Addin |
- Najib Akan Letak Jawatan.. Muhyiddin Jadi PM Seterusnya?
- Rasuah Scorpene Akan Di Bongkar Di London
- Panas!! Umno Penyokong Ajaran Komunis?
- Mengapa Muzium Bukit Kepong Di Pinggirkan Oleh Umno?
- Isu Gereja : Laporan JAIS Di Jangka 16 September Ini
- Najib Di Desak Isytihar Harta
- CIA Dan MI6 Bantu Gaddafi?
Najib Akan Letak Jawatan.. Muhyiddin Jadi PM Seterusnya? Posted: 06 Sep 2011 05:00 PM PDT Kita tidak perlu menunggu lama sebelum menyaksikan satu perubahan besar dalam arus politik yang bakal melanda Negara kita.Politik dalam UMNo semakin memuncak, seolah menjangkakan pemergian perdana Menteri Najib Razak, ramai yang di dalam UMNO menjangkakan demikian. Orang yang seterusnya bakal mengantikannya,tak lain tak bukan timbalannya Muhyiddin Yassin. Semua mata tertupu kepada beliau, samada beliau akan berjaya mengubah UMNO yang mana gagal di tangani oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya. Rumah terbuka hariraya Muhyddin peru didberi perhatian. Jumlah kehadiran yang mencapai satu rekod mengesahkan banyak pendapat bahawa beliau semakin Berjaya meraih sokongan, yang makin merosot bagi ketuanya.Pemilihan UMNO kemudian pilihanraya umum? Bagi para pemerhati politik, adalah perlu di beri perhatian bahawa antara yang menunggu giliran menjadi TPM ialah President MC Chua Soi Lek, anaknya Timbalan menteri pertanian dan asas tan Chua Tee Yong dan lain-lain pemimpin BN tempatan. Ada spekulasi yang cukup kuat berkenaan perlarasan bukan sahaja di kalangan ahli-ahli UMNO yang menyokong Muhyddin ,tetapi juga di kalangan parti-parti komponen BN yang lain. Terdapat juga khabar yang Muhyddin mungkin mengambil alih sebelum pilihanraya umum akan datang.Jika hal tersebut berlaku, ia mungkin bermakna penangguhan tarikh pilihanraya ke tarikh akan datang di suku terakhir 2012, manakala pemilihan UMNO dijangka di bawa ke hadapan ke awal tahun hadapan. Pada ketika ini, hal ini kelihatan mustahil tetapi melihat dari keadaan dalaman UMNO, tidak mustahil dan mungkin tercapai bagi membolehkan mereka-mereka yang berkenaan berpuas hati dan berdiam diri sebelum pilihanraya umum ke 13. Sesetengah pengkritik berkata perlaihan kuasa dalam UMNO sebelum pilihanray umum ke13 ibarat membunuh diri, tetapi hal ini tidak dipersetujui oleh pemerhati UMNO. "Tidak semestinya, kerana UMNO hari ini hanya menjaga UMNO. Mereka sedar MC dan MIC sudah tiada harapan.Apa yang mereka mahu pastikan ialah perpaduan melayu antara 3 juta ahli dan pemimpin-pemimpin yang berpengaruh. Dengan cara itu, mereke boleh mempertahankan kerusi yang sedia ada dan mungkin boleh merebut dari PAS, yang mana kita dapat lihat mereka asyik menyerang Mat Sabu tanpa henti dan menuduh Pas sebagai komunis." Seorang pemerhati UMNO veteran memberitahu Malaysia Chronicle. Muhyiddin pow-wow dan William Bourdon Ada ura-ura mengatakan najib mungkin terpaksa membuat pelan peralihan kepada timblannya menjelang pemilihan tertinggi bulan Disember ini.Ini lah yang paling minimum untuk najib dilepaskan, tetapi Muhyddin jelasnya ingin mengukuhkan kuasanya sebelum tarikh pilihanraya umum ke 23 diumumkan. Menurut pihak dalaman parti,salah satu sebab ialah untuk menghalang pertelingkahan sengit dari penyokong najib yang mungkin rasa tidka puas hati jika beliau terpaksa mengundur diri sebelum beliau melengkapkan satu penggal. Najib,58 tahun telah di kritik hebat akhir-akhir ini dan semakin jelas kebanyakan dari masalah yang dihadapinya berpunca dari rakan-rakan dalam partinya, yang sangat arif tentang kelemahan pucuk pimpinannya terutama semasa rally bersih 9 Julai lepas. Malahan terdapat berita dalam UMNo yang mengatakan Muhyddin yang merancang mesyuarat UMNO memaksa Najib memendekkan percutian nya ke Italy yang dirancang selepas lawatannya ke Vatican. Rancangan Muhydin juga kebetulan dengan seminar 3 siri William Bourdon,seorang peguam Perancis yang dijadualkan member makluman kepada kumpulan rakyat prihatin berkenaan penglibatan najib dalam pembelian kapalselam scorpene yang bernilai RM7 juta.najib dituduh menambil komisen dan imbuhan dari penjual DCN dan bulan satu yang mengejutkan bila Bourdon telah disuir beberapa jam sebelum menghadiri majlis makan malam serta siding media. Bagi kebanyakan mereka dalam masyarakat melayu, najib telah menjadi sejarah dan Muhyddin ialah tokoh baru. Walaubagaimana pun,ramai percaya beliau akan Berjaya mengambil alih tampuk presiden UMNo dari najib tapi tidak menjadi Perdana Menteri kerana pilihanraya umum mungkin dimenangi oleh pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim. "Saya melihat Muhyddin mampu mengambil alih pucuk pimpinan UMNo. Saya rasa ianya telah berlaku. Teteapi untuk menjadi PM Malaysia, beliau perlu bersaing dengan hebat dan inilah sebab kita perlu beri perhatian dan sentiasa berusaha kea rah reformasi pemilihan." Kata Timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle. Pada usia 64 tahun,Muhyddin harus cergas dan segera untuk mencapai cita-citanya ke puncak pimpinan sebelum bersara.Seorang yang berusaha,latarbelakang nya jauh berbeza dengan Najib. Beberapa persoalan berkenaan nya termasuklah bagaimana beliau akan meletakkan keadaan seperti sediakala dan meredakan UMNo sebelum pilihanraya ke13? Adakah beliau akan mendapat restu masyarakat? Adakah beliau akan berjaya membaiki keadaan ekonomi dan menjalankan satu pentadbiran yang adil dan saksama? Bolehkan beliau menstabilkan keadaan Negara dalam hal perkauman dan pertelingkahan agama? Persoalan2 ini adalah adil terutama nya bila mengambil kira komen beliau, 'Malay First, Malaysian next' yang mana ramai percaya beliau tidak layak menjadi PM dimata pengundi bukan melayu. Bagaimanapun,memandangkan pengundi melayu adalah jumlah yang terbesar dinegara in dan dengan bantuan dari sabah & Sarawak, penyokong Muhyddin yakin beliau akan Berjaya dengan majority walaupun mereka berhasrat untuk dua pertiga dari 222 kerusi dalam parlimen Malaysia. "Sekurang-kurangnya masih ada rah untuk UMNO,yang sekarang tidak wujud lagi dibwah najib. Berkenaan ekonomi, agak sukar untuk pemimpin lain berbuat sesuatu yang lebih buruk dari Najib, dan bagi kaum bukan melayu, Muhyiddin pasti tahu bagaimana nak menarik mereka semula apabila beliau memegang kuasa kelak. Bagi beliau, yang penting ialah beliau membuktikan kepada UMNO beliau ialah seorang yang berjuang,berbanding Najib yang kelihatan lemah dan hanya berminat berbelanja dengan lawatan luarnegara untuk diri sendiri, isteri dan kroni-kroni nya," seorang penyokong Muhyddin memberitahu Malaysia Chronicle. Pesaingan tidak sihat telah mengambil alih UMNO,parti dalam keadaan terumbang ambing Muhyddin berasal dari Johor.beliau menceburi politik dalam tahun 70an, sebelum dipilih sebagai MP Pagoh dalam tahun 1978. Beliau meningkat ke peringkat tinggi dalam UMNO Johor dengan menjadi Ketua UMNO Johor,menjadi Menteri besar dari 1986-1995.beliau dilantik ke cabinet sebgai Menteri belia dan Sukan dan kemudian menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.Muhyddin juga menjadi Naib presiden pada tahun 200 dan menteri Pertanian (2004-2008) dan kemudian menteri perdagangan antarabangsa dan industry (2008-2000). Dalam tahun 2008, beliau bertanding dan menang timbalan presiden UMNo dan dilantik Timbalan perdana Menteri dan menteri pendidikan oleh PM Najib razak pada 2009, dengan sokongan dari bekas PM Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, beliau berhajat kepada kerusi tertinggi dalam UMNO. Sebagai menteri pendidikan,Muhyddin menamatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantara untuk sins dan matematik di sekolah, satu langkah yang menggembirakan segolongan orang melayu tetapi ditentang oleh ibubapa dan tokoh pendidik.sekiranya sudah berada di kerusi tertinggi, beliau perlu belajar skill baru secepat mungkin-samada sebagai Perdana Menteri atau pemimpin pembangkang. "Selama ini ,semua Perdana Mneteri adalah dari UMNo dan mereka bukan jurucakap bagi pihak diri sendiri atau Negara.Seperti juga Najib,muhyddin perlu melapur kepada UMNO dan beliau harus menyempurnakan kehendak parti. Pendapat parti didahulukan,dan beliau hanyalah menjadi suara parti," kata Jui Meng. "Jika beliau bertindak tidak mengikut kehendak parti, karier politiknya akan hancur.parti meletakkan beliau di posisi tinggi dan parti juga yang boleh menjatuhkannya jika beliau tidak menunggu giliran,seperti Najib.dan inilah sebab UMNO perlu perubahan. Pesaingan tidak sihat telah menjadi tiak terkawal dan menjadi barah yang memakan dan memusnahkan parti." |
Rasuah Scorpene Akan Di Bongkar Di London Posted: 06 Sep 2011 08:28 AM PDT Peguam kedua Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang mengendalikan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene, Joseph Breham akan memaklumkan perkembangan siasatan kes itu pada satu majlis mengumpul dana guaman di London, hujung Oktober ini. Pengarah Suaram Cynthia Gabriel berkata, Breham tidak bercadang ke Malaysia bagi mengelakkan dihalau Jabatan Imigresen negara ini seperti yang menimpa seorang lagi peguam Suaram, William Bourdon Julai lalu. "Kita bimbang kehadirannya tak dialu-alukan di sini. Tetapi, kita perlukan liputan kes penting seperti ini untuk dilapor. Maka program di London hujung Oktober ini dibuat dengan harapan para pengamal media termasuk media antarabangsa akan memberi perhatian. "Kita adakan di sana supaya rakyat Malaysia yang prihatin akan datang mendengar penerangan dan memberikan sokongan," kata Cynthia kepada Keadilandaily.com.'Ops Scorpene' dilancarkan Suaram bagi meraih dana siasatan kes yang difailkan di Mahkamah Perancis pada Disember 2010. Siasatan dibuat bagi mengenalpasti sama ada wujud imbuhan dalam bentuk komisen oleh firma pertahanan Perancis DCNS kepada pegawai atasan Malaysia dalam pembelian dua kapal selam kelas Scorpene pada 2002. Beliau menambah, kes tersebut dijalankan oleh hakim penyiasat (investigative judge) yang akan dilantik dalam masa terdekat. Manakala dokumen urusniaga yang diklasifikasi sebagai sulit akan didedahkan sebaik perbicaraan bermula. Suaram turut berharap, nama hakim yang mengadili kes itu akan diumumkan kerajaan Perancis sebelum majlis mengumpul dana di London bermula. "Ia akan menjadi sebahagian daripada perkembangan penting kes ini. Berbeza dengan Malaysia, hakim di Perancis lebih bebas dan bersifat menyiasat (investigative)," kata Cynthia. Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada seseorang boleh disapina untuk hadir ke mahkamah Perancis, Chynthia berkata ia bergantung kepada keperluan mahkamah. "Kita lihat dahulu (perkembangan). Tetapi sebelum ini pun, Menteri Pertahanan (Datuk Seri Zahid Hamidi) pernah tawarkan diri untuk beri keterangan," ujarnya. Mengulas lanjut, Cynthia tidak dapat memastikan sama ada mereka yang telah disabitkan bersalah dalam kes rasuah tidak dibenarkan memasuki Eropah. "Tak mustahil, tetapi mesti dibuktikan bersalah terlebih dahulu dan ada laporan terhadap individu tersebut dibuat . "Memang wujud konvensyen dalam Kesatuan Eropah yang akan mendakwa sesiapa sahaja yang melakukan rasuah untuk didakwa ke mahkamah negara Eropah. Apa pun kita kena lihat dulu perkembangan kes ini," jelas Cynthia./kd |
Panas!! Umno Penyokong Ajaran Komunis? Posted: 06 Sep 2011 08:26 AM PDT "Ingin saya bertanya, apabila Umno meluluskan suara rasmi Parti Komunis China, adakah Umno juga telah menjadi penyokong ajaran komunis?" tanya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.Beliau menyatakan demikian dengan merujuk kepada laporan portal berita Malaysiakini bertarikh 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri pernah mengeluarkan permit akhbar harian yang menjadi suara rasmi Parti Komunis China (CPC). The People's Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People's Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million. (TERJEMAHAN: People's Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China.) Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sepanjang aktifnya Parti Komunis Malaya di Malaya, tidak pernah sekali pun mereka mendapat permit untuk menerbitkan bahan cetakan mereka. Malangnya, kata beliau pada tahun 2005, harian rasmi Parti Komunis China telah diberikan permit untuk diterbit, dicetak dan diedarkan di pasaran Malaysia. "Yang lebih dikesali adalah serangan berat sebelah media-media kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di atas isu membela tokoh kemerdekaan, Mohammad Indera," ujarnya dalam satu kenyataan. Tegasnya, tiada siapa di Malaysia yang meragui status Mohammad Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang telah berjasa kepada Malaysia. Namun, katanya Mohamad difitnah oleh media-media milik Umno kononnya beliau adalah seorang penyokong ajaran komunis. |
Mengapa Muzium Bukit Kepong Di Pinggirkan Oleh Umno? Posted: 06 Sep 2011 07:57 AM PDT Dalam kesibukan Umno – PAS mahu berdebat berkenaan isu Bukit Kepong, ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa mempersoalkan mengapa warisan sejarah Muzium Bukit Kepong tidak dipelihara dan dipulihara oleh pihak berwajib. "Di manakah keseriusan kita mempertahankan khazanah warisan sejarah Negara? Atau kita hanya menjadi jaguh retorik yang menjerit mengalunkan lagu perjuangan hanya untuk kepentingan politik sendiri sahaja? "Cukuplah bersandiwara. Jangan jadikan nasib balai muzium ini seperti sebiji bola yang boleh ditendang kepada sesiapa sahaja. Tindakan pemuliharaan perlu dilakukan segera," kata Er di dalam satu kenyataan media. Ini kerana tidak terdapat sebarang usaha pemuliharaan secara serius di Bukit Kepong, dakwanya. "Sejak dilanda tragedi banjir besar tahun 2006, tidak kelihatan tanda-tanda usaha pemuliharaan serius terhadap tapak warisan ini. "Bahkan, terdapat perancangan untuk membaikpulih tapak warisan sejarah ini di dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Tetapi, entah mengapa perancangan itu telah tidak menjadi kenyataan." Sambil lewa Er turut menyatakan bahawa kerajaan bersifat sinis apabila perkara ini ditimbulkan di Parlimen dalam bulan Mac namun Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan 'secara sinis mengatakan beliau tidak menyediakan jawapan lisan sambil tertawa'. Beliau turut mengkritik usaha pemuliharaan warisan sejarah negara oleh kerajaan Barisan Nasional dan jabatan kerajaan yang dilihat beliau seperti usaha sambil lewa semata-mata. "Aspek pemuliharaan monumen atau tapak bersejarah sering tidak mendapat tempat di hati pemerintah (dan) tidak diangkat sebagai tapak warisan negara. Contoh popular adalah kompleks Penjara Pudu yang telah menjadi mangsa kerakusan kapitalis tanpa pembelaan yang sewajarnya daripada pihak terbabit. "Pemerintah hari ini dan kementerian tersebut melalui Jabatan Warisan Negara perlu lebih serius dalam memulihara tapak bersejarah Bukit Kepong ini. Beliau menambah bahawa tatkala ada pihak sibuk berbahas di laman maya mengenai tragedi Bukit Kepong tiada pihak yang mempedulikan monumen sejarah yang terus terbiar tanpa pembelaan sewajarnya./fmt |
Isu Gereja : Laporan JAIS Di Jangka 16 September Ini Posted: 06 Sep 2011 06:22 AM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjangkakan laporan lengkap pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) akan diterima sekembalinya daripada lawatan kerja ke Jerman pada 16 September ini. Menurutnya, perkara itu sejajar dengan permintaan Jais yang mahu laporan itu disiapkan dalam masa sebulan. "Walaupun mereka (Jais) hantar lebih awal laporan itu…tapi saya masih di Jerman. Namun sebarang perkembangan lanjut mengenai laporan itu kami tidak akan bincangkan memandangkan saya ada standard tertentu mengenai hal ini "Kami turut membenarkan perbincangan kepada kedua-dua pihak (Jais dan pusat Harapan Komuniti). Saya berada di tengah-tengah memandangkan ada kumpulan yang berkata kerajaan negeri tidak peka dengan peranan yang dilakukan oleh Jais. Keperluan masyarakat Islam "Manakala kumpulan lain pula berkata kerajaan negeri tidak sensitif kepada keperluan masyarakat Islam," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini hari ini. Pada 25 Ogos lalu, Jawatankuasa Pendengaran telah mengadakan pertemuan dengan Jais dan wakil-wakil dari pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti, yang menganjurkan majlis makan malam tersebut. Malah Jais berpandangan bahawa wujudnya kes prima facie membabitkan 12 individu Muslim yang ditahan ketika majlis makan malam pada 3 Ogos lalu. Dalam perkembangan lain, Khalid turut mengumumkan bahawa beliau akan mengetuai delegasi ke Jerman untuk mempromosikan industri solar di Selangor dan Malaysia yang dianggarkan bernilai RM1.5 hingga RM5 bilion. Delegasi seramai lima orang itu turut disertai Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar bermula 11 hingga 16 September. "Ada beberapa bekas tapak pelupusan sampah yang tidak boleh dibangunkan semula. Maka kami percaya ada syarikat di Jerman boleh membangunkan industri tenaga solar di Selangor," katanya./fmt |
Posted: 06 Sep 2011 06:00 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak mengikut jejak langkah rakan sejawatannya dari India, Manmohan Singh dan 30 menteri kabinetnya yang mengisytiharkan harta peribadi masing-masing baru-baru ini. Menurut Ahli Parlimen Selayang, Wiliam Leong, Najib wajar berbuat demikian supaya rakyat mengetahui jumlah harta yang dikumpulkan beliau dan jemaah menterinya yang lain. "Ini perkara yang lama telah diminta oleh rakyat supaya Najib dan barisan menterinya mengisyiharkan harta mereka untuk tunjukkan ketelusan kerajaan, tapi saya tidak merasa mereka beliau berani berbuat begitu," katanya yang juga Bendahari KEADILAN. Menurut Wiliam, sehingga kini tidak peruntukan dari segi undang-undang bagi membolehkan perdana menteri mengisytiharkan hartanya seperti kod tatalaku bagi menteri yang diperkenalkan kerajaan India. "Tidak ada peruntukan undang-undang di Malaysia seperti itu. Tidak ada keazaman politik oleh kerajaan sedangkan mereka boleh berbuat demikian untuk membolehkan kod sebegitu diwujudkan seperti pelaksanaan kod etika hakim, "katanya kepada media. Tambah beliau, perkara itu disebabkan Najib dan barisan menterinya tidak berani untuk mendedahkan kekayaan dan rasuah yang dilakukan mereka. "Kalau tidak masakan isterinya Rosmah Mansor boleh membeli cincin berharga RM24 juta. Hanya mereka yang rasuah sahaja tidak berani mengisytiharkan harta mereka," ujarnya. Isu supaya perdana menteri dan jemaah menteri mengiystiharkan harta telah lama ditimbulkan Pakatan Rakyat yang mengharapkan komitmen kerajaan supaya harta mereka didedahkan di parlimen. Selain harta peribadi yang dipertikai, Najib sebelum ini banyak menghabiskan wang rakyat seperti penyelenggaran kediaman beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencecah RM49 juta setahun. Selain itu, beliau juga menghabiskan RM8.7 juta wang rakyat untuk lawatan ke luar negeri dalam tempoh kurang dua tahun menjawat jawatan sebagai perdana menteri. Isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pula mampu menghabiskan RM24 juta untuk membeli cincin berlian dari syarikat terkenal Jacob n Co dan bermalam di Hotel mewah, Atlantis di Dubai lebih RM100,000 hanya untuk semalaman. Manakala anaknya, Datuk Nazir Razak melonjak naik sebagai individu Melayu keempat terkaya di Malaysia- sejurus selepas Najib dilantik ke jawatan perdana menteri. |
Posted: 06 Sep 2011 04:00 AM PDT Sejumlah dokumen yang terserak di kompleks tempat tinggal pemimpin Libya, Kolonel Muammar Qadhafi, di Bab al-Aziziya menunjukkan bahwa dinas-dinas intelijen Barat telah lama menjalin kerja sama dengan intelijen Libya dalam memburu orang-orang yang menentang Qadhafi. Hal ini diungkapkan oleh lembaga penggiat hak asasi, Human Right Watch (HRW), kemarin. Termasuk faksimile antara bos spionase Libya, Moussa Koussa, dan sejumlah petinggi di Dinas Intelijen Amerika Serikat (CIA) serta Dinas Intelijen Luar Negeri Inggris (MI6). "Dibuka dengan kata-kata 'Dear Moussa' dan diteken atas nama CIA," ujar Peter Bouckaert dari HRW. Dalam dokumen yang dibuat pada 2004 tersebut, CIA digambarkan sedang bersiap membekuk Abdel Hakim Belhadj, salah seorang komandan militer yang dianggap hendak memberontak. Belhadj, yang kabur ke salah satu negara di Asia, akhirnya diringkus CIA dan dikirim kembali ke Tripoli dengan menggunakan pesawat rahasia--seperti penangkapan Nazaruddin. "Abdel Hakim Belhadj diperiksa dan disiksa oleh Dinas Intelijen Libya," tutur Bouckaert, yang merupakan salah satu periset dokumen tersebut di HRW. Singkat kata, dokumen-dokumen itu menunjukkan betapa erat kerja sama antara agen-agen intelijen Barat dan pemerintah Qadhafi, terutama dalam penyerahan para tersangka terorisme. Dokumen-dokumen lain memperlihatkan adanya korespondensi antara Dinas Intelijen Libya dan MI6 serta CIA pada 2002. Dokumen-dokumen itu meliputi kegiatan intelijen bersama, pengiriman usul, dan jadwal waktu, serta daftar pertanyaan pemeriksaan tersangka terorisme. Ada pula pidato yang ditulis oleh CIA untuk Qadhafi. "Ini karena Qadhafi menyeru adanya zona bebas senjata penghancur massal di Timur Tengah," Bouckaert menambahkan. Dokumen lain adalah sebuah nota dari Stephen Kappes, tokoh nomor dua di CIA waktu itu, kepada Koussa. Isinya meminta agar CIA bisa tetap berada di Libya pada 2004. Nota itu mulai dari yang resmi hingga tak resmi. Juru bicara CIA, Jennifer Youngbold, mengatakan pihaknya tak terkejut oleh berita ini. "Kami bekerja sama dengan pemerintah lain di dunia untuk melindungi negeri kami dari terorisme," ujarnya tanpa menanggapi tuduhan atau isi dokumen tersebut. Adapun pejabat intelijen Inggris mengatakan, "Pemerintah tak menanggapi isu-isu intelijen."/tempo |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan