AdukaTaruna |
N3 untuk orang yang bakal berkahwin. Posted: 27 Sep 2011 10:50 AM PDT Oleh : AdukaTaruna [1] Mutlak itu adalah Allah. Cuma kita bercakap soal asbab. Dan soal kefahaman. Dan juga soal hak gua mengguna kefahaman gua di sebalik kefahaman tipikal yang sedia ada. Sejak awalnya kehamilan isteri gua, gua sedaya upaya menentang apa yang gua tak setuju. Ianya memerlukan seni, dan juga kedegilan. Kerana kefahaman tipikal yang tidak dibuktikan itu datangnya dari sanak keluarga. Bermula soal pantang pemakanan, pucuk paku (makanan bisa sebab namanya bisa), nasi himpit (makanan yang ditekan), nenas, etc. Alhamdulillah, isteri gua memakan apa sahaja yang baik, tanpa kefahaman budaya, dalam kuantiti yang tidak memudaratkan. Perbandingannya, rakan isteri gua yang juga jiran depan rumah, keguguran. Di mana gua percayai, kandungan awal itu tidak mendapat zat yang cukup akibat pantang larang dan fahaman tidak mahu anak besar dalam perut. Walaupun mereka sekeluarga menyalahkan makanan terakhir yang diambil sebelum gugur (pucuk ubi). Apa pun, sekali lagi, gua akur, kuasa mutlak itu pada Allah, manakala pantang atau belasah hanyalah pembolehubah atau asbab yang disistemkanNya. Semoga Allah ampunkan dosa2 gua yang jahat ini, dosa2 semua muslimin muslimat. Mudah, selamat dan sempurnakan anak dan keadaan kelahiran isteri gua. Amin. [2] Seterusnya, bab2 ritual Melayu. Lenggang perut. Dan juga jamah bidan. Sukar untuk menentang fahaman Melayu yang terdiri dari sanak keluarga. Memang impaknya pada gua, gua boleh tahan. Tapi impak pada isteri yang terpaksa memilih gua dan budaya sanak keluarga? Sapa2 yang belum kawin, harus baca N3 ini untuk persediaan mental. "Eh.. kenapa tak buat lenggang perut?" "Tak, suami buat solat hajat sesama adik-beradik dia jer. Buat suami-isteri." "Eh.. kena pelepas jugak. Bidan kena jamah perut tu." Suami dan isteri akan duduk situasi ni, kalau anda memilih untuk menentang Melayu. Alhamdulillah. Setakat ini, tiada ritual Melayu. Dan kepada Yang Maha Berkuasa Pada Tiap2 Sesuatu itu, gua mohon kemudahan, kesihatan, sempurna dan selamat. Amin. [3] Akhirnya, tewas juga gua dalam tajuk [3] ini. Isteri gua ketika sebelum hamilnya, telah menyebut mahu bersedekah pulut kuning kepada jemaah surau, sekiranya hamil. Satu niat yang diikatkan kepada menu makanan. Satu nazar yang spesifik. Sempit. Alangkah baiknya jika isteri gua hanya berniat mahu bersedekah kepada jemaah suaru. Atau lebih baik mahu bersekah sahaja. Umum, tidak kebangsaan (menu makanan bangsa); tidak mempunyai sasaran (jemaah surau). Ianya sangat memudahkan. 1. Tidak terikat kepada objek yang mahu disedekahkan. 2. Tidak terikat kepada golongan sasaran penerima sedekah. 3. Tidak terikat kepada nilai pasaran objek yang mahu disedekahkan. Pada mulanya, gua berijtihad, niat itu tidak wajib ditunaikan. Allah tidak mengambil kira niat orang yang tidak tahu akan sesuatu itu. Atau satu niat yang lari dari falsafah Islam, haram jika ditunaikan. Tapi tekanan dari keluarga isteri, gua mengalah juga akhirnya. Setelah hampir 9 bulan kandungan, gua bertahan. Beli beras pulut, hantar pada mak saudara buat pulut, tangguh tarikh sedekah, beli polestrin burger untuk bekas pulut, buat telur dadar pelbagai warna, buat gulai ayam, jemput pulut kuning dari rumah mak saudara, masuk kerja, keluar sebentar, hantar surau, ball joint bush kereta gua problem, kepala plak tiba2 sakit. Macam Allah nak tunjuk plak apa yang gua buat adalah salah. Warghhhhhhhh....... alangkah mudahnya gua menjadi seorang muslim berbanding seorang Melayu. [4] Sedekah pulut kuning (nazar sebenar) sambil solat hajat (cubaan gua mengIslamkan nazar) berlaku tadi. Di surau, lepas magrib, ada kuliah agama. Gua sampai ketika 5 minit kuliah bermula. Menjelang tamat kuliah ustaz smash gua tepat pada batang hidung. Bab solat hajat. Pergh... Lebih kurang dialognya begini. Tapi dalam dialek Kelantan yang tak berapa pekat la. "Nabi suruh sangat kita solat hajat sendiri. Kita yang nak minta pada Allah, buat apa suruh orang lain mintakan? Boleh passing2 pulak." "Tapi, dibolehkan solat hajat secara berkumpulan. 40 orang. Dengan harapan, dalam 40 orang itu, ada orang yang doanya makbul. Itu pun, orang yang minta tu kena ada sekali la solat sama. Tak boleh main pasing2. Saya dimaklumkan ada solat hajat lepas ni. Yang mohon tu ada sekali ke tak?" Niamakahai. Betul2 Allah detikkan ustaz ni nak belasah gua. Dan gua share untuk lu orang dapatkan satu sisi pandang yang berlainan dari biasa. Gua pun ke depan, salam dengan ustaz. Dan nyatakan keadaan gua. "Solat hajat sendiri dah buat dah ustaz. Nak buat di surau pula hajatnya." "Tapi kalau tak lebih 40 orang, ustaz tak buat deh." Gua diam. 40 ke, 400 ke, mana gua tau boleh ke tak boleh. Lalu ustaz tu sound jemaah wanita di sebalik tabir. Ada berapa orang? 11 jawab wanita. Campur lelaki, 41. Sumpah gua tak tipu. Boleh pulak lebih sorang dari 40. Macam skrip filem. Allah takdirkan peristiwa ni macam nak ajar gua. Gua share la dgn lu orang semoga ada manfaat. Bolehlah, ustaz tu cakap. Dan suruh gua duduk saf depan. Mujur tak suruh gua imam. Mau terbakar Cuping Merah kat Johor nu. [5] Bini gua tanya cane bila gua balik surau. Gua pun malas nak story. Gua taip dalam blog. Nanti dia bacalah tu. Semoga ada manfaat untuk lu orang juga. Setuju, setujulah. Tak setuju, tak setujulah. Bukan ahli gua nak bahas bab agama. Lepas ni, kalau berlaku lagi niat atau nazar atau ritual yang berpaksikan kebangsaan, gua nak berlepas diri. Lu buatlah sendiri. Lu rasa sendiri susahnya menjadi Melayu. Lu parutla kelapa, lu drive la cari rempah ratus, nak tertunggang terbalik ke, buat sendiri. Gua nak bersenang2 menjadi muslim. Setelah apa yang gua rasai dan insafi, sekali lagi, gua bersaksi bahawa Islam itu benar. Allah itu benar. Biarpun akhlak gua jahat, tapi inilah akidah gua. Gua naik saksi tiada Tuhan selain Lu Ya Allah. Muhammad itu pesuruh Lu. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan