Selasa, 6 September 2011

apa sajer lah...

apa sajer lah...


Ayah Tembak Mati Anak Perempuannya yang Janda Setelah Melahirkan Bayi

Posted: 05 Sep 2011 10:37 PM PDT

Seorang lelaki Jordan ditangkap dan dikenakan dakwaan pembunuhan kerana menembak anak perempuannya yang janda selepas melahirkan bayi kembar dihospital. Demikian dilapor AFP, Selasa (5/9/2011).

"Pasukan penyelidik di Amman mendakwa lelaki tersebut setelah mengaku menembak anak perempuannya yang berusia 24 tahun pada Sabtu lalu di Deir Alla, Jordan Valley," demikian disampaikan pegawai berkaitan.

Bapanya, seperti dilaporkan pegawai berkaitan, mengaku terkejut anak perempuannya hamil dan marah sehingga dia menembaknya sehingga mati. Anak perempuannya menjanda selama empat tahun dan kehamilannya dianggap sesuatu yang sangat memalukan.

"Pelaku mengatakan akan memeriksa keadaan anak perempuannya, lalu menembaknya di bahagian kepala," demikian kata ketua RS, Ahmad Hwarat, tempat kejadian itu berlaku.

Pembunuhan adalah sesuatu yang dihukum dengan hukuman mati di Jordan tetapi pembunuhan "honour killings" di mahkamah sering hukumannya dikurangkan kerana permintaan keluarga. Sekurang-kurangnya 15-20 perempuan dibunuh setiap tahun di negara-negara Arab walaupun kerajaan tempatan sudah berusaha untuk mencegahnya.

Tiada ulasan: