Addin |
- Inilah Akibatnya Bila Goda Isteri Orang..
- Selepas BERSIH 2.0, 16,010 Anggota Polis Akan Naik Pangkat
- Kesian.. Terpaksa Berbogel Ke Sekolah
- SKMM Jawab Cukai 6% Telefon Prabayar
- Warga Mesir Serang Kedutaan Israel
- Mat Indera Seorang Yang Alim
Inilah Akibatnya Bila Goda Isteri Orang.. Posted: 11 Sep 2011 09:39 AM PDT |
Selepas BERSIH 2.0, 16,010 Anggota Polis Akan Naik Pangkat Posted: 11 Sep 2011 12:54 AM PDT Seramai 16,010 anggota polis berpangkat Lans Koperal dinaikkan pangkat ke Koperal berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka iaitu selepas lima tahun berkhidmat. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata melalui kaedah kenaikan pangkat itu, anggota berpangkat Lans Koperal yang telah memenuhi syarat perkhidmatan, layak dinaikkan ke pangkat Koperal tanpa melalui proses temuduga. "Selepas lima tahun perkhidmatan sebagai Lans Koperal, anggota tersebut layak dinaikkan pangkat jika memenuhi syarat-syarat perkhidmatan iaitu lulus undang-undang tetap jabatan, lulus tapisan jabatan dan diperakukan oleh pegawai pemerintah," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di Makmal Forensik, Maktab Polis Diraja Malaysia di sini Sabtu malam. Ismail berkata fasa pertama telah selesai dilaksanakan pada 15 Julai lepas yang melibatkan 1,294 anggota dinaikkan pangkat manakala fasa seterusnya iaitu 14,716 anggota lagi akan dinaikkan pangkat secara berperingkat dalam tempoh terdekat. "Kenaikan pangkat Lans Koperal ini melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan namun jumlah itu sememangnya di dalam bajet yang telah diperuntukkan kepada PDRM dan tentunya keputusan kenaikan pangkat secara 'time based' (tempoh perkhidmatan) ini akan menambahkan motivasi dan kualiti perkhidmatan PDRM," katanya. Beliau berkata bagaimanapun untuk kenaikan pangkat kategori seterusnya iaitu Koperal ke Sarjan, Sarjan ke Sarjan Mejar dan Sarjan Mejar ke Subs Inspektor kaedah temu duga masih diguna pakai. Melalui kaedah 'time based' yang diperkenalkan Perdana Menteri pada Sambutan Hari Polis Ke-203, tahun lepas, anggota berpangkat Konstabel akan dinaikkan pangkat ke Lans Koperal selepas tiga tahun berkhidmat manakala Lans Koperal dinaikkan pangkat ke Koperal selepas lima tahun./bernama Addin : Wah!! Cepatnya polis dapat naik pangkat.. Lans Koperal yang berkhidmat selama 5 tahun dinaikkan pangkat ke Koperal. Addin bukannya dengki tetapi.. cuba bandingkan ada segelintir penjawat awam yang berkhidmat sampai ke pencen dalam gred yang sama dan tangga gaji yang sama. Adakah ini adil untuk penjawat awam yang lain? Dimana slogan rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan.. ianya sekadar retorik. Lepas ni bolehlah polis bekerja lebih gigih dan berdedikasi untuk mengekalkan pemerintahan rejim Umno BN. |
Kesian.. Terpaksa Berbogel Ke Sekolah Posted: 10 Sep 2011 11:21 PM PDT Kita biasa mendengar murid-murid ke sekolah dengan berjalan kaki, tetapi lain halnya yang berlaku di Sumba Timur, Nusa Tenggara Timur apabila murid sekolah rendah di sini terpaksa mengharungi arus deras sungai semata-mata untuk menuntut ilmu. Itulah pemandangan biasa yang berlaku setiap pagi apabila kira-kira 20 murid Sekolah Rendah Inpres (SDI) Maulumbi, Mukim Kanbera terpaksa berenang dalam keadaan telanjang bagi mengelakkan pakaian seragam dan buku sekolah mereka basah. Bukan sahaja perlu mengenepikan rasa malu, murid-murid berumur tujuh tahun hingga 15 tahun itu juga terpaksa menyeberangi arus deras Sungai Maulumbi yang turut dihuni buaya untuk pergi dan balik dari sekolah. Pelajar-pelajar itu terpaksa menanggalkan pakaian seragam sekolah dan kasut mereka bagi mengelakkan ia basah sebelum menyimpannya di dalam beg sandang yang turut diisi kelengkapan lain sekolah. Mereka bukan sahaja akan berada di dalam sungai untuk tempoh 10 minit, tetapi juga terpaksa berenang di tengah sungai yang agak dalam. Setelah tiba di seberang, mereka perlu memakai semula pakaian seragam dan kasut sekolah sebelum meneruskan perjalanan seperti biasa. Di tebing sungai, beberapa penjaga atau ibu bapa yang prihatin boleh dilihat menemani anak mereka, malah ada antaranya yang turut bersama menyeberangi sungai kerana bimbangkan keselamatan anak serta ancaman daripada buaya."Setiap pagi saya akan hantar anak menyeberangi sungai untuk ke sekolah. Saya juga akan menjemputnya pada waktu petang. "Arus Sungai Maulumbi agak deras, buaya pula sering dilihat di sini. Saya bimbang akan keselamatan anak," kata Erlin Konda Nguna, 23. Ibu muda itu berkata, murid-murid sekolah rendah yang tinggal di Sumba Timur juga terpaksa ponteng sesi persekolahan sekiranya banjir besar berlaku. "Memang ada sampan di sini, tetapi hanya ada sebuah dan tidak mampu memuatkan semua orang pada satu-satu masa," katanya. Addin : Ceteknya fikiran manusia.. kenapalah tak dibawa pakaian lain untuk seberang sungai.. |
SKMM Jawab Cukai 6% Telefon Prabayar Posted: 10 Sep 2011 09:34 PM PDT Menurut dalam satu kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam kepada KL-Today.com semalam, terdapat seramai 27.6 juta pengguna talian prabayar (prepaid) di negara ini sehingga kini. Mengikut jumlah pengguna tersebut, tiga syarikat telekomunikasi (telko) utama negara iaitu Maxis, Celcom dan Digi telah membayar sehingga RM576.8 juta dalam bentuk cukai perkhidmatan kepada pihak kerajaan. Jumlah pembayaran yang tinggi itu kini dijadikan alasan oleh semua syarikat telko untuk tidak lagi menyerap pembayaran cukai perkhidmatan yang mula dilaksanakan sejak 1988. Tambah kenyataan itu lagi, tindakan telko menyerap cukai perkhidmatan pada asalnya adalah bagi mengalakkan penggunaan perkhidmatan prabayar. Dengan jumlah pengguna meningkat ke jumlah yang tinggi, menyebabkan telko mengambil keputusan untuk tidak lagi menampung cukai berkenaan. Selaras dengan peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 yang mengkehendaki pengguna menanggung cukai bagi perkhidmatan penggunaan, di mana ia merangkumi perkhidmatan telekomunikasi dan TV berbayar (tidak termasuk perkhidmatan Internet) maka pelanggan perlu menganggung cukai perkhidmatan tersebut. Pengguna perkhidmatan pascabayar (bil) membayar sendiri cukai perkhidmatan ini sejak mula. SKMM mendakwa bahawa keputusan untuk memindahkan cukai perkhidmatan kepada pengguna untuk pembelian nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini adalah keputusan unilateral semua telko berkenaan tanpa merujuk kepada kerajaan./kltoday Addin : Sebanyak 27.6 juta pengguna talian prabayar dengan cukai RM576.8 juta adalah jumlah yang sedikit jikalau nak dibandingkan keuntungan yang diperolehi oleh 3 syarikat telko selama ini. Dalam rakyat terhimpit dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, syarikat telko dengan sewenang-wenangnya mengalihkan beban cukai tersebut kepada pengguna. Rata-rata pengguna talian prabayar ialah golongan berpendapatan rendah dan pelajar. Keangkuhan syarikat telko ini ialah akibat dari ketidakpedulian kerajaan terhadap kesengsaraan rakyat yang semakin tertekan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat. Kepada 27.6 juta pengguna talian prabayar, anda wajib tolak kerajaan Umno BN dan kroni-kroninya yang angkuh ini pada PRU 13 nanti.. |
Warga Mesir Serang Kedutaan Israel Posted: 10 Sep 2011 08:43 PM PDT Pendemo Mesir menyerbu gedung Kedutaan Israel di Kairo, menghancurkan beberapa dinding barikade di sekitar gedung dan seorang pendemo dilaporkan tewas, lansir Press TV hari ini (10/9/2011). Polisi Mesir menggunakan gas air mata untuk membubarkan massa. Satu orang pendemo dilaporkan meninggal dunia karena sesak nafas setelah menghirup gas air mata dan sekitar 450 pendemo lainnya mengalami luka, ujar petugas medis. Para pendemo melemparkan dokumen-dokumen ke luar jendela gedung kedutaan dan juga membakar satu mobil polisi. Kerumunan massa berhasil membobol gedung kedutaan meskipun kehadiran pasukan keamanan bersenjata berat rezim Mesir di daerah tersebut. Tembakan juga terdengar di dekat kedutaan. Seorang pengunjuk rasa merobek bendera Israel di kedutaan dengan diiringi sorak-sorai pendemo di tempat kejadian. Bulan lalu, dalam protes Mesir lainnya seorang pendemo menjadi pahlawan nasional setelah ia memanjat dinding kedubes Israel dan menurunkan bendera Israel serta menggantinya dengan bendera Mesir. Aksi unjuk rasa diadakan untuk mengutuk Israel karena telah membunuh sejumlah polisi perbatasan Mesir. Lima petugas perbatasan Mesir dilaporkan tewas dalam serangan oleh pasukan Zionis pada 18 Agustus lalu. Demo yang diadakan pada Jumat (9/9) juga menyerukan pengusiran duta besar Israel dan meneriakkan slogan-slogan anti-Israel. Dalam perkembangan lainnya, Yitzhak Levanon, Duta Besar Israel untuk Mesir dilaporkan telah meninggalkan Mesir pada Sabtu (10/9) pagi, beberapa jam setelah pendemo menyerbu kedutaan. Menteri Pertahanan Zionis, Ehud Barak meminta anteknya, Leon Panetta pada Sabtu pagi waktu Tel Aviv dan mendesak Washington untuk membantu memberikan perlindungan kepada kedutaan Israel di Kairo. Dalam peristiwa lainnya, puluhan ribu warga Mesir kembali berkumpul di Tahrir Square di ibukota, Kairo, menuntut pemerintahan militer untuk segera menyerahkan kekuasaan kepada sipil./arrahmah |
Posted: 10 Sep 2011 07:57 PM PDT Ahli Parlimen Gombak, Mohamad Azmin Ali menyifatkan Muhammad Indera @ Mat Indera sebagai seorang Muslim yang kuat beribadat dan amat cintakan kemerdekaan negara dan bangsanya. Beliau sekaligus menyokong tindakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu @ Mat Sabu mengangkat martabat Mat Indera sebagai pejuang dan memberi penilaian yang adil kepada mana-mana pejuang kemerdekaan yang lain. Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa menegaskan, sudah tiba masanya masyarakat keluar daripada kelambu penipuan media dan cendiakawan sempit oleh Umno-Barisan Nasional (BN). "Berbeza berbanding dengan kebanyakan pemimpin Umno-BN yang disanjung, Mat Indera merupakan seorang Muslim yang kuat beribadat, seorang hafiz dan amat cintakan kemerdekaan negara dan bangsanya. "Cukuplah…jangan bohongi sejarah. Sudah tiba masanya kita keluar dari kelambu penipuan media dan cendekiawan sempit Umno-BN," katanya dipetik melalui entri blog beliau hari ini. Azmin berkata orang Melayu-Islam bingkas menolak idea pengagihan ekonomi dan sistem pengurusan yang dikemukakan ahli falsafah terkemuka seperti Karl Marx, Webber dan Engel kerana mereka dilabel sebagai komunis dan sosialis. Tetapi konsep dan idea yang sama dihormati dan dihargai apabila ia terbit daripada pemikiran sahabat Nabi Muhammad SAW, iaitu Abu Dzar Al-Gifari dan Abdul Rahman bin Auf. "Kenapa begitu? Menurut pemikir Islam, Sheikh Taha Jabir Alwani, ini semua persepsi yang dibina atas emosi dan prejudis. Sentimen diutamakan dan kebenaran dipinggirkan. "Tidakkah ini sama dengan isu Mat Indera yang cuba ditonjolkan oleh Mat Sabu. Beliau mahu penilaian adil diberikan kepada Mat Indera dan pejuang kemerdekaan lain," katanya./fmt |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
I am really loving the theme/design of your
weblog. Do you ever run into any web browser compatibility problems?
A small number of my blog visitors have complained about my
blog not operating correctly in Explorer but looks great in Chrome.
Do you have any suggestions to help fix this issue?
My webpage - buy rap beats exclusive
Catat Ulasan