Blog-list Malaysia |
- Umno tercedera dengan senjatanya sendiri
- MB Khalid Tidak Tergugat Dengan Usaha Menggulingkannya
- Khalid Samad dakwa pertemuan sulit mahu jatuhkan MB Selangor
- JAIS Dan Hasan Ali Lagi..
- Khabar baru bertiup kencang dalam Umno
- Beruk Yang Tak Tahu Malu..
- Komunis Halang Mat Sabu Jumpa Mangsa Bukit Kepong
- Lagi Penipuan Undi Pos Tentera Dibongkar
- 'Misi dikawal tentera, bukan pasukan upahan' - Azeez Mamak
Umno tercedera dengan senjatanya sendiri Posted: 06 Sep 2011 11:24 PM PDT KUALA LUMPUR, 7 Sept: Umno disifatkan tercedera dengan senjatanya sendiri apabila membangkit isu ucapan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu perjuangan kemerdekaan negara. Ini kerana, tindakan media Umno yang membangkitkan isu ini menyebabkan semua pihak mula menilai siapakah pejuang kemerdekaan sebenarnya. "Ternyata kali ini Umno cedera dengan senjatanya sendiri," kata Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS. Usaha media tradisional mengeksploitasi isu ceramah Mohamad Sabu berakhir dengan pendedahan sejarah yang lebih besar tentang perjuangan kemerdekaan. Semacam baru disedarkan umum mula bertanya, bagaimana boleh digelapkan sejarah perjuangan kemerdekaan selama ini. Ini kerana, selama ini rakyat disogokkan hanya Umno yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Hari ini rakyat tahu bahawa ada tiga kelompok pejuang kemerdekaan iaitu agamawan yang diwakili oleh Dr Burhanudin Alhemi, Abu Bakar Al Bakir dan lain-lain, nasionalis kiri pula adalah sosialis dan komunis manakala nasionalis kanan adalah golongan seumpama Umno. Turut terdedah fakta sebenar Mat Indera apabila buku 'Pengukir Nama Johor' yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor yang menamakan beliau sebagai salah seorang hero dan pejuang kemerdekaan dari Johor. (Mohamad Sabu menunjukkan buku yang mendedahkan siapkah Mat Indera sebenarnya) Kes ini juga, katanya, mendedahkan kepada rakyat bahawa mereka mahukan keadilan dalam penulisan sejarah negara. "Malang dalam situai ini profesor sejarah yang terpaksa membuat kenyataan bahawa British bukannya penjajah..kalau gitu apa erti kemerdekaan kalau tidak ada penjajah pada tahun 1957 itu," soal Dr Dzulkefly terhadap kenyataan seorang profeor sejarah. Pakar perlembagaan pula, katanya, menyanggah pandangan profesor itu kerana hakikatnya ia adalah penjajahan. Dalam 12 hari polimik ini, katanya, ia telah menyebabkan rakyat mula memahami sejarah yang selama ini cuba dipendamkan oleh Umno di mana Umno mahu tonjolkan dirinya sahaja yang perjuang kemerdekaan. Beliau yang juga AJK PAS Pusat dan anggota parlimen Kuala Selangor berkata, sebagaimana Umno menutup pejuang sebenar kemerdekaan negara, perdebatan isu ini juga menutup isu sebenar negara sekarang. "Isu sebenar negara sekarang adalah daftar pemilih yang kotor, tuntutan lapan perkara Bersih 2.0, kenaikan harga barang, pengurusan ekonomi yang buruk dan sebagainya," kata Dr Dzulkefly. Selain itu, isu ranking universiti Malaysia yangt terus tercorot di belakang berbanding dengan lain-lain universiti juga terpadam dengan isu ini selepas 12 hari ia dibahaskan. Universiti Malaya, iaitu universiti terbaik di Malaysia hanya berada di ranking 167 berbanding 700 universiti di dunia, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (279) berbanding National Universiti Singapura (28) dan Nanyang Universiti (58). Namun begitu, katanya, perdebatan ini telah mendedahkan Umno kepada masalahnya sendiri iaitu apakah benar Umno sahaja yang berjuang untuk kemerdekaan negara ini. "Seorang penulis Umno sendiri, Datuk Mohd Arif Sobri Aziz melalui blognya juga menghentam Umno kerana menurutnya Umno hanya terlibat dalam pusingan terakhir perjuangan sahaja dan menafikan segala perjuangan yang telah dibuat oleh pihak sebelum itu," katanya. Umno tidak angkat senjata memperjuangkan kemerdekaab, orang lain yang perjuang dengn jiwa raga mereka, Umno tidak boleh mendakwa semua pujian untuknya kerana ia hanya mengambil lap terkahir sahaja, tulis pemimpin Umno Pahang itu. Harakahdaily |
MB Khalid Tidak Tergugat Dengan Usaha Menggulingkannya Posted: 06 Sep 2011 08:59 PM PDT MB S'gor ke Jerman tarik pelabur Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan melakukan lawatan kerja rasmi ke Jerman bermula 11 hingga 16 September ini bagi mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelaburan paling menarik di negara ini. Sepanjang berada di Jerman, menteri besar dijadualkan melawat beberapa kilang di Wiesbaden, Stuttgart, Muenchen, Bitterfeld-Wolfen dan Munich selain mengadakan beberapa siri dialog dengan pengusaha kilang di negara berkenaan. Rombongan perniagaan ini akan turut disertai Exco Kerajaan Negeri, Dr Xavier Jayakumar dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), Dato' Jabar Ahmad Kembali. Dalam lawatan kerja rasmi ini, menteri besar juga dijadual mengadakan kunjungan hormat terhadap Minister President of Baden Wurtterberg untuk memperkenalkan Selangor dan peluang-peluang pelaburan. Dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) semalam, menteri besar berkata, lawatan kerja ini bagi menarik lebih ramai pelabur Jerman ke Selangor terutama dalam industri berkaitan teknologi hijau. Beliau berkata, Selangor telah menerima pelaburan RM2 bilion menerusi kilang pengeluaran sel suria, Q-CELLS, yang beroperasi di Banting. "Industri teknologi hijau berkembang pesat di seluruh dunia dan kita komited untuk menjadikan Selangor sebagai peneraju industri ini," kata menteri besar. |
Khalid Samad dakwa pertemuan sulit mahu jatuhkan MB Selangor Posted: 06 Sep 2011 07:18 PM PDT KUALA LUMPUR, 7 Sept — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa pihak-pihak tertentu telah mengadakan pertemuan tertutup membabitkan agensi-agensi agama dan pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGO) untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Langkah itu didakwa diusahakan ekoran kes serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) dekat Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu ekoran kononnya ada usaha memurtadkan umat Islam. Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam berkata, pertemuan membabitkan beberapa NGO Islam bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa serta wakil dari Pejabat Peguam Negara. "Mereka membincangkan memorandum untuk dihantar kepada Sultan Selangor, menyerang Menteri Besar berhubung isu Kristianisasi ini. Nampak-nampak gaya satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan Menteri Besar. Adalah diharapkan tiada Exco dari Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi dari PAS, yang turut serta," kata beliau dalam entro blognya semalam di bawah tajuk "Coret Minggu Pertama Syawal". Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, Khalid berkata beliau tidak pasti bila pertemuan itu diadakan tetapi telah diadakan bulan lalu. Kata Khalid, sebelum era Mac 2008, semuan pihak termasuk Jais dan Mais mengambil sikap berdiam diri dengan cara pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN). "Tetapi di zaman Menteri Besar yang berkebajikan (pimpinan Khalid Ibrahim), bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak Menteri Besar. "Adalah dikhuatiri akan ada yang mula bertanya, "mengapa dulu diam, sekarang nak bising?" Seterusnya nanti ada pula yang akan menganggap dulu dapat bahagian! Sekarang habuk pun tiada, maka itulah sebabnya bikin kecoh," katanya. Dalam entrinya juga, Khalid berkata, Umno terus mengheret pihak istana untuk kepentingan politik parti komponen BN itu. Katanya, ketika zaman BN memerintah Selangor, jarang sekali kedengaran berita Sultan Selangor kecuali berhubung program adat istiadat tetapi sekarang kerap diketengahkan. "Itulah perangai Umno. Bila Umno sudah tidak laku, mereka ketengahkan Sultan sedangkan dulu mereka sendiri yang mencaci Sultan. "Yang paling saya khuatir ialah tercemarnya imej pihak Istana dan DYMM Sultan Selangor sekiranya terus diheret sedemikian rupa oleh juak-juak Umno-BN," katanya sambil menambah, institusi yang above politics' atau 'mengatasi pertimbangan politik' ini akan tercemar dalam kelicikan politik Umno yang hanya ingin terus berkuasa walau apa sekalipun berlaku. "Sanggup mengorbankan rakyat dan negara asalkan mereka kembali memerintah Selangor. Itulah dasar (bekas pemimpin Libya) Muammar Gaddafi, dan itulah yang mencerminkan dasar Umno sekarang!" kata Khalid lagi. Mengenai isu tindakan Jais ke atas gereja tersebut, Khalid berkata, beliau sangat kecewa apabila mendengar Jais memohon sebulan lagi untuk menyediakan laporan. "Ini akan pasti memberikan gambaran negatif terhadap profesionalisme Jais yang bertindak dengan begitu cepat 'memeriksa' sebuah Gereja tetapi begitu lambat dalam mengeluarkan laporan mengenainya. "Saya difahamkan bahawa pihak DUMC telah bertemu dengan rombongan PAS dan secara umumnya menyatakan mereka tidak ada kena-mengena dengan majlis malam tersebut," katanya ia adalah majlis NGO yang memohon jasa baik mereka untuk membenarkan mereka menggunakan dewan milik gereja dan itu sahaja. "Laporan 'memurtadkan orang Islam' diterima dari pihak yang tidak dikenali dan pihak Jais bertindak tanpa siasatan yang lebih terperinci. Pihak yang tidak dikenali' yang melaporkannya mungkin berniat jahat dari awal?" katanya lagi. Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor berkata laporan lengkap daripada Jais akan diterima selepas beliau pulang ke tanah air dari lawatan kerja ke Jerman pada 16 September ini. "Kami masih lagi menunggu laporan lengkap Jais itu dan saya tidak sabar untuk mengetahuinya, Sekembalinya dari Jerman kita jangka akan menerima laporan tersebut," katanya dipetik Sinar Harian hari ini. |
Posted: 06 Sep 2011 04:33 PM PDT HASSAN ALI, SERAHKAN SAJA SEMUA KUNCI PINTU MASJID PADA JAIS !! APA kena dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekarang? Setelah Jabatan ini dilihat seperti `menyerang' Gereja, kali ini mereka mendakwa pula golongan yang ingin berrdakwah yang diwajibkan oleh Ugama Islam. Mereka seperti anti dengan umat Islam yang murtad, tetapi dalam masa yang sama dilihat seperti anti pendakwah Islam. Mainan politik apa ini, wahai JAIS? Bayangkan, Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam, YB Khalid Samad dan juga Pesuruhjaya PAS Selangor sendiri , YB Dr Rani akan didakwa oleh JAIS kerana memberi tazkirah tanpa Tauliah. Mereka bukan mengajar Kitab, cuma berdakwah iaitu dengan pesan memesan, ingat mengingati sesama Islam, takkan dakwah sedemikian pun perlu Tauliah? Ya Allah, celakalah hendaknya golongan yang menghalang kerja dakwah ugama mu ini. Memetik sumber Harakah, Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam hari ini dan dinyatakan pendakwaan ke atas beliau dan ditetapkan perbicaraannya pada 24 November depan di Mahkamah Syariah Klang. Beliau dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan 24 November ini. Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini. "Tauliah saya tamat Ramadhan lalu selepas menerimanya tahun lepas dan saya telah memohon untuk menyambungnya. Namun saya menerima surat dari Jais permohonan saya ditolak dan tauliah saya ditarik balik oleh Jais," kata Dr Rani kepada Harakahdaily. Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Mengapa kita menyusahkan kerja dakwah ini? Jika kedua-dua tokoh ini tiada Tauliah, berikan sahaja Tauliah. Apa masalahnya? Lagi pun, perlu sangatkah Tauliah sekadar Tazkirah, bukannya mengajar Kitab besar yang memerlukan ilmu pengetahuan yang mendalam? Jika ilmu ingin dijadikan ukuran, JAIS juga pernah mengharamkan dua Ulamak iaitu Tuan Guru Nik Aziz, Prof Dr Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus daripada memberi kuliah atau tazkirah agama di seluruh Masjid di Selangor. Adakah mereka ini tiada ilmu? Siapa Pengarah JAIS yang tinggi sangat ilmunya itu? Ini semua kerana JAIS tidak peka dengan Syariat Islam, mereka sengaja mencari jalan untuk menyusahkan kerja dakwah bukan untuk memudahkan. Adakah YB Khalid dan YB Dr Rani memberi tazkirah yang menyesatkan? Jika benar sesat, dakwa mereka dan jika terbukti benar maka hukumlah mereka dan lojiklah mereka terus diharamkan dari memberi tazkirah. Apa hujah JAIS untuk menghalang kerja dakwah ini? Mengapa golongan dakwah seperti Kumpulan Tabligh berleluasa di merata Masjid dibiarkan? Pernah mereka dipersoalkan tentang Tauliah? Mungkin kerana golongan ini tidak merbahaya kepada kepentingan politik sesuatu pihak? Seperti kata YB Khalid, beliau hanya memberi tazkirah tentang keadilan Islam dan membawa kisah di zaman Nabi dan para sahabat. Adakah itu ajaran sesat? Di mana sesatnya kisah tersebut? Tidak terfikir oleh kita, seorang Pesuruhjaya PAS dilarang memberikan tazkirah hanya kerana tiada Tauliah. Ertinya, kita memerintah Selangor pun kita tidak mampu berbuat apa-apa untuk kebaikan Islam kerana adanya pihak yang menentang Islam ini berkuasa penuh. Tetapi apabila berlaku sesuatu isu yang memburukkan imej Islam, puak haramjadah ini akan menuding jari menyalahkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Apabila kita melakukan kerja dakwah, banyak pula songelnya untuk menghalang kewajipan dakwah tersebut. Saya bersetuju jika seseorang yang ingin mengajar Kelas Fardhu Ain, Tafsir, Hadith yang berpandukan kitab besar, dan pengajiannya berjadual eloklah memerlukan Tauliah agar pengajian yang disampaikan itu tidak tersasar dari ajaran Islam. Tetapi, jika sekadar datang ke masjid untuk saling berpesan, ingat mengingati sesama kita, tidak perlulah kepada Tauliah. Jika beginilah keadaannya, elok juga dicadangkan agar Kerajaan Selangor memansuhkan sahaja jawatan Exco Agama yang kini dipegang oleh YB Dr Hassan Ali. Apa beliau buat di dalam isu ini? Tiada kuasa? Jika tiada, lebih baik tiadakan saja jawatan itu. Buat apa buang duit rakyat untuk membayar gaji dan elaun Exco Agama? Di dalam kes serbuan Gereja baru-baru ini, kita lihat sepantas kilat Dr Hassan Ali mengulas. Di dalam kes ini di mana menyoroknya Dr Hassan Ali? Dr Hassan Ali tidak tahukah yang mahu didakwa itu adalah ahli Jemaah parti beliau sendiri, bahkan YB Dr Rani itu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor iaitu bos beliau juga. Adakah Dr Hassan Ali tidak yakin dengan ilmu yang dimiliki oleh kedua-dua tokoh PAS itu? Kita tahu, Dr Hassan Ali pasti akan jawab, itu bukan bidangkuasa dia sebagai Exco Agama. Habis tu, kerja dia apa? Tegur JAIS pun Dr Hassan Ali tak mampu? Ya Allah, apa nak jadi dengan Islam jika ada badan Islam yang sengaja mahu menyusahkan kerja dakwah seperti ini. Kita sangkakan apabila kita memerintah, kita boleh kembangkan Islam, rupa-rupanya tidak. Kita sangkakan adanya Exco Agama boleh juga menjadi pemimpin dan memandu kita ke arah memartabatkan Islam, rupa-rupanya kerja dia hanya merampas arak dari kedai Seven Eleven. Jika begitu, mansuhkan saja jawatan Exco Agama dan serahkan semua kunci pintu masjid pada JAIS. /wfauzdin.blogspot.com |
Khabar baru bertiup kencang dalam Umno Posted: 06 Sep 2011 09:08 AM PDT Kita tidak perlu menunggu lama sebelum menyaksikan satu perubahan besar dalam arus politik yang bakal melanda Negara kita.Politik dalam UMNo semakin memuncak, seolah menjangkakan pemergian perdana Menteri Najib Razak, ramai yang di dalam UMNO menjangkakan demikian. Orang yang seterusnya bakal mengantikannya,tak lain tak bukan timbalannya Muhyiddin Yassin. Semua mata tertupu kepada beliau, samada beliau akan berjaya mengubah UMNO yang mana gagal di tangani oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya. Rumah terbuka hariraya Muhyddin peru didberi perhatian. Jumlah kehadiran yang mencapai satu rekod mengesahkan banyak pendapat bahawa beliau semakin Berjaya meraih sokongan, yang makin merosot bagi ketuanya. Pemilihan UMNO kemudian pilihanraya umum? Bagi para pemerhati politik, adalah perlu di beri perhatian bahawa antara yang menunggu giliran menjadi TPM ialah President MC Chua Soi Lek, anaknya Timbalan menteri pertanian dan asas tan Chua Tee Yong dan lain-lain pemimpin BN tempatan. Ada spekulasi yang cukup kuat berkenaan perlarasan bukan sahaja di kalangan ahli-ahli UMNO yang menyokong Muhyddin ,tetapi juga di kalangan parti-parti komponen BN yang lain. Terdapat juga khabar yang Muhyddin mungkin mengambil alih sebelum pilihanraya umum akan datang.Jika hal tersebut berlaku, ia mungkin bermakna penangguhan tarikh pilihanraya ke tarikh akan datang di suku terakhir 2012, manakala pemilihan UMNO dijangka di bawa ke hadapan ke awal tahun hadapan. Pada ketika ini, hal ini kelihatan mustahil tetapi melihat dari keadaan dalaman UMNO, tidak mustahil dan mungkin tercapai bagi membolehkan mereka-mereka yang berkenaan berpuas hati dan berdiam diri sebelum pilihanraya umum ke 13. Sesetengah pengkritik berkata perlaihan kuasa dalam UMNO sebelum pilihanray umum ke13 ibarat membunuh diri, tetapi hal ini tidak dipersetujui oleh pemerhati UMNO. "Tidak semestinya, kerana UMNO hari ini hanya menjaga UMNO. Mereka sedar MC dan MIC sudah tiada harapan.Apa yang mereka mahu pastikan ialah perpaduan melayu antara 3 juta ahli dan pemimpin-pemimpin yang berpengaruh. Dengan cara itu, mereke boleh mempertahankan kerusi yang sedia ada dan mungkin boleh merebut dari PAS, yang mana kita dapat lihat mereka asyik menyerang Mat Sabu tanpa henti dan menuduh Pas sebagai komunis." Seorang pemerhati UMNO veteran memberitahu Malaysia Chronicle. Muhyiddin pow-wow dan William Bourdon Ada ura-ura mengatakan najib mungkin terpaksa membuat pelan peralihan kepada timblannya menjelang pemilihan tertinggi bulan Disember ini.Ini lah yang paling minimum untuk najib dilepaskan, tetapi Muhyddin jelasnya ingin mengukuhkan kuasanya sebelum tarikh pilihanraya umum ke 23 diumumkan Menurut pihak dalaman parti,salah satu sebab ialah untuk menghalang pertelingkahan sengit dari penyokong najib yang mungkin rasa tidka puas hati jika beliau terpaksa mengundur diri sebelum beliau melengkapkan satu penggal. Najib,58 tahun telah di kritik hebat akhir-akhir ini dan semakin jelas kebanyakan dari masalah yang dihadapinya berpunca dari rakan-rakan dalam partinya, yang sangat arif tentang kelemahan pucuk pimpinannya terutama semasa rally bersih 9 Julai lepas. Malahan terdapat berita dalam UMNo yang mengatakan Muhyddin yang merancang mesyuarat UMNO memaksa Najib memendekkan percutian nya ke Italy yang dirancang selepas lawatannya ke Vatican. Rancangan Muhydin juga kebetulan dengan seminar 3 siri William Bourdon,seorang peguam Perancis yang dijadualkan member makluman kepada kumpulan rakyat prihatin berkenaan penglibatan najib dalam pembelian kapalselam scorpene yang bernilai RM7 juta.najib dituduh menambil komisen dan imbuhan dari penjual DCN dan bulan satu yang mengejutkan bila Bourdon telah disuir beberapa jam sebelum menghadiri majlis makan malam serta siding media. Bagi kebanyakan mereka dalam masyarakat melayu, najib telah menjadi sejarah dan Muhyddin ialah tokoh baru. Walaubagaimana pun,ramai percaya beliau akan Berjaya mengambil alih tampuk presiden UMNo dari najib tapi tidak menjadi Perdana Menteri kerana pilihanraya umum mungkin dimenangi oleh pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim. "Saya melihat Muhyddin mampu mengambil alih pucuk pimpinan UMNo. Saya rasa ianya telah berlaku. Teteapi untuk menjadi PM Malaysia, beliau perlu bersaing dengan hebat dan inilah sebab kita perlu beri perhatian dan sentiasa berusaha kea rah reformasi pemilihan." Kata Timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle. Presiden UMNO tapi mungkin bukan Perdana Menteri Pada usia 64 tahun,Muhyddin harus cergas dan segera untuk mencapai cita-citanya ke puncak pimpinan sebelum bersara.Seorang yang berusaha,latarbelakang nya jauh berbeza dengan Najib. Beberapa persoalan berkenaan nya termasuklah bagaimana beliau akan meletakkan keadaan seperti sediakala dan meredakan UMNo sebelum pilihanraya ke13? Adakah beliau akan mendapat restu masyarakat? Adakah beliau akan berjaya membaiki keadaan ekonomi dan menjalankan satu pentadbiran yang adil dan saksama? Bolehkan beliau menstabilkan keadaan Negara dalam hal perkauman dan pertelingkahan agama? Persoalan2 ini adalah adil terutama nya bila mengambil kira komen beliau, 'Malay First, Malaysian next' yang mana ramai percaya beliau tidak layak menjadi PM dimata pengundi bukan melayu. Bagaimanapun,memandangkan pengundi melayu adalah jumlah yang terbesar dinegara in dan dengan bantuan dari sabah & Sarawak, penyokong Muhyddin yakin beliau akan Berjaya dengan majority walaupun mereka berhasrat untuk dua pertiga dari 222 kerusi dalam parlimen Malaysia. "Sekurang-kurangnya masih ada rah untuk UMNO,yang sekarang tidak wujud lagi dibwah najib. Berkenaan ekonomi, agak sukar untuk pemimpin lain berbuat sesuatu yang lebih buruk dari Najib, dan bagi kaum bukan melayu, Muhyiddin pasti tahu bagaimana nak menarik mereka semula apabila beliau memegang kuasa kelak. Bagi beliau, yang penting ialah beliau membuktikan kepada UMNO beliau ialah seorang yang berjuang,berbanding Najib yang kelihatan lemah dan hanya berminat berbelanja dengan lawatan luarnegara untuk diri sendiri, isteri dan kroni-kroni nya," seorang penyokong Muhyddin memberitahu Malaysia Chronicle. Pesaingan tidak sihat telah mengambil alih UMNO,parti dalam keadaan terumbang ambing Muhyddin berasal dari Johor.beliau menceburi politik dalam tahun 70an, sebelum dipilih sebagai MP Pagoh dalam tahun 1978. Beliau meningkat ke peringkat tinggi dalam UMNO Johor dengan menjadi Ketua UMNO Johor,menjadi Menteri besar dari 1986-1995.beliau dilantik ke cabinet sebgai Menteri belia dan Sukan dan kemudian menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.Muhyddin juga menjadi Naib presiden pada tahun 200 dan menteri Pertanian (2004-2008) dan kemudian menteri perdagangan antarabangsa dan industry (2008-2000). Dalam tahun 2008, beliau bertanding dan menang timbalan presiden UMNo dan dilantik Timbalan perdana Menteri dan menteri pendidikan oleh PM Najib razak pada 2009, dengan sokongan dari bekas PM Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, beliau berhajat kepada kerusi tertinggi dalam UMNO. Sebagai menteri pendidikan,Muhyddin menamatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantara untuk sins dan matematik di sekolah, satu langkah yang menggembirakan segolongan orang melayu tetapi ditentang oleh ibubapa dan tokoh pendidik.sekiranya sudah berada di kerusi tertinggi, beliau perlu belajar skill baru secepat mungkin-samada sebagai Perdana Menteri atau pemimpin pembangkang. "Selama ini ,semua Perdana Mneteri adalah dari UMNo dan mereka bukan jurucakap bagi pihak diri sendiri atau Negara.Seperti juga Najib,muhyddin perlu melapur kepada UMNO dan beliau harus menyempurnakan kehendak parti. Pendapat parti didahulukan,dan beliau hanyalah menjadi suara parti," kata Jui Meng. "Jika beliau bertindak tidak mengikut kehendak parti, karier politiknya akan hancur.parti meletakkan beliau di posisi tinggi dan parti juga yang boleh menjatuhkannya jika beliau tidak menunggu giliran,seperti Najib.dan inilah sebab UMNO perlu perubahan.Pesaingan tidak sihat telah menjadi tiak terkawal dan menjadi barah yang memakan dan memusnahkan parti." - Malaysia Chronicle |
Posted: 06 Sep 2011 06:42 AM PDT KUALA LUMPUR, 6 Sept – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, bukan beliau yang hendak sangat berdebat mengenai kontroversi kenyataan berkenaan tragedi Bukit Kepong, tetapi dijemput oleh kerajaan negeri Kelantan untuk menjayakan program mereka. Sehubungan itu kata Khairy (gambar), beliau tetap menanti kemunculan Mohamad Sabu, yang merupakan punca kontroversi semasa, untuk berdebat dengannya walaupun sudah ada tiga tawaran lain sekarang manakala timbalan presiden PAS itu sendiri enggan berhadapan dengannya. "Bukan saya yang nak, tapi saya dijemput asalnya untuk debat Mat Sabu (Mohamad Sabu) oleh kerajaan Kelantan," katanya. Khairy yang semalam menyifatkan Mohamad sebagai bacul dan tidak bermaruah selepas tidak mahu berdebat denganya juga berkata, beliau sudah menganggap debat yang hendak diadakan tidak akan menjadi kenyataan. "Saya anggap tiada debat akan berlaku sebab tawaran asal itu ditarik balik oleh PAS sendiri," katanya lagi. Khairy memberikan penjelasan terperinci dalam 12 mesej yang dihantar menerusi Twitter sekitar 4.30 hingga 5 petang tadi. |
Komunis Halang Mat Sabu Jumpa Mangsa Bukit Kepong Posted: 06 Sep 2011 05:04 AM PDT Umno halang Mohd Sabu jumpa mangsa Bukit Kepong KUALA LUMPUR, 6 Sept: Pemimpin Umno tempatan yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di rumah mangsa tragedi Bukit Kepong. "Mereka menghalang kami untuk menziarahi Puan Jamilah," kata Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dalam satu kenyataan. Jelasnya, bagi mengelak suasana yang tidak selesa berlaku, beliau telah berbincang dengan Mohamad Sabu untuk keluar daripada kawasan tersebut. Berikut penjelasan penuh Suhaizan. Pada 4 September 2011 (Ahad), saya telah memohon Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pulai, Johor, Saudara Zaba Bin Ibrahim untuk berjumpa Puan Jamilah Binti Abu Bakar, mangsa Peristiwa Bukit Kepong di rumahnya di Skudai Kanan. Dalam pertemuan tersebut dia (Zaba) telah mendapat persetujuan untuk mengadakan pertemuan dengan Puan Jamilah pada 5 September 2011 dengan disertai bersama oleh Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu sebaik sahaja sidang akhbar di Johor Bahru. Zaba juga telah mendapat pengesahan dari Puan Jamilah bahawa Mat Indera telah menghalang pihak pemberontak membunuhnya semasa peritiwa Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 yang lalu. Tujuan utama pertemuan semalam adalah: 1. Untuk mengeratkan silaturahim sempena bulan Syawal yang mulia 2. PAS mahu menawarkan khidmat guaman kepada Puan Jamilah bagi menuntut ganti rugi dari Kerajaan British atas kematian ibu dan adiknya 3. Untuk mendapat maklumat lanjut berhubung kejadian Bukit Kepong. Zaba telah membuat panggilan terakhir sekitar jam 2 petang semalam untuk mengesahkan kehadirannya di rumah Puan Jamilah manakala saya pula telah membawa Mat Sabu ke rumah Puan Jamilah dengan menggunakan kenderaan saya sendiri. Setibanya saya di lorong masuk rumah Puan Jamilah kelihatan lebih kurang 10 hingga 20 orang sedang menunggu. Salah seorang daripada mereka telah memberi isyarat menghalau perjalanan kami di lorong tersebut. Zaba mengesahkan kepada saya bahawa mereka adalah pemimpin Umno tempatan di situ yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di rumah Puan Jamilah. Mereka menghalang kami untuk menziarahi Puan Jamilah. Bagi mengelak suasana yang tidak selesa berlaku, saya telah berbincang dengan Mat Sabu untuk keluar daripada kawasan tersebut. Lagipun masa sudah agak lewat kerana Mat Sabu juga mempunyai jadual yang agak ketat di sebelah petang hari tersebut. Saya bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Johor merasa cukup kecewa dengan halangan yang dibuat oleh pemimpin dan ahli-ahli Umno di Skudai Kanan dan meminta mereka membaca buku 'Pengukir Nama Johor' tulisan Ismail Adnan bertajuk 'Mat Indera' pada muka surat 109. Buku ini diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Editor buku ini adalah Prof Datuk Abu Bakar Hamid dan prakatanya ditulis sendiri oleh Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor. Niat PAS yang baik ini telah disambut dengan halangan ala-ala penjajah. Saya tidak sangka setelah 54 tahun Malaysia merdeka dan dan anak-anak muda juga sudah banyak terdedah kepada perkembangan isu-isu semasa melalui saluran media baru, rupa-rupanya masih ada lagi pemimpin Umno yang bertindak seolah-olah di zaman penjajah. Saya mendesak Menteri Besar Johor yang telah menjadi penaung buku 'Pengukir Nama Johor' agar menasihatkan pemimpin Umno Skudai Kanan agar lebih rasional dalam menghadapi isu Mat Indera ini. HarakahDaily |
Lagi Penipuan Undi Pos Tentera Dibongkar Posted: 06 Sep 2011 03:54 AM PDT Pengundi pos suami isteri 'sama jantina' KUALA LUMPUR, 6 SEPT – DAP hari ini telah menemui lagi 21 bukti tambahan pengundi pos, dengan satu kes suami isteri 'sama jantina', pesara tentera yang masih menjadi pengundi pos dan 19 pasangan suami isteri yang mendaftar sebagai pasangan tenteranya. Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke berkata, DAP telah menemui sepasang suami isteri tentera berjantina sama di Briged Kem Rasah dengan nama pasangan yang hampir sama. 'Pasangan sama jenis' itu bernama Yuniza Bte Nodin dengan kad pengenalan 750504-05-5498 dan Yuzina Bte Nodin dengan kad pengenalan tentera T6096236. Kedua mereka ini berkongsi lokaliti yang sama iaitu 130/22/07/401 – 1 Briged Kem Rasah. "Adakah tentera Malaysia membenarkan perkahwinan sama jenis? Bagaimana ini boleh terjadi? Mampukah SPR menjelaskan kesilapan sebegini? Adakah akan seperti dahulu bahawa kesilapan SPR cuma 0.0001 peratus sahaja?" kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah dalam siding akhbar di sini hari ini. Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, 19 pasangan tentera di Kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Rasah pula, setiap rumah pasangan itu diwakili oleh seorang sahaja. Ini kerana, menurutnya, salah seorang dari pasangan yang berkhidmat sebagai tentera, dan pasangannya yang tidak bekerja sebagai tentera, menggunakan MyKad pasangan yang bekerja sebagai tentera. "Nombor MyKad ini bukan milik suami atau isteri anggota tentera. Jadi salah seorang suami atau isteri itu masih boleh didaftarkan di kawasan lain dan boleh pula mengundi dua kali. Ia tidak kira siapa. Isunya sekarang ialah undi tambahan sudah boleh dibuat. "Ada wanita dengan nombor kad pengenalan lelaki, dan sebaliknya. Dan perlu diingat, kesemua ini adalah pendaftar baru. Ini cuma dalam satu kem sahaja, bukan di seluruh Malaysia lagi," katanya menambah bahawa kes yang sama turut berlaku di kawasan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Justeru, Loke memberi contoh, N M Ezwanee bin Mat Isa bernombor kad pengenalan 830902-55-290 yang nombor belakangnya iaitu '0′ mewakili perempuan. "Sementara itu Norlianiza Binti Abu, dengan kad pengenalan tentera T5005217 lahir pada hari yang sama iaitu 2 September 1983, sama dengan kad pengenalan Ezwanee pula," katanya. Beliau turut mendedahkan lagi tentang seorang bekas tentera, Kalidass a/l Maniam yang pernah bekhidmat di Rejimen ke-2 Artileri Kem Mahkota, Johor yang masih aktif dalam senarai pengundi di situ sedangkan beliau sudah bersara dan berdaftar sebagai pengundi biasa di Parlimen Sungai Siput. Menurut Loke, Kalidass sekarang menggunakan MyKad 571226-08-5211 dan menetap di Sungai Siput Utara, Perak dan sudah tidak menggunakan kad pengenalan tentera beliau yang bernombor T3006437 itu lagi. "Ini tidak adil, SPR seharusnya menukar perubahan dan persaraan Kalidass secara automatik," kata Loke. Ketika dihubungi Roketkini, Kalidass yang telah menyertai DAP menjelaskan bahawa beliau bersara pada 2 Disember 2010. "Selepas bertukar kad tentera dengan kad pengenalan baru melalui Mindef, saya pun mendaftar sebagai pengundi. Tidak berapa lama kemudian, tergerak hati untuk menyemak nombor tentera saya yang dahulu," katanya. Justeru Kalidass terus memaklumkan perkara ini di ibu pejabat ADUN Jalong supaya penyelewengan ini dapat diketengahkan lagi. – Roketkini.com |
'Misi dikawal tentera, bukan pasukan upahan' - Azeez Mamak Posted: 06 Sep 2011 02:36 AM PDT Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, keselamatan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia, yang mengorbankan seorang petugas media Malaysia pada Jumaat lalu, dikawal sepenuhnya oleh pasukan bersenjata negara berkenaan. Pasukan berkenaan merupakan anggota polis dan tentera Somalia dan bukan pasukan bersenjata upahan, katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini. "Pasukan keselematan adalah kerajaan dia. Ada 60 orang menjaga kami, tentera dan polisnya. Itu sebab kita tidak pernah mendapat sebarang ancaman atau ugutan malah mereka raikan lagi kedatangan kami. "Di hotel ada lagi 30 (orang anggota bersenjata), sekeliling hotel, menjaga kami di luar dan di dalam hotel," katanya lagi. Abdul Azeez, (kanan) yang mengetuai misi berkenaan, menjelaskan bahawa beliau juga telah mematuhi sepenuhnya arahan serta prosedur operasi standard yang ditetapkan Somalia. Beliau juga mematuhi nasihat yang diberikan pasukan berkenaan bahawa anggota misi berkenaan tidak perlu memakai jaket kalis peluru. "Saya tanya beberapa kali berkenaan baju kalis peluru dengan kepimpinan mereka. Mereka kata tidak perlu," katanya lagi dalam satu majlis bagi meraikan petugas yang menyertai misi berkenaan di Kuala Lumpur. Jelasnya, anggota daripada misi yang disertai VIP serta NGO beberapa negara Arab lain termasuk Turki, Qatar dan Sudan juga tidak memakai baju kalis peluru. "Ada juga media daripada negara mereka datang buat liputan. Tak ditembak pun. Tapi ini takdir Ilahi," katanya lagi. Selain itu, anggota misi berkenaan ditetapkan supaya sering menukar kenderaan dan tidak meletakkan sebarang tanda di kenderaan berkenaan supaya tidak dikenalpasti sebagai sasaran serangan, kata Abdul Azeez lagi. Beliau juga tegas menafikan bahawa kawalan pasukan bersenjata berkenaan menyebabkan konvoi tersebut menjadi sasaran. Ketika ditanya, Abdul Azeez berkata misi bantuan oleh pasukan lain, termasuk Mercy Malaysia juga dikawal pasukan bersenjata. Abdul Azeez turut tetap mempertahankan kenyataannya bahawa konvoi berkenaan tidak diserang manakala petugas media berkenaan, Noramfaizul Mohd Nor (kiri) terkorban akibat "peluru sesat." "Saya percaya kita bukan sasaran. Ini insiden yang tidak disangka. Ini peluru sesat yang saya boleh kata sebagai ketua misi ini. "Kereta yang dinaiki arwah Noramfaizul juga kali ketiga (ditukar). Mereka tidak mensasarkan kita atau menembak kita. Tidak ada perkara seperti itu," katanya lagi. Noramfaizul, 41, terbunuh akibat peluru yang menembusi paru-parunya ketika berada dalam kenderaan pacuan empat roda di Mogadishu. Dilaporkan, tembakan berkenaan dilepaskan oleh pasukan pengaman Kesatuan Afrika dalam satu kejadian tembak menembak. Namun sebab tembakan itu dilepaskan setakat ini belum diperolehi. Turut tercedera dalam insiden tembakan itu ialah seorang wartawan TV3, Aji Saregar Mazlan. Ditanya mengenai tempoh masa yang singkat untuk membuat persediaan sebelum pasukan misi itu berlepas pada 28 Ogos lalu, Abdul Azeez berkata perkara itu merupakan satu perkara biasa. "Itu agak normal. Begitulah cara kita buat kerja. Bila kita hendak pergi, barulah kita beritahu kepada media," katanya. Tambahnya, tindakan perlu dilakukan dengan cepat kerana bantuan makanan dan perubatan perlu disegerakan ke kawasan yang dilanda kebuluran itu. Persoalan berhubung tempoh untuk membuat persediaan itu ditimbulkan oleh beberapa orang wartawan yang terselamat dalam insiden berkenaan, termasuk seorang daripada stesen TV3. Selain persediaan keselamatan, persoalan berkaitan latihan kepada wartawan yang perlu membuat liputan di zon bergolak juga ditimbulkan. Misi ke Somalia disertai 55 orang, termasuk 18 orang wartawan yang dijadualkan berada di Mogadishu selama 11 hari bagi mengedarkan sejumlah 550 tan makanan untuk 55,000 keluarga yang terjejas. Abdul Azeez berkata, beliau bagaimanapun membuat keputusan supaya misi berkenaan dipendekkan dan seterusnya pulang bersama jenazah Noramfaizul pada 4 September. Katanya lagi, satu laporan akan diserahkan kepada presiden Yayasan Keamanan Global Perdana, Tun Dr Mahathir dan juga Datin Seri Rosmah Mansor yang mengetuai badan amal BAKTI. Setakat ini, 23 orang petugas media terbunuh sejak 2007 di Somalia, yang diklasifikasi sebagai negara paling berbahaya kepada wartawan, menurut kumpulan pemerhati Reporters without Borders |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan