WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Kompas mohon maaf kepada Najib dan keluarga
- Reformasi Pilihan Raya : Hanya Suruhanjaya Diraja Langkah Terbaik
- Najib Harus Fokus Kebajikan Rakyat- PAS
- Penulis, Novelis Terkenal Meninggal Dunia
Kompas mohon maaf kepada Najib dan keluarga Posted: 21 Aug 2011 06:04 AM PDT Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah. Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah. Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia. "Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga," kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini, Ahad. |
Reformasi Pilihan Raya : Hanya Suruhanjaya Diraja Langkah Terbaik Posted: 21 Aug 2011 03:54 AM PDT KUALA LUMPUR 21 OGOS: Sayap kanan Parti Keadilan Rakyat yakin langkah terbaik untuk melakukan penambahbaikan dalam sistem pilihan raya di negara ini adalah melalui penubuhan suruhanjaya diraja. "Saya kira (PSC) wajar ditolak bukan sahaja oleh PAS, tetapi juga PR oleh NGO-NGO lain yang berminat apabila kita bersungguh-sungguh untuk melakukan perubahan.. tetapi dalam masa sama kerajaan tidak bersedia untuk mendengar, seperti pepatah Melayu mengatakan, anjing menyalak bukit, tidak memberi kesan yang signifikan terhadap perubahan sistem pilihan raya ini,"katanya. Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berharap Najib berpegang pada prinsipnya sebelum ini untuk memastikan keputusan-keputusan yang dibuat dalam PSC dilaksanakan sebelum PRU13 diadakan. "Sekarang DAP dan Pakatan Rakyat akan memutuskan perkara ini. Memang pada awal, saya mengalu-alukan cadangan PSC (tetapi) kalau ada langkah yang serius dan bukan hanya satu skrip dan inilah asas penekanan kita. "(Jadi) ini menimbulkan (tanda tanya) apa guna PSC (ditubuhkan) kalau usaha PSC itu akan sia-sia. Apa yang mustahak sekarang ialah untuk menentukan pilihan dalam penyiasatan sistem pilihan raya,"kata beliau kepada Tv Selangor. |
Najib Harus Fokus Kebajikan Rakyat- PAS Posted: 21 Aug 2011 03:45 AM PDT SHAH ALAM 21 OGOS : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diingatkan agar lebih fokus dan menumpukan kepada keperluan semasa rakyat berbanding membina imejnya melalui bangunan pencakar langit yang berjumlah berbilion ringgit. Rata-rata menganggapnya sebagai salah keutamaan termasuk Mazlan. "Saya ingin ulangi ketegasan kalaulah perancangan kerajaan untuk membina ini diteruskan, saya harap mereka dapat membatalkan hasrat tersebut kerana ini langsung tidak memberi apa-apa kebanggaan kepada negara khususnya rakyat dalam negara kita," kata beliau. |
Penulis, Novelis Terkenal Meninggal Dunia Posted: 21 Aug 2011 03:44 AM PDT PULAU PINANG 21 OGOS : Penulis & novelis terkenal Azizi Hj Abdullah meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30 pagi tadi. Allahyarham meninggal disebabkan sakit jantung setelah lebih enam bulan di rawat di hospital berkenaan. Allahyarham menjani pembedahan jantung pada bulan April yang lalu dan mengalami sedikit masalah berkaitan buah pinggang dan berada di hospital sehingga kematian beliau. Jenazah Allahyarham dibawa ke kediamanya di Taman Bersatu berdekatan Petronas Kulim tengahari ini. Tema penulisan Azizi berintikan agama dan rohani telah mengukir nama sebagai penulis yang berpengaruh di Malaysia. Antara karya beliau yg terkenal ialah "Seorang Tua Di kaki Gunung" yang diangkat menjadi drama TV. Banyak novel dan cerpen karya Allahyarham mendapat pengiktirafan, antaranya Anugerah SEA Write Award (1988) dari Thailand. Allahyarham juga merupakan seorang yang cekal dalam perjuangan Islam dan adalah antara aktivis yang gigih dan cekal untuk menyatakan kebenaran terutama dalam penulisannya. Blog Allahyarham http://aziziabdullah.blogspot.com/ kali terakhir dikemaskini pada 15 April 2011 semasa Allahyarham hendak menjalani pembedahan jantung. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan