Biaqpila |
- Peminat akaun lucah Facebook tidak waras
- Ibu maut ambulans bawa anak terbabas
- 12 BARISAN DI AKHIRAT
- BN terus serang, rasa lega dalam isu ‘komunis’ Mat Sabu
Peminat akaun lucah Facebook tidak waras Posted: 02 Sep 2011 03:00 AM PDT Jangan terpengaruh dengan akaun lucah di Facebook yang dicipta untuk merosakkan akhlak remaja. KUALA LUMPUR – Menjijikkan apabila ada golongan remaja masa kini ibarat gila seks apabila mereka dengan selamba mewujudkan beberapa akaun yang memuatkan gambar-gambar lucah membabitkan wanita tempatan atau warga asing menerusi laman sosial Facebook. Tinjauan Kosmo! mendapati sekurang-kurangnya terdapat 15 akaun sedemikian telah diwujudkan dan telah menarik minat lebih 1,000 pelayar Internet yang rata-ratanya remaja untuk menjadi pengikut. Kesan perbuatan itu bukan sahaja bakal melahirkan remaja yang rosak akhlak malah bakal menjadikan laman sosial yang popular pada masa kini medan untuk menyiarkan gambar-gambar yang mengaibkan. Difahamkan, pengguna Internet yang ingin menjadi pengikut hanya perlu menekan butang like (suka) pada papan pemuka akaun tersebut sebelum diterima masuk oleh pereka laman seks tersebut. Lebih memalukan, sebaik diterima masuk tanpa disedari segala aktiviti mereka berkaitan akaun itu akan dipaparkan di dinding Facebook masing-masing dan semua gambar-gambar tidak senonoh itu turut boleh dilihat oleh rakan-rakan lain. Keadaan yang berlaku itu dilihat sangat membimbangkan kerana ia merupakan punca kepada keruntuhan moral dan akhlak generasi muda masa kini. Lambakan laman-laman web yang wujud itu boleh mempengaruhi minda terutamanya golongan remaja yang semakin meminati laman sosial berkenaan pada masa kini. kosmo KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Ibu maut ambulans bawa anak terbabas Posted: 02 Sep 2011 12:00 AM PDT TAMPIN – Seorang ibu, yang menemani anaknya ke Hospital Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan akibat terkena renjatan elektrik, terbunuh apabila ambulans yang membawa mereka terbabas ketika melalui satu selekoh di Jalan Felda Bukit Rokan, pukul 8 malam tadi. Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah Norizah Bujang, 62, manakala anaknya, Nur Intan Suhana Ahmad, 30, terselamat tetapi kritikal akibat renjatan elektrik yang dialaminya. Jurucakap polis berkata ambulans, yang dipandu seorang petugas dari Klinik Kesihatan Jelai, bersama seorang pembantu membawa Allahyarham Norizah yang menemani anaknya di bahagian belakang ambulans ke Hospital Kuala Pilah. Katanya, semasa melalui satu selekoh dekat Jalan Felda Bukit Rokan, ambulans itu terbabas sehingga remuk di bahagian hadapan. "Norizah meninggal dunia di bahagian belakang ambulans dan anaknya terselamat tetapi masih kritikal akibat renjatan elektrik yang dialaminya," katanya. Kedua-dua pemandu dan pembantu kesihatan pula hanya mengalami kecederaan ringan di muka dan tangan. – Bernama KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 01 Sep 2011 09:00 PM PDT Suatu ketika, Muaz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18. Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :- BARISAN PERTAMA - Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." BARISAN KEDUA - Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." BARISAN KETIGA - Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." BARISAN KEEMPAT - Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..." BARISAN KELIMA - Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." BARISAN KEENAM - Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." BARISAN KETUJUH - Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." BARISAN KELAPAN - Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." BARISAN KESEMBILAN - Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." BARISAN KESEPULUH - Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." BARISAN KESEBELAS - Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." BARISAN KEDUA BELAS - Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya. daawah.com KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
BN terus serang, rasa lega dalam isu ‘komunis’ Mat Sabu Posted: 01 Sep 2011 06:00 PM PDT Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR, 1 Sept — Sama ada tafsiran Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong tepat ataupun sebaliknya, isu itu telah membuka ruang kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertindak secara ofensif ketika ia bertungkus-lumus memperbaiki imejnya yang terjejas ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan isu kenaikan inflasi. Meskipun ada peralihan sokongan orang Melayu kepada perikatan itu sejak pilihan raya umum 2008, Umno melihat Mohamad (gambar), timbalan presiden PAS yang dipilih Jun lalu, sebagai "pengasak" yang belum boleh memecahkan asas kekuatan mereka di kalangan kaum majoriti itu. Bagaimanapun kenyataan kontroversi pemimpin itu telah membolehkan Umno menyemai benih keraguan di kalangan pengundi Melayu, yang masih menganggap komunisme sebagai satu momokan, khususnya di kalangan masyarakat luar bandar. "Ia bukan satu isu yang kita boleh gunakan untuk tempoh yang lama. Ia hanya satu reprief. Tetapi meskipun Mat Sabu seorang penyerang bertubi-tubi bagi Pakatan Rakyat untuk mendapatkan undi orang Melayu, beliau (sebenarnya) 'meriam kosong' dan kami boleh memperlekehkan beliau setiap kali beliau bercakap sesuatu seperti ini," Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamad. Rakan-rakannya dari Umno menyertai beberapa pemimpin lain dalam media sosial seperti Twitter untuk mengecam Mohamad, yang didakwa mengatakan bahawa mereka yang menyerang balai polis Bukit Kepong , yang menyebabkan 25 orang terbunuh pada 1950, sebagai pejuang kebebasan. "Perwatakan Mat Sabu (Mohamad) adalah anugerah Tuhan diberikan kepada BN. Dalam semangat merdeka ini, saya akan mempertahankan haknya untuk menunjukkan kebodohan beliau," kata Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga memanaskan pembangkang persekutuan dengan menggalakkan pemimpin-pemimpin dan penyokongnya agar terus membela Mohamad. "Ada banyak artikel dan kenyataan yang menyokong Sabu, yang mengatakan polis adalah balaci British," katanya. The Malaysian Insider difahamkan bahawa Mohamad tidak gembira dengan sikap kepimpinan atasan PAS yang gagal menyokongnya berhubung dakwaan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia minggu lalu. Kelmarin, Setiausaha Agung Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan mempertahankan Mohamad. Bagaimanapun pengarah unit dasar penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu The Malaysian Insider, Pakatan Rakyat perlu membawa perbincangan politik kembali kepada soal-soal dasar yang telah menjejaskan tumpuan pentadbiran Najib ekoran kemarahan orang ramai berhubung paras inflasi yang sangat tinggi dan kecaman antarabangsa berhubung pendekatan Putrajaya menangani perhimpunan Bersih 2.0. "Mesejnya ialah meskipun Tunku Abdul Rahman akhirnya mengisytiharkan kemerdekaan, malah pemimpin-pemimpin Islam dan mereka yang dilabel sebagai sayap kiri, kesemuanya yang telah menentang penjajah dan seharusnya diiktiraf. Bagaimanapun ia bukan satu tugas mudah," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor. Penganalisis politik Khoo Kay Peng juga berkata, "Pakatan telah melepaskan bola." "Dengan bercakap mengenai Bukit Kepong, yang merupakan isu etnosentrik, mereka menggunakan permainan BN dan (mereka) melekap padanya dan dengan tepat mereka berbuat demikian. "Kita tidak memerlukan perbincangan sedemikian muncul dalam pilihan raya umum," katanya. Ahli Parlimen DAP kerusi Bukit Bendera Liew Chin Tong memberitahu Pakatan Rakyat telah melepaskan kelebihan untuk terus kekal pada isu-isu seperti pendemokrasian dan ekonomi. Meskipun Mohamad telah menafikan dakwaan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu dan mahu menyaman Utusan Malaysia, ia tidak menghalang pemimpin-pemimpin daripada terus mengecamnya termasuk Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa PAS cuba mentafsir semula sejarah. TMI KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan