Anak Sungai Derhaka |
- Rumah Terbuka Malaysia atau Pilihanraya ni? (Gambar)
- Najib nafi naikkan cukai prepaid? ini Buktinya Najib BOHONG !.
- Al-Fatihah! Keadilan Permatang Pauh kehilangan seorang yang komited.
| Rumah Terbuka Malaysia atau Pilihanraya ni? (Gambar) Posted: 10 Sep 2011 08:49 AM PDT Esok (Ahad) Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh. Majlis anjuran kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti. Dan diberitakan juga bahawa Najib akan turut serta.. Hari ini meriahlah persediaan untuk menyambut Najib dilakukan di kawasan Permatang Pauh, mana-mana jalan yang bakal dilalui Najib yang didapati berlubang ditampal JKR hingga ke petang. Dinding Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang sudah kelabu bertukar menjadi baru setelah dicat semula dengan tergesa-gesa hingga ke petang tadi. Katanya ini Program Kerajaan Pusat.. tapi kalau korang tengok sebahagian dari gambar di bawah ianya tidak lebih dari Program UMNO.. Ini Program Kerajaan Dato.. Bukan Program UMNO! Dihadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Bendera UMNO digantung seolah-olah ini Program UMNO Lagi Bendera UMNO.. Bendera UMNO lagi.... Bila PKR/PR turut memasang bendera untuk meraikan Najib.. Suasana nampak macam Pilihanraya.. |
| Najib nafi naikkan cukai prepaid? ini Buktinya Najib BOHONG !. Posted: 10 Sep 2011 05:34 AM PDT Utusan Malaysia melaporkan - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat. Najib berkata, keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna. Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri. "Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya - sepenuhnya sila baca di SINI Betoika?? Korang tengok pulak muka Najib ni.. selamba saja di berbohong.. Aku malas nak komen panjang-panjang dalam isu ini… Selama ini memang pengguna prabayar tidak dikenakan caj 6% ini kerana ianya diserap oleh syarikat telekomunikasi. Tetapi tidak mulai 15 September 2011 bila pengguna dikehendaki menanggung kos cukai perkhidmatan. Dan hak mengenakan caj ini ke atas pengguna memang hak mutlak syarikat telekomunikasi. Dalam Akta Cukai Perkhidmatan 1975, cukai perkhidmatan ialah cukai kepenggunaan dan boleh dicaj kepada pengguna. Syarikat telekomunikasi dikehendaki melevi cukai perkhidmatan ke atas sebarang perkhidmatan telekomunikasi termasuk talian prabayar. Jadi kesimpulannya mudah. Ada cukai perkhidmatan sebanyak 6% untuk sebarang perkhidmatan termasuklah telekomunikasi. Cukai sebanyak 6% ini boleh dicaj kepada pengguna oleh syarikat yang memberikan perkhidmatan yang kemudiannya akan dibayar pula kepada kerajaan - lagi di SINI Sebab apa aku kata Najib selamba saja berbohong dalam isu ini katanya "Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," Sebenarnya memang Najib dan Kerajaan UMNO/BN tidak pernah meluluskan kenaikkan ini tapi mereka telah menetapkannya di dalam Budget yang dibuat pada 15 Oktober 2010.. Sebahagian Budget.. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGENAAN CUKAI PERKHIDMATAN BERDASARKAN PENGUMUMAN BAJET 2011 1. Pendahuluan YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan: (i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj. (ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran Televisyen Berbayar Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011. 2. Peruntukan Undang-Undang 2.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas semua perkhidmatan bercukai kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad cajPindaan kadar cukai perkhidmatan ini dikuatkuasakan melalui Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) (Pindaan) 2010 [P.U. (A) 411/2010]. Dengan pindaan di atas, butiran (a) kepada perenggan 3, Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 [P.U(A) 468/2009] akan dibaca seperti berikut: "3. Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan dan dilevikan ke atas perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai pada kadar yang berikut: "(a) dalam hal perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai selain perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai berhubung dengan perkhidmatan kad kredit atau kad caj, 6% daripada harga, caj atau premium perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai yang ditentukan mengikut seksyen 4 Akta; dan" 2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 [P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam ruang "perkhidmatan yang kena dibayar cukai" seperti berikut: "(b) Penyediaan – (i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan (ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar" Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010]. 3. Pelaksanaan 3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj. 3.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar (i) Orang yang kena membayar cukai ("OKC") Mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan komunikasi yang berdaftar di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] atau yang dilesenkan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) 2000. (ii) Perkhidmatan yang kena dibayar cukai Penyediaan perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar – cukai perkhidmatan dikenakan atas yuran langganan. (iii) Perkhidmatan yang tidak kena di bayar cukai Bayaran-bayaran lain yang dikenakan selain yuran langganan. (iv) Kadar cukai perkhidmatan Kadar cukai perkhidmatan yang dikenakan adalah 6%. Laporan penuh tentang garis panduan ini sila baca di SINI |
| Al-Fatihah! Keadilan Permatang Pauh kehilangan seorang yang komited. Posted: 09 Sep 2011 10:37 PM PDT Parti Keadilan Rakyat Cabang Permatang Pauh kehilangan seorang lagi Ahli yang komited terhadap perjuangan Parti semalam, bukan kerana beliau melompat keluar dari parti seperti yang dilakukan oleh teman-teman rapat Anwar Ibrahim tetapi kerana telah kembali ke Rahmatullah. Ilyas Bin Ismail, 62 atau juga lebih dikenali dengan Pak Leh telah menghembuskan nafas terakhirnya pada sekitar jam enam petang semalam 9 September 2011 di Cherok Tok Kun. Jenazah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Cherok Tok Kun berhampiran Galeri Pejuang. Bagi pihak KeAdilan Permatang Pauh, jutaan terima kasih aku ucapkan kepada Pihak Polis yang sudi membawa jenazah kerumah mayat Hospital Bukit Mertajam dan juga membawa Jenazah kembali kekediamannya di Cherok Tok Kun setelah selesai menjalani pemeriksaan Doktor. Tidak lupa juga jutaan terima Kasih diucapkan kepada YB ADUN Seberang Jaya, Ariff Shah yang sudi meluangkan masa untuk menjenguk keluarga Allahyarham dan juga jenazah pada pukul 11 malam semalam dan meluangkan masa bersama kami hingga jam 12.30 malam semalam. Juga terima kasih diucapkan kepada TKM1 Dato Mansor Othman yang sudi menjenguk jenazah biarpun telah lewat malam.. Semoga Roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman hendaknya... AL-FATIHAH! |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan