehehe...





Bukan Dijajah: PAS Cabar Majlis Profesor Kangkung Terbit Bahan Ilimiah

Posted: 09 Sep 2011 06:45 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Sept — PAS mencabar Majlis Profesor Negara (MPN) terutama jurucakapnya Profesor Zainal Kling agar menulis artikel atau buku ilmiah bagi mengemukakan cadangannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan pegawai yang berkhidmat semasa zaman kependudukan British tidak boleh disebut pegawai British.

"Demikianlah sepatutnya seseorang ahli akademik apalagi yang bergelar profesor mengemukakan sesuatu pandangan supaya pandangannya dapat dinilai dan dibahaskan oleh ahli-ahli lain dalam komuniti akademik. Mengeluarkan sesuatu cadangan intelek atau tesis tidak memadai hanya melalui sehelai dua muka surat kenyataan akhbar," kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Ahmad Zuhdi Marzuki.

Malah kata beliau, mengemukakan cadangan intelek melalui cara itu bukanlah kaedah ahli-ahli akademik, sebaliknya cara orang awam termasuklah ahli-ahli politik.


"Sekiranya sesuatu pandangan ahli akademik termasuklah profesor dikemukakan melalui kaedah ini, maka ia tidak mempunyai nilai intelek, sebaliknya samalah seperti sembang-sembang politik orang awam di kedai kopi," tambah beliau mengulas mengenai pandangan beberapa ahli akademik sejak kebelakangan ini bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British, sebaliknya hanya mendapat naungan Britain.

"Sebaliknya, sekiranya seseorang ahli politik menggunakan kaedah akademik iaitu menerbitkan artikel atau buku ilmiah untuk mengemukakan pandangannya, maka pandangan itu adalah sarat nilai akademik.

"Oleh sebab itu, PPP melihat tindakan MPN itu merendahkan martabat akademik mereka sendiri," katanya lagi.

Ahmad Zuhdi juga menambah, cadangan yang dikemukakan oleh MPN khususnya beberapa profesor seperti Zainal Kling, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan Prof Dr Ramlah Adam bukan satu perkara yang kecil, sebaliknya menyanggah tesis yang sudah diterima oleh ramai ahli akademik dalam mahupun di luar negara.

"Kependudukan British sebelum 31 Ogos 1957 di Tanah Melayu, rata-rata diterima oleh para ahli akademik sebagai penjajahan sama ada di Negeri-negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu tidak bersekutu manakala pentadbirannya disebut pentadbiran oleh British.

"Di atas premis inilah, kajian-kajian sama ada di peringkat sarjana Muda, sarjana, doktor falsafah dan pasca kedoktoran telah dibuat sejak bertahun-tahun," katanya lagi.

"Takrifan kolonialisme yang dipilih juga tidak dijelaskan kaedah pentakrifannya dan jauh sekali keabsahan sumbernya. Tidakkah istilah 'naungan' pada kurun ke-19 lazimnya adalah merujuk kepada 'colonial protectorate'.

"Demikian juga dengan istilah 'lindungan' lazim merujuk kepada penjajahan sebagaimana status negara Brunei sebelum merdeka. Kalaulah kedua istilah ini tidak bermaksud jajahan, maka Empayar British adalah kecil iaitu hanya Australia, New Zealand, Kanada, India-Pakistan, Sri Langka, Nigeria, Papua New Guinea dan Negeri-negeri Melayu Selat.

"Menyedari hakikat tersebut, tesis yang dikemukakan oleh MPN bukan hanya melibatkan Malaysia, bahkan status negara-negara lain seperti Uganda, Maldives, Palestin dan Mesir," kata Ahmad Zuhdi lagi.


Zainal Keling Sejarahwan Keling Ular Campur Belut

Posted: 09 Sep 2011 04:24 PM PDT

PROF Ibnu Keling, maaf Zainal Keling (foto) kata menurut fakta sejarah Tanah Melayu (Malaya) tidak pernah dijajah tetapi hanya dinaungi oleh British saja. Perjanjian Pangkor 1847 tidak mencatat dalam perjanjian British akan menjajah Tanah Melayu, sebaliknya ditulis sebagai melindungi.

Saya ingin tanya profesor yang mahir sejarah dan bukan keturunan Melayu asli itu, apakah yang dilakukan oleh British semasa mereka melindungi Tanah Melayu dalam tempoh itu mereka tidak melaksanakan kerja-kerja menjajah Tanah Melayu. Siapa yang mengawal kewangan, hasil bumi serta menjaga keselamatan? Bukankah pihak British. Apakah pengertian dilindingi berbanding dengan dijajah?


Bukankah British melantik suruhanjayanya di negeri-negeri yang bertindak menjadi Pegawai Daerah yang mempunyai kuasa eksekutif? Apakah hanya kerana tidak ada catatan itu maka ia diterima sebagai Malaya tidak kena dijajah atau digoreng oleh British.

Semudah itukah penerimaan dan pentafsiran kita. Bukankah selama 'melindungi' itu penjajah membunuh ramai pahlawan Melayu, seperti Tok Janggut, Tok Sago dan lain-lain. Atau sejarah baru akan ditulis oleh Zainal dan sekutunya akan membuangkan pengikhtiraf mereka dibunuh penjajah itu sebagai penderhaka atau dalam semangat sehari dua ini komunis? Penderhaka dalam konotasi dimaksudkan Zainal Keling itu sebagai komunis?

Apakah tidak timbul di sini British hanya berdiplomasi mencatatkan perkataan 'melindungi' bukan 'menjajah' untuk megabui Melayu dan cendekiwan Melayu bukan asli seperti Zainal? Orang kita mudah mati dan tersimpul dalam sihir bangsa lain apa lagi kalau orang Inggeris. Kita perlu sedar British adalah bangsa yang lebih awal tamadun dan cerdik daripada kita. Tahap diplomasi mereka juga tinggi manakala tahap IQ kita cukup rendah jadi mudah ditipu dan merasa kagum dengan perbuatan mereka.

Bagaimana pula hakikat negara menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun. Kenapa tidak disebut atau Prof Keling maaf Zainal Keling mencadangkan kepada kerajaan ditukar menjadi sambutan hari ditidak dilindungi? Seharusnya beliau menerusi sekutunya sudah lama membuat cadangan dan bantahan apa dilakukan kerajaan itu? Selama Malaysia menyambut hari Merdeka maka selama itulah pemerintah UBN mengikhtiraf bahawa negara ini dijajah oleh British.

Anihnya profeseor ini syok arif mengenai sejarah tetapi kenapa baru bercakap dan mendesak kita tidak perlu merasakan kita dijajah selama 400 tahun. Sepatutnya sebagai ahli akademi, ahli sejarahwan terkenal dan dirujuk menimbulkan ini sejak lama dulu. Tetapi apabila ia disenyapkan ini bermakna nilai atau mutu sejarah yang ada kepada profesor Ibnu Keling ini boleh dipertikaikan. Nilai sejarahnya double standard.

Saya nak ingatkan kalau kita hendak meneruni dan menjadi jaguh dalam satu-satu bidang kita jangan masuk sebelah kaki. Kedua belah kaki kita hendak berada atas tapak atau dasar sama. Jangan siang jadi belut malam jadi ular. Kalau sebelah kaki Zainal dalam Umno dan sebelah lagi dalam sejarah, maka apa-apa juga pendapat dan pandangan anda akan tetap pincang selamanya. Sejarah yang bertentangan dengan partinya akan disembunyikan. Sejarahwan demikian adalah sejarahwan munafik! Sejarahwan belut campur ular.

Mengenali anda dari kesempatan yang pernah ada, saya yakin kalau negara ini berubah anda, cara cakap anda juga akan berubah. Nescaya sebelah kaki anda akan terletak di dasar sebelah sini. Satu masa dulu anda kecam kerajaan pimpinan Abdullah tetapi hari ini anda sanjung kerajaan sama dipimpin Najib. Apakah kerana anda sudah mendapat habuan sebagai guru di UPSI? Begitulah dasar orang menggali sejarah dan politik dari lubang perut sendiri. [wm.kl 4:56 pm 09/08/11] -mso


Apa makna dakwat kekal kalau ‘hantu’ ada jari

Posted: 09 Sep 2011 09:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Walaupun penggunaan dakwat kekal akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen ia tidak ada makna jika 'hantu' masih ada jari.

"Ini kerana nama mereka ada di dalam daftar pemilih, walaupun mereka bukan penduduk tetap," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Katanya, walaupun pendedahan dan bukti dibuat oleh PAS dan Pakatan Rakyat mengenai daftar pemilih namun sikap pekak badak yang ada kepada orang suruhan Umno di SPR masih tidak berubah.

"Mungkin inilah cara kerja jahat mereka untuk merampas Selangor dengan cara tidak demokratik," ujarnya.


Menurutnya, pendedahan demi pendedahan seperti Mismah yang bertukar status dalam masa 2 jam kepada warganegara, nama Kg Baru telah menjadi pengundi berdaftar, kes nombor kad pengenalan lama dimiliki oleh dua individu, nama sama cuma nombor kad pengenalan 4 digit belakang berbeza, undi pos yang menjadi undi dipangkah oleh pihak lain dan yang terbaru penduduk sementara disahkan boleh mengundi iatu Numi bin Syukri (880306115096) mengundi di Hulu Besut, Parlimen Besut dan Hasmidah Binti Surahbil (820315126446) mengundi di Dun Semenyeh Parlimen Hulu Langat.

"Tidak ada makna kalau menggunakan dakwat kekal jika 'hantu-hantu' ini boleh mengundi kerana hantu moden ini ada jari dan kad pengenalan," katanya lagi.

Oleh itu, katanya reformasi pilihan raya mesti dibuat secara menyeluruh.

"Ertinya tidak guna jika dakwat kekal digunakan sedangkan hantu-hantu ini boleh mengundi walaupun mereka bukan warga negara," katanya.

Beliau menambah, jawapan daripada SPR untuk membodohkan rakyat apabila pendedahan itu dibuat, maka ia menyalahkan penolong pendaftar.

Ini, katanya seperti ada pasangan tentera didaftarkan sebagai pengundi pos menggunakan kad pengenalan pasangan mereka yang berkhidmat sebagai tentera seperti yang di dedahkan oleh Ketua Pemuda DAP Anthony Loke terdapat 21 pengudi pos yang dikesan.

"Kenapa Datuk Wan Ahmad hendak melepaskan diri? Kenapa SPR tidak menolak borang tersebut?" soalnya.

Beliau juga bertanya berapa ribu borang yang diisi oleh penolong pendaftar parti yang ditolak oleh SPR dengan alasan yang berbagai.

Ini, katanya satu lagi bukti memang Datuk Wan Ahmad adalah budak suruhan Umno.


Tiada ulasan: