Ahad, 11 September 2011

Biaqpila

Biaqpila


Isteri tidak boleh curang

Posted: 11 Sep 2011 11:02 AM PDT


KUALA LUMPUR: "Apa juga alasan, sama ada kesunyian, diabaikan suami atau kurang kasih sayang, ia bukan sebab yang membolehkan seseorang wanita itu berlaku curang di belakang suami.

"Namun bila perkara ini terjadi, seorang isteri harus meminta maaf daripada suaminya dan bertaubat bersungguh-sungguh meminta keampunan daripada Allah SWT.


"Jangan pandang mudah perkara ini. Apabila seorang isteri melangkaui batasnya, dia menggadaikan maruahnya, suami dan keluarga. Jadi, wanita yang berbuat sedemikian harus segera bertaubat," kata Naib Presiden Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia, (JIM) Prof Madya Dr Harlina Haliza Siraj.

Menurut Harlina, menjadi lumrah ada manusia tidak cukup dengan satu pasangan, namun ia bukan faktor mengapa seseorang itu harus berlaku curang terhadap pasangan.


"Lelaki dan perempuan sama saja. Masing-masing tidak puas dengan pasangan mereka, lebih-lebih lagi apabila berlaku masalah rumah tangga.


"Bagaimanapun, jika sesuatu masalah terjadi seperti diabaikan suami dan tidak diberi kasih sayang yang sepatutnya, seseorang wanita atau isteri tidak harus mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luar.

"Dalam Islam ada pelbagai cara untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga, antaranya mengadakan perbincangan suami isteri dan kaunseling. Malah, kita ada tempat untuk golongan wanita dan isteri yang mengalami masalah," katanya.


Harlina berkata, pengetahuan dalam bidang agama sangat penting bagi membentuk diri dan keluarga, oleh itu apabila agama diketepikan, masalah sebegini pasti muncul.


"Mengikut sunnah nabi, seorang lelaki harus mencari wanita yang tahu agamanya. Jika tidak, masalah ini antara yang terjadi apabila wanita itu tidak mengetahui batasnya.


"Dalam apa juga perkara, agama harus menjadi pandu arah setiap insan. Jika agama dipandang ringan, kehidupan seseorang itu pasti terkeluar daripada landasan sebenar," katanya.

HM


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

AMAH POTONG ALAT SULIT MAJIKAN

Posted: 10 Sep 2011 09:00 PM PDT


Menurut berita Agensi yang dipetik dari sumber berita tempatan, melaporkan seorang pembantu rumah warga Bangladesh dituduh memotong alat sulit majikannya dan membuangnya ke dalam tong sampah. Wanita berusia 26 tahun itu menangis semasa pendakwaan dibuat di sebuah mahkamah di Dubai semalam.

Berdasarkan pendakwaan, wanita itu dituduh menyebabkan 40 peratus kecacatan kekal terhadap majikannya yang berusia 77 tahun selepas dia memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau pencukur. Kejadian itu berlaku apabila majikannya mengarahkan suspek mengurut kemaluannya.

Ketika jurubahasa mahkamah menterjemahkan pertuduhan terhadapnya, suspek menangis. Dia menafikan melakukan perbuatan itu dan meminta supaya dihantar pulang ke negara asalnya. Walau bagaimanapun, ketika disoal, suspek mengaku mengambil pisau cukur dari almari berhampiran dan memotong alat sulit majikannya selepas lelaki itu menyuruhnya mengurut anunya.

"Dua hari sebelum saya ditahan, majikan merogol saya. Saya tidak dapat membela diri kerana dia mengancam untuk mengusir saya dari kediamannya. Keesokan harinya dia memperkosa saya sekali lagi.

"Pada hari kejadian, dia meminta saya mengurut alat sulitnya. Saya nampak pisau cukur di atas almari. Saya terus mengambil pisau cukur itu tanpa pengetahuannya. Saya kemudian mengurut alat sulitnya sebentar.

"Kemudian apabila mendapat peluang, saya mengerat alat sulitnya lalu alat sulitnya jatuh ke lantai. Saya memungut dan membuangnya ke dalam tong sampah. Saya kemudian keluar dari biliknya dan bersembunyi di bilik lain," katanya.

Sementara itu, anak lelaki mangsa, dalam keterangannya berkata, dia terkejut mendengar bapanya menjerit kesakitan.

"Saya berlari keluar dari bilik dan melihat bapa duduk di kerusi dan bahagian bawah tubuhnya berlumuran darah.

"Ketika saya tanya apa yang berlaku, dia berkata, pembantu rumah mengerat alat sulitnya. Saya kemudian menghalang suspek daripada melarikan diri.

"Saya menghubungi polis dan bapa dibawa ke hospital dengan ambulans."

Laporan forensik polis Dubai menolak kemungkinan wanita itu menjadi mangsa serangan seksual sebelum kejadian berlaku. - DCM


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: UCAPAN DI RADIO

Posted: 10 Sep 2011 06:00 PM PDT

Johan Shah Indera hilang?

Posted: 10 Sep 2011 03:00 PM PDT

Adik Mat Indera, Johan Shah Indera dilaporkan gagal dihubungi sejak isu Mat Indera diperbesarkan media arus perdana. Rumahnya di Yong Penang kelihatan senyap dan sepi sejak beberapa hari lepas

Yang Dipertua Pas kawasan Ayer Hitam, Husin Sujak, berkata:"Kita tak tahulah ke mana beliau pergi. Mungkin kerana mahu elak dari liputan media."
Difahamkan polis datang ke rumah Johan sejurus selepas kunjungan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan Kaiat seperti dilaporkan media petang Isnin lalu.

Terdahulu, aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) diketuai Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard bertemu Johan dalam program 'Menjejak Mat Indera' diiringi Husin Sujak, 3 September lalu.

Johan adalah ahli keluarga Mat Indera yang pertama muncul di media dengan liputan pertemuan dimuatkan di blog dan portal politik dan mendapat reaksi hangat.

Namun, laporan media arus perdana pada minggu berikutnya menyelar peranan Mat Indera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Malah, Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman melabelkan Mat Indera sebagai pengganas.

Sehingga ini, usaha untuk menghubungi Johan Shah Indera, 68, yang merupakan bekas kakitangan Majlis Daerah Yong Peng gagal. Johan Shah Indera adalah anak bongsu dari 6 orang adik beradik, seibu sebapa dengan abangnya Muhammad Indera. Beliau pernah dibuang daerah ke Singapura bersama bapa, ibu tiri dan neneknya ke Singapura pada 1950 hingga 1954.

Dalam pada, itu abang tirinya, Bahrom Shah Indera ketika dihubungi Keadilandaily memberitahu, adiknya kini mungkin sedang 'bersembunyi'.

"Mungkin dia nak elak dari gangguan, kita tak tahu. Tapi saya yakin dia selamat dan akan pulang ke rumah," kata Bahrom yang sebelum ini tampil pada sidang media di ibu pejabat Pas pusat menuntut kerajaan membersihkan nama abangnya. (Keadilandaily)

penangdaily

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: