Isnin, 19 September 2011

Biaqpila

Biaqpila


Kerja buat jahat akan tetap dilawan: Anwar

Posted: 19 Sep 2011 05:00 AM PDT


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar dengan tayangan susulan video fitnah yang kononnya membabitkan beliau, tetapi sebaliknya berkata, semua komponen Pakatan Rakyat hendaklah menumpu pada usaha untuk membela nasib rakyat daripada terbabit dengan isu politik yang kotor.
Ketua Pembangkan itu berkata demikian ekoran timbul semula sisipan video fitnah untuk mengaibkan beliau. Video terbaru itu yang disebar blogger pro-Umno tanpa sebarang tindakan tegas daripada polis, kononnya memaparkan Anwar keluar masuk lif bersama Datuk Shazryl Eskay.

"Saya tak susah hati, saya lawan orang jahat. Yang bawa kes ini adalah ustaz baru Umno, Syeikh Abdul Rahim Thamby Chik," sindirnya merujuk kepada bekas Ketua Menteri Melaka itu.

Eskay dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik adalah sebahagian trio Datuk T yang memfitnah Anwar '.

Beliau berkata demikian pada ceramah Pakatan Rakyat anjuran Unit Penerangan Kerajaaan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya 17 September.

Kata Anwar, beliau sudah biasa dizalimi tetapi tidak mahu hak rakyat terus dicabuli kerajaan Umno BN, sesuka hati.

"Kalau zalim pada saya, saya maafkan tetapi jangan rampas hak rakyat," kata Anwar.

Dalam isu lain, beliau menempelak Najib yang kononnya mahu menghapuskan keperluan memperbaharui permit penerbitan setiap tahun sedangkan akhbar rasmi KEADILAN sehingga kini tidak diberi permit.

Jika Najib benar-benar percaya kepada kebebasan bersuara, katanya, Perdana Menteri itu tidak menghalang permit akhbar yang mengkritiknya.

"Kata media bebas tetapi Suara Keadilan tak diberi lesen penerbitan. Najib juga bayar CNBC untuk memuji-muji Najib," katanya merujuk usaha Perdana Menteri itu melobi mendapat slot televisyen antarabangsa.

penangdaily


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

VIDEO SEKS DAH JADI FILEM HINDUSTAN

Posted: 19 Sep 2011 12:00 AM PDT



DEY MACHA!!!
KISAH VIDEO LUCAH UMPORNO PRODUCTION
DAH KANTOI LAGI SEKALI
KAH! KAH! KAH!

MASUK LIF BAJU LAIN SELUAQ LAIN
DALAM BILIK BAJU LAIN SELUAQ LAIN
MACAM FILEM HINDUSTAN
HERO DAN HEROIN BERGULING ATAS BUKIT
DALAM 10 MINIT MACAM-MACAM BAJU DEPA PAKAI
KAH! KAH! KAH!

KESIAN SAMA ITU UMPORNO
BILA DEPA BUAT FILEM HITAM PUTIH
KENA KUTUK KETINGGALAN ZAMAN
BILA DEPA BUAT FILEM WARNA
TERSALAH WARNA PULAK BAJU DAN SELUAQ
BAWA BUKTI SEMUA KANTOI
KAH! KAH! KAH!

Lagi rakaman CCTV Datuk T disiar di internet

Saga video seks Datuk T muncul semula di Internet hari ini ekoran muat-naik rakaman CCTV yang dikatakan menunjukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks, serta ancaman penyiasaran seks video baru bertarikh 13 Januari 2011.

Datuk T CCTV footagePenulis blog Papa Gomo menyiarkan apa yang disebutnya,
rakaman "eksklusif" yang menunjukkan dua lelaki yang didakwa ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Anwar, masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang, yang dikatakan tempat berlaku aksi seks tersebut.

Dalam blog tersebut, klip rakaman itu disunting untuk memautkan rakaman CCTV itu dengan video seks di Carcosa, yang menunjukkan minit-minit akhir lelaki, yang dikatakan Anwar, mengenakan pakaian dan beredar, dengan tanda masa yang menunjukkan ianya urutan peristiwa tersebut.

Eskay sex video, third man in the sceneBagaimanapun, pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu, tidak kelihatan sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan
dalam video seks berkenaan.

Dalam CCTV itu, lelaki yang dikatakan Eskay memakai pakaian yang berwarna gelap, manakala dalam video seks, lelaki yang ditunjukkan, berbaju dan berseluar cerah (kanan).

Lelaki itu yang dikatakan Anwar juga berseluar gelap dalam rakaman CCTV itu, tetapi seluar dalam video seks itu kelihatan cerah.

Rakaman CCTV itu sebelumnya disebut dalam fakta kes apabila Eskay dan dua orang lagi anggota trio 'Datuk T' dihadapkan di mahkamah atas tuduhan menyiarkan video lucah itu Jun lalu.-MK




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Ni Semua Hang Punya Pasai La Mat Sabu!!!

Posted: 18 Sep 2011 09:00 PM PDT


Hang punya pasai Mat Sabu.....:-)))

Negara diselubungi jerebu
Dari KL hingalah ke Sibu
Banyak asap dan debu
Reda sedikit isu Mat Sabu
Senyap terus isu JAIS serbu
SPR pula diam dalam kelambu
Semakin hari semakin kelabu
Dakwat kekal atau guna jari ibu

Hari-hari ada cerita baru
Timbul pula profesor keliru
Mungkin dia mabuk tairu
Kepala tak gatai pun dia garu
Dijajah atau tak jadi isu terbaru
Pening semua cikgu dan guru
Guru konpius murid haru-biru
Nak guna pen merah atau biru
Cerita sejarah macam katak puru

Habis kita nak gelar apa kat Tunku
Bapa Kemerdekaan dah tak laku
Laungan merdeka jadi lawak tigasuku
Kena cetak semula semua buku-buku
Salah fakta tentang sejarah tanahairku
Profesor Kling buat rakyat terkaku
Tak sangka ada professor kuku

Keris Silau
13 September 2011

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Ni bukti Najib takutkan Anwar... kahkahkah...

Posted: 18 Sep 2011 06:00 PM PDT



Najib kata tak takut nak hadapi Anwar tapi diwaktu yang sama juak juak dan penjilat Umno bukan main lagi menikam Anwar dan Pakatan secara curi, fitnah dan pengecut dari depan dan belakang. Terbaru, satu lagi rakaman CCTV Datuk T disiar di internet.





Dua lelaki dalam rakaman yang dikatakan eksklusif itu menunjukkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks bersama sama ahli perniagaan Eskay Abdullah masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang, yang dikatakan tempat berlaku aksi seks tersebut.





Menariknya dalam blog Papagomo, lelaki mithali yang menjadi blogger tambatan Umno menghadapi gerakan pembangkang ini, klip rakaman itu disunting untuk memuatkan rakaman itu dengan video seks di Carcosa, yang menunjukkan lelaki, yang dikatakan Anwar mengenakan pakaian dan beredar dengan tanda masa urutan peristiwa tersebut. Tapi Papagomo, lelaki mithali Umno ini mungkin agak kemabukan dikala itu kerana pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu tak sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan dalam video seks berkenaan.





Dalam CCTV itu, lelaki yang dikatakan Eskay pakai pakaian yang berwarna gelap, manakala dalam video seks, lelaki yang ditunjukkan, berbaju dan berseluar cerah (kanan). Lelaki itu yang dikatakan Anwar juga berseluar gelap dalam rakaman CCTV itu, tetapi seluar dalam video seks itu kelihatan cerah.


shalehudin

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Video seks: AMK buat laporan polis

Posted: 18 Sep 2011 03:00 PM PDT

Pemuda PKR (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap penulis blog pro-BN dikenali Papa Gomo kerana memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikatakan menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks.

Laporan itu dibuat timbalan ketua penerangannya Rozan Azen Mat Rasip di balai polis Jalan Dang Wangi di ibu negara hari ini.

Dalam laporannya, Rozan mendesak polis meyiasat dan bertindak segera kerana beliau bimbang pendedahan video "bersifat pornografi" itu akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat.

Katanya, pendedahan video itu juga menyebabkan kekeliruan di kalangan orang awam, mempermainkan undang-undang shariah, berniat jahat (mala fide) dan bersifat ancaman apabila dinyatakan akan ada video susulan yang berkaitan isu ini.

"Adalah jelas bahawa beliau secara terus tetang menuduh dan mengaibkan nama baik Datuk Seri Anwar Ibrahim," laporan polis itu dipetik.

"Tambahan juga, pada pandangan saya, beliau harus disiasat segera daripada sumber mana beliau mendapat rakaman video berkenaan kerana menyatakan mempunyai bahan yang laing didakwa sebagai bahan bukti dan akan didedahkan kelak."

MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: