Isnin, 5 September 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mat Indera orang Seberang? Dr Khoo putar belit Sejarah..

Posted: 05 Sep 2011 04:12 AM PDT

Menurut Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, seorang yang juga dikenali sebagai tokoh sejarah terkemuka tanah air Mat Indera bukan anak tempatan.

Katanya "Dia (Mat Indera) berasal dari Indonesia, bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu."

Oleh itu tambahnya lagi "Mat Indera atau nama penuhnya Ahmad bin Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan yang menentang British."


"Sejarah diputar belit oleh ahli politik dari kedua – dua belah gabungan politik. Mereka tidak memahami sejarah," kata Dr Khoo

Itu kata Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengenai sejarah Mat Indera, aku tak tahu sumber rujukannya dari mana punya buku sejarah..

Adakah benar apa yang dinyatakan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim itu bahawa Mat Indera adalah orang seberang?

Cuba baca sebahagian dari artikel XPDC Menjejak Mat Indera dibawah ini..

Menurut Pak Johan (gambar), mereka mempunyai 8 orang adik-beradik. Mat Indera, atau nama penuhnya Ahmad bin Indera merupakan anak kedua dan Pak Johan adalah anak yang bongsu.

Salasilah keluarganya ialah Ahmad bin Indera bin Salleh bin Husin. Husin inilah yang dikatakan dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Beliau (Mat Indera) dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.

Bagaimanapun kerana anak yang pertama sudah meninggal dunia ketika masih kecil, Mat Indera seolah-olah sudah menjadi anak sulung dan memegang tanggung jawab menjaga 6 adik-beradiknya yang masih kecil. Ibu mereka meninggal dunia ketika Mat Indera berusia 18 tahun, Pak Johan pula baru berusia 2 tahun.

Mat Indera pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim. Menurut Pak Johan, disebabkan Mat Indera pernah menjadi anak murid kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan inilah yang menjadikan faktor mengapa Sultan Ibrahim enggan menandatangani surat hukuman gantungnya selepas Mat Indera dituduh bersalah.

Sepenuhnya sila baca di (SINI)

Mat Indera dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor menurut adik Allahyarham Mat Indera sendiri.. dan kata Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Mat Indera adalah orang seberang..

Jadi siapa yang memutar belit Sejarah untuk kepentingan peribadi sekarang? Mat Sabu, Pak Johan atau Khoo Kay Kim??


'Mat Indera bukan pejuang kemerdekaan'

PETALING JAYA: Seorang tokoh sejarah tampil menjelaskan bahawa Mat Indera atau nama penuhnya Ahmad bin Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan yang menentang British.

"Komunis ketika itu cuba mewujudkan orde baru dunia berdasarkan fahaman komunis dan Mat Indera seorang penyokong gerakan komunisme," jelas tokoh sejarah terkemuka, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan latar belakang Mat Indera yang mengetuai serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Isu berkenaan Mat Indera sebagai ketua kumpulan Parti Komunis Malaya yang terlibat dalam serangan Bukit Kepong menjadi kontroversi apabila timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Pulau Pinang mendakwa bahawa komunis yang terlibat adalah pejuang kemerdekaan sebenar, lapor Utusan Malaysia pada minggu lepas.

Khoo turut menjelaskan bahawa Mat Indera bukan anak tempatan.

"Mat Indera orang seberang.

Asal Indonesia

"Dia berasal dari Indonesia, bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu."

Khoo turut menyatakan bahawa sejarah diputar belit oleh ahli politik untuk kepentingan diri.

"Sejarah diputar belit oleh ahli politik dari kedua – dua belah gabungan politik. Mereka tidak memahami sejarah," kata Dr Khoo ketika ditanya sama ada sejarah dimanipulasi oleh golongan politikus.

Beliau turut melontarkan persoalan kepada Mohamad Sabu – "Adakah Mohamad Sabu memahami sejarah ketika itu?"

Beliau menambah, masyarakat hanya sedar berkenaan serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong kerana pembikinan filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

"Sebenarnya serangan komunis ke atas balai polis bermula lebih awal. Saya menyaksikan serangan balai polis oleh komunis di dalam tahun 1945 di Teluk Anson yang kini dikenali sebagai Teluk Intan, Perak.

Free Malaysia Today

PANAS!! Berita dari Sabah yang tak disiarkan oleh Utusan atau TV3..

Posted: 05 Sep 2011 01:56 AM PDT

Oleh : CITRA MASADI

MUNGKINKAH Ketua Polis Daerah Semporna, Mohd Azim Khan menutup kes (cover-up) kematian akibat kemalangan maut di rumah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehari menjelang Hari Raya Aidilfitri?

Gambar : MARAH....Shafie sedang memarahi para peminta sedekah selepas tragedi malang yang cuba disembunyikan beliau. Gambar ehsan Hamba Allah.

Mungkin tidak kerana mungkin tidak ada pihak yang membuat laporan atau Shafie Apdal sengaja menutup kes berkenaan demi untuk menjaga maruahnya?


Tim Pemantauan Angkatan Muda PKR yang menghubungi saya memaklumkan bahawa pada malam tragedi berkenaan begitu memilukan dan semua tetamu kelamkabut apabila besi penghadang tangga rumahnya roboh kerana terlalu ramai PATI dan warga tempatan yang bersesak-sesak menyerbu rumahnya untuk mendapatkan 'Sedekah'.

Dilaporkan lebih 20 orang cedera parah dan ada mangsa yang meninggal dunia kerana tertusuk besi penghadang tangga berkenaan dan dibawa ke Hospital Daerah Semporna, namun jenazahnya dilaporkan 'Hilang' keesokan harinya.

Tetamu yang hadir pada malam itu turut melaporkan seorang pekerja dan pengawal rumah Shafie, Abdul Rahman Awang yang berasal dari Tanjung Kapur (Bugaya) meninggal dunia kerana serangan jantung disebabkan terkejut dengan peristiwa berkenaan.

Manakala seorang Wanita Tua dari Kampung Halo, Bangau-Bangau yang datang ke rumah Shafie untuk mendapatkan sedekah RM50 daripada Shafie, telah meninggal dunia di hadapan rumah Shafie pada hari yang sama; menjadi mangsa langgar lari oleh kenderaan lalu lalang kerana keadaan terlalu sesak.

Selepas tragedi mengejutkan tersebut, Shafie turun dari rumah dan dengan perasaan teramat marah kepada tetamu tidak diundang; sambil berteriak dengan suara lantang sehingga terdengar oleh orang lalu lalang di jalan raya.

"Bang but itu, embal na aku muan sin maka pilak, (kalau macam ini, saya tidak lagi beri wang)," teriak Shafie sehingga tetamu tidak diundang terkejut dan beransur pulang.

Dilaporkan pada malam itu, Shafie sudah berhenti memberi wang kerana esoknya tiada lagi peminta sedekah yang datang ke rumah Shafie dan ketika Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitrinya pada hari raya ketiga, sudah tidak kelihatan peminta sedekah yang menyerbu rumahnya sebelum ini.

Persoalannya, kenapa isu ini tidak dilaporkan media sedangkan media Arus Perdana termasuk rangkaian televisyen ada membuat liputan? Kenapa Polis Semporna tidak tahu sedangkan mereka dipanggil untuk menghalau peminta sedekah? Mengapa Hospital Daerah Semporna menafikan ada mangsa yang meninggal dunia yang dihantar ke hospital dan ke mana menghilangnya jenazah berkenaan?

Tim Pemantauan AMK PKR sedang berusaha untuk mendapatkan rakaman video melalui telefon bimbit seorang tetamu yang kini turut diburu penyokong Shafie untuk memastikan kemalangan maut berkenaan tidak tersebar di media massa, terutama Youtube.

Sewajarnya keluarga mangsa memohon Inkues agar isu memalukan ini tidak ditutup begitu sahaja kerana yang meninggal dunia, terutama ibu si Bunga, bukannya tikus, tetapi manusia!

Sebelum ini, isteri Shafie, Datin Suriani Mohd Shuib dilaporkan telah melemparkan sekotak wang dominasi RM100 dan RM50 sejumlah antara RM50,000 sehingga RM100,000 kepada para peminta sedekah yang menyerbu beliau untuk mendapatkan wang ketika Shafie masih berucap di Dewan Masyarakat Semporna; tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat untuk menyiasat kes ini.


Sabahkini

Balu Polis Bukit Kepong dakwa tak terima Pencen

Posted: 05 Sep 2011 01:40 AM PDT

Apa cerita ni? Pemimpin dan Pencacai UMNO kata mereka ini adalah 'Pejuang Negara' meskipun ketika peristiwa berlaku mereka yang terbunuh berkhidmat untuk penjajah British..

Kalau dah dikatakan mereka sebagai 'Pejuang Negara' mengapa pencen tidak dibayar kepada Balu mereka??

Sharifah Aminah Syed Ali, 83, balu kepada seorang anggota polis yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong selepas berlakunya tragedi serangan komunis, memohon supaya dipertimbangkan untuk menerima pencen suaminya yang meninggal dunia semasa bertugas di Balai Polis Kulim pada 1962.


Sharifah Aminah, yang kematian suami Syed Omar Syed Yasin hampir 50 tahun lepas, memohon agar dipertimbangkan bayaran pencen kerana sepanjang kematian suaminya, dia tidak pernah menerima imbuhan itu.

"Selepas kematian suami, tok hanya menerima duit sagu hati sebanyak RM1,800 dan selepas itu dah tak dapat apa-apa duit dah. Duit pencen pun tak dapat juga sampai hari ini," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata bahawa selepas berkahwin dengan Syed Omar, mereka menetap di Kota Tinggi, kemudian berhijrah ke Johor Baharu sebelum ditukarkan ke Bukit Kepong.

"Masa mula-mula sampai di Bukit Kepong, rusuhan memang sudah reda tetapi keadaan masa itu sangat menakutkan. Selepas 6 petang, kami perlu tutup semua pintu dan tingkap dan tidak boleh keluar rumah. Nak ambil air dari telaga (perigi) pun tak boleh sebab komunis humban mayat-mayat dalam telaga.

"Kami terpaksa menggunakan air Sungai Bukit Kepong untuk kegunaan seharian," kata Sharifah Aminah.

Katanya beliau terkilan kerana pengorbanan suaminya yang manggunakan nombor pengenalan polis 10568 semasa berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia, tidak dihargai.

Suami beliau, yang ketika itu berusia dalam 40-an, meninggal dunia setelah terjatuh basikal ketika dalam perjalanan ke balai.

"Tok bukannya nak minta banyak tetapi sekurang-kurangnya dapat pencen suami kerana dia meninggal pun semasa bertugas. Sekurang-kurangnya duit tu boleh tok guna untuk tanggung kos rawatan kira-kira RM500 sebulan," kata Sharifah Aminah yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit tulang belakang yang menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Beliau berkata kehidupannya susah selepas suaminya meninggal dunia kerana dia terpaksa mengambil upah menjahit baju untuk menyara enam orang anaknya yang masih kecil.

"Kini semua kos rawatan dan kos sara hidup ditanggung oleh menantu saya yang menerima pencen RM400 sebulan. Dia pun susah sebab kena tanggung anak yang cacat. La ni (sekarang) dia berniaga surat khabar dan nasi lemak bagi menambah pendapatan untuk tanggung kami sekeluarga," kata Sharifah Aminah yang tinggal bersama anak, menantu dan cucunya di Taman Nakishah, Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar.


Bernama

KP Utusan kata Jurukamera Terbunuh kerana UMNO Gila Publisiti..

Posted: 04 Sep 2011 10:21 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan menyalahkan pihak penganjur Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ekoran kematian jurukamera BernamaTv, Noramfaizul Mohd. Nor.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beliau melalui facebooknya, Zaini membandingkan kerja amal luar negara yang dibuat oleh Mercy Malaysia yang tidak pernah kecoh dengan media pun.

"Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam.


Kenyataan orang nombor dua media Umno ini dsiarkan oleh Berita Harian.

Berita Harian melaporkan:

Timbalan ketua pengarang utusan malaysia, Datuk zaini hassan bagaimanapun melahirkan rasa kesal dengan pihak penganjur misi bantuan kemanusiaan yang gagal menyediakan persediaan keselamatan akibat TERLALU MEMENTINGKAN PUBLISITI DARIPADA MEDIA.

"Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam.

(Laporan Berita Harian)

Penganjur missi ini adalah Kelab Putera 1 Malaysia yang dipimpin oleh Abdul Azeez Rahim yang juga Ketua Putera Umno.

Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia adalah badan yang direstui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Melalui kenyataan Zaini jelas, missi kelab ini bukan sekadar mahu membantu tetapi juga sarat dengan missi politik iaitu untuk publisiti dan kini salah seorang wartawan Malaysia menjadi mangsanya.

Selain Zaini, wartawan kanan Utusan Zulkiflee Bakar, juga mempersalah pihak penganjur kerana gagal membuat kajian terlebih dahulu mengenai sesuatu negara sebelum menghantar bantuan bagi memberikan ruang kepada semua yang terbabit untuk membuat persediaan.

Harakahdaily difahamkan, rombongan ini disertai oleh 54 anggota yang terdiri dari sukarelawan Kelab 1 Malaysia di samping wartawan dari semua media tradisional di samping para blogger Umno.


HarakahDaily

Adakah Benar ini Puncanya Jurukamera BernamaTV terbunuh?

Posted: 04 Sep 2011 09:51 PM PDT

Adakah benar laporan yang mengatakan kerana kedegilan Putera 1Malaysia yang menjalankan misi mencari publisiti politik atau boleh juga dikatakan sebagai Misi Mengejar Publisiti yang berkeras mahu menggunakan logo 1Malaysia yang kelihatan seperti bendera US menyebabkan Jurukamera BernamaTV terbunuh?

Laporan tersebut mengatakan..

"Kumpulan-kumpulan pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.


Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia.


Ini Punca Jurukamera Bernama TV kena tembak?

Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia, Noramfaizul Mohd Nor yang diserang hendap.

Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan-kumpulan pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat.

"Kumpulan-kumpulan pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.

Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia.


Sumber

Jurukamera Terbunuh : Mamak Azeez mahu lari dari tanggungjawab?

Posted: 04 Sep 2011 08:10 PM PDT

Misi kemanusiaan Malaysia ke Somalia diberi jaminan oleh polis dan tentera tempatan bahawa pasukan itu akan selamat di negara berkonflik itu, kata ketua Kelab Putera 1 Malaysia, Mamak Azeez.

Dia mula bersilat dah... baru semalam Najib kata sekarang bukan masa untuk menuding jari terhadap mana-mana pihak, sila baca di SINI.. (mungkin pasal hanya satu pihak saja yang menganjurkan misi Mengejar Publisisti ini, iaitu Kelab Putera 1 Malaysia)


Sebagai Ketua Misi Mengejar Publisiti ini sepatutnya Mamak Azeez ini memikul tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang belaku bukannya menuding jari kepada Polis dan juga Tentera Kerajaan Somalia..


Azeez: Kami diberi jaminan misi Malaysia akan selamat di Somalia

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Misi kemanusiaan Malaysia ke Somalia diberi jaminan oleh polis dan tentera tempatan bahawa pasukan itu akan selamat di negara berkonflik itu, kata ketua Kelab Putera 1 Malaysia pagi ini di sebalik kritikan pelbagai pihak berhubung tragedi yang meragut nyawa jurukamera Bernama TV.

Datuk Azeez Abdul Rahim, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, kematian Noramfaizul Mohd Nor Jumaat lalu adalah satu takdir kerana beliau mahu menyertai misi itu meskipun awalnya tidak disenaraikan oleh Bernama sebagai anggota pasukan.

Ketua Putera Umno itu, yang muncul pada program Selamat Pagi Malaysia RTM pagi ini, mempertahankan tindakan kelab tersebut daripada kritikan dan gesaan agar bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul.

Azeez berkata Noramfaizul dimasukkan sebagai anggota misi dua hari sebelum pasukan Malaysia berlepas ke Somalia.

"Dia memberitahu kami bahawa dia wajar (diterima) pergi kerana ada pengalaman membuat liputan misi kami di Gaza dan Pakistan.

"Saya memberitahu mereka di Bernama, saya selesa dengan dia dan mereka bersetuju untuk menghantarnya," kata Azeez.

Semalam, Kementerian Luar berkata pihaknya telah menghantar Duta Besar Malaysia ke Libya Datuk Zulkifli Yaacob ke Somalia untuk meninjau langkah-langkah keselamatan di negara itu sebelum misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ke sana.

Menterinya Datuk Seri Anifah Aman berkata Zukifli ke Somalia bagi membuat kerja-kerja lapangan dan penilaian yang diperlukan untuk misi berkenaan.

Azeez juga berkata, pertubuhan bukan kerajaan itu juga ada menghantar sebuah pasukan tinjauan, yang terdiri daripada seorang bekas duta dan bekas kolonel tentera darat, ke Somalia sebagai sebahagian daripada langkah persiapan.

"Apabila mereka tiba di sana, kami diberitahu oleh polis dan tentera di sana.... mereka memberi jaminan kepada kami bahawa adalah selamat... semuanya berjalan dengan baik. Kami berhati-hati," katanya lagi.

Azeez juga berkata pasukan Malaysia dilindungi oleh askar tempatan dan itu sebabnya askar Malaysia tidak mengiringi mereka.

Bagaimanapun kata beliau, kesemua mereka yang menyertai dalam misi itu melakukannya secara sukarela dan mereka telah dimaklumkan mengenai risiko bakal dilalui.

Azeez berkata kesemua peserta termasuk mereka dari media telah menandatangani borang perlindungan tanggungjawab dan telah diberitahu hak mereka bahawa boleh menarik diri daripada misi jika mahu sebelum pasukan meninggalkan tanah air.

Justeru katanya, meskipun para peserta telah menandatangani borang perlindungan tanggungjawab itu, kelabnya masih mengambil insurans khas bagi anggota misi.

Azeez berkata, beliau dimaklumkan oleh syarikat insurans bahawa RM200,000 akan dibayar kepada keluarga Noramfaizul.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Semalam, beberapa saudara terdekat mahu penganjur memikul tanggungjawab atas nasib yang menimpa jurukamera itu.


The Malaysian Insider

Jurukamera Terbunuh : Bukan masa menyalahkan mana-mana pihak kata Najib?

Posted: 04 Sep 2011 06:32 PM PDT

Najib pada sidang akhbarnya, semalam berkata bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kematian jurukamera BernamaTV yang terkena tembakan peluru sesat Jumaat lalu.

Yalah.. bukan masa untuk menuding jari.. tak perlu nak tuding jaripun semua orang tahu jurukamera ini terbunuh kerana agenda untuk mengejar populariti oleh Kelab Putera 1Malaysia dikepalai oleh Mamak Azeez dan dinaungi oleh Najib sendiri.


Tak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak kerana wartawan yang terbunuh itu telah dibawa oleh Kelab Putera 1Malaysia tanpa dibekalkan dengan jaket kalis peluru, mahupun diberi latihan khusus tentang apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi bahaya zon pertempuran.

Tak perlu juga menuding jari kepada mana-mana pihak kerana wartawan yang terbunuh itu telah dibawa oleh Kelab Putera 1Malaysia gagal memberikan perlindungan dan latihan yang mencukupi kepada kumpulan waratwan yang dibawa ke Somalia bagi membuat liputan berkenaan.

Kan betul kata Najib tu.. bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak, kerana hanya satu pihak saja yang sepatutnya bertanggungjawab..

Lagi satu.. korang tahu tak mengapa misi bantuan ini riuh rendah di siarkan dalam TV3 tapi misi bantuan oleh Putera 1Malaysia ke Fukushima dulu sunyi sepi?

Sebabnya.. ada sumber mengatakan misi bantuan Putera 1Malaysia kepada mangsa Loji Fukushima dulu, kantoi setengah jalan, pasal Putera 1Malaysia dikatakan tak mampu untuk membiayai kos pengangkutan bantuan tersebut dari Airport ke Fukushima.

Kos transport dikatakan mencecah RM1Juta.. malu weh!!! pasal di Jepun tak ada siapa yang kenal apa itu Putera 1Malaysia jadi diaorang tak peduli lu siapa.

Apa dah jadi dengan barang bantuan tu entahlah...




Peluru tentera AU bunuh jurukamera BernamaTV

Tembakan yang membunuh jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor dan mencederakan seorang lagi jurukamera TV3 telah dilepaskan oleh tentera pengaman Kesatuan Afrika, lapor beberapa media Barat dan Afrika.

"Fakta sekarang agak kabur, saya telah bercakap secara peribadi dengan presiden Somalia mengenai kejadian itu dan saya secara ikhlas memberi jaminan bahawa siasatan penuh akan dijalankan. Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana askar yang didapati telah bertindak secara melulu, " lapor akhbar New York Times yang komander tentera pengaman Australia Mejar Jeneral Fred Mugisha.

Maklumat ini, bagaimanapun belum disampaikan dalam kenyataan kepada kerajaan Malaysia yang masih berusaha menentukan punca serangan dan dalang yang harus dipertanggungjawabkan di sebalik kejadian yang berlaku Jumaat lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah menghubungi kerajaan Somalia mengenai isu itu dan telah dijanjikan laporan penuh insiden berkenaan oleh Presiden Somalia Sheikh Sharif Sheikh Ahmed, sebaik sahaja sisatan selesai.

Pihak pembangkang, ahli keluarga dan badan-badan bukan kerajaan, sebelum ini mengecam penganjur misi bantuan kemanusiaan kelab Putera 1Malaysia ke Somalia, yang mana Najib adalah penaungnya.

Ini kerana mereka didakwa gagal memberi perlindungan dan latihan yang mencukupi kepada kumpulan waratwan yang dibawa ke Somalia bagi membuat liputan berkenaan.

Wartawan yang membuat liputan itu telah memaklumkan bahawa mereka tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru, mahupun diberi latihan khusus tentang apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi bahaya zon pertempuran.

Najib pula pada sidang akhbarnya, semalam berkata bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kematian jurukamera BernamaTV yang terkena tembakan peluru sesat Jumaat lalu.

"Ini merupakan sebahagian (daripada bidang kewartawanan). Kamu boleh mengambil langkah keselamatan tapi tiada jaminan sepenuhnya (mengenai keselamatan) sebaik anda berada di kawasan konflik," katanya.


Malaysiakini

Tiada ulasan: