Anak Sungai Derhaka |
- Isu dijajah : Rakyat bukan bodoh.. err.. kecuali pencacai UMNO.
- IKHLAS kah?
- UMNO Pulau Pinang fail saman RM30 Juta terhadap Lim Guan Eng.
- Ummi Hafilda melopong lagi..
- Muhyiddin Makan Malam bersama Setiausaha Agung Parti Komunis China semalam..
- Mohamad Sabu itu sejak lahirnya adalah seorang Komunis..
- Pakcik ini geram dan marah bila Najib kata Komunis sudah baik?
- Merepek rupanya Mahathir semalam...
- Najib dikritik Mahathir lagi..
- Tak boleh edar Risalah.. diedar pula Majalah..
Isu dijajah : Rakyat bukan bodoh.. err.. kecuali pencacai UMNO. Posted: 13 Sep 2011 08:30 AM PDT Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah dijajah membawa kepada implikasi besar terhadap kedudukan kemerdekaan negara yang telah diraikan sejak 54 tahun lalu. Ketua Penerangan Dr Muhammad Nur Manuty berkata kenyataan beberapa profesor juga menimbulkan persoalan baru sama ada negara benar-benar merdeka dan untuk "apakah kita meraikan kemerdekaan?" "Dari satu sudut, ia seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan menganggap bahawa rakyat tidak dapat membezakan hakikat bahawa negara kita ini pernah dijajah atau benar-benar dilindungi oleh British," kata beliau dalam satu kenyataan. Kata beliau, PKR merakamkan rasa terkejut dan rasa aneh atas kenyataan sekumpulan ahli akademik yang diketuai Prof Dr. Zainal Kling atas nama MPN yang menegaskan bahawa negara ini hakikatnya tidak pernah dijajah oleh British. Sebaliknya mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah semata-mata sebagai pelindung berasaskan perjanjian dengan raja-raja Melayu di ketika itu, kata beliau. "Kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan semua fakta sejarah yang ada. Umum menyedari bahawa istilah 'protectorate' yang diguna penjajah adalah strategi licik untuk mengelakkan penentangan rakyat sebagaimana yang dialami di negeri-negeri lain. "Sebab itulah British telah meletakkan residen sebagai penasihat yang nasihatnya terpaksa diikuti oleh raja-raja Melayu. Dengan kaedah ini, British telah menguasai segala sumber ekonomi dan segala urusan negeri-negeri yang dikuasainya," kata beliau. Justeru, Muhammad Nur bertanya, "bukankah ini namanya penjajahan?" "Bukankah ini yang mencetuskan penentangan pejuang-pejuang Melayu silam seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut, Rosli Dobi, Abdul Rahman Limbong, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar Al-Bakir, Mat Indera dan lain-lainnya?" kata beliau. Muhamad Nur juga menegaskan, PKR melihat bahawa kenyataan kontroversi di atas hanyalah merupakan langkah amat terdesak pendokong Umno dan para kuncunya dalam menghadapi kebangkitan dan kesedaran rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Sehubungan hal ini, kita amat kesal dengan tindakan beberapa ahli akademik yang sanggup menjatuhkan nilai diri sebegitu rupa sehingga sanggup membenarkan apa yang dilakukan penjajah demi menjamin survival tuan-tuan politik mereka. "Dalam peradaban keilmuan, mereka yang berilmulah yang seharusnya memberi nasihat kepada ahli politik, bukan sebaliknya," kata beliau lagi. |
Posted: 13 Sep 2011 07:13 AM PDT Adakah ini dikatakan ikhlas?? membantu kemudian dengan bangganya mengumumkan kepada orang ramai melalui banner yang digantung dihadapan pintu masuk ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia yang lalu.. Perhatikan pula gambar di bawah yang kelihatan ikhlas juga.. SATUUU.. MALAYSIAAAA!!! Ikhlaskah?? Kah..Kah.. Kah.. Ikhlaslah tu.. Ikhlas ala UMNO.. semua yang dibuat ada matlamat.. |
UMNO Pulau Pinang fail saman RM30 Juta terhadap Lim Guan Eng. Posted: 13 Sep 2011 04:46 AM PDT Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman telah melantik Jahaberdeen & Co sebagai peguam mengendalikan kes saman malu terhadap Guan Eng ini dan membuat tuntutan sebanyak RM30 juta. "Sekiranya menang wang ini kita akan gunakan untuk rakyat negeri ini, bantu orang miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan," katanya. APA?? RM30 Juta itu nak digunakan untuk membantu orang miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan? RM100 yang Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang berikan kepada warga emas pun mereka kutip kononnya untuk dikembalikan kepada Kerajaan Negeri tapi hingga kini masih belum sampai secara rasmi dan hilang entah kemana.. inikan pula RM30 Juta.. Umno fail saman RM30 juta ke atas KM Pulau Pinang Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menghantar notis tuntutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana didakwa membuat tohmahan dan fitnah terhadap Umno bertujuan mencemar nama baik dan kredibiliti Umno sebagai sebuah parti politik orang Melayu. Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman berkata, notis tuntutan itu memberi Lim tempoh tujuh hari mulai esok untuk memohon maaf secara terbuka dan memberi jawapan kenapa beliau membuat fitnah kepada Umno. Katanya, jika Lim gagal berbuat demikian, Umno akan memfailkan saman malu di mahkamah sivil sebagai tindakan susulan. Beliau memberitahu pemberita di Georgetown hari ini, Umno Pulau Pinang telah melantik Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos daripada Jahaberdeen & Co sebagai peguam mengendalikan kes saman malu ini dan membuat tuntutan sebanyak RM30 juta. "Sekiranya menang wang ini kita akan gunakan untuk rakyat negeri ini, bantu orang miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan," katanya. Zainal Abidin berkata saman malu yang difailkan terhadap Lim adalah atas beberapa tuduhan fitnah antaranya ialah dakwaan kononnya Umno terlibat secara langsung dalam demonstrasi aman di hadapan Komtar dan di atas Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lalu. Lim juga telah menuduh anggota Umno terlibat dalam kejadian kebakaran di luar pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon pada 17 Ogos lalu, walaupun polis baru sahaja memulakan siasatan terhadap kes itu. "Umno tidak boleh dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan oleh setiap anggotanya. Bagi kes demonstrasi ia sebenarnya dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Lim dan kerajaan negeri Pulau Pinang. "Lim tidak boleh terima penjelasan saya dan menuduh saya menipu atas alasan penglibatan Senator Ezam Mohamad Nor dan beberapa individu lain yang ada kaitan dengan Umno," katanya. Ditanya mengapa Umno mengambil masa yang terlalu lama untuk mengemukakan saman terhadap Lim, Zainal Abidin berkata: "Sebelum ini segala dakwaan dan tuduhan yang dibuat terhadap Umno (adalah) dianggap ia sebagai asam garam dalam politik. "Tetapi bermula awal Julai lepas kita dapati Lim telah melampaui batasan dan setelah berbincang dan mengumpulkan semua bukti barulah kita ambil keputusan untuk memfailkan saman malu," katanya. Beliau berkata Umno tidak tergesa-gesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim kerana beranggapan bahawa pemimpin itu berada dalam keadaan emosi yang tidak terkawal setiap kali membuat kenyataan. "Dia (Lim) mungkin tertekan dengan sokongan terhadap DAP yang semakin berkurangan di Pulau Pinang, keadaan emosi yang tidak stabil ini mungkin terbawa-bawa ketika dalam kerja," katanya.- Bernama Lagi gambar Demo berkenaan sila lihat di SINI |
Posted: 13 Sep 2011 03:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan saman fitnah dengan tuntutan ganti rugi RM100 juta yang difailkan ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali terhadap bekas rakan perniagaannya dan portal berita Malaysiakini. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamar berikutan peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah. Saman itu, yang difailkan pada 17 Mac lalu, dijadualkan untuk sebutan hari ini. Ummi Hafilda, 43, memfailkan saman itu melalui Tetuan Sahrihan & Hamdan di kaunter Mahkamah Sivil dengan menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua. Ummi Hafilda dalam saman pemula itu mendakwa defendan dalam satu temu ramah di lobi bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi. Beliau mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Nor Azman adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat. Ummi Hafilda juga mendakwa kenyataan Nor Azman seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur, serta terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Beliau mendakwa defendan kedua pula telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah tersebut di web portal www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu. Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan-kenyataan berbaur fitnah terhadapnya. Ummi Hafilda juga turut memohon ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, serta lain-lain relif yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah. - Bernama |
Muhyiddin Makan Malam bersama Setiausaha Agung Parti Komunis China semalam.. Posted: 13 Sep 2011 02:29 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Sept — Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kehadirannya pada satu majlis makan malam yang diadakan bersama Parti Komunis China sebagai satu pertemuan dengan rakan perdagangan utama Malaysia, yang tidak harus dikaitkan dengan isu Mohamad Sabu. Beliau menghadiri majlis makan malam bersama Setiausaha Agung Parti Komunis China Sun Zhenglai di sebuah hotel di sini malam tadi. "Hubungan diplomatik kita dengan China adalah yang terbaik buat masa sekarang dan yang kedua dari segi eksport global. Kita ada hubungan yang rapat dalam perdagangan dan industri, pelaburan. Saya tidak melihat isu sedemikian sebagai satu halangan. "Hubungan antarabangsa adalah normal, bukan hanya bagi Malaysia. Negara-negara demokrasi yang lain seperti Amerika juga ada hubungan (dengan China) kerana hubungan antarabangsa boleh membawa manfaat yang besar, bukan kita menganuti ideologi mereka. Itu hak merekan, urusan negara mereka," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan anugerah bagi program tawaran baru untuk guru besar dan pengetua di bawah Bidang Ekonomi Utama Kebangsaan (NKRA) sektor pendidikan di sini hari ini. "Tiada apa-apa kaitan dengan isu itu (Mat Sabu). Hubungan negara kita dengan China adalah yang terbaik. Persoalan mengenai komen Mat Sabu adalah isu dalaman," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran. The Malaysian Insider |
Mohamad Sabu itu sejak lahirnya adalah seorang Komunis.. Posted: 13 Sep 2011 01:05 AM PDT Majlis Professor Negara (MPN) telah mengeluarkan kenyataan yang negara kita tidak pernah dijajah oleh mana-mana penjajah dan negara hanya menjadi 'protectorate state' kepada British. Kita baru sahaja merayakan ulang tahun kemerdekaan yang ke-54 pada tanggal 31 Ogos yang lalu, tiba-tiba ada pihak menyatakan secara formal yang Malaya dan Malaysia tidak pernah dijajah. Professor Zainal Keling menyatakan kita hanya sebuah 'protectorate state' bukan tanah jajahan British. Kalau apa yang dinyatakan oleh MPN itu benar maka kerajaan khususnya UMNO mesti secara jelas dan formal membuat kenyataan resmi yang negara kita adalah seperti negara Thailand yang tidak pernah di jajah. Kerajaan kita mesti membuat kenyataan resmi serta memberikan kefahaman kepada rakyat penaklukan Jepun ke atas negara kita dahulu itu apa dia jika itu bukan penjajahan. Ini merupakan kenyataan yang amat serius dan ianya perlu mendapat respon yang cepat dan jelas terutamanya dari Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak. Jika benar negara kita tidak pernah dijajah kerajaan wajar membatalkan cuti umum yang di wartakan kerajaan bagi mengingati ulang tahun kemerdekaan kita. Tugu negara juga wajar diruntuhkan kerana kita tidak pernah berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Cogan kata yang melaungkan ungkapan Merdeka dalam media masa perdana semasa minggu sambutan perayaan ulang tahun kemerdekaan itu harus di buang dan tidak boleh disiarkan lagi. UMNO lebih-lebih lagi harus membatalkan secara resmi sebagai sebuah parti yang tidak pernah membawa kemerdekaan dari penjajah kerana negara kita tidak pernah dijajah oleh British atau mana-mana kuasa asing dalam sejarah kita. Kerajaan kita wajar mentauliahkan Professor Zanal bin Keling untuk menulis sejarah baru negara dan kerajaan wajar membatalkan buku teks sejarah yang dibaca oleh kanak-kanak sekolah dan mahasiswa di setiap Universiti dan bermula dengan pelajar di bawah kelolaan Professor Zainal Keling. Kerajaan wajar hanya mengiktiraf tulisan sejarah oleh Professor Zainal Keling dan biarkan beliau menulis apa-apa sejarah tentang negara kita. Jika itu caranya UMNO dan BN untuk mengekalkan kuasa, buatlah apa yang mereka suka tentang sejarah negara kita. Jika kita bersetuju untuk menulis sejarah yang baru bagi negara saya mencadangkan juga bahawa UMNO bermula pada tahun 1988 kerana UMNO ini tidak pernah berjuang untuk kemerdekaan negara kerana negara kita tidak pernah dijajah seperti yang dinyatakan oleh Professor Zainal Keling itu. Bila MPN dan Zainal Keling diberikan mandat untuk menulis sejarah baru negara saya ingin mencadangkan kepada beliau bahawa sebelum Februari 1988 UMNO tidak pernah wujud supaya rakyat yang seperti saya ini tidak dapat berkata-kata apa-apa lagi. Asalkan sahaja UMNO terus memerintah tulislah apa-apa sejarah mengikut selera yang sedap bagi UMNO. Apa yang kerajaan perlu lakukan sekarang hanyalah memohon maaf kepada semua rakyat yang telah diberikan sejarah negara yang salah selama ini. Sementara kita dapat buku-buku sejarah yang baru yang akan di tulis itu saya mencadangkan supaya kerajaan mengumumkan satu tarikh untuk memberitahu rakyat bila buku sejarah baru untuk negara itu ditulis dan diterbitkan. Buat sementara ini beri arahan kepada semua sekolah dan institusi pengajian tinggi supaya memberhentikan membaca buku sejarah yang ada pada hari ini supaya arahan itu juga boleh dicatatkan dalam penulisan buku sejarah yang akan di tulis oleh Professor Zainal Keling nanti. Beri juga arahan kepada Professor Ramlah Adam untuk membantu Professor Zainal Keling dalam 'mengarang' sejarah baru untuk negara. Kalaulah itu kehendak pimpinan pada hari ini buatlah sesuka hati mereka asalkan mereka puas dengan kuasa dan seterusnya menyalahgunakan kuasa itu terus terusan. Kalau boleh digubal undang-undang untuk mencegah rakyat dari menyebut kandungan lain dari sejarah yang di tulis oleh Zainal Keling tadi. Jangan lupa untuk pastikan Malaysia keluar dari commonwealth kerana commonwealth itu adalah satu persatuan yang dianggotai oleh bekas-bekas tanah jajahan British. Malaysia juga harus menarik diri dari sukan Commonwealth dari sekarang kerana sukan itu hanyalah untuk ahli-ahli sukan negara-negara bekas tanah jajahan British di seluruh dunia. Jika kita tidak pernah dijajah apa perlunya kita menyertai Commonwealth dan sukannya selama ini? Pastikan sejarah yang akan diperbaharui itu sama seperti sejarah negara Thailand yang juga sebuah negara yang tidak pernah dijajah. Selepas ini Professor Zainal Keling akan mempunyai tugas yang terpenting untuk negara. Itu pun yang beliau mahukan kerana beliau begitu sibuk akhir-akhir ini untuk menjadi orang penting kepada negara kita. Oh ya, kalau boleh jangan lupa tulis dalam buku sejarah baru nanti yang Mohamad Sabu itu sejak lahirnya adalah seorang komunis. Alang-alang berbohong, berbohong betul-betul. Aspan Alias |
Pakcik ini geram dan marah bila Najib kata Komunis sudah baik? Posted: 12 Sep 2011 11:54 PM PDT "Generasi muda hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek mereka tetapi tidak pernah terbayang bagaimana komunis menyeksa tahanan. Menerusi lukisan ini, saya harap mereka akan sedar tentang kekejaman komunis dan menjadikannya pengajaran," kata Hamzah Mohd. Amin, 71 yang melukis karikatur ini.. Orang yang patut melihat dan mendengar apa kisah dari Pak Cik ini ialah Najib sendiri kerana beliau telah berkata "Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka." Ini ulasan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tentang kenyataan bodoh Najib itu yang dipetik dari Malaysiakini.. Apabila terbongkarnya fakta bahawa Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis Cina (CPC) dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa "komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu." Kata perdana menteri: "Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka." Jika kita mengikut logik Najib, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara. Sekiranya rakyat mengikut logik presiden Umno yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara. Mungkin atas logik tersebut juga rasanya, sebab utama beliau sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia. Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bila mana dalam ambang perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin PSM dalam Akta Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis? Bukankah ini melanggar logik Najib sendiri? Sebab kalau komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu, kenapa pula mereka ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat? Seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain "asalkan bukan Umno", maka komunis itu komunis jahat. Lagi satu.. Tuan Ibrahim mungkin terlupa.. jika Komunis sekarang dikatakan baik mengapa pula Chin Peng tak dibenarkan balik ke Malaysia? Dari Lidah Rasmi UMNO pula.. Komunis kejam - Hamzah Oleh SYUKRI SHAARI KUALA LUMPUR 12 Sept. - Bagi generasi muda hari ini yang tidak pernah merasai penderitaan hidup pada zaman komunis, mereka mungkin tidak dapat membayangkan kekejaman kumpulan pengganas itu. Namun, bagi yang pernah melalui zaman tersebut seperti Hamzah Mohd. Amin, 71, trauma yang ditinggalkan daripada kekejaman komunis itu tidak dapat dilupakannya sehingga hari ini. Malah, Hamzah yang mempunyai bakat melukis turut menghasilkan beberapa karikatur anggota komunis yang sedang menyeksa tahanan sewaktu zaman keganasan kumpulan tersebut di negara ini. Menurutnya, lukisan tersebut dihasilkan beberapa minggu lalu bertujuan memberi gambaran keadaan sebenar kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini suatu ketika dahulu terutamanya kepada generasi muda. Katanya, walaupun telah menjangkau usia 71 tahun, dia masih tidak dapat melupakan keganasan yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap rakyat dan mahu generasi pada hari ini juga mengetahui perkara itu. "Generasi hari ini tidak mengetahui penderitaan hidup pada zaman komunis, jadi saya berusaha menghasilkan lukisan ini beberapa minggu lalu supaya mereka mendapat gambaran tentang kekejaman komunis dan mengapa kami sangat bencikan mereka. "Generasi muda hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek mereka tetapi tidak pernah terbayang bagaimana komunis menyeksa tahanan. Menerusi lukisan ini, saya harap mereka akan sedar tentang kekejaman komunis dan menjadikannya pengajaran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Warga emas dimasukkan ke dalam guni kemudian dicampak ke dalam api yang sedang marak. Kanak-kanak pula dicampak terus ke dalam api begitu sahaja. Hamzah cuba memberi gambaran tentang kekejaman komunis menyeksa tahanan menggunakan beberapa kaedah yang tidak berperikemanusiaan menerusi karikatur yang dihasilkannya. Berdasarkan kepada karikatur tersebut, Hamzah turut memberi gambaran tindakan komunis mengurung ahli keluarga tahanan di sebuah rumah dan kemudiannya membakar rumah berkenaan. Dia juga menggambarkan mayat-mayat tahanan itu dijadikan baja di kebun sayuran dan hasilnya pula dijadikan bekalan makanan kumpulan pengganas tersebut. Menurut Hamzah yang berasal dari Batu Pahat, Johor, dia terpanggil untuk menghasilkan karikatur berkenaan kerana geram serta kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengangkat kumpulan pengganas tersebut sebagai hero. "Saya sangat geram dan marah apabila komunis diberikan pengiktirafan. Mereka telah melakukan pelbagai kekejaman termasuk mengoyak, memijak, melumur kitab suci al-Quran dengan najis sebelum membakarnya. Para imam serta bilal di masjid dan surau pula dipaksa memakan daging babi sebelum dibunuh. "Bagaimana kumpulan pengganas tersebut boleh kita iktiraf?" katanya yang sanggup datang ke pejabat Utusan di sini bagi menyerahkan karikaturnya itu. Antara sumbangan Hamzah yang pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pelukis ialah mencipta logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang digunakan pada 1963 sehingga 1997. Lidah Rasmi UMNO |
Merepek rupanya Mahathir semalam... Posted: 12 Sep 2011 09:06 PM PDT Semalam Prof Aziz Bari menyifatkan Mahathir sebagai merepek bila Tun menyokong pendapat Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah. Dan hari ini pula kenyataan dari Dr Chandra Muzaffar mengesahkan bahawa memang Mahathir merepak.. KUALA LUMPUR, 13 Sept — Penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar menegaskan negara ini secara "de facto" merupakan bekas jajahan kuasa asing dan itu sebabnya parti-parti politik memperjuangkan kemerdekaan daripada British sejak 1940-an. Secara realiti, kata beliau, negeri-negeri Tanah Melayu telah berhadapan dengan segala bentuk ketidakadilan yang ada kaitan dengan pemerintahan penjajah. "Disebabkan wujudnya penjajahan 'de facto', Umno pada tahun 1950-an dan Parti Kebangsaan Melayu sejak 1940-an telah menggerakkan perjuangan kemerdekaan daripada British. "Mereka (pihak yang mendakwa tidak ada penjajahan) memfokus kepada isu — berbanding bentuk pemerintahan British," kata Chandra dalam satu kenyataan hari ini. Pengerusi Yayasan 1 Malaysia ini mengulas pandangan dua profesor mengenai polemik sama ada negara ini dijajah oleh British ataupun sebagainya. Malah, semalam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu. Perdana Menteri keempat itu berkata, British telah bertindak seolah-olah "kita dijajah." "Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini. "Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah," kata beliau. "Dalam lain perkataan, British tidak beri nasihat, mereka beri arahan," kata beliau sambil menambah, penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat. Laporan media hujung minggu lalu menyebut berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. Kenyataan itu yang menyusul pandangan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengundang kontroversi baru sementara menurut Profesor Datuk Dr Zainal Kling, "fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British)." "Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," kata Zainal. Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi. Penelitian ucapan beberapa perdana menteri dan juga tulisan mereka menunjukkan negara ini dijajah oleh British dan beberapa kuasa Eropah yang lain. Antara lain, dalam ucapan ketika upacara perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj antara lain berkata, "... hari ini satu bab baru dibuka dalam hubungan kita dengan Britai; status kolonial kita telah diberikan tempat sama rata yang penuh..." Memoir terbaru Dr Mahathir berjudul "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" juga menyenaraikan perkataan kolonial atau penjajahan beberapa kali. Maklumat yang diperoleh dari laman web pertubuhan Komanwel pula menyebut, "menerusi siri perjanjian antara 1983 dan 1930, pentadbir-pentadbir kolonial British menguasai hal ehwal luar sembilan kesultanan Melayu di Semenanjung. Chandra, Presiden Just World Trust berkata, di tengah-tengah kontroversi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Bukit Kepong, beberapa pandangan yang diluahkan mengenai pemerintahan British mempunyai kesan tidak disengajakan yang mengelirukan orang ramai berbanding memperkayakan pengetahuan orang ramai. The Malaysian Insider |
Najib dikritik Mahathir lagi.. Posted: 12 Sep 2011 07:58 PM PDT Pemilihan calon yang boleh menang dalam pilihan raya akan menimbulkan masalah antara pucuk pimpinan dan peringkat akar umbi, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata calon yang boleh menang dalam pilihan raya bergantung kepada penilaian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kanan) dan penasihatnya dalam menentukan calon yang akan bertanding. Namun begitu, beliau berkata penilaian dan pandangan tersebut kemungkinan bercanggah dengan kehendak anggota parti dan menimbulkan masalah 'mencantas calon' dalam pilihan raya. "Selain itu, ia menjadi satu amalan apabila mereka yang gagal dipilih atau dicalonkan bertindak untuk mencantas mereka yang dicalonkan untuk memastikan orang itu kalah dalam pilihan raya. "Sehubungan itu, apabila parti yang menentukan calon, semua harus memberikan sokongan penuh untuk memastikan calon tersebut menang dalam pilihan raya," katanya dalam sesi rakaman rancangan Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, semalam. Tiga orang panel ialah Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong, Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dan Pensyarah Universiti Malaysia (Unimas), Dr Jeniri Amir. Hadir sama ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim. Dr Mahathir berkata Najib yang juga Pengerusi BN harus menerangkan kepada bakal-bakal calon untuk meraih sokongan di akar umbi. "Jesteru itu, adalah lebih baik untuk memastikan parti yang meraih kemenangan agar rakyat yang dapat nikmat," katanya. Apabila ditanya masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya, Dr Mahathir berkata'lewat sikit pun tidak apa". "Ini boleh memberi masa kepada Najib untuk membuat penilaian siapa yang harus menjadi calon," katanya. - Bernama |
Tak boleh edar Risalah.. diedar pula Majalah.. Posted: 12 Sep 2011 11:25 AM PDT Mungkin kerana telah menyedari satu laporan Polis telah dibuat oleh Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang, risalah yang muka depannya hampir sama dengan risalah 30 Dasar Kerajaan Berjiwa Rakyat Pakatan Rakyat Pulau Pinang tetapi kandungannya penuh dengan fitnah yang memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, pengedaran risalah tersebut didalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia telah dibatalkan. Artikel berkenaan sila baca di SINI. Samada mereka akur kepada undang-undang atau gentar untuk berhadapan tindakan pihak Polis tak tahulah.. Tapi selama ini pencacai UMNO mana tahu menghormati undang-undang.. kerana negara kita ini memberikan keistemewaan buat pencacai UMNO atau undang-undang untuk mereka dan kita yang menyokong Pakatan Rakyat ini adalah berbeza. Bagaimanapun setelah Risalah dihalang pengedarannya dalam majlis tersebut, Majalah pula yang diedarkan oleh pencacai UMNO.. Satu majalah atau komik yang bertajuk 'Pemimpin Anugerah Tuhan?' diedarkan secara berleluasa didalam Majlis Kerajaan yang dianggap sebagi Majlis UMNO oleh pencacai UMNO yang gagal membezakannya.. Kerana bodohnya mereka, mereka menganggap kebanyakkan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir telah menolak Pakatan Rakyat dan kini menyokong Barisan Nasional pula.. bodohnya mereka.. Majlis yang sepatutnya bebas dari sebarang ucapan berbaur politik itu dipolitikkan oleh segelintir pemimpin UMNO hanya untuk membuktikan kepada Najib akan keupayaanya dalam berpidato. Berbalik kepada komik yang diedarkan dalam majlis itu, kandungannya hanyalah memburukkan Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DS ANwar Ibrahim.. Tengoklah antara kandungannya dibawah.. kalau tak nampak sila klik pada image. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan