Ahad, 11 September 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Ada sesiapa tahu?

Posted: 11 Sep 2011 11:15 AM PDT

Apsal komen facebook plugin kat blog gua dah tak kuar hah? Hah? Komunis lama sungguh la..

Pendapat gua mengenai Khairy.

Posted: 11 Sep 2011 10:43 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna
Label : Pendapat

Bagi saya Khairy budak baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS akan datang. Buat apa nak berdebat dengan adinda Khairy.
[1]
Kata-kata Mat Sabu ni membuatkan gua rasa nak share pandangan gua mengenai Khairy. Malas taip, gua taip Keri lepas nih.

Gua tak menolak Mat Sabu berkata atas dasar taktikal atau sinis, tapi N3 ini mengambil kira atas dasar serius dan jujur. Keri baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS.

Bukan sekali gua dengar pendapat dari penyokong / blogger PR yang Keri ni hebat. Terbaru Syauqi masa majlis dialog secara terbuka membandingkan Keri dengan Tantawi. Dinafikan Husam. Fine, kalau banding dengan Tantawi, gua rasa Parpu Kari lebih hebat dalam arus politik.

Gelojak isu2 negara seperti kedaulatan negera, pemilihan hantu, sehingga isu intelektual sejarah negara, Tantawi dan Nik Abduh adalah manusia yang mandom dari segi pemikiran. Tantawi dan Nik Abduh hanya muncul ketika isu konsert Justin Bibir. Bermakna, pada gua Husam salah. Dan Sauqi tak betul bila membandingkan Keri dengan Tantawi. Tantawi hanya setanding dengan Parpu Kari.

Pendapat gua, kalau tak kerana Suhaizan Kayat bodoh, Tantawi hilang dalam kamus politik. Dan hanya mampu berlegar dalam dunia pentarbiyahan.

[2]
Sahabat gua sendiri, Topeng Perak pernah menyuarakan pendapat mengenai kehebatan Keri. Ketika lepak dengan Penarik Beca selepas dialog Kelantan - blogger dulu. Topeng Perak menyuarakan pendapat, jika Keri bergabung dengan Husam, mereka boleh merubah senario politik negara. Seingat gua, blogger Kulub Sakah juga berpendapat yang sama. Keri hebat.

Cuma gua tak pernah setuju Keri hebat. Kepala bull shit apa hebatnya Keri? Dia naik atas perkahwinan. Dia muncul, mencelah dan mengekploitasi keadaan kerana dia berduit. Dia pula berduit kerana ayahnya adalah PM. Royalti Terengganu habis ditarahnya dgn mcm2 projek pelik.

Itu pembolehubah kehebatan Keri yang gua dakwa. Kalau Keri bukan menantu kepada PM, dia naik tak hari ini? Kalau Keri tidak berduit, dia menang tak Ketua Pemuda UMNO hari ini? Setuju dengan Husam, Kumpul Patriot pun terpaksa guna bangla selain mamak Penang.

[3]
Tapi gua suka ukur kehebatan satu2 tokoh dengan ideanya sendiri. Tantawi yang mandul dalam selok belok politik banyak mengeluarkan idea penyelesaian. Masalah zina dan buang bayi misalnya. Tantawi memberi saranan yang menarik. Kawin gantung.

Mahathir yang jahat turut banyak memberi idea penyelesaian. Jambatan Bengkok, Dinar, penyeragaman waktu antara borneo-semenanjung dan sebagainya. Tapi Keri? Siyes, sedikit bullshit gua tak pernah tengok Keri hebat. Dia hanya pandai manipulasi keadaan. Itu sahaja.

Gua tak pernah dengar idea dia tentang penyelesaian. Gua tak pernah dengar pendirian dia terhadap satu2 isu.

[4]
Jadi, apabila diambil secara serius pandangan Mat Sabu, gua rasa agak terkesima. Ya, memang benar Allah itu mutlak segala2nya, tetapi sekadar zahir apa yang manusia dapat nilai, gua rasa down dari satu sudut kalau Keri masuk PAS, dan diberi pula kedudukan jawatan tanpa melalui proses ujian semulajadi.

Namun begitu, dari satu sudut lain, jika Keri masuk PAS dan berjawatan sebelum BN jatuh, maka Keri tidak lagi dilindungi politik kotor. Bermakna, mudah gua langgar mamat korup idea tapi kaya manipulasi nih. Kalau Keri masuk PAS selepas BN jatuh pun, bermakna keri tidak lagi dilindungi politik kotor. Lebih mudah gua langgar mamat sekaler dengan gua ni.

Tahan tepi jalan pun boleh. Ajak dia debat dalam satu2 isu pun gua rasa gigil. Kalau Hadi, maybe ada pengikut. Boleh berlindung di belakang pengikut. Kalau Keri? Itu penilaian gua sebagai manusia yang hanya boleh menilai zahir dan fakta metalrial.

Wallahualam.





Tiada ulasan: