Rabu, 7 September 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mamak Azeez kata Waris Noramfaizul akan mendapat RM200,000 tapi....

Posted: 07 Sep 2011 03:38 AM PDT



Kata Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Mamak Azeez, kematian Jurukamera Bernama tidak seharusnya dipolitikkan atau digunakan untuk mendapat publisiti murahan..

Bagimanapun beliau sendiri yang kelihatan menggunakan isu kematian tersebut untuk mendapat publisti murahan..


Jika bukan untuk mendapat publisiti murahan untuk apa beliau mengumumkan bahawa waris mangsa bakal menerima pampas an RM200,000 dalam program Selamat Pagi Malaysia pada 05 Sept lalu..





Mamak Azeez kata Waris Allahyarham akan mendapat RM200,000 tapi.. cuba korang baca laporan teh Star Online kat bawah ni.





Laporan penuh..

RM50,000 from insurance for Noramfaizul's kin

KUALA LUMPUR: RM50,000 will be paid out by the insurance company where Bernama had taken a term life insurance policy for the late BernamaTV cameraman Noramfaizul Mohd Nor, said Bernama chairman Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

In a statement issued yesterday to clear the air about insurance coverage for Bernama employees, he said the term life policy covered death and also partial or total permanent disablement, and the next of kin of the insured would receive a maximum of RM50,000.

Last Friday, Noramfaizul was shot dead while covering a Malaysian humanitarian mission in Mogadishu, Somalia.

Abdul Rahman said Bernama provided two types of 24-hour worldwide insurance coverage for its employees term life policy and group personal accident policy.

As for the group personal accident policy, he said it also covered death, partial and total permanent disablement and had similar exclusion clauses like the term life policy.

"The only difference is that it does not cover death caused directly or indirectly by war, invasion, hostility or civil war where the insured has taken part directly or indirectly.

"Nonetheless, we have filed a claim with the insurance company. We are pleased that the company has agreed to pay some form of compensation and we will be told of the amount later," he said.

Putera 1Malaysia Club president Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim announced yesterday that Noramfaizul's family would receive RM200,000 via a group insurance coverage, while Social Care Foundation chairman Tan Sri Robert Phang donated RM50,000.

- Bernama


Hmm.. Mamak tu Bohong lagi ka? sudahlah semalam di berbohong pasal kononnya tiada sebarang tanda pada kenderaan yang diguna mereka ( baca di SINI), dalam hal jumlah pampasan pun dia nak bohong juga?

Debat : Khairy telah terbukti sebagai Pengecut dan Bacul

Posted: 07 Sep 2011 01:26 AM PDT

Jika Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (Menantu Pak Lah)menggelar Mat Sabu bacul dan penakut kerana tidak berani berdebat dengannya dalam peristiwa sejarah Bukit Kepong.

Beliau pula sebenarnya adalah seorang yang telah terbukti sebagai Bacul dan juga Pengecut kerana beliau sendiri telah menolak untuk berdebat dengan DAP sekitar tahun 2005 mengenai isu yang hampir serupa iaitu sejarah kemerdekaan negara..


Dalam isu debat ini Khairy terbukti sebagai Bacul dan Pengecut kerana telah menolak cabaran DAP itu manakala Mat Sabu pula cuma menolak untuk berdebat dengan Khairy tetapi mahu berdebat dengan Muhyiddin yang telah menggesanya bertaubat kerana menganggap Mat Indera sebagai Pejuang Sebenar..


Lau: Khairy gali kubur sendiri

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku Lau Weng San berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar 'menggali kubur sendiri' mengenai kontroversi sejarah Bukit Kepong.

Beliau yang juga Setiausaha Kerja DAP Selangor berkata "ini kerana Khairy sendiri pernah menolak cabaran berdebat dengan DAP dalam tahun 2005 mengenai sejarah kemerdekaan negara."

Lau berkata demikian ketika membidas Khairy kerana marah kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang enggan berdebat dengannya (Khairy) berhubung isu tersebut.

"Saya melihat kenyataan Khairy ini sebagai mengorek dan menggali kubur sendiri kerana beliau telah lupa bahawa beliau juga pernah menolak untuk berdebat dalam isu yang hampir sama pada tahun 2005 walaupun cabaran beliau kepada Mat Sabu untuk berdebat isu Bukit Kepong ini lebih untuk kepentingan politik beliau," kata Lau dalam satu kenyataan media.

Kelmarin Khairy menggelar Mat Sabu bacul dan penakut kerana tidak berani berdebat dengannya dalam peristiwa sejarah Bukit Kepong.

Isu Bukit Kepong timbul ekoran laporan akhbar Utusan Malaysia bulan lepas bahawa Mat Sabu mengiktiraf Muhammad Indera (Mat Indera) yang memimpin serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai wira negara.

Mengulas lebih lanjut Lau berkata bahawa Khairy menolak tawaran debat yang ditawarkan oleh Setiausaha Antarabangsa DAP Pusat

Ronnie Liu Tian Khiew pada tahun 2005 berikutan kontroversi yang timbul dari kenyataan Liu berkenaan pejuang kemerdekaan.

Khairy cepat lupa

"Saya mengingatkan Khairy supaya beliau jangan terlalu cepat lupa apa yang pernah beliau lakukan enam tahun yang lalu apabila beliau menolak cabaran daripada Liu pada masa itu.

Liu kini Exco Kerajaan Negeri Selangor pernah mengeluarkan kenyataan bertajuk "The Real Fighters for Merdeka" pada awal September 2005.

"Laman web Utusan Malaysia telah melaporkan percakapan Khairy pada 8 September 2005 semasa beliau menghadiri Forum Kepimpinan Global 2005 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

"Khairy dipetik sebagai berkata bahawa "kita juga tidak berdebat dengan orang yang semacam itu termasuk menyerang peribadi saya, kita akan terus bawa isu ini sampai bila-bila," ujar Lau.

Lau turut menekan peri pentingnya sejarah perjuangan golongan kiri diberi tumpuan sewajarnya kerana ada pihak yang senantiasa mempersoalkan kesahihan sejarah.

"Isu berkenaan sejarah perjuangan kemerdekaan, termasuk sumbangan oleh pejuang-pejuang sayap kiri dan radikal harus dibincang dengan rasional, objektif dan secara ilmiah oleh ahli-ahli sejarah dan akademik melalui pembentangan fakta-fakta sejarah.

"Saya berharap para pengkaji sejarah dari dalam dan luar negara dapat berusaha untuk memulihkan sejarah lengkap perjuangan kemerdekaan negara kita antara tahun 1945 hingga 1957.


Free Malaysia Today

Lapan Fakta Tentang Muhammad Indera yang disorok British dan UMNO

Posted: 07 Sep 2011 12:42 AM PDT

Individu yang dilabel sebagai Komunis, Muhammad Indera (yang dianggap pejuang kemerdekaan sebenar Pakatan Rakyat) didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah Muhammad Indera juga dikatakan hampir menikahi kakak kepada Muhyiddin, namun dihalang bapa Muhammad Indera..


"Mat Indera mahu berkahwin dengan kakak Timbalan Perdana Menteri, Muhyuddin Yassin tapi tidak dipersetujui oleh bapa Mat Indera," kata Suhaizan.

Menulis di laman Facebook, Suhaizan berkata, Mat Indera pernah menegaskan bahawa beliau bukan komunis dalam pertemuan terakhir dengan adik kandungnya, Johan Shah di Penjara Air Molek, Johor Bahru.

"(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis," tegas Suhaizan.


Dibawah adalah beberapa fakta mengenai Muhammad Indera yang kurang diketahui umum :-

1- Mat Indera anak kedua daripada lapan adik beradik. Ibunya meninggal ketika Johan (bongsu) berusia dua tahun.

2- Johan, bapa Mat Indera, ibu tiri dan neneknya diseksa British dan dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 hingga 1954.

3- British tawar $25,000 sebelum Peristiwa Bukit Kepong untuk tangkap Mat Indera. Selepas peristiwa itu, tawaran dinaikkan kepada $75,000.

4- Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut dan tidak terlibat dalam serangan tersebut.

5- Mat Indera pernah menyelamatkan anggota polis pada masa itu Yusof Rono.

6- Mat Indera dilantik oleh kerajaan Johor sebagai guru agama. Beliau diberikan baju dan songkok rasmi. Beliau pernah belajar dengan ulama dikenali sebagai Tuan Guru Fadil.

7- Beliau digantung di Kampung Jambu Air, Taiping pada tahun 1953 dan kuburnya diasingkan daripada kubur utama.

8- Mat Indera tidak pernah berkahwin.

1989 UMNO iktiraf Parti Komunis Malaya..

Posted: 06 Sep 2011 09:18 PM PDT

Mat Sabu dikatakan menghina 'Pejuang Negara' yang dibayar gaji oleh Penjajah British, bilamana dalam satu ceramahnya beliau telah mengistiharkan bahawa Mat Indera adalah 'Pejuang Negara' atau hero sebenar dalam tragedi serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong pada 1950.

Tindakannya itu telah mengakibatkan 554 Laporan Polis (baca di SINI) telah dibuat terhadapnya, tetapi Perjanjian damai yang ditandatangani UMNO dengan Parti Komunis Malaya (PKM) di Haadyai pada 1989, juga boleh ditafsir sebagai pengiktirafan kepada komunis.


Mana 554 orang yang buat laporan Polis tu? korang tak terasa ini juga satu penghinaan ke? atau pasal UMNO yang buat itu tak apa.. tak menjadi kesalahan..

Buktikan yang korang membuat laporan Polis terhadap Mat Sabu kerana sikap patriotik bukannya kerana untuk menjilat pemimpin UMNO yang ada sekarang..


Perjanjian damai 1989 boleh ditafsir iktiraf komunis- Aziz Bari

KUALA LUMPUR: Perjanjian damai yang ditandatangani kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM) di Haadyai pada 1989, juga boleh ditafsir sebagai pengiktirafan kepada komunis, kata Ahli akademik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan keras Umno terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang menyifatkan Mat Indera sebagai hero sebenar dalam tragedi serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong pada 1950.

"Memang benar, kerajaan Umno sendiri sebenarnya membuat perjanjian dengan PKM; ini pun boleh ditafsir sebagai mengiktiraf komunis sebagaimana mereka mengutuk Mat Sabu sekarang.

"Semua itu benar dan inilah hipokasi mereka. Umno boleh buat apa sahaja tetapi orang lain tidak. Beberapa tahun dulu polis menahan penyokong Pakatan kerana menganjurkan larian merdeka.

"Para pemimpin Pakatan juga tidak pernah dijemput dalam sambutan kemerdekaan. Pendeknya, mereka (Umno) mahu memonopoli sambutan merdeka," kata Aziz yang juga Pakar Perlembagaan dan Pensyarah Undnag-undang dari Universiti Islam Antarabangsa.

Antara lain, artikel 3 dalam perjanjian damai berkenaan menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia membenarkan bekas anggota PKM yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.

Manakala artikel 3.1 menetapkan bekas anggota PKM yang berasal dari Malaysia, dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang negara ini.

Kerajaan ketika itu menghantar enam wakil, antaranya Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Ketua Polis Negara,Tan Sri Mohd Hanif Omar dan Jeneral Hashim Mohd Ali – Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia.

Manakala PKM pula diwakili Setiausaha Agungnya, Chin Peng, Pengerusi PKM, Abdullah CD dan Komander Rejimen Melayu ke 10- sebuah sayap Melayu dalam PKM, Rashid Maidin.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, apa yang penting pada masa kini adalah menyatakan sejarah secara jujur dan menyerahkan perkara itu kepada golongan cendikiawan untuk membuat tafsiran.

"Saya fikir apa yang lebih tepat bukan menulis semula tetapi menyatakan sejarah sebagaimana seadanya. Yang sebenar. Untuk ini mereka yang pakar perlu diberi peranan. Terpulang kepada mereka membuat tafsiran; pastinya di kalangan mereka mempunyai pelbagai perspektif," kata beliau.

Aziz dalam pada itu turut diminta mengulas pandangan tokoh budayawan, Prof Emeritus Dr Khoo Kay Khim yang menyatakan British tidak pernah menjajah tanah Melayu, sebaliknya menjadi negeri di bawah naungan negara eropah itu.

"Dari segi teknikal memang betul negeri-negeri Melayu tidak pernah dijajah kerana mereka hanyalah negeri lindungan (protected states) bukan tanah jajahan (colony) seperti Melaka dan Pulau Pinang.

"Tapi ini soal teknikal sahaja sedangkan yang memerintah dan mentadbir ialah British. Hatta dalam soal agama pun British sentiasa membuat pemantauan. Ini juga dicatat oleh sejarah. Sebab itu hukum Islam dan mahkamah syariah terpinggir," kata beliau.

"Apa pun yang menjadi isu penting sekarang bukan soal teknikal itu; yang penting segala keputusan penting waktu itu British yang menentukan. Ini yang Prof Khoo sengaja tidak mahu pandang," katanya lagi.

Sebab itu katanya, British menentukan soal pentadbiran termasuk sumber ekonomi dan sebagainya sebelum negara mencapai kemerdekaan.

"MCS (sekarang Pegawai Tadbir dan Diplomatik) sendiri ketika itu adalah alat pentadbiran British. Selepas merdeka baru ini semua 'diMalayakan'," katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=19861

APA?? Najib bakal berbesankan Komunis?

Posted: 06 Sep 2011 06:49 PM PDT

Kisah kehilangan Edgar Salduzi, 34 seorang Ahli Perniagaan dari Kazakhstan ini, sedikit sebanyak ada persamaan dengan kisah kehilangan Altantuya..

Edgar Salduzi dilaporkan hilang oleh portal berita Kazakhstan selepas bertengkar dengan bakal besan Rosmah dan Altantuya juga pula dilaporkan hilang setelah bertengkar dihadapan rumah Razak Baginda..

Kedua-duanya dilaporkan hilang setelah bertengkar..


Tapi bukan hal kehilangan Edgar Salduzi yang nak didedahkan disini tapi kisah Najib yang bakal berbesankan pemimpin Komunis dari Kazakhstan..

SEBELUM ini telah didedahkan di MiLo SuaM satu laporan berita dari Portal Berita Kazakhstan tentang kes kehilangan Edgar Salduzi, 34 seorang ahli perniagaan terkenal negara tersebut, selepas bertengkar dengan bakal besan Rosmah Mansor (ipar kepada Presiden Kazakhstan)[Bakal besan Rosmah].

Dalam kehangatan media propaganda Umno, Utusan dan TV3 Al-Musyrikin menyerang timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu dan cuba mengaitkan beliau dengan komunis, satu fakta cuba ditutup dari pengetahuan rakyat.

Rakyat Malaysia dialihkan dari fakta bahawa Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak dan Rosmah bakal membina pertalian keluarga dengan pemimpin komunis.

Sudah diketahui umum bahawa bakal menantu mereka Daniyar Nazarbayev, merupakan anak saudara Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev. Daniyar Nazarbayev merupakan anak Bolat Nazarbayev adik beradik Presiden Kazakhstan [The Star].



Siapakah Nursultan Nazarbayev ini?

Sila gunakan khidmat Google untuk membaca sendiri biografi pemimpin komunis ini. Kazakhstanlive mendedahkan bahawa Nursultan Nazarbayev merupakan Setiausaha pertama Parti Komunis Kazakhstan [KazakhstanLive].


Rakyat cuba dipesongkan dan ditutup dari mengetahui fakta ini dengan cara meyerang Mat Sabu dan cuba mengaitkan beliau dengan Komunis hanya kerana beliau menyebut Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Namun maklumat yang sebenar ditutup. Apakah perasaan keluarga mangsa kekejaman komunis apabila mengetahui fakta sebenar bahawa Perdana Menteri bakal membina pertalian keluarga dengan pemimpin komunis?


Sumber : Milo Suam

Nurul Nuha di Nibong Tebal.. Ihsan tak nak calonkan sama ke?

Posted: 06 Sep 2011 10:59 AM PDT

Semalam Malaysiakini melaporkan bahawa anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Nurul Nuha mungkin membuat penampilan pertama dalam politik apabila dikatakan bakal bertanding di parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya umum akan datang.

Laporan ini menurut Malaysiakini telah dipetik oleh China Press iaitu Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman mengesahkan cabang PKR Nibong Tebal menamakan Nuha sebagai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan campuran separa bandar itu.


Mansor turut mendedahkan, selain cadangan daripada cabang, pemimpin lain di peringkat nasional turut mengesyorkan PKR mempertaruhkan Nuha.

Hmm.. nak kritik lebih-lebih nanti aku di label sebagai ' Trojan Horse' atau 'Penulis Upahan UMNO' pula… Tapi kawan aku kata jangan jadi HIPOKRIT!

Sebenarnya laporan tersebut membuatkan aku tertanya-tanya tidakkah mereka yang mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa memikirkan implikasi yang bakal dihadapi oleh PKR?

Jika selama ini pemimpin-pemimpin PKR dalam ceramah mereka sering melabelkan UMNO sebagai sebuah parti untuk Kroni kerana sekarang terdapat Najib dan Hishamuddin bagaimana pula denan PKR?

Tidak cukupkah dengan Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah didalam dunia politik PKR sehingga perlu dicalonkan pula lagi seorang anak Perempuan Anwar?

Apakah PKR Pulau Pinang sudah ketiadaan Calon yang yang lebih sesuai?

Atau adakah seluruh ahli PKR Pulau Pinang ini semuanya terdiri dari manusia-manusia yang bodoh hinggakan tidak ditemui seorangpun yang bijak atau proffesional untuk dijadikan calon sehingga terpaksa dicalonkan anak perempuan Anwar pula?

Jika sekarang pencacai-pencacai UMNO mengatakan PKR ini adalah Parti untuk 3A iaitu Anwar, Azizah dan Azmin, dengan penyertaan Nurul Nuha itu satu gelaran baru pula akan diberikan oleh mereka iaitu Parti Anak Beranak Anwar..

Dan bagi memastikan apa yang disiar oleh China Press benar atau tidak, aku menghubungi seorang sahabat yang juga merupakan salah seorang dari AJK Cabang Nibong Tebal bertanya akan perkara itu melalui sms.

Jawabnya melalui sms "Khabarnya orang Nibong Tebal tak cadang apa-apa pun.. tapi nama dia keluaq dari saluran manapun tak pasti…"

Maka bertambah hairanlah aku.. pasal setahu aku nama nama Calon akan diminta dari Cabang dan AJK Cabang akan menyediakan sekurang-kurangnya 3 nama untuk dipilih oleh pihak atasan.

Jadi untuk apa nama-nama Calon dikemukakan oleh AJK-AJK Cabang jika akhirnya nama-nama tersebut dibakulsampahkan begitu saja?

Kalau kerana menurut apa yang dicadangkan oleh peminan Pusat.. Adakah pemimpin-pemimpin PKR yang kini berada dipusat yakin bahawa anda semua masih akan kekal sebagai Pemimpin selepas PRU13 nanti?

Jika amat yakin.. sejauh mana keyakinan anda semua dan berdasarkan apakah keyakinan anda itu?

Jika hanya berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang telah ditapis oleh manusia yang hanya pandai membodek yang berada dikeliling anda itu.. maka jangan mimpi nak jadi pemimpin lagi selepas PRU13 ini..

Berbalik kepada Nurul Nuha sebagai calon.. ada pihak yang bertanya kepada aku "Apa Merit atau Kapasiti yang Nurul Nuha ada untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen itu?"

Terus terang aku katakan akupun tak tahu.. mungkin atas Merit sebagai anak perempuan Anwar kot..

Itu persepsi aku dan lain pula persepsi seorang sahabat, menurutnya kenyataan diatas itu tak lebih sebagai kenyataan untuk membodek Anwar saja..

Dah tu dia kata pula, Kalau Nurul Nuha dicadangkan di Nibong Tebal apa kata kita cadangkan kat Datuk Seri tu supaya meletakkan Nurul Izzah di Kepala Batas, Anak Lelaki dia Mohammad Ihsan itu di Bayan Baru, Cikgu Idrus di Bertam dan Marzuki pula di Penaga?

Satu cadangan yang baik jawab aku.. Alang-alang nak bodek.. kita cadangkan semua nama adik beradik Anwar sebagai calon dalam PRU ni.. supaya selepas PRU kita boleh tukar nama Parti Keadilan Rakyat menjadi Parti Anak Beranak Anwar pula..

Ini pula pendapat pembaca Malaysiakini..

Jedi_Who: Many of us want Pakatan Rakyat to win to bring back true democracy and hope for a better Malaysia. Bersih is not about you (Anwar Ibrahim) alone, so likewise, don't make the opposition about you as well by putting your entire family into it.

Only together with all the other component parties and the support of the people can Pakatan win. Give others a chance to rise and fight for Malaysia's future.

Umno has been doing this inbred family feudal thing all this while - from father to son to cousin to distant cousin, and people have had enough of it.

Ah Hoe: Don't blame Anwar - after all, he twitted 'no' to the suggestion. Blame those fanatical Anwaristas who idol-worship him to such an extent that (Anwar's daughter) Nurul Izzah has been ridiculously titled 'Princess Reformasi' and presented as the next PM should Anwar be jailed.

Now those morons have nominated another daughter, a mere young girl, to be the candidate for the Nibong Tebal parliamentary seat.

Doesn't PKR Penang have anyone suitable? Are all their members so stupid that they can't even find a professional instead of Anwar's daughter?

I don't blame Nurul or Nuha, but can anyone in PKR please tell me why Nurul has been so titled, and why she deserves to the next PM (assuming her father is imprisoned), and why Nuha is the best candidate for Nibong Tebal?


Anwar dan anak perempuan nya Nuha menafikan spekulasi Nibong Tebal

Para pemimpin tertinggi PKR mengesahkan spekulasi yag dinanti-nanti bahawa Nurul Nuha, anak kedua pemimpin pembangkang anwar Ibrahim,akan mengambil alih kerusi PKR Nibong Tebal,Pulau Pinang dari Tan Tee Beng yang melompat parti pada pilihanraya umum ke13 akan datang yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

"Nuha telah menolak cadangan pencalonan sebelum ini dengan alasan peribadi. Saya yakin Wan azizah dan anwr juga akan menolak. Malahan ,saya rasa Anwar telah memberikan penolakan dengan tegas pagi tadi" Naib president PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Anwar sendiri, melalui twitter pagi tadi memaklumkan bahawa Nuha,seorang pereka grafik, tidak berminat untuk kerja berprofil tinggi.tetapi ada khabar angin yang mengatakan yang ianya kerana wanita muda berusia dua puluhan itu telah berkahwin.

Nuha,tidak tinggi kakaknya Izzah, lebih mirip Anwar, kulit nya lebih cerah seperti kulit ibunya,President PKR Wan Azizah.

Pasti menang

Penolakan terkini dari Anwar agak menghampakan para penyokong keluarganya. Anwar dilihat sebagai agak keberatan untuk mendedahkan ahli keluarga nya supaya aktif dalam politik kecuali jika keadaan mendesak,seperti mana anak sulungnya Nurul Izzah, MP Lembah Pantai,yang mengikut jejak langkah bapanya,seorang yang sangat natural dalam bidang politik berprofil tinggi.

Izzah dijangkakan tewas kepada Ketua wanita Umno Sharizat Jalil, tetapi ibu muda yang tinggi lampai dan gemar bermain gitar itu telah mengejutkan semua termasuklah ibubapa nya atas kemenangan nya.

"Keadaan yang sama akan berlaku pada Nuha. Jika dia boleh menyelesaikan hal-hal peribadinya, dan setuju untuk bertanding di Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan konco-konco BN patut bersedia awal untuk pulang." Kata seorang tokoh PKR, Eddie Wong kepada Malaysia chronicle.

"Sudah pasti Nuha akan menang besar. Kerusi tersebut ialah kerusi PKR dan kemudian Tee beng melompat parti.terdapat rasa tidak puas hati terhadapnya. Saya difahamkan Gerakan dan UMNo telah mula menghidu peluang."

Kerusi kebanggaan

Semasa penamaan calon awal PKR sebulan yang lalu,nama Nuha telah dicadangkan oleh beberapa pihak dalam parti. Timbalan Ketua Menteri P.Pinang dan Ketua PKR negeri mansor Othman mengesahkan bahagian Nibong Tebal menamakan Nuha sebagai calon yang layak untuk kerusi kawasan campuran separa urban tersebut.

"Nama beliau di kemukakan sebulan lepas.masih belum di sahkan samada beliau ialah calon akhir. Semuanya akan diketahui sebelum pilihanraya umum nanti." Mansor Othman dipetik memberitahu China Press.

Mansor juga berkata ramai pemimpin tertinggi peringkat nasional yang mencadangkan Nuha sebagai calon.

"Kerusi ini ialah kerusi kebanggaan yang mesti dimenangi oleh PKR dan calon terbaik mesti diletakkan dan calon tersebut berharapan untuk menang.kami harap beliau mempertimbangkan nya. Jika tidak, t bakat baru yang lain akan mengambil alih walaupun mereka tidak sepopular Nuha," kata Eddie

Nibong tebal mempunyai 43.60 % pengundi melayu, 40.50 % Cina dan 15.80 % India.

- Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: