Sabtu, 3 September 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib Bercuti Ke Australia untuk Fisio Therapy lutut pada Hari Kebangsaan?

Posted: 03 Sep 2011 05:30 AM PDT

Semalam Malaysiakini melaporkan Najib bercuti ke Australia ketika negara menyambut kemerdekaan yang ke 54, dan ini membuktikan betapa tidak patriotiknya Najib.

Bagaimanapun seorang Pembantu Najib yang dihubungi oleh Malaysiakini enggan mendedahkan di mana secara tepatnya perdana menteri berada semasa Hari Kebangsaan, mahupun mengesahkan sama ada bosnya itu sedang berada di luar negara.

"Beliau sedang bercuti dan akan kembali minggu depan, sama seperti orang lain," kata pembantu itu yang enggan mendedahkan kedudukan perdana menteri pada Rabu lalu.


Setiausaha akhbarnya, Datuk Tengku Sariffudin Tengku Ahmad semata-mata menjawab, "Dia sedang bercuti" sebanyak tiga kali apabila ditanya mengenai lokasi perdana menteri.- sepenuhnya sila baca di SINI

Itu berita semalam.. hari ini pula setelah menyedari Najib menjadi sasaran kecaman berbagai pihak Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan satu kenyataan bagi menjawab misteri kehilangan Najib itu.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Najib menggunakan cuti pendek sempena sambutan perayaan Aidilfitri dan sambutan Kemerdekaan negara itu untuk menjalani Fisio Therapy di Australia yang perlu dilakukan setelah pembedahan lututnya kerana meniru Mat Sabu yang dikatakan berpura-pura cedera akibat dilanggar kenderaan polis..

Jadi.. memang benar Najib telah keluar negeri pada hari Negara sedang menyambut kemerdekaan.. Patriotiknya Najib..

Kononnya hanya itu masa yang Najib ada untuk menjalani Fisio Therapy itu.. tapi masa di operate lutut awal Ramadhan dulu dia tak peduli pulak sibuk atau tidak..

Beliau dikatakan bercuti.. tapi dalam masa yang sama terbang keluar negara menggunakan Harta Kerajaan... Apa dia ingat Harta Kerajaan itu Harta Mak Bapak dia ka?

Najib in Perth for physio-therapy

KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Tun Razak is in Perth, Australia, for a physio-therapy session after his knee operation.

In a bid to clear the air over the "missing" prime minister, the Prime Minister's Office (PMO) said in a statement that Najib went abroad for the treatment since it was the only time he had during the Hari Raya Aidilfitri and Merdeka Day public holidays.

A statement from the Prime Minister's Office (PMO) said the short break would enable him to undergo an intensive therapy which was needed after he had his knee operation.

"Australia, as everyone knows, is known for her sports therapy and the prime minister is there for that purpose," the statement added.

The PMO released the statement following a report in the Malaysiakini news portal that questions Najib's absence after the first day of Hari Raya.

The news portal reported that by being away on an overseas holiday on an auspicious day such as National Day, Najib has opened himself to attack at a time when opposition leaders are criticised for being unpatriotic for allegedly questioning the role of certain national heroes.

The portal also quoted an e-mail from its reader saying he believes that the prime minister is in Perth since a private jet meant for Najib landed there on Aug 31.

The PMO statement said Najib took the opportunity to undergo the therapy session given there was no National Day celebration and that the whole country was on leave.

"Since the National Day celebration is fixed on Sept 16, together with Malaysia Day, the prime minister took the opportunity to undergo daily therapy session in a hospital in Perth as the place is known for its excellent treatment of sports injury.

"Today, the prime minister is also scheduled to meet Malaysian students studying in Perth for Hari Raya celebration," the statement added.


Free Malaysia Today.

Video : Mat Sabu menjawab Fitnah Media UMNO (Parts 1 & 2)

Posted: 03 Sep 2011 04:58 AM PDT




Rosmah muka tak malu.

Posted: 03 Sep 2011 04:40 AM PDT

Slot ucapan hari raya khusus untuk Datin Seri Rosmah Mansor adalah paling istimewa untuk seorang isteri Perdana Menteri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dan bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, ia mungkin untuk menceriakan kembali tahap penerimaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merudum teruk.

"Sebelum ini, tidak ada mana-mana isteri Perdana Menteri yang mendapat slotnya sendiri untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya. Sebelum ini, hanya Perdana Menteri sahaja yang mendapat slot seperti itu.


"Rosmah adalah orang pertama dalam sejarah yang mendapat slot khas untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya selain Perdana Menteri," katanya.

Mahfuz tidak menolak kemungkinan Rosmah sendiri yang memaksa supaya diberikan slot khas untuknya sendiri bagi memberikan ucapan selamat Hari Raya.

"Maklumlah kuasanya besar sebagai isteri Perdana Menteri," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil merujuk kepada begitu banyak tuduhan yang mendakwa Rosmah lebih berkuasa dari Perdana Menteri sendiri.

Jika benar Rosmah yang memaksa supaya diberikan slot khas itu kepadanya, Mahfuz tidak menolak kemungkinan isteri Perdana Menteri itu menuntut slot sedemikian untuk memuaskan kehendaknya sendiri.

Tetapi dengan sinis Mahfuz berkata, mungkin juga Rosmah menuntut slot khas itu untuk memulihkan tahap puas hati (approval rating) terhadap Najib yang merudum ke tahap paling teruk sejak September 2009.

"Mungkin bila slot ucapan hari raya Najib dan slot yang khusus untuk Rosmah dipaksakan berkali-kali kepada mereka yang menonton TV sepanjang Hari Raya, tahap puas hati kepada Najib akan naik 95 peratus," sindir Mahfuz (gambar).

Dengan sinis juga beliau menyatakan bahawa beliau sangat berharap orang ramai tidak merasa loya apabila tidak henti-henti dipaksa menonton slot-slot ucapan mereka.

Tahap puas hati terhadap Najib merudum sehingga 59 peratus, yang paling rendah sejak beliau menjadi Perdana Menteri.

Menurut soal selidik yang dikendalikan oleh Merdeka Center antara 11 hingga 27 Ogos 2011 ke atas 1,027 orang responden, tahap puas hati kepada Najib memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2010, malah jatuh sebanyak 6 peratus kepada 59 peratus - buat kali pertama di bawah paras 60 peratus dalam tempoh dua tahun, sejak September 2009.

Najib mencatat kemuncak popularitinya di paras 72 peratus pada Mei 2010, dan selepas itu terus merudum dan merudum.

Berdasarkan kaum, tahap puas hati terhadap Najib di kalangan orang-orang Melayu jatuh ke bawah paras 70 peratus, buat kali pertama sejak Disember 2009.

Tahap puas hati di kalangan kaum Cina pula merudum kepada 38 peratus, 11 peratus lebih rendah berbanding hasil soal selidik tiga bulan yang lalu.

Menurut Merdeka Review, penurunan tahap puas hati dari kalangan Cina mungkin sesuatu yang diduga, namun asakan retorik perkauman terhadap kaum Melayu nampaknya tidak memberi kesan positif untuk Najib - sesuatu yang mungkin di luar jangkaan ramai.

Dari kesemua responden dalam soal selidik itu, 51 peratus daripada mereka tidak terdedah kepada maklumat internet, dan hanya 29 peratus responden mendapat pendidikan tinggi.


Harakahdaily

Najib memang tak popular - Merdeka Center

Posted: 02 Sep 2011 08:57 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Sept — Merdeka Center mempertahankan hasil kajian pihaknya mengenai populariti kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, yang diumumkan Isnin lalu, sambil menegaskan reaksi 'dingin' pemimpin-pemimpin Umno memang sudah dijangkakan.

Hasil kajian terbaru itu menunjukkan populariti Najib terus merosot, antara lain disebabkan isu inflasi dan cara menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai lalu.

Sehubungan itu Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata, "kami sememangnya menjangka akan ada pihak yang akan mempertikai penemuan kajian tersebut, oleh yang demikian kami telah meneliti dan menyemak keputusan tersebut beberapa kali sebelum menyiarkannya."


Kata beliau, pihaknya reaksi sedemikian sebagai satu proses di mana mutu perdebatan awam dapat dipertingkatkan menerusi penyiaran hasil penjejakkan pendapat umum sebagai suatu input berasaskan penemuan dan bukannya pendapat peribadi semata-mata.

Ibrahim diminta mengulas mengenai pendirian sebahagian pemimpin Umno yang melahirkan rasa tidak senang dan tidak dapat menerima hasil kajian tersebut.

Sebagai contoh, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) berkata, kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri diterima majoriti rakyat di negara ini.

Rais berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan Perdana Menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti Perdana Menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

"Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri," katanya.

Kajian terbaru Merdeka Centre mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Ibrahim berkata, bagi menjawab persoalan berhubung ketepatan dan metodologi kajian, ia merupakan kaedah yang sentiasa Merdeka Centeri gunakan - persampelan strata secara rawak — yang memastikan pemilihan responden dilakukan secara rawak agar dapat mengurangkan bias, tetapi dikawal bagi memastikan ia mencerminkan profil pemilih berasaskan daftar pemilih Disember 2010 menurut kaum, negeri, jantina dan kumpulan umur.

"Ketepatan kajian sebenarnya berasaskan sejauh mana sampel mewakili taburan penduduk yang dikaji dan bukannya jumlah responden.

"Oleh itu kami sangat cermat dalam memastikan para responden yang ditemu bual mewakili taburan pengundi setelah mengambil kira batasan kaedah temu bual (telefon)," kata Ibrahim sambil menambah, ia kaedah yang telah "kami gunakan semenjak tahun 2003 lagi dan merupakan pendekatan yang menemui tahap puas hati kepada perdana menteri (Najib) adalah 72 peratus pada bulan Mei 2010."

Ibrahim juga berkata, pihaknya juga memahami tentang keperluan politik dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat dan hasil kajian ini tidak mencerminkan apa-apa melainkan sentimen rakyat terhadap subjek tersebut sewaktu kajian dilakukan.

". . . apa yang perlu diambil dari penemuan tersebut adalah merangka kaedah bagaimana keadaan tersebut dapat diubah seperti contoh, meningkatkan tahap puas hati serta mutu perkhidmatan kepada rakyat," kata Ibrahim lagi.

Malah katanya, secara umum, hasil kajian yang menunjukkan tahap puas hati pada Najib berada pada 59 peratus merupakan kedudukan yang masih positif dan selesa.

"Tetapi adalah agak sukar serta tidak berpatutan untuk memikirkan bahawa tahap puas hati boleh kekal tinggi ketika kadar inflasi, ketidaktentuan ekonomi semasa berserta isu-isu sosiopolitik semasa mengasak pengundi secara berterusan.

"Ini ialah kerana sentimen pengundi sentiasa berubah-ubah terlebih sekali apabila berlakunya sesuatu peristiwa besar yang diberi liputan meluas oleh media," katanya.

Ibrahim menjelaskan, jika dilihat pada penemuan Merdeka Center masa lalu, penemuan kajian sememangnya mencerminkan sentimen semasa seperti contoh kajian pada pertengahan 2006, yang telah pun menunjukkan bahawa sokongan pengundi Cina telah beralih pada pembangkan, serta sentimen pengundi sebelum pilihan raya umum 2008.


The Malaysian Insider


Benarkah Umno menentang ideologi komunis ?

Posted: 02 Sep 2011 08:18 PM PDT

Oleh CheguBard

Tahniah kepada Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS kerana berjaya menarik umum untuk memasuki ruang perbahasan yang selama ini taboo untuk dibincangkan.

Malaysia sebenarnya begitu terasing dengan sejarah perlawanan penjajah. Kita selalu disajikan oleh cerita sejarah yang telah disunting untuk kepentingan pihak tertentu yang mewarisi kepentingan penjajah kapum pemodal British. Malah dalam beberapa hal pwaris itu lebih melampau dari penjajah asal khususnya dalam bab pembodohan minda.


Setiap kali kemerdekaan maka disajikan hanya Dato Onn, Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib... adakah ini saja hero negara ? Sajian sejarah yang disunting ini menjadikan anak muda hilang minat dengan sejarah negara yang dilihat tidak cool....

Namun kemerdekaan kali ini yang awalnya dijangka tidak menarik perhatian kerana ditenggelami suasana 1 Syawal telah menjadi begitu menarik. Sejarah yang selama ini taboo telah dibincangkan terbuka.

che'GuBard tidak mahu menyentuh panjang, cukup dengan menyentuh benarkah Umno memusuhi PKM kerana ideologi Komunis atau kerana mewarisi sentimen perang penjajah.

Jika benar dengan bercakap soal ideologi komunis menghina bekas polis dan tentera maka bagaimana pula dengan Regim Najib yang memberikan lesen kepada lidah rasmi Parti Komunis China ?

Malaysiakini pernah melaporkan KDN memberikan permit kepada lidah Rasmi Parti Komunis China (klik sini untuk baca lanjut)

Betul benar, telah lama beri permit kepada organ parti kominis ini terbit di Malaysia. Mengikut laporan Malaysiakini pada 10 Januari 2005, KDN telah meluluskan untuk penerbitan suara rasmi Parti Kominis Malaya bernama "People's Daily".

Mengikut Wikipedia:

The People's Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People's Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million. TERJEMAHAN: People's Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China

Yang hairannya, Harakah diterbitkan dengan 1001 satu syarat, Suara Keadilan tak diberi permit banyak lagi terbitan tidak dibenarkan tetapi lidah parti komunis dibenarkan.

kalaulah permit ini dibawah urusan kerajaan negeri , dan ada negeri PR memberikan kelulusan maka muncullah tuduhan seperti satu penghinaan kepada bekas2 tentera kita yang telah terkorban menentang penentangan Parti Komunis Malaya satu masa dahulu? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China di mana segala kelengkapan mereka datang dari Parti Komunis China?

Tidakkah tindakan seperti ini juga seperti meludah di atas pusara mereka2 yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong juga?

Umno juga sendiri menjalinkan hubungan istimewa dengan parti komunis China, sehingga ada program pertukaran latihan.

Malah ramai yang tidak sedar Ramadhan yang lepas regim Najib telah menghantar paksa pulang Pelarian2 Politik Uighur China.

Menghantar pulang pelarian Uighur tersebut akan mendedahkan mereka kepada siksaan, kezaliman dan juga kepada kematian. Uighur ini ialah kelompok Islam yang bermasalah dengan Beijing, mereka punya sejarah melawan untuk sebuah negara Islam Merdeka.

Menghantar pulang mereka ke China seperti menghantar mereka untuk mati, ini kezaliman lebih lagi ketika Ramadhan.

Persoalanya adakah tindakan UMNO ini adalah disebabkan hubungan formal UMNO dan Parti Komunis China yang terjalin sejak lama dulu dan diformalkan beberapa tahun lepas. Barang diingat, hubungan ini bukan hubungan Kerajaan dengan Kerajaan. Ia adalah hubungan antara parti UMNO dengan Parti Komunis China.

Siapa sebenarnya yang pro komunis?

Kalau nak kata menghormati pejuang2 yang menentang komunis, ratusan ribu kaum Uighur gugur shahid menentang kebangikitan komunis sekitar tahun 30an dan 40an dahulu.

che'GuBard pertegaskan artikel ini ditulis bukan untuk memburukkan mana - mana ideologi. Ideologi. Jawapan kepada semua ini ialah untuk menunjukkan betapa Umno itu munafik nombor satu.

itu belum masuk lagi bagaimana kita bermuka - muka menentang Israel tetapi kita ada hubungan dagang bantu ekonomi negara haram Israel. (klik untuk baca artikel hubungan malaysia Israel)

Percayalah kita tidak akan ke mana - mana tanpa mengangkat sejarah sebenar dengan jujur. Ingatlah sejarah bukan untuk dihukum tetapi untuk dijadikan pengajaran berguna bagi masa depan kita.

Umno takut rakyat tahu sejarah sebenar tanahair kerana Umno ialah sebahagian dari pewaris penjajah..


http://chegubard.blogspot.com/2011/09/benarkah-umno-menentang-ideologi.html

Tiada ulasan: