Selasa, 6 September 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tiada Tanda pada Kenderaan?.. Mamak Azeez BOHONG lagi..

Posted: 06 Sep 2011 03:24 AM PDT


Bakal Ketua Pemuda UMNO Cawangan Somalia?

Sebahagian dari berita yang dipetik dari Malaysiakini.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, keselamatan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia, yang mengorbankan seorang petugas media Malaysia pada Jumaat lalu, dikawal sepenuhnya oleh pasukan bersenjata negara berkenaan.


Pasukan berkenaan merupakan anggota polis dan tentera Somalia dan bukan pasukan bersenjata upahan, katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Abdul Azeez, yang mengetuai misi berkenaan, menjelaskan bahawa beliau juga telah mematuhi sepenuhnya arahan serta prosedur operasi standard yang ditetapkan Somalia.

Beliau juga mematuhi nasihat yang diberikan pasukan berkenaan bahawa anggota misi berkenaan tidak perlu memakai jaket kalis peluru.

Jelasnya, anggota daripada misi yang disertai VIP serta NGO beberapa negara Arab lain termasuk Turki, Qatar dan Sudan juga tidak memakai baju kalis peluru.

"Ada juga media daripada negara mereka datang buat liputan. Tak ditembak pun. Tapi ini takdir Ilahi," katanya lagi.

Selain itu, anggota misi berkenaan ditetapkan supaya sering menukar kenderaan dan tidak meletakkan sebarang tanda di kenderaan berkenaan supaya tidak dikenalpasti sebagai sasaran serangan, kata Abdul Azeez lagi.

TIDAK MELETAK SEBARANG TANDA DIKENDERAAN??

Hmm.. korang tengoklah sendiri gambar-gambar kenderaan yang digunakan dalam Misi Mengejar Publisiti UMNO ini.. Betul atau tidak apa yang Mamak Azeez tu kata iaitu tiada sebarang tanda diletakkan dikenderaan..












Semua kenderaan dilekatkan dengan gambar Najib, Rosmah dan Bendera Malaysia.. Gambar bendera Malaysia tu aku tak kisah sangat, tapi gambar Bik Mama dan Najib tu tempek buat apa kalau ikhlas membantu atas nama negara Malaysia??



SATUUUU... MALAYSIAAAAA.. err betoi ka?

Lagi gambar-gambar kenderaan yang tidak dilekatkan sebarang tanda korang tengoklah di MINAQ JINGGO.

554 laporan Polis terhadap Mat Sabu.

Posted: 06 Sep 2011 12:39 AM PDT

Mak Aih!! Banyaknya laporan Polis dibuat terhadap Mat Sabu..

Banyaknya laporan Polis itu sebenarnya membuktikan kepada kita tentang kejayaan UMNO/BN memutarbelitkan fakta Sejarah hingga membuatkan ramai rakyat Malaysia terpedaya..

Dan yang nyata kebanyakkan yang masih terpedaya dan akan terus diperdayakan hingga akhir usia ialah golongan dari Saluran 1 kerana mereka tidak ramai yang mendapatkan maklumat dari Internet mahupun Blog..


Berita ini aku petik dari Lidah Rasmi UMNO, jadi korang baca untuk mendapatkan maklumat tentang berapa banyakkah Laporan Polis telah dibuat terhadap Mat Sabu.. yang lain-lain tu baca dan anggaplah sebagai hiburan..


554 laporan terhadap Mat Sabu

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menjulang komunis sebagai hero dalam tragedi Bukit Kepong mengundang rasa marah pelbagai pihak apabila sebanyak 554 laporan polis dibuat sehingga semalam.

Sumber berkata, laporan polis itu dibuat oleh pelbagai pihak dalam tempoh sembilan hari sejak disiarkan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu.

Menurutnya, pihak yang membuat laporan berkenaan terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik, persatuan dan bekas-bekas anggota keselamatan.

"Laporan yang dibuat bukan sahaja tidak berpuas hati dengan kenyataan Mohamad Sabu (Mat Sabu) dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu, tetapi terdapat bekas anggota keselamatan yang tersinggung dengan tindakan ahli politik itu.

"Terdapat laporan polis menyifatkan kenyataan Mat Sabu sebagai beracun dan mampu merosakkan keamanan negara yang dipelihara sejak 54 tahun lalu.

"Berikutan itu, pengadu mahu tindakan tegas diambil terhadap Mat Sabu sebelum ada ahli politik lain yang memanipulasi sejarah demi kepentingan politik mereka dengan mengagungkan komunis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambah sumber itu, hasil laporan tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

"PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung laporan polis tersebut sebelum tindakan lanjut diambil," katanya.

Mat Sabu dalam ceramah tersebut dilaporkan berkata, seorang lelaki Melayu, Mohamad Indera yang bersekongkol dengan 200 anggota komunis lain menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, sebelum membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi itu ialah hero sebenar yang memperjuangkan kemerdekaan negara.


Lidah Rasmi UMNO..

Prof Emeritus Khoo tak faham beza Teknikal dan Hakikat - Prof Aziz Bari

Posted: 05 Sep 2011 08:34 PM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Pakar perlembangaan Prof Abdul Aziz Bari berkata meskipun negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah oleh British, tetapi pada hakikatnya telah "dijajah kerana pentadbiran negeri dikawal" oleh kuasa Eropah itu sehingga negara merdeka lima dekad lalu.

"Pendeknya dari segi teknikal memang negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah... hatta pentadbiran agama pun dipantau oleh British," kata beliau.

"Secara teknikal memang betul bahawa kita tak pernah dijajah; negeri-negeri Melayu hanya negeri lindungan. Hanya Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang pernah dijajah," kata beliau.


Bagaimanapun menurut ahli akademik ini, negeri-negeri Melayu bukan negeri yang bebas dan berdaulat kerana mereka tidak bebas mengadakan hubungan luar.

"Raja-raja, contohnya, dipaksa menerima kejatuhan Empayar Uthmaniah yang dihancurkan oleh British dan sekutu-sekutunya pada 1924. Ini semua berlaku kerana Raja-raja di bawah tangan British meskipun mereka tidak dijajah.

"Selain itu meskipun di sisi undang-undang, yakni secara teknikalnya, mereka berdaulat kita semua tahu dasar dan undang-undang semuanya ditentukan oleh British," kata beliau sambil menambah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim tidak harus membesar-besarkan kedudukan teknikal itu sehingga menafikan hakikat yang berlaku ketika itu.

Aziz (gambar) mengulas mengenai kritikan beberapa pihak ekoran pandangan tokoh sejarah itu bahawa negara ini sebenarnya tidak pernah dijajah oleh British, sebaliknya berada di bawah naungan negara Eropah itu.

Khoo melahirkan pandangan itu dalam satu temu bual dengan akhbar arus perdana kelmarin ketika kontroversi berkaitan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hangat diperkatakan sehingga ada yang mahu fakta sejarah diteliti semula.

Negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 bersama hari pembentukan Malaysia — buat julung kali pada 16 September ini.

Menjawab soalan mengenai kenyataan Mohamad bahawa Allaharham Datuk Onn Jaafar dan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan pejuang kemerdekaan sebenar kerana mereka pegawai British, Khoo berkata: "Mereka tidak pernah bekerja dengan British. Kerajaan Melayu tidak pernah menjadi jajahan British. Kerajaan Melayu dulu secara rasmi dikenali sebagai Negeri Melayu Naungan iaitu di bawah perlindungan British, tetapi tetap diperintah oleh Raja."

Katanya, kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan raja setiap kerajaan dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada raja.

"Maksudnya dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Pegawai British utama di Negeri-Negeri Selat dikenali sebagai gabenor, padahal kedudukan pegawai yang sama di kerajaan Melayu dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi. Gabenor Hugh Clifford dalam ucapannya kepada Majlis Persekutuan pada Januari 1949 mengatakan apabila beliau merujuk kepada kerajaan Melayu: 'They were, they are and they must remain Malay states. These states were when our cooperation in government was first invited Mohamedan monarchies. And such they are today. We have neither the right nor the desire to vary the system of government'," katanya lagi.

Kata beliau, dalam undang-undang ada dua keadaan iaitu 'de jure' dan 'de facto'.

"Datuk Onn mula-mula bekerja dengan kerajaan Johor dan Tunku dengan kerajaan Kedah. Mereka bekerja di negeri yang dianggap Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Raja masih ada banyak autonomi.

"Selepas perang, mula-mula Datuk Onn kemudian Tunku diterima oleh British sebagai presiden Umno yang diakui British sebagai parti politik orang Melayu. Oleh sebab orang Melayu menentang Malayan Union, British tidak melaksanakan Malayan Union. British selanjutnya berunding dengan Raja-Raja juga Umno untuk menentukan sistem lebih sesuai," kata Khoo lagi dan menambah, "akibatnya pada Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan."

Mengulas lanjut, Aziz berkata, Khoo perlu faham beza antara kedudukan teknikal dan formal dengan kenyataan atau hakikat, yakni sesuatu yang benar-benar berlaku.

"Sama seperti hari ini, Raja-raja adalah ketua agama. Soalnya apakah mereka benar-benar ketua agama dalam erti kata yang sebenar? Tidakkah pentadbiran agama dijalankan oleh kerajaan?" kata beliau lagi.


The Malaysian Insider

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dipertikai lagi..

Posted: 05 Sep 2011 07:53 PM PDT

Mohamed Hadi al-Majwi

Saya tertarik untuk mengulas wawancara Berita Minggu bersama dengan tokoh sejarawan negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (KKK) yang disiarkan menerusi akhbar tersebut pada 4 September 2011.

Sudah tentulah tujuan utama wawancara tersebut ialah untuk membidas Timbalan Presiden Pas, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu Mat Indera dan Bukit Kepong tetapi itu tidaklah menghairankan bagi akhbar yang menyokong parti pemerintah.


Saya lebih berminat untuk mengulas jawapan-jawapan KKK yang saya sifatkan secara peribadi sebagai lebih banyak mengundang persoalan daripada merungkaikan jawapan.

Misalnya, KKK mempertahankan Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn Jaafar dengan mengatakan bahawa mereka bukanlah pegawai British seperti mana yang didakwa oleh Mat Sabu. Menurut KKK, Tanah Melayu tidak pernah menjadi jajahan British dan beliau berikan alasan-alasan beliau seperti yang dimuatkan di dalam wawancara tersebut.

Pandangan ini bukanlah baru, malah disokong oleh hujah-hujah yang berasas. Namun begitu, pelbagai persoalan timbul di dalam benak fikiran saya berkenaan isu Tanah Melayu yang tidak pernah dijajah:

1. Kalau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British, kenapa kita diajar sejak di bangku sekolah lagi bahawa British adalah penjajah?

2. Kalau negeri-negeri Melayu (kecuali Negeri-Negeri Selat) ialah Negeri-Negeri Melayu Naungan, mengapa British tidak digelar sebagai penaung?

3. Kalau British ialah penaung sahaja bukan penjajah, kenapa hasil bumi Tanah Melayu habis dikaut oleh British? Kenapa kuasa eksekutif terletak di tangan pegawai British bukannya di tangan istana? Adakah Negeri-Negeri Melayu Naungan benar-benar berdaulat kalau pemerintahannya dikendalikan oleh pegawai British?

4. Kalau 'nasihat' pegawai British di dalam pentadbiran mesti diikuti oleh raja-raja Melayu berdasarkan perjanjian yang telah mereka tandatangani (kecuali di dalam soal agama Islam dan adat istiadat Melayu), adakah ini bukan penjajahan namanya? Kalau ini bukan satu bentuk penjajahan, maka istilah apakah yang selayaknya untuk kita panggil?

5. Kalau British bukan penjajah, kenapa Tanah Melayu perlu dimerdekakan? Lazimnya sesebuah negara yang merdeka akan bebas daripada cengkaman penjajah, tetapi Tanah Melayu ini merdeka daripada cengkaman siapa? Rombongan Kemerdekaan ke London pada tahun 1956 itu tujuannya apa pula?

6. Kalau British bukan penjajah, maka Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan sebagainya menentang siapa dan derhaka kepada siapa?

7. Kalau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British, adakah segala usaha para pejuang kemerdekaan, baik golongan yang kanan, yang tengah mahu pun yang kiri untuk memerdekakan negara kita tidak boleh dianggap sebagai usaha mengusir penjajah?

8. Yang paling penting sekali, kalau kita betul-betul mahu membezakan status antara negeri naungan dan negeri jajahan, jawablah dengan hati yang jujur, adakah terdapat perbezaan ketara di antara kedua-duanya?

Saya tidak mengajukan soalan-soalan di atas kepada KKK kerana saya yakin beliau pun tahu jawapannya. Tetapi saya mohon supaya kita semua berfikir sejenak, adakah kita semua sedar mengenai fakta yang KKK kemukakan? Adakah fakta ini didedahkan kepada para pelajar kita menerusi mata pelajaran Sejarah mereka?

Disebabkan reaksi KKK inilah saya merasakan bahawa ada sesuatu yang sangat, sangat, sangat tidak kena mengenai sukatan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah. Sejarah apakah (atau sejarah siapakah) yang sebenarnya diajar di sekolah-sekolah selama ini?

Harakahdaily

Bill Perubatan Mat Sabu : Jawapan Buat Pencacai UMNO (Video and Document inside)

Posted: 05 Sep 2011 09:15 AM PDT

Bila tak dijawab isu Bill Perubatan Mat Sabu ini.. ada pencacai UMNO mengatakan Guan Eng cuba mengelak dari menjawab kononnya Mat Sabu menyelewang dana Perbadanan Bekalan Air (PBA) ini..

Bila dijawab pula.. ada pula pencacai UMNO mengatakan jawapan Guan Eng dalam isu ini mencurigakan..

Kelmarin Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu sidang media mendesak Guan Eng supaya memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu bill bayaran perubatan hospital Mat Sabu yang dijadikan kontroversi oleh UMNO itu.


Sebelum itu Blogger UMNO begitu galak menyebarkan fitnah tentang isu ini..

Beliau membangkitkan dua persoalan iaitu sama ada Mat Sabu yang juga Ahli Lembaga Pengarah PBAPP layak untuk membuat tuntutan pembayaran kos perubatan kerana mengikut perjanjian bersama syarikat berkenaan, pekerja yang tercedera ketika terbabit dalam kegiatan haram tidak layak membuat tuntutan.

Persoalan kedua dibangkitkan ialah mengenai jumlah pembayaran kepada pemimpin Pas itu melebihi daripada jumlah ditetapkan hospital swasta yang merawat Mat Sabu, PBAPP meluluskan pembayaran sebanyak RMRM8,434.05 sedangkan kos perubatan hanya RM5,060.54 iaitu melebihi RM3,373.50.

Untuk persoalan pertama.. Pulau Pinang kini adalah dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat oleh itu secara tidak langsung PBA juga terletak dibawah kuasa Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Yang melabelkan perhimpunan BERSIH 2.0 itu sebagai haram adalah kerajaan Barisan Nasional yang tak ada kena mengena dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang bukannya Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Jika ianya tidak diharamkan oleh Pakatan Rakyat Pulau Pinang, maka tuntutan tersebut adalah layak..

Persoalan kedua pula.. korang tengoklah video penjelasan dari Pengurus Besar PBA Ir Jaseni Maidinsa dibawah…





Hentikan fitnah, pembangkang digesa tunjuk kesemua resit perubatan Mat Sabu

GEORGETOWN - Pihak pembangkang Pulau Pinang dinasihatkan supaya menghentikan fitnah ke atas kerajaan negeri serta digesa mendedahkan kesemua resit pembayaran kos perubatan Mohamad bin Sabu yang dikeluarkan oleh Hospital KPJ Selangor, kata Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai respons pada fitnah Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas Datuk Seri reezal Merican bin Naina Merican kononnya kerajaan negeri bersubahat dengan Mohamad menyeleweng lebih RM3,000 dana Perbadanan Bekalan Air (PBA).

"Sebenarnya ada dua resit, tapi dia (Reezal) hanya tunjuk satu resit sahaja sebab berhati busuk...saya yakin ini semua telah diatur (dan) ini semua fitnah (pihak pembangkang)," ujar beliau.

Berdasarkan kedua-dua resit berkenaan (lihat gambar di bawah) , kos hospitaliti keseluruhannya sebanyak RM5,060.54. Manakala kos perubatan dan konsultansi berjumlah RM3373.50.

Jumlah keseluruhan kos perubatan Mohamad yang juga Ahli Lembaga PBA adalah berjumlah RM8,434.05.

Lim berkata, Reezal tidak wajar menuduh Mohamad menyeleweng dana PBA kerana transaksi pembayaran perubatan Mohamad melibatkan PBA dan Hospital KPJ Selangor sahaja.

Bercakap dalam sidang akhbar yang sama, Pengurus Besar PBA Ir Jaseni Maidinsa pula berkata, pihaknya wajar berlaku profesional membiayai kos perubatan ahli lembaga pengarahnya.

Ditambah dengan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PBA yang dijadualkan pada 19 Ogos lepas, beliau berkata pihaknya wajar melakukan tanggungjawab korporat kepada Mohamad.

"Inilah keprihatinan kami (PBA), inilah 'manfaat perubatan'. Ini adalah keputusan korporat.

"Sesetengah syarikat korporat ada yang menghantar ahli lembaganya pergi bercuti, tetapi ini tidak berlaku (dalam PBA)," ujar beliau.

Sambil menegaskan bahawa PBA tidak pernah menyeleweng dana rakyat, beliau berkata manfaat yang disumbangkan kepada Mohamad adalah rekod pertama bagi tahun ini.

Beliau turut menjelaskan mengenai status sebenar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu yang sengaja dicetuskan oleh pihak pembangkang.

"Tidak ada sebarang siasatan ke atas saya. Sebab itu, mereka (SPRM) datang ke pejabat kami (PBA). Kalau tidak (jika saya disiasat), saya ke pejabat mereka," ujar beliau lagi.

Lim dalam reaksi spontan turut mengalu-alukan SPRM untuk mengesahkan kedua-dua resit pembayaran yang didedahkan oleh Hospital KPJ Selangor dengan kerjasama PBA.

Pada 9 Julai lepas, Mohamad mendakwa kenderaan polis melanggarnya sehingga mengalami kecederaan serius di bahagian lutut.

Dalam pembedahan di Hospital KPJ Selangor, lututnya menerima skru sepanjang 2.5 inci.




Tiada ulasan: