Anak Sungai Derhaka |
| 30 Ribu hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia... Betulll.. Posted: 11 Sep 2011 04:17 AM PDT Dari apa yang aku lihat disepanjang jalan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu tadi, aku menganggarkan sekitar 20,000 hingga ke 30,000.. memang ramai yang hadir.. tanpa mengira latar belakang politik, pasal ramai juga penyokong Pakatan Rakyat yang turut kelihatan di situ. Cuma dalam banyak yang memberikan ucapan itu ucapan dari Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Abdul Jalil Abdul Majid aku rasa tak kena dengan tempat.. tak buat homework ka Datuk? Bukan aku sorang yang anggarkan 30 Ribu yang hadir.. di SINI pun kata begitu.. Anggaran Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaacob pula ialah tak kurang 25,000 orang. Korang tengok gambar-gambar dibawah dan saksikan betapa ramai yyang hadir dan baca juga apa yang Ketua Bahagan UMNO Permatang Pauh tu ucapkan.. Dari seberang jalan mengadap pintu masuk. Kesesakan di pintu masuk. Ramai yang berpatah balik kerana tak sanggup bersesak. Rumah Terbuka M'sia: Najib gempur kubu Anwar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu di Permatang Pauh dengan menaiki sebuah teksi. Menurut Bernama, ketibaannya pada pukul 12 tengah hari disambut ribuan penduduk tempatan yang datang seawal 8 pagi, dengan diiringi paluan gendang pelbagai kaum dan komuniti 1Malaysia oleh kumpulan gendang tentera dan pelajar sekolah. Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, barisan menteri kabinet dan pemimpin BN negeri. Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) itu dimulakan dengan acara sentuhan rakyat oleh Perdana Menteri dan pemimpin BN dengan berkunjung ke rumah Norasmah Othman, 41, suri rumah yang terpaksa bekerja untuk menyara enam orang anak slepas suaminya menghidap penyakit kulit kronik. Norasmah menerima bantuan untuk membaik pulih kediamannya daripada KPKK menerusi penyeliaan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan sumbangan daripada pelbagai pihak lain. Pada ucapannya, Rais berkata beliau tidak pasti jumlah yang hadir pada majlis ini tetapi menjangkakan tidak kurang 20,000 yang hadir. "Saya tanya Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaacob berapa ramai yang hadir dan bisiknya tak kurang 25,000 orang," katanya. Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Abdul Jalil Abdul Majid pula mengingatkan orang ramai bahawa hari ini adalah juga ulang tahun tragedi menara berkembar 11 September di mana Amerika Syarikat diserang pengganas. Perubahaan di Permatang Pauh Katanya, beliau juga ingin melihat perubahaan di Permatang Pauh, yang merupakan kubu dan kerusi yang dipegang oleh Ketau Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Satu rahmat bagi kita. "Hujan mencurah sejak jam 1 pagi hingga 9 pagi tadi, tetapi rakyat tetap berkumpul di sini sejak 8 pagi! Kami ingin katakan kami sokong perdana menteri dengan sepenuh hati," katanya sambil disambut tepukan gemuruh. Hadirin pada majlis rumah terbuka itu disajikan dengan pelbagai juadah istimewa seperti nasi beriani daging, lemang, ketupat palas dan beberapa makanan lain serta kuih tradisional. Perdana Menteri dan tetamu kehormat yang lain turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Datuk David Arumugam, Datuk Ahmad Jais, Uji Rashid dan Hail Amir, persembahan oleh kumpulan boria kanak-kanak dan persembahan watak Upin dan Ipin. Najib kemudian menyampaikan penghargaan berupa wang tunai berjumlah RM10,000 dan sijil penghargaan kepada empat tokoh merdeka dari Pulau Pinang iaitu Datuk Seri Mohd Yusoff Latif, Datuk Md Noor Ahmad, Datuk A Subramaniam dan Datuk Oon Choo Eng @ Choo Khye. Selain itu, beliau menyampaikan sumbangan berupa bungkusan barangan keperluan kepada sepuluh orang yang kurang berkemampuan dan sumbangan 'netbook' 1Malaysia kepada 10 pelajar cemerlang. Malaysiakini |
| 30 Ribu hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia. Posted: 11 Sep 2011 02:36 AM PDT Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Permatang Pauh hari ini mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat sekitar kawasan tersebut. Walaupun hujan renyai-renyai yang turun semenjak awal pagi semalam, ia tak menghalang rakyat Permatang Pauh turun menyambut kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Dianggarkan tak kurang dari 30 ribu masyarakat berbilang kaum dan juga peringkat umur memenuhi kawasan padang sekolah terbabit. Kesesakan jalan juga berlaku sepanjang 3 kilometer dari kawasan Sekolah terbabit walaupun ramai petugas dari Rela dan anggota trafik ditugaskan untuk memastikan pergerakan lalulintas lancar. Kehadiran seluruh Exco kerajaan negeri P.Pinang meraikan Majlis Rumah Terbuka ini disifatkan oleh Datuk Seri Najib sebagai satu lambang perpaduan rakyat walaupun berbeza dari segi ideologi politik. "Inilah lambang sebenar gagasan 1 Malaysia yang kerajaan maksudkan" kata Perdana Menteri. Majlis turut diserikan dengan tarian kebudayaan negeri P.Pinang disamping artis-artis yang diundang khas bagi memeriahkan program ini. Rata-ratanya rakyat yang ditemui amat bangga dan berbesar hati dengan kehadiran Perdana Menteri serta pemilihan lokasi Rumah Terbuka Aidilfitri di kawasan kubu kuat pembangkang ini. Utaranews.com |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan