:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
- [ARKIB] GURU-GURU TOK GURU HAJI HASHIM PASIR TUMBUH
- TOK GURU NIK AZIZ KENA ROUND MALAYSIA UNTUK HAPUSKAN BN
- PANTUN KEMERDEKAAN
- KESALAHAN SEJARAH DR RAMLAH ADAM?
- [ARKIB 2] UMNO BARUA BRITISH
| [ARKIB] GURU-GURU TOK GURU HAJI HASHIM PASIR TUMBUH Posted: 04 Sep 2011 07:05 AM PDT Tuan guru Haji Hashim Abu Bakar, lebih akrab dengan panggilan Ayah Sin. Pada tanggal 30 Ogos 2011, jam 1.15 sore, saat umat Islam merayakan hari raya aidilfitri tokoh ulama tersohor itu kembali rahmatullah dalam usia 91 tahun di rumahnya di komplek Madarasah Ad-Daniah Balakariah Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan, kerana sakit tua. Lahir pada 1920, di Kg. Pantai Johor, Alor Setar, Kedah, daripada keluarga ulama. Bapanya berasal dari Pattani yang berhijrah ke Kedah dan berkahwin dengan anak tempatan. Pada 1935, ketika usianya 12 tahun, ibu bapanya menghantar belajar di Darul Ulum dan di Masjidil Haram, Mekah. Antara gurunya ketika itu, ialah Syeikh Mohd. Yasin al Padangni, seorang ulama terkenal di Mekah asal Minangkabau, Indonesia, Syeikh Hassan Mashud dan Syeikh Muhamad Alawi daripada Maghribi. Sekembalinya ke tanah air (1939), dia menyambung lagi pengajian secara tradisional di Madarsah Asyariah, Bagan Datok, Perak, selama setahun (1940). Semasa Jepun menduduki Tanah Melayu beliau kembali ke kampung kelahirannya di Kedah, sehingglah pada 1946. Setahun selepas tentera Jepun menyerah kalah, Haji Hashim berhijrah ke Kelantan. Ketika di Kelantan, dia mendalami lagi ilmu agama di Pondok Bunut Payung. Antara rakan-rakan sepengajian beliau ketika itu, samada sewaktu di Mekah, mahupun di tanah air, ialah bekas guru di Maahad Muhammadi, Ustaz Haji Hasan Idris, iaitu anak Tok Guru Haji Idris, Bachok dan Tok Guru Ayah Kob, Machang, Kelantan. Madarasah Ad-Daniah Bal-akariah atau nama popularnya Pondok Terosan, Pasir Tumboh, dibuka pada 1953 oleh dua orang ulama bersuadara, Haji Mustafa bin Abu Bakar dan adiknya Haji Abdul Aziz Abu Bakar. Ketika itu Ayah Sin menyambung sentri di pesantren tersebut. Minat beliau kepada pengajian Islam secara tradisional menjadikan dirinya sangat sinonim dengan suasana pesanteran. Kebetulan, Almarhum mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Tok Guru Haji Abdul Aziz atau nama akrabnya, Tok Guru Ayah Jik, adalah adik ipar. Menurut haraki pondok Terosan, Ayah Sin merupakan murid paling kanan antara ribuan murid yang belajar di situ ketika itu. Justeru bila Tok Guru Ayah Jik meninggal dunia, maka kepimpinan pesanteran Pasir Tumboh diserahkan kepada beliau. Ayah Sin, mula memimpin pesanteran pada 1987. Banyak perubahan dilakukannya sedikit demi sedikit, terutama membangunan pasarana. Masjid diperbesarkan, asrama-asrama moden untuk sentri setingi 5 lantai didirikan. Lengkap dengan kantin, kedai runcit dan lain-lain kemudahan, bagi menggantikan rumah-rumah kecil bebentuk pondok kayu yang sudah usang dan tidak teratur. Hari ini, sesiapa yang berkunjung ke Pondok Terosan, akan terpegun dengan pembanguan yang dijalankan berbanding dengan sebelumnya. sumber : Pak Rossem |
| TOK GURU NIK AZIZ KENA ROUND MALAYSIA UNTUK HAPUSKAN BN Posted: 03 Sep 2011 09:42 PM PDT 2 September, pada hari raya keempat, Kelantan mengadakan program pertemuan dengan Blogger dan Facebooker di Balai Islam, Lundang bersama dua tokoh; Dato' Husam Musa dan Saifuddin Nasution. Aku hadir dan memberi pandangan dalam program tersebut. Padanganku adalah, Tuan Guru perlu round Malaysia dalam Kempen PRU akan datang dalam usaha hendak merampas tampuk pemerintahan Putrajaya. Dengan itu, Tok Guru NIk Abdul Aziz perlu berehat dari bertanding PRU akan datang. Tidak disangka-sangka, pandangan aku menjadi liputan meluas dalam akhbar Sinar harian Kelantan pada hari ini. Jadi disini, aku ingin menyatakan hujjah pandangan aku seperti berikut; satu; Secara peribadi, aku pernah melihat bagaimana masyarakat yang berbilang kaum terlalu sayangkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Ramai teman-teman yang tidak beragama Islam pernah menyatakan kepadaku bahawa "Nik Aziz ini bukan manusia biasa, tp dia adalah orang tuhan". Tuan Guru Nik Aziz mempunyai Aura yang tersendiri yang melebihi aura Anwar Ibrahim. Beliau hadir dalam satu program, orang sudah merasa berpuas hati melihat wajah beliau di atas pentas, waima beliau tidak menyampaikan sebarang ucapan sekalipun. Aura ini perlu dimanfaatkan oleh Pakatan Rakyat dalam usaha hendak merampas Putrajaya dari rejim UMNO. Caranya adalah, Tuan Guru perlu round Malaysia. Kalau boleh disetiap DUN dan Parlimen yang ditandingi Pakatan Rakyat. Iaitu, tidka tertumpu kepada DUN dan Parlimen yang ditandingi PAS sahaja. kedua: Dato Husam menjawab bahawa dalam keadaan Tuan Guru bertanding pun, beliau boleh round Malaysia. Aku agak kurang bersetuju dengan pandangan Dato Husam tersebut, waima aku hormati pandangan terbabit. alasanku adalah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz terlalu tua. Jika kita berbual dengan Tuan Guru, kita akan dapat lihat bahawa tangan tuan Guru pun sudah gementar. Jadi, jika dia round Malaysia pun merupakan satu beban bagi dirinya yang begitu tua, inikan pula ingin fokus sama pada DUN yang dia bertanding. padaku, dalam keadaan ini, kita mengambil manfaat yang lebih besar berbanding manfaat yang kurang besar. ketiga : Dalam forum terbabit, aku mengumpamakan Tuan Guru ini seperti Mahatma GHandi di India, dan Rashid Ghanoushi di Tunisia. KEdua-dua tokoh ini menjadi spritual leader, tanpa mereka bertanding dalam PRU. Mahatma Ghandi itu merupakan Nik Aziz India, dan rashid Ghanoushi itu umpama Nik Aziz Tunisia jika dilihat dalam kerangka politik di Malaysia pada hari ini. Tok Guru memang tidak mempunyai kepentigan dalam jawatan Menteri Besar, tetapi dalam budaya politik, persepsi adalah satu perkara yang penting. Jadi, mempamerkan beliau tidak mempunyai kepentingan dalam jawatan menteri besar adalah perlu. ekoran itu, beliau akan dilihat setara dengan dua tokoh (ghandi dan Ghanoushi) dalam sejarah peradapan politik di Malaysia akan datang. sekian |
| Posted: 03 Sep 2011 09:34 PM PDT Harimau Mati meninggalkan belang; Penjajah British mati meninggalkan UMNO.. hahahaa |
| KESALAHAN SEJARAH DR RAMLAH ADAM? Posted: 03 Sep 2011 09:22 PM PDT Dr Ramlah Adam ada mengatakan bahawa Mokhtaruddin Lasso dan Tan Malaka adalah orang yang sama. Dakwaan Dr Ramlah itu didakwa meleset oleh sebilangan orang yang terlibat dengan perjuangan menentang penjajah. Antaranya adalah Abdullah CD dan Ahmad Boastamam yang menafikan bahawa Mokhtaruddin Lasso dan Tan Malaka adalah orang yang sama. Mokhtaruddin Lasso adalah orang yang terlibat dalam penubuhan PKMM. Sebagai orang yang bersama menubuhkan PKMM, Ahmad Boastamam berjumpa sendiri, malahan beliau adalah teman rapat kepada Mokhtaruddin lasso sudah pasti terlalu mengenali dua individu yang didakwa sama oleh Dr Ramlah Adam yang sekadar berteori dalam mengemukakan sejarah. Disamping itu, dalam buku " Pergulatan Menuju Republik: Tan Malaka 1925-1945", iaitu satu-satunya buku biografi Tan Malaka yang terpenting dan berwibawa. Dalam buku tersebut menyatakan bahawa, sepanjang pendudukan Jepun, tahun 1942-1945, Tan Malaka berada di Jawa; tidak terbayang langsung dia pernah ke luar negeri, khasnya ke Malaysia. Dengan itu, implikasinya ialah Mokhtaruddin Laso yang dikatakan menubuhkan PKMM di Ipoh pada bulan Oktober 1945 bukanlah Tan Malaka. (rujuk) Dengan ini, Dr Ramlah Adam tidak perlu nak berlagak sangat dengan mendakwa bahawa Mat Sabu itu dan ini, sedangkan dia sendiri mempunyai banyak kesalahan fakta dalam sejarah. |
| Posted: 03 Sep 2011 09:15 PM PDT Dr Abu Hasan Hasbullah mengatakan; "Sesiapa pun yang menentang penjajah dari zaman Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris lagi adalah PEJUANG KEMERDEKAAN tanpa mengira sikap dan kaedah yang mereka pilih - pandangan ini diberikan buat semua media dan rakanwan yang bertalu-talu bertanya. Noktah" |
| You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan