Sabtu, 24 September 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib naik bas dalam lawatan ke Perak.

Posted: 24 Sep 2011 01:26 AM PDT

Kata Najib "Dulu naik kereta kali ini kita naik bas jumpa rakyat, mesejnya nak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dan rakyat"

Gambar bas disebelah bukanlah gambar yang dinaiki oleh Najib dan Rosmah, merata aku geledah untuk mencari berita yang memaparkan rombongan Najib yang menaiki bas itu tapi tidak ada..

Tak sanggup rasanya anak seorang bangsawan dan isterinya yang menggalas beg tangan puluhan ribu ringgit harganya untuk menaiki bas macam tu..


Menurut seorang sahabat yang berada ditepi jalan ketika rombongan Najib melintas, Bas yang dinaiki oleh Najib dan rombongannya ialah bas ekspress yang baru dan diiringi oleh polis..

Satu lagi lakonan yang hebat oleh Najib..


PM, isteri nak bas dalam program lawatan ke Perak

Buat pertama kalinya dalam siri menjelajah ke seluruh negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongan dibawa menaiki bas menelusuri jalan raya di Perak menuju ke destinasi yang telah diatur dalam lawatan kerjanya itu.

"Dulu naik kereta kali ini kita naik bas jumpa rakyat, mesejnya nak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dan rakyat.

"Tak boleh pisah antara satu sama lain dan ini akan bawa pemimpin dekat dengan rakyat," katanya pada acara pertama lawatannya iaitu jamuan Aidilfitri bersama Perdana Menteri di Taman Soon Choon di Ipoh.

Lawatan itu melibatkan perjalanan dari Ipoh sehingga ke Sungai Siput sejauh kira-kira 50 km di mana perdana menteri mendekati serta bermesra dengan rakyat berbilang kaum termasuk kaum Orang Asli di Lasah, Sungai Siput.

Berucap di jamuan Aidilfitri itu, Najib mahu semua pemimpin BN menjelajah ke setiap pelusuk tanah air bagi mencari serta meraih sokongan baru terhadap BN sungguhpun parti telahpun mempunyai penyokong tegarnya sendiri.

"Kita tidak boleh beri perhatian kepada penyokong tegar kita sahaja," katanya sambil menambah sokongan terhadap parti tidak harus hanya di kalangan penyokong tegar seperti di dalam dewan (majlis) ini sahaja.

"Kita harus turun ke setiap ceruk pelosok negara dan setiap penjuru.. untuk meraih sokongan daripada mereka yang bakal menjadi penyokong kita," katanya di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

Najib yang juga pengerusi BN berkata pendekatan itu sejajar dengan Model Baru Ekonomi yang antara prinsip utamanya ialah konsep keterangkuman atau inklusif dan keadilan sosial.

Katanya, melalui konsep inklusif itu, kerajaan tidak mahu ada masyarakat yang rasa terkeluar atau terpinggir mana kala keadilan sosial itu bermakna kerajaan mahu memastikan semua golongan yang miskin dan kurang berkemampuan diberi bantuan.

"Ini barulah kerajaan yang dahulukan rakyat," katanya berucap pada majlis yang dihadiri oleh kira-kira 5,000 tetamu terdiri daripada rakyat pelbagai kaum.

Najib berkata pendekatan turun padang dan tinjauan mesra yang beliau lakukan selama ini bertujuan untuk mendapat tahu masalah rakyat serta mencari jalan penyelesaiannya.

Mengenai sambutan yang diberikan penduduk, Najib berkata beliau terharu dengan sambutan yang diberikan dan diharap ia satu mesej jelas dari masyarakat bahawa majoriti rakyat menyokong BN.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tetamu yang menghadiri majlis itu bertuah kerana perdana menteri telah membawa bersamanya "Murtabak Pekan" iaitu murtabak yang terkenal di Pekan, Pahang untuk dinkmati bersama.

Turut hadir pada majlis itu ialah ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman yang juga exco kanan kerajaan negeri.

- Bernama

Filem Bukit Kepung patut diharamkan - Abdullah CD

Posted: 24 Sep 2011 12:09 AM PDT

Kampung Perdamaian Sukhirin, 23 September 2011 – "Filem Bukit Kepung patut diharamkan", demikian kata Abdullah C.D., Pengasas Rejimen Ke-10.

Pandangan ini dibuat ketika beliau menjawab soalan mengenai laporan akhbar Utusan Melayu menuduh Mat Indera sebagai "pengganas".

Mat Indera terlibat dalam satu serangan hendap ke atas Balai Polis Bukit Kepung dalam tahun 1950.


Ditanya tentang Mat Sabu yang mencetuskan kontroversi bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan, Pak Abdullah berkata, "Mat Sabu berkata benar. Dia tau sejarah dan dia berani membongkarnya.

"Mat Indra melawan British. Dia benci penjajah, mana boleh jadi pengganas?"

Seterusnya pejuang kemerdekaan ini menceritakan tentang riwayat Mat Indera sebagai guru agama dan ketua kesatuan buruh.

"Dia aktif dalam gerakan buruh dan dalam PKMM. Setelah darurat, dia pimpin pasukan Rejimen Ke-10 bahagian Johor."

Menyebut tentang Dr. Burhanuddin Al-Helmy pula, beliau telah menyingkap satu lipatan dalam sejarah yang tidak pernah terdapat dalam mana-mana buku teks.

"Setelah penjajah British menolak perlembagaan rakyat dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu, saya, Doktor dan Boestamam telah adakan pertemuan sulit di Kuala Lumpur. Kami bincang tentang soal perjuangan kemerdekaan ketika itu. Keputusannya, saya dan Boestamam akan ambil jalan bersenjata, dan Doktor bergerak di luar" .

Pak Abdullah pernah menjadi Setiausaha KMM Cawangan Lambor. Setelah KMM diharamkan Jepun, beliau menyertai PKM dan memimpin pasukan lasykar rakyat di kawasan Lambor dan sekitar Sungai Perak.

Sila sambung bacaan anda di SINI

Ambiga terima anugerah tertinggi Perancis

Posted: 23 Sep 2011 08:47 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Sept — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini menerima anugerah tertinggi Perancis Chevalier de Legion d'Honneur, sekali gus menyertai kelab eksklusif sekitar 20 penerima pingat itu sebelum ini.

Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety berkata anugerah itu disampaikan demi menghargai dedikasi Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, memperjuangkan hak asasi manusia dan usaha memelihara keluhuran undang-undang di Malaysia.


Barety sendiri menyampaikan anugerah itu di sini hari ini, pada satu majlis kecil tetapi bermakna yang dihadiri sekitar 20 kawan rapatnya.

Sebelum ini anugerah itu pernah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong, tokoh industri penerbangan Tan Sri Tony Fernandes dan aktres Hollywood kelahiran Ipoh Datuk Michelle Yeoh.

Ambiga berkata penganugerahan pingat hari ini oleh kerajaan Perancis menggambarkan semangat perjuangan masyarakat madani Malaysia.

"Ia sebenarnya menggambarkan sejauh mana pentingnya masyarakat madani, mereka merupakan mata dan telinga rakyat," kata beliau sambil menegaskan mahu terus berjuang memperbaiki keluruhan undang-undang.


The Malaysian Insider

Muhyiddin patut malu dengan kenyataan Bishop ini..

Posted: 23 Sep 2011 11:19 AM PDT

Jika Muhyiddin Yassin berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia kerana menurutnya hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Kenyataan yang secara tidak langsung mengakui bahawa memang tidak wujud keadilan dinegara ini..

Berlainan pula dengan pendapat seorang bukan Islam yang Majlis Ketua-Ketua Gereja Katholik Malaysia.


Dr Paul Tan Chee Ing, Presiden Majlis Ketua-Ketua Gereja Katholik Malaysia berkata Baginya adalah tidak betul bagi kerajaan menghalang Kelantan dan juga umat Islam di sana yang mahu melaksanakan suruhan agama mereka. Biarlah mereka laksanakan hudud jika itu yang mereka mahu kerana hukum tersebut hanya untuk umat Islam sahaja dan tidak melibatkan penganut agama lain.


Bishop Paul's nuanced stance on Hudud
By Terence Netto

The reignited debate over the implementation of hudud law in Kelantan has drawn a nuanced response from what at first glance would be considered an unexpected quarter.

Catholic Bishop Dr Paul Tan Chee Ing, in his remarks made to Malaysiakini today, held forth on the subject and has come up with a stance he thinks is calibrated to meet the challenges the question of Islam poses to Malaysian society.

"One would think I should lack the presumption to weigh-in on the discussion, being non-Muslim and belonging to a religion that subscribes to the separation of the secular from the religious spheres," being the titular head of Catholics in the Melaka-Johor diocese.

"But Islam is, above all, a political question and support for syariah, of which hudud is a part, is an obligation for the Muslim. Therefore a non-Muslim citizen such as me and a religious leader at that ought to have a say on this matter," asserted the Jesuit-trained prelate.

"I say it's time to allow Muslims in Kelantan, if they so desire, to implement syariah only for them and with that the hudud enactments provided non-Muslims are exempt from its implementation," said the Bishop who is concurrently President of the Catholic Bishops' Conference of Malaysia.

"Between the contention that the Federal Constitution is a colonial imposition and the obligation of Muslims to support syariah, I say the wiser non-Muslim stance would be to hold that if syariah is what Kelantan Muslims want and if we are given a cast-iron guarantee that it will not be implemented on us, we would not object to Muslims wanting it," he argued.

"Bear in mind, this is not a question that is going to go away but it is not a question that will continue to be framed in the same terms as it is today in Malaysia," continued the Bishop. "What do I mean by this?" asked the cleric who obtained his doctorate from Ecole 'Etude Science Social' whose degree is from Sorbonne, the 'Harvard of Europe' in medieval times.

"You take the Arab Spring that has roiled nations in that arc from Tunisia to Syria. Do you see it as an Islamic uprising or a democratic insurgence? I hesitate to claim that it's a democratic rising of peoples. You cannot tell for sure, but it is not specifically Islamic in character. I take the long view and see it all as part and parcel of the enduring debate between the Mutazilities and the Asharites in Islam.

"The former holds that you need reason to explain the world; the latter that God does not need reason and that He is all power and will. I pray the Mutazilites win the debate. I don't know if that extraordinary man, the Menteri Besar of Kelantan, is a Mutazilite or an Asharite. Sometimes he sounds like a Mutazilite, sometimes like an Asharite.

"But that ambiguity is a good thing. It shows he is not dogmatic. I say let him and all who hold with him have their way so long as non-Muslims have iron-clad guarantees of their exemption."

Bishop Paul Tan concluded his soliloquy this way: "I take the long view of history which is that the key question, in our times and in all times, is as the philosopher Nietzsche, incidentally an anti-Christian thinker, framed it: What is the fundamental constitution of reality?

"I claim that if your theological assumptions of reality are incorrect, you are headed for trouble in this world and that if they are correct, you will have the peace that surpasses all understanding. I am in favor of Kelantan Muslims having hudud implemented for them only."

Malaysiakini

Luahan isteri Ahmad Sarbaini.

Posted: 23 Sep 2011 10:17 AM PDT

"Selama ini saya diam saja, tapi hari ini saya rasa terpanggil nak bagi tahu semua orang apa yang terpendam dalam isi hati saya. Mungkin dengan cara ini, saya boleh tenang..."

Demikianlah kata-kata Maziah Manap (gambar), balu Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, apabila mengeluarkan satu kenyataan media pada hari ini, sebelum keputusan inkues diumumkan pada 26 September akan datang.

Maziah Manap terpanggil untuk menyanggah spekulasi peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Muhamad Shafee Abdullah, bahawa suaminya cuba melarikan diri.


Yang berikut adalah teks penuh kenyataan Maziah Manap

Saya adalah balu kepada Allahyarham Ahmad Sarbaini Bin Mohamed. Keluarga kami masih menanggung duka nestapa akibat kematian suami saya semasa dalam tahanan SPRM pada 6 April 2011. Beban sengsara dan kesedihan yang saya dan anak-anak alami menjadi lebih berat apabila kami diaibkan dengan tohmahan dan andaian bahawa Allahyarham adalah seorang pegawai Kastam yang korup.

Itulah gambaran dan kesimpulannya apabila peguam SPRM, Muhammad Shafee Abdullah (gambar kiri), mengeluarkan kenyataan akhbar pada 12 September 2011 bahawa SPRM tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana suami saya meninggal dunia apabila cuba melarikan diri untuk berjumpa kawannya supaya pernyataan mereka kepada SPRM dapat diselaraskan. Kenyataan akhbar tersebut dihebahkan secara meluas seolah-olah ianya suatu fakta hakiki.

Saya sangat dukacita dan sedih dengan kenyataan akhbar SPRM tersebut yang merupakan satu lagi tohmahan yang sangat zalim terhadap Allahyarham dan keluarga saya. Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan tersebut supaya masyarakat awam dapat menilai perkara yang sebenarnya kerana saya tidak terlarat lagi mendengar dan melihat cemuhan demi cemuhan yang dibuat semata-mata untuk melepaskan SPRM daripada dipertanggunjawabkan ke atas kematian suami saya.

Yang menambahkan lagi dukacita saya ialah propaganda yang digunakan oleh SPRM untuk menghebahkan keburukan orang-orang yang belum lagi terbukit bersalah. Sebaliknya, apabila sesuatu perkara membabitkan kecacatan, kecuaian dan keburukan SPRM, maklumat tersebut seolah-olah cuba disembunyikan atau dipadamkan daripada pengetahuan awam.

Baru hari ini telah keluar berita tentang penangkapan tiga orang pegawai tinggi SPRM termasuk seorang berpangkat Penolong Pesuruhjaya yang menyalahguna kuasa mereka dan "merompak" money changer di KLIA untuk sejumlah US$300,000 (RM900,000). Kejadian pada 15 September 2011 hanya terdedah setelah dilaporkan oleh media alternatif. Sebaliknya cerita berkenaan suami saya dihebahkan secara meluas. Inikah ketelusan yang boleh diharapkan dari SPRM, PDRM dan media arus perdana?

Berhubung kenyataan peguam SPRM tentang teori kematian suami saya, saya perlu membuat penjelasan dan menyatakan secara tegas bahawa kenyataan SPRM tersebut tidak disokong oleh sebarang keterangan semasa Inkues dan merupakan satu tohmahan dan spekulasi oleh SPRM sehingga membabitkan nama-nama pihak ketiga.

Malahan hujahan bertulis dari peguam Zainal jelas menunjukkan bahawa:

a) tidak terdapat sebarang bukti bahawa Allahyarham terbabit dengan salah laku rasuah;

b) tidak terdapat sebarang sebab untuk Allahyarham takut dan cuba melarikan diri;

c) tiada asas kepada teori SPRM bahawa Allahyarham cuba melarikan diri untuk memberikan amaran kepada En. Zainal demi memastikan pernyataan mereka menjadi konsisten;

d) pengakuan Allahyarham yang kononnya telah diperolehi, adalah secara muslihat, perdayaan dan paksaaan dan amat bercanggah dengan pernyataan awalnya dimana Allahyarham secara tegas menafikan sebarang perlakuan rasuah; dan

e) pemadaman rakaman CCTV pada waktu kejadian selama tempoh lebih 22 jam seperti disahkan oleh pegawai forensik, ASP Fauziah Bte Che Mat, menunjukkan usaha SPRM untuk menyembunyikan kejadian sebenar.

Dalam kesedihan ini, saya hanya mampu mengharapkan supaya sebab sebenar kematian suami saya dapat diketahui dan pihak-pihak yang menyebabkan kematiannya dipertanggungjawabkan. Barulah maksud sebenar keadilan membawa erti kepada keluarga kami.

Tiada ulasan: