Jumaat, 2 September 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! WikiLeaks Dedah rancangan 16 September hampir berlaku.

Posted: 02 Sep 2011 08:51 AM PDT

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor membuktikan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 16 September 2008, berasas.

Catatan yang dimuat naik Wikileaks menunjukkan, sekumpulan ahli politik dari Sabah dan Sarawak merancang untuk berpaling tadah daripada BN, lapor MalaysiaKini.

Mengikut Wikileaks, bekas Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata hampir separuh daripada 25 Ahli Parlimen Sabah bersedia untuk meninggalkan BN bagi menyusul tindakan yang diambil oleh SAPP.


Menurut kabel itu, kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat juga mendapati ahli politik kanan Sabah tidak lagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu yang mengadakan beberapa siri mesyuarat dari 18 hingga 20 Jun pada tahun itu di negeri berkenaan.

"Hakikatnya, kata Salleh antara lapan hingga 14 Ahli Parlimen (daripada 25 MP Sabah) akan meninggalkan BN. Beliau menamakan (lima) dari Umno, (empat) dari UPKO, sebagai tambahan kepada (dua) dari SAPP," kata kabel itu, dipetik bertarikh 24 Jun.

Ini kali pertama sumber di luar daripada pembangkang yang mengesahkan legitimasi Hari Malaysia seperti yang dirancang Anwar.

Bagaimanapun, kebenaran rancangan itu diperkuat apabila Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) menganjurkan 'lawatan sambil belajar' ke Taiwan seminggu sebelum tarikh berkenaan yang dihadiri sebahagian besar Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Anwar's September 16,2008 Bid was Real, according to a Leaked US Embassy Cable

by Joseph Sipalan@www.malaysiakini.com
Sep 2, 11

A leaked US embassy cable has lent credence to Pakatan Rakyat leader Anwar Ibrahim's claim that a group of Sabah and Sarawak politicians had planned to defect from the BN on September 16, 2008, over the marginalisation of the two states.

An entry in the cable, posted by Wikileaks, quotes former Sabah Chief Minister Salleh Said Keruak as telling US Embassy officials that potentially more than half of the 25 Sabah MPs were ready to abandon the BN.

The cable claimed further that embassy officials found "no expressions of support" for Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's leadership among the senior Sabah politicians they met in a series of meetings in the state from June 18-20 that year.

"Matter-of-factly, Salleh stated that between eight and 14 BN MPs (out of Sabah's 25 MPs) would leave the BN, naming five from UMNO and four from UPKO, in addition to two from SAPP," the cable, dated June 24, 2008, reads.

This is the first time a source outside of Pakatan has lent any legitimacy to Anwar's Malaysia Day claims, which eventually turned out to be a dud despite months spent declaring that the opposition would take over the federal administration on the symbolic date.

Talk of the purported defections were not helped by a "study tour" in Taiwan organised by the BN backbenchers club (BNBBC) – consisting largely of MPs from Sabah and Sarawak – in the weeks before September 16, with claims that it was to block attempts to woo the MPs over to the other side.

The situation became even more suspect when a five-member team from PKR followed suit a few days later, with Vice-President Tian Chua – then the publicity chief – confirming that they would be meeting "some MPs" to rethink their positions in the BN.

BNBBC chief and Bintulu MP Tiong King Sing, however, denied that the tour had any objectives outside the official line that they were there to learn about Taiwan's agriculture industry.

Loathing Abdullah, distrusting Anwar

Abdullah Ahmad Badawi meets the king to resign as PMHowever, the cable, marked confidential, said that while senior Sabah politicians were unanimous in their disgruntlement over Abdullah's (right) leadership, they at the same time had little support for Anwar.

This appeared to be the case across political lines, with old wounds clearly still raw over Anwar's purported role in the toppling of the PBS state government in 1994, when he was Deputy Prime Minister in Dr Mahathir Mohamad's administration.

The cable said Salleh, described as an "UMNO warlord", and SAPP president Yong Teck Lee – also a former chief minister – had both pointed out Anwar's popularity in Sabah, especially among local Malays, but stated little else in terms of support for the former UMNO stalwart.

bn supreme council mt meeting sapp sabah issue 190608 pairin kitinganPBS president Joseph Pairin Kitingan, a direct casualty of his party's downfall in 1994 from a string of defections to BN, made his stand clear against Anwar, who he described as someone who "is only interested in becoming Prime Minister", as quoted in the cable.

More intriguingly, however, is the alleged statement of the then-state DAP chief and current Kota Kinabalu MP Hiew King Cheu, who the cable quoted as "scornfully" saying; "why should anyone sacrifice for Anwar's ambitions?"

The cable also cited discussions by "some Sabah politicians" of forming a third block outside of BN and Pakatan, with support – especially from DAP – for UMNO veteran and former Semangat 46 chief Tengku Razaleigh Hamzah to lead a third parliamentary block incorporating "disaffected MPs" from UMNO, East Malaysia and opposition parties PKR and DAP.

"Other politicians, including PBS leader Pairin, simply appeared to endorse DPM Najib taking over immediately from Abdullah," the cable added, in reference to Prime Minister Najib Abdul Razak, who served as deputy premier during Abdullah's term.

Defections needed to clean out EC

A separate cable, issued a month earlier on May 13, also classified as confidential, quoted the then PKR Vice-President Azmin Ali as saying that some BN parliamentarians were expected to announce their defections between May 17 and 18, describing it as an important move to avoid "manipulation" of the electoral rolls ahead of a planned by-election that eventually saw Anwar elected to Parliament. The by-election was on August 26.

NONEThe cable quoted Azmin (left), now the party's deputy president, as claiming that the Election Commission would delay any by-election to the very end of the 60-day period to give BN and the commission time to "manipulate the electoral roll" and guarantee that Anwar would lose.

Azmin had apparently argued that it was better for the opposition to first take in BN defectors and form an interim government, before having a by-election to allow Anwar to contest and win a parliamentary seat.

"Once the Peoples' Alliance (Pakatan) obtains the mandate to form the government, it will immediately oust the current Election Commission chairman, who is seen as able to block Anwar's chances of becoming an MP," the cable said.

The EC chief at the time was Abdul Rashid Abdul Rahman, who served until his retirement in December, 2008 after overseeing seven general elections. He was succeeded by the then Home Ministry Secretary-General Abdul Aziz Mohd Yusof.


UMNO, British dan PKM.. Sejarah yang tidak dicatat sebagai Sejarah..

Posted: 02 Sep 2011 08:08 AM PDT

Ditulis oleh Tongkat Bahaman

"Musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat….." Prof. Shamsul Amri Baharudin.

Ini bukan nasihat dari seorang profesor kangkong. Ini nasihat dari seorang yang betul-betul profesor yang cuba menyedarkan pemimpin-peminpin UMNO supaya mereka dapat melihat siapa musuh mereka sebenar.

Mereka juga perlu sedar dan faham bahawa kita sedang berada di abad 21 dan bukan lagi era tahun 60an abad 20 di mana rakyat mendapat maklumat hanya dari corong Radio Malaya dan berlibur dengan menonton wayang pacak di padang yang menceritakan tentang bahaya cacing kerawit kemudian diselit pula dengan propaganda-propaganda….!


Ini zaman IT - Pasca Angkasa Lepas (makna ditekan) di mana berita dan peristiwa dapat dipancar sekelip mata menerusi satelit ke seluruh dunia. Zaman Generasi You Tube, Twitter – Face book; anak semua bangsa berkenal dan berinteraksi dengan pantas menerusi sistem saraf rangkaian maklumat digital – generasi perubahan yang sedar bahawa mereka bertanggung jawab untuk memberi makna kepada masa depan serta hak dan nasib rakyat.

Menerusi sistem saraf rangkaian maklumat ini mereka bukan sahaja mampu menilai semula sejarah negara bangsa malah makna kemerdekaan itu sendiri, yang selama ini di kulum dengan rasa mual dan penuh ketidakpastian. Mereka begitu keliru tentangnya.

Haruskah sejarah yang ditulis oleh bangsawan Melayu gendut ini diwariskan untuk generasi akan datang sedang mereka sendiri keliru tentangnya……! Kata George Santayana "sesiapa yang melupai sejarah (bangsa dan negaranya) akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali…" Apakah maksud ungkapan ini ?

Rakyat Malaysia bukan melupai sejarah negaranya tetapi mereka sebenarnya tidak faham. Tidak ada seorang pelajar yang benar-benar tahu atau professor sejarah yang berani bercerita tentang sejarah kita yang sebenar kerana bimbang implikasi berbagai akta. Akhirnya tiada orang yang benar-benar tahu tentang sejarah negara dan bangsanya termasuklah kalangan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.

Kita tidak tahu sama ada kita dijajah oleh Inggeris atau oleh PKM kerana dari gelagat UMNO kita semacam dijajah oleh PKM. Kita tidak tahu sama ada regim kolonial Inggeris atau PKM yang membunuh dan memenjara pemimpin-pemimpin kita yang berjuang di bawah semboyan "MERDEKA".

Tugu Pahlawan menunjukkan Inggeris sedang menginjak-injak kaki pada gerila-gerila PKM yang gugur sambil mengibarkan bendera jalur gemilang. Senario ini menunjukkan kita merdeka dari PKM dan bukan dari Inggeris.

Di situ juga kita membaca jajaran nama askar-askar British yang terkorban dalam perang bersama gerila PKM sejak darurat diistiharkan oleh British pada 18 Jun 1948. Kita juga tidak tahu sama ada kita terhutang budi dengan British atau PKM justeru kemerdekaan tanah air kita. Begitu juga tentang apa sebab Inggeris memerdekakan negara kita.

Sebahagian rahsia sejarah sebenar tersimpan dalam benak kapitalis birokrat aka bangsawan gendut yang mengambilalih kuasa dari British. Dari cebis-cebis coretan para gerila yang masih mereka genggam, mereka berkata Inggeris lari kerana tidak tahan dengan ribuan serangan dari mereka hingga terpaksa merdekakan Malaya secara bersyarat.

Kita juga tidak pernah tahu syarat-syarat itu kecuali satu dua antaranya supaya UMNO dan Kerajaan Perikatan terus melancar perang dalam negeri terhadap PKM. Peperangan ini menguntungkan British yang bertindak sebagai penjual senjata di samping pada masa yang sama sempat mengurus segala asset dan modalnya.

British tidak menyuruh UMNO memusuhi PKM hingga kiamat ia memadai untuk satu masa bagi memberi sedikit ruang kepada British untuk mengambil apa yang patut walaupun negara sudah merdeka.

Kita juga tidak tahu tentang sejarah Pasukan Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) pernah bersama British untuk melumpuhkan tentera fasis Jepun pada tahun 1942-1945. Inilah pasukan yang berani menentang tentera fasis Jepun yang telah membunuh ribuan rakyat Malaya yang tidak berdosa.

Kisah ini tidak pernah dibangkit oleh pemerintah sedang British yang lari seperti itek meninggalkan Malaya mengiktiraf jasa-jasa TAJRM yang dipimpin oleh Chin Peng dengan dua anugerah yang besar di London.

British masuk semula pada tahun 1945 melihat kebangkitan baru untuk menuntut merdeka - KRIS, PKMM, PKM,API,AWAS kesatuan Buruh dan lain-lain yang membentuk PUTERA-AMCJA. Pada tahun 1948 Mereka menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

PUTERA-AMCJA pernah menyanggah Dato' Onn yang memberi kerjasama kepada Inggeris memaksa raja-raja Melayu menandatangani perjanjian ini kerana ia sedikitpun tidak menyebut soal merdeka.

Justeru akhirnya perjanjian ini gagal dan PUTERA-AMCJA telah mengemukakan 10 pasal perlembagaan Malaya Merdeka serta bendera Sang Saka Merah Putih lambang tuntutan kemerdekaan. Mereka menggabung pertubuhan politik dan seluruh warga Malaya patriotik-demokratik bangun melancarkan HARTAL di seluruh negara sehingga ia begitu mencemaskan British.

Dalam perjuangan kemerdekaan Dato' Onn dianggap oleh golongan progresif sebagai duri dalam daging yang sentiasa menghalang gerakan yang menuntut kemerdekaan.

British telah merencana beberapa rusuhan kaum di Batu Pahat dan Muar Johor, begitu juga di Sungai Manik Perak yang kemudiannya di damaikan oleh PKM. Dato Onn lebih selesa hidup di bawah British kerana katanya dengan Inggeris kita boleh makan daging tetapi kalau merdeka kita akan makan ubi kayu.

Dato' Onn memusuhi golongan kiri dan parti-parti progresif kiri seperti PKMM, API, AWAS dan PKM. HARTAL 1948 yang dilancar secara besar-besaran dan tuntutan) kemerdekaan (tekanan ditambah) menyebabkan British mengistiharkan Undang-Undang Darurat.

400,000 askar British telah dibawah masuk untuk melancarkan perang terhadap pemimpin-pemimpin kiri yang menuntut merdeka.

British dengan persetujuan Dato' Onn telah mengharamkan seluruh parti-parti politik di Malaya pada tahun 1948 – ribuan pemimpin-pemimpinnya ditangkap dipenjara dan dibunuh.

Inilah detik malapetaka paling besar buat pejuang-pejuang progresif di Malaya yang akhirnya kemenangan memihak kepada UMNO kerana seluruh parti-parti politik di Malaya ketika itu telah diharamkan dan pemimpin-pemimpinnya ditangkap. Mulai detik inilah pena dan lembaran sejarah terlepas kepada Kapitalis Birokrat aka Kelas Bangsawan Melayu.

UMNO pada ketika itu hanya gerombolan seperti PERKASA yang muncul pada hari BERSIH 709 sedangkan golongan patriotik-demokratik PUTERA-AMCJA mempunyai hampir sejuta ahli. Di bawah undang-undang darurat ini pemimpin-pemimpin politik selain UMNO di buru, ditangkap dan dipenjara malah ramai yang dibunuh. Mereka dituduh mengancam keselamatan negara oleh British.

Yang terselamat telah melarikan diri ke hutan melancarkan perang gerila atas nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya atau Tentera Rakyat. Mereka termasuklah Regimen 10 Melayu yang begitu digeruni British yang dipimpin oleh Abdullah CD bekas anggota PKMM.

Regimen 10 Melayu ini adalah terdiri daripda pengikut-pengikut Dato' Bahaman yang masih hidup yang berpengkalan di Pahang. Mereka inilah yang meneruskan perjuangan menentang Inggeris hingga pada tahun 1957 Malaya mencapai kemerdekaan.

Percubaan untuk menzalimi anggota PSM yang terbaru di bawah Ordinan Darurat bukanlah suatu yang pelik. Apa yang pernah dilakukan oleh Dato' Onn kini ingin dicuba sekali lagi oleh cucunya pula.

Bersih dikatakan haram dan mengancam keselamatan negara sebagaimana PUTERA-AMCJA dan parti-parti politik progresif di haramkan pada tahun 1948 oleh British. Pada ketika ini ramai yang ditahan kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan PKM termasuk pengerusi API, Ahmad Boestamam, Dr. Burhanudin al-Helmi, Pak Sako dan lain-lain.

Osman Awang terselamat kerana beliau hanya menulis sajak walaupun beliau sendiri adalah lebih kiri daripada Pak Samad yang menjadi antara ikon dalam BERSIH 2.0.

Sesiapa yang tidak sealiran dengan UMNO boleh sahaja dikaitkan dengan PKM dan mereka boleh dituduh mengancam keselamatan negara. Idea ini adalah idea penjajah Inggeris sejak melancarkan akta darurat 1948 lagi.

Artikel ini dipetik dari Tongkat Bahaman.Com

Mat Sabu perlu bertaubat - Mat Sembab

Posted: 02 Sep 2011 04:28 AM PDT

"Kalau dah tersasul dia kena mohon ampun pada Tuhan dan bertaubat supaya tak melakukan sesuatu seperti itu lagi," kata Muhyiddin

Orang Kampung dia boleh lah dia bohong.. sebut pasal taubat ni.. dulu masa PRK DUN Tenang, Mat Sembab ni telah menyokong tindakan Chua Soil Lek mempersendakan hukum Islam (baca di SINI).. err.. dia dah bertaubat atau belum?




Mat Sabu perlu bertaubat - TPM

PAGOH 1 Sept. — Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu perlu balik ke landasan yang betul dan berpegang kepada prinsip takwa.

Sebagai seorang pemimpin Islam, beliau berkata, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu patut selalu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan sentiasa bercakap benar.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Mat Sabu memutarbelitkan kenyataan adalah satu dosa.

"Kalau dah tersasul dia kena mohon ampun pada Tuhan dan bertaubat supaya tak melakukan sesuatu seperti itu lagi," katanya kepada pemberita semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar di sini, semalam.

Muhyiddin berkata demikian semasa diminta mengulas tindakan Mat Sabu menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan tragedi pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Muhyiddin kesal dengan kenyataan Mat Sabu dan menyifatkan pemimpin Pas itu lebih berpolitik dan tindakan Mat Sabu menafikan membuat kenyataan itu dan berhasrat menyaman akhbar Utusan Malaysia hanyalah psikologi politik bagi memperbetulkan keterlanjurannya.

"Bagi saya, saya tak tahu ini gambaran Pas yang sebenarnya atau perlakuan peribadi Mat Sabu tetapi yang pastinya apabila seseorang seperti beliau berucap, beliau bercakap dalam kapasiti sebagai Timbalan Presiden (Pas)," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kalau itu menjadi trend Pas pada masa akan datang, ia telah lari daripada asas perjuangan parti berkenaan. — BERNAMA

UMNO/BN Palsukan sejarah

Posted: 02 Sep 2011 03:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Sept - Pakatan Rakyat mempertahankan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) dalam isu kontroversi berkaitan kenyataan mengenai tragedi Bukit Kepong, sebaliknya mendakwa Umno-BN secara sistematik 'memalsukan' sejarah Malaysia.

"Kami juga mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh 'pihak yang menang', yang dalam kes ini ditulis oleh Kerajaan Umno-BN dan perkakas propaganda mereka.

"Dalam hal ini, kami ingin memberikan kritikan tegas terhadap usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk 'memalsukan' sejarah Malaysia, agar hanya sumbangan Umno dan sekutu mereka yang diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan," kata kepimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Kenyataan dikeluarkan oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Komunikasi

Nik Nazmi Nik Ahmad dan setiausaha antarabangsa DAP Liew Chin Tong.

Dengan memetik kenyataan Winston Churchill pernah berkata bahawa "sejarah ditulis oleh pihak yang menang", kata mereka, di Malaysia, bukan sahaja sejarah malah berita semasa juga ditulis mengikut skrip mereka yang berkuasa.

"Beberapa hari kebelakangan ini, media milik BN telah menyerang Mat Sabu secara berterusan sebagai seorang simpatisan komunis.

"Mereka telah memfitnahnya sebagai mengagung-agungkan pengganas komunis yang menyerang polis di dalam tragedi Bukit Kepong," kata mereka dalam kenyataan itu.

Pemimpin Pakatan Rakyat ini berkata kedua-dua dakwaan itu tidak benar sama sekali.

"Kami percaya Saudara Mat Sabu tidak berkata demikian dan secara tegas mengutuk putar belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan dan media Umno.

"Pertama sekali, Mat Sabu tidak sekali-kali menyebut tentang komunis ataupun PKM. Kedua, usahanya untuk menarik perhatian terhadap sejarah sebenar yang luas telah diputarbelitkan," katanya lagi.

Justeru kata mereka, pihaknya mahu menegaskan bahawa mereka tidak mempersoalkan sebab Mohamad cuba menimbulkan persoalan terhadap naratif sejarah negara.

"Tetapi kami secara serius mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu helah dengan niat yang jahat," kata kenyataan mereka.

Kata mereka, apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?

"Bagaimana dengan pertubuhan dan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Mereka merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu.

"Kita juga mempunyai Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).

"Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka, malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara," tambah kenyataan.

Ketiga-tiga pemimpin ini berkata, harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara, kata beliau.

"Bukankah pengorbanan tokoh-tokoh menentang penjajah seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi juga mesti disertakan?

"Tetapi pemimpin Utmno idak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis Umno ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan," kata kenyataan mereka.

Malah tambah mereka, "hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia menerusi tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, antikolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh kerajaan Perikatan/BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis."

Tegas mereka, buku-buku sejarah negara bukan sahaja kehilangan satu atau dua bab, tetapi satu sejarah yang selari tetapi telah berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara.

"Jelas sekali lagi bahawa Umno mempunyai kepentingan untuk mengekalkan versi sejarah mereka memandangkan ini menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka, malah menutup tipuhelah mereka untuk menindas pihak lawan dan penentangan sah setelah lima dekad berkuasa.

"Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mat Sabu tidak salah dalam usaha mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara," kata mereka sambil menambah, yang menjadi kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi sekian lama oleh perkakas propaganda Kerajaan Umno-BN.


The Malaysian Insider

Tiada ulasan: