ALHUSSEYN |
Posted: 20 Sep 2011 04:54 PM PDT Jelas bahawa Umno adalah pengkhianat negara dan bangsa. Demi untuk terus mengekalkan kuasa, Umno sanggup memberikan kerakyatan kepada warga asing .Pemberian Kerakyatan segera ini pada mulanya dikesan berlaku di Sabah dan kini telah menjadi masalah yang rumit bagi rakyat asal Sabah di sana. Umno/BN jangan cuba nak lari dan menafikan perkara ini.Menteri Bernard Dompok , presiden Upko, salah satu pati kerabat BN sendiri mengakui dan meminta kerajaan Persekutuan agar segera mengambil tindakan mengenainya. Mana ada kes macam ini berlaku di lain-lain negara dalam dunia.Tetapi inilah yang berlaku di Malaysia Boleh! Gejala tersebut kini mula melebar luas ke seluruh pelusuk negara. Tidak mustahil Umno akan mengulanginya lagi kerja laknat terkutuk itu dalam menghadapi PRU-13 nanti. Beberapa bukti mengenainya telah dapat dikesan oleh Pakatan Rakyat. Terbaru ialah pendedahan Dewan Pemuda PAS Pusat yang mendapati sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi.Mereka merujuk kepada kod negara "71 " yang terdapat pada no kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 SPR. Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) . Pelik, tetapi inilah yang berlaku dalam sebuah negara Malaysia Boleh! Dijangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3 2011 yang akan digunakan untuk pilihanraya akan datang. Beginilah kerja-kerja laknat dan keji yang hanya sanggup dilakukan oleh manusia yang gilakan kuasa untuk terus berkuasa.Baca lagi di sini Paling memalukan apabila Perdana Menteri Bangladesh sendiri telah mengesahkan tentang adanya kelakuan bangsat tersebut. Kalau kita semua mahukan negara dan rakyat Malaysia selamat, kita perlu menghukum pemimpin Umno/BN yang bangsat ini. Pemimpin Umno/BN adalah pengkhianat dan petualang negara sebenarnya. Rakyat Malaysia mesti bertaubat daripada memberi undi kepada Umno/BN pada PRU-13 nanti |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan