Isnin, 12 September 2011

Biaqpila

Biaqpila


Pelajar IPT Dakwa Disihir Guna Gambarnya Dalam Facebook

Posted: 12 Sep 2011 12:00 AM PDT

Nilai - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).

Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.

Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.

"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.

"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.

Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.

Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya. -kosmo

Ulasan GB

Samada disihir/disantau atau tidak, ia masih boleh dipertikaikan. Itu hanya permainan dalam dunia perbomohan.

Namun, GB tidak pula menafikan mempamerkan gambar di FB lebih banyak mendatang mudharat dari menafaat. Kerana kita mendedahkan diri kita kepada orang yang tidak dikenali latarbelakangnya yang kemudian akan menggunakan gambar itu untuk tujuan-tujuan yang kita tidak ketahui.

Jika mahu juga pamerkan gambar-gambar gunakan fungsi "privacy" yang ada, iatu berkongsikan gambar-gambar tersebut hanya kepada mereka yang dikenali sahaja.

Justeru berwaspadalah dan sentiasa semak FB sendiri.



gb


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

TAHNIAH MAT SABU, PEJUANG DEMOKRASI

Posted: 11 Sep 2011 09:00 PM PDT


Saudara Pengarang,

Kalau nak tulis panjang lebar tentang Mat Sabu, dari duduk dalam balai, lokap, ISA sehinggalah di podium penceramah banyak kita lihat Mat Sabu berjuang demi rakyat. Mat Sabu bukan lawan kepada Polis malahan Mat Sabu selalu dianggap musuh oleh Polis. Mat Sabu pejuang demokrasi dan beliau dilabel sebagai seorang pengkhianat negara. Beliau kini dilabel komunis dan menghentam Polis, sehingga beliau dilabel sebagai anti-polis.

Belum lagi kita dengar Mat Sabu seperti Mat Indera kerana beliau tidak merancang menyerang mana-mana balai Polis malahan beliau kerap dibawa ke balai untuk disiasat.

Baru-baru ini telinga Polis merah jadi itu tandanya marah. Mat Sabu terus sahaja menunjukkan bahawa bukti sebenar Polis di Bukit Kepong kerja untuk penjajah. Ramai menafikan tetapi ada juga yang berjaya membuka minda. Selama ini Polis jadi tunggangan kerajaan yang memerintah selepas penjajah UMNO dan BN pula majikannya. Intailah negara jiran di Indonesia, Polis bukan untuk kerajaan malahan Polis untuk rakyat menjaga keamanan. Polis bukan sahaja dinafikan hak mengundi tetapi Polis sebenarnya diberikan kuasa oleh rakyat bukan atas permainan politik. Mengapa di Malaysia Polis tidak dibina atas landasan yang sama kerana ini akan memberikan hak dan kuasa mutlak agar kritikan Tun Musa Hassan di dalam kenyataannya bahawa Polis dikuasai oleh tangan-tangan ghaib.

Jika ini keadaannya, ramai orang sayang Polis. Polis bukannya jahat tetapi Polis dijadikan alat orang jahat. Cukuplah kisah Polis kerana Polis adalah kuasa sebenar di dalam sesebuah negara.

Mat Sabu sekali lagi berjasa kepada Polis. Dalam kata dan sindir hasilnya penuh bermakna. Balu Polis diberikan pencen serta merta. Demi kerana mengenang jasa baik Polis. Mengapa Polis harus benci Mat Sabu sedangkan Mat Sabu sayangkan Polis. Tanpa Polis Mat Sabu tidak boleh berceramah dan berjuang bukan sahaja untuk diri tetapi semua lapisan masyarakat.

Selepas ini kita nantikan perjuangan Mat Sabu terhadap pengguna prepaid. Bilakah kertas kerja Mat Sabu mahu melawan kerajaan dan kroni komunikasi di Malaysia. Semakin hari semakin banyak beban melimpah. Hidup semakin parah dan rakyat semakin diseksa. Aduh… Anak-anak akan terus berbelanja besar sedangkan keuntungan syarikat komunikasi semakin menggunung. Mengapa 6% dijadikan sandaran kerajaan untuk mengaut keuntungan rakyat didahulukan? Mat Sabu belum siap lagi kertas kerjanya lagi.

Cadangan untuk kita semua, alang-alang menyeluk pekasam kita adakah hari tanpa handphone selama sehari. Hari tanpa SMS dan HP. Cara termudah tentukan 1 hari kita tutup HP dan matikan sahaja supaya tiada panggilan masuk. Oleh itu agak mudah kepada kita lakukan mogok 1 hari tanpa handphone.

Elok-elok kita bagi untung, syarikat telekomunikasi nak kaut untung lebih. Jadi teruskan usaha ini… Pastikan kita lakukan 1 hari tanpa handphone. Mudah sahaja, adakan pertemuan sehari sebelum apa jua temu janji. Elakkan HP anda hidup kerana sebenarnya ini cara terbaik. Biarkan bank-bank mengoyan sebab tidak boleh hubungi pelanggan. Pasti kita akan lihat siapa rugi sebenarnya. Kuasa di tangan rakyat.

Akhir kalam, fikirkan terbaik untuk yang terbaik. Yang pasti Rais Yatim akan terus kita singkirkan di PRU13. Siapa undi beliau, bermakna orang itu tidak sayang duit. Lepas ASTRO beliau Sumbat pula 6%. Jom sayangi duit Anda. Money is POWER!

Calon Perdana Menteri
maclub81@gmail.com

kl-today


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

POWERNYA MAT SABU

Posted: 11 Sep 2011 06:00 PM PDT

DEY MACHA!!!
INI SEMUA GARA-GARA MAT SABU
SEJARAH MALAYSIA KENA UBAH BALIK
PASAI SEBELUM NI BANYAK YANG KELENTONG KA?
KAH! KAH! KAH!

RUPA-RUPANYA RAKYAT DAH KENA KENCING
SEMUA PAKAT KENA PI SEKOLAH BALIK
AMBIK EXAM SEJARAH SEMULA
KAH! KAH! KAH!

BUKAN TU SAJA BEB
TV KAT MALAYSIA PUN DAH MULA MAIN WAYANG
DARI TV1 SAMPAI ASTRO RIA
PAKAT DOK TAYANG FILEM BUKIT KEPONG
TULAH TANDA POWERNYA MAT SABU
KAH! KAH! KAH!

Mahathir: Subjek sejarah di sekolah kurang tepat


ALOR SETAR, 11 Sept ─ Subjek sejarah yang diajar di sekolah-sekolah dilihat kurang tepat kerana tidak mempunyai latar belakang perjuangan kemerdekaan, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata subjek itu tidak begitu tepat kerana salah satunya cerita mengenai peranan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang memperjuangkan kemerdekaan negara tidak banyak disebut dalam silibus subjek berkenaan.

"Ramai daripada generasi muda tidak begitu faham dengan sejarah dan asal-usul negara kerana ada percubaan untuk mengubah sejarah daripada fakta kepada khayalan," katanya di sini hari ini.

Malah sejak kebelakangan ini muncul polemik baru sama ada negara ini dijajah oleh British ataupun hanya memperoleh naungan kuasa Eropah tersebut.

Dipetik Bernama Online. Dr Mahathir (gambar) berkata, kerana itulah kerajaan perlu menumpukan apa sebenarnya berlaku supaya tulisan tentang sejarah negara tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik semasa.

"Bukan mengkaji semula sejarah tetapi perlu balik kepada benda yang benar. Sejarah sudah berlaku dan kita tidak boleh ubah sejarah dan apa yang berlaku dahulu... berlakulah," kata perdana menteri keempat ini.

Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sukatan pelajaran subjek sejarah peringkat sekolah akan dikaji semula selepas didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan terdapat percanggahan fakta mengenainya hasil kajian ahli falsafah dan teologi negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam buku terbarunya 'Historical fact and fiction'.

Dr Mahathir berkata sekarang ini generasi muda menganggap bahawa perjuangan untuk kemerdekaan itu perkara biasa kerana mereka dilahirkan dalam sebuah negara yang sudah merdeka dan makmur.

"Jadi mereka (generasi muda) menganggap bahawa dalam mana-mana negara pun akan berlaku demikian, tapi kalau kita buat lawatan ke negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan semasa kita mencapai kemerdekaan, kita akan dapati bahawa mereka tak dapat bangunkan negara mereka seperti Malaysia," katanya.-TMI


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

'KJ budak baik, berpotensi jadi pemimpin PAS'

Posted: 11 Sep 2011 03:00 PM PDT

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau menolak debat dengan Khairy Jamaluddin kerana ketua pemuda Umno itu tidak banyak 'menghentam' dan menyerangnya secara peribadi.

azlanSebaliknya, pada ceramahnya di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam semalam, Mohamad berkata beliau memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana timbalan presiden Umno itu yang banyak menyerangnya supaya "bertaubat dan bertakwa".

"Bagi saya Khairy budak baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS akan datang. Buat apa nak berdebat dengan adinda Khairy.

"Muhyiddin yang banyak kata pada saya, jadi biarlah saya berdebat dengan Sohibussamahah Muhyidin Yassin," katanya dengan nada menyindir dan dipetik Harakahdaily.

NONEMenurut pemimpin PAS itu, Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri yang banyak memaki hamunnya, justeru, elok bagi mereka bertemu.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu menjadi sasaran pemimpin Umno dan BN apabila Utusan pada 27 Ogos lalu mendakwa beliau berkata Mohamad Indera yang menyerang balai Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya polis yang mempertahankannya.

Beliau bagaimanapun berkata laporan Utusan mengenai ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu itu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS".

Ini bukan kali pertama Mat Sabu memilih untuk memuji Khairy.

Pada 5 September lalu, beliau menjelaskan bahawa beliau tidak menolak pelawaan pelawaan untuk berdebat kerana beranggapan lebih sesuai bagi kedua-dua sayap PAS dan Umno itu berbuat demikian.

khairy jamaluddin and umno youth pemuda"Saya tidak tolak (berdebat). (Tetapi) biar Pemuda dengan Pemuda (berdebat) kerana mereka layak.

"Saya serah kepada Pemuda PAS. Dia (Khairy) seorang yang bijak dan saya hormati. Biar dia berdepan dengan Pemuda PAS," katanya.

Muhyiddin menjadi sasaran PAS untuk berdebat kerana sering 'menghentam' Mohamad dalam isu Mat Indera, lelaki itu didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa timbalan perdana menteri itu.

Malah, Mat Indera didakwa mahu berkahwin dengan kakak Muhyuddin tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: