Addin |
- Bukti Umno Pro Komunis
- Utusan Guna Propaganda Hitler
- Populariti Najib Lebih Menjunam Tahun Depan
- Menarik.. Bingkai iPhone Berbentuk Makanan
- Inikah Musuh Dalam Selimut BN Sabah?
Posted: 03 Sep 2011 11:04 AM PDT Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana berjaya menarik perhatian umum untuk memasuki ruang perbahasan yang selama ini dianggap taboo untuk dibincangkan."Malaysia sebenarnya begitu terasing dengan sejarah perlawanan penjajah. Kita selalu disajikan oleh cerita sejarah yang telah disunting untuk kepentingan pihak tertentu yang mewarisi kepentingan penjajah dan pemodal British. "Malah dalam beberapa hal pewaris itu lebih melampau dari penjajah asal khususnya dalam bab pembodohan minda," kata presidennya Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan media hari ini. Badrul Hisham atau CheguBard berkata, setiap kali kemerdekaan maka disajikan hanya Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib Tun Razak… adakah ini saja hero negara? Sajian sejarah yang disunting ini menjadikan anak muda hilang minat dengan sejarah negara. "Namun kemerdekaan kali ini yang awalnya dijangka tidak menarik perhatian kerana ditenggelami suasana 1 Syawal telah menjadi begitu menarik. Sejarah yang selama ini taboo telah dibincangkan secara terbuka," kata beliau yang juga Pengerusi PKR Cabang Rembau. Ujarnya, "jika benar polemik ini dianggap menghina bekas polis dan tentera maka bagaimana pula dengan pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi lesen penerbitan kepada lidah rasmi Parti Komunis China?" 'The People's Daily' Katanya, mengikut laporan Malaysiakini pada 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan untuk penerbitan suara rasmi Parti Komunis Malaya bernama 'The People's Daily.' "Mengikut Wikipedia 'The People's Daily ialah sebuah akhbar Republik Rakyat China. Akhbar ini merupakan suara rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, yang diterbitkan diseluruh dunia dengan edaran sebanyak tiga hingga empat juta naskhah," katanya lagi. "Yang menghairankan katanya, akhbar Harakah diterbitkan dengan 1001 satu syarat, Suara Keadilan tak diberi permit dan banyak lagi terbitan tidak dibenarkan tetapi lidah parti komunis dibenarkan. "Kalaulah permit ini dibawah urusan kerajaan negeri dan ada negeri Pakatan Rakyat yang memberikan kelulusan maka muncullah tuduhan seperti satu penghinaan kepada bekas-bekas tentera kita yang telah terkorban menentang PKM satu masa dahulu?," terangnya. Bukankah PKM bernaung di bawah Parti Komunis China di mana segala kelengkapan mereka datang dari Parti Komunis China? Tidakkah tindakan seperti ini juga seperti meludah di atas pusara mereka yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong juga?," soal beliau. Menurut CheguBard, Umno sendiri menjalinkan hubungan istimewa dengan Parti Komunis China, sehingga ada program pertukaran latihan dan malahan ramai yang tidak sedar Ramadhan yang lepas regim Najib telah menghantar pulang pelarian-pelarian politik Uighur China secara paksa. "Menghantar pulang pelarian Uighur tersebut akan mendedahkan mereka kepada siksaan, kezaliman dan juga kepada kematian. Bangsa Uighur ini ialah kelompok Islam yang bermasalah dengan Beijing, mereka punya sejarah perjuangan untuk membentuk sebuah negara Islam yang merdeka. "Menghantar pulang mereka ke China seperti menghantar mereka untuk mati, ini merupakan satu kezaliman yang dilakukan oleh regim Najib lebih-lebih lagi ketika Ramadhan," jelasnya. Beliau menyoal, "adakah tindakan Umno ini adalah disebabkan hubungan formal di antara Umno dan Parti Komunis China yang terjalin sejak lama dulu dan diformalkan beberapa tahun lepas. Hubungan Umno-Parti Komunis China "Barang diingat, hubungan ini bukan hubungan Kerajaan dengan Kerajaan. Ia adalah hubungan antara parti Umno dengan Parti Komunis China," tegasnya. Ujar beliau, "kalau nak kata menghormati pejuang-pejuang yang menentang komunis, ratusan ribu kaum Uighur gugur syahid menentang kebangkitan komunis sekitar tahun 30an dan 40an dahulu." Menurut beliau, sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 dibawah kabinet bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7). "Perubahan ini bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk menjalin hubungan dagang dengan Israel," kata CheguBard. Sejak itu katanya, Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel. Katanya, di Perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan jelas terdapat banyak bahan untuk mempromosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi. "Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihan raya umum (PRU) 1986. Najib pula mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan PRU 13," katanya. |
Posted: 03 Sep 2011 06:00 AM PDT Utusan Malaysia meniru corak propaganda Hitler bagi menyebar maklumat berita palsu demi menutup kecurangan pimpinan Umno atau ahli keluarga mereka, kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor, Ahmad Anwar Asyraf. Pada kenyataan media, beliau menganggap Utusan meniru pendekatan Joseph Goebbels, seorang Menteri Propaganda Hitler yang terkenal dengan prinsip 'The Big Lie'. "Apakah Utusan pengkagum Joseph Goebbels? Prinsip The Big Lie ialah sesuatu fitnah diulang berkali-kali, akhirnya akan dipercayai rakyat jelata? "Seolah-olah hilang jati diri dalam membentuk fikrah rakyat, khususnya orang Melayu. Lihatlah berapa banyak orang kampung ditipu Utusan Malaysia, katanya. Beliau merujuk isu Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin RM24 juta, beliau berkata, akhbar kawalan Umno itu membuat laporan menggesa SAMM membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Sedangkan SAMM sudah membuat aduan kepada SPRM pada 13 Julai 2011 tetapi disenyapkan Utusan Malaysia," katanya. Bahkan, beliau berkata, Utusan umpama 'pencuri di siang hari' apabila melenyapkan berita tuntutan siasatan ke atas Rosmah berkaitan sumber kewangan untuk membeli cincin berkenaan. Pada 30 Ogos lalu, Utusan melapor kenyataan Anuar Shaari yang mencabar Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin supaya membuat kenyataan bersumpah berhubung pembelian cincin itu. "Mustahil Utusan tak tahu Chegubard sudah buat laporan kepada SPRM. Utusan tanpa segan silu terus sebar berita tidak benar semata-mata mahu menutup pekung pimpinan pemerintah. Pada 16 April lalu, Badrul Hisham mendedahkan maklumat berkaitan cincin berlian dikenali sebagai 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond' dibawa melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Mengikut Chegubard, bukti pembelian cincin diperolehi melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport. Padanan yang dibuat SAMM mendapati kebanyakan perhiasan Rosmah adalah dari Jacob & Co, syarikat sama yang ditempah untuk menyiapkan cincin berkenaan./kd |
Populariti Najib Lebih Menjunam Tahun Depan Posted: 03 Sep 2011 04:30 AM PDT Kemerosotan populariti Datuk Seri Najib Razak yang mengalami kejatuhan baru-baru ini, akan berterusan pada masa depan, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh. Beliau menjangka, Najib akan melakukan sesuatu gimik bagi menaik imejnya dengan mengumum 'benda-benda baik' pada pembentangan belanjawan, Oktober depan. "Dari segi psikologi, aliran graf ini akan terus menurun kerana kegagalan pentadbiran Najib menangani kos sara hidup yang kian meningkat dan sistem daftar pemilih yang kotor," katanya kepada Keadilan Daily. Mengikut bancian sama, kemerosotan itu ada kaitan dengan kenaikan kos sara hidupapabila pengguna mula merasai kesan kenaikan kos bahan api dan elektrik baru-baru ini. Selain itu, bancian juga mendapati pengendalian kerajaan dalam menangani Himpunan Bersih 2.0 mempengaruhi persepsi umum kerana ia membawa kesan negatif. Najib juga gagal memperoleh sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinannya manakala sokongan kaum Melayu merosot dari 73 peratus pada Mei kepada kini cuma 69 peratus. Mengulas lanjut, Fuziah yakin ia petanda Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kian hampir kerana Najib sukar melengah-lengahkannya kerana popularitinya akan lebih menjunam pada tahun akan datang. "Mungkin awal November selepas pembentangan belanjawan. Biasanya, media kawalan Umno akan menguar-uar, kononnya ia belanjawan terbaik dan graf naik sekejap," katanya. Bagaimanapun, katanya, kenaikan itu bersifat sementara dan percaya Najib akan membubar Parlimen ketika itu. "Jika Najib tidak bubar, graf itu akan merosot hinggalah tahun depan. Perdana Menteri tidak akan mengadakan PRU selepas Jun kerana GST akan dilaksana," katanya./kd |
Menarik.. Bingkai iPhone Berbentuk Makanan Posted: 03 Sep 2011 02:38 AM PDT |
Inikah Musuh Dalam Selimut BN Sabah? Posted: 03 Sep 2011 01:31 AM PDT Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) diminta untuk mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Bahagian PBS Sook yang telah mengistiharkan akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihanraya yang akan datang jika tidak dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) di kawasan itu. Dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang baru lalu Bernard Maraat, mantan Setiausaha Agung Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang meninggalkan parti itu kerana tidak dicalonkan semula pada pilihanraya umum yang lalu, telah menyuarakan untuk bertanding sebagai calon bebas BN jika tidak dicalonkan oleh BN di kawasan itu. Ketua Pemuda PBRS N.37 Sook, Kahirin Bador berkata, mereka meminta kepada Rakan Komponen BN iaitu PBS agar mengambil tindakan yang sangat tegas dan seterusnya memecat Bernard Maraat yang dengan jelas menentang prinsip perkongsian kuasa dalam BN. "Tidak ada wujud istilah calon Bebas BN. Ini adalah undang-undang BN dimana ahli yang menentang dalam pilihanraya akan dipecat dan digantung keahliannya seumur hidup," kata Kahirin dalam satu kenyataan disini. Katanya, Perdana Menteri dan Ketua Menteri mempunyai pemikiran yang matang dalam menilai dan bukanlah pemimpin yang berfikiran cetek dalam melayani karenah seumpama itu. Bernard dikatakan berkeras untuk dicalonkan pada pilihanraya yang akan datang dan menuntut Kerusi PBRS di N.37 Sook, Parlimen 182 Pensiangan dan kerusi UPKO di N.38 Nabawan diberi kepada PBS. Sekiranya beliau tidak dicalonkan beliau akan bertanding sebagai calon BN bebas. Kahirin berkata kenyataan Bernard itu adalah satu tindakan yang memecah belahkan keharmonian komponen BN di Pensiangan. "Kenyataan beliau mencerminkan sifat kesombongan dan kebudak-budakan. Satu kenyataan dari orang kecewa yang tertembak oleh peluru politiknya sendiri. Ini adalah pendedahan kecelaruan fikiran untuk memperbodohkan rakyat dengan istilah kononnya calon dari parti Bebas yang menyokong BN," kata Kahirin yang juga Exco Pemuda Pusat PBRS. Tambahnya, kenyataan Bernard itu adalah petanda awal yang beliau akan mensabotaj calon BN akan datang, maka pucuk pimpinan BN dan PBS wajar memecat orang seperti itu di dalam BN. Ingatlah bahawa BN di Pensiangan mempunyai kekuatannya, hanya sabotaj yang akan menjatuhkan BN di Pensiangan. "Jika tidak ada tindakan dikenakan terhadap orang seperti Bernard yang tidak memahami konsep perjuangan BN yang sejati, maka inilah punca kejatuhan BN di Pensiangan kerana ada orang yang bersikap seperti musuh dalam selimut, menggunakan segala kemudahan, ahli dan jentera BN untuk kepentingan peribadi," kata Kahirin. Oleh itu kata Kahirin, jelas pada ketika ini Bernard adalah seorang musuh dalam selimut dalam komponen BN. "Wahai Benard, jika kamu mahu terdesak sangat untuk bertanding dalam pilihanraya yang akan datang sila keluar dari PBS dan lawan kami sebagai calon bebas yang tulen. Jangan rosakkan BN," tegas Kahirin./sabahkini |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan