Anak Sungai Derhaka |
- Dokumentari 'Edisi Siasat' papar kemiskinan di Sabah dilarang siar?
- Najib salahguna kuasa lantik Isa Samad sebagai Pengerusi Felda.
- Hudud : UMNO diugut MCA dan Gerakan.
- Video ini telah diharamkan SKMM
- Rakaman aksi lucah didakwa Pegawai Kastam pula disebar blog Pro UMNO.
- IGP: BN boleh kalah PRU 13...
- Patutlah Najib nak rampas Selangor dengan apa cara sekalipun....
Dokumentari 'Edisi Siasat' papar kemiskinan di Sabah dilarang siar? Posted: 23 Sep 2011 04:04 AM PDT Najib BOHONG lagi!! Ketika Perdana Menteri Najib Razak menjanjikan ruang kebebasan bersuara sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September baru-baru ini, satu dokumentari yang mengisahkan jurang kemiskinan rakyat Sabah telah "dipancung", dilarang ke ruang udara sebagaimana yang dijadualkan, semalam. Dokumentari bertajuk "Saya nak ke sekolah" (I want to go to school) ini dijadualkan untuk disiarkan dalam rancangan Edisi Siasat di stesen televisyen ntv 7, jam 11.30 malam, pada 22 September 2011. Menurut sumber, dokumentari ini telah dihantar untuk semakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada awal minggu ini, dibenarkan dengan "nasihat" agar sedikit "suntingan" (tapisan) dibuat sebelum disiarkan. Bagaimanapun, LPF memaklumkan secara lisan kepada pihak Edisi Siasat, sehari sebelum dokumentari ini ke udara, bahawa ianya perlu "ditarik", kata sumber kepada MerdekaReview. Maka pihak ntv 7 terpaksa menyiarkan dokumentari yang telah disiarkan sebelum ini, untuk menggantikan kekosongan yang wujud ekoran daripada keputusan tersebut. Menurut maklumat yang diperolehi MerdekaReview, tiada notis rasmi daripada LPF kepada ntv 7 berhubung keputusan tersebut, tetapi hanya alasan yang tidak rasmi, seperti "khuatir menjejaskan imej negeri Sabah". Menurut Editor Eksekutif Buletin dan Isu Semasa (Mandarin) ntv7, Tan Boon Kooi, yang sempat dihubungi MerdekaReview pada kira-kira jam 2 petang, dirinya pun "teringin nak tahu apakah yang telah berlaku sebenarnya" (yang menjurus kepada keputusan tersebut). Bagaimanapun, beliau berkata, pasukan penerbit telah menyempurnakan tugas mereka, sebaik rancangan dokumentari itu siap dibikin. "Sama ada ia dibenarkan untuk disiarkan atau tidak, itu di luar kawalan kami. Bukan sesuatu yang boleh kami putuskan," katanya kepada MerdekaReview. Menurut "promo" rancangan yang disiarkan pada minggu lalu, dan pengenalan di laman sosial rasmi Edisi Siasat, dokumentari ini mengisahkan jurang kemiskinan yang ketara di negeri Sabah. "Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak mengumumkan untuk bergabung dengan Semenanjung Tanah Malaya, membentuk Malaysia. 48 tahun kemudian, meskipun memiliki sumber semulajadi yang lumayan, namun Sabah dan Sarawak tetap ketinggalan secara perbandingan, dari segi pembangunan sosial ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan sebagainya." Untuk 10 tahun ini, Sabah adalah negeri yang termiskin. Dari segi pendidikan, 21% daripada penduduk Sabah tidak berpendidikan. Apa masa depan anak-anak ini? Mengapa pula jurang kemiskinan antara desa dan bandar di Sabah begitu ketara? Sempena kita menyambut Hari Malaysia, marilah kita merenung masalah ini." Ini bukan kali pertama rancangan Edisi Siasat "dipancung". Pada Oktober 2008, rancangan dokumentari berjudul "Kuasa Masyarakat Sivil" dilarang ke udara. Sebagaimana yang difahamkan MerdekaReview, rancangan tersebut mengandungi adegan-adegan demonstrasi dan keganasan polis. Malah sebelum ini, pada September 2008, satu rancangan dokumentari yang bertemakan pertikaian agama turut dilarang ke udara. |
Najib salahguna kuasa lantik Isa Samad sebagai Pengerusi Felda. Posted: 23 Sep 2011 02:10 AM PDT SEREMBAN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan membantah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melantik Pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) kerana pelantikan itu tidak menepati tiga syarat undang-undang kecil KPF. Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata tindakan Najib melantik Mohd Isa jelas menyalahi tiga syarat yang terdapat dalam undang-undang kecil KPF. Menurutnya, undang-undang kecil itu menyebut "Seseorang yang dilantik menjadi Pengerusi KPF mestilah merupakan seorang Peneroka Felda atau Anak Peneroka Felda atau memegang jawatan tetap di dalam Felda." Tegas beliau, "Mohd Isa bukan seorang Peneroka Felda. Bukan juga bukan anak Peneroka Felda dan bukan seorang yang berjawatan tetap di dalam Felda. Jawatan beliau sebagai Pengerusi Felda hanyalah jawatan bertaraf kontrak. "Maka jelas disini Najib menyalah guna kuasa dengan melanggar undang-undang kecil KPF", kata Mohd Nazree. Malah pelantikan Mohd Isa oleh Najib juga tidak ada merit kerana prestasi Felda sendiri tidak baik sejak beliau menjadi Pengerusi Felda. Kes-kes saman peneroka terhadap pengurusan Felda menunjukkan kegagalan pentadbiran Mohd Isa yang jelas menindas peneroka. "Pinjaman Felda daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak RM6 billion juga berlaku ketika Mohd Isa menjadi Pengerusi Felda. Malah Najib melantik Mohd Isa pada bulan Ogos lepas ketika Pengerusi KPF asal Dzulkifli Abdul Wahab sedang mengerjakan Umrah di Mekah. "Saya difahamkan pelantikan Mohd Isa menggantikan Dzulkifli ini dibuat tanpa pengetahuan Dzulkifli sendiri yang juga merupakan Pengarah Besar Felda dan Ahli Lembaga Pengarah yang lain," ujar Mohd Nazree. Mohd Nazree berkata Najib harus menjelaskan kepada umum terutama warga Peneroka Felda apakah rasionalnya beliau melantik Mohd Isa dalam keadaan tergesa-gesa dan jelas melanggar undang-undang kecil KPF. "AMK Negeri Sembilan mendesak agar pelantikan Mohd Isa ditarik balik dan dibuat siasatan bagaimana proses pelantikan boleh dibuat tanpa prosedur yang betul. Kita bimbang pelantikan seumpama ini boleh menjejaskan integriti pengurusan KPF", ulas Mohd Nazree lagi. Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, ketika diminta mengulas isu tersebut berkata beliau sedia maklum isu tersebut dan isu tersebut akan dibawa ke Sidang Parlimen pada bulan Oktober ini. "Yang pasti pada Sidang Parlimen bulan hadapan kami (Pakatan Rakyat) akan buat satu kejutan atau pendedahan besar berhubung kes ini", kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak. Free Malaysia Today |
Hudud : UMNO diugut MCA dan Gerakan. Posted: 23 Sep 2011 01:28 AM PDT Korang percaya ka kalau UMNO terima Hudud, MCA dan GERAKAN sanggup keluar BN? MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu. Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya. Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini. Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian. "Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas. Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud. Bagaimanapun, katanya, bukan lagi masanya bagi perundangan Islam itu dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya berbilang agama. Gerakan: Kita bukan negara Islam Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan. "Kita bukan negara Islam tetapi negara dengan majoriti umat Islam dan minoriti bukan Islam yang ketara. "Struktur asas perlembagaan kita mengekalkan kepelbagaian ini dan ia menunjukkan kenapa undang-undang sekular digunapakai terhadap semua orang. "Kita tidak boleh ada set undang-undang berbeza untuk setiap seksyen masyarakat," katanya. Chang juga berkata, kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan. Malaysiakini |
Video ini telah diharamkan SKMM Posted: 22 Sep 2011 09:56 PM PDT Sila lihat video diakhir entry.. SKMM melalui e-mel kedua-dua Astro dan Media Prima Bhd, mengarahkan mereka tidak menyiarkan klip video yang mempromosikan hak untuk mengundi yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo kerana Ku Li bercakap mengenai negara yang mempunyai masalah dan juga kerana ia memaparkan beberapa pemimpin pembangkang. Selain dari Tengku Razaleigh, video ini juga mempunyai Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin dan tokoh-tokoh pembangkang Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, Shah Alam MP Khalid Samad dan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad. Teo, yang menghasilkan video sendiri yang bebas dan projek sukarela, berkata arahan yang dikatakan itu "mengganggu" kerana ia bertentangan dengan pengumuman terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk gemburkan media mengawal dan mengukuhkan kebebasan awam di negara ini. Najib telah mengumumkan on September 15, malam sebelum Hari Malaysia, bahawa pentadbiran beliau akan memansuhkan beberapa undang-undang keselamatan termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengkaji semula undang-undang media untuk membawa demokrasi di negara ini. Baca lagi di sini http://alhusseyn51.blogspot.com/2011/09/najib-tidak-tenteram-lihat-video-ini.html |
Rakaman aksi lucah didakwa Pegawai Kastam pula disebar blog Pro UMNO. Posted: 22 Sep 2011 08:49 PM PDT KUALA LUMPUR, 23 Sept — Blog-blog yang pro-Umno mengeluarkan video seks - usaha yang dilihat sebagai percubaan mahu mencemarkan reputasi pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia menjelang keputusan inkues yang akan diumumkan berhubung kematian Ahmad Sarbaini Mohamed, Isnin ini. Video itu, yang kelihatan dirakamkan secara rahsia, menunjukkan seorang lelaki Melayu mengadakan hubungan seks dengan wanita Caucasus, dipercayai di sebuah bilik hotel. Blog theunspinners merupakan laman pertama mengeluarkan video itu, mendakwa lelaki dalam rakaman itu adalah seorang pegawai kastam manakala wanita itu pula pelacur rakyat Rusia. Lelaki dalam video itu tidak dinamakan tetapi pemblog itu memaut rakaman tersebut yang berjudul "Pegawai Kastam Yang Terlampau," dengan kematian seorang pegawat kastam di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan 6 April lalu. Pemblog itu berpendirian selari dengan kedudukan SPRM dan peguamnya Datuk Seri Muhamad Shafee Abdullah ketika prosiding berkenaan kematian Sarbaini. Video itu dikaitkan dengan Kastam Diraja Malaysia selepas balu Sarbaini memberikan satu kenyataan kepada Raja Petra Kamarudin yang mengendalikan blog Malaysia Today, mendakwa kenyataan Shafee dan SPRM telah mencemarkan nama suaminya. Maziah Manap berkata dia tidak gembira dengan kenyataan Shafee kerana mendakwa suaminya cuba mahu melepaskan diri daripada SPRM untuk bertemu dengan seorang rakannya dan bagi memastikan kenyataan mereka adalah konsisten. Kata blog itu, Sarbaini adalah pegawai kastam yang ada kes rasuah yang sedang disiasat dan "hairannya Raja Petra cuba nak pertahankan kematiannya seolah-olah SPRM ada lakukan 'foul play'." "Macam mana dia tahu maklumat terperinci sedangkan dia berada di London. Dia menceritakan seolah-olah Sarbaini sedang diugut pengakuan dengan disuruh 'stand on the ledge'," katanya lagi. "Peguam Datuk Shafee Abdullah panggil teori dia merapu. 'Katanya, adalah mustahil untuk Sarbaini keluar dan berdiri di atas tingkap bilik pantri seperti mana yang didakwa Raja Petra'. "Tiada sesiapa boleh bertenggek atas tingkap atau berdiri, yang boleh hanya berdiri di luar tingkap dan ia kita dah tunjukkan (dalam lakon semula kejadian)," katanya lagi. Pemblog itu menambah, apa yang ditulis Raja Petra adalah motif pembangkang yang mahu kes Sarbaini seperti mendiang bekas setiausaha politik Teoh Beng Hock bagi mendapatkan sokongan pegawai kerajaan. "RPK berbohong kerana SPRM benarkan Sarbaini tukar kenyataan dari ngaku terlibat kepada tidak terlibat," katanya lagi. "Pada mulanya Unspinners agak keliru tetapi lama-lama jelas bahwa Sarbaini panik. Masa dia mahu tukar kenyataan mengatakan tidak kenal beberapa 'forwarder', SPRM kata mereka akan panggil 'forwarder' tersebut. "Ini yang buat dia panik dan ketika dibiarkan sebentar, dia lari melalui pintu 'panrty' ke tingkap. Dia ingat dia boleh lompat ke atap 'parking' kereka yang kelihatan rapat tetapi sebenarnya jauh. Pada 12 September lalu, Shafee berkata keputusan inkues berhubung kematian Sarbaini, Penolong Pengarah Kastam Selangor, perlu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Shafee mewakili SPRM dalam inkues itu berkata tiada sedikitpun keterangan untuk mencadangkan bahawa kematian beliau disebabkan dibunuh atau terdapat pembabitan pihak ketiga seperti didakwa seorang peguam bagi keluarga itu, Awtar Singh. Shafee berkata, mangsa telah mati selepas jatuh dari belebas tingkap di tingkat tiga tingkat bilik pantri dan ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini. Shafee juga menjelaskan bahawa SPRM tidak mempunyai sebab untuk marah atau kecewa memandangkan bahawa mangsa telah bercadang untuk menukar kenyataannya pada 6 April 2011. Dalam penghujahan bertulis 19 halaman, Awtar berkata wujud elemen 'main kotor' oleh SPRM yang menyebabkan kematian Sarbaini. "Mungkin SPRM tidak berniat menyebabkan kecederaan kepada mangsa atau membunuhnya, tetapi terdapat elemen kecuaian dalam kes ini yang menyebabkan kematian Ahmad Sarbaini," katanya. Awtar berkata siasatan ke atas kematian Sarbaini tidak begitu lengkap kerana banyak persoalan masih belum berjawab termasuk kenapa mangsa berada di luar tingkap. Koroner akan memutuskan pada 26 September mengenai inkues itu yang bermula pada 4 Julai dan berakhir 4 Ogos lalu - The Malaysian Insider Kalau korang nak tengok sila lihat di sini.. The Unspinners |
Posted: 22 Sep 2011 08:02 PM PDT KUALA LUMPUR, 23 Sept ─ Dalam pandangan seumpama yang jarang-jarang dikeluarkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh kalah dalam pilihan raya umum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik. Pendirian itu digariskan dalam satu buku berkaitan dengan 1 Malaysia yang diterbitkan sebelum pengumuman pentadbiran Najib mengenai ISA minggu lalu. Menurut Ismail (gambar), isu ISA iaitu undang-undang yang diperkenalkan pada 1960, akan terus menjadi topik politik yang hangat untuk diperbincangkan dan pihak pembangkang akan terus menagih simpati dan sokongan pengundi. Ismail yang menggantikan Tan Sri Musa Hassan September 2010 berkata, walaupun kerajaan berjanji untuk melihat semula akta tersebut khususnya dalam hal tanpa perbicaraan, namun banyak pihak yang meragui langkah itu. Penggubalan dan penguatkuasaan ISA terletak di tangan kerajaan pusat, yang diterajui oleh BN sejak negara merdeka. "Kerajaan dikatakan akan tetap menggunakan ISA sebagai serampang dua mata. Pada pihak kerajaan ISA penting untuk mengekalkan keamanan dan mengawal keselamatan negara tetapi pihak pembangkang terus menangih simpati dan sokongan pengundi," kata beliau. Justeru katanya, "jika kerajaan tidak dapat mengurus isu ini dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang." Ismail mengatakan demikian dalam satu bab bertajuk "Keamanan dan Keselamatan Ke Arah Pembentukan Negara Maju" dalam buku berjudul "1 Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020". Buku itu dikeluarkan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi perutusan khas sempena Hari Malaysia mengumumkan pentadbirannya akan memansuhkan ISA dan menggantikan dengan dua undang-undang baru. Ismail berkata, tindakan pantas dan 'pre-emptive' yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia dalam menangkap elemen-elemen utama dalam kumpulan-kumpulan militan seperti Jemaah Islamiah (JI), Darul Islam (DI), Al-Qaeda dan Kumpulan Abu Sayyaf sejak 2001 merupakan faktor utama Malaysia terus selamat daripada sudut ancaman kumpulan militan di rantau ini. Dalam tulisannya, Ismail juga menarik perhatian bahawa senario politik yang disaksikan pada Mac 2008 dijangka berlaturan pada masa-masa akan datang. "Dalam pilihan raya umum ke-12, negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan parti pembangkang. Di peringkat Parlimen pula, BN gagal memperoleh dua pertiga majoriti. "Ini menyebabkan keadaan politik di peringkat negeri tidak menentu dan rapuh. Keadaan ini dijangka berlarutan pada masa-masa akan datang," kata Ismail. Tambah beliau, pemerintah di peringkat negeri hanya memperoleh majoriti mudah seperti yang dapat dilihat di negeri Perak. Perikatan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum 2008 tetapi tumbang awal 2009 apabila tiga wakil rakyatnya bertindak keluar parti masing-masing. Dalam perutusan khas Hari Malaysia Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Kata Perdana Menteri, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Najib menjelaskan, undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini. Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa menteri. Dalam ucapan sulung selepas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 Najib telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif. Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Malah, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa. The Malaysian Insider |
Patutlah Najib nak rampas Selangor dengan apa cara sekalipun.... Posted: 22 Sep 2011 07:48 PM PDT SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta. "Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi. Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta. Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat. Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri. Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta. Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan. "Walhal pada awalnya adalah menjadi kekhuatiran yang teramat sangat dalam diri patik selaku peneraju Kerajaan Negeri yang baharu untuk memikul amanah majoriti rakyat majmuk di negeri Selangor yang inginkan pembaharuan dalam erti kata hasil mahsul negeri dinikmati secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat majmuk di negeri ini," ujarnya. Beliau menambah, demi kemaslahatan negeri dan rakyat negeri ini seluruhnya pula, Kerajaan Selangor sekarang melaksanakan dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor" yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat majmuk pelbagai peringkat agar dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini. Menurutnya, melalui dasar itu, beliauk dan barisan kepemimpinan di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung bersependapat bahawa hasil bumi negeri Selangor ini adalah milik rakyat Sultan Selangor. Oleh itu, katanya limpahan daripada hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini sewajarnya dikembalikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor supaya sama-sama menikmatinya. Katanya, dengan penduduk negeri berjumlah 5.3 juta orang yang terdiri daripada Melayu sekitar 49 peratus; Cina sekitar 29 peratus, India sekitar 16 peratus, dan keturunan lain sekitar 6 peratus, mereka tanpa mengira kelainan bahasa, agama, latar belakang pendidikan dan kecondongan politik, adalah layak menerima bantuan menurut program dan skim yang ditawarkan oleh kerajaan negeri sejak Jun 2008, sejajar dengan misi menjadikan Selangor sebuah negeri idaman, maju dan berkebajikan. Beliau berkata, sejak dasar itu diperkenalkan 100 hari selepas menerajui pentadbiran Negeri Selangor hinggalah Jun 2011; sejumlah RM500 juta telah disalurkan terus kepada rakyat Selangor. Selain itu, katanya Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah melebihi RM387 juta, Skim Tabung Warisan (RM1.8 juta), Hadiah Anak Masuk Universiti (RM19 juta), Skim Usia Emas dan OKU (RM49 juta) dan Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar yang kini melebihi RM2 juta dan berbagai-bagai bantuan kemasyarakatan yang akan diberikan secara berterusan. Dalam bidang pelaburan pula, beliau bersyukur kerana negeri Selangor terus didatangi oleh para pelabur dari dalam dan dari luar negara. Katanya, sejak Januari hingga 30 Jun tahun 2011 ini sahaja jumlah pelaburan negeri Selangor bernilai sebanyak RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara. Beliau menambah, pelaburan tersebut terdiri dari pelaburan domestik sejumlah RM2,100 juta dan pelaburan asing berjumlah RM3,100 juta. "Ini bermakna Selangor berada di tempat teratas dalam keseluruhan pelaburan di dalam negara," katanya. Menurutnya, dari jumlah RM5,200 juta pelaburan tersebut terdapat sebanyak 135 projek yang terdiri dari 89 projek baharu dan selebihnya 46 projek sedia ada. "Hal ini menjadikan Selangor jauh meninggalkan negeri-negeri lain yang kebanyakannya mempunyai tidak lebih dari 50 projek," katanya lagi. Jelasnya, melalui pelaburan RM5,200 juta di atas Selangor telah berjaya membuka ruang pekerjaan sebanyak 10,000 pekerjaan yang kebanyakannya di dalam bidang elektronik dan elektrikal produk. "Selangor berbangga menjadi penyumbang terbesar cukai dalam negara iaitu sebanyak 21 peratus pada 2010 dan kita menjangkakan jumlah yang sama dapat kita unjurkan pada tahun ini jika tidak jumlah yang lebih besar," katanya. Rakyat Selangor juga, kata beliau menikmati hasil dari pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri; Kumpulan Semesta Sdn Bhd di mana peningkatan hasil pasir amat ketara sekali. Katanya, pada tahun 2007, kutipan royalti hasil pasir hanya RM4 juta, 2009 sejumlah RM 5 juta dan pada 2010 melonjak kepada RM11 juta. Menurutnya lagi, manakala pada tahun ini setakat bulan Jun telah mencapai kepada RM12 juta. "Sejak ditubuhkan hingga setakat Jun 2011, Kumpulan Semesta telah berjaya mengumpul keuntungan berjumlah hampir RM50 juta," katanya. Harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan