Selasa, 13 September 2011

apa sajer lah...

apa sajer lah...


Penceramah sensasi Umno tarik balik saman 'rakan seks’nya

Posted: 13 Sep 2011 07:41 AM PDT

Media melaporkan Ummi Hafilda menarik balik saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadap bekas rakan perniagaannya Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan pengendali laman berita Malaysiakini.

Sebelum ini Baginda melaporkan Ummi ialah rakan seksnya.

Bagaimanapun Ummi menafikannya dan menyaman Baginda.

Ini adalah saman yang kedua difailkan Ummi Hafilda terhadap dan Mkini Dotcom Sdn Bhd selepas saman pertamanya dibatalkan pada 13 April lepas oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu disebut di hadapannya.

Singham bagaimanapun memberi amaran kepada Ummi Hafilda sekiranya beliau ingin menfailkan semula saman itu buat kali ketiga, itu adalah peluang yang terakhir untuknya berbuat demikian.

Saman ditarik balik kerana faktor writ yang dikatakan tidak teratur.

Beberapa ketika dulu, Ummi pernah dikaitkan dengan seorang usahawan dari Sarawak Dato S'ng.

Ummi Hafilda adalah merupakan penceramah utama Umno semasa PRK Kerdau tempoh hari dan ditugaskan untuk 'menyerang' peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menjeritkan kata-kata kesat dan lucah di pentas berdekatan.

Masih diingati, ketika itu Ummi menaiki kereta mewah dengan beberapa orang bodyguard Umno dan bertugas beberapa hari sepanjang kempen PRK berkenaan.

Ummi dilaporkan muflis oleh Jabatan Insolvensi tetapi digilap semula imejnya oleh lidah rasmi Umno Utusan Malaysia, khas untuk mengetengahkan isu-isu Anwar dengan beberapa dakwaan. ~ selamatkanpahang

Tiada ulasan: