Sabtu, 3 September 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bukti nyata Umno/BN barua China Komunis

Posted: 03 Sep 2011 08:11 AM PDT


Ini baru betul-betul barua komunis.Menyalak kat Mat Sabu siang malam , tanpa henti, tetapi diri sendiri buat kerja dajal dan terkutuk.Ramai orang Melayu sendiri tidak menyedari adanya pakatan keji antara Umno/BN dengan negara China Komunis.

Kerajaan Umno/BN bertindak gopoh tidak keruan , macam babi dicucuk bontot dengan bertindak tergesa-gesa menghantar pulang 11 pejuang Uyghurs Islam yang lari meninggalkan negara asalnya iaitu China untuk mencari perlindungan di negara ini. Tindakan keji kerajaan ini telah dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia.

Ini kerana, ia bertentangan dengan akta Anti-Trafficking in Persons dan Anti-Smuggling of Migrants Act 2007. Uyghur adalah pejuang beragama Islam yang bangkit menentang kerajaan China Komunis kerana menceroboh wilayah mereka di wilayah Xinjiang. Pertentangan bermula pada Julai 2009. Baca lagi di sini

Berikut ini adalah rakaman dari Youtube yang diUploaded pada Apr 28, 2008.Ikuti laporan berita berkenaan penindasan kejam Cina Komunis sekutu Umno/BN keatas etnik Uyghurs.



Dan di Belanda, Uyghurs Cina mengadakan protes pada hujung minggu. Uyghurs adalah satu etnik minoriti di wilayah Barat Laut China Xinjiang, yang dahulunya dikenali sebagai Turkestan Timur. Pada hujung minggu tersebut, aktivis Uyghur luar negara membantah di Belanda terhadap pencabulan hak asasi manusia di China. Pasukan kami di Belanda mempunyai lebih banyak.

Pelarian Uyghur dan Beberapa NGO mengambil bahagian dalam protes. Mereka menuduh rejim Cina menghakis cara hidup Uyghur , dan terus menganiaya orang Uyghur.

Seorang penunjuk perasaan berkata," "Parti Cina Komunis menyalahgunakan hak asasi manusia, hak kebebasan, hak-hak agama, hak-hak buruh di Turkestan Timur."

Satu laporan dari Hak Asasi Kemanusiaan Uyghur mendakwa lebih daripada 4,000 wanita Uyghur muda telah dihantar untuk bekerja di kilang-kilang Cina secara paksa. Dan seorang wakil UNPO berkata mereka yang disasarkan kerana mereka Uyghurs.

"Mereka dihantar atas alasan 'pendidikan semula'. Tetapi tujuan sebenar adalah untuk melemahkan orang-orang Uyghur di Xinjiang, supaya mereka menjadi etnik minoriti di negeri mereka sendiri di mana mereka tinggal."

Seperti di Tibet, kanak-kanak Uyghur dididik dalam Mandarin; bukan dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Ramai etnik Han Cina juga telah menetap di rantau ini, dan para aktivis Uyghur mengatakan budaya tradisional Xinjiang semakin menghilang.

NTD News, The Hague, Belanda

Orang angkat sumpah pun pakai jaket kalis peluru...

Posted: 02 Sep 2011 07:53 PM PDT

Terlalu gah dengan baju 1Malaysia yang tidak dapat menangkis peluru

Aku terkejut apabila melihat gambar-gambar dari Papa Gomo yang memaparkan para sukarelawan misi bantuan kemanusian yang rata-ratanya berpakaian biasa sahaja. Sedangkan , maaf cakap, Datuk T yang angkat sumpah laknat kat masjid hari tu pun pakai jaket kalis peluru! Inikan pula pergi ke Mogadisu , negara yang sedang bergolak dengan perang saudara, para sukarelawan hanya pakai baju macam bersantai saja.....pikirkanlah, masuk akalkah kerajaan Malaysia hantar misi bantuan kemanusiaan pakai baju 1Malaysia sahaja?

Aku tengok dalam tweet Papa Gomo tulis : "Gomo dan yg lain masih belum tidor waktu ni, jam dah 3.15pg waktu Mogadishu. kami semua tak sabar nak pulang ke Malaysia. Fuh...."

Baru seorang meninggal, Gomo dan segala ahli rombongannya dah kecut teloq dan tak sabar nak pulang Malaysia.Itulah....sepatutnya kerajaan kena hantar pasukan yang lebih berwibawa iaitu pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia , bukan ikut main seronok-seronok nak tonjolkan Putera 1Malaysia!

Sebelum ni aku tengok kat TV bukan main hebat lagi, Dato Azeez Rahim tu kata nak set up kem di sana. Ini bukan kerja 2 atau 3 minggu, katanya.Kau Gomo kena tunjukkanlah kejantanan engkau dengan terus tinggal disana.Walk the talk apa yang Azeez pernah katakan tempoh hari tuh!

Walau bagaimanapun, sebelum meneruskan bicara, marilah kita hadiahkan al-Fatihah untuk allahyarham Normafaizul Mohd Nor. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat tempat dikalangan orang-orang yang beriman.Kepada keluarga allahyarham semoga bersabar serta akan bertambah kuat untuk menghadapi cabaran yang akan datang.

Kerajaan Malaysia cuai dengan langkah pakaian keselamatan dalam misi
kemanusian ke negara yang sedang bergolak dengan perang saudara

Ini semua adalah gara-gara Dato Azeez Rahim mahu promo Putera Satu Malaysianya dan paksa media ikut rombongan ke Somalia yang sedang bergolak tanpa ada langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.Rasanya, kalau Allahyarham memakai jaket kalis peluru, insya'Allah perkara buruk ini dapat dielakkan.

Sepatutnya mereka kenalah pakai minimum safefy gears i.e bullet vest, armour helmet, tulisan perkataan "NEWS " atau " TV " pada depan / belakang baju. Setakat nama " Malaysia Relief / misi kemanusiaan atau baju Putera 1Malaysia , tidak akan dapat menyelamatkan mereka dari ancaman peluru.

Kita kena terima takdir yang menimpa.Namun seperti yang saya katakan tadi, pergi ke tempat yang sedang bergolak macam Somalia sekarang ini, kerajaan yang menghantar pasukan sukarelawan ini terlalu cuai tentang soal keselamatan yang sepatutnya diutamakan.

Allahyarham Normafaizul Mohd Nor pergi ke sana kerana diarahkan majikannya.Tetapi orang macam Gomo misalnya, menyibuk ke sana buat apa? Kau kekal disana adalah lebih baik untuk umat di Malaysia ini!

Dan aku rasa, lantaran tulisan engkau yang lancang dan cabul, engkaulah sepatutnya yang 'Bangang nak mampos' – bukan Mat Sabu sebagaimana engkau ungkapkan di sini

Tiada ulasan: