Ahad, 25 September 2011

Addin

Addin


(Gambar) Proses Hukuman Gantung Dan Rotan Pembunuh 22 Orang Kanak-Kanak

Posted: 25 Sep 2011 09:30 AM PDT


Lelaki ini telah membunuh 22 orang kanak-kanak dan ada di antara korbannya mereka yang berumur antara 7 dan 13 tahun telah dirogol sebelum dibunuh. Lelaki ini ditangkap, di rotan dan digantung sampai mati.

 







"Lucu Sekali Cabaran Tun Mahathir.." - Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 25 Sep 2011 07:45 AM PDT

Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS. Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994. Ketika bercakap kepada pemberita sempena lawatan kerja ke Tanjung Tualang di Perak hari ini, Perdana Menteri berkata, undang-undang Islam itu tidak sesuai untuk dilaksanakan sebab kerajaan perlu realistik dengan situasi negara ini.


Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan."Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya dipetik Bernama Online. Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib. Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.

Kelmarin, Nik Aziz menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib. Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.

"Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan. "Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir . . . ," kata Nik Aziz.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Najib agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama. Dalam pada itu, Najib menyifatkan langkah Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.

Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air.

"Saya nampak ini taktikal, sebab parti PAS sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran daripada kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu. Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan orang Melayu.

"Mereka sedar bahawa sokongan kepada mereka dah merosot dengan begitu ketara, jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mohamad Sabu itu akan tenggelam dan cuba muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu," katanya.

Najib berkata isu hudud ini turut memperlihatkan kemelut persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup lagi dan beliau yakin rakyat bijak menilai kelemahan mereka. Kata beliau, dalam soal undang-undang hudud telah timbul satu keadaan di mana perbezaan "ideologi mereka sudah tidak boleh ditutup lagi, tidak boleh diselindung di hadapan mata rakyat."

"Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat, kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan daripada segi prinsip dan ideologi. "Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat, tetapi lambat laun ia akan timbul bukan sahaja daripada segi hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam 'Kabinet Bayangan' mereka. Mereka belum berani merangka Kabinet mereka," katanya./tmi


(Video) Ini Bukti Najib Seorang Munafik

Posted: 25 Sep 2011 06:51 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan. "Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti. "Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.


Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat. "Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.

Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera. Perdana menteri juga menyifatkan langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.

Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air.

"Saya nampak ini taktikal, sebab parti PAS sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran daripada kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu. Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan orang Melayu.

"Mereka sedar bahawa sokongan kepada mereka dah merosot dengan begitu ketara, jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mohamad Sabu itu akan tenggelam dan cuba muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu," katanya.

Najib berkata isu hudud ini turut memperlihatkan kemelut persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup lagi dan beliau yakin rakyat bijak menilai kelemahan mereka. "Dalam soal undang-undang hudud ini, telah timbul satu keadaan di mana perbezaan ideologi mereka sudah tidak boleh ditutup lagi, tidak boleh diselindung di hadapan mata rakyat.

"Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat, kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan daripada segi prinsip dan ideologi. "Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat, tetapi lambat laun ia akan timbul bukan sahaja daripada segi hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam "Kabinet Bayangan" mereka. Mereka belum berani merangka Kabinet mereka," katanya.

Di majlis itu, Najib yang ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sempat meluangkan masa memancing udang galah di sebuah kolam bersama-sama masyarakat sekitar Tanjung Tualang yang terkenal sebagai Pekan Udang Galah./bernama


Ust Azhar Idrus :

" Jangan kita menyebelahi golongan yang memberi halangan kepada undang-undang Islam dari tertegak.. jika sampai tahap tu, MUNAFIK duduk dalam neraka yang paling bawah.. mandatori.. Bukang kite kater..Quran yang kater.."


Perut Pengebom Berani Mati Bercerai Berai

Posted: 25 Sep 2011 02:19 AM PDT

SOLO - Kondisi jenazah korban ledakan bom di GBIS Kepunton, Solo, Minggu (25/9/2011) siang terlihat cerai berai. Sebagian besar usus besarnya memburai keluar dan perutnya robek besar. Di sebelah tubuhnya tergeletak kacamata berbingkai hitam dan tas kecil, seperti wadah alkitab. Ia juga mengenakan kaus kaki gelap, celana hitam dan kemeja lengan panjang putih. Namun wajah dan bagian tubuhnya yang lain masih utuh, bisa dikenali baik. Dahi pemuda itu terlihat cukup lebar. Melihat bentuk lukanya, diduga kuat pelaku melilitkan bomnya di bagian depan perutnya dalam kemasan tas pinggang.

Foto kondisi jenazah korban sekaligus diduga kuat pelaku bom bunuh diri ini sudah beredar beberapa menit sejak kejadian melalui jejaring sosial Twitter dan fasilitas Blackberry Messenger.

Sebuah bom meledak di Gereja Betel Injil Sepenuh (GBIS) Kepunton, Tegalharjo, Jebres, Solo, Minggu (25/9/2011). Satuy orang tewas, diduga kuat pelakunya. Belasan lain luka-luka. Ledakan terjadi sekitar pukul 11.00 WIB, seusai para jamaah gereja melaksanakan kebaktian kedua./tribunnews

Guna Monyet Kawal Had Laju Kenderaan

Posted: 25 Sep 2011 12:17 AM PDT

Polis China menggunakan patung - patung monyet yang dipakaikan dengan jaket pemantul cahaya sebagai usaha untuk menghalang pemandu memandu kenderaan dengan laju. Beberapa pegawai undang - undang di bandar ini berharap patung yang ganjil itu akan dapat memberi peringatan kepada pemandu supaya jangan melanggar undang-undang. Salah satu daripada idea unik itu dilaksanakan di sebatang pokok. 


Beberapa patung monyet yang memakai jaket tersebut berlonggok di pokok tersebut. Salah satu patung tersebut dilihat bergayut pada dahan pokok itu./msn


Satelit AS Jatuh Di Sekitar Lautan Pasifik

Posted: 24 Sep 2011 11:14 PM PDT

Satelit UARS yang dirakam di ruang udara Belanda pada 18 Jun 2010
WASHINGTON - Sebuah satelit tamat tempoh seberat enam metrik tan milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkecai semasa memasuki atmosfera bumi pagi semalam dengan serpihan-serpihannya jatuh bertaburan di rantau Lautan Pasifik. 

Pusat Operasi Bersama Angkasa Lepas AS dan NASA dalam satu kenyataan memberitahu, serpihan-serpihan satelit sebesar sebuah bas itu tidak semestinya menjunam ke dalam laut tetapi mengesahkan ia jatuh dalam kawasan seluas 800 kilometer persegi di rantau Pasifik.

Setakat berita ini ditulis, pihak berkuasa belum ada mengenal pasti lokasi yang tepat tempat serpihan-serpihan tersebut jatuh. Menurut kedua-dua agensi AS itu, satelit sepanjang 11 meter itu jatuh antara pukul 1.23 petang (5.09 petang semalam waktu Malaysia). 

Satelit UARS

Semasa menembusi atmosfera bumi, ia berkecai kepada lebih 100 kepingan tetapi cuma sekitar 26 kepingan logam berat dengan serpihan terbesar seberat 135 kilogram dijangka menjunam ke bumi. NASA meramalkan kelajuan serpihan satelit itu apabila memasuki ruang udara ialah kira-kira 109 meter sesaat.

NASA sebelum ini meramalkan satelit yang dikenali sebagai Satelit Penyelidikan Atmosfera Amerika Syarikat (UARS) itu jatuh ke bumi seawal Khamis lalu./kosmo

Chua Soi Lek Akan Di Dakwa Seks Oral?

Posted: 24 Sep 2011 10:28 PM PDT

Berhenti menipu dan mengelirukan rakyat, timbalan presiden PKR Chua Jui Meng berkata kepada bekas rakan sekerja di dalam MCA dan Umno kerana kedua-dua parti tersebut telah mengeruhkan keadaan disebabkan isu undang-undang hudud. "Jika Chua Soi Lek seorang yang berani, dia akan mengeluarkan MCA daripada BN sekarang juga. Dia tidak sanggup melakukan perkara tersebut adalah kerana di saat terdapat ura-ura dia akan melakukannya, pihak Bukit Aman akan memanggilnya disebabkan video seksnya. Dia mungkin berani berkata serba sedikit, tetapi jangan risau kerana dia masih lagi di pihak yang salah," beritahu Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

"Bagi Muhyiddin dan Umno, kami ingin sekali melihat mereka menyatakan bila masanya yang mereka akan melaksanakan hukum hudud. Buktikan kepada orang Melayu dan orang Islam betapa ikhlasnya kamu tentang Islam dengan mengemukakan rangka kerja yang jelas dan muktamad bagi melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Jika tidak, amatlah jelas sekali bahawa kedua-dua pihak, MCA dan Umno, hanyalah bekerja sama untuk memecahbelahkan rakyat sekali lagi. Orang Islam akan berpaling kepada Umno manakala orang Cina berpaling kepada MCA.

Ugutan seks oral?

Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan dan timbalan presiden MCA, merujuk kepada Soi Lek, presiden MCA yang ditangkap di dalam skandal video seks pada tahun 2007. Pada tahun 2010, di kemuncak perebutan kuasa dengan pemegang jawatan sebelumnya Ong Tee Keat, Soi Lek telah berkata bahawa dia ada memikirkan untuk meletakkan jawatan di dalam MCA untuk Pakatan Rakyat. Soi Lek telah dipanggil ibu pejabat polis di Bukit Aman dengan kadar segera dan disoal siasat kerana melakukan seks oral bersama teman wanitanya, kerana ini merupakan jenayah di Malaysia.

Pada minggu yang lepas, isu untuk melaksanakan undang-undang hudud di Negara Malaysia yang majoritinya beragama Islam telah membangkitkan pertelingkahan politik, walaupun ia tidak menarik perhatian awam seteruk sebagaimana sebelum ini. Bekad Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah memulakan langkah dengan mencabar Nik Aziz, penasihat rohani PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, dengan sokongan oleh ketua PKR, Anwar Ibrahim, tetapi dibantah DAP.

Situasi di Pakatan bukanlah sesuatu yang baru dan dan ketiga-tiga parti di bawah Pakatan telah menyatakannya berulang kali. Jika PAS mahu mengenalkan hukum hudud ataupun negeri Islam, PAS mestilah menerima sokongan majoriti sama ada di peringkat negeri atau kerajaan persekutuan untuk PAS melakukannya. PKR mahupun DAP akan terikat untuk menyokong PAS di dalam hal ini.

Soi Lek bergegas untuk mendapatkan 'mata kemenangan'

Walaubagaimanapun, ia tidak menghalang Soi Lek daripada bergegas untuk mendapatkan perhatian dari pihak media. "Pendirian MCA adalah amat jelas. Kami akan membantah hudud secara keras. Jika Umno ingin melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar MCA daripada Barisan Nasional – semudah itu saja. Pendirian kami amat jelas sekali. Umno ingin melaksanakan hudud, MCA bukanlah sebahagian daripadanya, kami akan keluar dari Umno," beritahu Soi Lek kepada wartawan pada hari Jumaat.

Hudud merupakan tangan bagi perundangan Islam yang berkenaan 6 dakwaan jenayah, dan ditakuti kerana hukuman jenayah di bawah hudud termasuklah dibaling batu hingga mati, memotong anggota badan dan sebatan. 6 jenayah hudud adalah mencuri, hubungan kelamin tidak sah, memfitnah seseorang melakukan zina, minum minuman beralkohol dan murtad.

Pada petang Khamis, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah berkata bahawa Umno menyokong hukum hudud akan tetapi belum lagi sampai masa untuk melaksanakannya. Dia tidak memberi sebarang petunjuk yang merujuk kepada masa yang sesuai untuk melaksanakannya, dia juga tidak menyatakan sebarang cadangan yang jelas untuk memperkenalkan hudud.

Ini telah menyebabkan ramai pengkritik untuk menuduh Timbalan Perdana Menteri tersebut untuk menipu orang Melayu dan yang beragama Islam,kerana setelah 5 dekad menggunakan undang-undang berkuasa, kenapa UMNO masih tidak bersedia untuk hukum hudud?

Padahalnya, Soi Lek dengan semangatnya mencuba untuk memperoleh mata kemenangan dengan komuniti Cina hampir menyebabkan kejatuhannya. Pada tahun-tahun yang lepas, Soi Lek dan MCA telah gagal memenangi sokongan awam disebabkan pengurangan pengundi, yang utama sekali disebabkan oleh ketakutan mereka dan kegagalan untuk berpendirian tegas terhadap Umno.

"Itu boleh difahami kerana semua yang beragama Islam menyokong ajaran Quran. Tetapi kamu mesti melihat kenyataannya yang Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan hukum hudud. Dan itu adalah amat jelas," kata Soi Lek, menerangkan kenapa komen Muhyiddin boleh diterima oleh MCA.

Tarik tali antara Umno-MCA

Bagi ketua-ketua Pakatan, permainan tarik tali antara Umno-MCA adalah untuk menimbulkan kemarahan DAP, terutamanya Karpal Singh yang telah menunjukkan bantahan keras di atas penubuhan negeri Islam dan hokum hudud. Pihak umum tidak dibenarkan berkata apa-apa, setelah pihak UMNO dan MCA kehilangan kredibiliti kerana membuat keputusan politik yang tidak matang.

Bagi Jui Meng, adalah bagus bahawa isu hudud telah diutarakan. "Bagaimanacarapun MCA akan terus menggunakannya sebagai senjata terhadap pihak Pakatan. Jadi tiada sebarang salah untuk berdebat secara terbuka. Pada masa ini, pihak bukan Melayu masih risau kerana mana-mana sistem baru yang memasukkan hudud boleh merubah ciri-ciri sesebuah Negara akan tetapi mereka tidaklah takut padanya seperti dahulu," kata Jui Meng./mc

Panas!! Pusat Judi HaramTerbesar Di Melaka Berada Di Kawasan Ali Rustam

Posted: 24 Sep 2011 08:53 PM PDT

Macam adik beradik..ha..ha..
PAS menuntut kerajaan negeri Melaka membanteras kegiatan perjudian di negeri itu yang didakwa semakin melarat.Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata kegiatan perjudian di negeri itu sebenarnya banyak membabitkan remaja Melayu, terutamanya pelajar sekolah. "Judi haram di Melaka bukan perkara baru. Antara pusat judi haram terbesar di Melaka ada dalam Dewan Undangan Negeri Bukit Baru, yang ketua menteri menjadi wakil rakyatnya. "Berselindung disebalik "Kelab Eksklusif". Berapa puluh tahun kelab itu beroperasi? "Beranikah ketua menteri mengambil tindakan kepada jerung judi haram. Jangan mengejar bilis sahaja," tulisnya dalam blognya.

Menurut Adly, isu judi di Melaka memang sudah lama dibincangkan tetapi tiada penyelesaian dan tindakan tegas diambil sehingga ia berakar umbi dan sukar dibanteras. Katanya, semua itu membuktikan kegagalan kerajaan BN Melaka mentadbir negeri ini. Adly berkata pada sidang DUN yang lalu, wakil DAP pernah membangkitkan isu berkenaan sehingga keluar dari mulut wakil kerajaan Melaka bahawa 'judi adalah budaya Cina'.

"Akhirnya isu judi ini tidak dibahaskan, tapi wakil rakyat DAP yang dihalau keluar," kata Adly. Beberapa hari lalu kerajaan Melaka, melancarkan perang habis-habisan terhadap premis dan aktiviti judi haram. "Macam kata pepatah Melayu, 'sudah terantuk baru tengadah, sudah terbolos baru melantai', judi haram sebenarnya banyak melibatkan remaja Melayu, terutamanya pelajar sekolah.

"Judi haram sebenarnya sudah sampai kekampung-kampung, melalui pusat siber, contohnya di Kampung Gangsa sahaja ada dua pusat judi haram," dedahnya.Menurut Adly, persoalan sekarang ialah beranikah kerajaan negeri Melaka membanteras jerung judi haram yang sudah bertapak di Melaka lebih 20 tahun lalu. "Jangan sampai orang gelar Melaka sebagai 'Batam Malaysia', akhirinya./mk
Addin :
Dah lah tempat hang banyak judi..lepas tu nak jadi hero malaya pulak.  Hang dah lulus bermacam maksiat kat Melaka ni.. lepas tu nak cuci tangan pulak..


Tiada ulasan: